Pages

WAHM - Suatu Cita-cita yang Perlu Kecekalan

Salam.

Saya nak kongsikan sedikit tentang realiti bekerja dari rumah. Saya petik dari wall rakan Facebook saya Kak Norashikin Ekin Wellness yang juga seorang peniaga internet yang berjaya.

Tips Bisnes Dari Rumah - Irfan Khairi

Menjalankan perniagaan dari rumah, banyak dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik! Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan
aktiviti perniagaan tertentu.

Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)
...............................................


Benar kata Irfan Khairi. Bekerja dari Rumah memerlukan disiplin tinggi. Jika belum pernah ada pengalaman dan baru mahu cuba lagi susah kalau tak cekal dan takde semangat tinggi lupakan ajelah niat tu. Saya sendiri pun tengah mencari kekuatan untuk jadi WAHM (Working At Home Mother) yang cekal & berjaya tu.. hehe.. Sifu-sifu saya dalam SHAKLEE ni dah ramai yang berjaya jadi WAHM ni tau.. Bisnes meletop-letop.. pastu dengan senang hati je menambah bilangan anak... saya yang keje pejabat + bisnes part time ni pulak yang belum mampu nak beranak banyak-banyak.. hehe..

Apa-apa pun, KITA ADALAH APA YANG KITA PERCAYA.

Hakikatnya ini mmg betul. Peminta sedekah terus jadi peminta sedekah sbb dia pecaya dia hanya layak jd peminta sedekah.

Orang berjaya boleh berjaya sebab dia percaya dia boleh berjaya.Saya percaya saya boleh berjaya dengan SHAKLEE walaupun saya bermula dengan part time je! Saya percaya satu hari nanti saya mampu untuk menjadi WAHM yang berjaya! Dan saya PERCAYA saya boleh berjaya dalam SHAKLEE, mencapai Masters Coordinator dan dapat menolong lebih ramai wanita di luar sana atau sesiapa saja yang mahu BERJAYA. Insya Allah..

Saya tak kisah orang perli-perli Super Euphoria ke apa ke.. Jual MLM ke.. ^^ I'm honoured sebab mereka menyedari kehadiran group kami yang cemerlang. Thanks^^

After all cakap-cakap orang pun salah satu dugaan jadi WAHM. huhu.. Chaiyyokk!!

No comments:

Post a Comment