Showing posts with label AMALAN BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label AMALAN BERPANTANG. Show all posts

PRODUK BAYI ORGANIK UNTUK MASALAH KULIT SENSITIF, ALERGIK & ECZEMA

Orang dulu-dulu kata, sayang anak tangan-tangankan. Sekarang kita ubah sikit. Sayang anak kita belai-belaikan guna tangan. Hehehe.. Justeru, Shaklee Malaysia telah melancarkan jualan secara rasmi produk untuk kegunaan harian untuk si comel yg tersayang. Bila kata sayang anak, mestilah kita nak sediakan produk yg terbaik untuk anak kita kan?

produk organik untuk baby


Kecoh haritu tentang satu jenama barangan bayi yg terkemuka; 'J&J' tu yg mana mereka sendiri mengakui bahawa terdapat bahan kimia berbahaya yg boleh menyebabkan kanser kepada bayi. Mulai saat saya membaca tentang isu itu, keraguan saya pada produk jenama lain yg dijual secara komersil juga semakin meningkat. Bayangkan, satu jenama gah yg telah berpuluh tahun berada di pasaran & telah digunakan oleh beberapa generasi pengguna akhirnya mengakui bahawa ia mengandungi bahan kimia yg boleh menyebabkan KANSER -penyakit yg paling ditakuti oleh semua golongan!

Bagi ibu bapa yg pernah mempunyai pengalaman menjaga anak yg mengalami kulit sensitif, mudah alergik pada sesuatu atau mungkin mengalami eczema, semestinya produk penjagaan bayi yg dijual secara komersil telah lama dijauhi. Ini kerana sememamngnya hampir kesemua jenama yg bukan berasaskan bahan organik, pasti akan mengandungi bahan kimia atau sintetik yg boleh memberi kesan buruk kepada kulit bayi.


Apa yg best tentang produk ShakleeBaby ni?

✔ Bebas dari paraben, alkohol serta bahan kimia berbahaya.
✔ Berasaskan 85% bahan semulajadi & organik (kadar tertinggi bahan asas semulajadi mampu disediakan di dalam satu-satu produk).
✔ Telah diuji secara klinikal tahap keselamatan & keberkesanan penggunaannya.
✔ Sangat sesuai untuk bayi & kanak-kanak yg mempunyai masalah kulit sensitif, alergik & eczema.
✔ Kuantiti yg berbaloi dengan harga & kualiti - penggunaan tahan lama.








Berapa harga 1 set ShakleeBaby ni?

Harga retail untuk bukan ahli: RM381 untuk 1 set. Set promo launching didatangkan bersama beg & tuala edisi terhad & eksklusif.

Nak jimat? Boleh daftar terus sebagai ahli & dapatkan terus set ni dengan harga ahli. Daftar sekali, jimat seumur hidup.

Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan set ini ye. Stok terhad.

VIVIX SHAKLEE BANTU LUKA BERSALIN PULIH CEPAT

Ramai juga yg selalu tertanya-tanya, Vivix Shaklee ni boleh ke diambil oleh ibu yg baru lepas bersalin atau dalam pantang? Sebenarnya, belum pernah ada kajian saintifik yg dibuat untuk mengesahkan sama ada Vivix Shaklee boleh diambil oleh ibu lepas bersalin ataupun tidak. Namun, sudah ramai sebenarnya yg telah merasai kebaikan Vivix Shaklee dalam tempoh berpantang selepas bersalin. Walau bagaimanapun, para ibu tidak digalakkan untuk mengambil Vivix Shakle terlalu awal selepas melahirkan bayi. Ini kerana dikhuatiri apabila Vivix selaku antioksida yg kuat, meresap masuk ke dalam susu ibu yg disedut oleh bayi, ia akan memberikan kesan seperti cirit-birit kepada bayi.

vivix shaklee untuk berpantang


APAKAH KESAN BAIK PENGAMBILAN VIVIX SEMASA BERPANTANG?

Majoriti ibu yg telah mengamalkan Vivix semasa berpantang mengakui bahawa ia banyak memberikan kesan positif terutamanya kepada si ibu. Antaranya adalah:


  • Menjadikan ibu bertenaga, tidak lesu & tidak lemah.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka sama ada luka bersalin normal mahupun cesarean.
  • Merangsang pengeluaran susu badan.
  • Menguatkan sistem imun ibu; jadi ibu tidak mudah jatuh sakit seperti demam.
  • Memudahkan proses ibu berpantang; terutamanya yg berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua.


TESTIMONI IBU BERPANTANG DENGAN VIVIX SHAKLEE

Puan Ainul Fadzillah Mustafa adalah salah seorang ibu yg telah merasakan sendiri kesan positif Vivix Shaklee semasa berpantang anak perempuannya. Jom kita baca kisah beliau!

vivix untuk luka bersalin


Bersalinkan Maryam secara normal dan vacum. 2 hari sakit tak dapat tidur, seminggu di hospital, 2 kali induce.

Sehari balik dari hospital, maryam demam panas dan kuning naik tinggi. Jadi kena masuk nicu.

5 hari dia di NICU, Ainul ulang alik 2-3 kali ke DEMC setiap hari untuk hantar susu.

Jahit kat bawah yang " banyak" belum sembuh.. asyik bergerak ke sana sini sampai 1 tahap ainul nak berjalan pun sakit giler. nak duduk lagi la. sampai dalam kereta menangis dekat husband sebab tak boleh nak duduk pun. nak duduk pun takut. huhuu

Ya ALLAH sakitnya. 

Nak duduk sakit.. 

Nak berjalan lagi la sakit..

Sampai nak duduk menanges.. huhuhu

Last pilihan Ainul makan VIVIX. dulu rasa vivix ni MAHAL la. Tapi bila dah SAKIT , MAHAL dah tak nampak dah. Yang PENTING sakit hilang.

3 Hari konsistent makan setiap hari....

ALHAMDULILLAH.. lega sangat. Dah takde pedih, sakit nak duduk, berjalan. Siap boleh pakai seluar
.

BONUS lagi bila makan vivix semasa berpantang ni:

1. SUSU MERIAH. memang dalam pantang susu memang banyak. tapi kali ni ' lain sangat ' .. sampai demam pulak bengkak susu. Alhamdulillah dapat bayak buat stok ebm untuk anak. 

2. Darah kotor berketul ketul keluar. cerita dekat akak mengurut. dia cakap bagus darah tu keluar. darah tu kalau tak keluar bahaya. bahaya kalau darah nifas ni tak keluar betul betul. keluar habis. pernah baca darah nifas yang tak bersih boleh jadi kanser. 

3. Badan rasa segar, sedap la orang cakap. takde la lemau semacam. badan bertenaga. boleh uruskan anak anak walaupun pantang sendiri. muka pun tak pucat sebab peredaran darah berjalan lancar.

Kalau rasa set berpantang banyak bebenor nak kena telan, ambil je vivix ni je rasanya dah cukup. ALL in 1.

Memang berbaloi makan vivix masa pantang. Sangat puas hati. Next berpantang pun akan pastikan vivix ada pada hari pertama bersalin nanti. baru la luka cepat sembuhkan

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

Terima kasih sebab kembalikan senyuman saya.


Jika anda bakal berpantang atau sedang berpantang, inilah masanya untuk anda merasakan sendiri kehebatan Vivix Shaklee. Harga retail sebotol Vivix adalah RM475. Beli 2 botol untuk penjimatan hebat & cash bonus hanya dengan harga RM805.60 sahaja! Anda boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pertanyaan atau order. Konsultasi eksklusif akan diberikan kepada setiap pelanggan yg membeli Vivix bersama saya!


Boleh terus dapatkan sebotol Vivix Anda di sini:
Harga: RM475



APA ITU JAUNDIS? MENGAPA JAUNDIS TERJADI? ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?

Jaundis; ataupun 'kuning' di kalangan bayi yg baru lahir seolah-olah semakin kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir sejak akhir-akhir ini. Apa itu Jaundis sebenarnya? Jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolisis ataupun pemecahan sel-sel darah merah yg telah matang. Jaundis sebenarnya adalah normal dan selalunya berlaku dalam jangka masa tiga hingga empat bulan pertama bayi; mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia.



Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati akan dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan dalam sistem pencernaan. Bagi bayi yg baru lahir, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari kedua selepas kelahiran kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisien. Dianggarkan 60% daripada bayi yg lahir cukup bulan & 80% daripada bayi pramatang yg mengalami jaundis.

Selain itu, bayi yg baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yg lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel-sel tersebut adalah lebih pendek. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah bilirubin yg dihasilkan oleh bayi sewaktu baru dilahirkan adalah lebih banyak daripada biasa.


Apakah simptom bayi yg mengalami jaundis?

Ada beberapa simptom yg ketara untuk menunjukkan bayi yg baru dilahirkan mengalami jaundis iaitu:


  • Kulit & mata bayi kelihatan berwarna kekuningan. Ia akan mula kelihatan selepas 1-4 hari kelahiran bayi.
  • Bayi lebih cenderung untuk tidur.
  • Bayi kerap meragam seolah-olah tidak selesa.
  • Dalam kes yg lebih serius, bayi akan mengalami demam panas.

Siapa yg berisiko untuk mendapat jaundis?

Sebenarnya, punca utama secara tepat mengapa & bagaimana jaundis boleh berlaku tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada beberapa faktor yg boleh dipertimbangkan sebagai langkah berhati-hati seperti:


  • Bayi yg lahir sebelum usia 37 minggu.
  • Bayi yg lahir dengan berat kurang dari 2.5kg.
  • Adik-beradik bayi yg lahir sebelumnya mempunyai sejarah jaundis.
  • Darah bayi yg berlainan jenis dari ibunya.

Bayi yg menyusu ibu sepenuhnya kebiasaannya lebih berisiko untuk mendapat jaundis. Malah, sesetengah bayi akan mengalami 'prolonged jaundice'; iaitu jaundis yg agak panjang sehingga tempoh 2-4 bulan selepas kelahiran. Namun, itu tidak bermakna penyusuan susu ibu adalah faktor penyebab jaundis.


Adakah jaundis merbahaya? Apakah risiko jika jaundis tidak diatasi/dirawat?

Jaundis secara normalnya adalah tidak merbahaya. Namun, jika ia tidak dipantau & diatasi, ia boleh menyebabkan risiko berikut:


  • Bayi susut berat badan.
  • Bayi mengalami dehidrasi.
  • Bayi hilang keinginan untuk menyusu.
  • Jika bacaan bilirubin tidak dipantau sehingga menjadi terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah yg lebih serius seperti sawan, masalah pendengaran serta kerosakan pada saraf otak yg dikenali sebagai cerebral palsy.

Dalam kes yg lebih serius, jaundis juga merupakan simptom kegagalan fungsi hati pada bayi. Oleh sebab itu, pemantauan, pemeriksaan & rawatan amat penting untuk mengatasi jaundis.


Bagaimanakah cara mengatasi jaundis?

Jika bayi yg telah dilahirkan didapati mempunyai jaundis, ada beberapa kaedah yg perlu dilakukan untuk mengawal, mengatasi & merawat jaundis iaitu:


  • Mengambil sampel darah secara berkala untuk memantau bacaan bilirubin bayi.
  • Meletakkan bayi di bawah lampu fototerapi.
  • Meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  • Ibu berusaha untuk memastikan jumlah pengeluaran susu mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu memastikan susu badannya kaya dengan nutrisi lengkap agar bayi juga mendapat nutrisi yg sepatutnya.

Apakah beza antara 'breast milk jaundice' dengan 'breastfeeding jaundice'?

Breast Milk Jaundice:
=================
  • Jumlah susu ibu yg dihasilkan cukup untuk keperluan bayi.
  • Ia berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu unsur di dalam susu ibu (kemungkinan besar akibat pemakanan ibu) yg menyebabkan jumlah bilirubin bayi meningkat. Contohnya jika ibu mengambil jamu sewaktu berpantang. Jamu boleh menyebabkan bacaan bilirubin bayi meningkat. Atau mungkin bayi sensitif kepada sesetengah makanan yg diambil oleh ibu.
  • Bayi kerap membuang air besar seperti normal & air kencing bayi berwarna kejernihan.
  • Ada kalanya boleh terjadi berlarutan sehingga bayi berusi 2-4 bulan.
  • Tidak merbahaya walaupun bayi perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi untuk jangka yg lama.
  • Penyusuan susu ibu TIDAK sepatutnya dihentikan. Malah ia seharusnya diteruskan tanpa perlu memberi bayi tambahan susu formula.


Breastfeeding Jaundice:
====================

  • Berlaku disebabkan antara 3 faktor ini:
        => Jumlah pengeluaran susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Bayi menjadi dehidrasi.
        => Bayi lambat mula diberikan susu ibu sebaik selepas dilahirkan. Bayi sepatutnya 
terus disusukan oleh ibu dalam tempoh 1 jam selepas kelahirannya.
        => Bayi telah mula diberi susu formula, air kosong atau glukos sebelum diberi susu ibu sebaik selepas kelahirannya.
  • Ibu seharusnya berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan supaya mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu juga perlu meningkatkan pengambilan nutrisi pemakanan supaya susu yg dihasilkan dapat mengurangkan bacaan jaundis bayi.
  • Ibu perlu terus berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Bagi kedua-dua kes jaundis, sesetengah doktor mungkin akan menyarankan pemberian susu formula sebagai penyelesaian segera jaundice. Namun, susu ibu tetap merupakan MAKANAN TERBAIK yg diciptakan untuk bayi yg baru dilahirkan. Susu ibu adalah hak bayi yg perlu diberikan oleh si ibu. Penyusuan penuh selama sekurang-kurangnya selama 6 bulan adalah amat penting dalam memastikan keberlangsungan hidup bayi yg lebih sihat di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, ibu tidak perlu berasa terlalu panik, risau ataupun stress sekiranya bayi comel yg diharapkan membawa kegembiraan bertukar menjadi kerisauan akibat mengalami jaundis. Jaundis adalah normal. Ia boleh dikatakan suatu fasa peralihan yg perlu dilalui oleh bayi dari dunia di dalam rahim ke alam dunia sebenar.

Ibu perlu sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi selepas kelahiran bayi terutamanya bagi memastikan pengeluaran susu badan yg amat diperlukan oleh si comel tidak terjejas. Gali ilmu yg secukupnya tentang jaundis, kelahiran bayi serta penyusuan susu ibu sejak dari fasa kehamilan lagi agar lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

PUNCA SINDROM MEROYAN DI KALANGAN WANITA BERPANTANG & CARA MENYELESAIKANNYA

Tahukah anda bahawa purata 40-80% wanita yg baru melahirkan bayi menghadapi sindrom 'baby blues'? Antara simptom baby blues ni adalah perasaan yg terganggu, berasa sedih, hilang keyakinan diri, sentiasa risau & keletihan. Biasanya sindrom baby blues ni akan berlaku selama beberapa hari pada minggu pertama selepas melahirkan.

Baby blues adalah agak normal berlaku di kalangan ibu yg baru melahirkan. Namun, apa yg membahayakan adalah, sindrom baby blues ini boleh bertukar menjadi Postpartum Depression (PPD) ataupun apa yg orang Melayu panggil sebagai MEROYAN.

Ada banyak faktor sebenarnya yg boleh menjadikan seorang ibu baru bersalin itu mengalami PPD atau meroyan. Antaranya:

😣 Stress atau kemurungan sejak kehamilan lagi. Kemungkinan disebabkan oleh masalah atau tekanan perasaan yg dihadapi atau kandungan yg bermasalah.
😣 Kehamilan yg sukar - mungkin kesunyian atau tidak mendapat sokongan orang sekeliling.
😣 Masalah atau komplikasi sewaktu melahirkan.
😣 Melahirkan bayi pra-matang atau sebelum waktu yg dijangkakan.
😣 Mempunyai sejarah pernah menghadapi masalah depresi sebelumnya.
😣 Masalah penyusuan bayi.
😣 Bayi banyak meragam - colic, alergik, mempunyai masalah kesihatan atau kerap menangis.
😣 Mempunyai masalah peribadi.
😣 Merasa diri tidak layak menjadi ibu.
😣 Kelahiran/kandungan yg tidak diingini.
😣 Mendapat tekanan dari keluarga atau orang sekeliling.
😣 Tidak mendapat sokongan atau bantuan dari pasangan, ahli keluarga & rakan terdekat.
😣 Pemakanan yg tidak menentu serta kurang nutrisi.

Bukan semua wanita yg menghadapi faktor-faktor di atas berisiko untuk menghadapi PPD. Tetapi, apabila keadaan berlarutan serta ibu tersebut tidak mempunyai kekuatan yg utuh, maka risiko untuk mengalami sindrom PPD atau meroyan ini akan semakin meningkat.

Apakah tanda-tanda ibu yg mengalami PPD atau meroyan? Antaranya:

😓 Kerap menangis secara tiba-tiba.
😓 Lebih banyak menyendiri & tidak bercakap/bergaul dengan orang sekeliling.
😓 Sukar untuk tidur.
😓 Tidak mempedulikan bayinya.
😓 Mudah marah atau melenting.
😓 Hilang selera makan.
😓 Berat badan susut secara mendadak.

Bagaimanakah kita sebagai ahli keluarga, rakan atau masyarakat sekeliling boleh membantu ibu PPD atau meroyan?

✔ Sentiasa cuba dekati mereka. Pujuk mereka untuk meluahkan perasaan yg terpendam.
✔ Jangan biarkan mereka bersendirian. Ajak mereka berbual-bual.
✔ Bantu sediakan makanan yg berkhasiat.
✔ Bantu mereka menjaga bayi atau apa-apa yg memudahkan urusan mereka.
✔ Elakkan memberi pendapat atau pandangan yg boleh menambahkan lagi masalah/kesedihan mereka.
✔ Berikan kata-kata semangat & sentiasa mengingatkan mereka bahawa Yg Maha Esa sentiasa ada bersama mereka untuk mengurangkan tekanan atau masalah yg dihadapi.
✔ Cadangkan kepada mereka atau berikan mereka supplemen yg boleh membantu memberikan tenaga agar tidak kelesuan, boleh membantu menghasilkan susu yg secukupnya untuk bayi serta boleh menceriakan semula mood mereka. Contohnya, Set Berpantang Shaklee yg lengkap untuk keperluan nutrisi ibu & bayi yg sedang berpantang & menyusukan bayi.

Bagaimana Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu berpantang & sekaligu mengelakkan masalah PPD atau meroyan?

Set Berpantang Shaklee mengandungi nutrisi lengkap yg diperlukan oleh ibu yg baru sahaja melahirkan bayi. Ia sekaligus membantu ibu menjayakan penyusuan bayi dengan lebih mudah. Antara yg terkandung dalam Set Berpantang Shaklee:

👉 VITALEA WITH IRON
Vitalea adalah multivitamin lengkap yg membantu badan ibu jadi cergas & bertenaga. Juga untuk mengelakkan ibu berasa letih & lesu akibat jadual tidur yg tidak menentu.

👉ESP (PROTEIN SHAKE)
Shake protein ini sangat-sangat membantu untuk memberikan tenaga kepada ibu, membantu mengenyangkan perut ibu yg sering lapar tanpa menggemukkan serta menjadi milkbooster supaya susu ibu menjadi lebih pekat & bayi pun akan lebih cepat kenyang & tidur lena.

👉VITA C PLUS
Ibu berpantang DILARANG untuk jatuh sakit. Antibodi & sistem imun ibu haruslah kuat supaya tidak mudah jatuh sakit. Ibu yg demam & mudah sakit akan mudah juga 'menyalurkan' virus kepada bayi serta mengurangkan nutrisi susu badan yg diberikan kepada bayi. Jatuh sakit juga boleh menjadikan ibu lebih mudah lesu & tertekan. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun ibu berpantang agar tidak mudah jatuh sakit. Malah, ia juga membantu mempercpatkan pemulihan luka bersalin sama ada secara normal mahupun czer.

👉 OSTEMATRIX
Pil kalsium + Vitamin D + Magnesium ini sangat-sangat penting bagi ibu; khususnya untuk melegakan sakit-sakit badan akibat posisi penyusuan. Ia juga membantu ibu mendapatkan tidur yg berkualiti walaupun tidak cukup. Yg paling utama, ia membantu mengelakkan risiko osteoperosis bagi si ibu yg telah banyak kehilangan kalsium dalam tulang akibat haid, kehamilan & penyusuan bayi.

👉ZINC COMPLEX
Zinc amat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga membantu mengembalikan semula kestabilan hormon, mengurangkan masalah rambut gugur serta kuku rapuh selepas bersalin.

Saya dulu pun mula jatuh chenta dengan Shaklee tau. Memang berbeza kesannya pada kecergasan badan, mood & penyusuan. 😉

Nak pengalaman berpantang yg berbeza? Meh ambil Set Berpantang Shaklee dengan saya. Pasti berbeza!

IRDA
014-984 0240
Pengedar Shaklee Pro Anda.

SEKSANYA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN BUAT SAYA SERIK NAK BERANAK LAGI

Ramai ibu merasakan bahawa tempoh kehamilan adalah tempoh yg memenatkan. Tapi sebenarnya, ada satu fasa lagi yg WAJIB ditempuhi oleh seorang wanita bergelar ibu selepas tempoh kehamilan yg memenatkan itu iaitu tempoh BERPANTANG! Waktu berpantang adalah satu tempoh (biasanya 44-60 hari selepas bersalin, mengikut amalan tradisi masing-masing) yg bukan sahaja meletihkan, melesukan, menjemukan, melemahkan, menyakitkan & boleh menjadikan seorang ibu itu stress! TETAPI, pengalaman tersebut boleh berubah 100% dengan pengambilan Set Berpantang Shaklee! Tidak kiralah sama ada anda bersalin secara normal mahupun cesearean; Set Berpantang Shaklee memang akan membuat pengalaman berpantang anda sangat berbeza berbanding pengalaman secara tradisional semata-mata.

Ini bukan 'cakap kosong' tau.. Sebab saya sendiri sudah merasainya sewaktu selepas bersalin anak kedua saya secara pembedahan cesearean. Dan hasilnya, memang sangat-sangat berbeza dengan pengalaman berpantang anak pertama saya yg hanyak menggunakan & memakan jamu serta kaedah tradisional semata-mata.

Yg bersalin secara normal pun sangat digalakkan tau ambil Set Berpantang Shaklee ni.. Lagu-lagi yg takut terkena masalah sembelit, angin satu badan, lesu serta nak menjayakan penyusuan susu ibu dengan jayanya. Jom tengok testimoni ibu muda & slim nih! (^_^)

 
Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.



Jom order Set Berpantang Shaklee di sini SEKARANG!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
SID Pro Anda.

SET BERPANTANG SHAKLEE: JAMU MODEN UNTUK IBU CERGAS!


ANDA MEMPUNYAI SEJARAH BAYI JAUNDICE/KUNING? MEMERLUKAN / MENCARI SET BERPANTANG YANG BOLEH DIAMBIL SEJURUS SELEPAS BERSALIN? INGIN MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSKLUSIF? INGIN MULA MEMBUAT STOK SUSU IBU KETIKA MASIH BERPANTANG?


SET BERPANTANG SHAKLEE adalah jawapan yang PALING TEPAT untuk anda! Set 'jamu moden' ini dijamin halal, selamat untuk ibu & bayi serta pelaburan yang berbaloi-baloi untuk ibu & bayi!

Kebaikan & kelebihan SET BERPANTANG SHAKLEE ini adalah:

[✔] Boleh diambil sejurus selepas bersalin normal/pembedahan.
[✔] Boleh diambil walaupun bayi menghidapi jaundice/kuning.
[✔] Mengekalkan kesihatan & kecergasan badan ibu.
[✔] Mengurangkan rasa mengantuk terutama ketika menyusukan bayi.
[✔] Menambah kuantiti & kualiti susu ibu.
[✔] Menjadikan breast lebih cepat penuh selepas bayi menyusu.
[✔] Menjadikan bayi cepat kenyang & tidur lena.
[✔] Membantu ibu menurunkan berat badan.
[✔] Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin & stretch marks.
[✔] Sangat sesuai bagi ibu-ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu/pembantu.



Untuk pertanyaan & pesanan, hubungi:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
PM: www.facebook.com/messages/Yourhealthshoppe
COD: Sekitar Johor Bahru, Skudai & Nusajaya

Berpantang Bersalin Cara Moden? Jamu Versus Supplemen.

Ini adalah petikan cerita daripada kawan baik saya Pn Khairani yg sekarang ni dah nak masuk 5 orang anak dia tau..

Saya harap janganla saya dikecam hebat oleh para pengamal cara pantang tradisional selepas anda membaca entry ini. Basicly, ianya 100% daripada pengalaman saya yang telah beranak empat dan ianyanya untuk perkongsian.

Masa pantang, ibu yang jaga saya. Berurut dan everything, regime biasa orang dalam pantang memang tak tinggal.. Sebab ibu memang strict, dan terima kasih ibu,saya masih maintain  figure saya walaupun pinggang tak ramping macam kerengga macam zaman anak dara dan kadang-kadang perut kembung after makan lamb chop. |:-P| [ Uiks, dalam pantang tak boleh makan lamb chop !^^]

Jadi sejak bila saya mula ambil vitamin? Saya berjinak dengan vitamin sejak Ghaus lahir, ( anak saya yang ketiga) disebabkan berlaku susutan tenaga. Sangat- sangat membawa perubahan sebenarnya. Satu family makan, saya dan suami. Saya akan menginjak ke usia 31 tahun tahun ini tapi orang selalu salah sangka ingat saya masih 26 tahun.[ ;-P]. Salah satu rahsia sila melaburlah pada supplemen vitamin yang semulajadi dan dipercayai, produk penjagaan kulit yang elok, cuci muka sebelum tidur dan pakai krim malam, ambil air sembahyang selalu dan jangan mengumpat orang [ sifat negatif membuatkan badan kita cepat dimakan usia].

Ok, berbalik pada subjek, Kenapa saya berpantang tak makan jamu tapi makan vitamin. Bukan saya sombong dan lupakan yang lama, tapi memang saya tidak boleh makan jamu dalam pantang sebab anak saya, semua sejarahnya tinggi bacaan jaundis. Memang kesian bila anak kecil yang tak tahu apa-apa kena cucuk sana-sini sebab nak tengok bacaan bilirubin.

Anak saya yang sulung Tufah, paling teruk bacaan bilirubinnya.Sebab, saya makan jamu sebaik saja balik dari hospital. . Badannya kecil, lahir dengan 2.49 kg.Jadi kata doktor hatinya kecil untuk buang semua kuning-kuning tu. Saya paling sedih masa ni..Tengok dia dalam inkubator, tanpa baju atau pampers, air dimasukkan ikut tali pusat.. tiga hari saya tak tidur malam..Saya susukan dia sekerap mungkin. Doktor kata Tufah di tahap kritikal, kuningnya terlampau tinggi dan takut sampai ke otak. Hampir tukar darah.Alhamdulillah, pulang ke rumah tanpa prosedur complicated, anak sihat after 2 minggu dalam inkubator. Saya? berpantang di hospital  dan serik.Serik melihat anak saya sakit. Tekad untuk make sure anak-anak tak kena jaundis teruk lagi.

Tapi anak saya yang kedua, Faeiq lahir dengan berat 2.7 kg masih kena jaundis. ( Tapi bacaannya tak tinggi macam Tufah dan saya di wad seminggu. Phew.. Ghaus pun sama tapi cuma 2 hari di wad untuk duduk bawah lampu flourescent. Rayan? alhamdulillah, ada kuning tapi kata doktor sikit sahaja dan boleh di urus di rumah. Dengan berat badannya yang ideal, 3.25 kg, penyusuan badan yang berterusan, pastikan bilik terang di masuki cahaya matahari.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, berpantang cara tradisional penting. Berurut, berbengkung, pakai pilis, mandi air panas, semua itu penting. Apa yang saya skip ialah makan jamu. Jadi saya ambil vitamin.

Sebab:

1. Jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu, elemen jamu di transfer ke baby melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk tapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu, ini membebankan hatinya. Nak tapis jamu lagi, nak buang bilirubin lagi. Sekaligus melambatkan proses penyingkiran bilirubin. Itulah punca prolong Jaundice.

2. Makan jamu untuk pulihkan badan semasa dalam pantang.Tapi disebabkan jamu 'berat' sangat untuk baby. Jadi saya amalkan vitamin.  Lagipun vitamin adalah nutrien yang mudah di kenali oleh badan. Jamu perlu di uraikan dahulu baru dapat dikenal pasti badan untuk diserap. Jadi prosesnya tak complicated, badan cepat sihat.Bila badan sihat, zatnya juga dapat kepada anak kita melalui susu badan. *BONUS* Bila makan vitamin, susu badan mencanak-canak macam air terjun ^^, badan sihat, baby sihat, semua happy, kan?




 Pengajaran untuk diri saya dan saya harap ibu-ibu di luar sana yang sedang mengandung take note. Jangan skip vitamin semasa mengandung kerana ini membantu tumbesaran baby dalam perut.  Bila baby dapat berat ideal, dia cukup sihat untuk berada di luar rahim ibu. Abaikanla mitos-mitos atau pesan lapuk yang cakap  "tak usah makan vitamin masa pregnant, nanti baby besar susah nak keluar!" Aduh, janganla macam tu, pengambilan supplemen penting. Sebelum mengandung, semasa mengandung, dan selepas melahirkan.

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...