Pages

TIPS ELAKKAN KERACUNAN MAKANAN

Banyak yang boleh dilakukan untuk mengelak keracunan makanan. Langkah keselamatan ini harus diambil pada setiap peringkat makanan – dari penyediaan, ke memasak, hingga menyimpan baki makanan. Salah satu cara terbaik ialah memastikan tangan sentiasa bersih ketika menyediakan makanan. Cara lain untuk memastikan makanan terjaga termasuk:

*Basuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan.

*Makan makanan yang sudah dimasak dengan seeloknya.

*Lihat dan bau makanan terlebih dahulu. Jangan makan atau minum jika rupa dan baunya tidak sama seperti biasa. Kadang kala terdapat kulat yang berwarna hijau, merah jambu, atau putih yang menandakan makanan sudah rosak.

*Jika mahu makan baki makanan, panaskan terlebih dahulu. Ia dapat membunuh bakteria yang tumbuh.

*Periksa tarikh luput makanan. Gunakan sebelum ia luput.�

*Tutup dan letakkan makanan di dalam peti sejuk jika mahu disimpan. Bakteria membiak pada makanan yang diletak di suhu bilik.

No comments:

Post a Comment