Sekarang, bila saya dah 10 tahun berkahwin, dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun; yg dah mula berakal sendiri dan banyak idea nak buat macam-macam 'eksperimen' dalam kehidupan seharian dia, baaaru saya faham! haiiiahhhh... Ditambah pulak saya pun dah ada seorang anak perempuan yg berusia 2 tahun 4 bulan yg saya rasakan lebih matang & memahami kehendak saya sebagai seorang ibu.. Baru saya tau, sebenarnya lelaki mempunyai 'perangai' yg sama tanpa mengira usia; iaitu TAK MAKAN BEBEL.
Kebetulan, bila saya study & mencari pelbagai maklumat tentang cara terbaik menangani karenah suami & anak lelaki ni, saya terjumpa satu sharing (video) ni yg memberikan 3 tips penting tentang lelaki; khususnya suami & anak lelaki kita.
3 TIPS PENTING UNTUK BERCAKAP DENGAN LELAKI:
2. Beri masa antara 1 arahan dengan arahan yg lain - Kajian menunjukkan bahawa lelaki memerlukan sela masa selama 10 minit untuk berubah dari 1 'kotak' di dalam pemikirannya kepada 'kotak' yg lain. Jika dipaksa juga; terutamanya dengan kerap, ini akan menjadikannya STRESS! Dan akhirnya kita (isteri) juga yg akan dimarahi semula.. hehehe..
3. Bertanyakan soalan objektif & bukannya subjektif - sebab lelaki tidak akan terus 'alert' dengan apa yg berlaku di sekitarnya; terutamanya jika keadaan itu tidak penting baginya. Contohnya, jika ingin bertanya "Abang nak makan apa malam ni?" Untuk mengelakkan stress & pergaduhan di akhirnya, adalah lebih baik si isteri siap-siap memberikan pilihan jawapan kepada soalan tersebut. Contohnya, "Abang, malam ni nak makan spaghetti ke nasi goreng ye?". Percayalah, dengan pantas suami anda akan menjawab dengan pilihannya. Hehehehe...
Tak percaya? Cubalah pada suami & anak lelaki anda. Nak lebih penjelasan lagi, jom tengok & dengar dengan penuh perhatian ye. (^_^)
No comments:
Post a Comment