Showing posts with label Kisah saya dan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kisah saya dan Shaklee. Show all posts

APA YG BISNES SHAKLEE DAH UBAH PADA SAYA?

Bila dah 5 tahun saya setia dengan bisnes Shaklee ni, ada yg tertanya-tanya; 'apa laa yg dia tu taksub sangat dengan Shaklee tu? Nak jual barang, jual je la.. tak payah sampai taksub sangat. Sampai hari-hari nak cakap pasal Shaklee.' Huhu.. Agak berlebihan perkataan taksub tu sebenarnya. Takde taksub pun. Cuma kami bangga dah menjadikan Shaklee ni sebahagian besar dari hidup kami. Sebab? Banyak yg Shaklee dah buat dalam pelbagai sudut dalam hidup saya & keluarga.


1. BUKAN PRODUK SUPPLEMEN SEMBARANGAN

Dulu, memang saya tak percaya pada supplemen. Pada saya semua produk supplemen sama je. Pengedar nak jual barang sebab nak cari duit. So, pada saya Shaklee ni sama je dengan mana-mana produk yg keluar kat iklan televisyen ke, majalah ke, surat khabar ke atau pamplet yg diedarkan dari rumah ke rumah.

Perspektif saya mula berubah sikit untuk mencuba Shaklee bila saya tengok kawan-kawan sekolah yg sebaya saya mula amalkan Shaklee. Makin lama makin ramai. Dan yg penting, saya tengok diorang makin lama makin sihat & cantik. Eh eh eh.. perempuan kan.. mana boleh kawan lagi cantik! Hahaha..

So saya mula study pasal jenama Shaklee. Katanya produk Shaklee ni 100% dibuat dari bahan semulajadi, terbukti secara saintifik & dijamin berkesan. Wow! Berani ek claim macam tu sekali. So, why not i give a try. Kebetulan memang nak berpantang & menyusukan anak kedua masa tu. Kalau betul, produk ni hebat, MESTI akan rasa berbeza dari pengalaman berpantang anak pertama.

Allahuakbar. Ternyata MEMANG BERBEZA! Badan saya rasa lebih cergas, takde rasa lemau, takde rasa stress, muka tak pucat lesi & yg penting susu badan saya cukup sangat untuk baby. Malah, saya berjaya susukan anak kedua saya secara penuh sehingga hampir 2 tahun! Sebab? Sebab walaupun letih bekerja & dah mula haid setiap bulan, tapi badan tetap rasa cergas & mampu untuk menghasilkan susu secukupnya.


2. MENGAJAR ERTI GAYA HIDUP SIHAT

Dari masa ke masa, makin banyak produk Shaklee saya amalkan. Bermula dari menyusu, saya mula nak cantikkan kulit & bentuk badan pula. Eh, macam ketagih pulak. Ye la, sebab dah berkesan kan.. hehehe..

So bila dah berkesan, kita akan makin sayang diri kita tau. Dari makan produk untuk pecahkan lemak & kawal kolesterol, kita mula pula elakkan makanan berproses, elakkan makanan berminyak, elakkan gula berlebihan, kurangkan garam dalam makanan & mula sukakan sayur-sayuran & buah-buahan.

Sebab, kalau kita betul-betul kenal Shaklee, syarikat Shaklee itu sendiri pun bukan sekadar menggalakkan pengambilan supplemennya yg berasaskan bahan semulajadi; tetapi juga turut menggalakkan kita mengamalkan gaya hidup sihat. Ini termasuklah mengawal pemakanan & mengamalkan senaman. Free motivation. Best kan?


3. KELUARGA LEBIH SIHAT

Dari mengamalkan untuk diri sendiri sahaja, saya ajak pula suami, anak-anak & ibu bapa saya amalkan produk Shaklee. Saya belikan produk yg sesuai untuk mereka. Ye la, kata sayang kan?

Hasilnya? Kami jarang jatuh sakit & jadi 'pelawat setia' klinik/hospital. Dan, kami dah tak jadi 'penagih Panadol' dah. Kalau dulu, mudah sangat demam. Pastu makan Panadol. Tak berkesan juga, pergi la klinik. Ambil ubatan berdadah.

Bukan anti ubat; tapi kesian badan kita kalau setiap bulan nak kena makan ubat berdadah kan? Semua tu ada effect pada sistem imun badan & fungsi organ tau. Bila dah terbiasa makan ubat, badan jadi 'lali' dengan keberkesanan ubat tu. So, makin lama makin kena up lagi dosage ubat tu. Ish...


4. DAPAT JANA INCOME SAMBIL BANTU ORANG JADI MAKIN SIHAT

Orang kata, kalau nak berniaga, biarlah berniaga barang yg memberi manfaat kepada orang dengan cara yg betul. Bukan sekadar 'nak cari duit poket sendiri' semata-mata. Betul kan? Takkan kita nak jual produk yg membahayakan nyawa orang. Berkat ke duit hasil usaha sebegitu?

Shaklee beri saya peluang ini dengan sangat luas. Keseronokan sebenar dalam bisnes ni adalah bila kita dapat bantu orang jadi lebih sihat hasil dari produk yg kita sarankan pada mereka.

Ada yg susah hamil, jadi beranak-pinak. Ada yg berjerawat teruk, jadi cantik berseri. Ada yg gemuk, jadi slim disayangi suami. Ada suami perokok, jadi hensem & wangi. Ada yg terbaring lemah, jadi mampu berjalan.
Tak seronok ke?


5. DAPAT CAPAI ONE OF MY ULTIMATE DREAMS

Apa impian teragung saya tu?
Saya nak duduk rumah melihat anak-anak membesar. Saya nak mereka makan minum dari air tangan saya setiap hari. Saya nak mereka lihat saya ada bersama mereka setiap hari ketika mereka membesar. Saya nak jadi ibu dalam erti kata sebenar. Tapi dalam masa yg sama saya mahu ada pendapatan sendiri. Bukan kerana suami tak mampu; tapi kerana saya MAHU.

Shaklee beri saya peluang ini. Dari seorang ibu bekerja yg sangat kurang masa bersama anak, menjadi seorang surirumah berpendapatan (WAHM) yg sentiasa ada di sisi anak saya. Malah, suami juga sangat-sangat gembira dengan 'jawatan' saya sekarang.
Allahuakbar.

Maka, nikmat Allah yg mana lagi yg mahu saya dustakan?


Irda
014-984 0240
Shaklee Independent Distributor yg sedia menbantu anda.

BERBALOIKAH BUAT BISNES SHAKLEE?

Alhamdulillah, masuk tahun ni, dah 5 tahun saya buat bisnes Shaklee ni. Dari mula buat secara part time, sampai akhirnya 3 tahun lepas saya berhenti kerja pejabat & jadi surirumah sepenuh masa sambil buat bisnes Shaklee dari rumah. Saya tolak tepi segala kelulusan akademik & jawatan di pejabat demi bisnes Shaklee & demi nak membesarkan anak-anak.

BERBALOI KE BUAT BISNES MLM MACAM SHAKLEE NI?

Ramai juga orang tanya, "banyak sangat ke income jual Shaklee ni?" Apa point utama yg saya nak cakap; ini adalah bisnes yg PALING MUDAH NAK BALIK MODAL. Kenapa?

Sebab modal permulaan yg diperlukan cuma RM69 sahaja. Daftar jadi ahli. Lepas tu dah boleh terus mula buat bisnes. Tak payah dump modal beribu riban untuk beli stok penuhkan bilik stor kat rumah. Dah register ahli, buat marketing, ada orang order & bayar, pastu baru beli stok dengan duit yg customer dah bayar tu. Baki dari beli stok tu, ada dah untung retail. Tengah bulan depannya (14hb), dapat pula bonus hasil point terkumpul bulan lepasnya.

Nak balik modal RM69 tu dalam sehari buat sales pun dah boleh dapat berganda dari jumlah tu dah. Contohnya, pagi ni register, petang tu ada pulak 2 orang ahli keluarga atau kawan nak beli Vivix sorang sebotol harga retail. Dah boleh dapat untung dalam RM150 dah tau. Itu baru untung retail. Belum kira bonus yg bakal diterima.

BERAPA BANYAK SHAKLEE BAYAR BONUS KEPADA SID?

Ye ke banyak bonus Shaklee bagi tu? Bukan ke Master Coordinator Shaklee (rank paling tinggi di Shaklee Malaysia) katanya bonus cuma RM3,000 je?

Hahahahaha.. fakta mana awak dapat?
First rank Business Leader Shaklee (Supervisor) punya bonus pun dah capai RM2,000++ sebulan.

Ada kes Senior Supervisor (rank kedua) yg jenis buat personal sales banyak, dapat income RM80,000 sebulan! RM80k tau. Bukan RM8k macam gaji manager bank.

Dalam organisasi besar team yg saya join, ada Master Coordinator bonus bulanan dia sehingga RM700,000 sebulan. Ya. Sebulan. Personal sales dia sahaja biasanya dalam RM60,000. Dah bertahun income dia begitu. Ini fakta. Bukan sembang gebang MLM.

Tapi, banyak mana pun income, kita TAKKAN DAPAT kalau setakat goyang kaki. Shaklee bukan bisnes MLM makin tinggi makin goyang kaki tunggu bonus masuk. NO. Kau tak buat, kau tak dapat walau RM20 pun yg kau nak. Malah makin tinggi rank, makin besar tanggungjawab pada organisasi & empayar yg dah dibina.

Itulah bisnes yg adil. Bukan setakat adil, malah skim pembayaran bonus Shaklee di Malaysia ni juga dah diperakui PATUH SYARIAH tau. So, tak perlu ragu pun status keberkatan bonus yg diterima tu selagi kita sendiri menjalankan bisnes kita secara jujur.

Nak buat bisnes secara part time atau full time yg best giler ni dengan Shaklee? Meh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Jika anda bersungguh MAHU, saya berkali ganda lagi bersungguh akan membantu.

JADI SURIRUMAH PUN KENA CANTIK SUPAYA SUAMI TAK CARI LAIN

Hari ni belek-belek album lama; zaman sekolah & zaman universiti dulu. Siap ada 1 album gambar tu semuanya gambar saya & Incik Husband masa zaman bercinta dulu. Hehehe.. Ala, bukan gambar dating pun, hampir semuanya gambar masa pegi site visit & program jabatan kat FAB UTM. Ada kat JB, Penang, Melaka, Sarawak & kat studio/fakulti. Rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada. Sebab? Masa dulu tu rasa dah confident diri tu dah comel habis dah. Rupanya bila tengok balik, comot je. Ditimpa perasaan sungguh!! 😂😂

Lepas kawen muda, kami hidup berdua lama. Lepas 5 tahun kawen baru dapat anak sulung. Masa tu lah badan naik bagai di pam pam. Waktu makan & kerja tak menentu. Pastu suka snacking. Bila keluar makan, makan ikut suka je. Tengok wayang atau nonton drama kat rumah, macam-macam kudapan ada. Pastu yg paling sadis masa tu, kulit muka saya memang berbelak-belak tau. Terutamanya kat area pelipis yg terpisah antara bahagian bertudung dengan yg terdedah kepada cahaya matahari. Kulit saya memang SANGAT MUDAH SUNBURN & LAMBAT PULIH. 😭😭 Dah la selalu kena pegi site & travel sana-sini. Kadang tak sanggup nak tengok 'line' kat tepi muka tu tau.

Saya pulak cerewet pasal skincare. Kalau orang selalu excited dengan macam-macam skincare kat iklan tv ke majalah tu, saya pulak jenis skeptik. Saya paaaaling takut kulit rosak. Sebab tu jugak seumur hidup ni saya tak pernah pegi facial spa! Sebab takut! 🙈🙈

Sampailah saya mula kenal Shaklee masa bersalin anak kedua (Iman.) Masa tu, rasa sangat perbezaan dengan masa berpantang Ihsan. Badan memang rasa cergas, tak lesu, tak stress, luka czer cepat pulih, susu badan banyak & paling best, kulit muka tu tak pasal-pasal jadi berseri! Tak pucat pun sepanjang berpantang tau. Tambah pulak bila sambung dengan set menyusu masa dah masuk kerja balik tu, berat badan senang je turun sampai 9kg!! Waaaa... tak tergambar happy dia bila baju-baju semua jadi makin longgar! 💃💃

Tak lama lepas tu, saya beranikan diri cuba skincare dari Shaklee Jepun - Nutriwhite. Masa tu ramai cakap Nutriwhite ni boleh hilangkan pigmentasi & sunburn. Woww! Ini adalah 2 masalah utama saya! Dan kebanyakan wanita Asia berkulit cerah pun kerap ada masalah ni tau. Memang tak kawan dengan uv matahari ni. Hahaha..

Allahuakbar. Tak tergambar rasanya bila kulit mula nampak perubahan. Bila pegi site atau aktiviti luar, dah TAK MUDAH 'TERBAKAR' atau sunburn lagi. Kalau kena sekalipun sebab baru lepas survey kat site lama-lama ke, mesti KEJAP JE DAH PULIH sunburn tu. Bonus pointnya lagi bila guna Nutriwhite ni, muka saya dah tak jadi berminyak sangat dah. Rasa moist kat kulit tu seimbang je. Pegang pun lembutttt je. Haha.. Vavavavaaaa.. memang sangat happy!

Sampai hari ni, walaupun saya cuma seorang surirumah, saya masih maintain guna Nutriwhite punya Gentle Makeup Remover, Gentle Deep Cleanser, Soothing Radiance Softener & Ultimate Whitening Protection Lotion. Kulit memang terlindung dari uv matahari yg semakin bahaya sekarang ni. Dan siapa kata surirumah TAK PERLU CANTIK? WAJIB woooo... Suami kita kat luar tu bekerja & berjumpa dengan macam-macam wanita yg bergaya & melawa. Takkan balik rumah dia nak tengok isteri selebet & kusam tak bermaya je kan? Dah la bau bawang pulak tu. Sedihhhhh.. hahaha. So, kena la melawa juga walaupun kerja duduk rumah je. Dan sebab tu juga kena ada income sendiri. Supaya boleh spend untuk melawa! 😘

Setuju ke setuju??

IRDA
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

BUAT APA MAKAN SUPPLEMEN? MAKAN SAYUR JE KAN DAH CUKUP

SAYA SUKA MAKAN SAYUR, SO TAK PERLULAH MAKAN VITAMIN KAN? Ramai prospek/customer saya yg saya cadangkan untuk ambil 3-4 jenis vitamin Shaklee dalam 1 set untuk tujuan tertentu akan mula cakap "banyaknya saya kena ambil. Takpe ke? Tak berlebihan ke? Multivitamin ni nak buat apa suruh saya ambil? Saya cuma nak hamil je. Lagipun saya dah makan sayur & buah setiap hari. Buat apa nak makan vitamin banyak-banyak ni."

Tahukah anda apa fungsi supplemen Shaklee?

BUKAN untuk menggantikan sayur, buah atau makanan dari sumber semulajadi tau. Supplemen membantu untuk mengisi/menutup lohong-lohong nutrisi (vitamin & mineral) yg kurang kita perolehi dari pemakanan seharian. Walaupun setiap hari kita makan ikan, ayam, daging, nasi, sayur-sayuran & buah-buahan, tapi bagaimana kita PASTI bahawa apa yg kita makan itu mencukupi untuk memelihara kesihatan antibodi, sel tubuh & keseluruhan badan kita? Apa penanda aras kecukupan kita? Sedangkan, untuk mendapat jumlah Vitamin C yg mencukupi sahaja pun kita sepatutnya mengambil 7 setengah biji oren setiap hari! Itu baru Vitamin C tau. Bagaimana pula dengan vitamin & mineral asas yg lain seperti iron, zat besi, kalsium, protein, karbohidrat, omega-3, omega-6 & sebagainya? Termampukah kita nak 'menelan' semua sumber semulajadi yg membekalkan semua nutrisi yg diperlukan oleh badan kita tu? Sukar kan?

So, di sinilah fungsi supplemen Shaklee. Ia BUKAN dicipta untuk menggantikan ataupun menjadi lebih baik berbanding sumber semulajadi. Tetapi, ia adalah PILIHAN TERBAIK untuk mempercukupkan bekalan nutrisi yg diperlukan oleh badan kita.

Cakap pasal sayur ni, saya sebenarnya suka sangat makan sayur ulam macam pegaga, daun selom & pucuk gajus tau. Tapi, ahli isi rumah saya yg lain tak minat. So, kalau beli, jenuh nak menghabiskan! Hahaha.. Yg diorang minat kebanyakannya sayur tak berdaun. Nasib baik ada jugak yg tak berdaun tapi hijau -BROKOLI. 😂😂

Brokoli ni kaya dengan Vitamin A & K tau. Ia membantu menseimbangkan kadar Vitamin D dalam badan kita. Vitamin D ni pulak membantu badan kita menyerap kalsium dengan lebih optimum. Selain tu, brokoli membantu merendahkan paras kolesterol & membantu badan kita untuk detoks atau membuang toksin dalam badan. Tapi, DENGAN SYARAT - semua nutrisi asal dalam brokoli hanya akan kekal apabila ia dimakan mentah begitu sahaja ataupun hanya dengan memasak secara stim selama 5 minit sahaja! Jika brokoli terlebih masak; terutamanya apabila dah jadi lembik, hampir kesemua khasiat borkoli ini hilang! Huhuhu..

So, sebab tu la saya tetap ambil supplemen Shaklee walaupun suka makan sayur hijau tau. Sebab tak larat laaa saya nak telan sayur & buah berbakul-bakul setiap hari demi mencukupkan nutrisi untuk badan & kulit saya kekal awet muda. Ahaks! 😎

Nak tambah nutrisi dalam badan & jadi awet muda? Meh Whatsapp saya:

Irda
014-984 0240
Pengedar Shaklee Sah Anda.

SERONOKNYA BUAT BISNES ONLINE DARI RUMAH DENGAN SHAKLEE

APA YG BEST SANGAT DAPAT BONUS SHAKLEE TU? Kalau korang dapat bonus yg setahun sekali tu best tak rasa? Of course best kan? Sedangkan dapat gaji pun best; inikan pulak dapat bonus SETIAP BULAN. Confirm la terlebih BEST kannn..

Ada orang cakap, kalau dah namanya dapat tiap bulan tu, sama la nama dia dengan gaji. Kira gaji la jugak tu kan? NOOOOO. Lainnnn... Tau kenapa lain? Sebab yg namanya GAJI tu, kerja malas ke, rajin sampai tak balik rumah ke, bayaran yg diterima sama je setiap bulan. Tapi BONUS ni lain. Makin rajin, makin banyak la kita dapat bayaran/ganjaran tu. Kalau malas, time orang dapat bonus, nganga mulut melopong je la tengok orang lain menuai hasilnya. Hehehe..

Shaklee TAK PERNAH gagal tau bayar bonus semua SID setiap bulan. Masuk je 14hb setiap bulan, 'mengaumlah' sang harimau berwarna kuning hitam itu. Hehehe.. Dan selaku surirumah a.k.a WAHM, hari itulah hari yg saya akan sengih sampai ke telinga. Hehehe.. Nak tau apa saya buat dengan duit bonus 4 angka saya tu?

1. First in mind nak belanja Incik Husband & anak-anak makan menu best yg diorg request. Saya ikutkan je apa yg diorang request. Kami memang suka makan. Hehehe.. Tak semestinya kat tempat/restoran mewah pun kalau nak special ni. Dim sum atau sate kat gerai tepi jalan pun boleh jadi special. Pada saya, yg penting adalah kegembiraan diorang. Kenapa belanja diorang 1st? Sebab husband & anak-anak saya ni lah tunjang utama kekuatan saya dalam bisnes ni. Dioranglah BIG WHY saya dalam setiap langkah yg diambil. Tanpa mereka, hampir 80% tujuan hidup saya hilang.

2. Main kutu. Hahaha.. Ye... Suka main kutu sebab dia macam simpan duit gak. Pastu boleh pilih bulan yg kita nak guna duit lebih tu. Contohnya nak bayar roadtax & insurans kereta ke, nak pegi holiday ke.. Tapi main kutu ni kena dengan geng yg betul & jujur. Nilai setiap kepala pun kena banyak. Baru syiok! Hehehe..

3. Salam kaut pada Mama saya. Ni biasanya buat bila balik kampung. Walaupun parents saya berkemampuan, dan kalau difikirkan apalah sangat nilai yg saya bagi tu, tapi yg penting tanggungjawab saya telah dilunaskan.

4. Beli stok vitamin sendiri & bisnes. Bila ada lebih banyak sket, beli yg mahal sket macam Collagen ke, Vivix ke, Nutriwhite ke. Ni termasuklah vitamin untuk husband & anak-anak. Ready stok untuk business tu tak banyak pun saya buat. Cukuplah sekadar vitamin-vitamin basic yg selalu laku keras macam ESP, Vita C Plus, Ostematrix, Alfalfa etc. Ni khususnya untuk customer yg selalu nak COD kat sekitar Skudai, Johor Bahru & Nusajaya ni.

5. Pergi jalan-jalan/short vacay. Banyak juga tempat dah pegi dengan duit bonus ni. Ki memang sukaaa part jalan-jalan ni. Melaka, Port Dickson, Desaru, Genting Highland, Mersing etc. Duit bonus saya biasanya saya guna untuk bayar duit hotel. Haaa.. bila bonus masyukk, apa la sangat nak bayar duit hotel sebilik RM200-RM300 tu kan...

6. Shopping! Yg ni jarang buat sebenarnya. Sebab sejak jadi WAHM ni saya kedekut duit sket. Almaklumlah dah tau susahnya nak cari duit! 😂😂. Tapi macam haritu, terpengaruh juga dengan tudung Warda! Berhelai-helai saya beli. Hahahaha..

Bonus saya takde bayar komitmen keluarga ke? Takde. Sebab Incik Husband dah kata, "duit u, duit u lah. Sukahati la nak buat apa." Tapi, selaku isteri yg nak membantu juga ekonomi keluarga, ada la juga tolong beli barang dapur sikit-sikif. Sapa tak sayang laki ooooiiii.. 😜

Nak buat bisnes sambil duduk rumah jaga anak macam saya? Meh Whatsapp:

IRDA
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

KELEBIHAN BUAT BISNES ONLINE

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali sebenarnya bila orang yg ambil nombor saya kat blog ke, FB page ke Instagram ke, tanya saya "Kedai awak kat mana ye? Hari ni bukak tak?". Hehehe.. Tiap kali tu jugalah saya akan explain bahawa perniagaan saya ni TIADA KEDAI NYATA. Saya bisnes melalui online sahaja bagi kawasan selain daripada Johor Bahru, Skudai & Nusajaya. Kalau yg nak berurusan direct dengan saya, di 3 kawasan tu bolehlah. Sangat dialu-alukan. Memang saya buat delivery ke hadapan pintu rumah/pejabat anda. Dan saya juga selalu kena explain bahawa produk Shaklee ni memang TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA KAUNTER KEDAI ataupun farmasi. Ia menyalahi P&R kami. So, kalau anda terrrjumpa kat mana-mana toko jamu ke, farmasi ke, kedai sinseh ke atau booth kat Jusco/Giant ke, tu boleh report ke Shaklee tu tau. Boleh ditarik balik keahlian dia.

Yg saya ada selama 3 tahun berbisnes Shaklee ni hanyalah 'kedai-kedai maya' sahaja. Saya gunakan pelbagai media sosial di internet untuk mencapai prospek/pelanggan di seluruh pelusuk Malaysia khususnya & dunia amnya. Haaa.. lagi canggih dari kedai nyata kan? Hehehe..

KEDAI UTAMA - BLOG.
===================
Masa mula-mula saya nak buat bisnes Shaklee ni tahun 2013 dulu, upline cantik saya Khairani Bahaudin terus suruh saya buat blog. Kebetulan, sebelum buat bisnes pun saya memang ada blog personal. So, takde masalah pun untuk saya bina sebuah lagi blog khas untuk bisnes Shaklee ni. Masa tu, upline saya kata "buatlah blog Irda.. Sebab kat Malaysia ni kekurangan sumber rujukan online tentang kesihatan dalam Bahasa Malaysia. English berlambak. Tapi ramai orang kita malas nak baca bila dalam English." Ooopppssss.. memang betul pun kan kan kan? Hehehe.. so, saya binalah blog ni!

Alhamdulillah, sehingga kini kedai maya saya yg satu ini telah menjadi 'pokok duit ajaib' saya. Setiap hari beratus-ratus pelawat yg mengunjungi kedai saya. Dan setiap hari ada sahaja prospek baru yg menghubungi saya hasil mengambil nombor telefon saya di blog ini. Beberapa artikel blog saya pun dah tersenarai di 1st page Google Search untuk beberapa kata kunci carian. Alhamdulillah. 😍😍

KEDAI FACEBOOK - PAGE
=====================
Selain FB personal (Irda Bay) saya juga ada beberapa FB Page tau. Tujuan FB Page ni adalah untuk capaian prospek yg lebih luas lagi. Dan ada masanya saya run FB Ads untuk mencari prospek. Alhamdulillah setakat ni, ramai juga pelanggan saya yg PM melalui pages ni. Sekarang, saya dah ada 3 FB Page tau yg untuk tujuan bisnes & sharing! 😍😍
.
1. Page Pengedar Shaklee Johor Bahru 014-9840240 (khas untuk prospek sekitar Johor Bahru, Skudai & Nusajaya yg nakkan perkhidmatan COD)

2. Page Yourhealthshoppe (Page pertama bersama FB untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee)

3. Page Tips Kulit Cantik Setiap Hari (khas untuk perkongsian tips-tips kecantikan serta produk Shaklee yg bertujuan untuk penjagaan kecantikan)

KEDAI INSTAGRAM
================
Kedai yg ini saya buka khas untuk generasi & golongan yg suka terpengaruh untuk search & membeli berdasarkan gambar. Kalau siapa yg biasa 'window' atau online shopping di Instagram mesti faham maksud saya ni. Saya sendiri pun kalau nak belek-belek barang nak shopping, saya suka belek Instagram. Sebab saya suka tengok gambar. Di Instagram ni biasanya proses jual beli lebih simple. Share gambar - explain sikit je - bagi harga - bagi no contact. Kemudian prospek akan DM kita atau Whatsapp terus ke nombor kita. Haa.. ni kedai Instagram saya:

tokey.vitamin.johor

Dah ramai juga customers saya dari Instagram ni tau. Alhamdulillah.

Semua kedai saya dah sertakan link. So, jemput datang, like, follow, baca & shopping ye. Dah ada yg berkenan di hati? Whatsapp je saya di: 014-984 0240 tau.

PENGAJARAN CINTA DARI KISAH HIDUP PENGASAS SHAKLEE - DR. FORREST C. SHAKLEE

Seharian saya study tentang Dr. Forrest C. Shaklee ni. Satu per satu kronologi hidup beliau saya baca, fahami & hadam sehingga saya benar-benar cuba dalami apa yg sebenarnya beliau cuba sampaikan sepanjang perjalanan hidup beliau.

Kalau sekadar nak baca biodata & kisah hidup beliau yg sangat menakjubkan tu, saya rasa banyak sumber dari Google yg boleh anda perolehi. Tapi apa yg saya nak share adalah apa yg saya perolehi hasil dari semua kisah beliau yg boleh kita jadikan panduan bersama untuk saya; selaku pengedar Shaklee, anda selaku pengguna produk Shaklee dan juga untuk kita semua yg bakal meneruskan kehidupan seharian yg bakal penuh pancaroba ini.

Terlalu banyak 'kisah cinta' yg saya temui dalam kisah hidup Dr. Forrest C. Shaklee:

🌹 Apabila beliau dilahirkan dalam keadaan tidak menangis dan hanya punya harapan 50% sahaja untuk hidup, cinta ibunyalah yg menghidupkan beliau kembali.

🌹 Apabila beliau disahkan menghidap turboculosis sewaktu kecil, cinta ibunyalah yg meneruskan hayatnya dengan pemberian herba & nutrisi semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran yg banyak kepada beliau. Ibunya tidak pernah kenal erti putus asa & mengalah dalam membesarkan beliau menjadi insan yg semakin sihat.

🌹 Apabila beliau memilih untuk menjadi seorang chiropractor & doktor perubatan yg mementingkan nutrisi; bukannya pemulihan melalui ubat-ubatan, kerana cinta beliau yg terlalu mendalam dalam kaedah penyembuhan secala alamilah beliau memilih kerjaya tersebut. Juga kerana itulah tertubuhnya Shaklee Clinic yg memberi perkhidmatan nasihat ke atas penjagaan diet yg betul & seimbang adalah apa yg amat penting dalam menjaga kesihatan manusia seharian.

🌹 Apabila beliau didiagnos menghidap KANSER pada usia 27 tahun, ketika beliau komited dalam kajian tentang x-ray, kerana cintalah beliau kembali bersemangat untuk pulih tanpa setuju untuk memotong kaki & tangannya untuk mengelakkan sel kanser merebak. Kerana cinta kepada isterinya, beliau meyakinkan isterinya bahawa dia PASTI akan sembuh & PASTI akan mampu terus hidup sihat melalui kaedah alami yg selama ini menjadi kecintaannya. Beliau amat percaya, dengan langkah penjagaan nutrisi semulajadi setiap hari, pemantauan ke atas analisis darah serta berpuasa akan mampu mengembalikan kesihatan beliau. Dan beliau BERJAYA MEMBUKTIKANNYA walaupun ada pihak yg tak mempercayai beliau. Semangat beliau untuk mahu pulih semakin kuat setelah kelahiran anak kedua beliau pada masa yg sama.

🌹Apabila Shaklee Clinic terbakar & semua hasil kajian beliau hangus terbakar, beliau tetap tidak putus asa. Kecintaan beliau untuk membantu lebih ramai menjadi semakin sihat melalui nutrisi mengembalikan semangat beliau untuk terus berkhidmat.

🌹Lumrah hidup tidak selalu indah. Apabila isteri tercinta beliau meninggal dunia akibat kemalangan ketika beliau berusia 47 tahun, semangat meneruskan kehidupan tetap membara demi 2 orang anak kesayangannya serta dunia perubatan berasaskan nutrisi diteruskan. Beliau mula menyebarkan ilmu berkaitan nutrisi melalui corong-corong radio serta majlis umum (public talk). Rasa cinta & semangat yg kuat terhadap bidang nutrisi sentiasa membuatkan beliau teruja untuk berkongsi segalanya dengan dunia.

🌹Sewaktu ramai orang sudah mahu berehat & bersara pada usia 62 tahun, Dr. Forrest Shaklee tidak begitu. Di usia itulah beliau mula menubuhkan syarikat Shaklee Product bersama 2 orang anaknya. Beliau tidak mahu cinta beliau terhenti di kalangan rakyat Amerika sahaja. Beliau mahu seantero dunia merasakan hasil cintanya. Beliau mahu ideologi berasaskan kemanusiaan "Thoughtsmanship" itu tersebar ke seluruh dunia. Kerana beliau percaya, rasa cinta & kemanusiaan sesama manusia inilah yg sebenarnya membawa kesejahteraan & keharmonian dalam kehidupan manusia.

🌹Apabila beliau memperkenalkan sistem jualan secara MLM; bukannya secara komersial, beliau percaya bahawa cinta beliau akan disebarkan secara berkesinambungan oleh ahli-ahli penjual (pengedar) yg juga benar-benar cintakan bidang nutrisi kepada pelbagai pelusuk masyarakat; bukan penjualan berasaskan keuntungan semata-mata.

Allahuakbar.
Selama ini saya sendiri sebenarnya sekadar melihat Shaklee sebagai suatu produk/jenama yg hebat dari segi statistik & klinikalnya sahaja. Hebat kerana setiap bahan asas & hasil akhirnya bukan sekadar satu jenama yg 'ditampal' pada botol-botol yg dikilangkan di kilang umum. Rupa-rupanya produk Shaklee ini adalah sehebat penciptanya. Kisah cinta yg hebat di sebalik kewujudan jenama Shaklee ini adalah apa yg sebenarnya benar-benar berharga. Pencipta produk Shaklee bukan sekadar seorang guru pencen yg minat berniaga; bukan juga seorang anak jutawan yg mahu legasi keluarganya berkesinambungan; bukan juga seorang artis terkenal yg gilakan penjenamaan diri; bukan juga seorang ahli perniagaan yg mahu menguasai kuasa dunia; bukan juga ahli yg bertopengkan agama yg mahu memanipulasi ideologi dunia. Tetapi cinta ikhlas beliau pada dunia nutrisilah yg sebenarnya telah membawa kebaikan ke seantero dunia. Malah, semangat yg tidak kenal erti putus asa itulah yg seharusnya dicontohi terutamanya oleh kami pada pengedar Shaklee; serta umumnya oleh setiap peringkat usia manusia dalam kehidupan harian.

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

SAH! PRODUK SHAKLEE TIADA LOGO HALAL JAKIM!

BETUL KE PRODUK SHAKLEE TAKDE HALAL JAKIM?

YA. Memang betul. Produk Shaklee TIADA LOGO HALAL JAKIM.

Q1: Kenapa takde logo halal JAKIM? Habis tu, halal ke untuk orang Islam kat Malaysia?
====================================
Semua produk Shaklee tiada cop/logo halal JAKIM kerana produk Shaklee tidak dibuat, diproses & dikeluarkan di Malaysia. Pihak JAKIM hanya boleh mengeluarkan sijil pengesahan halal ke atas produk yg dibuat/dihasilkan di Malaysia sahaja. Bagi produk yg dihasilkan di negara lain, sijil pengesahan halal hendaklah dikeluarkan oleh badan Islam negara tersebut. Sehubungan itu, pihak JAKIM telah menyenaraikan badan-badan Islam luar negara yg telah diiktiraf sijil & proses pengesahan halalnya. Ini termasuklah Islamic Services of America (ISA) yg bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil pengesahan halal ke atas produk Shaklee yg dibawa masuk ke Malaysia setiap tahun.

Q2: Habis tu, kenapa takde cop halal kat semua botol produk Shaklee?
====================================
Kaedah pensijilan halal yg dibuat ke atas produk Shaklee yg dibawa masuk ke Malaysia oleh ISA dibuat secara berkumpulan (by group). Pemeriksaan tidak dibuat ke atas setiap botol produk yg dikeluarkan. Sebaliknya hanya ke atas produk yg dikeluarkan oleh kilang. Sama seperti ubat-ubatan yg dijual di farmasi atau diberi oleh doktor di klinik. Takde kan tanda halal pada setiap botol?

Q3: Adakah produk Shaklee yg menggunakan unsur haiwan? Kalau ada, adakah kaedah penyediaannya telah menurut syariat?
=====================================
Ada. Terdapat unsur bovine (bahan daripada lembu) pada produk yg menggunakan kapsul gel lembut iaitu Lecithin, Omega Guard, GLA Complex & Vita E Complex. Untuk pengetahuan, 2 buah negara di dunia yg mempunya prosedur paling ketat dalam pengeluaran sijil pengesahan halal adalah Kanada & Amerika Syarikat. Proses mendapatkan pengesahan halal oleh ISA jauh lebih teliti & rumit berbanding berbanding pihak JAKIM sendiri. Malah, di USA sendiri juga terdapat puluhan ribu umat Islam. Justeru, pihak ISA telah mengambil kira setiap aspek syariat dalam proses pensijilan halal ini.

Q4: Jadi, memang boleh yakin 100% la yg produk Shaklee di Malaysia ni halal & selamat diambil oleh umat Islam?
=====================================
100% yakin tanpa ragu. Shaklee adalah sebuah syarikat bertaraf dunia yg telah 60 tahun bertapak di muka bumi ini. Produk Shaklee bukan produk picisan yg sekadar dibungkus di belakang rumah aataupun di mana-mana kilang produk umum dan kemudiannya sekadar 'dicop' dengan jenama sendiri. TIDAK SAMA SEKALI. Shaklee memiliki puluhan saintis bertaraf dunia yg menjalankan kajian ke atas setiap bahan asas & hasil akhir setiap produk. Shaklee juga diiktiraf sebagai syarikat yg paling selamat & tidak mencemarkan alam sekitar. Malah, untuk setiap produk yg memasuki pasaran Malaysia juga telah mendapat kelulusan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak Shaklee takkan sewenang-wenangnya mengambil mudah apa sahaja perkara yg mampu mencemarkan reputasinya di Malaysia; apatah lagi di mata dunia. Produk & jenama sehebat Shaklee TIDAK PERLUKAN 'gimik' pemasaran untuk menambat hati pengguna. Cukup dengan bukti kehebatan keberkesanannya ke atas mereka yg telah mengamalkannya selama puluhan tahun. Malah, Shaklee juga telah menjadi satu-satunya syarikat pengeluar supplemen yg BERANI untuk membuktikan keberkesanan produknya secara saintifik melalui Landmark Study.

Bukalah mata & minda kita seluasnya. Umat Islam BUKAN hanya wujud di Malaysia sahaja. Jutaan lagi umat Islam wujud di seluruh dunia. Dan cop logo halal JAKIM BUKANLAH satu-satunya cara untuk memastikan setiap satu produk itu adalah halal. Namun, memang benar; mencari yg halal itu WAJIB bagi setiap umat Islam. Dan kita berhak untuk ragu. Namun, jangan kerana dek keraguan diri kita sendiri, sehingga tertutup hijab kita kepada kebenaran. Lebih buruk lagi, janganlah sampai keraguan kita tu menjadi hasutan kepada orang di sekeliling kita. Wallahua'lam.

SID PRO ANDA
IRDA
014-984 0240

KENAPA MESTI PILIH SHAKLEE SEBAGAI BISNES ANDA UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP?

Ramai yg tak tahu, sebelum terlibat dengan bisnes Shaklee, saya dah pernah terlibat dengan macam-macam bisnes kecil. Saya pernah jual baju baby, saya pernah jual tudung, saya pernah jual insurans, saya pernah jual rempeyek, saya pernah jual sambal pecal dan saya pernah join beberapa MLM lain di Malaysia ni. Ibu bapa saya sendiri juga, walaupun bekerja tetap sebagai guru, macam-macam bisnes part time pernah mereka buat. Buka kedai runcit, kedai makan, buat kuih & jadi peraih/pemborong hasil pertanian kampung pun pernah. Saya pernah buat bisnes freelance editing & town planning projects.

why shaklee

Maknanya, saya dah pernah lalui pelbagai pengalaman 'bisnes tak menjadi'. Tapi itu tak bermakna saya tak ditakdirkan untuk jadi businesswoman. Saya tetap berimpian untuk berjaya dalam bisnes. Cuma Allah belum temukan saya dengan bisnes yg benar-benar memenuhi jiwa saya barangkali. Tapi, sampai bila nak mencari yg sesuai kalau semuanya hanya separuh jalan, kan?

Dulu saya anti supplemen. Bagi saya supplemen ni satu pembaziran duit & nutrisi. Sebab, kita boleh dapat macam-macam nutrisi dari pemakanan kita seharian. TAPI SEBENARNYA IA TAK CUKUP. Sedang kita semakin sibuk dengan urusan dunia, pemakanan seharian kita pun lama-lama jadi semakin 'segera' dan kurang berkhasiat. Yg penting bagi kita, perut kenyang. Natijahnya, bermacam-macam penyakit biasa & luar biasa semakin melanda negara kita akhir-akhir ini, kan?

Bila saya mula berjinak-jinak dengan set vitamin Shaklee, saya mula rasa perubahan diri. Saya makin cergas, bertenaga, susah jatuh sakit & anak-anak saya juga semakin sihat & bijak. Lantas, saya berkeputusan untuk berkongsi khasiat & kebaikan yg saya rasai ni dengan ahli keluarga, rakan-rakan & dengan dunia luar. Lama-lama, semakin ramai yg saya berjaya bantu, saya dapati itulah kegembiraan sebenar yg saya cari - iaitu dengan membahagiakan orang lain. Malah, secara tak langsung saya membahagiakan juga anak-anak & keluarga saya dengan hasil pendapatan yg diperolehi.

keistimewaan shaklee

So, KENAPA SHAKLEE? Sebab Shaklee ada pelbagai range produk. MACAM-MACAM. Saya rasa, supplemen untuk penyakit malas, jodoh & ajal je yg takde dalam Shaklee ni. Hehe..

Maknanya, macam-macam jenis orang jugalah yg dapat kita bantu dengan produk Shaklee ni. 1001 jenis penyakit & masalah kesihatan rasanya ada supplemennya dengan Shaklee. Dan yg PALING ISTIMEWA, semuanya 100% berasaskan bahan semulajadi, selamat, halal & berkesan. Bukan omongan kosong. Tapi dah terbukti dek kajian oleh saintis dalaman & luaran syarikat. Bukan calang-calang produk tau yg bagi pihak luar untuk buat ujian keberkesanan ke atasnya. Bermaksud, Shaklee memang sangat-sangat serius dalam membuktikan keberkesanan produknya. Itu antara kayu pengukur utama. Apatah lagi bila ditambah dengan testimoni-testimoni oleh pengguna yg telah berjaya mencapai apa yg mereka mahukan dengan menggunakan produk Shaklee.

Lagipun, kalau tak bagus, takkan dah hampir 60 tahun produk yg sama berada di pasaran, kan? Selain tu, meh tengok video ni.. Video ni MENJAWAB PERSOALAN PENTING kenapa saya bersungguh-sungguh buat bisnes Shaklee ni! (^_^)



Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

APA YG BEST SANGAT JADI WAHM? PART 1 - JANA INCOME DARI RUMAH TANPA STRESS SEBAB MASALAH PEJABAT!

WAHM - singkatan bagi Working At Home Mother; iaitu istilah bagi ibu yg bekerja dari rumah, tanpa perlu pergi ke pejabat. Sebenarnya saya rasa, ramai wanita; khususnya para ibu di luar sana yg teringiiin sangat nak jadi surirumah sepenuh masa kan? Nak duduk rumah sepenuh masa sambil uruskan anak-anak & rumah tangga sendiri i.e masak sendiri makanan kegemaran suami & anak-anak setiap hari, sidai & lipat baju dengan tenang setiap hari, vacuum atau mop lantai selalu, siapkan anak-anak untuk ke sekolah dalam keadaan tenang & senyummm aje dan seboleh-bolehnya tak nak marah langsung kat anak-anak terutamanya bila diorang buat perangan dok lambat-lambat bersiap time kita sibuk nak cepat pegi ofis ke kan? Tapi apakan daya, zaman sekarang semuanya terlalu mencabar dan memerlukan wang ringgit untuk menampung kehidupan. So, menjadi WAHM bagi saya adalah pilihan yg sangat-sangat tepat bagi ibu-ibu moden & hebat pada masa kini.

working at home mother
Kannnn?? hehehehe...

KELULUSAN & CITA-CITA TINGGI

Saya juga seorang ibu yg bekerja sepenuh masa di pejabat suatu masa dahulu. Kelulusan saya tinggi. Dan dengan kelulusan saya itu, saya hampir diterima bekerja sebagai pensyarah di sebuah IPTA ternama di selatan Malaysia. Tapi, permohonan saya ditolak atas satu alasan yg sangat-sangat remeh; sampaikan semua yg dengar alasan tu pun macam tak percaya je yg saya ditolak kerana alasan tersebut. Sedih sangat; tak terkata. Sebab itu adalah kerjaya impian saya sejak kecil. Tapi, saya cuma anggap ia bukan rezeki terbaik buat saya dari Allah s.w.t.

Saya teruskan perjalanan hidup dengan bekerja di firma konsultant dalam bidang pengajian dengan menggunakan kelulusan yg lebih rendah. So, bila guna kelulusan rendah, faham-faham la kan.. Gaji pun rendah la dari yg sepatutnya. Tapi saya bersyukur.. sebab sekurang-kurangnya saya ada pekerjaan & dapat pula bekerja satu ofis dengan suami terchenta.. hehehe... gataii.. awww!


MULA BOSAN

Saya seorang yg sukakan cabaran. Saya mudah bosan dengan kerja yg sama saban hari & saban projek. Saya bosan bila banyak terlibat yg ada due date jangka masa panjang. Tumpuan saya akan pudar. Saya mudah bosan bila idea-idea yg saya fikir dengan bersungguh-sungguh ditolak mentah-mentah oleh orang. Saya berfikir kottt.. bukan main sebut je.. Sebab saya memang serius pasal kerja. Tapi saya tetap teruskan sebab nak bantu suami menjana ekonomi keluarga.. ewahhh.. ye la.. Dah belajar tinggi-tinggi takkan nak biar suami berhempas-pulas sorang-sorang pulak tanggung keluarga kan.. huhu..

Stress wooo kerja pejabat.. Lagi-lagi jadi konsultant.. Tak kira projek gomen ke projek swasta, semedang kena ikut kehendak client. Kadang-kadang macam idea kita ni takde makna pulak.. padahal kita yg sepatutnya consult depa.. Tambah stress bila saya kena overtime atau outstation! "Double O" memang saya & suami cukup tak suka, tapi tak boleh menolak. Sebab apa?? Sebab, bila overtime saya perlu angkut anak-anak ke ofis sampai lewat malam. Lumrah anak-anak kan.. garang macam mana pun maknye ni, depa nak juga cium ketiak kita.. hehe.. Yg kedua, bila kena outstation saya terpaksa tinggalkan anak-anak dengan suami sahaja. Masalah jadi makin serius bila saya fully breastfeed anak kedua. Sebab susu saya bukan jenis yg meriah sangat; just alhamdulillah cukup-cukup untuk bekalan setiap hari untuk baby. So, bila kena outstation, saya dah kalut nak kena siapkan stok EBM untuk anak di rumah & di taska. Suami pun pening nak uruskan EBM. Tambah pulak, bila outstation saya naik flight & jadual meeting padat! Selalu sangat tak sempat pam & urusan nak bawak balik EBM tu leceh sangat-sangat. Frust tau kadang-kadang... ;(

Saya mula cuba berniaga secara kecil-kecilan.. Saya jual hasil tangan orang kampung pada kawan-kawan saya.. Saya jual sambal pecal kering, jual rempeyek bilis dan apa-apa yg orang kampung saya buat yg saya rasa sedap & special. Saya orang Jawa Selangor; tinggal di Johor Bahru. So, banyak juga makanan unik Jawa Selangor yg orang Johor tak pernah jumpa.. hehe..

Saya bisnes pulak pakaian baby secara online.. Dan jual juga pada kawan-kawan sekeliling.. Tapi tak semangat sangat sebab nak kena keluar modal besar & kena sentiasa ada stok yg up-to-date.. sedangkan stok lama ada yg masih belum terjual.. Gaji saya tak besar mana pun nak buat modal.. Dengan nak tanggung bayaran taska anak-anak lagi..

produk shaklee


MULA JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Hamil anak kedua, saya mula kenal Shaklee. Masa tu minat sebab nak ambil Set Berpantang & Menyusu je. Sebab saya nekad nak susukan anak kedua saya secara penuh selama 2 tahun. Mula-mula jatuh cinta untuk makan sendiri. Tapi bila saya sendiri dapat rasa kesan positifnya, dan makin ramai surirumah yg boleh berjaya dengan bisnes Shaklee ni, saya jadi tercabar! Lantasssss.. Saya pun mengambil keputusan nak jadi ahli & join bisnes Shaklee! Weee!! Keahlian saya dapat percuma sebab ambil full set Menyusu & vitamin untuk anak & mak saya. Stok takyah beli lagi masa awal-awal.. tunggu ada orang order baru kita ambil stok.. syok kan? Tak payah modal besar-besar..

Saya mula buat secara part time. Saya jadi syok! Hehe.. mana taknya, bulan pertama saya buat bisnes je income saya dah suku daripada gaji bulanan saya! Haaaa... Eh, underpaid-underpaid saya pun gaji saya 4 angka la juga tau... so, suku dari 4 angka, 3 angka la juga kan?? hehehe...

Lepas 2 bulan saya buat bisnes Shaklee secara part time, saya bagitau suami saya yg saya ada cita-cita baru - nak jadi WAHM dengan bisnes Shaklee! Saya nekad; bila bonus Shaklee saya SAMA DENGAN GAJI BULANAN masa tu, saya nekad nak berhenti kerja pejabat. Saya tau tak mudah dan akan sangat mencabar, tapi saya PERLU bernekad macam tu. Demi anak-anak & keluarga saya. Alhamdulillah, suami saya sangat-sangat menyokong cita-cita baru saya ni ATAS 2 SEBAB:

1 - Dia dah kaji bisnes model MLM Shaklee - tiada yg meragukan & memang sah memenuhi garis panduan syarak.

2 - Dia dah takmo saya stress dengan kerja pejabat lagi - balik lewat, underpaid & kena outstation. Lagipun, kalau saya stress, DIA PUN STRESS! hahahahaha...

wahm


JADI WAHM YG STRESS-FREE AKHIRNYA!

Akhirnya, lepas setahun saya buat bisnes Shaklee secara part time, bonus saya dah menyamai gaji bulanan saya kerja di pejabat. Saya nekad nak berhenti. Suami pun sokong sangat-sangat. So, dengan confidentnya pada Mac 2014 yg lalu saya bersemuka dengan bos sebab nak 'pecat dia' dari jadi majikan saya. Hahaha!

Masa tu perjanjian saya nak selsesaikan projek yg dalam tangan. So, drag juga la dalam 3 bulan. Dan saya mula jadi WAHM sepenuhnya pada Julai 2014. Weeeee!! Aku bebas!! hehe.. Dan bermulalah kehidupan mencabar-tapi-tak-stress saya sebagai WAHM. Kenapa mencabar? Sebab saya masih perlu jana income untuk sama-sama tanggung keperluan keluarga & anak-anak. Dan saya ada target yg saya nak capai dalam bisnes & hidup saya. Kenapa tak stress walaupun mencabar? Sebab semuanya saya lakukan demi kepuasan diri & demi suami serta anak-anak yg akan sama-sama ke syurga dengan saya kelak. Amiiiin...

So, siapa nak jadi syokk macam saya? Jadi WAHM yg stress-free? hehehe...
Jom sertai rangkaian Warrior, Supermom & Jutawan saya! Anda PASTI lebih puas & gembira!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Mentor Shaklee Prihatin Anda.

PENGEDAR SHAKLEE DI JOHOR BAHRU, SKUDAI & NUSAJAYA YANG KOMITED

Saya adalah Pengedar Shaklee di Johor Bahru, Skudai, Nusajaya serta kawasan sekitarannya. (ID 909714). Saya beroperasi sepenuhnya secara online & offline.

vitamin shaklee johor

produk shaklee


Penghantaran (COD) dibuat sekitar Skudai, Johor Bahru & Nusajaya. Juga untuk penduduk Singapura yg boleh bertemu di Johor Bahru. Penghantaran ke seluruh kawasan lain di  Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak melalui Pos Laju.

Saya adalah pengedar Shaklee yg sangat komited. Saya menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa HANYA DARI RUMAH. Dapatkan pelbagai Set Supplemen ready stock dari saya:

★ Set Kulit Cantik
★ Set Jerawat & Parut
★ Set Ibu Menyusu
★ Set Slimming
★ Set Darah Tinggi
★ Set Kolesterol
★ Set Diabetes/Kencing Manis
★ Set Ibu Hamil
★ Set Berpantang (Normal/Cesear)
★ Set Resdung & Alergik
★ Set Anak Bijak
★ Set Anak Asthma
★ Set Menaikkan Berat Badan
★ Set Gout
★ Set Stroke
★ Set Anti Kanser

Konsultasi, panduan pengambilan serta follow up akan diberikan secara percuma kepada setiap pelanggan.


Malah, jika anda berminat untuk menyertai bisnes Shaklee di bawah rangkaian saya, bimbingan & panduan akan diberikan sehingga anda berjaya!

Hubungi saya SEKARANG! Pengedar Shaklee anda di Johor Bahru, Skudai & Nusajaya.

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

BILA SAYA LEWAT DAPAT ZURIAT : CAKAP SENANG LAAA..

Sejak saya buat bisnes Shaklee setahun setengah yg lalu, alhamdulillah saya dah berjaya bantu banyak pasangan berjaya mendapatkan anak dengan Set Kesuburan Shaklee. Ada yg ambil untuk isteri sahaja, ada yg ambil untuk suami sahaja dan tak kurang juga yg ambil Set Kesuburan lengkap untuk suami isteri.


Saya bantu setiap customer saya dengan sepenuh hati. Bukan sebab saya pernah berjaya hamil dengan Set Kesuburan ni. Tapi sebab saya sendiri pernah lewat mendapat zuriat. 5 TAHUN lamanya saya menunggu untuk mendapat zuriat saya yg sulung; Muhammad Ihsan. Waktu itu saya belum kenal Shaklee. Shaklee pun belum terkenal kat Malaysia pada waktu itu. Jadi, bila ada prospek yg bertanyakan tentang Set Kesuburan atau Set Ingin Hamil Shaklee, saya AMAT FAHAM perasaan mereka. Saya boleh agak apa yg ada di dalam hati mereka. Dan dengan seikhlas hati saya akan berusaha untuk membantu mereka dengan kebaikan Shaklee agar mereka juga dapat merasai kegembiraan menimang cahaya mata.

Saya berkahwin di usia agak muda; 23 tahun. Usai pengajian Sarjana Muda, saya terus bertunang. 6 bulan kemudian saya berkahwin dengan boifren (sekarang suami la) saya yg merupakan rakan sekelas saya di universiti. Cinta kampus la ni.. hehehe.. Pada waktu itu suami saya sudah mula bekerja di satu syarikat konsultan (masih di syarikat yg sama hingga kini). Manakala saya pula menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Kami memang sengaja merancang untuk melewatkan kehamilan selama setahun. Kononnya sebab masih muda & saya masih belum ada pendapatan.

Selepas setahun,kami mula berusaha seperti pasangan lain untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam yg kami lakukan. Mana tanah tinggi Malaysia yg kami tak jejak? Semuanya sebab ikutkan tips orang.. Hotel berbintang-bintang dah macam-macam kami pergi. ‘Ambil berkat’ tempat sejuk orang kata.. Tapi selepas 2 tahun mencuba; dengan usaha berurut dan pengambilan makanan-makanan yg dikatakan boleh ‘menghamilkan’ seperti habbatussauda, buah delima dan sebagainya; usaha maki masih belum membuahkan hasil. Sedangkan, kitaran haid saya adalah tetap & normal sejak saya berusia 12 tahun. APA YG TAK KENA??

Lantas, pada tahun ke-3 perkahwinan kami, saya dan suami mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar obstetrik & gynaecology. Jawapan yg tepat diperlukan. Apa punca kami masih tak memperolehi zuriat? Berat sungguh langkah waktu tu. Debarannya tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Risau, takut, berdebar semua bercampur menjadi satu. Sehingga saya sanggup berjanji dengan suami:

“Abang.. Kalau memang disahkan I tak boleh mengandung dan tak ada peluang langsung untuk mengandung & melahirkan zuriat You, dan U pula disahkan boleh menjadikan wanita mengandung, I izinkan U berkahwin lain.”

Jangan anggap saya bergurau. Dan jangan anggap IA MUDAH bagi saya melafazkannya. Perempuan mana yg sanggup berkongsi kasih suami yg dicintainya? Tapi apa hak saya untuk menafikan hak suami saya untuk mempunyai zuriat? Lelaki mana yg tak mahu zuriat?

Saya dan suami menjalankan pemeriksaan kesihatan. Dan hanya dengan satu ujian sahaja, suami saya disahkan normal & mampu menjadikan wanita hamil! Saya pula? Perlu melalui beberapa proses pemeriksaan lagi untuk membuktikan saya boleh hamil! Allahuakbar..


Ovari & rahim saya diperiksa. Doktor mengesahkan saya menghidap PCOS (Polisystic Ovarian Syndrom); di mana pintu ovari saya sempit dan itu menyebabkan ovum saya tidak keluar dalam bentuk yg sempurna setiap bulan. Haid yg datang setiap bulan hanyalah terdiri daripada serpihan ovum yg tidak sempurna yg tidak boleh disenyawakan oleh sperma. Secara teorinya saya boleh hamil, tetapi ovari yg sumbat perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu. Dan ovum yg keluar selepas itu nanti perlu distimulasikan agar ia berbentuk sempurna untuk disenyawakan.

Tapi ada 1 lagi ujian yg perlu saya jalani. Ujian untuk menentukan sama ada tiub falopio saya tersumbat ataupun tidak. Jika tersumbat, maka sperma sememangnya tidak boleh bertemu ovum dan yg pastinya, SAYA TIDAK AKAN BOLEH HAMIL! Siapa yg tahu bagaimana ujian ni perlu dijalankan, pasti tahu betapa malunya yg perlu ditanggung; apatah lagi jika doktor yg memeriksa itu adalah lelaki! Sebab pemeriksaan yg satu ini dilakukan oleh pakar x-ray. Dan agak sukar untuk kita memilih pakar x-ray lelaki atau perempuan. Jika ada pun, memerlukan masa lain untuk menempah temujanji.

Alhamdulillah.. tiub falopio saya tidak tersumbat. Dan saya disahkan BOLEH HAMIL oleh pakar O&G saya. Satu kegembiraan yg memang tak tergambar! Dan yg paling penting, suami saya tak perlu berkahwin lain!! Hehehehehe..

Saya seterusnya menjalani rawatan untuk membersihkan ovari. Serpihan ovum yg tersumbat di sekitar pintu ovari perlu dibersihkan. Dan pada bulan itu kami tidak dibenarkan mencuba untuk hamil kerana bimbang risiko sperma suami mungkin akan mensenyawakan beberapa ovum serentak. Jika iai berlaku, tiub faloppio boleh pecah dan saya tidak akan boleh hamil lagi.

Bulan seterusnya, pada hari ke-10 kitaran haid, ovum saya diperiksa. Ia bagi memastikan ovum saya bersifat sempurna untuk disenyawakan. Bulan depannya, tanggal 3/8/2008 saya sepatutnya datang haid. Tetapi saya telah lewat. Dan dek kerana ketidaksabaran yg menggunung, setelah hanya 5 hari lewat datang haid, pada 8/8/2008 saya telah membuat UPT sendiri di rumah. Dan keputusannya adalah POSITIF!! Alhamdulillah... kegembiraannya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Suami saya pun tercengang-cengang bila saya menunjukkan keputusan UPT tu sebelum kami menunaikan solat Subuh pagi itu. Hehehehe..


Dan akhirnya, pada bulan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5; iaitu Mei 2009, kami dikurniakan zuriat sulung lelaki kami yg amat dinantikan terutamanya oleh suami saya yg terlalu inginkan seorang anak lelaki. Kami namakannya MUHAMMAD IHSAN. Nama yg simple. Tidak moden. Tetapi cukup memberikan 1001 kegembiraan & kebaikan kepada kami; seiring maksudnya: IHSAN – KEBAIKAN & KESUNGGUHAN SEOLAH-OLAH MELIHAT ALLAH DI DEPAN MATA.

Semoga Ihsan menjadi insan & khalifah dari keturunan menunaikan solat, soleh, bijaksana serta berjaya di dunia & akhirat. Mummy & Daddy sayang Ihsan hingga ke syurga. Amiiin... <3 br="">

Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.


Irda
Shaklee Independent Distributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

PELUANG BUAT BISNES PART TIME / FULL TIME YANG MASYUKKK DENGAN SHAKLEE



cara jadi pengedar shaklee


Peluang keemasan untuk menjadi SURIRUMAH 4/5/6 ANGKA secara FULL TIME ataupun wanita berkerjaya yang mempunyai bisnes PART TIME sepenuh hati sehingga 4/5/6 angka.

Pengedar Bebas Shaklee diperlukan di SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK & INDONESIA.

Dengan modal HANYA SERENDAH RM65 untuk pendaftaran ahli & business starter kit, anda berpeluang untuk memperolehi insentif-insentif yang ditawarkan oleh Shaklee iaitu:


 CASH - Bonus Tunai
***************************************************
=> Bonus tunai diperolehi setiap bulan berdasarkan pengumpulan mata/uv hasil jualan barangan setiap bulan.

 CAR - Bonus Kereta
*************************************************
=> Bonus dalam bentuk wang tunai; untuk anda gunakan bagi membayar down payment kereta, bayaran bulanan atau apa sahaja yg anda nak lakukan dengan duit tu.

 CONVENTION - Trip Umrah & Lawatan Bertaraf 5 Bintang
******************************************************************************************************************
=> Pakej Umrah (pilihan bagi pengedar Muslim) ataupun lawatan ke luar negara dengan pakej bertaraf 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Berpeluang membawa anak-anak, suami, ibu bapa & ahli keluarga bersama.


MENGAPA PERLU PILIH SHAKLEE:
=======================================

http://youtu.be/mXN0YP1bXwY

Shaklee adalah satu jenama yang dipercayai yang telah bertapak selama hampir 60 tahun di muka bumi ini. Ia adalah peluang bisnes TERBAIK yang menawarkan PASARAN PENGGUNA TERLUAS terutamanya di era milennium ini; di mana manusia yang sibuk dengan kehidupan seharian yang mencabar sentiasa mementingkan 5 perkara berikut:

=> Health & Wellness
=> Nutrition
=> Beauty
=> Green
=> Home Business

DI BAWAH RANGKAIAN KAMI, ANDA JUGA AKAN DIBERI:
===============================================================

 Online & offline coaching sehingga anda berjaya!
 Menyertai group khas yang sentiasa saling menyokong kejayaan setiap ahli.
 Bimbingan Teknik Marketing melalui Facebook, Blog dan internet networking.
 Tips & rahsia-rahsia khusus untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee.
 Info-info produk dan ilmu-ilmu berkaitan yang membantu anda untuk membuat marketing.


DENGAN SHAKLEE, ANDA JUGA TIDAK PERLU:
=====================================================

> Mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan.
> Menyimpan stok yang banyak di rumah. Stok hanya perlu dibeli apabila ada order dari pelanggan.

Sertai kami SEKARANG dan UBAH HIDUP ANDA!

Taip "JOIN SHAKLEE" 


SMS/Whatsapp ke: 014-984 0240 (Irda)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...