Pages

VITAMIN DIPERLUKAN IBU HAMIL DALAM SET HAMIL SHAKLEE

Recently dapat tahu ramai betul kawan-kawan yang sedang mengandung. Alhamdulillah, happy sangat-sangat dengar. Semoga sentiasa sihat dan diberi kekuatan untuk kehamilan kali ini.


Sepanjang kehamilan, semua ibu mengharapkan badan yang sentiasa sihat kan? Lebih-lebih lagi kalau masa mengandung  ni umur dah 35 ke atas. Tapi kadang-kadang ada juga masalah macam ni;


➡️Kaki selalu kejang masa tidur

➡️Keletihan melampau

➡️Ada masalah HB rendah

➡️Sembelit

➡️Morning sickness

➡️Keputihan yang teruk

➡️Strech mark

➡️Ruam pada kulit


Sewaktu hamil tubuh badan ibu mengalami banyak perubahan. Ibu harus tetap kuat dan pastikan ibu menjaga kandungan dengan sangat baik dengan mengambil nutrisi yang lengkap dan cukup agar masalah-masalah yang sering dialami semasa hamil dapat dielakkan atau diminimakan. 


Jadi ini adalah nutrisi lengkap yang  boleh di ambil untuk ibu hamil.


Vita-lea Iron formula :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


B Complex :
Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti-stress ,menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


Vitamin C :
Membantu meningkatkan sistem imun badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Osteomatrix :
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Ia juga membantu mengatasi masalah sembelit sewaktu kehamilan.


Omega Guard :
Membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.


ESP :
Membantu ibu-ibu mengandung untuk kekal cergas setiap hari. Dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada ibu mengandung serta dapat menghilangkan rasa loya kerana perut kosong. Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.



Ramai yang telah mendapat faedahnya, badan cergas, bayi di dalam kandungan sihat, kulit ibu cantik dan yang penting ibu sentiasa cergas menjalani rutin harian dan tak terganggu akibat mabuk yang keterlaluan dan loya kerana badan ibu sihat di lengkapi dengan nutrisi tambahan.


Untuk dapatkan Set Hamil Shaklee yg lengkap,

Boleh hubungi saya di 014-984 0240 (Irda)


No comments:

Post a Comment