Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

MOVIE DATE - TIPS ROMANTIK MENGEKALKAN KEMESRAAN SUAMI ISTERI

Suami isteri adalah suatu hubungan yg amat istimewa. Tidak kiralah sama ada di sisi agama mahupun di dalam mana-mana kelompok sosial. Suami/isteri adalah pasangan hidup ataupun boleh dikatakan satu-satunya manusia yg kita pilih atau memilih kita kita untuk sama-sama mengharungi setiap suka-duka, pahit & manis kehidupan kita setiap hari. Namun, banyak pasangan suami isteri yg semakin 'hilang' keistimewaan hubungan antara keduanya akibat kesibukan kerja serta ditambah dengan tugasan yg lebih menimbul iaitu menjadi IBU BAPA. Sehinggakan, segelintir suami/isteri hampir 'terlupa' bahawa mereka juga adalah seseorang yg amat penting untuk kebahagiaan seorang yg lain; iaitu pasangan hidup mereka.


tips romantik suami isteri

Ada yg pernah bertanyakan saya; "tak bosan ko mengadap suami ko dekat 24 jam sehari? Dah la dari zaman belajar dulu satu kelas, kerja pun satu pejabat, balik duduk serumah, tidur sekatil lagi?"

Itu antara soalan yg agak sering orang tanyakan pada saya sewaktu saya masih bekerja satu pejabat (malah duduk sebilik di pejabat) dengan suami saya. Jawapan saya "TIDAK". Malah, saya rasa hidup saya tak lengkap jika terpaksa berjauhan dengan suami; walaupun sehari. (Sebab tu saya berhenti kerja.. sebab tak nak kena pergi outstation.. hehe..). Tambahan pula, kami selalu dilihat seolah-olah 'bertekak' tentang banyak perkara; terutamanya tentang perkara kerja. Sehingga ramai yg hairan dengan kami. "Dah kahwin lama pun masih 'bercakaran' macam budak-budak". Lepas 'bertekak' tu boleh pulak bekerja & bercakap macam biasa.. Hehehe.. Tapi semua ni ada "rahsia" di sebaliknya. Sebab, kebahagiaan takkan jadi milik kita jika kita tak berusaha untuk memperolehi & mengekalkannya. (^_^)

Ya. Salah satunya adalah - movie date. Kami selalu pegi movie date. Biasanya sebulan sekali. Sekarang saya WAHM; so tak perlulah nak mintak cuti. So, suami saya akan ambil 1 hari cuti dalam sebulan; khas untuk kami menghabiskan masa berdua. Dan yg pastinya adalah pada hari anak-anak ke sekolah lah. Seawal pagi, lepas hantar anak-anak ke taska & tadika, kami akan balik untuk bersarapan bersama-sama. Kemudian kami akan beli tiket wayang (cerita yg terkini & dipersetujui bersama la of course kan.. walaupun basically minat kami berbeza-beza) melalui online. Beli online ni mudah. Tak payah nak penat-penat berbaris kat kaunter nanti. Bayar pun guna debit card je. Sampai sana nanti, just tunjuk je bar code tiket yg dah dimuat turun dalam telefon.


Movie jenis macam MI ni biasanya kami sama-sama suka. Action yg tak berat sangat.
Sebenarnya saya lebih kepada nak tengok Tom Cruise & Jeremy Renner je.. kihkihkih..

Biasanya kami ambil showtime yg terawal; dalam pukul 11am camtu. So, lepas movie habis dalam pukul 2pm, kami akan pegi lunch & solat dalam/dekat area mall tu juga. Lepas tu kadang-kadang kami pegi pulak shopping barang-barang rumah/dapur yg dah habis. (Shopping time anak-anak takde ni senang sket. Kurang sket nak layan karenah. Hehehe..) Selesai semua, dalam pukul 4 ke 5pm tu kami terus ambil anak-anak on the way balik tu. Malam, dinner kat rumah. Romantik, kan? Hehehehe...

Owh, satu lagi cara movie date ni, lagi mudah. Ni especially untuk suami isteri yg mungkin susah nak dapat cuti ke atau mungkin takde 'can' nak hantar anak-anak ke mana-mana untuk 'mengelat' untuk dating. Caranya, buat movie date kat rumah. Contohnya, sediakanlah snek-snek ringan macam pop corn ke, chips ke, maruku ke atau apa sahaja untuk 'mengonyel' bersama. Pilih satu lewat malam (biasanya malam minggu la senang), pastikan anak-anak dah tidur awal, lepas tu, bersama-sama suami/isteri, pilihlah satu movie untuk ditonton bersama-sama sambil bergesel-gesel & melentok-lentok di sofa/katil. Mungkin boleh beli DVD ke, langgan Astro First ke, Astro Best ke atau download pun boleh. Ooooopppsss!! Hehehehehe...

Mudah kan nak beromantik-romantik dengan suami/isteri? Haaa... jangan pandang remeh tau langkah-langkah untuk berprivasi dengan pasangan ni. Sebab, inilah caranya untuk kita nak pastikan bahawa pasangan kita sentiasa rasa dekat, disayangi & dihargai oleh kita. Percayalah; walaupun cuma satu hari/malam kita luangkan dalam sebulan, impaknya PASTI akan terasa & kekal di hati sampai bila-bila. Apalah sangat berbanding dengan lagi 29 hari/malam yg kita sibuk dengan urusan/tanggungjawab lain tu. Semata-mata untuk insan yg paling istimewa dalam hidup kita.


menonton wayang




APA YG BEST SANGAT JADI WAHM? PART 1 - JANA INCOME DARI RUMAH TANPA STRESS SEBAB MASALAH PEJABAT!

WAHM - singkatan bagi Working At Home Mother; iaitu istilah bagi ibu yg bekerja dari rumah, tanpa perlu pergi ke pejabat. Sebenarnya saya rasa, ramai wanita; khususnya para ibu di luar sana yg teringiiin sangat nak jadi surirumah sepenuh masa kan? Nak duduk rumah sepenuh masa sambil uruskan anak-anak & rumah tangga sendiri i.e masak sendiri makanan kegemaran suami & anak-anak setiap hari, sidai & lipat baju dengan tenang setiap hari, vacuum atau mop lantai selalu, siapkan anak-anak untuk ke sekolah dalam keadaan tenang & senyummm aje dan seboleh-bolehnya tak nak marah langsung kat anak-anak terutamanya bila diorang buat perangan dok lambat-lambat bersiap time kita sibuk nak cepat pegi ofis ke kan? Tapi apakan daya, zaman sekarang semuanya terlalu mencabar dan memerlukan wang ringgit untuk menampung kehidupan. So, menjadi WAHM bagi saya adalah pilihan yg sangat-sangat tepat bagi ibu-ibu moden & hebat pada masa kini.

working at home mother
Kannnn?? hehehehe...

KELULUSAN & CITA-CITA TINGGI

Saya juga seorang ibu yg bekerja sepenuh masa di pejabat suatu masa dahulu. Kelulusan saya tinggi. Dan dengan kelulusan saya itu, saya hampir diterima bekerja sebagai pensyarah di sebuah IPTA ternama di selatan Malaysia. Tapi, permohonan saya ditolak atas satu alasan yg sangat-sangat remeh; sampaikan semua yg dengar alasan tu pun macam tak percaya je yg saya ditolak kerana alasan tersebut. Sedih sangat; tak terkata. Sebab itu adalah kerjaya impian saya sejak kecil. Tapi, saya cuma anggap ia bukan rezeki terbaik buat saya dari Allah s.w.t.

Saya teruskan perjalanan hidup dengan bekerja di firma konsultant dalam bidang pengajian dengan menggunakan kelulusan yg lebih rendah. So, bila guna kelulusan rendah, faham-faham la kan.. Gaji pun rendah la dari yg sepatutnya. Tapi saya bersyukur.. sebab sekurang-kurangnya saya ada pekerjaan & dapat pula bekerja satu ofis dengan suami terchenta.. hehehe... gataii.. awww!


MULA BOSAN

Saya seorang yg sukakan cabaran. Saya mudah bosan dengan kerja yg sama saban hari & saban projek. Saya bosan bila banyak terlibat yg ada due date jangka masa panjang. Tumpuan saya akan pudar. Saya mudah bosan bila idea-idea yg saya fikir dengan bersungguh-sungguh ditolak mentah-mentah oleh orang. Saya berfikir kottt.. bukan main sebut je.. Sebab saya memang serius pasal kerja. Tapi saya tetap teruskan sebab nak bantu suami menjana ekonomi keluarga.. ewahhh.. ye la.. Dah belajar tinggi-tinggi takkan nak biar suami berhempas-pulas sorang-sorang pulak tanggung keluarga kan.. huhu..

Stress wooo kerja pejabat.. Lagi-lagi jadi konsultant.. Tak kira projek gomen ke projek swasta, semedang kena ikut kehendak client. Kadang-kadang macam idea kita ni takde makna pulak.. padahal kita yg sepatutnya consult depa.. Tambah stress bila saya kena overtime atau outstation! "Double O" memang saya & suami cukup tak suka, tapi tak boleh menolak. Sebab apa?? Sebab, bila overtime saya perlu angkut anak-anak ke ofis sampai lewat malam. Lumrah anak-anak kan.. garang macam mana pun maknye ni, depa nak juga cium ketiak kita.. hehe.. Yg kedua, bila kena outstation saya terpaksa tinggalkan anak-anak dengan suami sahaja. Masalah jadi makin serius bila saya fully breastfeed anak kedua. Sebab susu saya bukan jenis yg meriah sangat; just alhamdulillah cukup-cukup untuk bekalan setiap hari untuk baby. So, bila kena outstation, saya dah kalut nak kena siapkan stok EBM untuk anak di rumah & di taska. Suami pun pening nak uruskan EBM. Tambah pulak, bila outstation saya naik flight & jadual meeting padat! Selalu sangat tak sempat pam & urusan nak bawak balik EBM tu leceh sangat-sangat. Frust tau kadang-kadang... ;(

Saya mula cuba berniaga secara kecil-kecilan.. Saya jual hasil tangan orang kampung pada kawan-kawan saya.. Saya jual sambal pecal kering, jual rempeyek bilis dan apa-apa yg orang kampung saya buat yg saya rasa sedap & special. Saya orang Jawa Selangor; tinggal di Johor Bahru. So, banyak juga makanan unik Jawa Selangor yg orang Johor tak pernah jumpa.. hehe..

Saya bisnes pulak pakaian baby secara online.. Dan jual juga pada kawan-kawan sekeliling.. Tapi tak semangat sangat sebab nak kena keluar modal besar & kena sentiasa ada stok yg up-to-date.. sedangkan stok lama ada yg masih belum terjual.. Gaji saya tak besar mana pun nak buat modal.. Dengan nak tanggung bayaran taska anak-anak lagi..

produk shaklee


MULA JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Hamil anak kedua, saya mula kenal Shaklee. Masa tu minat sebab nak ambil Set Berpantang & Menyusu je. Sebab saya nekad nak susukan anak kedua saya secara penuh selama 2 tahun. Mula-mula jatuh cinta untuk makan sendiri. Tapi bila saya sendiri dapat rasa kesan positifnya, dan makin ramai surirumah yg boleh berjaya dengan bisnes Shaklee ni, saya jadi tercabar! Lantasssss.. Saya pun mengambil keputusan nak jadi ahli & join bisnes Shaklee! Weee!! Keahlian saya dapat percuma sebab ambil full set Menyusu & vitamin untuk anak & mak saya. Stok takyah beli lagi masa awal-awal.. tunggu ada orang order baru kita ambil stok.. syok kan? Tak payah modal besar-besar..

Saya mula buat secara part time. Saya jadi syok! Hehe.. mana taknya, bulan pertama saya buat bisnes je income saya dah suku daripada gaji bulanan saya! Haaaa... Eh, underpaid-underpaid saya pun gaji saya 4 angka la juga tau... so, suku dari 4 angka, 3 angka la juga kan?? hehehe...

Lepas 2 bulan saya buat bisnes Shaklee secara part time, saya bagitau suami saya yg saya ada cita-cita baru - nak jadi WAHM dengan bisnes Shaklee! Saya nekad; bila bonus Shaklee saya SAMA DENGAN GAJI BULANAN masa tu, saya nekad nak berhenti kerja pejabat. Saya tau tak mudah dan akan sangat mencabar, tapi saya PERLU bernekad macam tu. Demi anak-anak & keluarga saya. Alhamdulillah, suami saya sangat-sangat menyokong cita-cita baru saya ni ATAS 2 SEBAB:

1 - Dia dah kaji bisnes model MLM Shaklee - tiada yg meragukan & memang sah memenuhi garis panduan syarak.

2 - Dia dah takmo saya stress dengan kerja pejabat lagi - balik lewat, underpaid & kena outstation. Lagipun, kalau saya stress, DIA PUN STRESS! hahahahaha...

wahm


JADI WAHM YG STRESS-FREE AKHIRNYA!

Akhirnya, lepas setahun saya buat bisnes Shaklee secara part time, bonus saya dah menyamai gaji bulanan saya kerja di pejabat. Saya nekad nak berhenti. Suami pun sokong sangat-sangat. So, dengan confidentnya pada Mac 2014 yg lalu saya bersemuka dengan bos sebab nak 'pecat dia' dari jadi majikan saya. Hahaha!

Masa tu perjanjian saya nak selsesaikan projek yg dalam tangan. So, drag juga la dalam 3 bulan. Dan saya mula jadi WAHM sepenuhnya pada Julai 2014. Weeeee!! Aku bebas!! hehe.. Dan bermulalah kehidupan mencabar-tapi-tak-stress saya sebagai WAHM. Kenapa mencabar? Sebab saya masih perlu jana income untuk sama-sama tanggung keperluan keluarga & anak-anak. Dan saya ada target yg saya nak capai dalam bisnes & hidup saya. Kenapa tak stress walaupun mencabar? Sebab semuanya saya lakukan demi kepuasan diri & demi suami serta anak-anak yg akan sama-sama ke syurga dengan saya kelak. Amiiiin...

So, siapa nak jadi syokk macam saya? Jadi WAHM yg stress-free? hehehe...
Jom sertai rangkaian Warrior, Supermom & Jutawan saya! Anda PASTI lebih puas & gembira!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Mentor Shaklee Prihatin Anda.

3 LANGKAH MUDAH TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI RUANGAN KOMEN

Kalau anda seorang blogger yg sentiasa inginkan rating serta bilangan pelawat yg tinggi setiap hari; terutamanya jika anda menjalankan perniagaan secara online, aktiviti BLOGWALKING adalah apa yg anda perlu lakukan dengan kerap mengikut logarithm Google yg terkini. Semakin banyak blog anda blogwalk & tinggalkan jejak di bahagian komen blog atau website lain, maka semakin tinggi kebarangkalian anda untuk menerima lebih ramai pelawat setiap hari.


pengedar shaklee jb
Majoriti blogger amat mengharapkan agar blogger lain membuat blogwalk ke blognya untuk meningkatkan rating serta bilangan pelawat setiap hari. Blog yg aktif dan sering menerima ramai pelawat setiap hari mempunyai peluang yg tinggi untuk tersenarai di dalam muka pertama carian di Google.


Kebiasaannya, kebanyakan blog atau laman web yg aktif akan mempunyai ruang untuk anda meninggalkan Nama anda dan juga URL/alamat blog atau website anda. Link ke URL anda ini penting bagi memastikan pemilik blog ataupun pembaca blog yg sampai di blog tersebut boleh mendapat pautan ke blog anda pula untuk blogwalk. Blogger yg membuat blogwalk untuk meningkatkan jumlah pelawat ke blog mereka akan merasa gembira/teruja jika ruang komen ada menyediakan kolum untuk pautan backlink ke URL blog/website mereka.


Contoh ruang komen di blog yg mempunyai kolum untuk diisi Nama & URL/address ke blog/website kita semula. Pengkomen yg inginkan pembaca untuk pergi ke blog mereka akan teruja memilih pilihan "Name/URL". Sesetengah blog/website menggunakan plug-ins luar seperti Commentluv, Intense Debate dan sebagainya untuk membolehkan pembaca meninggalkan backlink di ruangan komen blognya.

Walau bagaimanapun, tak semua blog atau website mempunyai ruang khas untuk anda letakkan pautan (link) ke blog anda. Jadi, bagaimana caranya untuk anda nak memudahkan pembaca atau pengkomen di blog tersebut boleh pergi ke blog anda dengan mudah hanya melalui ruang komen tersebut? Jom ikut 3 langkah mudah ni:

LANGKAH 1:

Klik pada ruangan "comment" pada post yg anda baca. Dan tulislah komen berhemah anda seperti biasa.


LANGKAH 2:

Di akhir komen anda, masukkan kod html berikut:

<a href=“www.google.com”>Home</a> - contoh original kod HTML

TETAPI, gantikan www.google.com dalam kod tersebut dengan link ke blog anda atau mana-mana blogpost yg ingin anda letakkan di komen tersebut. Dan gantikan Home dengan nama blog atau tajuk link kepada post yg anda ingin paparkan.

Contoh:

Untuk link ke blog anda:

<a href=yourhealthshoppe.blogspot.com“>Yourhealthshoppe.blogspot.com</a>

Untuk link ke salah satu blogpost anda:

<a href=yourhealthshoppe.blogspot.com/vitamin-untuk-sakit-otot/“>Vitamin Untuk Sakit Lutut</a>


LANGKAH 3:

Tekan butang "Post Comment".
Tadaaaa! Link ke blog atau blogpost anda akan keluar di akhir komen anda. Jika pemilik blog perlu meluluskan terlebih dahulu komen anda di blognya, komen & link anda akan dipaparkan sebaik sahaja ia diluluskan.


SELAMAT MENCUBA!
Kalau dah cuba, boleh komen kat sini ye sama ada jadi ke tidak.. sebab saya sendiri dah cuba tips ni dan memang menjadi!

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua! Dan jangan lupa singgah lagi ke blog saya ye! (^_^)

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.

WAHM - Suatu Cita-cita yang Perlu Kecekalan

Salam.

Saya nak kongsikan sedikit tentang realiti bekerja dari rumah. Saya petik dari wall rakan Facebook saya Kak Norashikin Ekin Wellness yang juga seorang peniaga internet yang berjaya.

Tips Bisnes Dari Rumah - Irfan Khairi

Menjalankan perniagaan dari rumah, banyak dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik! Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan
aktiviti perniagaan tertentu.

Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)
...............................................


Benar kata Irfan Khairi. Bekerja dari Rumah memerlukan disiplin tinggi. Jika belum pernah ada pengalaman dan baru mahu cuba lagi susah kalau tak cekal dan takde semangat tinggi lupakan ajelah niat tu. Saya sendiri pun tengah mencari kekuatan untuk jadi WAHM (Working At Home Mother) yang cekal & berjaya tu.. hehe.. Sifu-sifu saya dalam SHAKLEE ni dah ramai yang berjaya jadi WAHM ni tau.. Bisnes meletop-letop.. pastu dengan senang hati je menambah bilangan anak... saya yang keje pejabat + bisnes part time ni pulak yang belum mampu nak beranak banyak-banyak.. hehe..

Apa-apa pun, KITA ADALAH APA YANG KITA PERCAYA.

Hakikatnya ini mmg betul. Peminta sedekah terus jadi peminta sedekah sbb dia pecaya dia hanya layak jd peminta sedekah.

Orang berjaya boleh berjaya sebab dia percaya dia boleh berjaya.Saya percaya saya boleh berjaya dengan SHAKLEE walaupun saya bermula dengan part time je! Saya percaya satu hari nanti saya mampu untuk menjadi WAHM yang berjaya! Dan saya PERCAYA saya boleh berjaya dalam SHAKLEE, mencapai Masters Coordinator dan dapat menolong lebih ramai wanita di luar sana atau sesiapa saja yang mahu BERJAYA. Insya Allah..

Saya tak kisah orang perli-perli Super Euphoria ke apa ke.. Jual MLM ke.. ^^ I'm honoured sebab mereka menyedari kehadiran group kami yang cemerlang. Thanks^^

After all cakap-cakap orang pun salah satu dugaan jadi WAHM. huhu.. Chaiyyokk!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...