Pages

BAGAIMANA OMEGA-3 BERTINDAK SEBAGAI ANTI-KERADANGAN BAGI MASALAH ARTHRITIS

Bila sebut tentang Omega-3, ramai yg ingat ia hanya bagus untuk merangsang kemampuan kognitif otak & meningkatkan daya fikiran. Ramai yg lupa bahawa Omega-3 juga adalah asid-lemak-perlu (essential fatty acid) yg berfungsi sebagai anti-keradangan untuk tubuh kita. Ini terutamanya amat membantu untuk mereka yg menghidapi masalah arthritis, rheumatoid arthritis serta masalah berkaitan usus seperti Crohn's disease atau ulser pada usus.

Omega-3 adalah asid-lemak-perlu yg tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Namun, tubuh kita amat memerlukannya. Jadi, kita perlu mendapatkan bekalan Omega-3 dari sumber luar seperti dari minyak ikan.

Lebih malang pula apabila, kebiasaannya diet seharian kita lebih banyak mengandungi asid lemak Omega-6; yg mudah diperolehi daripada makanan seharian seperti minyak sayuran, mayonis, minyak makanan bergoreng serta makanan berproses. Asid lemak Omega-6 ini pula boleh menggalakkan keradangan serta pelbagai masalah kesihatan berlaku sekiranya diambil dalam kuantiti berlebihan.

Bagaimana Omega-3 membantu mengurangkan keradangan?

Asid lemak perlu membantu pembentukan membran sel (lapisan luar yg melindungi sel) yg elok. Jika diet harian kita terlalu banyak lemak tepu, maka membran sel kita akan terbina menjadi rigid, tidak fleksibel & tidak sihat. Membran sel yg sihat membantu menyahkan toksin dari sel serta membantu oenyerapan nutrisi yg baik ke dalam sel. Asid lemak perlu juga mempengaruhi keaktifan sel genetik serta menggalakkan penghasilan Eicosanoids yg baik.

Apa itu EICOSANOIDS?

Eicosanoids adalah satu kumpulan (family) berbentuk compound seperti hormon yg terbentuk di dalam tubuh hasil pengambilan asid-lemak-perlu. Eicosanoids terdiri daripada 3 kumpulan/siri iaitu siri 1-3. Setiap siri ini berkait rapat dengan fungsi salur darah & keradangan.

Apabila tubuh kita mendapat bekalan Omega-3 yg mencukupi dari sumber yg baik, maka 3 fungsi utama Eicosanoids dapat berjalan dengan baik iaitu sebagai:
✔Anti-keradangan.
✔Menjadikan salur darah lembut & fleksibel.
✔Menghalang darah beku.

Namun, jika sumber asid-lemak-perlu yg diambil bukan dari sumber yg baik, maka Eicosanoids juga boleh menjadi faktor kejadian seperti pendarahan tanpa henti, pembentukan darah beku serta salur darah tersumbat atau tidak fleksibel. Ini adalah punca terjadinya beberapa penyakit yg melibatkan keradangan yg serius seperti rheumatoid arthritis, stroke, serangan jantung, tekanan darah tinggi, kerosakan saraf, kanser & radang kulit.

Oleh sebab itu, kita PERLU memastikan tubuh kita mendapat bekalan asid-lemak-perlu Omega-3 yg mencukupi serta dari sumber yg baik. Terutamanya bagi mereka yg mempunyai risiko menghadapi masalah kesihatan melibatkan keradangan. Kalau tak cukup dari bekalan makanan semulajadi harian, pastikan anda memilih supplemen Omega-3 yg terbaik yg berasaskan dari minyak ikan asli seperti OMEGA GUARD.

Anda atau keluarga anda ada masalah arthritis? Nak set yg berkesan? Meh Whatsapp saya:

IRDA
014-984 0240

No comments:

Post a Comment