Pages

BAYI LAHIR PRAMATANG - APA YG PERLU IBU TAHU?

Memiliki bayi pramatang adalah satu cabaran yg amat besar bagi para ibu; terutamanya yg pertama kali menjadi ibu. Banyak perkara yg biasanya ibu tidak bersedia; sama ada secara fizikal, mental, emosi mahupun sistem badan ibu itu sendiri. Dan salah satu cabaran terbesar bagi ibu yg melahirkan bayi secara pramatang adalah "susu badan tak keluar". Sedangkan, bayi pramatang AMAT-AMAT MEMERLUKAN susu ibu untuk memastikan perkembangan tumbesarannya yg sihat & menguatkan sistem organ dalamnya.


vitamin menyusu untuk bayi pramatang
Bayi yg lahir pramatang akan dijaga rapi di unit NICU hospital. Ia akan diletakkan di dalam inkubator serta melalui beberapa rawatan bagi membantu menguatkan organ dalamannya untuk meneruskan kehidupan


APAKAH PUNCA BAYI LAHIR PRAMATANG?

Sebenarnya, belum ada kajian ataupun penemuan yg sahih yg menjelaskan apakah punca seseorang bayi itu akan dilahirkan secara pramatang. Tetapi, terdapat beberapa faktor yg dikatakan boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang terjadi. Antaranya adalah:


  • Mempunyai sejarah pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Kehamilan kembar, triplets ataupun lebih.
  • Jarak antara kehamilan yg terlalu rapat (kurang dari 6 bulan).
  • Kehamilan melalui kaedah IVF.
  • Menghadapi masalah berkaitan rahim, serviks atau uri.
  • Ibu hamil merokok, mengambil alkohol atau menggunakan dadah terlarang.
  • Ibu & bayi yg kekurangan nutirisi.
  • Jangkitan kuman terutamanya ke atas air ketuban atau salur kencing.
  • Ibu menghadapi masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi atau diabetes.
  • Berat badan ibu yg berlebihan atau terlalu kurus.
  • Ibu sering stress.
  • Pernah mengalami keguguran ataupun sengaja menggugurkan kandungan beberapa kali.
  • Kecederaan fizikal yg teruk pada ibu ataupun trauma.
  • Bentuk/keadaan rahim yg tidak normal.

APA YG AKAN BERLAKU SETERUSNYA JIKA ANDA MELAHIRKAN BAYI PRAMATANG?


Bayi yg dilahirkan pramatang akan dijaga rapi oleh unit NICU di hospital di mana anda melahirkannya. Antara langkah yg akan diambil oleh mereka adalah:

  • Meletakkan bayi anda di dalam inkubator - ia bertujuan supaya bayi menerima suhu persekitaran yg hangat secara stabil yg diperlukan olehnya. Dari semasa ke semasa, staff NICU akan memberikan peluang untuk ibu memegang & bersama dengan bayi bagi proses yg dipanggil "kangaroo care" - di mana ibu membuat teknik sentuhan & pelukan 'skin-to-skin'. Teknik ini dipercayai amat merangsang kesihatan & tumbesaran bayi pramatang.
  • Mengawalselia tanda-tanda serta keperluan penting bayi - beberapa pin/pita pengesan akan dilekatkan pada bayi anda. Ia bertujuan untuk memastikan perkembangan degup jantung, tekanan darah,pernafasan serta suhu bayi adalah semakin baik.
  • Menyalurkan makanan (susu) melalui tiub - DI SINILAH PENTINGNYA SUSU IBU UNTUK BAYI PRAMATANG. Kerana susu yg TERBAIK untuk bayi anda adalah susu ibunya sendiri. Bayi yg lahir pramatang masih belum pandai untuk menyusu terus dari si ibu. Tetapi, ia tetap memerlukan susu ibunya sebagai UBAT TERBAIK bagi dirinya menjadi semakin sihat & normal seperti bayi cukup bulan yg lain. Masalah 'tak ada susu' atau 'susu tak keluar' seringkali berlaku kepada ibu bayi pramatang. Ini kerana apabila buah dada tidak dihisap secara terus (stimulasi) oleh bayi, ia tidak akan dirangsang sepenuhnya sepertimana buah dada yg telah dihisap oleh bayi. Tambahan pula dengan keletihan akibat berulang-alik dari hospital ke rumah dan ke hospital kembali sehingga bayi dibenarkan keluar; ibu akan menjadi terlalu kepenatan dan boleh stress. Akibatnya, susu semakin berkurangan. Jadi, ibu PERLU BERUSAHA & BERIKHTIAR bagi memastikan susu ibu dapat dihasilkan & dibekalkan kepada bayi pramatang untuk memastikan pertumbuhannya semakin positif.
  • Memeriksa kadar kecukupan cecair bayi - jika anda gagal memberikan susu anda kepada bayi, staf NICU akan memberikan susu formula kepada bayi pramatang anda kerana ia memerlukan jumlah cecair yg secukupnya untuk berkembang secara normal.
  • Meletakkan bayi anda di bawah lampu bilirubin (lampu biru) - ia bagi mengelakkan bayi anda menghidapi jaundice. Hati bayi pramatang masih belum kuat sepenuhnya. Jika jumlah bilirubin berlebihan & bayi diserang jaundice, kemungkinan besar bayi tidak dapat diselamatkan.
  • Membuat pemindahan darah - ini adalah bagi kes bayi yg terlalu muda (sebelum 32 minggu) dan mempunyai masalah komplikasi walaupun setelah melalui proses penjagaan biasa bagi bagi pramatang. Kes ini agak jarang berlaku.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee boleh diambil oleh semua ibu selepas bersalin; tidak kiralah sama ada secara normal, cesarean mahupun kelahiran bayi pramatang. Ia membantu ibu menjadi cergas, tidak lesu ataupun stress. Kesannya, IBU AKAN MAMPU MENGHASILKAN SUSU BADAN YG AMAT DIPERLUKAN OLEH SI BAYI PRAMATANG.

Jom kita saksikan Video ini!


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Untuk sebarang pertanyaan atau ORDER SEKARANG, hubungi saya:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda - yg juga merupakan seorang bayi pramatang. (^_^)

No comments:

Post a Comment