Pages

BILA ABAH KENA STROKE - PENGALAMAN PERTAMA DI MANA SEGALANYA BERMULA

Dah lama saya nak tulis entry ni. Tapi masih belum ada kekuatan. Ini pun, baru menaip tajuk sahaja dah berguguran air mata. Walhal dah 9 bulan peristiwa ini terjadi. Sudah 9 bulan kami sekeluarga mengharunginya. Tapi hati tetap tak kuat. Air mata tetap gugur. Bila Abah; lelaki yg membesarkan kami adik-beradik, lelaki yg selama ini kami hormati & geruni kerana ketegasan beliau, lelaki yg juga selama ini memanjakan kami dengan apa sahaja barang atau makanan kegemaran kami diserang stroke pada 15 Disember 2014 lalu.

tanda-tanda stroke


ABAH YG KAMI KENAL

Berpuluh tahun Abah memegang jawatan sebagai Guru Disiplin di sekolah rendah. Di mana-mana sekolah yg Abah pindah, di situ Abah akan dilantik menjadi salah seorang guru disiplin. Abah garang & tegas pada murid-muridnya. Pantang ada kesalahan disiplin, memang mengadap muka Abah lah jawabnya. Abah tak perlu menengking-nengking. Abah tenung sahaja muka, mesti orang dah boleh menangis.

Masa kecik dulu selalunya Mama yg mengajar saya mengaji; dari Muqaddam sampailah khatam Al-Quran. Tapi, dalam sebulan tu biasanya mesti ada seminggu yg Abah yg kena ajar kami mengaji. Masa tu saya tak faham kenapa. Rupanya kes 'bendera Jepun'. Haha.. Dan setiap kali Abah ajar mengaji itulah WAJIB saya menangis. Padahal Abah tak rotan pun. Abah tak pukul pun. Cukup sekadar Abah tegur kesalahan bacaan yg sedikit sahaja, dengan suara Abah yg garau & tegas tu, saya dah berjurai-jurai air mata.

Tapi sebenarnya Abah seorang yg kelakar. Semua sepupu sepapat, adik-beradik & ipar duai Abah tahu. Banyak cerita kelakar yg saya dapat daripada Abah; baik dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Jawa. Abah suka mengusik. Abah suka bergurau senda. Abah suka bawa kami jalan-jalan naik motor keliling kampung. Abah suka belikan semua makanan kegemaran kami. Bila malam, Abah akan ajak saya & adik (masa kecik-kecik saya 2 beradik je) sama-sama baring depan televisyen menonton gusti selepas kami siapkan homework.

Abah tak selalu memuji. Abah akan tegur kekurangan, seolah-olah mencabar anak-anaknya untuk memperbaiki kesilapan. Bila masuk sekolah menengah & universiti, keputusan saya selalunya 'cukup-cukup' makan sahaja. Bila keluar result, menggeletar lutut nak dengar komen & bebelan Abah. Takut. Bukan takut apa, takut sebab tahu diri sendiri buat silap. belajar main-main, sedangkan Abah & Mama dah berhabis untuk jadikan kami orang berjaya.


PADA 'HARI ITU'

15 Disember 2014 (Isnin). Saya masih dengan rutin harian biasa sebagai ibu & isteri. Petang itu, lebih kurang jam 5 petang saya dapat panggilan dari Mama; mengatakan Abah mengalami kemalangan. Waktu itu Abah sudah dibawa ke Klinik 1 Malaysia berhampiran kawasan kediaman mereka. Katanya mujur ada jiran yg berhampiran kebetulan berada di tempat kejadian. Klinik tak mampu berbuat apa-apa waktu itu. Abah menunjukkan tanda-tanda diserang stroke! Abah tak bermaya untuk berdiri, mulut Abah mulai senget sehingga kata-katanya kurang jelas dan anggota kiri badan Abah sudah tak berfungsi. Allahuakbar..

Abah perlu dihantar ke Hospital Daerah berdekatan. Tiba di hospital jam 7 petang. Malangnya, hospital daerah berdekatan di mana mereka tinggal tidak mampu membuat MRI untuk membuat pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat darah beku (blockage) di dalam otak atau mana-mana salur darah Abah. Jam 8 malam, Abah dibawa ke hospital besar di daerah lain untuk pemeriksaan MRI. Alhamdulillah, tiada sebarang blockage didapati dalam seluruh otak & badan Abah. Jam 1 pagi, Abah dihantar kembali ke hospital daerah berdekatan dan dimasukkan ke wad biasa. Waktu itu Abah dah mula tidur seolah-olah tidak sedarkan diri. Doktor kata kesan terlalu penat akibat kemalangan. (Waktu itu doktor belum mengesahkan Abah stroke).


PENGALAMAN PERTAMA

Saya bertolak dari Johor Bahru sekitar jam 9 malam. Kalut, kusut, kabut, fikiran kosong - semua ada dalam kepala saya. Siapkan barang-barang keperluan diri, suami & anak-anak pun mana yg tercapai je. Inilah pengalaman pertama saya menghadapi situasi ini. Pengalaman pertama berhadapan dengan saat-saat di mana saya mungkin kehilangan seorang insan yg sangat saya sayang. Pengalaman pertama balik kampung tanpa kesempatan berfikir apa yg perlu dibawa. Pengalaman pertama dunia sekeliling saya seolah-olah sunyi tak bersuara - hanya wajah Abah & Mama yg ada dalam fikiran saya. Saya lupa kebisingan anak-anak saya. Pengalaman pertama saya betul-betul memikirkan apa yg perlu saya lakukan untuk membantu Abah & Mama - sebab selama ini mereka masih bekerja (kedua-duanya guru) dan sentiasa kelihatan lebih sihat dari saya sebab mereka berdua tidak ada sebarang penyakit kronik. Cuma ABAH MEMANG KUAT MEROKOK.

Dan inilah pengalaman pertama saya menatap wajah tegas, garang & penyayang Abah terlantar tak bermaya di atas katil hospital. Saya sampai di hospital jam 4 pagi. Dengan hati yg cuba saya kosongkan (sebab tak nak menangis), saya masuk ke wad dan melawat Abah di katilnya. Abah tidur.

Saya cuba kejut, tapi Abah terlalu lena.
Saya cium wajah Abah.
Saya peluk Abah.
Sambil menahan airmata supaya tidak gugur. Sebab saya perlu kuat - untuk Mama, untuk adik-adik (saya anak sulung) & untuk anak-anak saya; cucu Abah.

Allahuakbar.
-Tamat Part 1-


cara membantu pesakit stroke
Kenangan Abah & Mama sewaktu mengerjakan umrah - Mac 2014

*Saya takkan sertakan apa-apa gambar berkaitan dengan kisah stroke ini walaupun semuanya tersimpan kemas dalam telefon bimbit saya*

ESP SHAKLEE - SUSU SOYA TERBAIK & SELAMAT UNTUK IBU HAMIL

Ramai wanita di luar sana yg mudah terpengaruh dengan pelbagai khabar angin negatif tentang soya; terutamanya apabila ia dicadangkan kepada ibu hamil. Ada yg mengatakan bahawa kulit bayi/anak akan menjadi sensitif bila ibu mengamalkan susu soya ketika hamil. Ada pula yg mengatakan ibu/wanita akan mudah menghidap kanser jika mengamalkan pengambilan soya. Hakikatnya, tiada kajian khusus yg membuktikan semua khabar angin ini. Namun, ramai yg tetap mempersoalkan "selamatkah susu soya untuk ibu hamil?"

kebaikan esp shaklee


BENARKAH SUSU SOYA MERBAHAYA UNTUK IBU HAMIL?

Di zaman netizen ni, ramai orang lebih mempercayai apa-apa isu yg disebarkan bulat-bulat tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu. Ramai beranggapan; suara majoriti adalah kebenaran - bila ramai yg share, maka betullah berita itu. Lebih malang lagi, apabila isu yg viral itu menceritakan sesuatu yg negatif, maka lebih mudah pula lagi orang mempercayainya.

Justeru, apabila lebih ramai ibu yg pernah/sedang hamil menceritakan 'pengalaman buruk' mereka; ataupun pengalaman rakan/ahli keluarga mereka berkaitan dengan pengambilan soya sewaktu hamil, maka lebih ramailah netizen yg percaya tentangnya tanpa usul periksa punca sebenarnya! Walhal, tidak ada satu kajian pun yg membuktikan bahawa pengambilan soya dengan kuantiti yg sepatutnya ketika hamil boleh membawa keburukan kepada bayi mahupun ibu itu sendiri. Malah, ada kajian khusus di Asia yg telah berjaya membuktikan bahawa soya membantu mengurangkan perkembangan sel kanser pada pesakit kanser payudara & kanser prostat.


JADI, SELAMATKAH SUSU SOYA UNTUK IBU HAMIL?

Jawapannya; SELAMAT. Apa-apa sahaja makanan/minuman berasaskan soya adalah selamat untuk diambil sewaktu hamil; DENGAN SYARAT ia tidak diambil secara berlebihan. Berapakah kuantiti yg tidak berlebihan? Memadailah sekadar meminum 3 gelas air soya dalam sehari. Anda juga boleh menjadikan hidangan berasaskan soya seperti tahu, tempe & taufu fa sebagai makanan tambahan dalam menu makan tengahari ataupun minum petang.

bahaya soya


Tetapi harus diingat; bahawa susu soya yg telah diproses dan dipaketkan seperti air kotak soya yg dijual di kedai-kedai di pasaran mengandungi bahan-bahan kurang selamat lain seperti gula, pewarna, pengawet & perisa tambahan. Malah, soya yg dijual secara komersil ada yg dicuci menggunakan alkohol dalam proses penyediaannya. Justeru, sebenarnya bukanlah soya itu sendiri yg membahayakan jika diambil; tetapi sebaliknya bahan-bahan tambahan dalam makanan/minuman berasaskan soya itulah yg menjadikan ia merbahaya.


KENAPA ESP ADALAH SUSU SOYA TERBAIK & SELAMAT UNTUK IBU HAMIL?

kebaikan esp shaklee


Semakin ramai yg dapat menerima & mengamalkan ESP Shaklee sebagai susu soya untuk ibu hamil. Belum cuba, belum tahu. Tapi sekali cuba, memang taknak berenggang dengan ESP ni. hehe.. Kenapa?

Sebab ESP bukan sebarang susu soya untuk ibu hamil. Ada 10 kebaikan ESP sebagai susu soya untuk ibu hamil:


  • ESP berasaskan non-GMO soya; iaitu diperbuat daripada soya yg organik - tidak disuntik hormon atau apa-apa ubat/racun merbahaya. Pembersihan soya asas ESP juga menggunakan air - bagi mengelakkan khasiat asal soya itu berkurangan.
  • Membekalkan protein & karbohidrat yg mencukupi untuk memberi tenaga berpanjangan serta pertumbuhan sel kulit yg lebih elok.
  • Indeks Glisemik (GI) yg rendah - menjadikan ibu hamil bertenaga lebih lama, tidak kerap lapar & tidak terdorong untuk makan dengan terlalu banyak.
  • GI yg rendah juga menjadikan ESP sangat-sangat digalakkan untuk ibu hamil yg mempunyai GDM atau kencing manis sewaktu hamil. Ini kerana ibu hamil GDM akan kerap merasa lapar. ESP membantu ibu agar tidak kerap lapar & mengawal bacaan gula dalam darah.
  • Mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang ibu agar tidak mudah sakit badan serta membantu pertumbuhan gigi & tulang bayi dalam kandungan.
  • Menjadikan kulit ibu cerah, berseri & glowing sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan kesan stretch marks pada perut ibu.
  • Menjadikan kulit bayi bersih & cantik apabila dilahirkan nanti.
  • Menstabilkan hormon & emosi ibu - phytoestrogen dalam soya mengurangkan mood swing.
  • Membantu menggalakkan persediaan pengeluaran susu badan yg berkualiti oleh kelenjar susu ibu.


TESTIMONI - ESP BUAT IBU ANAK 4 BERPUASA & LEBIH BERTENAGA

Masih tak percaya? Jom tengok cik puan ni kata apa. Mengandung anak nombor 4 di usia 3 tahun tetap bertenaga & berpuasa penuh dengan ESP!

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Anda hamil? Atau merancang untuk hamil lagi? JOM ESP!
Pasti indah pengalaman hamil anda sampai anda nak hamil dan hamil lagi lepas ni!

Irda
SID Pro Anda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240


5 SEBAB KENAPA ORANG KATA VITAMIN SHAKLEE TIDAK BERKESAN

Pernah dengar tak orang kata Shaklee ni 'vitamin penipu'? Puncanya, sebab ada yg kata vitamin Shaklee ni tak berkesan sepertimana yg digembar-gemburkan. Ada yg kata; "Dah ambil Set Menyusu, tapi susu tak memancut-mancut pun?""Dah ambil Set Kulit Cantik, tapi jerawat tak hilang semua pun?""Dah sebulan dah ambil GLA Complex ni, sama je haid tak datang-datang pun?" Dan macam-macam lagi 'komplen' yg boleh mempengaruhi reputasi Shaklee sehingga dipanggil 'vitamin penipu'.

isu shaklee


BETUL KE SHAKLEE MEMANG 'TAK SESUAI' UNTUK SAYA?

Bila seseorang yg baru pertama kali mengambil/menggunakan produk Shaklee, anda sewajibnya menerima konsultasi terperinci daripada pengedar yg menjualnya kepada anda. Itu hak anda sebagai pengguna/pelanggan. Semua pengedar Shaklee dibayar komisyen oleh syarikat Shaklee berdasarkan setiap jualan yg dibuat. Jadi, jika anda tidak mendapat apa-apa panduan daripada si pengedar/penjual, anda WAJIB meminta hak anda daripada mereka. Ini khususnya bagi mengelakkan tanggapan seperti 'Shaklee tak berkesan pun untuk saya' atau 'Shaklee ni memang penipu!'.

Kenapa kena minta konsultasi, sedangkan pada label di setiap botol vitamin Shaklee sudah dinyatakan cara pengambilannya?

Ini kerana panduan pengambilan di label tersebut hanyalah secara umum sahaja. Pengedar yg menjual kepada anda seharusnya mengetahui isu/keadaan kesihatan anda secara lebih terperinci lagi; lantas baru dia menyarankan produk/set yg bersesuaian untuk anda. Sebagai contoh; label di botol Alfalfa Complex menyarankan pengguna mengambil 10biji Alfalfa setiap hari. Namun, sesetengah kita tidak memerlukan sehingga 10biji pun. Jika iya sekalipun, 10biji berkenaan sebaiknya diambil secara berasingan untuk mengelakkan healing crisis yg mengejut kepada pengguna yg baru mula mencuba/mengambilnya. Di sinilah tugas & tanggungjawab pengedar yg menjual kepada anda untuk menjelaskan kaedah, kesan & akibat yg mungkin akan dialami oleh pelanggan.

cara makan shaklee


SAYA DAH MAKAN SHAKLEE SEBULAN, KENAPA TAK BERKESAN?

Ada segelintir pelanggan yg berasa begini sebenarnya. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mendapat hasil/kesan positif sepertimana yg sepatutnya atau yg dijanjikan bakal berlaku kepada mereka selepas mengamalkan produk/set yg dibeli. Tapi persoalannya, benar-benar ke Shaklee tak berkesan untuk kita/dia?

Jawapannya mudah. Jika ada di kalangan pelanggan saya yg bertanya/mempersoalkan begitu, saya akan periksa 5 perkara asas ini:

  • Adakah anda mengambil kuantiti air kosong seperti kuantiti yg sepatutnya? Ya. Tanpa pengambilan supplemen juga kita sepatutnya minum 8 gelas air kosong sehari; iaitu bersamaan sekitar 2 liter sehari. Ini bagi yg mempunyai berat badan normal. Inikan pula jika anda mengamalkan supplemen. Anda WAJIB minum air kosong secukupnya dalam sehari. Berapa liter? Secukupnya dengan berat badan anda; 1 liter untuk setiap 25kg berat badan. Jadi, jika berat anda 75kg, pastikan anda minum 3 liter air kosong dalam sehari untuk membenarkan supplemen Shaklee menyerap & berfungsi secara optimum pada badan anda.
cara makan shaklee
Pengambilan air kosong amat penting untuk penyerapan & keberkesanan vitamin Shaklee


  • Adakah anda berdisiplin & konsisten mengambil vitamin anda? Saya akan tanya kepada pelanggan saya yg komplen tu, adakah dia betul-betul ikut jadual pengambilan yg telah saya sarankan? Adakah betul dia tak pernah tertinggal (skip) walau sehari pun vitamin yg saya sarankan? Hampir 100% yg komplen tu akan jawab "kadang-kadang saya terlupa.. sibuk kan pagi/petang/malam.. sampai terrr skip makan". Nahhhhh... Jika tak konsisten, macam mana nak dapat kesan yg optimum?
  • Adakah cukup masa seminggu/sebulan untuk vitamin Shaklee berkesan kepada anda? Supplemen bukan seperti ubat-ubatan klinik/doktor yg boleh 'menyembuhkan' penyakit anda dalam 1-2 jam. Contohnya seperti paracetamol yg boleh menurunkan panas badan atau ubat turun darah yg boleh menjadikan anda 'haid' serta-merta. NO. Supplemen Shaklee perlukan disiplin & konsistensi anda. Ia memerlukan masa untuk menyerap masuk & serasi dengan sistem badan anda secara semulajadi. Ia 'memperbaiki' sistem tubuh anda secara semulajadi. Dan atas sebab itu juga, kesan vitamin Shaklee kepada seseorang itu berbeza. Rakan anda mungkin hanya memerlukan 7 hari untuk mencerahkan kulit dengan Vita C Plus; tetapi anda mungkin perlu masa lebih dari itu.
Pengambilan kafein boleh mengganggu penyerapan vitamin


  • Adakah cara makan/pengambilan anda tidak bercanggah atau bercampur? Apa maksudnya? Contohnya, betul ke anda tak minum kopi/minuman berkafein selepas atau bersama-sama dengan vitamin Shaklee anda? Betul ke anda ikut saranan seperti beberapa vitamin tak sesuai dimakan bersama-sama (contohnya Alfalfa tak sesuai diambil bersama GLA Complex/Vitamin E)? Semua ini turut mempengaruhi tahap keberkesanan vitamin yg diambil.
  • Adakah anda pernah periksa kadar toksin dalam badan anda? Ini adalah antara sebab utama mengapa supplemen tidak berkesan secara optimum ke atas badan kita. Jangan sangka anda kurus tak berlemak, maka badan anda tidak mengandungi toksin. ANDA SILAP. Toksin tidak mengenal saiz badan & tidak mengenal usia. Toksin bukan hanya boleh terkumpul melalui pemakanan; malah ia boleh terkumpul akibat faktor lain seperti udara tercemar, gaya hidup tidak sihat, merokok serta STRESS. Toksin menjadi 'racun' di dalam tubuh kita. Ia menghalang peneyrapan nutrisi oleh badan kita. Atas sebab itu, maka vitamin yg kita ambil akan jadi lewat/tidak berkesan.

APA PENYELESAIAN YG BOLEH SAYA LAKUKAN?

Secara umumnya, pastikan anda mendapat konsultasi yg terperinci & benar dari pengedar anda. Ikut saranan yg diberikan secara berdisiplin & konsisten. Pastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi, jadual pemakanan yg konsisten serta elakkan makanan/minuman yg boleh mengurangkan keberkesanan vitamin Shaklee.

Untuk masalah toksin, kebiasaannya, jika selepas sebulan anda mengamalkan apa-apa produk/set vitamin Shaklee tetapi masih TIADA LANGSUNG perubahan, kami akan menyarankan agar anda mengambil Set Detoks dahulu bagi menyingkirkan toksin di dalam tubuh anda. Setelah melalui proses detoks, anda boleh mula mengambil semula apa-apa produk/set yg anda ambil tersebut dan bakal mendapat kesan yg optimum & marvelous!


Jadilah pengguna Shaklee yg bijak. Pastikan anda mendaoat hak anda dari pengedar anda. Dengan saya? konsultasi percuma DIJAMIN SEUMUR HIDUP!

IRDA
SID Pro Anda.
SMS/Whatsapp: 014-984 0240