Showing posts with label Tips Berpuasa. Show all posts
Showing posts with label Tips Berpuasa. Show all posts

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU SUPAYA TAK LEMBIK & SUSU BERKURANGAN

Ibu menyusu sememangnya diberikan rukhsah ataupun kelonggaran dalam berpuasa di bulan Ramadhan. Ini sama ada bagi yg risaukan kesihatan diri ibu itu sendiri ataupun ada yg risau tentang kesihatan bayi yg masih kecil; terutamanya yg berpuasa penuh. Ramai yg risau takut si ibu pengsan akibat kurang tenaga kerana tidak makan, ataupun ramai ibu yg risau kuantiti & kualiti susu merudum akibat si ibu yg kurang makan jika berpuasa. Tapi, di sini saya kongsikan beberapa tips khas untuk ibu menyusu di luar sana agar boleh berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tanpa rasa lesu dan tanpa menjejaskan kualiti susu yg dihasilkan untuk bayi.

cara tambah susu di bulan puasa



Merbahayakah Jika Saya Terus Berpuasa Sambil Menyusukan Bayi?

TIDAK. Berpuasa sebenarnya tidak menjejaskan keselamatan ibu & bayi yg normal. Malah, jika ibu berpuasa selama 24jam sekalipun, badan ibu masih boleh menghasilkan susu yg mencukupi untuk bayi.

Namun, ramai ibu menyusu; terutamanya yg menyusukan bayi secara penuh (full breastfeed) beranggapan bahawa berpuasa boleh menjejaskan proses penyusuan bayi. Ini kerana sebenarnya kebanyakan ibu:


  • Mempunyai mindset yg 'terjejas' dengan memikirkan bahawa jika dia berpuasa, maka susu akan berkurangan kerana kurang makan.
  • Merasakan susu akan berkurangan jika mengepam susu dengan kerap sewaktu masa bekerja.
  • Berasa mudah lapar & 'tak larat' kerana kononnya banyak kalori & lemak diperlukan untuk menghasilkan susu yg cukup.
  • Menganggap bayi yg menangis & meragam di bulan puasa adalah disebabkan oleh 'tak cukup susu'. Sedangkan banyak lagi faktor lain yg boleh menjadi penyebabnya.
  • Beranggapan bayi tak kenyang bila menyusu di bulan puasa jika dia berpuasa kerana susu menjadi 'cair' kerana ibu kurang makan.


Hakikatnya, berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk semua itu. Berpuasa seharusnya menjadikan seorang umat Islam menjadi lebih kuat; bukan semakin lemah.


Apa yg Perlu Saya Lakukan Untuk Mengelakkan Kerisauan?

Anda perlu tahu fakta ini - susu ibu tidak terjejas hanya kerana anda berpuasa. Ya, anda mungkin akan berasa sangat haus ketika berpuasa. Namun, itu juga sepatutnya tidak menjejaskan kualiti & kuantiti susu anda.

Apa yg paling penting adalah sebenarnya MINDSET anda. Anda perlu yakin bahawa berpuasa tidak sekali-kali menjejaskan anda & bayi anda. DENGAN SYARAT; anda perlu ambil berat apa yg anda makan & mengambil kuantiti air yg secukupnya terutamanya di antara waktu berbuka sehingga sahur. Jika anda bekerja, jadual mengepam anda juga sepatutnya diteruskan seperti biasa. Kerana semakin kerap kita menyusukan (feeding) anak kita, atau semakin kerap kita mengepam, otak kita akan terus-menerus menghantar signal kepada kelenjar susu kita untuk menghasilkan susu.


Adakah Tips Lain yg Boleh Membantu?

Pn. Salwa Saleh, seorang ibu yg sudah 7 tahun berpengalaman hamil, atau menyusukan bayi atau kedua-duanya sekali tanpa henti, tidak pernah sesekali pun menjadikan bulan puasa sebagai alasan yg menjejaskan proses penyusuan & kehamilannya.

Dalam video pendek ini, beliau kongsikan 4 tips paling penting tentang bagaimana beliau berjaya menjalani ibadah puasa dengan lancar sambil hamil & menyusukan bayi. Memang tak lembik langsung! Dan bayi beliau pun kenyang & tidur lena sahaja tak meragam!





Set Ibu Menyusu Lengkap Shaklee atau dikenali sebagai Set 3M telah berjaya membantu ramai ibu menyusu berpuasa dengan lancar & bertenaga sepanjang Ramadhan. Memang tak lagi rasa lemah, lembik atau tak larat menunggu waktu berbuka. Malah, bayi pun tak meragam & tidur lena di waktu malam.

Jika anda adalah ibu menyusu yg sering merasakan berpuasa adalah meletihkan sehingga menjejaskan penyusuan bayi, SMS/Whatsapp saya di 014-984 0240 sekarang! Masih belum terlambat. Konsultasi & tips-tips terperinci juga akan saya kongsikan bersama anda setiap masa!

Irda
Mentor Penyusuan Dengan Shaklee.


VIDEO PANAS TESTIMONI PENGGUNA PRODUK SHAKLEE YG BERKESAN & BERPUAS HATI-PART 1

Sebenarnya, kalau kita search je kat Google ke Yahoo ke atau apa-apa search engine kat internet ni tentang testimoni keberkesanan produk Shaklee, memang beribu-ribu testimoni yg boleh kita jumpa. Tak kisahlah sama ada testimoni Shaklee dalam bentuk cerita ataupun gambar. Tapi yg ni SPECIAL! Saya listkan dalam bentuk video. Haaa.. kiranya ini adalah LIVE TESTIMONI daripada para pengguna produk Shaklee sendiri. Bukan edit, bukan paksaan. Ini memang adalah realiti keberkesanan produk Shaklee yg telah mereka rasakan sendiri.

Untuk part 1 ni, saya nak share pengalaman beberapa orang ibu yg pernah hamil berkongsi tentang bagaimana vitamin Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yg letih, lemah, lesu & mempunyai masalah HB yg rendah. Enjoy! Dan jangan lupa HUBUNGI SAYA UNTUK ORDER ye.. (^_^)


VIDEO TESTIMONI 1: BERPUASA DENGAN BERTENAGA WALAUPUN HAMIL
=========================================================
Ibu ini hamil pada usia 34 tahun, dan berasa amat bertenaga sewaktu berpuasa sepanjang Ramadhan setelah mengamalkan supplemen Shaklee! Jauh berbeza dengan pengalaman hamilnya sebelum ini!

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 2: BOLEH MENDAKI WALAUPUN HAMIL!
=============================================
Lihat bagaimana ibu hamil ini masih larat & bertenaga untuk naik flight dan juga mendaki candi Borobodur walaupun perutnya sudah mulai sarat! Malah dia mendaki lebih laju daripada rakan-rakannya yg lain yg tidak hamil tau..

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 3: MASALAH HB RENDAH TIADA LAGI!
============================================
Masalah bacaan HB rendah sewaktu hamil ni bukan setakat menjadikan ibu lemah & lesu tau. Yg lebih merbahaya adalah ia boleh menyebabkan kematian bayi akibat ketidakcukupan oksigen yg disalurkan di dalam darah! Jom kita lihat bagaimana Set Hamil Shaklee berjaya membantu ibu ini tidak lagi mengalami masalah bacaan HB rendah ketika hamil.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 4: KEKURANGAN KALSIUM BUAT IBU SAKIT BADAN!
=======================================================
Hamil & menyusukan adalah 2 situasi yg boleh menyebabkan ibu sering mengalami sakit belakang & tulang. Ia berpunca daripada kekurangan kalsium dalam tubuh ibu. Lebih teruk lagi, kekurangan kalsium ini menyebabkan bayi juga mengalami kesannya seperti kerosakan gigi seawal usia bayi serta pertumbuhan tulang yg tidak kuat. Jom kita tengok bagaimana ibu ini mengatasi masalah kekurangan kalsiumnya!

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.


Anda juga seorang ibu yg pernah, sedang atau ingin hamil?
Set Hamil Shaklee amat-amat membantu anda untuk menjalani kehamilan yg kurang meletihkan atau menyakitkan.

ORDER SEKARANG!
Jadikan pengalaman hamil and sesuatu tempoh yg penuh dengan kemanisan; BUKAN KELUHAN!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
SID Pro Anda.


CINCH SHAKE SHAKLEE: BERSAHUR SAMBIL DIET

Pagi semalam saya terlewat bangun sahur. Dah pukul 5.39am baru terjaga.. Subuh pula pukul 5.43am. Dalam mode terkejut tu terus fikir "aku kena cepat & kenyang nih.. Kalau tak, susu badan mesti down.."

So, apa saya buat? Saya ambil sesudu Cinch Shake Cafe Latte ni, campur dengan 250ml susu kotak Dutch Lady perisa chocolate. Shake shake shake pastu terus minum. Pastu telan sebiji B Complex & sebiji Omega Guard dengan secawan air masak.. Fuhhh, selamat sahur..

Dan yg paling magiknya, saya tak lapar hingga ke petang tau.. Susu badan pun saya pam macam biasa di ofis.. Balik keje, saya susukan (DF) pulak anak saya Iman yg setahun lebih tu.. Alhamdulillah...

So, siapa nak puasa 6 sunat Aidilfitri nanti sambil diet? Jom tiru menu sahur ni!

Pssst: saya dh turun 3kg tau puasa ni dengan Cinch Shake Cafe Latte ni... (^_^)

Untuk pesanan/pertanyaan:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Email: irda2104@yahoo.com

KELEBIHAN BERSAHUR APABILA BERPUASA

Siapa tak suka bangun sahur? Siapa pula yg mesti kena bangun sahur? Apa menu sahur pilihan anda?

Kepada mereka yang beragama Islam, Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam satu hadith yang maksudnya: "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."

Pengajaran daripada hadith ini adalah:

» Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar. Namun adalah disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

» Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

» Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

» Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.). Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Pssst: jangan lupa juga bahawa waktu sahur adalah waktu terbaik untuk pengambilan supplement kesihatan anda untuk bekalan sepanjang hari berpuasa tau.. Antara supplement Shaklee yg bagus diambil pada waktu sahur adalah:

» Vita-lea
» B Complex
» Vitamin C
» Cinch Shake (untuk mengekalkan rasa kenyang lebih panjang)
» ESP (untuk energy booster)
» Omega Guard
» Nutriferon

TIPS BERPUASA : CARA MINUM AIR MASAK DI BULAN RAMADHAN

Meminum air masak/kosong adalah sangat-sangat baik untuk kesihatan sebab iai membantu kita melancarkan sistem perkumuhan & membuang toksin di dalam badan. Apabila toksin sudah dibuang, barulah badan kita boleh menyerap segala nutrien dari makanan & supplemen yang kita ambil setiap hari!



Tapi bila bulan Ramadhan ni agak sukar rasanya untuk minum air kosong banyak-banyak kan.. Ye lah, sebab waktu siang yang panjang tu kita berpuasa kan..

So, meh saya share beberapa tips mudah utk habiskan 2/3/4 liter air masak semasa berpuasa di bulan Ramadhan.

1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam.

2. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong

3. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam / dua rakaat.

4. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda...teguklah apabila terjaga malam.

5. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih. Letakkan botol air di sisi anda.

6. Minumlah air kosong dengan tertib. Iaitu dengan cara, teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...

7. Jangan minum berdiri ye.. hehe..



SET VITAMIN GASTRIK SHAKLEE: TIPS PUASA PENUH RAMADHAN INI

Assalamualaikum semua!

Seringkali kita mendengar masalah GASTRIK yang melanda ramai orang bila menjelang bulan Ramadhan ni kan.. Ni yg gastrik betul-betul ye.. bukan sebab nak 'puasa yang yok, pagi-pagi bukak periuk' tau.. hehehehe...

Sebelum tu, jom kita tengok, apa punca gastrik ni ye?

Secara umumnya, ada 4 punca utama gastrik:

1. Gemar mengambil makanan yang pedas - apatah lagi yang suka menelan biji cili! Makanan yang pedas sukar diproses oleh perut. Ia juga menyebabkan perut untuk merembeskan asid dengan lebih banyak untuk mencernakan makanan tersebut....

2. Asam / asam masin - Asam adalah makanan yang berasid. Sesetengah orang gemar menjadikan asam masin sebagai jajan / kuluman apabila terasa mengantuk sewaktu di pejabat, ketika memandu dan sebagainya. Kandungan asis yang tinggi merangsang perut untuk turut mengeluarkan asid dengan lebih banyak.

3. Makanan berlemak/ berminyak - Kebanyakan masakan di Malaysia adalah terdiri daripada kategori ini. Contohnya lauk bertumis, makanan pedas ataupun sambal. Makanan yang berlemak & berminyak adalah sangat sukar untuk dihadam, justeru menjadi salah satu daripada punca gastrik.

4. Tekanan / Stress - Walaupun ia tidak dilihat 'berkadar terus', namun orang yang stress kebiasaannya akan makan dengan banyak, kerana kononnya makanan boleh menghilangkan stress yang mereka tanggung.  Akibatnya, perut akan merembeskan asid dengan lebih banyak secara tidak langsung kita akan jadi cepat lapar.


Apa yang boleh anda lakukan?

1. Elakkan bersahur atau berbuka dengan makanan yang pedas, berminyak, berlemak atau mengandungi asid yang tinggi seperti daging lembu, burger, sosej, makanan bergoreng seperti nugget, kentang goreng dan sebagainya.

2. Elakkan meminum minuman yang terlalu masam seperti air asam boi atau jus oren yang terlalu masam.

3. Elakkan meminum susu untuk berbuka puasa khususnya. Kerana susu adalah makanan yang berasid.

4. Makan makanan yang mengenyangkan untuk tempoh yang panjang seperti oat, gandum, muesli atau cornflakes sewaktu bersahur. Ini akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama pada siang hari.

5. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam dan waktu bersahur supaya perut anda tidak merembeskan lebih banyak asid.

6. Ambillah salah satu SET GASTRIK SHAKLEE yang bersesuaian dengan budget anda. Secara umumnya, Set-set Gastrik ini boleh membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama, mengurangkan pengeluaran asid oleh perut serta membantu usus agar tidak pedih sewaktu berpuasa. Set ini mengandungi:

 Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular. Membantu membina sel-sel di dalam badan dan organ supaya kesihatan menjadi optimum.
 ESP - Penghidap gastrik tidak digalakkan meminum susu. Namun, memerlukan sumber makanan tambahan yang mudah hadam dan mengenyangkan serta dalam masa yang sama memberikan tenaga untuk berpuasa. ESP mampu 'melapik' perut anda agar kenyang dalam jangkamasa yang lama.
 Omega Guard - Menghalang saluran perut & usus daripada terkena ulser.
 Peppermint Ginger Plus - Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi.
 Alfalfa Complex - Mengurangkan kadar keasidan & inflamasi bagi mengelakkan rasa pedih perut.
 Carotomax - Memelihara membran mukosa perut & usus.

Dan ini adalah pilihan set-set vitamin gastrik Shaklee untuk pilihan anda:



TUNGGU DULU!

PEMBELIAN SET GASTRIK PREMIUM MELAYAKKAN ANDA MENDAPAT KEAHLIAN SECARA PERCUMA! Dan melayakkan anda untuk membeli apa sahaja produk Shaklee pada harga ahli!

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TIPS BERPUASA IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum semua!

Semalam saya share tips-tips berpuasa untuk ibu menyusu.. hari ni nak share pulak tips-tips berpuasa untuk ibu hamil... kebetulan jugak nih, ramai ahli keluarga & kenalan rapat saya yg sedang hamil sekarang nih.. ada yg baru 3 bulan dan masih loya-loya, ada yg sedang selesa di trimester kedua, dan ada jugak yg dah sarat nak 'tunggu hari' je.. hehehe.. apa-apa pun, saya sendiri pernah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan sewaktu mengandungkan anak sulung saya dahulu... Ternyata, MEMANG KENA JAGA PEMAKANAN tau untuk memastikan kita kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka! (^_^)

Ok, jom kita tengok wahai mak buyung-mak buyung sekalian ye... ^_^


Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

  • Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • Susu atau yogurt rendah lemak;
  • Sup jernih.
  • Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh; dan, banyak sayur-sayuran.
  • Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:


  • Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat


Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadhan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
credit: babycenter.com.my

Adakah supplement Shaklee yang boleh membantu saya bertenaga sepanjang hari saya berpuasa?

Adaaaa! Ini dia... gabungan Triple Mighty Gem! Boleh dicampur ketiga-tiganya untuk dijadikan hidangan ENERGY SHAKE anda sepanjang Ramadhan!


MEALSHAKES >> dengan rasa French Vanilla yg lazat, ia akan meambahkan perasa yg lazat pada Energy Shake anda! Dengan 19 vitamin & mineral yg lengkap, ia akan memastikan badan anda mendapat bekalan yg secukupnya untuk bertahan sehingga waktu berbuka!

ESP >> Energy Booster berasaskan non-GMO soya & kaya dengan protein ini, akan menjadikan akan berasa kenyang untuk jangka masa yg lama..

PERFORMANCE DRINK >> Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi. Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul). Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


SELAMAT BERPUASA IBU-IBU HAMIL SEKALIAN!


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TIPS BERPUASA IBU MENYUSU

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar, kita dah melangkah masuk ke bulan Syaaban.. dalam erti kata lain, tak sampai sebulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan a.k.a bulan puasa... So, ramai laa sekarang ni yg tengah 'berlumba-lumba' nak ganti puasa kan... hehehe... saya sendiri pun belum habis mengganti puasa yg ditinggalkan sebanyak 29hari pada tahun lepas dek kerana berpantang! >_<

Jadi, sempena bulan Syaaban yg sedang berlangsung & Ramadhan yg bakal menjelang tiba, jom kita tengok 13 TIPS BERPUASA UNTUK IBU YG MENYUSUKAN BAYI (macam saya).. (^_^)

Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita untuk terus berpuasa penuh sebulan. (jika tak datang bulan la..hehe)

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.



2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.


4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.


7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)



9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samadakurang menyusu terus bayi atau memerah susu.


13) Jika anda rasa anda 
menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiatuntuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

credit: Pa&Ma Julai '12 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...