SOALAN:
Mengapa ketika hamil ibu kerap mengalami kejang kaki, terutama di waktu malam?
Jawapan: Jantung, ginjal dan sistem peredaran darah bekerja kuat ketika hamil, di mana otot-otot yang menjadi tunjang kepada pertambahan berat badan turut menjadi tegang. Oleh yang demikian, adalah normal jika otot kaki yang kepenatan menjadi kejang, khususnya apabila si ibu sudah masuk ke fasa trimester kedua dan ketiga.
Terlalu banyak fosfor, kurang kalsium dan potasium dalam peredaran darah juga menjadi penyebab kekejangan. Selain itu, apabila kandungan makin membesar, saraf yang menghala pada kaki juga tertekan.
Credit: genkimomma
Pernahkah anda mengalami kekejangan kaki semasa hamil?
Sewaktu saya mengandung, selalu juga kena kejang kaki ni, suami saya yang kena bangun tengah
malam sebab saya menjerit^^. Kesian dia dan kesian saya. Situasi kejang kaki ini bukan sahaja berlaku pada ibu- ibu hamil sahaja, ia juga sering menyerang parents saya yang sudah berumur.
Tips merawat kaki kejang sewaktu hamil
Rendamkan kaki di dalam air suam yang dicampur dengan garam. Ia membantu melegakan kaki
Minum air secukupnya setiap hari.
Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan.
Pakai seluar panjang sewaktu tidur.
Bagi cara pencegahan pula :
Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama.
Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur.
Kajian menunjukkan pengambilan suplemen kalsium magnesium sebagai supplemen sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.
Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Otot & Saraf:
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
Kejang otot
Wheezing(pernafasan berdehit)
Susah menelan
Suara berubah akibat laryngospasm
Saraf:
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
Letih
Sawan
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
Jantung
Sesak nafas
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
Kulit
Rambut kasar
kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
Kulit kering
Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Kekejangan atau kram otot
sukar/susah nak tidur
Perasaan berdebar2
Eczema-penyakit kulit
Rapuh kuku
Sakit Sendi
Tekanan darah tinggi
Gigi reput
Paras Kolestrol timggi
Kebas-kebas kaki dan tangan
Rheumatiod arthritis
Rickets
[Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan
magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.]
No comments:
Post a Comment