Set Berpantang Shaklee lengkap yg membuatkan saya mula 'jatuh cinta' dengan Sahklee (^_^) |
BAGAIMANA IA BUAT SAYA JATUH CINTA?
Saya bersalin anak pertama secara cesarean. So, jamu-jamu tradisional yg parents saya sediakan semuanya sia-sia sahaja. Lepas sebulan macam tu, baru boleh mula ambil. Masa tu, semangat berpantang dah kurang dah.. sebab banyak benda dah boleh makan.. hehehe...
Masa tu, saya sangat kurang ilmu penyusuan bayi. Saya sangkakan penyusuan bayi ni sesuatu yg semulajadi dan mudah. Rupanya Allah Maha Besar. Dia kurniakan saya anak yg 'cranky'. Tak mahu menyusu badan, refuse untuk latching, kuat meragam, colic dan sukar tidur malam. Saya jadi stress. Susu pun merudum sangat-sangat. Dalam usianya sebulan, saya dah beri susu formula. Pulak tu, dia lactose-intolerance. Dahhh kena cuba macam-macam susu sebelum tau yg dia cuma boleh minum susu soya!
Bila hamil anak kedua, saya nekad nak menyusukan dia sampai dia berumur 2 tahun. Nak buat stok EBM banyak-banyak. Plus, saya risau saya kena cesar lagi sekali. So, rugi la kalau beli jamu lagi kan.. So, saya beli Trial Pack Set Berpantang ni. Satu set trial tu tahan untuk 40 hari berpantang. Orang tak percaya supplemen la katakan... tu yg beli trial pack je.. hehehe... Dan alhamdulillah, rezeki saya kena cesar lagi.. huhu.. So, memang kena ambil vitamin la jawabnya kan...
Hari pertama lepas sedar dari pembedahan, saya terus ambil set ni. Anak saya pula Paed tahan sebab bacaan jaundicenya 8. Sepatutnya kalau bawah 10 boleh balik.. tapi kenapa ntah Paed tu tahan juga. So, 3 hari jugalah saya duduk kat wad VVIP tu dengan layanan yg macam tuan puteri.. hehehe...
Sepanjang tempoh itu sahaja pun saya boleh rasa kesan Set Berpantang ni. Walaupun baby saya meragam setiap malam sebab tak suka duduk bawah lampu biru tu, saya tabah & cergas je menemankan & menyusukan dia dengan kerap. Setiap jam dia menyusu. Sampai husband saya yg risau tengok saya tak tidur siang malam. Hehehe... tapi, guess what?? Saya ok je! Dan susu badan saya pun makin banyak!
MAKIN JATUH CINTA!
Hari demi hari saya berpantang di rumah parents tanpa pembantu. Parents saya masih bekerja. Anak yg sulung parents saya hantarkan ke rumah pengasuh sementara. Saya mandi sendiri, mandikan baby sendiri, masak nasik sendiri (lauk mak saya masakkan awal pagi), kemas bilik, kemas rumah sikit-sikit & pam susu. And again, guess what?? Saya rasa sihat & cergas je tau! Fuhhh.. dahsyat 'penangan' Shaklee ni!
Anak saya jenis berjaga tiap jam setiap malam. Masuk pukul 8.30 pagi baru dia nak lena. Huhu.. tapi saya rasa sangat happy dan tak lesu pun melayan jadual dia. Tambah pula dengan si sulung yg pulang ke rumah sekitar jam 2 petang. Laaagi macam-macam perangai budak baru dapat adik nih... hehehe...
TERUS JATUH CINTA!
Lepas berpantang 60 hari, saya mula bekerja. Masa ni saya mula ambil Set Menyusu pula. Haa.. ni citer kat entry lain ek.. hehehe...
Tapi yg penting, sekarang ni, SELEPAS 2 TAHUN lebih, saya masih mengamalkan supplemen Shaklee! Macam-macam saya ambil. Terutamanya untuk kecergasan & kecantikan kulit. Dannnnnn... anak saya masih menyusu secara kasual tau! Saya pulak, dah jadi WAHM sepenuh masa yg menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sambil menguruskan anak-anak! Dahsyat kan 'kisah cinta' & 'penangan' Shaklee pada saya!! Hehehe... Dan saya ingin berkongsikan rasa itu dengan anda semua! Dan jika anda berisiko untuk bersalin secara cesarean atau mempunyai sejarah anak terdahulu mendapat jaundice/kuning, buatlah persediaan awal. Hubungi saya di 014-984 0240 (SMS/Whatsapp), dan ambillah Set Berpantang Shaklee ini juga. Ia sememangnya amat-amat membantu anda menjadi cergas demi menguruskan bayi & anak-anak dalam tempoh berpantang.
JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE!
Irda
Mentor Berpantang Secara Cesarean.
No comments:
Post a Comment