Showing posts with label Tips Hidup Cemerlang. Show all posts
Showing posts with label Tips Hidup Cemerlang. Show all posts

TERBEBAN DENGAN HUTANG PTPTN SELEPAS GRADUATE? INI PELUANG ANDA UNTUK MELANGSAIKANNYA!

Ramai generasi muda masa kini sangat sukakan cabaran. Malah ada student IPT yg belum habis belajar pun dah mula buat bisnes. Seronok kan bila sebaik usai sahaja pengajian tak perlu pening kepala pun nak fikir bayar hutang PTPTN lah, bayar sewa rumah la, nak beli kereta idaman la kan? Justeru, saya ingin membuka jalan untuk para pelajar IPT & fresh graduates untuk menjalankan bisnes online yg PASTI berbaloi & menguntungkan!

Ramai yg memilih untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan terutamanya secara online. Ini kerana ia mudah & mempunyai potensi capaian prospek & pelanggan yg sangat luas dari seluruh pelusuk dunia. Namun, ramai yg kecundang di tengah jalan. Mengapa? Mungkin akibat kekurangan ilmu ataupun akibat tersalah memilih produk yg didagangkan. Justeru, bersama-sama Program 'THE WARRIORS APPRENTICE' yg akan saya lancarkan menjelang tahun 2017 ini, saya membuka seluas-luasnya peluang perniagaan untuk generasi muda yg sangat berminat untuk menceburi bidang perniagaan untuk bersama-sama membina kerjaya bersama Shaklee di bawah naungan The Warriors Empire saya.

Saya mencari 30 orang pelajar IPT & fresh graduates yg berminat untuk membina empayar bisnes jangka panjang bersama produk Shaklee. Ini bukan 'skim cepat kaya' ataupun bisnes berbentuk 'head-hunting'. Pendapatan yg bakal diperolehi 100% berdasarkan jualan produk yg dibuat serta bonus kepimpinan berdasarkan rank anda. Bimbingan, modul marketing & alat bantu niaga asas disediakan. Coaching boleh dijalankan secara online & offline; mengikut kesesuaian anda.

Apakah Syarat-syarat Menyertai Projek Apprentice Ini?

■ Mempunyai impian hidup yg jelas.
■ Sabar.
■ Berjiwa kental.
■ Bersedia untuk mempelajari ilmu baru tentang nutrisi.
■ Rajin & bersungguh-sungguh.
■ Boleh berhubung melalui Whatsapp.
■ Sukakan bonus yg lumayan.

Apa Yg Akan Anda Perolehi dari Bisnes Ini?

Menjana income bulanan 3, 4, 5 malah 6 angka; mengikut seberapa banyak yg anda impikan. Harus diingatkan; pendapatan diperolehi berdasarkan jualan produk serta bonus kepimpinan (mengikut rank) hasil pembangunan empayar bisnes anda.
Car Bonus (dalam bentuk tunai) yg boleh anda gunakan untuk membeli/membayar kereta idaman anda setiap bulan. Semakin tinggi rank anda, semakin besar empayar bisnes anda, maka semakin tinggi jumlah bonus yg bakal diterima.
Percutian bertaraf 6 bintang yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee ke negara-negara maju seluruh dunia. Bagi yg beragama Islam, juga boleh mendapat tajaan pakej umrah bertaraf 6 bintang untuk anda & ahli keluarga. Juga peluang untuk menyertai Shaklee International Conference di USA setiap 2 tahun sekali.
Anugerah Star Achiever Awards atas kecemerlangan usaha anda di National Conference Shaklee setiap tahun.
Kebebasan masa & kewangan! Anda boleh menjana pendapatan di mana-mana sahaja walaupun sedang bercuti! Tidak mustahil, kerana bisnes anda boleh dijalankan secara online.
Masa yg lebih banyak & berkualiti bersama keluarga & orang tersayang - kerana tak perlu bekerja mengikut hari & masa yg tetap.

Jika anda berusia antara 18-45 tahun dan memenuhi syarat-syarat dinyatakan, hubungi saya melalui Whatsapp di: 014-984 0240 (Irda). Peserta yg berjaya akan saya masukkan ke dalam group Whatsapp khas untuk projek ini.

KENAPA BISNES ONLINE LEBIH BAIK BERBANDING BISNES KONVENSIONAL?

Siapa pernah baca tentang kejayaan si cantik manis Neelofa dengan bisnes Naelofar Hijabnya yg berjaya membuat keuntungan sehingga RM50juta pada tahun 2015? Berbekalkan 'hati yg terluka', beliau telah memulakan perniagaan Naelofar Hijab (NH) pada sekitar 2014 melalui kaedah online sahaja. Satu demi satu design dikeluarkan oleh NH sejak itu. Kebanyakannya menjadi kegilaan ramai; mungkin kerana jenama atau mungkin juga kerana design hijabnya yg mudah untuk disarungkan serta materialnya yg selesa; sesuai dengan harga yg berpatutan. Namun, tak kurang juga ada design yg gagal mendapat sambutan akui Lofa. Kutukan, sindiran & tohmahan juga tak kurang diterima oleh beliau. Tapi, itu semua tak pernah melunturkan semangat juang wanita yg terkenal dengan jolokan "beauty with brain" ni. Hebat sangatkah Neelofa? Atau dia sekadar bertuah kerana dia punya kecantikan, nama yg gah serta kemampuan dari segi modal untuk memulakan perniagaan?

Jawapannya TIDAK. Mungkin kecantikan & populariti itu sedikit sebanyak menjadi 'good luck' yg menyebelahi Lofa. Tapi, yakinlah bahawa usaha gigih, komitmen, kesungguhan & kecekalan wanita muda ini yg menjadi tunjang keberjayaannya. Dan, medium 'bisnes online' yg dipilih olehnya adalah satu langkah bijak yg telah diambilnya untuk memulakan platform perniagaannya.

Kenapa perlu pilih bisnes online berbanding bisnes konvensional? Ini pandangan saya:

MODAL PERMULAAN YG LEBIH RENDAH
====================================
Tak perlu cari lot kedai/booth untuk dibeli atau disewa. Nak sewa lot kedai bukannya murah. Tambahan pula, bila baru mula nak sewa, mesti pemilik lot akan meminta sejumlah deposit yg banyak; biasanya 1-3 bulan sewa ke hadapan. Ye lah, pemilik lot nak 'secure' bisnes sewaan dia juga kan? Nak beli lot sendiri? 1 lot rumah kedai sahaja pun di kawasan bandar dah mencecah harga jutaan ringgit. Mana nak cari modal nak bayar deposit kalau perniagaan kita belum bermula pun? Itu pun kalau lokasi biasa-biasa sahaja. Agak-agaknya kalau di pusat perniagaan terkenal macam di Bandar Baru Bangi, Setia Alam, Shah Alam atau Kota Damansara tu, berapalah agaknya minimum modal yg diperlukan ye? Itu belum kira kos pengubahsuaian hiasan dalaman kedai lagi.

Bisnes online mudah. Tak perlu nak cari lot perniagaan bagai. Malah, dari ruang tamu atau meja makan rumah sendiri pun kita boleh memulakan perniagaan. Yg penting, perlu ada smartphone atau laptop serta talian internet sahaja. Tak payah keluar modal ribuan ringgit.

TAK PERLU MODAL BULANAN YG TINGGI
====================================
Bila dah ada lot kedai, mestilah kena bayar installment/sewa bulanan kan? Mana ada bayaran bulanan yg cuma puluhan/ratusan ringgit zaman sekarang ni. Semuanya mencecah ribuan ringgit. Itu belum termasuk kos bil-bil berkaitan seperti bil elektrik, bil air, bil telefon, bil pembentungan & kos bayaran gaji pekerja. Tak lupa juga kos-kos kontigensi untuk masa-masa kecemasan. Contohnya aircond rosak ke, mentol lampu chandelier meletup ke, pintu kedai dipecah perompak ke dan sebagainya. Nak sewa lori angkut stok, khemah & pembesar suara untuk waktu jualan murah, pembelian mesin cashier & lain-lain lagi.

Bila buat bisnes online; khususnya dari rumah, modal bulanan yg perlu dikeluarkan tentunya amat minimum. Kos bil-bil adalah hanya untuk yg perlu (compulsory) untuk meneruskan kehidupan seharian di rumah sahaja. Sewa internet pun paling mahal cuma sekitar RM200+ sebulan. Dah laju sangat dah tu khidmat internet yg diperolehi.

TAK PERLU BERDEPAN DENGAN RISIKO CUACA
=====================================
Pernah tengok makcik jual nasi lemak di gerai pinggir jalan? Atau penjaja yg berniaga ni pasar malam? Saya pernah terbaca luahan seorang peniaga yg berniaga Kimbab di pasar mingguan. Pada suatu hari, hujan lebat & angin kuat melanda kawasan jualannya. Waktu itu, dia telah menyediakan 200 pack Kimbab untuk jualan. Baru sahaja jual 10 pack, hujan lebat mula turun. Dari petang sampai ke maghrib. Sudahnya, terpaksa tutup gerai sebab cuaca sangat tak mengizinkan. Ye lah, hujan & ribut, mana ada pelanggan nak pergi pasar pun kan? Dalam pada dia sedang kesedihan, datang seorang makcik dari gerai bersebelahan. Makcik tersebut mengatakan, hasil jualannya pada hari itu baru 2 ringgit sahaja! Dahh hujan lebat pula. Allahuakbar.. Runtun hati saya membacanya.

Bisnes online dari rumah tak perlu kisah panas, hujan & ribut. Selagi ada line internet, selagi itu promosi & sharing produk boleh dibuat. Selagi itu juga pelanggan boleh menghubungi kita untuk membuat urusan jual beli. Nak pos barang/order pun mudah sebab sekarang dah ada macam-macam syarikat perkhidmatan courier. Nak yg datang pickup di rumah pun boleh.

CAPAIAN PROSPEK YG MELUAS
============================
Bila kita buka kedai, kebarangkalian prospek pelanggan yg singgah hanyalah yg berada di sekitar kawasan tersebut sahaja. Jika bernasib baik & jenama kita dah terkenal, barulah ada pengunjung yg datang dari kawasan jauh sedikit. Itu pun, dalam 10 orang yg masuk kedai, belum tentu lebih dari 5 orang yg membeli. Silap-silap, seorang sahaja beli. Yg lain sekadar 'window shopping'. Lagi-lagi kalau kedai kita terletak di dalam mall macam PKNS Shah Alam tu kan?

Melalui online, pelbagai medium kita boleh gunakan untuk mencapai prospek pelanggan di seluruh negara; malah dunia. Kita boleh guna website, blog, Instagram, Facebook, Twitter, WeChat, Whatsapp & macam-macam lagi media sosial yg tumbuh bagai cendawan pada masa kini. Segalanya hanya di hujung jari. Orang kata, 'klik klik je dah untung'.

Persoalannya, KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SEKARANG?

Zaman sekarang orang berlumba-lumba menjana pendapatan. Sehinggakan ada yg berpendapat 'ijazah universiti tu sekadar buat cukup syarat ada kelulusan sahaja. Hakikatnya, dah tak laku dah di pasaran pekerjaan'. Begitu sekali persaingan dalam bidang pekerjaan sekarang. Itu yg punya kelulusan. Bagaimana yg kurang bernasib baik di zaman persekolahan? Adakah tiada langsung peluang untuk mereka memajukan diri? Belum kira lagi golongan para ibu bekerja yg tertekan dengan rutin harian yg mendesak. Keluar pergi kerja waktu matahari belum timbul, balik selepas matahari terbenam. Bila masanya nak bersama anak-anak? Bila pulak nak memasak, mengemas rumah & sebagainya? Perlukah hanya pihak suami yg terus tertekan menjana pendapatan untuk keluarga sekiranya si isteri mahu berhenti kerja & menjadi surirumah sepenuh masa?

Zaman ini nilai wang itu terlalu kecil. Tetapi tuntutan harian yg memerlukan wang itu semakin tinggi. Gaji bulanan sahaja TIDAK CUKUP untuk menampung keperluan perbelanjaan harian keluarga. Itu baru keluarga sendiri. Bagaimana dengan ibu bapa kita di kampung? Bagaimana dengan adik-adik kita yg masih perlu menyambung pelajaran? Bagaimana dengan kemahuan anak-anak untuk pergi bercuti & berseronok? Jika gaji bulanan pun tak mencukupi, bagaimana kita nak kumpul modal untuk memulakan bisnes konvensional? Nak buat pinjaman bank? Menambah beban bayaran bulanan lagi ada lah.

Maka, bisnes online adalah alternatif pilihan yg TERBAIK. Mulakanlah secara part time tanpa menjejaskan kerja hakiki. Bisnes online tiada had sempadan masa, lokasi & taraf pendidikan. Sesiapa sahaja boleh memulakan pada bila-bila masa. Apa yg penting adalah KEMAHUAN untuk memajukan diri, KOMITMEN yg tinggi, KECEKALAN HATI serta PERANCANGAN yg jelas tentang arah tuju & impian hidup yg mahu digapai.

Nak bisnes online TAK PERLU ADA PRODUK JENAMA SENDIRI macam Neelofa pun. Banyak produk lain yg boleh kita pasarkan secara dropship ataupun stokis. Tinggal kita nak pilih. Macam saya? Saya pilih Shaklee. Satu jenama produk supplemen kesihatan yg sudah 60 tahun berada di muka bumi ini. Malah, kesemua produknya disahkan selamat & berkesan oleh para saintis serta mempunyai jurnal saintifik sokongan. Dan bisnes Shaklee jugalah yg telah mengubah saya dari seorang ibu yg bekerja pejabat kepada seorang surirumah sepenuh masa yg menjalankan perniagaan online hanya dari rumah. Insya Allah, ada beberapa lagi perniagaan online yg masih dalam perancangan masa hadapan saya & suami. 😊

Irda
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

SERONOKNYA BUAT BISNES ONLINE DARI RUMAH DENGAN SHAKLEE

APA YG BEST SANGAT DAPAT BONUS SHAKLEE TU? Kalau korang dapat bonus yg setahun sekali tu best tak rasa? Of course best kan? Sedangkan dapat gaji pun best; inikan pulak dapat bonus SETIAP BULAN. Confirm la terlebih BEST kannn..

Ada orang cakap, kalau dah namanya dapat tiap bulan tu, sama la nama dia dengan gaji. Kira gaji la jugak tu kan? NOOOOO. Lainnnn... Tau kenapa lain? Sebab yg namanya GAJI tu, kerja malas ke, rajin sampai tak balik rumah ke, bayaran yg diterima sama je setiap bulan. Tapi BONUS ni lain. Makin rajin, makin banyak la kita dapat bayaran/ganjaran tu. Kalau malas, time orang dapat bonus, nganga mulut melopong je la tengok orang lain menuai hasilnya. Hehehe..

Shaklee TAK PERNAH gagal tau bayar bonus semua SID setiap bulan. Masuk je 14hb setiap bulan, 'mengaumlah' sang harimau berwarna kuning hitam itu. Hehehe.. Dan selaku surirumah a.k.a WAHM, hari itulah hari yg saya akan sengih sampai ke telinga. Hehehe.. Nak tau apa saya buat dengan duit bonus 4 angka saya tu?

1. First in mind nak belanja Incik Husband & anak-anak makan menu best yg diorg request. Saya ikutkan je apa yg diorang request. Kami memang suka makan. Hehehe.. Tak semestinya kat tempat/restoran mewah pun kalau nak special ni. Dim sum atau sate kat gerai tepi jalan pun boleh jadi special. Pada saya, yg penting adalah kegembiraan diorang. Kenapa belanja diorang 1st? Sebab husband & anak-anak saya ni lah tunjang utama kekuatan saya dalam bisnes ni. Dioranglah BIG WHY saya dalam setiap langkah yg diambil. Tanpa mereka, hampir 80% tujuan hidup saya hilang.

2. Main kutu. Hahaha.. Ye... Suka main kutu sebab dia macam simpan duit gak. Pastu boleh pilih bulan yg kita nak guna duit lebih tu. Contohnya nak bayar roadtax & insurans kereta ke, nak pegi holiday ke.. Tapi main kutu ni kena dengan geng yg betul & jujur. Nilai setiap kepala pun kena banyak. Baru syiok! Hehehe..

3. Salam kaut pada Mama saya. Ni biasanya buat bila balik kampung. Walaupun parents saya berkemampuan, dan kalau difikirkan apalah sangat nilai yg saya bagi tu, tapi yg penting tanggungjawab saya telah dilunaskan.

4. Beli stok vitamin sendiri & bisnes. Bila ada lebih banyak sket, beli yg mahal sket macam Collagen ke, Vivix ke, Nutriwhite ke. Ni termasuklah vitamin untuk husband & anak-anak. Ready stok untuk business tu tak banyak pun saya buat. Cukuplah sekadar vitamin-vitamin basic yg selalu laku keras macam ESP, Vita C Plus, Ostematrix, Alfalfa etc. Ni khususnya untuk customer yg selalu nak COD kat sekitar Skudai, Johor Bahru & Nusajaya ni.

5. Pergi jalan-jalan/short vacay. Banyak juga tempat dah pegi dengan duit bonus ni. Ki memang sukaaa part jalan-jalan ni. Melaka, Port Dickson, Desaru, Genting Highland, Mersing etc. Duit bonus saya biasanya saya guna untuk bayar duit hotel. Haaa.. bila bonus masyukk, apa la sangat nak bayar duit hotel sebilik RM200-RM300 tu kan...

6. Shopping! Yg ni jarang buat sebenarnya. Sebab sejak jadi WAHM ni saya kedekut duit sket. Almaklumlah dah tau susahnya nak cari duit! 😂😂. Tapi macam haritu, terpengaruh juga dengan tudung Warda! Berhelai-helai saya beli. Hahahaha..

Bonus saya takde bayar komitmen keluarga ke? Takde. Sebab Incik Husband dah kata, "duit u, duit u lah. Sukahati la nak buat apa." Tapi, selaku isteri yg nak membantu juga ekonomi keluarga, ada la juga tolong beli barang dapur sikit-sikif. Sapa tak sayang laki ooooiiii.. 😜

Nak buat bisnes sambil duduk rumah jaga anak macam saya? Meh Whatsapp:

IRDA
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

KELEBIHAN BUAT BISNES ONLINE

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali sebenarnya bila orang yg ambil nombor saya kat blog ke, FB page ke Instagram ke, tanya saya "Kedai awak kat mana ye? Hari ni bukak tak?". Hehehe.. Tiap kali tu jugalah saya akan explain bahawa perniagaan saya ni TIADA KEDAI NYATA. Saya bisnes melalui online sahaja bagi kawasan selain daripada Johor Bahru, Skudai & Nusajaya. Kalau yg nak berurusan direct dengan saya, di 3 kawasan tu bolehlah. Sangat dialu-alukan. Memang saya buat delivery ke hadapan pintu rumah/pejabat anda. Dan saya juga selalu kena explain bahawa produk Shaklee ni memang TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA KAUNTER KEDAI ataupun farmasi. Ia menyalahi P&R kami. So, kalau anda terrrjumpa kat mana-mana toko jamu ke, farmasi ke, kedai sinseh ke atau booth kat Jusco/Giant ke, tu boleh report ke Shaklee tu tau. Boleh ditarik balik keahlian dia.

Yg saya ada selama 3 tahun berbisnes Shaklee ni hanyalah 'kedai-kedai maya' sahaja. Saya gunakan pelbagai media sosial di internet untuk mencapai prospek/pelanggan di seluruh pelusuk Malaysia khususnya & dunia amnya. Haaa.. lagi canggih dari kedai nyata kan? Hehehe..

KEDAI UTAMA - BLOG.
===================
Masa mula-mula saya nak buat bisnes Shaklee ni tahun 2013 dulu, upline cantik saya Khairani Bahaudin terus suruh saya buat blog. Kebetulan, sebelum buat bisnes pun saya memang ada blog personal. So, takde masalah pun untuk saya bina sebuah lagi blog khas untuk bisnes Shaklee ni. Masa tu, upline saya kata "buatlah blog Irda.. Sebab kat Malaysia ni kekurangan sumber rujukan online tentang kesihatan dalam Bahasa Malaysia. English berlambak. Tapi ramai orang kita malas nak baca bila dalam English." Ooopppssss.. memang betul pun kan kan kan? Hehehe.. so, saya binalah blog ni!

Alhamdulillah, sehingga kini kedai maya saya yg satu ini telah menjadi 'pokok duit ajaib' saya. Setiap hari beratus-ratus pelawat yg mengunjungi kedai saya. Dan setiap hari ada sahaja prospek baru yg menghubungi saya hasil mengambil nombor telefon saya di blog ini. Beberapa artikel blog saya pun dah tersenarai di 1st page Google Search untuk beberapa kata kunci carian. Alhamdulillah. 😍😍

KEDAI FACEBOOK - PAGE
=====================
Selain FB personal (Irda Bay) saya juga ada beberapa FB Page tau. Tujuan FB Page ni adalah untuk capaian prospek yg lebih luas lagi. Dan ada masanya saya run FB Ads untuk mencari prospek. Alhamdulillah setakat ni, ramai juga pelanggan saya yg PM melalui pages ni. Sekarang, saya dah ada 3 FB Page tau yg untuk tujuan bisnes & sharing! 😍😍
.
1. Page Pengedar Shaklee Johor Bahru 014-9840240 (khas untuk prospek sekitar Johor Bahru, Skudai & Nusajaya yg nakkan perkhidmatan COD)

2. Page Yourhealthshoppe (Page pertama bersama FB untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee)

3. Page Tips Kulit Cantik Setiap Hari (khas untuk perkongsian tips-tips kecantikan serta produk Shaklee yg bertujuan untuk penjagaan kecantikan)

KEDAI INSTAGRAM
================
Kedai yg ini saya buka khas untuk generasi & golongan yg suka terpengaruh untuk search & membeli berdasarkan gambar. Kalau siapa yg biasa 'window' atau online shopping di Instagram mesti faham maksud saya ni. Saya sendiri pun kalau nak belek-belek barang nak shopping, saya suka belek Instagram. Sebab saya suka tengok gambar. Di Instagram ni biasanya proses jual beli lebih simple. Share gambar - explain sikit je - bagi harga - bagi no contact. Kemudian prospek akan DM kita atau Whatsapp terus ke nombor kita. Haa.. ni kedai Instagram saya:

tokey.vitamin.johor

Dah ramai juga customers saya dari Instagram ni tau. Alhamdulillah.

Semua kedai saya dah sertakan link. So, jemput datang, like, follow, baca & shopping ye. Dah ada yg berkenan di hati? Whatsapp je saya di: 014-984 0240 tau.

TIPS BISNES: BISNES JANGAN MELAWAN FITRAH

Salah seorang Ustaz selebriti pesan kepada saya,

"BUAT BISNES JANGAN LAWAN FITRAH".

Dah masuk 3 orang yang cakap demikian. Words dan ayat yang sama.

3 bulan ambil masa nak faham. Sebelum ni, orang pertama sekali yang kata adalah Abah.

Tahun lepas saya masih lagi layan PM sampai tengah malam. Terutama bila dah run FB Ads. Tiap kali Abah ketuk bilik mesti kata, "Tak tidur lagi? Pukul berapa dah ni. Sambung esok pagi."
Hingga Abah tetapkan rules, iphong letak tepi. Setiap malam pergi talaqqi. Adat orang bisnes online, handphone tu lekat sebab selalu terkejar-kejar jawab PM.

Peringkat awal, saya tak faham terma "bisnes biar ikut fitrah." Sibuk nak closed deal walau dah larut malam. Rupanya...

Abah nak ajar bagaimana tanpa jawab PM sampai lewat malam sekali pun rezeki tetap masuk dengan mudah. Kadang tak buat marketing, tup tup PM masuk dan closed deal.

After isyak stop layan PM. Abah suruh tidur awal bangun tahajud. Kerana kejayaan bukan diukur dari segi lewat mana kita tidur usahakan sesuatu, namun seawal mana kita bangun dan mengerjakan yang hak.

Masa awal-awal, kedegak tak mau dengar cakap. Last-last relakan faham dan buat, baru rasa sendiri bagaimana buat bisnes ikut fitrah.

MUNGKIN DUIT TAK BANYAK, NAMUN IA LEBIH DARI CUKUP DAN BERKAT. ALLAH DATANGKAN DARI SUDUT ANAK-ANAK TAK BANYAK KARENAH SERTA URUSAN, FIKIRAN DAN HATI LAPANG.

Kita ada masa pergi masjid, diri tenang dan gembira, belajar ilmu bisnes mudah faham hingga tergerak bertindak serta kita buat sikit sahaja dalam bisnes, Allah beri melimpah.

KITA BUKAN BISNES DENGAN ORANG. KITA TENGAH BISNES DENGAN ALLAH. UTAMAKAN DIA DALAM SEGALA HAL, YANG LAIN TU JADI MUDAH.. INSHAAALLAH..

Berusaha untuk jadi seperti ini...

#copypaste
#selfreminder

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

7 KEBURUKAN IPAD & TABLET KEPADA ANAK ANDA

Sudah menjadi trend masa kini kebanyakan ibu bapa menyediakan sekurang-kurangnya sebuah iPad ataupun tablet untuk anak-anak mereka. Malah, lebih hebat lagi, setiap anak mempunyai sorang satu iPad atau tablet mereka sendiri! Alasannya, supaya anak-anak tidak bergaduh sesama sendiri untuk menggunakan gajet-gajet tersebut. Tetapi, tahukah anda bahawa, penyediaan iPad atau tablet oleh anda itu sendirilah yg menjadi punca pergaduhan sesama anak-anak anda? YA. Telah banyak kes yg dapat dilihat. Penyediaan iPad & tablet lebih banyak membawa keburukan kepada anak-anak sebenarnya; terutamanya bagi mereka yg masih berusia 12 tahun ke bawah!

kesan buruk ipad dan tablet

Perkara ini juga pernah dihuraikan oleh Dr. Hajjah Azlina Rozy; Pakar Psikologi Klinikal di Hospital Pakar Annur dalam satu seminar beliau yg bertajuk "Bahasa Dosa, Bahasa Cinta" di Johor Bahru baru-baru ini. Berdasarkan banyak kes yg beliau terima, punca kebanyakan masalah sosial, mental & psikologi kanak-kanak serta remaja pada masakini berpunca daripada pendedahan yg terlalu meluas kepada gadjet, permainan digital (games) dan juga internet. Masalah yg melanda bukan sahaja melibatkan kemarahan & kemurungan, malah lebih teruk lagi, semakin ramai kanak-kanak & remaja yg terdorong untuk berkelakuan lucah terutamanya di kalangan rakan-rakan!

Saya sendiri pun pernah membuat kesilapan ini. Sehingga saya buntu untuk menyelesaikan akibat-akibat yg berlaku kesan pemberian iPad kepada anak-anak saya. Tetapi, mungkin Allah sayangkan saya & mendengar kata hati saya sebagai ibu yg buntu, maka ditakdirkan iPad tersebut telah hilang dicuri orang. Huhu.. Sedih memanglah sedih sebab itulah gadjet paling canggih pernah saya beli sendiri dalam hidup dengan duit bonus saya. Tapi, saya lebih memandang kepada hikmah yg besar di sebaliknya berbanding mengeluh. (^_^)

Jom kita lihat 7 Keburukan iPad & Tablet kepada anak-anak kita:


1. TIADA 'MOTOR SKILL' DAN 'SENSOR SKILL' YG SEBENAR


Jika dulu, kita hendak memperkenalkan pasir dan lautan kepada anak, kita pasti akan membawa mereka ke pantai peranginan. Dari situ, mereka akan belajar merasai & memegang sendiri tektur pasir itu. Malah, mereka akan dapat merasa sendiri bahawa air laut itu masin rasanya. Tetapi kini tidak! Jika nak tahu tentang laut & pantai, ibu bapa hanya perlu search sahaja di internet dan tunjukkan gambarnya kepada anak-anak! Fakta-fakta lain berkenaan laut & pantai, hanya mereka ketahui secara teks atau lisan sahaja di iPad/tablet. Sama juga untuk memasang Lego ataupun membentuk Play-A-Doh. Kanak-kanak masa kini akhirnya lebih cenderung untuk sekadar menontonnya di iPad/tablet sahaja berbanding melakukannya sendiri di luar. Mana nak kreatif, kan?


2. MENJADI KETAGIH


Pada mulanya mungkin kita akan membuat jadual untuk mengawal dan menghadkan penggunaan iPad/tablet di kalangan anak-anak kita. Namun, ada kalanya apabila kita terlalu sibuk dengan urusan kerja & rumahtangga, kita cenderung untuk memberikan iPad/tablet kepada anak-anak kita sebagai satu 'medium memujuk' agar mereka tidak mengganggu kita dengan urusan kita yg perlu diselesaikan. Akhirnya, dari semasa ke semasa, akan semakin keraplah 'kaedah memujuk' ini berlaku dan akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk bermain iPad/tablet sehinggalah ke bilik tidur! Maka, akan hilanglah juga akhirnya disiplin yg sepatutnya diajarkan dan dimiliki oleh anak-anak kita dalam penggunaan iPad/tablet.

Tambah menyedihkan, ada pula ibu bapa yg memuat turun bedtime stories untuk anak-anak mereka untuk dibacakan di bilik tidur! Itu macam bukan nak suruh tidur; itu macam makin nak suruh bangun & cergas je.. hehehe...


3. KANAK-KANAK MENJADI PEMARAH & TIDAK SABAR


Secara jujurnya, ini juga berlaku kepada anak saya suatu ketika dulu. Dia akan mengamuk sehingga menghempaskan iPad yg dipegangnya setiap kali dia kalah dalam permainan (games). Malah, dia akan menyalahkan si Ayah kerana memuat turun games yg terlalu sukar untuknya menang. Dia juga akan memarahi sesiapa sahaja yg cuba memujuknya apabila dia kalah dalam games yg dimainkannya. Teruk bukan?

Bukan itu sahaja, sikap pemarah & tidak sabar ini lama-kelamaan semakin terbawa-bawa ke pelbagai aspek kehidupan anak-anak kita. Mereka akan jadi mudah tidak sabar apabila permintaan mereka lambat dipenuhi, marah apabila apa yg diberi idak sama dengan apa yg diminta, malah mudah bergaduh sesama adik-beradik dan rakan di sekolah!


4. RISIKO MENJADI RABUN


Kalau dah asyik mengadap skrin bercahaya tu hampir 24 jam sehari, manalah mata tidak rosak, kan? Sedangkan golongan dewasa yg mengadap skrin komputer di pejabat hanya beberapa jam sehari pun mata mudah menjadi rabun dan rosak. Inikan pula mata kanak-kanak yg masih sensitif lagi kepada jumlah cahaya yg diterima dari skrin iPad/tablet. Natijahnya, ada kanak-kanak yg belum pun mencecah usia sekolah rendah, sudah pun terpaksa memakai kaca mata setiap masa.


5. HILANG SKIL BERSOSIAL DALAM ERTI KATA SEBENAR


Bayangkan, kita merancang sebuah Family Day besar-besaran bersama adik-beradik dan beberapa ahli keluarga terdekat. Perancangan rapi dibuat dengan sebaiknya untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar & meriah dengan pelbagai aktiviti. Tetapi kita seakan-akan terlupa merancang aktiviti untuk anak-anak kita. Ataupun, perancangan yg telah dibuat untuk mereka mungkin tidak akan berjaya. Mengapa? Kerana mereka 'sibuk' dengan iPad/tablet masing-masing! Masing-masing khusyuk & sibuk dengan aplikasi dan games kegemaran mereka di skrin tanpa mempedulikan individu di sekeliling mereka. Nama saja berkumpul bersama-sama, tetapi buat hal masing-masing!

Begitu juga di sekolah mahupun di padang dan sebagainya. Kanak-kanak yg banyak menghabiskan masa bersama iPad/tablet akan cenderung untuk bersendirian di dalm kelompok sosial yg besar. Mengapa? Kerana hakikatnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan/percakapan bersama orang sebenar. Yg mereka tahu hanya komunikasi sehala bersama skrin iPad/tablet sahaja!


6. TERDEDAH KEPADA VIDEO BERUNSUR NEGATIF, KEGANASAN, LUCAH DAN YG TIDAK SEPATUTNYA


Menurut Dr. Hajjah Azlina Rozy, salah satu punca utama ramai remaja 'melancap' pada masa kini adalah disebabkan oleh pendedahan yg terlalu meluas kepada internet sejak usia kecil lagi. Walaupun anak-anak kita menggunakan/menonton internet di iPad/tablet di dalam bilik kita, itu tidak bermakna mereka tidak berani untuk menonton sesuatu yg tidak sepatutnya! Ada kanak-kanak yg terlebih berani & bijak, akan memadamkan tetingkap ataupun skrin sebaik sahaja ibu bapa mereka datang menghampiri. Sedangkan, mereka sebenarnya sebelum itu menonton video ataupun bermain permainan (games) yg berunsur keganasan & lucah! Apatah lagi jika kita 'melepaskan' anak-anak untuk menggunakan iPad/tablet di bilik/ruang mereka sendiri!


7. MENGHILANGKAN SIKAP & FITRAH MANUSIA YG SEBENAR


Dunia moden sebenarnya semakin mengikis nilai kemanusiaan sebenar dalam diri manusia. Fitrah kejadian manusia itu sepatutnya mempelajari setiap aspek kehidupan menggunakan 5 pancaindera yg telah dikurniakan oleh Maha Pencipta - mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, lidah untuk bercakap & merasa, telinga untuk mendengar serta kulit untuk sentuhan. Dengan teknologi canggih oleh iPad dan tablet, manusia tidak menggunakan kesemua pancaindera ini dengan cara yg sepatutnya. Di mana tangan hanya digunakan untuk menyentuh skrin, mata hanya untuk menonton cahaya yg merosakkan mata di skrin & telingan untuk mendengar bunyi yg tiruan.

Komunikasi & sosial seharusnya berlaku dua hala dan melibatkan rangsangan setiap pancaindera manusia. Tangan seharusnya digunakan untuk mengusap anak-anak ataupun haiwan peliharaan; mata seharusnya digunakan untuk menatap wajah ahli keluarga tercinta; telinga seharusnya untuk mendengar perbualan & kata-kata yg baik di kalangan ahli keluarga; hidung untuk menghidu bau masakan ibu & menghirup udara segar di luar & lidah digunakan untuk menyatakan puji-pujian sesama ahli keluatga.

Sebagai ibu bapa, ayuh kita fikirkan kembali - adakah betul langkah kita menyediakan semua gajet canggih ini untuk anak-anak kita? Benarkah ianya lebih banyak memberi kebaikan kepada anak-anak kita atau sebaliknya?

Irda
SID Pro Anda.
Shaklee Bisnes Mentor Anda.

60 TIPS UNTUK HIDUP HEBAT LUAR BIASA OLEH ROBIN SHARMA

Pernah dengar tak tentang Robin Sharma? Beliau adalah seorang penulis, pakar motivasi serta pakar dalam bidang 'leadership' ataupun kepimpinan. Beliau sangat terkenal dengan buku-bukunya seperti "The Monk Who Sold His Ferrari" dan "The Leader Who Had No Title". Beliau banyak memberikan tips & panduan dalam memotivasikan orang ramai untuk menjadi seorang pemimpin yg berpengaruh & efektif walaupun seseorang itu tidak mempunyai sebarang gelaran yg terkenal. Dan salah satu senarai tips oleh Robin Sharma ni yg terkenal adalah "60 Tips for Stunningly Great Life" ataupun kalau diterjemahkan, jadilah ia "60 Tips untuk Hidup Hebat Luar Biasa". Nak kenal Robin Sharma & program motivasinya, boleh klik di sini ye: www.robinsharma.com


tips untuk buat bisnes shaklee


So, baru-baru ni mentor saya pun meminta kami untuk menterjemahkan 60 tips yg diberikan oleh Robin Sharma ni ke dalam Bahasa Melayu; dan dengan sedikit penambahan iaitu dengan meletakkan perkataan "Saya" di hadapan setiap ayat tips yg diberikan. Tujuannya? Supaya kami ataupun sesiapa sahaja yg membacanya akan rasa lebih bersemangat apabila membaca tips-tips ini. Jom baca kuat-kuat untuk menaikkan semangat kita sendiri menjadi seorang pemimpin yg hebat!



60 TIPS UNTUK HIDUP HEBAT LUAR BIASA - ROBIN SHARMA

  1. Saya bersenam setiap hari.
  2. Saya serius tentang kesyukuran.
  3. Saya melihat kerja saya sebagai satu kemahiran (craft).
  4. Saya sentiasa mengharapkan yg terbaik & bersedia untuk yg terburuk.
  5. Saya tulis dalam jurnal.
  6. Saya baca "The Autobiography of Benjamin Franklin".
  7. Saya rancang jadual mingguan saya.
  8. Saya kenal pasti 5 keutamaan dalam hidup saya.
  9. Saya hindarkan gangguan.
  10. Saya minum banyak air.
  11. Saya tingkatkan kerja saya setiap hari.
  12. Saya dapatkan seorang mentor.
  13. Saya lantik seorang jurulatih.
  14. Saya bangun 5 pagi setiap hari.
  15. Saya kurangkan pemakanan saya.
  16. Saya cari lebih ramai wira (heroes).
  17. Saya jadi seorang wira kepada seseorang.
  18. Saya senyum kepada orang yg tidak dikenali.
  19. Saya jadikan diri saya sebagai orang yg paling beretika yg pernah saya kenali.
  20. Saya tidak berpuas hati dengan apa-apa yg kurang dari cemerlang.
  21. Saya nikmati keseronokan hidup yg mudah.
  22. Saya simpan 10% daripada pendapatan bulanan saya.
  23. Saya luangkan masa di galeri seni.
  24. Saya berjalan dan beriadah di dalam hutan.
  25. Saya tulis surat terima kasih kepada mereka yg telah membantu saya.
  26. Saya maafkan orang-orang yg pernah melakukan kesalahan & kesilapan terhadap saya.
  27. Saya ingat, kepimpinan adalah mengenai pengaruh & keberkesanan saya; bukan gelaran & penghormatan.
  28. Saya cipta detik-detik indah yg tidak dapat dilupakan dengan mereka yg saya sayang.
  29. Saya mempunyai 5 kawan-kawan yg hebat.
  30. Saya jadikan diri saya sangat bersopan-santun.
  31. Saya tanggalkan plug tv saya.
  32. Saya jual tv saya.
  33. Saya membaca setiap hari.
  34. Saya elakkan berita.
  35. Saya berpuas hati dengan apa yg saya ada.
  36. Saya kejar impian saya.
  37. Saya jadi diri saya sendiri (be authentic).
  38. Saya hidup dengan penuh minat (be passionate).
  39. Saya minta maaf apabila saya perlu meminta maaf.
  40. Saya tidak sekali-kali terlepas peluang untuk meraikan sesuatu detik untuk yg lain.
  41. Saya mempunyai wawasan untuk hidup saya.
  42. Saya ketahui kekuatan saya.
  43. Saya fokus minda saya pada yg baik berbanding fokus pada yg tiada.
  44. Saya bersabar.
  45. Saya tidak putus asa.
  46. Saya selesaikan masalah-masalah saya.
  47. Saya gunakan perkataan yg sempurna.
  48. Saya lebihkan melancong.
  49. Saya baca "As You Think".
  50. Saya hormati ibu bapa saya.
  51. Saya beri tip lebih kepada pemandu teksi.
  52. Saya jadi rakan sepasukan yg hebat.
  53. Saya tidak luangkan tenaga untuk pengkritik.
  54. Saya luangkan masa di pergunungan.
  55. Saya ketahui 5 nilai utama hidup saya.
  56. Saya beralih dari kesibukan kepada pencapaian result.
  57. Saya berinovasi & buat semula.
  58. Saya kurang bercakap, lebih mendengar.
  59. Saya jadikan diri saya sebagai seorang yg terbaik yg pernah saya kenali.
  60. Saya jadikan hidup saya lebih bermakna.

tips untuk berjaya
JOM JADI ORANG CEMERLANG!
KEJAR IMPIAN KITA!


Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...