Situasi sewaktu pembedahan cesarean dilakukan |
Apakah punca seseorang ibu itu perlu melahirkan bayi secara pembedahan cesarean?
Ada 2 jenis pembedahan cesarean iaitu secara pilihan (elective cesarean) ataupun secara kecemasan (emergency cesarean).
a) Antara sebab pembedahan pilihan (elective cesarean) adalah:
- Bayi dalam keadaan songsang (kaki di bawah) ataupun melintang.
- Placenta Previa - rahim berada di kedudukan bawah bayi sehingga menghalang laluan bayi keluar.
- Kandungan kembar.
- Bayi terlalu besar dan ibu bersaiz kecil.
- Ibu mengalami darah tinggi yg serius - dikhuatiri kontraksi akan menyebabkan rahim pecah.
- Mempunyai sejarah komplikasi sewaktu kelahiran sebelumnya.
- Telah melalui proses melahirkan secara pembedahan cesarean beberapa kali.
- Ibu mempunyai saiz pinggul yg kecil - ada ujian tertentu yg boleh dilakukan.
b) Antara sebab ibu perlu melalui pembedahan secara kecemasan (emergency cesarean):
- Bukaan serviks tidak memadai (tidak sampai 9-10cm) ataupun terlalu lambat; setelah berjam-jam kontraksi - ini kes saya bagi kedua-dua kelahiran.. huhu..
- Baby distress - degupan jantung bayi semakin perlahan kerana tidak tahan tekanan akibat kontraksi.
- Bayi telah buang air besar di dalam amniotic sac.
- Kedudukan bayi berpusing sehingga menyebabkan tali pusat melingkari bayi & membahayakan nyawa bayi - contohnya menjerut leher bayi.
PENGALAMAN SAYA DENGAN 2 KALI EMERGENCY CESAREAN
Kandungan pertama
Kandungan saya normal di sepanjang tempoh kehamilan. Namun, setelah genap 40 minggu, masih belum ada tanda-tanda baby saya nak 'keluar'. Bukaan serviks hanya 1cm; tapi ada satu masalah iaitu tekanan darah saya berada pada paras 'border line'. Saya memilih untuk bersalin di hospital pakar swasta. Jadi, pakar O&G yg bertanggungjawab ke atas saya memberi pilihan sekiranya saya ingin melahirkan secara pembedahan terus tanpa mengambil risiko menunggu lama.
Tapi saya berkeras nak cuba kelahiran normal. Doktor bersetuju. Tapi, saya diberi masa selama 3 hari sahaja. Jika sampai hari ketiga saya di situ pun saya masih belum bersalin secara semulajadi, maka doktor akan 'paksa' saya bersalin. Wuuuuuuu.. takut tak? Huhu..
So, doktor pun mengarahkan jururawat bidan 'masukkan' sejenis ubat ke dalam vagina saya. Katanya itu adalah 'ubat bukak jalan'. Saya dijangka bersalin keesokan harinya. Malangnya, sehingga lewat petang, kontraksi saya semakin kerap. Tapi, bukaan serviks masih terlalu kecil iaitu sekitar 2.5cm. Lantas saya diberi pain killer untuk mengurangkan kesakitan.
Keesokan harinya, sekali lagi saya diberikan ubat induce untuk 'bukak jalan'. Kali ini secara suntikan pula. Selang beberapa jam bukaan serviks saya diperiksa. Tapi masih terlalu kecil. Tengahari itu, saya dah mula 'turun tanda'. Mucus plug rahim saya dah keluar. Saya sangat happy waktu tu. Terasa semakin cerah harapan saya untuk bersalin secara normal.
Hari ketiga, seawal jam 6 pagi saya dikejutkan untuk bersarapan pagi. Kata jururawat, doktor mengarahkan saya masuk ke labor room pada jam 7 pagi. Seriously, saya sangat teruja pada waktu tu! Yeay! Nak beranak normal dah.. hehehe...
Tapi, rezeki tak berpihak pada saya.
Doktor memasukkan ubat induce untuk 'memaksa' baby keluar seawal jam 8.00pagi. Air ketuban saya telah pecah dengan sendirinya pada jam 11pagi. Waktu itu bukaan serviks saya adalah 4 cm. Namun, waktu berlalu jam demi jam, jururawat pun sampai bertukar syif.. Sehingga jam 3.30pm bukaan serviks saya hanya 6cm sahaja. Jika sebelum itu hanya bidan yg memeriksa bukaan serviks saya, tapi kali ini doktor sendiri yg memeriksa saya. Lepas pemeriksaan, doktor dengan lemah datang ke sisi saya & suami & berkata:
"Minta maaf dik, kita tak boleh tunggu dah.. jalan tak bukak.. dah lebih 8 jam tunggu.. awak pun dah kehabisan tenaga.. so, kita terpaksa cesar ye.."
ALLAHUAKBAR! Hancur luluh perasaan saya waktu tu. Masa tu memang fikiran dah tak rasional. Sedih, perit & kesal bercampur-baur dalam hati. Terasa saya tak setaraf dengan wanita lain yg mampu bersaiz normal. Malah mereka berbadan jauh lebih kecil dari saya.
Maka lewat petang itu, tepat jam 5.02petang, bayi lelaki saya telah berjaya dikeluarkan. Bayi yg saya & suami tunggu selama 5 tahun lamanya. Setelah pelbagai ikhtiar kami lakukan. -yg ni saya cerita kat entry lain ek..
Kandungan Kedua (selepas 2 tahun 6 bulan)
Setelah ujian UPT yg saya buat sendiri di rumah menunjukkan tanda positif, saya terus berjumpa dengan doktor pakar yg sama dengan kehamilan pertama. Antara soalan awal yg saya tanyakan pada beliau:
"Doktor, kali ni saya boleh try untuk bersalin normal tak?"
Kata beliau: "Boleh. Sebab you takde apa-apa komplikasi masa pembedahan yg terdahulu. Luka cesar awak pun dah pulih sepenuhnya. Tapi, kalau ada kes darah tinggi atau baby terlalu besar, kita kena cesar".
Haaa... nampak tak degilnya saya? Hehehe... Kalau ikut suami saya, dia nak suruh cesar terus je.. Sebab katanya tak sanggup tengok saya sakit berhari-hari lagi.. -dia pulak trauma lebih..
So, saya bernekad untuk menjaga kesihatan bersungguh-sungguh sepanjang kehamilan supaya tekanan darah saya normal sehingga ke akhirnya & supaya saiz baby saya tak terlalu besar. Saya disiplin ambil vitamin. Saya tak makan ikut nafsu. Dan alhamdulillah saya bukan jenis yg mengidam macam-macam benda..
Alhamdulillah, kehamilan saya sihat sehingga ke akhirnya. Sehingga doktor izinkan saya sedikit overdue dari EDD. Tapi, sehari lepas EDD saya dah mula rasa kontraksi yg kuat. Bermula dari malam sebelumnya, saya sakit setiap 2 jam. Kemudian setiap 1 jam. Saya sempat lipat 2 bakul kain pagi tu. Sehingga saya mula sakit setiap 30 minit waktu selepas Zohor. Saya beritahu suami minta alert. Lepas Asar perlu gerak ke hospital. Anak yg sulung perlu dihantar ke rumah mertua yg terletak berhampiran.
Sampai di hospital lewat petang, saya terus dimasukkan ke labor room. Bukaan serviks saya baru 2cm waktu tu. Kontraksi dah setiap 10 minit. Jam 8.30malam doktor sampai. Bukaan serviks 3cm. Katanya kelihatan progress yg baik. So, dia izinkan & ajarkan saya apa persediaan yg perlu untuk bersalin secara normal.
Lepas solat Isya' saya diminta menukar pakaian ke sut bersalin. Waktu tu saya terasa seperti nak ke tandas. Alhamdulillah, mucus plug saya keluar pada waktu tu. Dan air ketuban saya pecah pada jam 11malam. Waktu tu, bukaan serviks saya 4 cm. Kontraksi pun semakin kuat & kerap.
Jam 12 tengah malam bukaan serviks saya 6cm. Saya telefon ibu saya yg dalam perjalanan dari Selangor. Katanya, kalau macam tu, insya Allah dalam pukul 4pagi mesti saya akan selamat bersalin. Positif sungguh ibu saya! (^_^)
Jam 2.30pagi ibu bapa saya sampai. Bukaan serviks saya masih 6cm. Jururawat dah menggelisah. Apatah lagi suami saya yg sentiasa di sisi. Traumanya datang kembali melihatkan saya semakin mengerang dan asyik 'diseluk' oleh jururawat.
Jam 4.30pagi bukaan serviks saya tetap 6cm. Saya dengar sayup-sayup jururawat yg ada bercakap sesama mereka. Dan kemudiannya saya dengar dengan jelas ketua jururawat di situ menelefon doktor saya. Katanya: "patient doktor ni bad progress. Still 6cm until now." Selebihnya saya tak menumpukan perhatian. Suami saya hanya mampu senyum tawar. Seolah faham kekecewaan yg bakal saya lalui sekali lagi.
Dan seperti yg dijangka, sekali lagi saya perlu melalui kelahiran melalui pembedahan cesarean. Tapi kali ini saya perlu menunggu sehingga jam 8pagi; iaitu apabila doktor mula masuk bertugas. Emergency yg tak berapa emergency la kiranya.. Sebab saya tak mengalami apa-apa komplikasi. Sakitnya hanya Allah yg tahu..
Keesokan harinya, tepat jam 8.40pagi, bayi perempuan saya selamat dikeluarkan. Tapi kali ini kesedihan saya tidak seteruk dulu. Saya lebih redha. Saya tahu, inilah apa YG TERBAIK yg telah Allah tentukan untuk saya. Dan saya tak mahu bersedih lagi waktu tu, sebab saya ada MISI YG LEBIH BESAR LAGI iaitu MENYUSUKAN BAYI SAYA!
Kesimpulannya; bersalin secara pembedahan cesarean tidak mengurangkan sedikit pun sifat & ciri keibuan seorang wanita. Kalau orang kata pahala ibu bersalin normal tu lebih sebab perlu merasai kesakitan sewaktu bersalin normal, apalah kurangnya si ibu yg dipotong/dibelah perut & rahimnya demi mengeluarkan zuriat yg suci di dalamnya. Tidak kurang sedikit pun pahala bagi keduanya. Malah, risiko kematian tetap perlu dihadapi oleh kedua-duanya walau apa cara kelahiran sekalipun.
So, jangan takut kalau kena cesarean tau wahai ibu-ibu sekalian. Yakinlah bahawa itulah apa YG TERBAIK dari Allah untuk kita. (^_^)
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.
No comments:
Post a Comment