Pages

7 KEBURUKAN IPAD & TABLET KEPADA ANAK ANDA

Sudah menjadi trend masa kini kebanyakan ibu bapa menyediakan sekurang-kurangnya sebuah iPad ataupun tablet untuk anak-anak mereka. Malah, lebih hebat lagi, setiap anak mempunyai sorang satu iPad atau tablet mereka sendiri! Alasannya, supaya anak-anak tidak bergaduh sesama sendiri untuk menggunakan gajet-gajet tersebut. Tetapi, tahukah anda bahawa, penyediaan iPad atau tablet oleh anda itu sendirilah yg menjadi punca pergaduhan sesama anak-anak anda? YA. Telah banyak kes yg dapat dilihat. Penyediaan iPad & tablet lebih banyak membawa keburukan kepada anak-anak sebenarnya; terutamanya bagi mereka yg masih berusia 12 tahun ke bawah!

kesan buruk ipad dan tablet

Perkara ini juga pernah dihuraikan oleh Dr. Hajjah Azlina Rozy; Pakar Psikologi Klinikal di Hospital Pakar Annur dalam satu seminar beliau yg bertajuk "Bahasa Dosa, Bahasa Cinta" di Johor Bahru baru-baru ini. Berdasarkan banyak kes yg beliau terima, punca kebanyakan masalah sosial, mental & psikologi kanak-kanak serta remaja pada masakini berpunca daripada pendedahan yg terlalu meluas kepada gadjet, permainan digital (games) dan juga internet. Masalah yg melanda bukan sahaja melibatkan kemarahan & kemurungan, malah lebih teruk lagi, semakin ramai kanak-kanak & remaja yg terdorong untuk berkelakuan lucah terutamanya di kalangan rakan-rakan!

Saya sendiri pun pernah membuat kesilapan ini. Sehingga saya buntu untuk menyelesaikan akibat-akibat yg berlaku kesan pemberian iPad kepada anak-anak saya. Tetapi, mungkin Allah sayangkan saya & mendengar kata hati saya sebagai ibu yg buntu, maka ditakdirkan iPad tersebut telah hilang dicuri orang. Huhu.. Sedih memanglah sedih sebab itulah gadjet paling canggih pernah saya beli sendiri dalam hidup dengan duit bonus saya. Tapi, saya lebih memandang kepada hikmah yg besar di sebaliknya berbanding mengeluh. (^_^)

Jom kita lihat 7 Keburukan iPad & Tablet kepada anak-anak kita:


1. TIADA 'MOTOR SKILL' DAN 'SENSOR SKILL' YG SEBENAR


Jika dulu, kita hendak memperkenalkan pasir dan lautan kepada anak, kita pasti akan membawa mereka ke pantai peranginan. Dari situ, mereka akan belajar merasai & memegang sendiri tektur pasir itu. Malah, mereka akan dapat merasa sendiri bahawa air laut itu masin rasanya. Tetapi kini tidak! Jika nak tahu tentang laut & pantai, ibu bapa hanya perlu search sahaja di internet dan tunjukkan gambarnya kepada anak-anak! Fakta-fakta lain berkenaan laut & pantai, hanya mereka ketahui secara teks atau lisan sahaja di iPad/tablet. Sama juga untuk memasang Lego ataupun membentuk Play-A-Doh. Kanak-kanak masa kini akhirnya lebih cenderung untuk sekadar menontonnya di iPad/tablet sahaja berbanding melakukannya sendiri di luar. Mana nak kreatif, kan?


2. MENJADI KETAGIH


Pada mulanya mungkin kita akan membuat jadual untuk mengawal dan menghadkan penggunaan iPad/tablet di kalangan anak-anak kita. Namun, ada kalanya apabila kita terlalu sibuk dengan urusan kerja & rumahtangga, kita cenderung untuk memberikan iPad/tablet kepada anak-anak kita sebagai satu 'medium memujuk' agar mereka tidak mengganggu kita dengan urusan kita yg perlu diselesaikan. Akhirnya, dari semasa ke semasa, akan semakin keraplah 'kaedah memujuk' ini berlaku dan akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk bermain iPad/tablet sehinggalah ke bilik tidur! Maka, akan hilanglah juga akhirnya disiplin yg sepatutnya diajarkan dan dimiliki oleh anak-anak kita dalam penggunaan iPad/tablet.

Tambah menyedihkan, ada pula ibu bapa yg memuat turun bedtime stories untuk anak-anak mereka untuk dibacakan di bilik tidur! Itu macam bukan nak suruh tidur; itu macam makin nak suruh bangun & cergas je.. hehehe...


3. KANAK-KANAK MENJADI PEMARAH & TIDAK SABAR


Secara jujurnya, ini juga berlaku kepada anak saya suatu ketika dulu. Dia akan mengamuk sehingga menghempaskan iPad yg dipegangnya setiap kali dia kalah dalam permainan (games). Malah, dia akan menyalahkan si Ayah kerana memuat turun games yg terlalu sukar untuknya menang. Dia juga akan memarahi sesiapa sahaja yg cuba memujuknya apabila dia kalah dalam games yg dimainkannya. Teruk bukan?

Bukan itu sahaja, sikap pemarah & tidak sabar ini lama-kelamaan semakin terbawa-bawa ke pelbagai aspek kehidupan anak-anak kita. Mereka akan jadi mudah tidak sabar apabila permintaan mereka lambat dipenuhi, marah apabila apa yg diberi idak sama dengan apa yg diminta, malah mudah bergaduh sesama adik-beradik dan rakan di sekolah!


4. RISIKO MENJADI RABUN


Kalau dah asyik mengadap skrin bercahaya tu hampir 24 jam sehari, manalah mata tidak rosak, kan? Sedangkan golongan dewasa yg mengadap skrin komputer di pejabat hanya beberapa jam sehari pun mata mudah menjadi rabun dan rosak. Inikan pula mata kanak-kanak yg masih sensitif lagi kepada jumlah cahaya yg diterima dari skrin iPad/tablet. Natijahnya, ada kanak-kanak yg belum pun mencecah usia sekolah rendah, sudah pun terpaksa memakai kaca mata setiap masa.


5. HILANG SKIL BERSOSIAL DALAM ERTI KATA SEBENAR


Bayangkan, kita merancang sebuah Family Day besar-besaran bersama adik-beradik dan beberapa ahli keluarga terdekat. Perancangan rapi dibuat dengan sebaiknya untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar & meriah dengan pelbagai aktiviti. Tetapi kita seakan-akan terlupa merancang aktiviti untuk anak-anak kita. Ataupun, perancangan yg telah dibuat untuk mereka mungkin tidak akan berjaya. Mengapa? Kerana mereka 'sibuk' dengan iPad/tablet masing-masing! Masing-masing khusyuk & sibuk dengan aplikasi dan games kegemaran mereka di skrin tanpa mempedulikan individu di sekeliling mereka. Nama saja berkumpul bersama-sama, tetapi buat hal masing-masing!

Begitu juga di sekolah mahupun di padang dan sebagainya. Kanak-kanak yg banyak menghabiskan masa bersama iPad/tablet akan cenderung untuk bersendirian di dalm kelompok sosial yg besar. Mengapa? Kerana hakikatnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan/percakapan bersama orang sebenar. Yg mereka tahu hanya komunikasi sehala bersama skrin iPad/tablet sahaja!


6. TERDEDAH KEPADA VIDEO BERUNSUR NEGATIF, KEGANASAN, LUCAH DAN YG TIDAK SEPATUTNYA


Menurut Dr. Hajjah Azlina Rozy, salah satu punca utama ramai remaja 'melancap' pada masa kini adalah disebabkan oleh pendedahan yg terlalu meluas kepada internet sejak usia kecil lagi. Walaupun anak-anak kita menggunakan/menonton internet di iPad/tablet di dalam bilik kita, itu tidak bermakna mereka tidak berani untuk menonton sesuatu yg tidak sepatutnya! Ada kanak-kanak yg terlebih berani & bijak, akan memadamkan tetingkap ataupun skrin sebaik sahaja ibu bapa mereka datang menghampiri. Sedangkan, mereka sebenarnya sebelum itu menonton video ataupun bermain permainan (games) yg berunsur keganasan & lucah! Apatah lagi jika kita 'melepaskan' anak-anak untuk menggunakan iPad/tablet di bilik/ruang mereka sendiri!


7. MENGHILANGKAN SIKAP & FITRAH MANUSIA YG SEBENAR


Dunia moden sebenarnya semakin mengikis nilai kemanusiaan sebenar dalam diri manusia. Fitrah kejadian manusia itu sepatutnya mempelajari setiap aspek kehidupan menggunakan 5 pancaindera yg telah dikurniakan oleh Maha Pencipta - mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, lidah untuk bercakap & merasa, telinga untuk mendengar serta kulit untuk sentuhan. Dengan teknologi canggih oleh iPad dan tablet, manusia tidak menggunakan kesemua pancaindera ini dengan cara yg sepatutnya. Di mana tangan hanya digunakan untuk menyentuh skrin, mata hanya untuk menonton cahaya yg merosakkan mata di skrin & telingan untuk mendengar bunyi yg tiruan.

Komunikasi & sosial seharusnya berlaku dua hala dan melibatkan rangsangan setiap pancaindera manusia. Tangan seharusnya digunakan untuk mengusap anak-anak ataupun haiwan peliharaan; mata seharusnya digunakan untuk menatap wajah ahli keluarga tercinta; telinga seharusnya untuk mendengar perbualan & kata-kata yg baik di kalangan ahli keluarga; hidung untuk menghidu bau masakan ibu & menghirup udara segar di luar & lidah digunakan untuk menyatakan puji-pujian sesama ahli keluatga.

Sebagai ibu bapa, ayuh kita fikirkan kembali - adakah betul langkah kita menyediakan semua gajet canggih ini untuk anak-anak kita? Benarkah ianya lebih banyak memberi kebaikan kepada anak-anak kita atau sebaliknya?

Irda
SID Pro Anda.
Shaklee Bisnes Mentor Anda.

No comments:

Post a Comment