Showing posts with label tips kurus. Show all posts
Showing posts with label tips kurus. Show all posts

KESAN DIET TANPA NASI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Nasi sudah menjadi makanan rutin kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Dari kecil pun majoriti kita dididik dengan corak pemakanan/diet yg melibatkan nasi. Sampaikan, ada yg merasakan, kalau sehari tak makan nasi, rasa tak puas atau tak kenyang betul. Ibu kita pun selalu je berpesan supaya kita makan nasi setiap hari, supaya tak kelaparan. Namun, yg tak bestnya, terdapat segelintir golongan yg nak menurunkan berat badan dengan terdesak lalu membuat keputusan untuk mengamalkan 'diet tanpa nasi'. Adakah corak diet tanpa nasi ini selamat & berkesan?

diet atkins

KESAN KURANG MENGAMBIL NASI

Apabila semenjak kecil kita sudah terbiasa dengan sesuatu corak (pattern) diet itu, badan akan menjadi terkejut jika kita menghentikan corak tersebut secara tiba-tiba. Contohnya, kita dah terbiasa makan nasi 2 kali sehari pada waktu tengahari & malam. Tiba-tiba, bila kita rasa nak menurunkan berat badan dengan kadar segera, kita terus tidak mengambil langsung nasi. Alasannya, sebab nasi tinggi kandungan karbohidrat. Dan karbohidrat akan membuatkan kita gemuk. Apatah lagi jika ada rakan-rakan yg asyik menegur seolah-olah badan kita dah nampak 'naik', berisi atau gemuk.

Style ini dikenali sebagai 'crash diet'. Crash diet terlalu banyak kesan sampingan buruknya. Antaranya:

  • Permulaannya kita berasa ok, tetapi selepas 2-3 hari kebiasaannya kita akan menjadi terlalu lapar. Pada waktu itu, kita yg merasakan berat badan telah berjaya turun sebanyak 2-3kg, lantas dengan tanpa rasa bersalah kita akan 'terlebih makan' pula. Alasannya "takpe, dah 3 hari aku tak makan." Akibatnya, kita akan cenderung untuk makan melebihi dari kuantiti yg sepatutnya!
  • Mengalami fasa 'bounce back' yg lebih dahsyat dari sebelum diet. Apabila kita mula nak 'cover makan' bagi beberapa hari yg kita telah kurangkan makan, ia sebenarnya memberikan kesan bounce back pada berat badan yg lebih dahsyat & mendadak. Malah, berat badan anda akan menjadi bertambah lebih banyak lagi berbanding sebelum anda berdiet! Apabila berat meningkat semula, maka semangat kita pun jadi pudar & hilang.
  • Badan menjadi lemah akibat kekurangan nutrisi secara tiba-tiba. Bayangkan sebatang pokok yg asalnya setiap hari menerima cahaya matahari & air hujan, tiba-tiba kita halang ia dari mendapat bekalan tersebut selama beberapa hari. Apa jadi? Tentu pokok akan mejadi layu bukan? Begitu juga badan kita. Malah, lebih teruk lagi, kita mungkin akan diserang gastrik & mudah jatuh sakit seperti demam, batuk & selsema akibat sistem imun yg semakin lemah.
  • Keinginan meningkat pada makanan tinggi gula. Apabila kurang karbohidrat, kita berisiko untuk mendapat hypoglycemia; iaitu bacaan paras gula yg rendah dalam badan. Apabila terlalu rendah, selain menjadi lemah, kita juga akan mula jadi mengidam (craving) kepada makanan yg tinggi gula seperti coklat, kek, biskut, minuman berkarbonat & sebagainya. Mengapa? Kerana badan kita kekurangan tenaga & sel badan kita telah menjadi tidak sihat.
  • Risiko penyakit kwashiorkor. Ia adalah penyakit rentetan dari kekurangan nutrisi dalam badan. Kesan penyakit ini termasuklah terlalu kurus, penurunan berat secara mendadak, lemah badan, rambut gugur, hilang selera makan & lebih teruk lagi pembengkakan hati.



BOLEHKAH GANTIKAN NASI DENGAN MAKANAN LAIN?

Ada pula sesetengah kita yg cuba menggantikan nasi dengan sumber makanan mengenyangkan yg lain seperti mihun, pasta, mee kuning, oat, granola & sebagainya. Namun hakikatnya, kebanyakan makanan pengganti nasi mengandungi kalori yg jauh lebih tinggi daripada nasi! Akibatnya, ia sebenarnya semakin menggemukkan!

Lihat perbandingan berikut antara nasi dengan penggantinya yg popular dalam kalangan kita:




bahaya diet tak seimbang
Contoh pengganti nasi yg lebih selamat



NASI TAK BERSALAH

Hakikatnya sebenarnya, nasi tidak bersalah pun sekiranya berat badan kita semakin bertambah. Makan nasi setiap hari bukannya satu kesalahan ataupun PUNCA berat badan kita meningkat. Yg bersalah adalah KUANTITI NASI yg kita ambil serta nisbahnya dengan lauk-pauk yg kita ambil bersamanya.

Sedangkan, jika kita ambil nasi 3 senduk dengan nasi 1 senduk pun sudah jauh beza jumlah kalorinya; inikan pula jika kita bertambah-tambah makan nasi sehingga berpinggan-pinggan jadinya! Itu belum kira lagi kalori kuah masalemak cili api, atau asam pedas, atau rendang pajeri yg dicurah ke atas nasi! Ikan atau ayam pula kita lebih suka yg bergoreng berbanding yg dibakar/panggang. Sayur pula, biasanya kuantiti yg diambil sekadar 'cukup syarat' bersayur di pinggan sahaja. Itupun sudah lunyai dimasak!

Tak salah sebenarnya makan nasi setiap hari walaupun kita sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Cuma yg perlu kita jaga adalah KUANTITI, NISBAH & JENIS MASAKAN yg diambil.

Dari segi kuantiti, setiap kali makan, kita seharusnya mengamalkan nisbah "suku-suku-separuh" di dalam setiap hidangan. Di mana,
-Suku 1: Karbohidrat (nasi)
-Suku 2: Protein (ayam, ikan, telur atau daging)
-Separuh: Sayur-sayuran (yg tidak lunyai dimasak)

nisbah pemakanan sihat

rajah pinggan sihat


Dari segi jenis masakan, seeloknya:
  • Pilihlah beras perang berbanding beras putih kerana beras perang mengandungi serat yg lebih tinggi tetapi kanji yg kurang.
  • Pilih lauk ayam/ikan/telur/daging yg direbus atau dibakar atau dipanggang berbanding yg digoreng atau dimasak dalam kuah berlemak.
  • Elakkan kuah 'banjir'. Siramkan sedikit sahaja sekadar untuk memberi rasa kepada nasi. Elakkan juga kuah yg berlemak & berperasa tinggi seperti masak lemak cili api, asam pedas, rendang, pajeri & kicap/sos. Selain tinggi lemak, gula & garam, kuah-kuah seperti ini merangsang selera kita untuk makan lebih banyak.
  • Kurangkan garam, gula & bahan perasa dalam makanan. Paling penting, elakkan perisa tambahan seperti monosodium glutamate ataupun ajinomoto.
  • Lebihkan sayuran segar seperti ulam-ulaman berbanding yg telah dimasak. Masakan hanya menyebabkan nutrisi sayuran menjadi berkurang ataupun hilang terus!


pemakanan sihat

Sebagai tambahan, pastikan kita elakkan kudap-kudapan kurang sihat seperti makanan ringan, keropok, biskut, cekodok, goreng pisang, kek & sebagainya. Sebagai ganti di waktu senggang antara hidangan utama, ambil buah-buahan yg tinggi serat ataupun kekacang yg dipanggang tanpa garam.

Paling penting, jangan lupa untuk pastikan pengambilan air kosong yg mencukupi sesuai dengan berat badan kita. Setiap 25kg berat badan kita, memerlukan 1liter air kosong. Serta, pastikan kita elakkan minuman manis seperti minuman dalam tin, minuman dalam kotak, minuman bersusu pekat manis serta jus buah yg tinggi gula.

Ambil juga sedikit masa antara 10-15 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, senaman aerobik, zumba atau berjalan 10,000 langkah.

Jangan sekali-kali bergantung harap pada supplemen atau sembarangan 'ubat kurus' semata-mata. Pengambilan supplemen yg betul hanya membantu menggalakkan penurunan berat badan yg sihat serta cara untuk badan kita kekal menerima jumlah nutrisi yg secukupnya sewaktu berdiet. Namun bukanlah kunci utama penurunan berat badan anda.

P/s: Jika anda perlukan Set Slimming Shaklee yg membantu mempercepatkan pembakaran lemak, pembuangan toksin & menjadikan bentuk badan lebih cantik tanpa menggeleber, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Saya akan beri konsultasi eksklusif tentang penurunan berat badan secara sihat kepada anda.

*Kedit ilmu, info & sebahagian gambar kepada Instagram Coach Syuhada Amran & Coach Fridajeb.



WOW! WANITA INI BERJAYA TURUN 10KG DALAM 10 MINGGU!

Menjadi gemuk bukanlah sesuatu yg menggembirakan bagi setiap wanita. Saiz badan wanita biasanya amat berkait rapat dengan tahap keyakinan diri seseorang itu. Kebiasannya, wanita yg mempunyai bentuk badan langsing akan tampil dengan lebih yakin di khalayak ramai. Malah, ramai sebenarnya wanita bersaiz montel, 'gebu' ataupun gemuk yg memilih untuk menjadi anti-sosial akibat rasa keyakinan diri yg amat rendah. Mereka malu untuk berkawan. Mereka takut diejek sama ada secara terang-terangan mahupun sekadar melalui pandangan mata yg menjengkelkan. Kebiasaannya wanita akan melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan ataupun 'nak kurus'. Tetapi kebanyakannya kecundang di tengah jalan akibat tak sabar menantikan keputusan yg dimahukan.

Namun, berbeza dengan wanita ini. Beliau nekad merubah cara pemakanan & gaya hidup demi untuk tidak kelihatan gemuk lagi.

Jom kita ikuti kisah penuh inspirasi oleh NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA ini tentang 'kehilangan' berat badannya dalam masa yg agak singkat ini!

[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu.

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

"GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE."

Anda juga 'dah penat gemuk'?
Dah puas mencuba pelbagai produk & cara tapi tidak berjaya? Jom Whatsapp "SAYA NAK KURUS" ke 014-984 0240 sekarang! Saya akan bantu anda menjadi seperti wanita hebat ini!

APA ITU DETOKS? PERLUKAH SAYA BUAT DETOKS?

BADAN SAYA ADA TOKSIN TAK? Adakah anda rasa anda mengalami mana-mana tanda yg menunjukkan badan anda mengandungi paras toksin yg tinggi? Cuba semak, adakah anda mengalami satu atau lebih dari simptom-simptom berikut:

⚠Kulit kering
⚠Jerawat teruk di muka & badan
⚠Sering lesu
⚠Fikiran tak fokus
⚠'Blurr'
⚠Emosi mudah terganggu (mood swing)
⚠Mudah stress
⚠Mudah berdebar/nervous
⚠Eczema
⚠Alergik
⚠Mudah jatuh sakit
⚠Rambut rapuh
⚠Insomnia/sukar tidur malam
⚠Pelupa
⚠Refleks lambat
⚠Gangguan tidur waktu malam
⚠Sembelit
⚠Masalah pernafasan
⚠Bau badan

Jika ada, badan anda mungkin mengandungi paras toksin yg tinggi. Kandungan toksin yg tinggi dalam badan juga menyebabkan supplemen yg kita ambil tidak mampu menyerap & berfungsi dengan betul terhadap badan kita.

Apa itu toksin?

Toksin adalah seolah-olah 'racun' dalam badan kita yg mengganggu sistem & fungsi organ badan secara keseluruhannya. Toksin berpunca dari pelbagai faktor. Antaranya asap rokok, makanan berproses, bahan sintetik dalam makanan, penggunaan produk berbahan kimia, air yg tercemar, udara yg tidak bersih serta gaya kehidupan yg stress.

Tidak bolehkah badan kita menyingkirkan toksin secara semulajadi?
Boleh. Allah S.W.T telah menciptakan manusia dengan cukup sempurna. Kita ada HATI sebagai organ yg berfungsi untuk menyingkirkan toksin secara semulajadi dari badan kita. Namun, dalam dunia yg semakin mendesak & tercemar ni, hati kita semakin tidak mampu untuk menyahkan jumlah toksin yg semakin terkumpul di dalam badan kita.

Atas sebab itulah kita perlu buat DETOKS ataupun detoksifikasi. Detoks boleh dilakukan melalui beberapa cara:

1. Berpuasa selama beberapa hari. Puasa akan merendahkan paras gula, minyak & sumber makanan yg meningkatkan jumlah toksin dalam badan.
2. Mengambil & makanan semulajadi seperti sayur-sayuran & buah-buahan yg membantu menyahkan toksin seperti dedaun hijau, lemon, tomato, berries dan sebagainya. Terdapat banyak resepi minuman & menu detoks yg boleh membantu.
3. Mengambil supplemen yg membantu mengurangkan paras toksin dalam badan kita seperti Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herbalax & Garlic Complex.

Bagi yg selama ni ada mengambil mana-mana supplemen Shaklee tapi nampak macam tak berkesan pun macam kebanyakan pengguna yg lain tu, saya amat cadangkan untuk anda buat detoks terlebih dahulu. Sebab toksin ni kita tak nampak dari luaran tau. Orang kurus tak semestinya takde toksin. 😉

Nak DETOX supaya lebih sihat, slim & cantik?
Whatsapp saya SEGERA!

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

SHAKE TERHANGAT DI PASARAN UNTUK MENCANTIKKAN KULIT & KURUS LANGSING


minuman untuk kurus & cantik


Tiap tahun MESTI akan timbul kontroversi pasal shake berasaskan soya yg satu ni. Yg hairannya, berlambak lagi kot produk soy collagen la, shake kurus la yg lain yg menggunakan soya. Tapi takde pulak orang nak kecoh jadi penyebab kanser la bagai. Yg lain tu siap takde ujian klinikal lagi.

Macam mana saya YAKIN 100% dengan ESP ni waima apa pun kontroversi melanda dia? BANYAKKAN MEMBACA. Jangan asyik DENGAR CAKAP ORANG je. Kaji betul-betul. Ada 2 langkah MALAS untuk tahu fakta sebenar:

1. Kalau memang jenis sukaa sangat dengar cakap orang, pergilah cari & dengar penjelasan daripada pengedar Shaklee yg benar-benar berilmu. Yg dah berpengalaman bertahun-tahun buat bisnes Shaklee. Bukan tanya pada sepupu yg bulan lepas baru start belajar minum ESP. Culas pulak tu.

2. Google je. Berlambak-lambak blog SID yg ada menjelaskan fakta-fakta tentang ESP ni. Baca at least 3-4 sumber untuk meyakinkan. Testimoni pengguna pun ada banyakkkk.

Nak cara terbaik, bacalah kajian klinikal. Dah baca & dah hadam betul-betul, then baru fikir ada lagi ke alasan untuk tak yakin? Hampir tiada.

Pada saya mudah je, kalau sungguh la soya ESP Shaklee ni jadi penyebab kanser lah, jadi menggemukkan lah atau jadi apa je yg tak elok, rasanya beribu-ribu dah Pengedar Shaklee kat Malaysia ni yg kena tanggung dulu. Ramai dah yg jadi gemuk gedempol menunggu masa untuk mati akibat kanser. Tapi alhamdulillah la setakat takde pulak testimoni kes macam tu kan...


minuman untuk cantikkan kulit



APA YG SAYA SUKAAAA SANGAT ESP SAMPAI TAK BOLEH TINGGAL NI?
Kalau nak bagi alasan kenapa saya setia amalkan shake soya paling kontroversi kat Malaysia ni (bukan kontroversi sebab owner dia jadi 'transformer' ye), memang tak cukup 1 ke 5 ke 12 ke alasannya. Tak cukup perkataan nak terangkan. Hehehe..

Tapi yg paaaaling saya suka ESP ni atas 2 sebab:

1. Bila rajin minum hari-hari, perut memang takde 'babat' atau 'spare tyre' yg kat tepi-tepi tu. Perut yg bawah tu pun lebih flat. Tak menggeleber pun.2. Kulit memang jadi glowing berseri-seri gituuu.. Cerah sekata, tak kusam & parut pun mudah pudar.

Rugiiiii yg takmo try langsung ESP ni tau.. kihkihkih.. kasi bakorrr sket!


JOM ORDER ESP SEKARANG!
HANYA RM150 SAHAJA
*Satu canister untuk kegunaan 1-2 bulan.

 ORDER DI SINI!

IRDA
PENGEDAR & MENTOR SHAKLEE ANDA
014-984 0240

TIPS MINUM PETANG UNTUK KURUS & DIET DENGAN CINCH TEA SHAKLEE

Minum petang memang syok kan? Apatah lagi kalau ada pisang goreng cheese, cucur udang, chakoi ataupun kuih-muih tradisional kan? Hehehe.. Tapi kalau yg nak jaga badan tu, kena la 'jaga nafsu makan' juga ye.. Macam mana nak jaga kekal bertenaga bila kita berdiet ni? Sebab secara automatiknya mestilah kita akan kurangkan pengambilan makanan kan? Terutamanya bila dah petang dan penat bekerja seharian kan? Cinch Energy Tea Mix adalah jawapan yg terbaik!


teh cinch shaklee


APA KEISTIMEWAAN CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE NI?
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Cinch Energy Tea Mix ataupun 'Teh Cinch Shaklee' ini adalah:

  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
  • Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
teh diet shaklee


Jom ambil 'Teh Cinch Shaklee' ni! Confirm sedap & beri tenaga! Nyummm!

ORDER SEKARANG!

Irda
Pengedar Shaklee Prihatin Anda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

3 LANGKAH HILANGKAN PERUT BUNCIT DENGAN SET KURUS YG MARVELLOUS!

PERUT BUNCIT? MENGGELEBER SELEPAS BERSALIN? LEMAK BERKUMPUL DI PERUT BILA MEMAKAI SELUAR JEANS?? PERUT BUNCIT & MENGGELEBER merupakan masalah utama yg dihadapi oleh ibu lepas bersalin. Dalam kebanyakan kes, walaupun berat badan secara keseluruhannya dapat diturunkan sepertimana berat badan asal sebelum mengandung, namun, lemak di bahagian perut biasanya LEBIH DEGIL & SUKAR untuk dihilangkan.


set kurus shaklee

JOM TURUNKAN UKURAN PERUT ANDA! Kerana sebenarnya, dalam proses mendapatkan berat badan yg ideal, PENURUNAN UKURLILIT PERUT, PINGGANG & PEHA ADALAH JAUH LEBIH PENTING BERBANDING PENURUNAN BERAT BADAN! Ini adalah sesuatu yg sering dipandang remeh oleh mereka yg ingin ber'diet' kononnya. Hakikatnya, penurunan berat badan yg mendadak dalam kuantiti yg banyak dalam jangka masa singkat bukanlah sesuatu yg sihat. Sebaliknya ia menambahkan risiko anda untuk berat badan anda naik semula berkali ganda serta merosakkan kadar metabolisme anda!


vitamin perut buncit shaklee

Dengan Shaklee, penurunan perut buncit & ukurlilit badan anda boleh berlaku hanya semudah 3 langkah sahaja dalam masa sebulan! Perut menggeleber anda pasti hilang!


Langkah 3B yg mudah:

1B - BUANG: Alfalfa/Herblax akan membantu membuang toksin di dalam badan anda yg menyebabkan anda buncit/gemuk.

2B - BAKAR: Lecithin akan membantu membakar lemak di dalam badan anda. Omega Guard pula mempercepatkan pembakaran lemak dan sekaligus merendahkan paras kolesterol.

3B - BINA: Protein & Leucine di dalam Cinch Shake akan membantu membina otot yg pejal hasil dari lemak yg dibakar. Hasilnya, lemak hilang dan badan anda akan lebih terbentuk dengan cantik.

Jom order sekarang! Dapatkan tips untuk senaman mudah mengempiskan perut serta konsultasi percuma selepas pembelian hanya dari Yourhealthshoppe!

Psssst: Khas untuk orang Johor Bahru, Skudai & Nusajaya; dapatkan servis istimewa dengan penghantaran ke pintu rumah/pejabat anda!

ORDER SEKARANG! Set ini dijamin BERKESAN!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

SID Pro Anda.

TIPS KURUS PANTAS & BERKESAN


Ramai di luar sana; terutamanya wanita yg nak turunkan berat badan ataupun nak kempiskan perut tapi amat sukar nak berjaya kan? Nak tahu kenapa?

Salah satu sebabnya adalah tidak mengamalkan cara yg betul untuk melakukannya. Sedangkan, 3 perkara utama yg anda perlu tahu adalah PEMBAKARAN LEMAK, MEMBUANG TOKSIN DI DALAM BADAN (DETOKS) & KONSISTENSI.


PEMBAKARAN LEMAK
===================

Pembakaran lemak paling berjaya dibuat adalah melalui dengan teknik senaman yg betul serta kekerapan anda melakukan senaman. Pemakanan seharian juga perlu dijaga bagi memastikan badan anda mendapat bekalan vitamin & mineral yg secukupnya untuk 'bekerja' secara optimum. Produk-produk menguruskan badan boleh diambil, tetapi anda haruslah memilih produk yg benar-benar selamat dan berkesan ke atas bahagian-bahagian badan yg ingin dikurangkan ukurannya.


MEMBUANG TOKSIN
=================

Toksin di dalam badan menyebabkan badan anda tidak mampu menyerap dengan betul setiap nutrien daripada makanan yg anda ambil setiap hari. Akibatnya, sistem badan anda akan terganggu dan akhirnya boleh menyebabkan kegemukan ataupun perut buncit. Proses membuang toksin ataupun lebih dikenali sebagai 'detoks' perlu dilakukan bagi memastikan toksin di dalam badan dibuang keluar. Proses detoks juga membantu anda membersihkan usus; sekaligus menjadikan anda lawas untuk membuang najis. Kesukaran ataupun kegagalan anda membuang najis setiap hari juga menjadi salah satu punca mengapa anda sukar untuk kurus.



KONSISTENSI
============

Ini sebenarnya masalah kebanyakan orang; bukan sahaja bagi mereka yg ingin kurus malah kepada sesiapa sahaja yg sedang berusaha untuk mendapatkan sesuatu yg diingini. Kebanyakan kita lebih gemar bersikap 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. Contohnya, bila ada kawan menegur kita kelihatan sudah gemuk, maka di waktu itu kita bersungguh-sungguh mengambil supplement, mengurangkan kuantiti makanan dan melakukan sedikit senaman.. Tetapai, apabila hasil yg diingini tidak tercapai dalam tempoh yg singkat, kita berputus asa. Sudahnya, kita kembali ke tabiat makan seperti asal; malah mungkin lebih banyak lagi!!

Diet yg berkesan bukan bermaksud "Aku berjaya turun 15kg bulan ni!" Oh no no no no nooooo... Penurunan berat badan secara mendadak hanya akan mengganggu kadar metabolisme badan anda. Akibatnya, anda PASTI akan kembali ke berat badan yg asal dalam masa yg singkat juga! Ini dipanggil sebagai yo-yo effect.

Penurunan berat badan yg ideal adalah secara berperingkat dan PASTINYA MENGAMBIL MASA. Bayangkan, lemak dan toksin yg tersimpan selama bertahun-tahun di dalam badan, pastinya memerlukan sedikit masa juga untuk dinyahkan bukan?? Nah, di sinilah pentingnya konsistensi anda untuk tegar mendapatkan berat badan serta tahap kesihatan yg diidam-idamkan.

pssst: Ingin mencari Set Bakar Lemak & Detoks yg berharga BUDGET, dijamin halal, selamat dan berkesan? Shaklee menawarkan set Lecithin & Herb-Lax yg telah berjaya membantu beribu-ribu penduduk Malaysia untuk membakar lemak dan membuang toksin di dalam badan. Hasilnya?? PASTI MENGUJAKAN ANDA. DIJAMIN.


JOM KURUS & KEMPISKAN PERUT!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

ESP SHAKLEE MENGGEMUKKAN??!! OH NOOOOO!!!

Assalamualaikum semua.. Betul ke ESP Shaklee ni menggemukkan? Tak boleh minum banyak sangat? Jangan lebih 1 sudu sehari? Boleh gemuk?? Jom tengok betul ke tidak 'statement' tu ye.. (^_^)


kelebihan esp shaklee




Ramai sebenarnya yg teringiiiin nak cuba ESP Shaklee yg sangat-sangat glamour dan sememangnya best ni.. CUMA, ada sesetengah pihak yg 'pandai-pandai' je (padahal tak mengamalkan pun ESP ni sebelum ni) yg 'menghasut' peminat-peminat awal ESP dengan kata-kata seperti:

"Jangan weihh.. boleh gemuk minum benda nih.. susu tuuu.."

"Ko jangan minum ESP ni.. member aku tu minum benda ni lah makin berisi badan dia.. bagai di pam-pam.."

"Benda ni macam ko minum susu lembu la.. minum hari-hari, confirm jadi gemukss.."


Haiiiiaaaaaahhhhhh.... Sabor je lah dengan 'pemberita-pemberita tak berbayar' ni kan... huhu..


Wahai cik akak, cik abang & cik adik sekalian.. ESP TIDAK MENGGEMUKKAN ye.. Terutamanya apabila diambil dengan cara yg betul. Tetapi, dengan cara yg betul juga, ESP boleh membantu menaikkan berat badan seseorang yg terlalu kurus. Tapi BUKAN MENGGEMUKKAN tau... Haaaa.. Camana tu? Part ni, kena ikut konsultasi khusus yg akan/telah saya berikan kepada sesiapa sahaja yg menjadi pelanggan saya. Konsultasi percuma seumur hidup tau... haaa.. saya dedikasikan masa & hidup saya untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan saya tau... kalau nak tahu betapa 'caring'nya saya sebagai penjual, meh la beli dengan saya! Hehehe.. (^_^)

Meh kita tengok FAKTA tentang ESP ye:
  • Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral yang amat diperlukan oleh tubuh manusia untuk mengekalkan kesihatan.
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang. Justeru, ia amat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan juga!
  • Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.
  • ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.

*Untuk perincian kandungan nutrisi ESP, boleh rujuk di label setiap canister ESP.

So, daripada fakta di atas, kat mana yg anda nampak tanda-tanda bahawa ESP ni boleh menggemukkan? TAK ADA KAN??

Sebab, yg boleh menjadikan kita gemuk adalah lemak & kalori yg tinggi. Kalori; walaupun fungsinya memberi tenaga kepada tubuh manusia, namun pengambilannya secara berlebihan akan menyebabkan badan kita 'menyimpannya' sebagai lemak! Protein akan membantu untuk menukarkan lemak-lemak sedia ada di dalam tubuh kita menjadi otot yg pejal. Haaa... sebab ni la sesiapa yg ambil ESP; dari badan gemuk menggeleber akan jadi pejal & berbentuk badan cantik! (^_^)

So, tak perlu percaya pada mitos "ESP ITU MENGGEMUKKAN" ye wahai kakak-kakak, abang-abang & adik-adik semua... Dengarlah dari yg lebih arif.. Tanya dulu pada kami yg sungguh komited untuk membantu anda untuk menjadi lebih sihat ni... Kalau anda sihat, anda juga yg untung kan.. Kalau anda makin slim & langsing lepas ambil ESP Shaklee nanti, kawan-kawan anda tu juga yg cemburu kannnn... hehehe... (^_^)

JOM ORDER ESP ANDA SEKARANG!



PROMOSI SEPANJANG MAC 2015: BELI 6 PERCUMA 1!!
Plus: KEAHLIAN PERCUMA SEUMUR HIDUP + Cash Bonus pada APRIL 2015!


Ooopppssss.. sebelum tu, meh kita tengok macam mana cik kak dalam video ni berjaya turun 20kg selepas bersalin dengan mengambil ESP sebagai plan diet & menyusunya. Jom!

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Hubungi:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda

VITAMIN SHAKLEE: KEBAIKAN HERB-LAX SHAKLEE



Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Apakah fungsi herba-herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax ni ek?


Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Apakah keistimewaan Herb-Lax Shaklee?
  • · Membersihkan najis yang tersekat / tersimpan lama dlm tubuh
  • · Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • · Membantu masalah sembelit
  • · Mengempiskan perut
  • · Melawaskan pembuangan air besar.

Harga Retail Normal : RM52.50 sebotol (120biji)

Untuk pembelian dengan harga istimewa, set budget / lengkap untuk menurunkan berat badan berserta konsultasi percuma seumur hidup selepas pembelian, sila HUBUNGI SAYA SEGERA! Sebab Herb-Lax ni HOT ITEM tau!! Selaluuuu sangat habis di mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia.. (^_^)

Irda (ID 909714)
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Facebook: www.facebook.com/Yourhealthshoppe
Email: irda2104@yahoo.com

TIPS ELAK PERUT BUNCIT




Perut buncit adalah masalah yg paling 'ditakuti' oleh ramai orang terutamanya wanita. Akibat perut buncit, seorang wanita mungkin tidak muat lagi untuk menggayakan kebaya ke majlis-majlis keraian. Keadaan ini boleh mengakibatkan stress tau..

Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit seperti diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.
Berita baik!! Di sini saya kongsikan beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda ye:

1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara makanaan yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yangnbanyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal!

6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

7. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !

GOOD LUCK!

TIPS KURUS : DETOKS & BAKAR LEMAK DI HARI RAYA

Dah puas makan rendang, kuah kacang & kuih-muih di Hari Raya ni? Ooops.. Menyesal sebab makan mengikut nafsu? Maklumlah, sebelum ni dah sebulan berpuasa kan.. Hehe.. Bila raya ni la nak 'balas dendam' makan macam-macam kan.. Lagipun, setahun sekali je kan dapat makan lemang, ketupat & rendang bagai tu kan..

Tapi AWAS!! HIDANGAN SETAHUN SEKALI ITU MAMPU MEROSAKKAN TAHAP KESIHATAN ANDA SEUMUR HIDUP jika tidak dikawal tau! Lemak & minyak yang terkandung di dalam rendang, kuah kacang & lemang boleh menyebabkan tekanan darah serta tahap kolesterol dalam darah meningkat! Akhirnya, salur jantung anda juga boleh tersumbat. Dan anda menghadapi risiko yang sangat tinggi untuk mendapat serangan jantung!!

Jom saya bantu anda kekal sihat sepanjang raya ni! Bukan setakat berat badan tak meningkat, malah tahap kolesterol, tekanan darah & kesihatan jantung pun terpelihara tau.. Dalam erti kata lain, anda terselamat dari risiko diserang serangan jantung tau akibat dari makan lemak & minyak berlebihan. Jangan sangka usia anda masih muda anda terselamat dari serangan jantung tau.. Sebab tahap kolesterol yg tinggi tidak mengira usia..

Jom saya bantu untuk anda lebih sihat & hidup lebih lama lagi demi orang yg tersayang dengan SET DETOKS & JANTUNG SIHAT Shaklee! Set ini mengandungi hanya 3 supplement 'power' yang boleh 'menyelamatkan' jantung & nyawa anda. Set ini mengandungi:

1. OMEGA GUARD - minyak omega-3 yang mampu membantu anda memelihara kesihatan jantung & mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

2. LECITHIN - membantu membakar lemak di dalam badan serta lemak di dalam pembuluh darah. Ia membantu melancarkan peredaran darah & mengurangkan tekanan darah.

3. ALFALFA COMPLEX - 'Raja Segala Tumbuhan' yang membantu membuang toksin di dalam badan agar badan mampu menyerap segala vitamin & mineral dari makanan yang diambil secara optimum. Membantu melancarkan sistem perkumuhan & melawaskan pembuangan najis.

Untuk pesanan & pertanyaan:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Email: irda2104@yahoo.com

CINCH SHAKE SHAKLEE: BERSAHUR SAMBIL DIET

Pagi semalam saya terlewat bangun sahur. Dah pukul 5.39am baru terjaga.. Subuh pula pukul 5.43am. Dalam mode terkejut tu terus fikir "aku kena cepat & kenyang nih.. Kalau tak, susu badan mesti down.."

So, apa saya buat? Saya ambil sesudu Cinch Shake Cafe Latte ni, campur dengan 250ml susu kotak Dutch Lady perisa chocolate. Shake shake shake pastu terus minum. Pastu telan sebiji B Complex & sebiji Omega Guard dengan secawan air masak.. Fuhhh, selamat sahur..

Dan yg paling magiknya, saya tak lapar hingga ke petang tau.. Susu badan pun saya pam macam biasa di ofis.. Balik keje, saya susukan (DF) pulak anak saya Iman yg setahun lebih tu.. Alhamdulillah...

So, siapa nak puasa 6 sunat Aidilfitri nanti sambil diet? Jom tiru menu sahur ni!

Pssst: saya dh turun 3kg tau puasa ni dengan Cinch Shake Cafe Latte ni... (^_^)

Untuk pesanan/pertanyaan:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Email: irda2104@yahoo.com

CINCH SHAKE SHAKLEE: DIET DALAM MASA 2 MINGGU!

Tinggal lagi 2 minggu nak raya? Masih belum dapat ukuran & berat badan yg diingini? Takut baju raya yg ditempah tak muat??

Jom saya bantu anda dengan Pelan Penurunan Ukuran & Berat Badan dengan Cinch Shake Shaklee. Dengan mengikuti pelan diet Cinch Shake ini, ANDA PASTI AKAN MENDAPAT UKURAN BADAN YG DIINGINI pada Hari Raya nanti!

Mengapa saya amat pasti? Kerana set ini bertindak secara 3B dengan pantas iaitu:

1. BUANG - Alfalfa akan bertindak membuang toksin dalam badan kita. Toksin merupakan punca badan kita tidak dapat menyerap vitamin & mineral dgn baik. Alfalfa juga membantu sistem perkumuhan kita dan melawaskan kita untuk membuang air besar. Di mana ia merupakan proses yg penting dalam penurunan berat badan.

2. BAKAR - lemak dalam badan adalah degil! Tetapi lemak di dalam pembuluh darah adalah lebih bahaya kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi & bacaan kolesterol yg tinggi. Lecithin Shaklee membantu anda membakar lemak-lemak di dalam tubuh & pembuluh darah.

3. BINA - Leucine & protein di dalam Cinch Shake Shaklee akan menukarkan lemak-lemak di dalam tubuh menjadi otot yg pejal. Hasilnya, lemak menggeleber akan digantikan dengan otot yg membentuk bentuk badan yg lebih cantik & pejal (firm). Dan yg paling penting, ia tidak akan menjadikan anda gemuk semula!
Jom, order sekarang! Dapatkan bentuk badan yg diingini utk Hari Raya ini dalam masa 2 minggu sahaja!
Set Cinch ini bukan sekadar berkesan, malah ia sedap! Dengan 3 perisa pilihan - vanilla, chocolate atau cafe latte! Jom order sekarang! Dan dapatkan jadual program diet secara percuma!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Email : irda2104@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/Yourhealthshoppe

CINCH SHAKE SHAKLEE : MENURUNKAN UKURAN & BERAT BADAN SECARA SELAMAT & BERKESAN

Ramai yang mengidamkan ukuran & bentuk badan yang menarik serta berat badan yang sihat, namun tidak sanggup untuk 'berkorban' meninggalkan makanan-makanan kegemaran mereka. Ketahuilah bahawa hanya dengan menjaga pemakanan dan rajin bersenam sahaja boleh membantu anda untuk mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sihat untuk jangka masa yang lama. Mana-mana ubat ubatan kurus; meskipun mampu menurunkan berat anda dalam masa yang singkat, namun tanpa menjaga pemakanan, anda tidak akan mampu untuk mengekalkan berat badan yang sihat tersebut untuk masa yang lama! Percayalah!

Mengapa tidak sanggup berkorban? Mesti kerana tidak sanggup menahan lapar kan? Tambahan pula apabila terhidu bau yang enak.. Pasti anda teringin untuk menjamah makanan tersebut kan??!

Apa kata kita mulakan program yang baru.. Dan biar saya bantu anda menurunkan ukuran & berat badan anda secara sihat dengan Cinch Shake Shaklee! Cinch Shake Shaklee merupakan formula yang lengkap untuk membantu mereka yang ingin mengurangkan ukuran badan, menurunkan berat badan berlebihan serta mengekalkan berat badan yang sihat. Tindakan utama Cinch Shake Shaklee adalah melalui penukaran lemak-lemak di dalam badan kepada otot yang lebih pejal. Maka, berat badan anda memang tidak akan turun secara mendadak, namun anda akan mendapati seluar & baju-baju lama anda semakin longgar! Mengapa? Kerana lemak-lemak yang menggeleber telah bertukar menjadi otot yang pejal! Dan atas sebab itu juga anda masih tidak mengalami penurunan berat badan pada tempoh awal pengambilan.

Tahukah anda bahawa penurunan berat badan secara mendadak boleh membahayakan diri anda? Ia sebenarnya bukanlah suatu indikator keberjayaan plan diet yang baik. Ini kerana badan anda akan 'terkejut' dan tidak dapat menerima 'sistem badan' yang baru dalam masa yang singkat. Akibatnya, penghadaman anda juga boleh terjejas. Dan yang paling menyedihkan, apabila anda rasa berat anda telah menurun dengan banyak dan anda telah berpuas hati, maka tentunya anda akan berhenti memakan ubat kurus tersebut kan? Nahhh.. percayalah, bahawa berat anda pasti akan kembali ke asal; malah mungkin lebih lagi dalam jangka masa yang singkat!

Apakah kelebihan Cinch Shake Shaklee?



TUNGGU DULU!

Untuk hasil yang lebih memuaskan, Cinch Shake Shaklee ini disarankan untuk diambil bersama-sama dengan supplement lain yang boleh membantu mempercepatkan proses anda untuk mendapatkan bentuk & berat badan yang diingini. Antara supplement yang dicadangkan untuk diambil bersama Cinch Shake Shaklee adalah:


>> HERB-LAX - membuang toksin di dalam badan. Toksin di dalam badan merupakan salah satu punca kita menjadi gemuk. Herb-Lax juga membantu sistem perkumuhan & penghadaman supaya lebih mudah untuk membuang air.


>> LECITHIN - membakar lemak di dalam badan. Lecithin juga membakar lemak di dalam pembuluh darah. Ini boleh mengurangkan tekanan darah. Ia juga membantu merendahkan kolesterol.


>> ALFALFA - sebagai pilihan kepada Herb-Lax. Juga membantu membuang toksin di dalam badan serta membantu perkumuhan. Membantu anda lawas untuk membuang air besar..

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TIPS BERPUASA : CARA MINUM AIR MASAK DI BULAN RAMADHAN

Meminum air masak/kosong adalah sangat-sangat baik untuk kesihatan sebab iai membantu kita melancarkan sistem perkumuhan & membuang toksin di dalam badan. Apabila toksin sudah dibuang, barulah badan kita boleh menyerap segala nutrien dari makanan & supplemen yang kita ambil setiap hari!



Tapi bila bulan Ramadhan ni agak sukar rasanya untuk minum air kosong banyak-banyak kan.. Ye lah, sebab waktu siang yang panjang tu kita berpuasa kan..

So, meh saya share beberapa tips mudah utk habiskan 2/3/4 liter air masak semasa berpuasa di bulan Ramadhan.

1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam.

2. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong

3. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam / dua rakaat.

4. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda...teguklah apabila terjaga malam.

5. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih. Letakkan botol air di sisi anda.

6. Minumlah air kosong dengan tertib. Iaitu dengan cara, teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...

7. Jangan minum berdiri ye.. hehe..



VITAMIN SHAKLEE: KURUS SECARA SIHAT & DIJAMIN BERKESAN

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share beberapa persoalan ttg "Diet dgn Vitamin Shaklee".. (^_^)


Akhir-akhir ni saya tengok ada macam-macam product untuk kuruskan badan yang dijual di internet nih.. Jus paling sedap la.. Pil bakar lemak la.. Krim panas la.. Kebanyakannya menjanjikan sesuatu yg terlalu indah dan magika spt "minum 2 hari turun 10kg!".. ataupun, "lepas 3 hari sapu, kena beli seluar baru! sebab seluar lama sangat longgar!".. atau yang paling parah, "minum 2 cawan, turun 5kg selepas 10jam!"... hahaha! agak-agak boleh caye ke statement-statement tu??


come on la... fikir logik sket please... lemak tu, dah bertahun-tahun melekat kat dalam badan kita okayy.. takkan laa dalam sehari-dua je boleh hilang begitu sahaja??! ayoooo... logik ke? lagi satu, korang rasa bagus ke kalau sekelipan mata je berkilo-kilo lemak tu hilang daripada badan kita? tak terfikir ke, "kalau lemak tu easy come, easy go.. maknanya ia akan easy to come back also laa kan??"


Apabila produk-produk magika tersebut mampu menjanjikan 'bintang & bulan' kepada mereka-mereka yang nak kurus desperately ni, maka wujudlah kata-kata macam, "jangan diet dengan vitamin.. tak berkesan pun".. ataupun, "lambat la kurus makan vitamin nih.. 3 bulan pun tak turun-turun berat aku".. tak pun, "aku makan vitamin shaklee, bukan makin kurus.. makin berselera makan & asyik laparrrr je ade la"...


hahahaha!! saya gelakkan je orang buat statement macam tu.. orang yang cakap diet dengan vitamin Shaklee ni tak ada kesan adalah orang yang cetek ilmunya... kesian dia.. hmm.. mungkin SID dia tak explain betul-betul kot...


Ok, meh saya share sket jawapan/penerangan kepada persoalan-persoalan yang sering timbul berkenaan dengan program penurunan berat badan dengan vitamin Shaklee nih..


Q1: Berkesan ke diet dgn vitamin Shaklee & ESP/Cinch?

Jwpn: Insya Allah berkesan. Malah anda akan jadi lebih sihat! Kenapa?? Sebab diet dgn product Shaklee, ia bukan sahaja mampu menurunkan berat badan, malah makanan tambahan spt ESP/Cinch akan membantu memelihara kandungan protein yg diperlukan bg badan manusia serta mengekalkan jisim tulang yg sihat.

Q2: Mengapa berat badan tidak turun secara mendadak?


Jwpn: Penurunan berat badan secara mendadak bukanlah sesuatu yg sihat sebenarnya. Ini kerana, tidak mungkin lemak yg terkumpul bertahun2 boleh hilang dlm sekelip mata kan?? Di samping itu, vitamin & supplement protein Shaklee (Cinch atau ESP) membantu mengekalkan bekalan protein di mana ia membantu membentuk otot & tulang yg sihat pula.

Jadi, jgn risau jika berat tidak terus turun selepas menggunakan produk Shaklee.. kerana perubahan akan mula berlaku di dalam badan anda supaya lebih sihat dahulu! Dan pembentukan otot yg sihat akan mengubah 'bentuk' badan anda (tone down) badan anda terlebih dahulu.

Q3: Adakah anda akan gemuk semula jika berhenti mengambil set penurunan berat badan Shaklee?


Jwpn: Tidak. Ini kerana lemak-lemak yg telah ditukarkan kepada jisim otot & tulang tidak akan bertukar semula menjadi lemak. Jika anda tetap gemuk semula, ia adalah akibat tabiat pemakanan anda yg tidak sihat ataupun kuantiti makanan yg diambil melebihi daripada sebelumnya!

Q4: Siapakah yg boleh mengambil vitamin & supplement Shaklee utk diet?


Jwpn: Sesiapa sahaja. Baik ibu menyusukan, wanita berkahwin, anak dara, lelaki dewasa, warga berusia mahupun mereka yg mengalami obesiti. Ini kerana Shaklee mempunyai gabungan set diet yg pelbagai; mengikut keperluan diet setiap golongan.


Dan ini adalah antara gabungan / set penurunan berat badan Shaklee yang paling berkesan:



RETAIL PRICE: RM390
HARGA SAYA: 10%++ lebih rendah!!

So, yang mana pilihan anda? Dapat kurus semata-mata selepas 10jam, ataupun dapat kurus, turun ukuran badan + kesihatan yang tak ternilai lagi dengan vitamin Shaklee? Guna kebijaksanaan anda untuk memilih ye.. ^_^


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...