Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts
Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts

KELEBIHAN BUAT BISNES ONLINE

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali sebenarnya bila orang yg ambil nombor saya kat blog ke, FB page ke Instagram ke, tanya saya "Kedai awak kat mana ye? Hari ni bukak tak?". Hehehe.. Tiap kali tu jugalah saya akan explain bahawa perniagaan saya ni TIADA KEDAI NYATA. Saya bisnes melalui online sahaja bagi kawasan selain daripada Johor Bahru, Skudai & Nusajaya. Kalau yg nak berurusan direct dengan saya, di 3 kawasan tu bolehlah. Sangat dialu-alukan. Memang saya buat delivery ke hadapan pintu rumah/pejabat anda. Dan saya juga selalu kena explain bahawa produk Shaklee ni memang TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA KAUNTER KEDAI ataupun farmasi. Ia menyalahi P&R kami. So, kalau anda terrrjumpa kat mana-mana toko jamu ke, farmasi ke, kedai sinseh ke atau booth kat Jusco/Giant ke, tu boleh report ke Shaklee tu tau. Boleh ditarik balik keahlian dia.

Yg saya ada selama 3 tahun berbisnes Shaklee ni hanyalah 'kedai-kedai maya' sahaja. Saya gunakan pelbagai media sosial di internet untuk mencapai prospek/pelanggan di seluruh pelusuk Malaysia khususnya & dunia amnya. Haaa.. lagi canggih dari kedai nyata kan? Hehehe..

KEDAI UTAMA - BLOG.
===================
Masa mula-mula saya nak buat bisnes Shaklee ni tahun 2013 dulu, upline cantik saya Khairani Bahaudin terus suruh saya buat blog. Kebetulan, sebelum buat bisnes pun saya memang ada blog personal. So, takde masalah pun untuk saya bina sebuah lagi blog khas untuk bisnes Shaklee ni. Masa tu, upline saya kata "buatlah blog Irda.. Sebab kat Malaysia ni kekurangan sumber rujukan online tentang kesihatan dalam Bahasa Malaysia. English berlambak. Tapi ramai orang kita malas nak baca bila dalam English." Ooopppssss.. memang betul pun kan kan kan? Hehehe.. so, saya binalah blog ni!

Alhamdulillah, sehingga kini kedai maya saya yg satu ini telah menjadi 'pokok duit ajaib' saya. Setiap hari beratus-ratus pelawat yg mengunjungi kedai saya. Dan setiap hari ada sahaja prospek baru yg menghubungi saya hasil mengambil nombor telefon saya di blog ini. Beberapa artikel blog saya pun dah tersenarai di 1st page Google Search untuk beberapa kata kunci carian. Alhamdulillah. 😍😍

KEDAI FACEBOOK - PAGE
=====================
Selain FB personal (Irda Bay) saya juga ada beberapa FB Page tau. Tujuan FB Page ni adalah untuk capaian prospek yg lebih luas lagi. Dan ada masanya saya run FB Ads untuk mencari prospek. Alhamdulillah setakat ni, ramai juga pelanggan saya yg PM melalui pages ni. Sekarang, saya dah ada 3 FB Page tau yg untuk tujuan bisnes & sharing! 😍😍
.
1. Page Pengedar Shaklee Johor Bahru 014-9840240 (khas untuk prospek sekitar Johor Bahru, Skudai & Nusajaya yg nakkan perkhidmatan COD)

2. Page Yourhealthshoppe (Page pertama bersama FB untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee)

3. Page Tips Kulit Cantik Setiap Hari (khas untuk perkongsian tips-tips kecantikan serta produk Shaklee yg bertujuan untuk penjagaan kecantikan)

KEDAI INSTAGRAM
================
Kedai yg ini saya buka khas untuk generasi & golongan yg suka terpengaruh untuk search & membeli berdasarkan gambar. Kalau siapa yg biasa 'window' atau online shopping di Instagram mesti faham maksud saya ni. Saya sendiri pun kalau nak belek-belek barang nak shopping, saya suka belek Instagram. Sebab saya suka tengok gambar. Di Instagram ni biasanya proses jual beli lebih simple. Share gambar - explain sikit je - bagi harga - bagi no contact. Kemudian prospek akan DM kita atau Whatsapp terus ke nombor kita. Haa.. ni kedai Instagram saya:

tokey.vitamin.johor

Dah ramai juga customers saya dari Instagram ni tau. Alhamdulillah.

Semua kedai saya dah sertakan link. So, jemput datang, like, follow, baca & shopping ye. Dah ada yg berkenan di hati? Whatsapp je saya di: 014-984 0240 tau.

5 LANGKAH MUDAH NAK SHARE (EMBED) VIDEO DARI VIMEO DALAM BLOG

Kadang-kadang kita ada terjumpa beberapa video menarik & bermanfaat dalam Vimeo.com yg kita teringiiiin sangat nak share dalam blog kita kan? Tapi, kita tak tau camana! Takpe, takpe.. Meh saya share kat sini, 5 Langkah Mudah untuk Share Video dari Vimeo ke dalam blog kita. Selamat meng'share'! (^_^)

1. Pilih video yg anda nak share dalam blog anda.

cara share video dari vimeo

2. Klik button yg berbentuk seakan-akan 'roket kertas' di sebelah kanan atas video yg ingin anda share tersebut.

cara share video dari vimeo

3. Satu tetingkap akan keluar. Kilik pada kod HTML yg dipaparkan di bahagian 'Embed'. Ia akan automatik 'select' keseluruhan kod tersebut. Tekan 'Ctrl C' pada keyboard anda (copy).

cara share video dari vimeo

4. Buka blog anda dan pergi ke 'New Post' untuk membuat post baru tentang video yg ingin anda share.

cara share video dari vimeo

5. Setelah selesai menulis dengan sesuka hatinya, pergi ke baris yg baru di bawah teks tersebut, dan tekan 'Ctrl V' ataupun klik kanan dan 'Paste' di situ. Kod HTML tadi akan terpapar di situ. Setelah itu, tekan button 'Publish'.

cara share video dari vimeo

Dan hasilnya.. Tadaaaaa! Video anda akan keluar pada post yg diingini! Mudah je kan??

cara share video dari vimeo


SELAMAT MENCUBA & MENG'SHARE'! (^_^)


Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

3 LANGKAH MUDAH TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI RUANGAN KOMEN

Kalau anda seorang blogger yg sentiasa inginkan rating serta bilangan pelawat yg tinggi setiap hari; terutamanya jika anda menjalankan perniagaan secara online, aktiviti BLOGWALKING adalah apa yg anda perlu lakukan dengan kerap mengikut logarithm Google yg terkini. Semakin banyak blog anda blogwalk & tinggalkan jejak di bahagian komen blog atau website lain, maka semakin tinggi kebarangkalian anda untuk menerima lebih ramai pelawat setiap hari.


pengedar shaklee jb
Majoriti blogger amat mengharapkan agar blogger lain membuat blogwalk ke blognya untuk meningkatkan rating serta bilangan pelawat setiap hari. Blog yg aktif dan sering menerima ramai pelawat setiap hari mempunyai peluang yg tinggi untuk tersenarai di dalam muka pertama carian di Google.


Kebiasaannya, kebanyakan blog atau laman web yg aktif akan mempunyai ruang untuk anda meninggalkan Nama anda dan juga URL/alamat blog atau website anda. Link ke URL anda ini penting bagi memastikan pemilik blog ataupun pembaca blog yg sampai di blog tersebut boleh mendapat pautan ke blog anda pula untuk blogwalk. Blogger yg membuat blogwalk untuk meningkatkan jumlah pelawat ke blog mereka akan merasa gembira/teruja jika ruang komen ada menyediakan kolum untuk pautan backlink ke URL blog/website mereka.


Contoh ruang komen di blog yg mempunyai kolum untuk diisi Nama & URL/address ke blog/website kita semula. Pengkomen yg inginkan pembaca untuk pergi ke blog mereka akan teruja memilih pilihan "Name/URL". Sesetengah blog/website menggunakan plug-ins luar seperti Commentluv, Intense Debate dan sebagainya untuk membolehkan pembaca meninggalkan backlink di ruangan komen blognya.

Walau bagaimanapun, tak semua blog atau website mempunyai ruang khas untuk anda letakkan pautan (link) ke blog anda. Jadi, bagaimana caranya untuk anda nak memudahkan pembaca atau pengkomen di blog tersebut boleh pergi ke blog anda dengan mudah hanya melalui ruang komen tersebut? Jom ikut 3 langkah mudah ni:

LANGKAH 1:

Klik pada ruangan "comment" pada post yg anda baca. Dan tulislah komen berhemah anda seperti biasa.


LANGKAH 2:

Di akhir komen anda, masukkan kod html berikut:

<a href=“www.google.com”>Home</a> - contoh original kod HTML

TETAPI, gantikan www.google.com dalam kod tersebut dengan link ke blog anda atau mana-mana blogpost yg ingin anda letakkan di komen tersebut. Dan gantikan Home dengan nama blog atau tajuk link kepada post yg anda ingin paparkan.

Contoh:

Untuk link ke blog anda:

<a href=yourhealthshoppe.blogspot.com“>Yourhealthshoppe.blogspot.com</a>

Untuk link ke salah satu blogpost anda:

<a href=yourhealthshoppe.blogspot.com/vitamin-untuk-sakit-otot/“>Vitamin Untuk Sakit Lutut</a>


LANGKAH 3:

Tekan butang "Post Comment".
Tadaaaa! Link ke blog atau blogpost anda akan keluar di akhir komen anda. Jika pemilik blog perlu meluluskan terlebih dahulu komen anda di blognya, komen & link anda akan dipaparkan sebaik sahaja ia diluluskan.


SELAMAT MENCUBA!
Kalau dah cuba, boleh komen kat sini ye sama ada jadi ke tidak.. sebab saya sendiri dah cuba tips ni dan memang menjadi!

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua! Dan jangan lupa singgah lagi ke blog saya ye! (^_^)

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...