Showing posts with label Isu Kesihatan Umum. Show all posts
Showing posts with label Isu Kesihatan Umum. Show all posts

RESEPI HOT CHOCOLATE SEDAP UNTUK ORANG DIET

Orang tengah diet ni kadang-kadang teringin juga nak minum air berperisa kan? Lagi-lagi kalau yg jenis suka minum air coklat macam Milo ke, Vico ke, Cadbury ke Oligo etc tu. Ada sesetengah ibu menyusu pula, air coklat ni boleh jadi milkbooster sebab hormon badan teruja & happy bila dapat coklat tu.

Tapi tapi tapi...

Serbuk minuman coklat yg biasanya ada di pasaran tu dah dicampur dengan gula tambahan untuk menjadikan rasanya sedap. In fact, fresh milk perisa coklat macam Farm Fresh ke Summerfield ke HL etc tu pun mengandungi gula untuk menjadikan rasanya sedap. Tu yg jadi nak minum berulang-ulang tu! Haha..

Meh saya share resepi hot chocolate sedap & very low sugar dari sifu eat clean saya ni. Bahan-bahannya mudah sahaja:

1. 200ml fresh milk
2. 1 sudu kecil serbuk dark chocolate (yg biasa orang buat kek tu)

Caranya:

a. Panaskan fresh milk dalam periuk atas dapur.
b. Campurkan serbuk dark chocolate.
c. Kacau sampai sebati.




Boleh minum macam tu je atau nak tambah oat atau nak cicah biskut pun boleh. Selamat mencuba! 😉

Nak order Shaklee? Boleh klik sini untuk Whatsapp saya ye:

TIPS & PENYELESAIAN MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH

Kita selalu dengar bahayanya tentang tekanan darah tinggi. Tapi kita selalu lupa yang tekanan darah rendah juga sama bahayanya. Ada sesetengah kes, pesakit pengsan akibat tekanan darah yg terlalu rendah. Ia berlaku akibat aliran darah yg tidak optimum di dalam salur peredaran darah kita.


APAKAH SIMPTOM MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH?
Mereka yang mempunyai masalah tekanan rendah biasanya mengalami beberapa daripada simptom berikut:

pening kepala dan loya
pandangan kabur dan ada bintik-bintik cahaya
muka pucat
lesu dan tidak bermaya
kadang-kadang pitam secara tiba-tiba
anemia


BAGAIMANA UNTUK MENGATASI MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH?

Antara cara dan kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tekanan darah rendah ialah:

✅bersenam
✅minum air yang banyak untuk mengurangkan simptom dehidrasi
✅makan makanan seimbang
✅makan mengikut jadual yang betul
✅mengambil supplemen untuk memastikan nutrient yang masuk dalam badan mencukupi.


APAKAH SUPPLEMEN SHAKLEE YG BOLEH MEMBANTU MENGATASI MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH INI?

Terdapat 3 produk yg biasanya dicadangkan untuk diambil oleh penghidap masalah tekanan darah rendah iaitu:

➡Vitalea with iron
➡SR Vita C Plus
➡B Complex

Set Tekanan Darah Rendah Shaklee

Secara umumnya, ketiga-tiga supplemen untuk masalah tekanan darah rendah ini membekalkan kesemua nutrisi asas yg amat diperlukan oleh setiap tubuh manusia dewasa. Apabila tubuh kita mendapat nutrisi yg lengkap & mencukupi, maka tekanan darah kita juga akan menjadi stabil serta meningkatnya tahap kesihatan kita.

Anda atau kenalan anda mengalami tekanan darah rendah? Meh Whatsapp ye: 014-984 0240 (Irda)

TIPS BANTU PESAKIT ALZHEIMER'S & MENGELAKKAN ALZHEIMER'S

Apakah punca Alzheimer's? Alzheimer's ataupun yg sering dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai 'nyanyuk' ni disebabkan oleh berkurangnya aktiviti antara neurons di dalam otak manusia. Bagaimanakah kita boleh membantu sekiranya terdapat ahli keluarga kita yg mula menunjukkan simptom mereka mengalami Alzheimer's?

tips untuk pesakit nyanyuk


MERBAHAYAKAH ALZHEIMER'S/NYANYUK?

Alzheimer's merupakan salah satu penyakit di dalam kategori neurodegenerative diseases. Di mana, neurodegenerative diseases ini berkait rapat dengan masalah berkurangnya fungsi neurons di dalam otak.

cara atasi masalah nyanyuk

Di dalam otak manusia, hasil tindak balas antara neurons (sel otak) menghasilkan sejenis protein yg dikenali sebagai beta amyloids. Beta amyloids ini secara asasnya tiada fungsi yg penting kepada sistem tubuh kita.

cara atasi nyanyuk

Dalam otak manusia normal, beta amyloids ini akan terhapus atau dinyahkan begitu sahaja. Namun, bagi individu yg mula menghadapi simptom Alzheimer's, beta amyloids ini akan mula berkumpul dan akhirnya membentuk plak-plak yg 'menduduki' ruang-ruang di antara neurons. Pertambahan plak beta amyloids ini akhirnya akan mengganggu 'perhubungan' ataupun aktiviti sesama neurons.

Ditambah dengan oxidative stress yg menambahkan pembebasan radikal bebas ke dalam otak, maka keadaan pesakit Alzheimer's akan bertambah teruk dengan kadar yg cepat sekiranya tidak dibendung.


APAKAH YG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN ALZHEIMER'S?

Bagaimana cara menghalang, melambatkan serta membendung Alzheimer's dengan berkesan serta tanpa melibatkan penggunaan dadah?

Ada 2 perkara yg boleh dilakukan:

1. Untuk mengelakkan Alzheimer's, kita perlu sentiasa merangsang sel-sel otak untuk terus berhubung dengan aktif. Caranya? Banyakkan membaca & berfikir supaya sel-sel otak sentiasa terangsang & terstimulasi. Bagi yg beragama Islam, cara paling mudah untuk merangsang sel otak adalah dengan membaca Al-Quran setiap hari.
Amalkan juga pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat (bersenam) supaya oxidative stress tidak membebankan sel tubuh. Elakkan stress agar radikal bebas tidak banyak terhasil.

2. Amalkan pengambilan antioksida. Rajinkan diri mengambil buah-buahan yg mengandungi kadar antioksida yg tinggi seperti cranberry, elderberry, anggur, tomato dan seumpamanya. Ini bagi mengelakkan pembentukan radikal bebas yg tinggi.
Apabila pengambilan antioksida mencukupi untuk membantu menghalang oxidative stress, maka neurons akan dapat kekal berfungsi seperti yg sepatutnya. Sekaligus, plak beta amyloids juga tidak akan mempunyai ruang untuk terbentuk.


SIAPA YG BERISIKO MENGHIDAP ALZHEIMER'S ATAU MENJADI NYANYUK?

Apa yg PALING PENTING anda tahu adalah, neurodegenerative diseases seperti Alzheimer's berisiko tinggi untuk DIWARISI MELALUI KETURUNAN. Justeru, jika kita mempunyai sejarah nenek moyang yg menghidapi salah satu neurodegenerative diseases ini, maka kita sewajibnya mengambil langkah pencegahan secara lebih intensif bagi mengelakkan keturunan anak cucu kita bakal berhadapan dengan risiko yg sama.

Alzheimer's juga lebih mudah terjadi kepada mereka yg sering stress dalam kehidupan seharian. Mereka yg sering bersikap malas atau tidak melakukan aktiviti yg melibatkan stimulasi otak juga berisiko tinggi untuk menghidap Alzheimer's atau menjadi nyanyuk.


ADAKAH SUPPLEMEN TERBAIK YG BOLEH MEMBANTU MENGELAKKAN & MENGURANGKAN KESAN ALZHEIMER'S?

Ada ahli keluarga anda yg menghidap Alzheimer's atau sudah mula menunjukkan tanda-tanda pelupa atau bersikap kebudak-budakan? Try Vivix. Vivix merupakan minuman botani yg tinggi antioksidan. Ia mampu mengurangkan simptom tersebut dari menjadi semakin melarat.


Whatsapp saya di: 014-984 0240 (Irda). Konsultasi eksklusif akan saya berikan kepada setiap pelanggan saya.



KESAN DIET TANPA NASI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Nasi sudah menjadi makanan rutin kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Dari kecil pun majoriti kita dididik dengan corak pemakanan/diet yg melibatkan nasi. Sampaikan, ada yg merasakan, kalau sehari tak makan nasi, rasa tak puas atau tak kenyang betul. Ibu kita pun selalu je berpesan supaya kita makan nasi setiap hari, supaya tak kelaparan. Namun, yg tak bestnya, terdapat segelintir golongan yg nak menurunkan berat badan dengan terdesak lalu membuat keputusan untuk mengamalkan 'diet tanpa nasi'. Adakah corak diet tanpa nasi ini selamat & berkesan?

diet atkins

KESAN KURANG MENGAMBIL NASI

Apabila semenjak kecil kita sudah terbiasa dengan sesuatu corak (pattern) diet itu, badan akan menjadi terkejut jika kita menghentikan corak tersebut secara tiba-tiba. Contohnya, kita dah terbiasa makan nasi 2 kali sehari pada waktu tengahari & malam. Tiba-tiba, bila kita rasa nak menurunkan berat badan dengan kadar segera, kita terus tidak mengambil langsung nasi. Alasannya, sebab nasi tinggi kandungan karbohidrat. Dan karbohidrat akan membuatkan kita gemuk. Apatah lagi jika ada rakan-rakan yg asyik menegur seolah-olah badan kita dah nampak 'naik', berisi atau gemuk.

Style ini dikenali sebagai 'crash diet'. Crash diet terlalu banyak kesan sampingan buruknya. Antaranya:

  • Permulaannya kita berasa ok, tetapi selepas 2-3 hari kebiasaannya kita akan menjadi terlalu lapar. Pada waktu itu, kita yg merasakan berat badan telah berjaya turun sebanyak 2-3kg, lantas dengan tanpa rasa bersalah kita akan 'terlebih makan' pula. Alasannya "takpe, dah 3 hari aku tak makan." Akibatnya, kita akan cenderung untuk makan melebihi dari kuantiti yg sepatutnya!
  • Mengalami fasa 'bounce back' yg lebih dahsyat dari sebelum diet. Apabila kita mula nak 'cover makan' bagi beberapa hari yg kita telah kurangkan makan, ia sebenarnya memberikan kesan bounce back pada berat badan yg lebih dahsyat & mendadak. Malah, berat badan anda akan menjadi bertambah lebih banyak lagi berbanding sebelum anda berdiet! Apabila berat meningkat semula, maka semangat kita pun jadi pudar & hilang.
  • Badan menjadi lemah akibat kekurangan nutrisi secara tiba-tiba. Bayangkan sebatang pokok yg asalnya setiap hari menerima cahaya matahari & air hujan, tiba-tiba kita halang ia dari mendapat bekalan tersebut selama beberapa hari. Apa jadi? Tentu pokok akan mejadi layu bukan? Begitu juga badan kita. Malah, lebih teruk lagi, kita mungkin akan diserang gastrik & mudah jatuh sakit seperti demam, batuk & selsema akibat sistem imun yg semakin lemah.
  • Keinginan meningkat pada makanan tinggi gula. Apabila kurang karbohidrat, kita berisiko untuk mendapat hypoglycemia; iaitu bacaan paras gula yg rendah dalam badan. Apabila terlalu rendah, selain menjadi lemah, kita juga akan mula jadi mengidam (craving) kepada makanan yg tinggi gula seperti coklat, kek, biskut, minuman berkarbonat & sebagainya. Mengapa? Kerana badan kita kekurangan tenaga & sel badan kita telah menjadi tidak sihat.
  • Risiko penyakit kwashiorkor. Ia adalah penyakit rentetan dari kekurangan nutrisi dalam badan. Kesan penyakit ini termasuklah terlalu kurus, penurunan berat secara mendadak, lemah badan, rambut gugur, hilang selera makan & lebih teruk lagi pembengkakan hati.



BOLEHKAH GANTIKAN NASI DENGAN MAKANAN LAIN?

Ada pula sesetengah kita yg cuba menggantikan nasi dengan sumber makanan mengenyangkan yg lain seperti mihun, pasta, mee kuning, oat, granola & sebagainya. Namun hakikatnya, kebanyakan makanan pengganti nasi mengandungi kalori yg jauh lebih tinggi daripada nasi! Akibatnya, ia sebenarnya semakin menggemukkan!

Lihat perbandingan berikut antara nasi dengan penggantinya yg popular dalam kalangan kita:




bahaya diet tak seimbang
Contoh pengganti nasi yg lebih selamat



NASI TAK BERSALAH

Hakikatnya sebenarnya, nasi tidak bersalah pun sekiranya berat badan kita semakin bertambah. Makan nasi setiap hari bukannya satu kesalahan ataupun PUNCA berat badan kita meningkat. Yg bersalah adalah KUANTITI NASI yg kita ambil serta nisbahnya dengan lauk-pauk yg kita ambil bersamanya.

Sedangkan, jika kita ambil nasi 3 senduk dengan nasi 1 senduk pun sudah jauh beza jumlah kalorinya; inikan pula jika kita bertambah-tambah makan nasi sehingga berpinggan-pinggan jadinya! Itu belum kira lagi kalori kuah masalemak cili api, atau asam pedas, atau rendang pajeri yg dicurah ke atas nasi! Ikan atau ayam pula kita lebih suka yg bergoreng berbanding yg dibakar/panggang. Sayur pula, biasanya kuantiti yg diambil sekadar 'cukup syarat' bersayur di pinggan sahaja. Itupun sudah lunyai dimasak!

Tak salah sebenarnya makan nasi setiap hari walaupun kita sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Cuma yg perlu kita jaga adalah KUANTITI, NISBAH & JENIS MASAKAN yg diambil.

Dari segi kuantiti, setiap kali makan, kita seharusnya mengamalkan nisbah "suku-suku-separuh" di dalam setiap hidangan. Di mana,
-Suku 1: Karbohidrat (nasi)
-Suku 2: Protein (ayam, ikan, telur atau daging)
-Separuh: Sayur-sayuran (yg tidak lunyai dimasak)

nisbah pemakanan sihat

rajah pinggan sihat


Dari segi jenis masakan, seeloknya:
  • Pilihlah beras perang berbanding beras putih kerana beras perang mengandungi serat yg lebih tinggi tetapi kanji yg kurang.
  • Pilih lauk ayam/ikan/telur/daging yg direbus atau dibakar atau dipanggang berbanding yg digoreng atau dimasak dalam kuah berlemak.
  • Elakkan kuah 'banjir'. Siramkan sedikit sahaja sekadar untuk memberi rasa kepada nasi. Elakkan juga kuah yg berlemak & berperasa tinggi seperti masak lemak cili api, asam pedas, rendang, pajeri & kicap/sos. Selain tinggi lemak, gula & garam, kuah-kuah seperti ini merangsang selera kita untuk makan lebih banyak.
  • Kurangkan garam, gula & bahan perasa dalam makanan. Paling penting, elakkan perisa tambahan seperti monosodium glutamate ataupun ajinomoto.
  • Lebihkan sayuran segar seperti ulam-ulaman berbanding yg telah dimasak. Masakan hanya menyebabkan nutrisi sayuran menjadi berkurang ataupun hilang terus!


pemakanan sihat

Sebagai tambahan, pastikan kita elakkan kudap-kudapan kurang sihat seperti makanan ringan, keropok, biskut, cekodok, goreng pisang, kek & sebagainya. Sebagai ganti di waktu senggang antara hidangan utama, ambil buah-buahan yg tinggi serat ataupun kekacang yg dipanggang tanpa garam.

Paling penting, jangan lupa untuk pastikan pengambilan air kosong yg mencukupi sesuai dengan berat badan kita. Setiap 25kg berat badan kita, memerlukan 1liter air kosong. Serta, pastikan kita elakkan minuman manis seperti minuman dalam tin, minuman dalam kotak, minuman bersusu pekat manis serta jus buah yg tinggi gula.

Ambil juga sedikit masa antara 10-15 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, senaman aerobik, zumba atau berjalan 10,000 langkah.

Jangan sekali-kali bergantung harap pada supplemen atau sembarangan 'ubat kurus' semata-mata. Pengambilan supplemen yg betul hanya membantu menggalakkan penurunan berat badan yg sihat serta cara untuk badan kita kekal menerima jumlah nutrisi yg secukupnya sewaktu berdiet. Namun bukanlah kunci utama penurunan berat badan anda.

P/s: Jika anda perlukan Set Slimming Shaklee yg membantu mempercepatkan pembakaran lemak, pembuangan toksin & menjadikan bentuk badan lebih cantik tanpa menggeleber, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Saya akan beri konsultasi eksklusif tentang penurunan berat badan secara sihat kepada anda.

*Kedit ilmu, info & sebahagian gambar kepada Instagram Coach Syuhada Amran & Coach Fridajeb.



BOLEHKAH IBU HAMIL MINUM KOPI?

Pernah dengar tak orang cakap, bila kita mula hamil je, tak boleh minum kopi dah. Tak elok untuk bayi dalam kandungan katanya. Benarkah fakta ini? Atau mungkin cakap-cakap kosong sahaja?



APA SALAH KOPI?

Sebenarnya yg boleh mendatangkan kesan kepada kehamilan tu BUKAN KOPI. Sebaliknya adalah kafein yg biasanya terkandung di dalam kopi. Ada juga kopi yg telah dinyahkafein (decaff) sebenarnya. Malah, hakikatnya dalam variasi minuman seharian kita ni, bukan kopi sahaja yg mengandungi kafein. Teh (tak kiralah hijau ke, coklat ke hitam), coklat, soda & kola (seperti Coke/Pepsi) juga mengandungi kafein. Beberapa ubat yg dijual di kaunter farmasi (biasanya yg digunakan untuk melegakan sakit kepala) juga mengandungi kafein sebenarnya.


APAKAH KESAN PENGAMBILAN KAFEIN KEPADA IBU HAMIL?

Kafein boleh menyebabkan beberapa kesan kepada ibu hamil iaitu:

✔ Peningkatan bacaan tekanan darah.
✔ Detak jantung menjadi lebih laju.
✔ Menjadikan kerap rasa nak buang air kecil.
✔ Boleh menyebabkan dehidrasi badan.
✔ Mengurangkan kadar kalsium di dalam tulang.
✔ Mengganggu penyerapan nutrisi oleh badan.

Kafein juga boleh 'melepasi' sistem penghadaman ibu & placenta/uri bayi untuk terus 'pergi' bayi. Maka, kafein boleh memberi kesan langsung kepada bayi. Antara kesan kafein kepada bayi adalah menggangu atau mengurangkan kadar keaktifan bayi bergerak. Ibu hamil yg kerap mengambil kafein serta mengambil dalam kuantiti yg banyak akan dapat merasakan pengurangan pergerakan ini. Kafein juga sebenarnya boleh mengganggu kadar metabolisme bayi.

Ada mitos yg mengatakan bahawa ibu hamil yg mengambil kafein dengan terlalu kerap & banyak, boleh menyebabkan risiko kelahiran pramatang serta kecacatan kepada bayi; selain melahirkan bayi yg tidak cukup berat. Namun, tidak ada sebarang kajian yg membuktikan perkara ini berisiko untuk terjadi kepada manusia. Kajian hanya pernah dibuat ke atas haiwan sahaja dan sememangnya terbukti ia benar.


BERAPA BANYAK KAFEIN BOLEH DIAMBIL OLEH IBU HAMIL?

Kajian oleh para pakar berkaitan menyatakan bahawa jumlah kafein yg berpatutan ataupun rendah tidak akan memberikan kesan negatif sama ada kepada ibu yg sedag hamil mahupun bayi di dalam kandungan. Ibu hamil boleh mengambil sekitar 150mg hingga 300mg kafein dalam sehari. Ia bersamaan sekitar 1-2 cawan kopi sehari sahaja; bergantung kepada jumlah kafein dia dalam biji kopi yg digunakan.

Jika seorang ibu hamil mengambil minuman berkafein seperti kopi sekadar untuk minuman kasual, ia biasanya tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, jika anda merasakan anda jenis yg 'ketagih' untuk meminum kopi setiap hari sehingga boleh menyebabkan kesan seperti moody, berasa lemah atau gangguan fikiran, maka anda PERLU berbuat sesuatu untuk mengatasinya.

KENAPA VIVIX SHAKLEE PALING SESUAI UNTUK ORANG YANG SIBUK?

Dalam zaman ekonomi yg sangat mencabar; terutamanya di Malaysia ni, biasa kan kita dengar "Aku sibuk la.. sampai nak makan pun tak sempat". Biasa kan? Apatah lagi yg bekerja di pejabat di tengah-tengah kotaraya yg sangat sibuk macam Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. Waktu 'lunch hour' selama 1 jam yg diperuntukkan tu selalunya tak sempat pun nak keluar pegi makan kan? Dan bukan semua orang berpeluang untuk membawa bekal makanan dari rumah. Malah, sarapan pagi pun ramai yg tak sempat ambil biasanya kan?


orang yg sibuk


Dalam kesibukan mengejar kemewahan hidup, generasi sekarang sangat mudah melupakan kepentingan faktor kesihatan. Bukan sahaja kebanyakan kita suka 'skip' waktu makan; tetapi kita juga 'malas' nak top up keperluan nutirisi harian kita dengan pengambilan supplemen. Pada kebanyakan orang, supplemen hanya untuk orang yg sudah ad penyakit ataupun yg dah mula menunjukkan simptom awal penyakit. Apatah lagi kalau baru berusia lewat 20an ataupun awal 30an. Kita rasa kita masih muda, sihat & bertenaga lagi. So, buat apa ambil supplemen kan?


ADAKAH KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?

Ramai yg salah tafsir dengan mengatakan supplemen adalah alternatif bagi mereka yg telah mempunyai penyakit untuk merawat penyakit mereka. Ataupun, supplemen hanyalah untuk orang yg telah mula menunjukkan simptom penyakit; dan supplemen diperlukan untuk mengelakkan penyakit tersebut menjadi bertambah serius.

Tahukah anda bahawa ini adalah PENDAPAT YG SALAH!
Supplemen sebenarnya adalah untuk orang yg sihat. Supplemen seharusnya diambil untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan badan sedia ada. Supplemen seharusnya diambil terutamanya apabila kita tak pernah kira pun sama ada adakah mencukupi jumlah nutrisi yg kita ambil dari pemakanan setiap hari. Adakah cukup jumlah sayuran & buah-buahan yg kita ambil setiap hari? Maka, atas sebab itulah orang yg sibuk setiap hari sebenarnya adalah orang yg paling memerlukan supplemen.


KENAPA ORANG SIBUK PERLUKAN SUPPLEMEN?

Ada beberapa sebab kenapa orang yg selalu sibuk setiap hari adalah golongan yg paling memerlukan supplemen:

  • Orang sibuk selalu tak sempat makan. Sarapan yg paling penting pun selalu tak sempat nak ambil. Kekerapan takmengambil sarapan pagi boleh mengganggu tahap metabolisme badan & meningkatkan risiko pelbagai masalah seperti mudah gemuk & gastrik. Lunch pun orang sibuk tak sempat nak ambil kadang-kadang. Lagi-lagi bila ada meeting la, discussion la, jumpa client la.. Kadang-kadang siap ambil minuman tenaga yg tinggi gula atau kopi je. Itupun sebab risau mengantuk untuk meneruskan kerja di waktu petang. Malah, makan malam pun ada yg tak sempat nak makan! Lagi-lagi kalau yg kena kerja overtime ataupun terperangkap dalam kesesakan jalan raya sampai lewat malam. Sudahnya, ada yg minum minuman bijirin 3in1 je sebelum tidur buat alas perut.
  • Orang sibuk tak sempat nak jaga jumlah nutrisi dari pemakanan yg diambil. Bila sibuk, ramai yg cenderung untuk pilih makanan segera seperti Mekdonel lah, KeyEfSi la, donut Setabak la, mi Megi la, bijirin 3in1 la, ataupun biskut-biskut oat yg kononnya berkhasiat tetapi sebenarnya tinggi gula. Makanan-makanan segera ini semua sebenarnya langsung tidak memenuhi keperluan nutrisi harian kita walaupun kita berasa kenyang memakannya. Daging berproses, bahan pengawet, garam & gula yg tinggi serta kurangnya sayur-sayuran dalam hidangan tersebut hanya 'merosakkan' sistem penghadaman & fungsi organ kita secara keseluruhannya untuk jangka masa panjang terutamanya.
  • Orang sibuk sangat cenderung untuk STRESS. Tak kiralah sama ada stress secara sedar; yg melibatkan perubahan emosi ataupun 'oxidative stress'; iaitu stress dalaman yg kita tak sedar tetapi amat bahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman & neuron otak.
  • Orang sibuk lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik pada umur yg muda. Antara penyakit kronik yg mudah melanda orang sibuk adalah tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, migrain, gastrik, sakit jantung, kanser serta tekanan perasaan.
  • Orang sibuk 'lambat sedar' tentang penyakit yg mereka hidapi. Kenapa lambat sedar? Sebab terlalu sibuk sehingga tak sedar pun simptom awal penyakit tu sewaktu ia 'datang'. Malah, ada juga yg bersikap 'in denial' walaupun dah mula merasakan ada yg tak kena pada badan mereka.

Sudahlah sibuk sampai tak sempat nak jaga pemakanan; tak mahu pula ambil supplemen untuk memastikan diri sentiasa sihat luaran & dalaman. Sedangkan badan kita ni 'nak pakai lama' kan? Kalau tak sayang nyawa sendiri pun, fikirkanlah ahli keluarga serta anak-anak yg menjadi tanggungan kita tu. Nanti kalau kita sakit sampai tak mampu bekerja, siapa yg kita nak harapkan untuk menyara mereka?


KENAPA VIVIX ADALAH SUPPLEMEN YG PALING SESUAI UNTUK ORANG YG SIBUK?

Orang yg sibuk & nak kekal sihat memerlukan nutrisi lengkap setiap hari. Walau apa jenama supplemen sekalipun, TIDAK ADA SATU PUN PIL SUPPLEMEN YG MENGANDUNGI KESEMUA NUTRISI YG BADAN KITA PERLUKAN SETIAP HARI. So, kalau nak ambil supplemen lain dalam bentuk pil ataupun minuman, orang yg sibuk ni perlu ambil berjenis-jenis pil & minuman dari pagi sehinggalah ke malam. Itu pun kalau cuma nak tambah nutrisi baru. Sedangkan, sel-sel otak & badan yg sedia ada juga sebenarnya perlu diperbaiki kerana telahpun mula merosak akibat pelbagai faktor pencemaran, tekanan & penyakit tanpa sedar yg saya sebutkan tadi.

So, Vivix Shaklee yg merupakan minuman botani dengan fungsi antioksida yg tinggi adalah supplemen yg paling sesuai untuk orang yg sibuk. Kenapa:
  • Sebab Vivix membantu memperbaiki sel & DNA badan yg telah merosak akibat faktor pencemaran, tekanan, penyakit & pemakanan yg tidak seimbang.
  • Sebab Vivix ni mampu meningkatkan sistem imun badan. So, kita takkan mudah diserang atau dijangkiti penyakit.
  • Sebab Vivix ni melambatkan pengumpulan protein AGE yg menyebabkan penuaan. Orang sibuk tak sempat nak jaga kecantikan sangat kan? Dan perlukan tenaga yg banyak. So, kenalah jadi awet muda.
  • Paling utama, sebab Vivix ni MUDAH DIAMBIL. Cuma perlu ambil 1 sudu kecil sahaja setiap hari; seeloknya pada awal pagi waktu perut kosong. Kalau tak sempat pun, boleh je nak ambil pada bila-bila masa yg sempat. Mudah sangat kan?
keistimewaan vivix shaklee

Kebetulan; sepanjang bulan November 2017 ini adalah bulan yg sangat-sangat special untuk orang yg sibuk. Sebab? Sebab Vivix tengah promo dengan HARGA TERENDAH tau sepanjang bulan ni! Haaaa... rugiiii sangat kalau tak grab!

promosi vivix shaklee

Tahap kesihatan kita sebenarnya bergantung tinggi kepada sebanyak mana kita menyayangi & mengambil berat tentang diri kita sendiri. Setinggi mana pun orang lain ambil berat tentang kita serta menasihatkan kita, badan kita akan tetap merosak sekiranya kita tak berbuat apa-apa untuk menjaganya.

Sibuk & kuat macam mana sekalipun kita berusaha demi memenuhi keperluan diri serta keluarga tersayang, apalah maknanya duit berkepuk yg dicari kalau kita tak menghargai nilai kesihatan diri sendiri. Bila nanti dah mula sakit & tak 'fit enough' lagi untuk bekerja mencari rezeki, siapa pula yg nak menanggung orang-orang tersayang yg kita tanggung selama ni tu? Betul tak? So, lebih baik kita beringat sebelum apa-apa yg buruk menimpa diri kita.

Jika anda sayangkan diri anda yg perlu selalu sibuk, boleh luangkan sedikit masa anda untuk Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk order Vivix barang sebotol dua untuk diri anda sendiri. Atau mungkin anda adalah isteri mithali yg terbaca artikel ini & sayangkan suami anda yg terlalu sibuk mencari nafkah demi menyara anda & anak-anak setiap hari. Saya sedia untuk memberi konsultasi terbaik kepada anda.








ESP SHAKLEE PENYEBAB KANSER!

Bukan 1 bukan 2; dah berpuluh orang juga yg bila mana saya suggest ambil ESP ni, mesti salah satu soalan yg diajukan adalah "Elok ke soya ni? Bukan ke minum soya ni boleh buat jadi kanser?" Sana sini tak pernah sunyi orang kata ESP Shaklee ni punca kanser. Betul ke?

Kali ni Kakak Cantik nak explain dalam 3 point utama je.

POINT 1.
=======
ESP ni dah ada kat atas muka bumi ni sejak dari tahun 1951 lagi tau. Bukan setakat awak yg baca ni belum lahir; malah mak ayah awak pun mungkin belum lahir lagi masa tu. Shaklee ni pulak dah berusia lebih 60 tahun atas muka bumi ni. Lama kan jangka masa tu? Dan SEMUA produk Shaklee ni ada kajian klinikal yg dibuat ke atas bahan mentah & hasil akhirnya. Landmark Study pun Shaklee lah satu-satunya syarikat supplemen di dunia yg sanggup melalui/dijalankan ke atasnya.

Kalaulah ESP ni bahaya sangat sampai jadi punca kanser, kenapa masih ada kat atas muka bumi ni sampai hari ni ek? Ini bukan produk picisan yg packing belakang rumah, lepas tu acah-acah apply kelulusan KKM, tup tup tak lulus pastu rebranding pula jadi jenama lain tau. Saintis, CEO, angkasawan, atlit semua pun minum ESP & amalkan macam-macam lagi supplemen Shaklee.

POINT 2.
=======

ESP ni langsung TAK SAMA dengan air soya non-GMO kat mana-mana supermarket yg korang pernah jumpa ataupun air soya acah 'original' yg jual kat pasar malam tu tau. Kalau rasa soya ni penyebab kanser, pernah tak korang tegur pulak pakcik jual air soya kat pasar malam tu, "pakcik, air yg pakcik jual ni boleh buat orang kanser tau. Dosaaa pakcik jual benda memudaratkan camni.." Ada bran?

Sedangkan soya kat pasar malam yg cuma DIREBUS & ditambah gula berkilo-kilo itu korang minum; sedangkan air kotak soya Ye*s, Bo**s, Sea***s bagai tu korang bagi anak-anak minum; sedangkan taufu fa yg tenggelam dalam air gula merah tu korang buat milkbooster, tiba tang ESP korang kata penyebab kanser?

ESP ni adalah SOY PROTEIN ISOLATE POWDER tau. Proses isolasi (pengasingan) yg dilakukan ke atas biji kacang soya sumber ESP ni menjadikan protein di dalam serbuk ESP ni kekal sebanyak lebih 90% tau. Apatah lagi biji kacang soya ESP ni dibasuh menggunakan air sahaja.

Eh, ada basuh guna yg lain ke? Korang tau tak kebanyakan produk berasaskan soya yg dikomersilkan biji kacang soyanya dibasuh dengan menggunakan alkohol? Sebab? Kosnya lebih murah. Kalau tak dibasuh dengan alkohol pun, pakcik pasar malam yg merebus kacang soya yg nak dikisar menjadi air soya 'ori' tu hanya merebus sahaja kacang soya tu. Macam sayur jugak; agak-agak bila direbus dengan air yg mendidih, berapa banyak khasiat soya tu dah musnah ek?

POINT 3
=======

ESP ni dibuat daripada biji kacang soya non-GMO tau. Maksudnya, benih soya tu TIDAK DIUBAHSUAI GENETIKNYA. Apa maksud diubahsuai?

Contoh mudah, padi sepatutnya secara semulajadi dituai berapa kali setahun? Sepatutnya 1 musim menuai hanya boleh berlaku dalam setahun je. Tapi kat Malaysia sekarang? Yg saya tahu di kampung halaman saya kat Selangor tu dah jadi 5 musim dalam 2 tahun. Agaknya macam mana ek ia mampu dilakukan? Caranya dengan mengubah genetik padi itu lah. Sebab musim hujan panas manusia tak boleh ubah kan?

So, sedangkan padi/beras yg korang berani makan hari-hari pun GENETICALLY MODIFIED (GMO), tapi tang ESP yg sah-sah NON-GMO korang takut nak ambil? Fries tu bagi anak-anak makan tak takut? Nugget? Sosej? Chikedis?

So, mana lagi takut?
Agak-agak sebenarnya yg banyak orang kena kanser tu sebab minum ESP Shaklee ke? 🤔🤔

Nak try protein shake ESP yg paling POWER di alam semesta ni? Harga 1 canister hanya RM150 sahaja.

Siapa yg PERLUKAN ambil ESP?

✅Yg nak kulit cantik
✅Yg nak hilangkan jerawat, jeragat & parut jerawat.
✅Yg nak hilangkan stretch marks atau apa-apa parut pada badan.
✅Yg nak langsingkan badan.
✅Yg menghidap kencing manis/diabetes.
✅Yg mahu menurunkan paras kolesterol.
✅Ibu hamil yg perlukan tenaga & sering mabuk/tidak lalu makan.
✅Ibu hamil GDM/kencing manis.
✅Ibu menyusu yg nak banyakkan & pekatkan susu.
✅Yg selalu senggugut & PMS.
✅Yg mempunyai kitaran haid tak teratur.
✅Yg selalu lemah tak bertenaga.

Meh Whatsapp saya SEGERA!

IRDA
014-984 0240

5 SEBAB KENAPA ORANG KATA VITAMIN SHAKLEE TIDAK BERKESAN

Pernah dengar tak orang kata Shaklee ni 'vitamin penipu'? Puncanya, sebab ada yg kata vitamin Shaklee ni tak berkesan sepertimana yg digembar-gemburkan. Ada yg kata; "Dah ambil Set Menyusu, tapi susu tak memancut-mancut pun?""Dah ambil Set Kulit Cantik, tapi jerawat tak hilang semua pun?""Dah sebulan dah ambil GLA Complex ni, sama je haid tak datang-datang pun?" Dan macam-macam lagi 'komplen' yg boleh mempengaruhi reputasi Shaklee sehingga dipanggil 'vitamin penipu'.

isu shaklee


BETUL KE SHAKLEE MEMANG 'TAK SESUAI' UNTUK SAYA?

Bila seseorang yg baru pertama kali mengambil/menggunakan produk Shaklee, anda sewajibnya menerima konsultasi terperinci daripada pengedar yg menjualnya kepada anda. Itu hak anda sebagai pengguna/pelanggan. Semua pengedar Shaklee dibayar komisyen oleh syarikat Shaklee berdasarkan setiap jualan yg dibuat. Jadi, jika anda tidak mendapat apa-apa panduan daripada si pengedar/penjual, anda WAJIB meminta hak anda daripada mereka. Ini khususnya bagi mengelakkan tanggapan seperti 'Shaklee tak berkesan pun untuk saya' atau 'Shaklee ni memang penipu!'.

Kenapa kena minta konsultasi, sedangkan pada label di setiap botol vitamin Shaklee sudah dinyatakan cara pengambilannya?

Ini kerana panduan pengambilan di label tersebut hanyalah secara umum sahaja. Pengedar yg menjual kepada anda seharusnya mengetahui isu/keadaan kesihatan anda secara lebih terperinci lagi; lantas baru dia menyarankan produk/set yg bersesuaian untuk anda. Sebagai contoh; label di botol Alfalfa Complex menyarankan pengguna mengambil 10biji Alfalfa setiap hari. Namun, sesetengah kita tidak memerlukan sehingga 10biji pun. Jika iya sekalipun, 10biji berkenaan sebaiknya diambil secara berasingan untuk mengelakkan healing crisis yg mengejut kepada pengguna yg baru mula mencuba/mengambilnya. Di sinilah tugas & tanggungjawab pengedar yg menjual kepada anda untuk menjelaskan kaedah, kesan & akibat yg mungkin akan dialami oleh pelanggan.

cara makan shaklee


SAYA DAH MAKAN SHAKLEE SEBULAN, KENAPA TAK BERKESAN?

Ada segelintir pelanggan yg berasa begini sebenarnya. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mendapat hasil/kesan positif sepertimana yg sepatutnya atau yg dijanjikan bakal berlaku kepada mereka selepas mengamalkan produk/set yg dibeli. Tapi persoalannya, benar-benar ke Shaklee tak berkesan untuk kita/dia?

Jawapannya mudah. Jika ada di kalangan pelanggan saya yg bertanya/mempersoalkan begitu, saya akan periksa 5 perkara asas ini:

  • Adakah anda mengambil kuantiti air kosong seperti kuantiti yg sepatutnya? Ya. Tanpa pengambilan supplemen juga kita sepatutnya minum 8 gelas air kosong sehari; iaitu bersamaan sekitar 2 liter sehari. Ini bagi yg mempunyai berat badan normal. Inikan pula jika anda mengamalkan supplemen. Anda WAJIB minum air kosong secukupnya dalam sehari. Berapa liter? Secukupnya dengan berat badan anda; 1 liter untuk setiap 25kg berat badan. Jadi, jika berat anda 75kg, pastikan anda minum 3 liter air kosong dalam sehari untuk membenarkan supplemen Shaklee menyerap & berfungsi secara optimum pada badan anda.
cara makan shaklee
Pengambilan air kosong amat penting untuk penyerapan & keberkesanan vitamin Shaklee


  • Adakah anda berdisiplin & konsisten mengambil vitamin anda? Saya akan tanya kepada pelanggan saya yg komplen tu, adakah dia betul-betul ikut jadual pengambilan yg telah saya sarankan? Adakah betul dia tak pernah tertinggal (skip) walau sehari pun vitamin yg saya sarankan? Hampir 100% yg komplen tu akan jawab "kadang-kadang saya terlupa.. sibuk kan pagi/petang/malam.. sampai terrr skip makan". Nahhhhh... Jika tak konsisten, macam mana nak dapat kesan yg optimum?
  • Adakah cukup masa seminggu/sebulan untuk vitamin Shaklee berkesan kepada anda? Supplemen bukan seperti ubat-ubatan klinik/doktor yg boleh 'menyembuhkan' penyakit anda dalam 1-2 jam. Contohnya seperti paracetamol yg boleh menurunkan panas badan atau ubat turun darah yg boleh menjadikan anda 'haid' serta-merta. NO. Supplemen Shaklee perlukan disiplin & konsistensi anda. Ia memerlukan masa untuk menyerap masuk & serasi dengan sistem badan anda secara semulajadi. Ia 'memperbaiki' sistem tubuh anda secara semulajadi. Dan atas sebab itu juga, kesan vitamin Shaklee kepada seseorang itu berbeza. Rakan anda mungkin hanya memerlukan 7 hari untuk mencerahkan kulit dengan Vita C Plus; tetapi anda mungkin perlu masa lebih dari itu.
Pengambilan kafein boleh mengganggu penyerapan vitamin


  • Adakah cara makan/pengambilan anda tidak bercanggah atau bercampur? Apa maksudnya? Contohnya, betul ke anda tak minum kopi/minuman berkafein selepas atau bersama-sama dengan vitamin Shaklee anda? Betul ke anda ikut saranan seperti beberapa vitamin tak sesuai dimakan bersama-sama (contohnya Alfalfa tak sesuai diambil bersama GLA Complex/Vitamin E)? Semua ini turut mempengaruhi tahap keberkesanan vitamin yg diambil.
  • Adakah anda pernah periksa kadar toksin dalam badan anda? Ini adalah antara sebab utama mengapa supplemen tidak berkesan secara optimum ke atas badan kita. Jangan sangka anda kurus tak berlemak, maka badan anda tidak mengandungi toksin. ANDA SILAP. Toksin tidak mengenal saiz badan & tidak mengenal usia. Toksin bukan hanya boleh terkumpul melalui pemakanan; malah ia boleh terkumpul akibat faktor lain seperti udara tercemar, gaya hidup tidak sihat, merokok serta STRESS. Toksin menjadi 'racun' di dalam tubuh kita. Ia menghalang peneyrapan nutrisi oleh badan kita. Atas sebab itu, maka vitamin yg kita ambil akan jadi lewat/tidak berkesan.

APA PENYELESAIAN YG BOLEH SAYA LAKUKAN?

Secara umumnya, pastikan anda mendapat konsultasi yg terperinci & benar dari pengedar anda. Ikut saranan yg diberikan secara berdisiplin & konsisten. Pastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi, jadual pemakanan yg konsisten serta elakkan makanan/minuman yg boleh mengurangkan keberkesanan vitamin Shaklee.

Untuk masalah toksin, kebiasaannya, jika selepas sebulan anda mengamalkan apa-apa produk/set vitamin Shaklee tetapi masih TIADA LANGSUNG perubahan, kami akan menyarankan agar anda mengambil Set Detoks dahulu bagi menyingkirkan toksin di dalam tubuh anda. Setelah melalui proses detoks, anda boleh mula mengambil semula apa-apa produk/set yg anda ambil tersebut dan bakal mendapat kesan yg optimum & marvelous!


Jadilah pengguna Shaklee yg bijak. Pastikan anda mendaoat hak anda dari pengedar anda. Dengan saya? konsultasi percuma DIJAMIN SEUMUR HIDUP!

IRDA
SID Pro Anda.
SMS/Whatsapp: 014-984 0240

ELAKKAN PENGAMBILAN 'DADAH TAK SENGAJA' OLEH KELUARGA ANDA!

Dalam Bahasa Melayu, bila kita demam, selsema atau ada penyakit kronik, kita akan pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan UBAT. Tapi, kalau dalam Bahasa Inggeris, UBAT sebenarnya bermaksud apa-apa sediaan yg majoritinya mengandungi DADAH DALAM KUANTITI YG DIBERNARKAN. In English, we normally call them as 'DRUG' iaitu DADAH. Kalau tak percaya, cuba search kat Google Image => "DRUGS". Hasilnya mesti penuh dengan gambar ubat-ubatan.

kempen shaklee

Dan group iReach kami di dalam Shaklee sekarang sedang melancarkan kempen "SIHAT TANPA DADAH BERSAMA SHAKLEE". Haa... so, tujuan sharing saya kali ini adalah untuk menjelaskan pada para pembaca yg budiman sekalian; tentang apakah maksud Kempen Sihat Tanpa Dadah kami ni.

So, apa maksudnya kempen ni?

~Adakah maknanya kita kena makan Shaklee je lepas tu boleh jadi sihat?~

~Adakah kalau kita jatuh sakit kita tak perlu pergi klinik atau hospital untuk mendapatkan ubat daripada doktor?~

~Adakah maknanya kalau dah makan Shaklee tak perlu makan ubat?~

NO NO NO NO NO. Bukan begitu maksud kempen ni.


Maksud kempen ni macam ni:
  • Anda sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkan mana-mana set vitamin Shaklee untuk memelihara tahap kesihatan anda yg masih baik. Kerana apa? Kerana kesemua vitamin Shaklee telah dibuktikan secara klinikal bahawa ia berasaskan 100% bahan semulajadi serta dijamin halal, selamat & berkesan jika diamalkan secara berterusan. Buktinya? Lihat sahaja kesemua SID Shaklee yg telah mengamalkan pelbagai vitamin Shaklee sejak bertahun-tahun lamanya.
  • Bukan kami tak pernah jatuh sakit; tetapi alhamdulillah kami berjaya memelihara tahap kesihatan yg optimum terutamanya dari aspek kulit yg awet muda, tekanan darah & paras kolesterol yg normal, paras gula dalam badan yg optimum, penyusuan bayi yg lengkap selama 2 tahun serta anak-anak yg bijak & cukup bekalan nutrisi mereka. Demam setahun sekali adalah normal; kerana badan manusia perlu diuji sekali-sekala untuk 'up-to-date' dengan virus-virus 'terbaru di pasaran'.
  • Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan secara berkala akibat penyakit kronik, pengambilan vitamin Shaklee boleh membantu badan anda untuk semakin sihat & cergas serta berkurangan dari segi simptom penyakit yg dihidapi. Contohnya pesakit diabetes yg perlu mengambil insulin & ubatan lain selama bertahun-tahun lamanya, boleh mengambil Vivix untuk membantu memperbaiki sel & mengurangkan paras gula dalam darah secara berperingkat. Dalam tempoh beberapa bulan, pesakit tersebut mungkin tidak perlu lagi mengambil insulin kerana paras gula yg telah menjadi optimum & neutral disebabkan pengambilan resveratrol.
  • Anda digalakkan untuk mengamalkan multivitamin Vitalea & Vitamin C untuk mengoptimum sistem imun badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit 'common' seperti demam, batuk atau selsema. Tetapi jika anda telah dijangkiti & berlarutan pula, anda masih perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Namun, kebarangkalian jatuh sakit dengan teruk itu pasti akan berkurangan jika anda mengamalkan supplemen yg mencukupi.
  • Anda perlu kuatkan diri anda dengan bersenam, pertingkatkan amalan rohani serta makan secara seimbang & sihat dengan dibantu oleh supplemen Shaklee (untuk mengisi lohong-lohong kekurangan nutrisi dari makanan seharian) agar anda tidak mudah jatuh sakit sehingga perlu mengambil ubat yg mengandungi dadah.
sihat tanpa ubat


Maksudnya, KAMI BUKAN ANTI UBAT. Sebab ada masanya kami juga mengambil ubat. Tapi pengambilan itu dapat diminimumkan dengan menjaga kesihatan dari dalaman SEBELUM KAMI JATUH SAKIT. Kan MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI? (^_^)

Apa yg PALING PENTING anda WAJIB TAHU adalah; ubat yg mengandungi dadah sangat tidak digalakkan diambil/diamalkan untuk jangka masa panjang. Ia mungkin dapat melegakan kesakitan anda pada jang pendek. Tetapi jika terlalu kerap diambil atau berterusan dalam tempoh yg lama, ia meninggalkan kesan kerosakan dalaman yg lain pula. Contoh yg banyak berlaku: pengambilan pil Ponstan yg melegakan kesakitan migraine sebenarnya boleh menjadikan usus anda menjadi semakin nipis dan akhirnya mudah terkena ulser ataupun luka.

Jadi, jom elakkan keluarga kita dari jadi 'penagih dadah' secara tak sengaja ini. Cegah sebelum terkena. Pilihlah gaya hidup sihat yg tentunya jauh lebih selamat & menjamin masa depan yg cerah.


JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!


Untuk mendapatkan Set Vitamin Shaklee untuk keluarga anda, hubungi saya SEKARANG! Dan konsultasi eksklusif diberikan secara PERCUMA untuk anda sekeluarga! (^_^)

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Keluarga Anda.

(VIDEO) ISTERI & IBU KERAP MEMBEBEL PUNCA LELAKI STRESS!

Dulu, saya tak faham kenapa orang kata, jangan membebel pada suami & anak.. Sebab takde faedahnya pun.. Bebelan kita tu akan 'free-free' je masuk telinga kanan keluar telinga kiri pada mereka; khususnya pada suami.. hehehe...

Sekarang, bila saya dah 10 tahun berkahwin, dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun; yg dah mula berakal sendiri dan banyak idea nak buat macam-macam 'eksperimen' dalam kehidupan seharian dia, baaaru saya faham! haiiiahhhh... Ditambah pulak saya pun dah ada seorang anak perempuan yg berusia 2 tahun 4 bulan yg saya rasakan lebih matang & memahami kehendak saya sebagai seorang ibu.. Baru saya tau, sebenarnya lelaki mempunyai 'perangai' yg sama tanpa mengira usia; iaitu TAK MAKAN BEBEL.


tips bercakap dengan lelaki

Kebetulan, bila saya study & mencari pelbagai maklumat tentang cara terbaik menangani karenah suami & anak lelaki ni, saya terjumpa satu sharing (video) ni yg memberikan 3 tips penting tentang lelaki; khususnya suami & anak lelaki kita.



3 TIPS PENTING UNTUK BERCAKAP DENGAN LELAKI:

1. Beri arahan satu persatu (1 by 1) - Jangan membebel 3-4 perkara sekaligus dalam satu masa. SEBAB, otak lelaki memperoses data yg berbeza ibarat di dalam 'kotak' yg berbeza. Otak lelaki berfungsi sama ada kiri atau kanan sahaja dalam satu masa. Mereka hanya boleh menerima 1 perkara sahaja dalam satu masa. Sebab tu selalunya, kalau kita (isteri) ni bercakap dengan dia (suami) sewaktu dia menonton tv ke, baca surat khabar ke, dia akan buat dunno (dekkk) je.. Seolah-olah takde apa-apa berlaku pun di sekelilingnya kan? Hehehe.. Sebab, pada waktu itu hanya ada 'kotak' menonton tv atau membaca surat khabar sahaja di dalam otaknya.

2. Beri masa antara 1 arahan dengan arahan yg lain - Kajian menunjukkan bahawa lelaki memerlukan sela masa selama 10 minit untuk berubah dari 1 'kotak' di dalam pemikirannya kepada 'kotak' yg lain. Jika dipaksa juga; terutamanya dengan kerap, ini akan menjadikannya STRESS! Dan akhirnya kita (isteri) juga yg akan dimarahi semula.. hehehe..

3. Bertanyakan soalan objektif & bukannya subjektif - sebab lelaki tidak akan terus 'alert' dengan apa yg berlaku di sekitarnya; terutamanya jika keadaan itu tidak penting baginya. Contohnya, jika ingin bertanya "Abang nak makan apa malam ni?" Untuk mengelakkan stress & pergaduhan di akhirnya, adalah lebih baik si isteri siap-siap memberikan pilihan jawapan kepada soalan tersebut. Contohnya, "Abang, malam ni nak makan spaghetti ke nasi goreng ye?". Percayalah, dengan pantas suami anda akan menjawab dengan pilihannya. Hehehehe...

Tak percaya? Cubalah pada suami & anak lelaki anda. Nak lebih penjelasan lagi, jom tengok & dengar dengan penuh perhatian ye. (^_^)

PUNCA PENYAKIT DIABETES DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Tahukah anda bahawa diabetes bukan sahaja boleh dihidapi oleh warga emas sahaja? Malah, statistik masa kini menunjukkan semakin ramai golongan dewasa seawal usia 20an & 30an telah mempunyai simptom diabetes akibat gaya hidup yg tidak sihat.

vitamin untuk diabetes


Antara punca utama diabetes di kalangan rakyat Malaysia adalah gaya hidup tidak sihat yg diamalkan. Antaranya adalah seperti:
  • Gemar mengambil minuman tinggi kandungan gula seperti teh tarik, minuman berkarbonat, minuman dalam kotak serta minuman bancuhan segera 3 dalam 1.
  • Gemar mengambil kuih-muih sebagai kudapan.
  • Gemar mengambil makanan segera atau berproses seperti burger, sosej dan sebagainya.
  • Amat kurang meminum air masak/kosong.
  • Stress atau tertekan akibat bebanan kerja atau rutin kehidupan.
  • Tidak gemar bersenam.



Apa yg paling membimbangkan adalah diabetes merupakan penyakit yg boleh diturunkan melalui keturunan. Ini disebabkan gaya hidup tidak sihat yg sama-sama diamalkan oleh ibu bapa & anak-anak.

Cegah diabetes sebelum terlambat. Selamatkan generasi akan datang. Antara tips yg boelh diamalkan adalah seperti:
  • Makanlah secara sihat & seimbang. Perbanyakkan mengambil sayuran & buah-buahan.
  • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan & minuman.
  • Kurangkan pengambilan makanan segera. Sebaiknya masaklah sendiri di rumah.
  • Rajinlah melakukan senaman secara berkala - 20 minit setiap hari.
  • Perbanyakkan meminum air masak/air kosong. Sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air kosong setiap hari.

Nota:
Jika anda menghidap diabetes/kencing manis, serta ingin mengawal simptom-simptom negatif kesan diabetes ke atas diri anda, supplemen Shaklee boleh membantu anda. Untuk mengetahui dengan lanjut, sila klik di sini.

Ataupun, jika anda inginkan kesan perubahan positif yg PANTAS & BERKESAN dalam menurunkan bacaan paras gula anda, anda AMAT DIGALAKKAN untuk mengambil VIVIX Shaklee. Vivix telah TERBUKTI BERKESAN mampu menurunkan paras gula pesakit diabetes seawal 2 minggu sahaja!


ORDER SEKARANG!
Dan dapatkan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup dari saya sehingga anda menjadi sihat!

Hubungi saya:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

ALFALFA SHAKLEE MERBAHAYA & TIDAK SELAMAT!!

APAAA??? BETUL KE NI??? 

Habis, camana nak buat ni?? Saya dah setahun lebih ambil Alfalfa untuk penyusuan bayi & kuruskan badan ni!! Matilah saya!!



hehehehe... relaksssss....

Alfalfa Shaklee MEMANG MERBAHAYA & TIDAK SELAMAT UNTUK SESETENGAH GOLONGAN JE...

Untuk golongan yg takde masalah kesihatan berkaitan, takde masalah pun nak ambil Alfalfa ni... dengan syarat, jangan melebihi dos yg disarankan... Sebab tu la, kene pilih SID yg komited & bersungguh-sungguh bagi anda konsultasi sebelum dan selepas pembelian anda dari beliau.. Tolonggggg la elakkan SID yg 'touch n go' ni ye... esok-esok kalau anda tak serasi dengan supplemen Shaklee ni, senang-senang je anda salahkan supplemen Shaklee.. padahal, anda yg salah pilih SID.. huhu..


SO, SIAPA YANG TAK BOLEH AMBIL ALFALFA DAN KENAPA?

1. Pesakit autoimmune seperti SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) etc.

Pesakit autoimun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sistem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom-simptom penyakit tersebut menjadi semakin teruk.



2. Ibu hamil

Alfalfa mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kontraksi uterus. Kontraksi ini boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan).


3. Penyakit hormone-sensitive seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid & cyst

Phytoestrogen dalam alfalfa bertindak seperti hormon estrogen. Ia boleh memburukkan penyakit2 yg sensitif terhadap hormon estrogen ini.


4. Pesakit diabetes yg mengambil ubat OHA/insulin

Salah satu fungsi Alfalfa adalah menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yg sedang mengambil ubat kebiasaanya akan dinasihatkan supaya memantau paras gula dalam darah mereka agar dos ubat dapat disesuaikan dengan keperluannya. Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh mendapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.


5. Penerima organ transplant

Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan kadar keberkesanan ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).

So, jangan takut untuk ambil Alfalfa Shaklee ye.. sebab Alfalfa Shaklee HANYA merbahaya & tidak selamat untuk mereka yg ada keadaa-keadaan tertentu SAHAJA..



Jom ambil Alfalfa untuk keintiman suami isteri! Hehehehe...

Irda (909714)
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...