Salam...pasti terusik hati bila setiap kali kawan-kawan atau saudara mara menerima cahaya mata baru. Sedangkan anda masih berdua dengan pasangan.Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!
Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes turut berpuncadari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.Ada beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi situasi tersebut.
credit to :Sumber: Pa&Ma | Mommylya
Faktor Sukar Mendapat Cahaya Mata
- Kitaran haid tidak menentu sama ada dua kitaran haid dalam sebulan atau satu kitaran haid dalam masa dua atau tiga bulan.
- Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama dan berserta dengan senggugut.
- Berat badan berlebihan antara punca ketidaksuburan.
- Lelaki pula mungkin mengalami masalah ketidaksuburan seandainya air mani terlalu cair.
- Lelaki yang sihat biasanya tiada masalah dengan ereksi.
- Tanda-tanda hormon lelaki pada tahap yang normal seperti berlakunya ereksi di waktu pagi walaupun tiada rangsangan, mempunyai bulu roma yang banyak dan perlu bercukur (janggut/misai) setiap hari.
Punca wanita tidak subur:
- Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
- Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
- Penyakit berkaitan kelamin.
- Penyakit berkaitan masalah pelvik.
- Merokok.
- Pengambilan kafein yang berlebihan.
- Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
- Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
- Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
- Sperma kurang cergas
- Sperma yang tidak sempurna
- Sekatan pada saluran semen
- Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
- Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
- Pendedahan terhadap punca radiasi.
- Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lainNamun apa yang lebih rumit apabila kita di sahkan sihat, (kedua-dua pasangan) namun sehingga sekarang masih belum mendapat cahaya mata. Boleh amalkan supplemen dari Shaklee yang di cadangkan.
- Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
- Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
- Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
- B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
Bagi yang ingin mencuba vitamin, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc. Zinc diperlukan dalam proses penghasilan testosterone pada lelaki dan wanita. Kandungan zinc adalah paling tinggi dalam kelenjar prostate dan sperma. Kekurangan zinc boleh menjejaskan kualiti sperma, merendahkan potensi dan keinginan seks.
Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.
Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya.Amin
No comments:
Post a Comment