Showing posts with label Resepi Best. Show all posts
Showing posts with label Resepi Best. Show all posts

FENOMENA JERUK MANGGA ASAM BOI

Sejak akhir-akhir ni saya tengok 'makin berleluasa' pulak fenomena jeruk mangga asam boi ni merata-rata kat media sosial Malaysia ni; terutamanya Facebook. Macam-macam gambar yg diuploadkan.. Tak kurang juga yg siap share resepi jeruk mangga asam boi yg sedap ataupun yg dibuat sendiri.. Sampaikan, saya yg tak minat jeruk & asam boi ni pun jadi cair air liur melihatnya.. hehehe...

jeruk mangga
Haaa.. siapa yg tak meleleh air liur bila tengok gambar jeruk yg 'menggiurkan' ni, ye tak? Hehe..
jeruk mangga asam boi
Inilah bahan-bahan utama untuk buat jeruk asam boi. Oooppss.. gula tertinggal dalam gambar.. hehe..

Saya? Terliur juga.. Cuma, saya jenis tak berapa minat asam boi atau apa-apa asam kering seumpamanya. Setahun sekali ada la kot teringin..

Tapi, fenomena jeruk mangga asam boi ni berjaya juga 'menggugat keimanan' saya haritu.. hehehe... Tapi, saya tak buat pun.. sebab saya memang tak minat asam boi tu.. Sebab dulu kecik-kecik mak saya selalu pesan "Jangan makan asam-asam tu, nanti rosak perut". So, bila tak biasa makan, sampai besar pun saya jadi tak berapa minat nak makan.. huhu..

So, tau apa saya buat bila 'keimanan telah tergugat' dek jeruk mangga asam boi ni? Saya pujuk suami saya hantarkan saya pegi beli Jeruk Madu Pak Ali! Hahahahaha... Pujuk dari pagi sampai malam.. Last-last, lepas maghrib pada hari yg berkenaan, suami saya pun hantarkan saya ke kedai Jeruk Madu Pak Ali di Uda Biz Centre, JB. hehehehe... tak jauh pun.. sebab saya kan Pengedar Shaklee Terunggul di Skudai, JB & Nusajaya.. hehehehe... so, dalam 15 minit je dah sampai dah ke Bandar Baru Uda tu..

jeruk pak ali
Jeruk Madu Pak Ali yg dah siap dipeketkan. Jangan risau, yg dah pack ni pun fresh tau..

Kalau nak beli ikut 'timbang kati' pun bolehhh...

Jangan risau.. Jeruk Madu Pak Ali ni diperbuat dengan bahan-bahan semulajadi yg selamat.. Air rendamannya dari cuka semulajadi je.. takde asid merbahaya.. TAPI, walau bagaimanapun, jeruk tetap jeruk ye kawan-kawan.. tetap tak boleh makan selalu.. Termasuklah jeruk mangga asam boi tu ye.. sebab, memanglah mangga tu semulajadi; tapi asam boi tu tetap ada bahan pengawetnya.. Dan kemasaman mangga tu pun menunjukkan ia mengandungi asid yg tinggi.. tetap boleh merosakkan usus kalau dimakan terlalu kerap..

Ok.. yg berminat nak buat sendiri jeruk mangga asam boi, selamat mencuba & selamat menjamu selera! Yg malas buat sendiri, boleh beli Jeruk Madu Pak Ali macam saya! hehehe... Cukup la buat hilang kempunan kan... bye!

Irda
Pengedar Shaklee Terunggul di Skudai, Johor Bahru, Nusajaya & Kulaijaya.

CARA BANCUH MEALSHAKES SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK

Hari tu salah seorang family Shaklee saya pergi Opening Shaklee HQ. Masa tu Shaklee ada sediakan Meal Shakes dan ESP, bancuh dengan plain water je. 


mealshakes shaklee

Subhanallah.
Ada yang dari tak minat Meal Shakes ni pun, terus jatuh cinta tau!

Then kawan saya ni pun tanya la akak yg bancuh tu: "U letak berapa air dan berapa sudu Meal Shakes?"

Then dia terus buka "rahsia bancuhannya" sambil dia tunjuk kat blender :

30 oz air masak (hampir 1 liter)
5-6 scoop Meal Shakes (Guna scoop Cinch)
 

Kemudian blend menggunakan blender. Lepas blend, tambah beberapa ice cube. 

cara bancuh mealshakes shaklee

Alhamdulillah kawan saya test buat di rumah dah buat memamg jadi tau! Siap anak-anaknya berebut nak minum! Hehehehe...

Mungkin sebab rasa macam aiskrim. Kalau nak sedap lagi, letak la ice banyak-banyak lagi! 

Jom cuba!!

Yang belum ada Meal Shakes, ORDER SEKARANG untuk anak-anak!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

RESEPI MEALSHAKES SHAKLEE YG MARVELLOUS UNTUK ANAK YG AKTIF & HEBAT!

Assalamualaikum semua! Hari ni nak buat post ala-ala chef gittewww… hehehe.. takde la chef sangat pun.. Cuma nak share dengan uols beberapa resepi Mealshakes Shaklee yg boleh anda cuba untuk diberikan kepada si manja anda yg ada masanya sangatlahhh cerewet dalam memilih makanan atau minuman yg mereka nak telan kan.. kadang-kadang nak suruh anak minum/makan pun boleh jadi gaduh.. hehehehe.. ni pengalaman saya la..

Sebab anak saya yg sulung tu (sekarang berusia 5 tahun) adalah seorang kanak-kanak yg sangat-sangat-sangat cerewet orangnya dalam bab makan minum nih… aduuuhhhhh… jenuh tau nak bagi makan kat budak macam ni.. kita ibu bapa ni nak kena kreatif supaya diorang ni tak cepat jemu & tertarik untuk makan makanan yg kita dah sediakan..

Ok, jom kita tengok resepi Mealshakes Shaklee yg saya nak share ni. Nanti anda boleh la cuba juga di rumah! (^_^)


1. Mealshakes + susu formula
2. Mealshakes + susu segar
3. Mealshakes + susu Dutch Lady berperisa coklat/strawberry
4. Mealshakes + minuman yogurt/lassi pelbagai perisa (macam minuman jenama Bliss tu)
5. Mealshakes + Milo/hot chocolate
6. Mealshakes + Horlicks
7. Mealshakes + jus buah-buahan Orange/Mangga/Guava Peel Fresh (ini terutamanya untuk yg berasa muak apabila mengambil susu)
8. Mealshakes + ESP Shaklee (ini untuk bekalan tenaga yg tinggi & rasa lebih kenyang)
9. Mealshakes + segelas susu segar+2-3 keping biskut Oreo + ais (milkshake Mealshakes Oreo! Nyummm!)
10. Mealshakes + ESP + Performance Drink (minuman Mighty 3 Gems untuk kanak-kanak yg ingin berpuasa. Boleh diambil ketika bersahur untuk bekalan tenaga serta rasa kenyang lebih lama).
11. Mealshakes + susu segar + sebiji pisang + ais (Banana milkshake)
12. Mealshakes + susu segar + ais + potongan buah-buahan seperti strawberry, kiwi, buah naga, mangga dan lain-lain mengikut kegemaran (Fruit / Tropical milkshake)


13. Aiskrim Mealshakes – khusus bagi yg pandai membuat aiskrim sendiri di rumah. Tambahkan 1 sudu Mealshakes ke dalam ramuan aiskrim anda untuk meningkatkan khasiat aiskrim buatan anda! Hehehe..


Kesemua resepi-resepi ni cuba anda sediakan di dalam shaker ataupun gelas/mug yg menarik seperti ni kafe-kafe atau restoran. Mungkin anda boleh tambahkan sedikit sirap coklat, whipping cream ataupun hirisan buah di bahagian atas minuman Mealshakes terbut bagi menarik perhatian si manja untuk meminumnya!

Saya percaya, minuman Mealshakes Shaklee anak anda pasti lebih hebat rasanya! Dan si manja anda tidak akan menolak untuk meminumnya! Jom cuba!

Nak Mealshakes Shaklee untuk anak anda? Jom hubungi saya sekarang!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...