Showing posts with label Tips Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu Hamil. Show all posts

VITAMIN DIPERLUKAN IBU HAMIL DALAM SET HAMIL SHAKLEE

Recently dapat tahu ramai betul kawan-kawan yang sedang mengandung. Alhamdulillah, happy sangat-sangat dengar. Semoga sentiasa sihat dan diberi kekuatan untuk kehamilan kali ini.


Sepanjang kehamilan, semua ibu mengharapkan badan yang sentiasa sihat kan? Lebih-lebih lagi kalau masa mengandung  ni umur dah 35 ke atas. Tapi kadang-kadang ada juga masalah macam ni;


➡️Kaki selalu kejang masa tidur

➡️Keletihan melampau

➡️Ada masalah HB rendah

➡️Sembelit

➡️Morning sickness

➡️Keputihan yang teruk

➡️Strech mark

➡️Ruam pada kulit


Sewaktu hamil tubuh badan ibu mengalami banyak perubahan. Ibu harus tetap kuat dan pastikan ibu menjaga kandungan dengan sangat baik dengan mengambil nutrisi yang lengkap dan cukup agar masalah-masalah yang sering dialami semasa hamil dapat dielakkan atau diminimakan. 


Jadi ini adalah nutrisi lengkap yang  boleh di ambil untuk ibu hamil.


Vita-lea Iron formula :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.


B Complex :
Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti-stress ,menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


Vitamin C :
Membantu meningkatkan sistem imun badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Osteomatrix :
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Ia juga membantu mengatasi masalah sembelit sewaktu kehamilan.


Omega Guard :
Membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.


ESP :
Membantu ibu-ibu mengandung untuk kekal cergas setiap hari. Dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada ibu mengandung serta dapat menghilangkan rasa loya kerana perut kosong. Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.



Ramai yang telah mendapat faedahnya, badan cergas, bayi di dalam kandungan sihat, kulit ibu cantik dan yang penting ibu sentiasa cergas menjalani rutin harian dan tak terganggu akibat mabuk yang keterlaluan dan loya kerana badan ibu sihat di lengkapi dengan nutrisi tambahan.


Untuk dapatkan Set Hamil Shaklee yg lengkap,

Boleh hubungi saya di 014-984 0240 (Irda)


JIKA ANDA MENGALAMI SIMPTOM INI, BERMAKSUD...

JIKA ANDA SERING MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM BERIKUT:

😣 Kejang/cramp kaki
😣 Simpul mengkarung terutamanya kepada ibu mengandung
😣 Sakit gigi dan gusi
😣 Migrain
😣 Gastrik
😣 Cramp perut terutamanya semasa datang bulan
😣 Sakit lutut
😣 Sembelit terutama bagi ibu mengandung dan sedang dalam pantang
😣 Sukar tidur malam


KEMUNGKINAN BESAR ANDA KEKURANGAN KALSIUM! 😱😱😱


Mahu cari supplement kalsium premium dengan 99% penyerapan kalsium dalam badan? Pilihlah OSTEMATRIX Shaklee.


OSTEMATRIX - SUMBER KALSIUM PREMIUM WAJIB ANDA MILIKI

Ostematrix lebih dikenali sebagai supplement kalsium bagi penggemarnya. Supplement ini mengandungi kalsium dan diperkukuhkan dengan mineral lain seperti magnesium, vitamin D, baron, zink, kuprum dan vitamin K.

Semua nutrien ini penting dan perlu ada dalam tablet kalsium bagi memastikan penyerapan 99% di dalam badan.


KALSIUM SAHAJA TAK CUKUPKAH UNTUK MENJAMIN KESIHATAN TULANG DAN GIGI KITA? MENGAPA PERLU ADA NUTRIENT SAMPINGAN INI PULA? 🤔

Mari kita baca setiap fungsi nutrient ini dan dari sini baru kita faham mengapa Ostematrix direka sebegini hebat dan details oleh para saintis Shaklee.

👉 Kalsium
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi ia turut membantu menetapkan ritma/degupan jantung.Kalsium juga sangat penting dalam membantu mempertahankan fungsi sistem saraf dan otot serta buah pinggang. Selain itu juga Kalsium amat  membantu untuk mengurangkan kolestrol dalam darah.

👉 Vitamin D
Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

👉 Magnesium
Secara umumnya magnesium membantu atasi kekejangan dan keletihan otot. Magnesium dapat mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang di percayai menjadi punca sakit kepala dan migrain. Melegakan masalah sindrom pra haid. Dengan adanya magnesium ia dapat membantu vitamin D dalam penyerapan kalsium di dalam badan dengan lebih baik.

👉 Boron, Zinc, Kuprum dan Vitamin K
Vitamin K akan mengikat mineral dan membentuk tulang. Boron pula membantu vitamin K bagi memelihara metabolisma tulang dan pertumbuhan otot. Zink dan kuprum membantu mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.


INI ADALAH MANFAAT UTAMA YANG KITA PEROLEHI BILA CONSUME OSTEMATRIX SHAKLEE

✅Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis (reput tulang), menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Mampu merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan otot, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

✅Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh memperbaiki kebas-kebas, kekejangan otot dan sakit sendi.

✅Meringankan Stress - Membantu dalam mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

✅Memperbaiki masalah haid - kajian ada menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak boleh meringankan sakit sewaktu datang haid.

✅Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah bersifat alkali jadi ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh.

✅Memperbaiki hiperaktif perut dan sakit gastrik

✅ Vitamin D - bantu merawat penyakit rickets, membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan menguatkan kerangka. Vegetarian yang kurang terdedah pada cahaya matahari pagi, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu ambil supplement vitamin D.

✅Magnesium - menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, menstabilkan denyutan tidak sekata bagi pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa daripada perut dan usus. Menghalang endapan kalsium, melarutkan dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.

✅Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum - memelihara metabolism kerangka san pertumbuhan otot, menyusun enzim yg diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


Mahu miliki supplement kalsium premium ini? Boleh wasap saya untuk konsultasi dan tempahan. Klik terus link wasap ni >> www.wasap.my/60149840240


Ostematrix Shaklee - supplemen kalsium TERBAIK!


APA ITU DEEP VAIN THROMBOSIS @ DARAH BEKU PADA BETIS?

Deep vain thrombosis (DVT) ataupun darah beku pada betis terutamanya bagi wanita hamil terjadi apabila terdapat darah beku yg menyekat perjalanan darah terjadi di bahagian betis. 80% daripada kes DVT terjadi pada kaki sebelah kiri. Jika DVT ini dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan ia bergerak ke paru-paru & boleh menyebabkan pulmonary embolism yg seterusnya boleh mengakibatkan maut.

punca darah beku pada betis


BAGAIMANA DVT BOLEH BERLAKU?

DVT berlaku disebabkan oleh ibu yg hamil mengalami masalah pengaliran darah yg terganggu di bahagian betis. Ia berpunca daripada kehamilan itu sendiri. Apabila berat badan ibu bertambah ketika hamil, maka risiko terjadinya DVT juga semakin meningkat. Semasa hamil, bahagian abdomen ke bawah ibu akan membesar. Ini boleh menyebabkan pengaliran darah dari bahagian kaki ke jantung menjadi sukar; mungkin disebabkan oleh graviti dan faktor salur darah pada kawasan rahim yg terhimpit. Keadaan ini lama-kelamaan akan membentuk darah beku.

darah beku pada betis


Selain itu, kehadiran hormon-hormon lain ketiga hamil juga menyumbang kepada terjadinya DVT ini kerana darah ibu menjadi pekat. Risiko ini lebih tinggi terjadi ke atas ibu hamil yg kurang melakukan pergerakan tubuh dalam masa yg lama seperti berdiri, duduk, berbaring & sebagainya.


SIAPAKAH YG BERISIKO MENDAPAT DEEP VEIN THROMBOSIS?


  • Ibu hamil yg berusia 35 tahun ke atas.
  • Berat badan melebihi 80kg.
  • Ibu yg menghidap kencing manis & darah tinggi.
  • Ibu yg menghidap pre-eklampsia di mana terdapat edema (pembengkakan dalam salur darah) pada kaki & tangan.
  • Ibu yg mengalami vericose vein.
  • Ibu yg mempunyai penyakit auto-immune seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Autophospholipid Syndrome (APS).
  • Ibu yg mengalami masalah polihidramnios.
  • Ibu yg hamil kandungan kembar.
  • Ibu yg bekerja dalam posisi badan tertentu dalam jangka masa yg lama seperti berdiri di kaunter, duduk di kerusi pejabat & sebagainya.
  • Ibu yg merokok.
  • Ibu yg menghidap kanser.
  • Ibu yg melalui pembedahan major (mengambil masa melebihi 2 jam) pada bahagian kaki, perut atau badan.



APAKAH SIMPTOM BERLAKUNYA DVT?

DVT lazimnya terjadi pada kaki sebelah kiri sahaj. Ia akan menyebabkan rasa sakit dan berat pada kaki (seolah-olah seperti otot kaki ditarik-tarik). Ia juga bermula dengan tanda munculnya bahagian lembut & rasa panas pada kaki terutama sekali pada bahagian peha atau pinggul & ia membengkak. Keadaan ini lebih berbahaya sekiranya ia dibiarkan kerana ia boleh menyebabkan ketulan darah tersebut sampai ke paru-paru & menyebabkan pulmonary embolism yg boleh mengakibatkan kematian.

darah beku pada betis



BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN DVT DARI BERLAKU?


  • Ibu yg hamil 28 minggu ke atas disarankan tidur mengiring ke kanan untuk mengelakkan terbentuknya darah beku di bahagian betis. Letakkan bantal atau kusyen antara kedua-dua belah kaki. Pastikan kaki tidak dibengkokkan.
  • Melakukan senaman seperti berjalan kaki atau membuat pergerakan sekurang-kurangnya setiap dua jam sekali; terutamanya ketika berada di dalam kenderaan sewaktu perjalanan yg jauh ataupun sewaktu bekerja di pejabat.
  • Semasa duduk, letakkan kaki pada bangku kecil yg tingi sedikit dari tempat duduk agak kaki berada pada kedudukan tinggi sedikit & sekaligus memudahkan aliran darah.
  • Memakai stokin khas yg boleh mengurangkan terjadinya darah beku pada kaki.
  • Seorang pakar Obstetrik & Gynaecology; Dr. Dharmini Veerakumaran menekankan agar ibu-ibu yg mengalami tanda-tanda awal DVT untuk mendapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku dan rawatan awal dapat diberikan.
  • Ibu hamil juga sebaiknya mengamalkan supplemen kalsium, Vitamin D & magnesium seperti Ostematrix Shaklee yg boleh membantu melegakan kesakitan pada otot betis serta memberikan kesan rileks kepada ibu terutamanya sewaktu sedang tidur.
  • Supplemen Omega-3 seperti Omega Guard juga amat baik untuk diamalkan oleh ibu hamil untuk mengurangkan inflamasi pada otot serta sekaligus membantu melancarkan aliran darah bagi mengelakkan darah beku terbentuk.


Jika anda hamil dan mempunyai tanda-tanda awal DVT, ambil langkah pencegahan dengan segera sebelum ia melarat. Jika mahu mendapatkan supplemen terbaik bagi mengurangkan risiko ini, Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk order & sebarang pertanyaan. Konsultasi eksklusif akan diberikan kepada pelanggan saya.


11 TIPS UNTUK SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG

Menjadi seorang suami sememangnya besar tanggungjawab yg perlu digalas. Apatah lagi apabila isteri telah mula hamil dengan cahaya mata pengikat kasih antara suami & isteri. Tempoh kehamilan boleh jadi suatu tempoh yg indah tetapi mencabar bagi seorang isteri. Maka, seorang suami yg baik seharusnya bersama-sama memahami & membantu isteri menghadapi tempoh tersebut supaya ia menjadi kenangan yg indah bagi anda berdua.

tips isteri mengandung


Berikut adalah 10 tips tentang apa yg boleh suami lakukan untuk isteri tercinta sepanjang tempoh kehamilan:


1. Luangkan masa bersama isteri.

Sememangnya menjadi tanggungjawab suami untuk bekerja mencari nafkah bagi menyara keperluan keluarga. Namun, dalam kesibukan kerja di pejabat, jangan pula sampai terabaikan isteri yg sedang hamil di rumah. Apatah lagi jika isteri anda seorang surirumah. Seboleh-bolehnya elakkan bekerja lebih masa serta pulang lewat dari pejabat. Ketahuilah bahawa isteri anda telah seharian menunggu anda di rumah. Pastinya ada pelbagai cerita yg ingin dikongsikan bersama anda. Jika perlu pergi bekerja di luar kawasan, sebolehnya cari peluang untuk bawa isteri bersama. Ataupun jika tidak boleh, janganlah meninggalkan isteri anda untuk tempoh yg lama.


2. Menyediakan pemakanan & nutrisi yg mencukupi.

Pemakanan yg sihat & seimbang adalah amat penting; bukan sahaja untuk kesihatan ibu yg sedang hamil, tetapi juga untuk bayi yg sedang membesar di dalam rahim. Pemakanan ibu hamil seharusnya terdiri daripada sumber semulajadi yg terbaik. Bantulah isteri untuk membeli bahan masakan & makanan yg berkhasiat. Sediakan bekalan buah-buahan sebagai kudapan isteri di waktu senggangnya. Carikan juga bekalan supplemen tambahan yg penting untuk kesihatan ibu & bayi.


3. Bergerak dengan lebih perlahan.

Semakin besar kandungan isteri, maka pergerakan isteri juga akan semakin perlahan. Maka, jika anda menemankan isteri sewaktu beriadah di taman atau berjalan-jalan di shopping mall, jangan sesekali bergerak dengan terlalu laju sehingga menyebabkan isteri anda tercungap-cungap ataupun terus tertinggal di belakang. Sebaiknya, peganglah tangan isteri & ikutlah rentaknya; sekaligus bagi menunjukkan anda prihatin serta sayang kepadanya. Tidak mustahil sifat romantik & prihatin itu nanti akan 'turun' kepada anak anda juga.


4. Membantu kerja-kerja di rumah.


Walaupun isteri anda seorang surirumah & anda perlu bekerja setiap hari, itu tidak bermakna isteri anda perlu dibiarkan berseorangan menguruskan kerja-kerja di rumah. Apatah lagi jika isteri anda seorang yg bekerja. Sebaik pulang dari pejabat, cuba bantu mana-mana kerja yg boleh seperti menyediakan hidangan makan malam, mencuci pinggan mangkuj selepas makan, melipat pakaian yg telah dicuci ataupun mengemop lantai seeaktu hujung minggu. Isteri anda pasti akan sangat menghargai setiap usaha yg anda lakukan.


5. Memahami perubahan isteri.

Perubahan hormon sewaktu hamil mungkin akan menyebabkan isteri andaa berperangai sedikit pelik. Ada kalanya emosinya  menjadi tidak menentu sehingga boleh bersedih atas perkara yg remeh-temeh seperti tidak fokus sewaktu dia sedang bercakap; walaupun cuma topik remeh yg dibualkannya. Justeru, suami harus cuba untuk memahami perubahan isteri terutamanya dari aspek emosi tersebut. Elakkan memarahinya jika isteri anda tiba-tiba menjadi terlebih emosi tentang sesuatu perkara seperti menjadi seorang yg terlalu cemburu.


6. Memanjakan & menyelesakan isteri.


Isteri mana yg tidak suka dibelai & dimanjakan oleh suaminya; apatah lagi sewaktu hamil. Ketidakselesaan seperti lenguh pinggang, sakit belakang & bengkak kaki boleh menjejaskan kegembiraan seorang isteri yg hamil. Sebagai suami yg prihatin, apa salahnya anda menawarkan 'khidmat' urutan ringan atau menggosok-gosok badan isteri sebelum tidur tanpa perlu diminta oleh isteri. Percayalah, bantuan semudah menggosok badan atau mengusap dengan tapak tangan itu sahaja pun sudah mampu mengalirkan aura selesa & gembira buat isteri anda, sekaligus menjadikannya bertbah sayang kepada anda.


7. Bantu jaga anak yg lain.

Kehamilan sulung sahaja pun sudah memenatkan; inikan pula jika isteri anda hamil anak kedua, ketiga & seterusnya. Selain keletihan akibat kandungan yg dibawa, isteri anda juga pastinya letih menguruskan keperluan anak-anak sedia ada. Anda mungkin boleh membantu melayan anak-anak bermain, memandikan anak yg masih kecil, menyediakan pakaian serta menidurkan mereka.


8. Bawa isteri ke mana mahunya.


Ada kalanya isteri akan teringin untuk bersiar-siar atau bercuti ke tempat tertentu. Mungkin dia mahu ke shopping mall untuk makan-makan atau sengaja menghabiskan masa bersama anda. Mungkin juga dia teringin untuk bercuti ke satu-satu destinasi impiannya berdua-duaan dengan anda sebelum anda menyambut 'orang ketiga'. Sediakan tabungan khas bersama-sama, luangkan masa & pergilah bersamanya. Ia pasti akan menjadi kenangan yg manis untuk anda berdua.


9. Bertolak ansur dalam aktiviti seks.

Seks adalah selamat sepanjang kehamilan bagi kehamilan yg normal. Melainkan terdapat komplikasi tertentu, tidak ada masalah untuk isteri anda yg sedang hamil untuk melakukan hubungan intim bersama anda. Namun, anda perlu memahami ketidakselesaan yg dialami isteri; terutamanya apabila kandungan menjadi semakin sarat. Posisi seks yg biasa anda lakukan mungkin tidak lagi memberikan keselesaan kepada isteri anda. Berbincang & bertolak ansurlah tentang posisi yg sesuai & memberi kegembiraan kepada anda berdua.


10. Bantu membuat persiapan kehadiran bayi.

Keterujaan isteri biasanya melebihi keterujaan suami terutamanya apabila mengandungkan anak sulung. Pelbagai barangan bayi biasanya akan ingin dibeli bagi menyambut kehadiran si comel yg amat dinanti. Bantulah isteri anda menyediakan senarai barangan yg ingin disediakan. Sebaiknya temankan isteri anda sewaktu pergi membeli-belah barangan keperluan tersebut. Bantunya memilih & membawa barangan yg ingin dibeli. Jangan lupa, peganglah tangannya ketika berjalan!


11. Banyak bersabar.


Selain perubahan emosi, isteri anda juga mungkin akan menghadapi beberapa kesukaran dan cabaran lain seperti alahan (morning sickness), loya, muntah, hilang selera makan & ada waktunya mengidamkan sesuatu yg mungkin sukar dicari. Kesemua ini memerlukan tahap kesabaran yg lebih tinggi berbanding waktu sebelum isteri anda hamil. Layanlah isteri anda dengan sebaik & sesabarnya kerana yg berada di dalam rahim isteri anda itu bukanlah 'benda' lain; sebaliknya itulah si comel lambang cinta & keberkatan rumah tangga anda berdua.


*Jika anda mencari supplemen Set Kehamilan yg terbaik untuk isteri & bayi anda, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Konsultasi eksklusif juga akan diberikan kepada setiap pelanggan saya.





APA ITU JAUNDIS? MENGAPA JAUNDIS TERJADI? ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?

Jaundis; ataupun 'kuning' di kalangan bayi yg baru lahir seolah-olah semakin kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir sejak akhir-akhir ini. Apa itu Jaundis sebenarnya? Jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolisis ataupun pemecahan sel-sel darah merah yg telah matang. Jaundis sebenarnya adalah normal dan selalunya berlaku dalam jangka masa tiga hingga empat bulan pertama bayi; mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia.



Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati akan dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan dalam sistem pencernaan. Bagi bayi yg baru lahir, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari kedua selepas kelahiran kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisien. Dianggarkan 60% daripada bayi yg lahir cukup bulan & 80% daripada bayi pramatang yg mengalami jaundis.

Selain itu, bayi yg baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yg lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel-sel tersebut adalah lebih pendek. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah bilirubin yg dihasilkan oleh bayi sewaktu baru dilahirkan adalah lebih banyak daripada biasa.


Apakah simptom bayi yg mengalami jaundis?

Ada beberapa simptom yg ketara untuk menunjukkan bayi yg baru dilahirkan mengalami jaundis iaitu:


  • Kulit & mata bayi kelihatan berwarna kekuningan. Ia akan mula kelihatan selepas 1-4 hari kelahiran bayi.
  • Bayi lebih cenderung untuk tidur.
  • Bayi kerap meragam seolah-olah tidak selesa.
  • Dalam kes yg lebih serius, bayi akan mengalami demam panas.

Siapa yg berisiko untuk mendapat jaundis?

Sebenarnya, punca utama secara tepat mengapa & bagaimana jaundis boleh berlaku tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada beberapa faktor yg boleh dipertimbangkan sebagai langkah berhati-hati seperti:


  • Bayi yg lahir sebelum usia 37 minggu.
  • Bayi yg lahir dengan berat kurang dari 2.5kg.
  • Adik-beradik bayi yg lahir sebelumnya mempunyai sejarah jaundis.
  • Darah bayi yg berlainan jenis dari ibunya.

Bayi yg menyusu ibu sepenuhnya kebiasaannya lebih berisiko untuk mendapat jaundis. Malah, sesetengah bayi akan mengalami 'prolonged jaundice'; iaitu jaundis yg agak panjang sehingga tempoh 2-4 bulan selepas kelahiran. Namun, itu tidak bermakna penyusuan susu ibu adalah faktor penyebab jaundis.


Adakah jaundis merbahaya? Apakah risiko jika jaundis tidak diatasi/dirawat?

Jaundis secara normalnya adalah tidak merbahaya. Namun, jika ia tidak dipantau & diatasi, ia boleh menyebabkan risiko berikut:


  • Bayi susut berat badan.
  • Bayi mengalami dehidrasi.
  • Bayi hilang keinginan untuk menyusu.
  • Jika bacaan bilirubin tidak dipantau sehingga menjadi terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah yg lebih serius seperti sawan, masalah pendengaran serta kerosakan pada saraf otak yg dikenali sebagai cerebral palsy.

Dalam kes yg lebih serius, jaundis juga merupakan simptom kegagalan fungsi hati pada bayi. Oleh sebab itu, pemantauan, pemeriksaan & rawatan amat penting untuk mengatasi jaundis.


Bagaimanakah cara mengatasi jaundis?

Jika bayi yg telah dilahirkan didapati mempunyai jaundis, ada beberapa kaedah yg perlu dilakukan untuk mengawal, mengatasi & merawat jaundis iaitu:


  • Mengambil sampel darah secara berkala untuk memantau bacaan bilirubin bayi.
  • Meletakkan bayi di bawah lampu fototerapi.
  • Meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  • Ibu berusaha untuk memastikan jumlah pengeluaran susu mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu memastikan susu badannya kaya dengan nutrisi lengkap agar bayi juga mendapat nutrisi yg sepatutnya.

Apakah beza antara 'breast milk jaundice' dengan 'breastfeeding jaundice'?

Breast Milk Jaundice:
=================
  • Jumlah susu ibu yg dihasilkan cukup untuk keperluan bayi.
  • Ia berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu unsur di dalam susu ibu (kemungkinan besar akibat pemakanan ibu) yg menyebabkan jumlah bilirubin bayi meningkat. Contohnya jika ibu mengambil jamu sewaktu berpantang. Jamu boleh menyebabkan bacaan bilirubin bayi meningkat. Atau mungkin bayi sensitif kepada sesetengah makanan yg diambil oleh ibu.
  • Bayi kerap membuang air besar seperti normal & air kencing bayi berwarna kejernihan.
  • Ada kalanya boleh terjadi berlarutan sehingga bayi berusi 2-4 bulan.
  • Tidak merbahaya walaupun bayi perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi untuk jangka yg lama.
  • Penyusuan susu ibu TIDAK sepatutnya dihentikan. Malah ia seharusnya diteruskan tanpa perlu memberi bayi tambahan susu formula.


Breastfeeding Jaundice:
====================

  • Berlaku disebabkan antara 3 faktor ini:
        => Jumlah pengeluaran susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Bayi menjadi dehidrasi.
        => Bayi lambat mula diberikan susu ibu sebaik selepas dilahirkan. Bayi sepatutnya 
terus disusukan oleh ibu dalam tempoh 1 jam selepas kelahirannya.
        => Bayi telah mula diberi susu formula, air kosong atau glukos sebelum diberi susu ibu sebaik selepas kelahirannya.
  • Ibu seharusnya berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan supaya mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu juga perlu meningkatkan pengambilan nutrisi pemakanan supaya susu yg dihasilkan dapat mengurangkan bacaan jaundis bayi.
  • Ibu perlu terus berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Bagi kedua-dua kes jaundis, sesetengah doktor mungkin akan menyarankan pemberian susu formula sebagai penyelesaian segera jaundice. Namun, susu ibu tetap merupakan MAKANAN TERBAIK yg diciptakan untuk bayi yg baru dilahirkan. Susu ibu adalah hak bayi yg perlu diberikan oleh si ibu. Penyusuan penuh selama sekurang-kurangnya selama 6 bulan adalah amat penting dalam memastikan keberlangsungan hidup bayi yg lebih sihat di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, ibu tidak perlu berasa terlalu panik, risau ataupun stress sekiranya bayi comel yg diharapkan membawa kegembiraan bertukar menjadi kerisauan akibat mengalami jaundis. Jaundis adalah normal. Ia boleh dikatakan suatu fasa peralihan yg perlu dilalui oleh bayi dari dunia di dalam rahim ke alam dunia sebenar.

Ibu perlu sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi selepas kelahiran bayi terutamanya bagi memastikan pengeluaran susu badan yg amat diperlukan oleh si comel tidak terjejas. Gali ilmu yg secukupnya tentang jaundis, kelahiran bayi serta penyusuan susu ibu sejak dari fasa kehamilan lagi agar lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

6 BARANG YANG TIDAK PERLU DIBELI UNTUK PERSEDIAAN BAYI BARU LAHIR

Dalam keterujaan untuk menyambut si comel yg bakal dilahirkan ke dunia, kebanyakan ibu bapa; terutamanya yg bakal menyambut kelahiran anak pertama, akan mula membeli & menyediakan keperluan yg lengkap & terbaik untuk si comel. Kadang kala, dengan hanya melayari laman media sosial artis terkenal, mereka akan mula menginginkan persediaan yg sama sepertimana yg dilihat. Sedangkan hakikatnya, tidak semua barangan yg disediakan oleh ibu bapa lain itu akan berguna untuk bayi yg baru lahir.

senarai keperluan bayi baru lahir


Terdapat 6 barangan yg sebenarnya kita tak perlu sediakan di peringkat awal kelahiran bayi iaitu:

1. AKSESORI KATIL BAYI YG BERLEBIHAN

katil bayi


American Academy of Pediatrics (AAP) di dalam garis panduannya menyatakan bahawa apa-apa jua jenis aksesori tidak sepatutnya diletakkan di dalam katil bayi. Tidak kiralah sama ada bantal, selimut mahupun alatan permainan lembut atau keras. Cadangan ini dibuat bagi memastikan bayi tidur dengan selamat serta dapat mengelak risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS). Ia sebenarnya dikhuatiri jika aksesori-aksesori tersebut jatuh menghempap fizikal bayi yg masih belum kuat; terutamanya pada waktu yg tidak disedari oleh orang dewasa.


2. PELBAGAI JENIS BANTAL

aksesori katil bayi


Sudah menjadi amalan dalam masyarakat kita untuk meletakkan 'bantal golek' di kiri & kanan bayi supaya kononnya untuk menghangatkan & menjadikan bayi selesa; seolah-olah ada seseorang yg sedang menemani tidur di sebelahnya. Namun, pakar kanak-kanak di barat sebenarnya mengesyorkan agar ibu bapa tidak meletakkan apa-apa bantal di sekitar berhampiran bayi berusia satu tahun ke bawah terutamanya ketika ia tidur. Ini bagi mengelakkan kemungkinan bayi dihempap bantal atau tertoleh/tergolek sehingga bantal menutupi hidung & mulut bayi sehingga menyebabkan ia tidak boleh bernafas. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko kematian bayi.


3. MAINAN LEMBUT

permainan bayi

Bayi seawal usia 6 bulan ke bawah masih belum dapat melihat dengan jelas serta belum pandai bermain dengan apa jua jenis permainan. Ia lebih memerlukan ransangan dalam bentuk sentuhan daripada ibu, bapa & orang di sekelilingnya. Maka, apa jua bentuk mainan; walaupun dari jenis yg lembut, tidak dapat digunakan oleh bayi. Tambahan pula jika mainan lembut tersebut dari jenis yg berbulu. Bulu dari mainan tersebut mungkin boleh merangsang alergik pada bayi anda.


4. BIB

senarai keperluan bayi


Bayi anda belum bersedia untuk makan makanan pejal selagi ia belum mencapai usia 6 bulan. Jadi, anda tak perlu tergesa-gesa untuk membeli bib sebagai alas makanannya di peringkat awal kelahiran atau sebelum kelahirannya. Namun, jika anda merasakan ia diperlukan sewaktu proses penyusuan, pastikan bib tersebut diperbuat daripada kain kapas (cotton) yg lembut.


5. KASUT BAYI

kasut bayi


Pakar podopediatrik percaya bahawa memakai kasut pada usia yg terlalu muda boleh menjejaskan perkembangan kaki si comel. Malah, dengan berjalan berkaki ayam, ia akan dapat menguatkan otot & ligamen kaki, meningkatkan kekuatan kaki serta memperbaiki postur tubuh yg lebih baik.


6. WALKER BAYI

walker baby


Ramai ibu bapa yg tersalah anggap tentang penggunaan baby walker. Ramai menyangka bahawa penggunaan walker boleh merangsang bayi agar dapat cepat berjalan. Hakikatnya, penggunaan walker sebenarnya adalah amat tidak digalakkan oleh para doktor pakar. Ia meningkatkan risiko kemalangan & kecederaan ke atas bayi. Ini kerana ia mampu memberi kelajuan & ketinggian tambahan kepada bayi sehingga bayi gagal mengawalnya serta mampu mencapai barangan pada ketinggian yg tidak sepatutnya seperti lapik meja, periuk, pinggan mangkuk, suis elektrik & sebagainya. Penggunaan walker juga sebenarnya semakin melambatkan kemampuan anak untuk berjalan kerana ia 'mengajar' bayi untuk bergantung harap pada walker untuk berdiri & bergerak; bukannya atas kemampuan kaki sendiri.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

BOLEHKAH IBU HAMIL MINUM KOPI?

Pernah dengar tak orang cakap, bila kita mula hamil je, tak boleh minum kopi dah. Tak elok untuk bayi dalam kandungan katanya. Benarkah fakta ini? Atau mungkin cakap-cakap kosong sahaja?



APA SALAH KOPI?

Sebenarnya yg boleh mendatangkan kesan kepada kehamilan tu BUKAN KOPI. Sebaliknya adalah kafein yg biasanya terkandung di dalam kopi. Ada juga kopi yg telah dinyahkafein (decaff) sebenarnya. Malah, hakikatnya dalam variasi minuman seharian kita ni, bukan kopi sahaja yg mengandungi kafein. Teh (tak kiralah hijau ke, coklat ke hitam), coklat, soda & kola (seperti Coke/Pepsi) juga mengandungi kafein. Beberapa ubat yg dijual di kaunter farmasi (biasanya yg digunakan untuk melegakan sakit kepala) juga mengandungi kafein sebenarnya.


APAKAH KESAN PENGAMBILAN KAFEIN KEPADA IBU HAMIL?

Kafein boleh menyebabkan beberapa kesan kepada ibu hamil iaitu:

✔ Peningkatan bacaan tekanan darah.
✔ Detak jantung menjadi lebih laju.
✔ Menjadikan kerap rasa nak buang air kecil.
✔ Boleh menyebabkan dehidrasi badan.
✔ Mengurangkan kadar kalsium di dalam tulang.
✔ Mengganggu penyerapan nutrisi oleh badan.

Kafein juga boleh 'melepasi' sistem penghadaman ibu & placenta/uri bayi untuk terus 'pergi' bayi. Maka, kafein boleh memberi kesan langsung kepada bayi. Antara kesan kafein kepada bayi adalah menggangu atau mengurangkan kadar keaktifan bayi bergerak. Ibu hamil yg kerap mengambil kafein serta mengambil dalam kuantiti yg banyak akan dapat merasakan pengurangan pergerakan ini. Kafein juga sebenarnya boleh mengganggu kadar metabolisme bayi.

Ada mitos yg mengatakan bahawa ibu hamil yg mengambil kafein dengan terlalu kerap & banyak, boleh menyebabkan risiko kelahiran pramatang serta kecacatan kepada bayi; selain melahirkan bayi yg tidak cukup berat. Namun, tidak ada sebarang kajian yg membuktikan perkara ini berisiko untuk terjadi kepada manusia. Kajian hanya pernah dibuat ke atas haiwan sahaja dan sememangnya terbukti ia benar.


BERAPA BANYAK KAFEIN BOLEH DIAMBIL OLEH IBU HAMIL?

Kajian oleh para pakar berkaitan menyatakan bahawa jumlah kafein yg berpatutan ataupun rendah tidak akan memberikan kesan negatif sama ada kepada ibu yg sedag hamil mahupun bayi di dalam kandungan. Ibu hamil boleh mengambil sekitar 150mg hingga 300mg kafein dalam sehari. Ia bersamaan sekitar 1-2 cawan kopi sehari sahaja; bergantung kepada jumlah kafein dia dalam biji kopi yg digunakan.

Jika seorang ibu hamil mengambil minuman berkafein seperti kopi sekadar untuk minuman kasual, ia biasanya tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, jika anda merasakan anda jenis yg 'ketagih' untuk meminum kopi setiap hari sehingga boleh menyebabkan kesan seperti moody, berasa lemah atau gangguan fikiran, maka anda PERLU berbuat sesuatu untuk mengatasinya.

7 KEBAIKAN MINYAK IKAN UNTUK IBU HAMIL

Masa saya pregnant anak pertama & kedua dulu, bila masuk je minggu ke-13 kehamilan tu, mesti doktor pakar gynaecology saya akan bekalkan saya dengan satu supplemen minyak ikan. Sebelum tu, beliau cuma bagi asid folik sahaja. Mulai bulan ke-4 kehamilan tu beliau mesti bagi multivitamin & minyak ikan tu setiap bulan. Bila saya baca tentang supplemen minyak ikan tu, rupanya ia sangat bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Oooo.. patutlah. Sebab otak janin kan bermula perkembangannya sejak berusia 13 minggu dalam kandungan.

kebaikan omega 3


Bila saya mula terjebak dengan bisnes Shaklee, makin banyak ilmu tentang supplemen yg saya pelajari; rupanya ada banyak lagi kelebihan lain minyak ikan tu untuk ibu hamil. Ia bukan sekadar untuk pertumbuhan otak janin sahaja! Malah untuk ibu hamil itu sendiri pun banyak fungsinya.


7 KELEBIHAN MINYAK IKAN UNTUK IBU HAMIL

Sebenarnya minyak ikan ni sangat bagus kerana ia kaya dengan asid lemak Omega-3 di dalamnya. Omega-3 ni adalah asid lemak baik yg sangat diperlukan oleh tubuh kita; tetapi badan kita TAK BOLEH nak menghasilkannya sendiri. So, kita memang perlu mendapatkan bekalan Omega-3 ni dari sumber luaran; iaitu melalui pemakanan.

Ada 7 sebab utama kenapa minyak ikan yg kaya dengan Omega-3 ni sangat penting untuk ibu hamil, iaitu:

Mengawal tekanan darah normal. Jika ibu hamil yg mengalami tekanan darah tinggi memang amat digalakkan untuk amalkan minyak ikan ni. Ia boleh membantu menurunkan & menstabilkan kembali tekanan darah ibu hamil.
Menstabilkan bacaan gula dalam darah. Ini terutamanya bagi ibu hamil yg menghadapi masalah kencing manis (GDM) semasa kehamilan. Omega-3 membantu menstabilkan perembesan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah si ibu.
Mengurangkan inflamasi atau kesakitan sendi akibat pertambahan berat badan & keletihan sepanjang kehamilan. Paling best, apabila diambil sebelum tidur malam. Memang boleh membantu ibu hamil untuk tidur lebih lena.
Merangsang pertumbuhan sel otak (neuron) serta motor skill bayi dalam kandungan. Semua ibu mengimpikan anak yg bijak kan? So, kena la mulakan sejak dari dalam kandungan lagi.
Menguatkan sistem imun ibu supaya tidak mudah jatuh sakit; terutamanya common diseases seperti demam, batuk & selsema. Omega-3 juga boelh mengurangkan kesan eczema atau alahan pada ibu seperti ruam, gatal-gatal & kulit kering.
Mengurangkan visceral fat sekaligus menguatkan jantung ibu. Ibu hamil memang mudah berasa mengah & letih bukan? Omega-3 mampu menguatkan jantung ibu supaya tidak mudah termengah-mengah ataupun berasa terlalu letih setelah melakukan aktiviti harian.
Menstabilkan hormon ibu, sekaligus mengurangkan kesan ketidakstabilan emosi (mood swing) ketika hamil.


DARI MANA NAK PEROLEHI SUMBER OMEGA-3 YG BAIK?

Ada beberapa jenis makanan semulajadi yg boleh membekalkan Omega-3 iaitu:
  • Ikan salmon
  • Flaxseed oil
  • Chia seed
  • Kacang walnut
  • Telur ikan
  • Ikan makerel
  • Tiram (oyster)
  • Kacang soya
  • Sayur bayam


Namun, anda boleh juga mendapatkan bekalan Omega-3 yg mencukupi dengan menambah pengambilan supplemen minyak ikan yg dijual di pasaran. Tapi, kalau nak dapatkan supplemen minyak ikan yg TERBAIK DI DUNIA, anda boleh mendapatkan Omega Guard Shaklee yg diperbuat daripada ikan laut dalam sejuk dari Jepun.

kebaikan omega guard shaklee

kelebihan omega 3


Sebotol Omega Guard mengandungi 90 biji kapsul gel lembut yg mudah ditelan. Ia hanya berharga RM136 sahaja (belum termasuk pos). Kalau nak order, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) ye. 

ESP SHAKLEE - SUSU SOYA TERBAIK & SELAMAT UNTUK IBU HAMIL

Ramai wanita di luar sana yg mudah terpengaruh dengan pelbagai khabar angin negatif tentang soya; terutamanya apabila ia dicadangkan kepada ibu hamil. Ada yg mengatakan bahawa kulit bayi/anak akan menjadi sensitif bila ibu mengamalkan susu soya ketika hamil. Ada pula yg mengatakan ibu/wanita akan mudah menghidap kanser jika mengamalkan pengambilan soya. Hakikatnya, tiada kajian khusus yg membuktikan semua khabar angin ini. Namun, ramai yg tetap mempersoalkan "selamatkah susu soya untuk ibu hamil?"

kebaikan esp shaklee


BENARKAH SUSU SOYA MERBAHAYA UNTUK IBU HAMIL?

Di zaman netizen ni, ramai orang lebih mempercayai apa-apa isu yg disebarkan bulat-bulat tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu. Ramai beranggapan; suara majoriti adalah kebenaran - bila ramai yg share, maka betullah berita itu. Lebih malang lagi, apabila isu yg viral itu menceritakan sesuatu yg negatif, maka lebih mudah pula lagi orang mempercayainya.

Justeru, apabila lebih ramai ibu yg pernah/sedang hamil menceritakan 'pengalaman buruk' mereka; ataupun pengalaman rakan/ahli keluarga mereka berkaitan dengan pengambilan soya sewaktu hamil, maka lebih ramailah netizen yg percaya tentangnya tanpa usul periksa punca sebenarnya! Walhal, tidak ada satu kajian pun yg membuktikan bahawa pengambilan soya dengan kuantiti yg sepatutnya ketika hamil boleh membawa keburukan kepada bayi mahupun ibu itu sendiri. Malah, ada kajian khusus di Asia yg telah berjaya membuktikan bahawa soya membantu mengurangkan perkembangan sel kanser pada pesakit kanser payudara & kanser prostat.


JADI, SELAMATKAH SUSU SOYA UNTUK IBU HAMIL?

Jawapannya; SELAMAT. Apa-apa sahaja makanan/minuman berasaskan soya adalah selamat untuk diambil sewaktu hamil; DENGAN SYARAT ia tidak diambil secara berlebihan. Berapakah kuantiti yg tidak berlebihan? Memadailah sekadar meminum 3 gelas air soya dalam sehari. Anda juga boleh menjadikan hidangan berasaskan soya seperti tahu, tempe & taufu fa sebagai makanan tambahan dalam menu makan tengahari ataupun minum petang.

bahaya soya


Tetapi harus diingat; bahawa susu soya yg telah diproses dan dipaketkan seperti air kotak soya yg dijual di kedai-kedai di pasaran mengandungi bahan-bahan kurang selamat lain seperti gula, pewarna, pengawet & perisa tambahan. Malah, soya yg dijual secara komersil ada yg dicuci menggunakan alkohol dalam proses penyediaannya. Justeru, sebenarnya bukanlah soya itu sendiri yg membahayakan jika diambil; tetapi sebaliknya bahan-bahan tambahan dalam makanan/minuman berasaskan soya itulah yg menjadikan ia merbahaya.


KENAPA ESP ADALAH SUSU SOYA TERBAIK & SELAMAT UNTUK IBU HAMIL?

kebaikan esp shaklee


Semakin ramai yg dapat menerima & mengamalkan ESP Shaklee sebagai susu soya untuk ibu hamil. Belum cuba, belum tahu. Tapi sekali cuba, memang taknak berenggang dengan ESP ni. hehe.. Kenapa?

Sebab ESP bukan sebarang susu soya untuk ibu hamil. Ada 10 kebaikan ESP sebagai susu soya untuk ibu hamil:


  • ESP berasaskan non-GMO soya; iaitu diperbuat daripada soya yg organik - tidak disuntik hormon atau apa-apa ubat/racun merbahaya. Pembersihan soya asas ESP juga menggunakan air - bagi mengelakkan khasiat asal soya itu berkurangan.
  • Membekalkan protein & karbohidrat yg mencukupi untuk memberi tenaga berpanjangan serta pertumbuhan sel kulit yg lebih elok.
  • Indeks Glisemik (GI) yg rendah - menjadikan ibu hamil bertenaga lebih lama, tidak kerap lapar & tidak terdorong untuk makan dengan terlalu banyak.
  • GI yg rendah juga menjadikan ESP sangat-sangat digalakkan untuk ibu hamil yg mempunyai GDM atau kencing manis sewaktu hamil. Ini kerana ibu hamil GDM akan kerap merasa lapar. ESP membantu ibu agar tidak kerap lapar & mengawal bacaan gula dalam darah.
  • Mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang ibu agar tidak mudah sakit badan serta membantu pertumbuhan gigi & tulang bayi dalam kandungan.
  • Menjadikan kulit ibu cerah, berseri & glowing sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan kesan stretch marks pada perut ibu.
  • Menjadikan kulit bayi bersih & cantik apabila dilahirkan nanti.
  • Menstabilkan hormon & emosi ibu - phytoestrogen dalam soya mengurangkan mood swing.
  • Membantu menggalakkan persediaan pengeluaran susu badan yg berkualiti oleh kelenjar susu ibu.


TESTIMONI - ESP BUAT IBU ANAK 4 BERPUASA & LEBIH BERTENAGA

Masih tak percaya? Jom tengok cik puan ni kata apa. Mengandung anak nombor 4 di usia 3 tahun tetap bertenaga & berpuasa penuh dengan ESP!

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Anda hamil? Atau merancang untuk hamil lagi? JOM ESP!
Pasti indah pengalaman hamil anda sampai anda nak hamil dan hamil lagi lepas ni!

Irda
SID Pro Anda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240


VIDEO PANAS TESTIMONI PENGGUNA PRODUK SHAKLEE YG BERKESAN & BERPUAS HATI-PART 1

Sebenarnya, kalau kita search je kat Google ke Yahoo ke atau apa-apa search engine kat internet ni tentang testimoni keberkesanan produk Shaklee, memang beribu-ribu testimoni yg boleh kita jumpa. Tak kisahlah sama ada testimoni Shaklee dalam bentuk cerita ataupun gambar. Tapi yg ni SPECIAL! Saya listkan dalam bentuk video. Haaa.. kiranya ini adalah LIVE TESTIMONI daripada para pengguna produk Shaklee sendiri. Bukan edit, bukan paksaan. Ini memang adalah realiti keberkesanan produk Shaklee yg telah mereka rasakan sendiri.

Untuk part 1 ni, saya nak share pengalaman beberapa orang ibu yg pernah hamil berkongsi tentang bagaimana vitamin Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yg letih, lemah, lesu & mempunyai masalah HB yg rendah. Enjoy! Dan jangan lupa HUBUNGI SAYA UNTUK ORDER ye.. (^_^)


VIDEO TESTIMONI 1: BERPUASA DENGAN BERTENAGA WALAUPUN HAMIL
=========================================================
Ibu ini hamil pada usia 34 tahun, dan berasa amat bertenaga sewaktu berpuasa sepanjang Ramadhan setelah mengamalkan supplemen Shaklee! Jauh berbeza dengan pengalaman hamilnya sebelum ini!

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 2: BOLEH MENDAKI WALAUPUN HAMIL!
=============================================
Lihat bagaimana ibu hamil ini masih larat & bertenaga untuk naik flight dan juga mendaki candi Borobodur walaupun perutnya sudah mulai sarat! Malah dia mendaki lebih laju daripada rakan-rakannya yg lain yg tidak hamil tau..

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 3: MASALAH HB RENDAH TIADA LAGI!
============================================
Masalah bacaan HB rendah sewaktu hamil ni bukan setakat menjadikan ibu lemah & lesu tau. Yg lebih merbahaya adalah ia boleh menyebabkan kematian bayi akibat ketidakcukupan oksigen yg disalurkan di dalam darah! Jom kita lihat bagaimana Set Hamil Shaklee berjaya membantu ibu ini tidak lagi mengalami masalah bacaan HB rendah ketika hamil.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 4: KEKURANGAN KALSIUM BUAT IBU SAKIT BADAN!
=======================================================
Hamil & menyusukan adalah 2 situasi yg boleh menyebabkan ibu sering mengalami sakit belakang & tulang. Ia berpunca daripada kekurangan kalsium dalam tubuh ibu. Lebih teruk lagi, kekurangan kalsium ini menyebabkan bayi juga mengalami kesannya seperti kerosakan gigi seawal usia bayi serta pertumbuhan tulang yg tidak kuat. Jom kita tengok bagaimana ibu ini mengatasi masalah kekurangan kalsiumnya!

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.


Anda juga seorang ibu yg pernah, sedang atau ingin hamil?
Set Hamil Shaklee amat-amat membantu anda untuk menjalani kehamilan yg kurang meletihkan atau menyakitkan.

ORDER SEKARANG!
Jadikan pengalaman hamil and sesuatu tempoh yg penuh dengan kemanisan; BUKAN KELUHAN!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
SID Pro Anda.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...