Semalam Ihsan cakap dengan saya,
"Mummy, kan best kalau ada robot yg ada macam tangan kanan kiri tu. Nanti dia boleh berlatih badminton dengan saya. Pastu dia boleh tolong kutip bola. Pastu dia boleh tolong kemas rumah sekali. Tak payah saya susah-susah nak kena kemas."
Amboihhh.. Senang la hidup camtu. So, saya jawab,
"Kalau ada robot macam tu, manusia ni jadi makin gemuk & pemalas la. Macam cerita Wall-E tu."
Manusia ni macam tu la kan hakikatnya. Tak pernah puas dengan apa yg ada. Samalah dengan 'kegilaan' ke atas smartphone sekarang ni. Lagi-lagi untuk yg buat bisnes online yg 90% bergantung kepada smartphone macam saya ni. Rasa macam kecanggihan setiap apps yg ada dalam smartphone ni tak pernah cukup untuk memudahkan kerja-kerja bisnes saya. Kalau apps poster maker atau video editor tu, ada saje kekurangan satu-satu apps tu yg perlu ditampung oleh apps lain. Nak siapkan 1 poster yg diidamkan tu kadang-kadang sampai perlukan 3-4 apps! Kalau ada apps yg boleh translate terus jadi loster lepas kita 'conteng-conteng' sket guna smartpen atas skrin kan senang. Pastu dia terus generate design & colour blend apa bagai. Pastu terus post ke semua media sosial & senarai customer.
Itu belum masuk bab storage. Dulu memory 1Gb tak cukup. Beli smartphone yg 8Gb tak cukup. Pastu 16Gb punnn tak cukup. Now dah ada yg 32/64Gb punnn tak cukup juga! Nak kena juga ada SD card yg support. Bukan takde Evernote, iCloud ke Google Drive. Tapi leceh nak sort, nak retrieve bagai. Nak kena pandai susun folder elok-elok.
Belum cerita bab messaging. Bukan takde yg boleh hantar audio message; ada je. Tapi nak kena hold button bagai bila nak bercakap. Microphone internal tu kena bagus. Speaker yg pihak mendengar pun kena bagus. Dibuatnya skrin retak & jadi tak sensitif macam smartphone saya sebelum ni, dahhh tak boleh hold button untuk rekod suara. Kena laaaa gigih menaip jugak. Menaip ni sah-sah risiko typo. Ada autocorrect pun bukannya 100% dia tau apa exact word yg kita nak guna. Bukannya smartphone tau bahasa pasar kita. Pastu kalau urgent nak reply message sambil drive, leceh la nak taip-taip ni kan. Bahaya.
Pastu, bila customer/prospek mesej tanya harga barang & mintak explain kelebihan produk, lagi la leceh. Bila yg tanya 4-5 produk sekaligus yg bukan 'standard set' tu, dahhhh nak kena list kan nama & harga satu-satu, pastu calculate total harga, pastu nak explain fungsi setiap satu tu semua. Kan best kalau smartphone tu smart enough untuk tolong buat semua tu. Kita tinggal send je. Dah la harga produk pun nak kena hafal sendiri. Nak calculate tu nak kena bukak apps Calculator bagai. Nak check harga kat Gallery/Google Office bagai. Fuhh..
Tu belum cerita bab internet. Yg namanya wi-fi yg modemnya dok diam kat rumah ni pun baru awan mendung sikit dahhh hilang line. Yg data guna line telefon ni lagilahh. Provider ni pun tak adil. Ada line yg 'kuat' kat bandar, tapi kat kampung hauppp. Bila balik kampung, menggagau cari line. Cubalah kalau internet ni macam udara kita bernafas ni. Ada je kat mana-mana. Kan senang. Anak-anak pun tak mengamuk bila line tiba-tiba 'hilang' masa nak nonton Youtube. Bak kata Incik Husband saya, "ada smartphone canggih tapi takde internet buat apa?"
Tapi, itulah hakikat manusia. Tak pernah puas dengan apa yg ada. Betullah macam cerita Wall-E tu. Banyak kebenaran yg pagit di sebalik cerita tu. Sama juga macam cerita I, Robot. Manusia ni tamak. Tapi, marah pulak bila robot tu boleh evolve jadi lebih bijak.
Kecanggihan smartphone sekarang ni pun dah banyak menjadikan manusia semakin alpa. Tak ramai yg mampu betul-betul mengeksploitasi kecanggihan smartphone ni menjadi sesuatu yg bermanfaat untuk diri sendiri, keluarga & ummah. Contohnya, buat bisnes online ataupun bergerak aktif menyebarkan dakwah & kebaikan. Soalnya, benarkah smartphone wujud untuk menjadikan manusia lebih smart? Atau phone sahaja yg semakin SMART, manusia? Siapa yg jadi jadi hamba siapa sebenarnya? 😓
IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA
No comments:
Post a Comment