Setiap wanita mengimpikan proses kehamilan & kelahiran yg normal tanpa sebarang masalah atau komplikasi. Namun, tidak semua wanita dapat merasakannya. Beberapa perkara yg tidak terduga boleh terjadi sama ada sebelum atau semasa saat kehamilan/kelahiran yg menyebabkan proses bersalin secara normal tidak dapat dilalui. Ada sesetengah ibu hamil yg akhirnya terpaksa melalui kaedah kelahiran melalui pembedahan cesarean; sama ada secara terancang ataupun tidak terancang.
APAKAH PUNCA YG MENJADIKAN SEORANG IBU BERISIKO UNTUK MELAHIRKAN BAYI SECARA CESAREAN?
Ada 2 jenis kaedah kelahiran melalui pembedahan cesarean; iaitu sama ada secara terancang ataupun tidak terancang.
Pembedahan cesarean secara tidak terancang biasanya lebih dikenali sebagai 'emergency cesarean'. Ia biasanya berlaku disebabkan 3 faktor berikut:
1. Serviks tidak lagi menunjukkan perkembangan/pertambahan bukaan seperti yg sepatutnya. Ada sesetengah ibu yg serviksnya hanya mampu terbuka sehingga 1cm, 4cm atau 6cm sahaja. Bukaan ini tidak mampu memuatkan bayi untuk diteran keluar. Kes sebegini dikenali sebagai 'bad progress'.
2. Bayi berhenti dari 'menujahkan' dirinya keluar dari rahim melalui serviks ibu.
3. Bayi stress & degupan jantung bayi menjadi perlahan akibat kontraksi yg kuat & terlalu lama atau proses kelahiran yg terlalu panjang.
Seorang ibu yg melahirkan bayi pertama kali melalui kaedah cesarean tidak terancang tanpa sebarang komplikasi merbahaya sewaktu kelahiran, kebiasaannya dibenarkan untuk mencuba kelahiran secara normal pada kelahiran seterusnya. Ia dikenali sebagai Vaginal Birth After Cesarean (VBAC); tentunya dengan nasihat & pemantauan oleh doktor O&G anda.
Bagi kelahiran melalui kaedah cesarean secara terancang (scheduled cesarean), ada 8 faktor yg boleh menyebabkan ia berlaku iaitu:
1. Pernah melalui pembedahan 'classic cesarean' dengan pemotongan secara menegak di perut. Ataupun pernah melalui kelahiran secara cesarean pada kelahiran terdahulu.
2. Pernah melalui pembedahan lain di kawasan rahim seperti membuang fibroid atau cyst.
3. Hamil bayi kembar yg tidak boleh dilahirkan secara normal atas sebab tertentu.
4. Saiz bayi terlalu besar (macrosomia).
5. Bayi berkedudukan songsang.
6. Ibu menghadapi masalah 'placenta previa' iaitu kedudukan uri di bahagian bawah rahim sehingga 'menutupi' laluan serviks.
7. Bayi mempunyai masalah kesihatan yg tidak membolehkannya dilahirkan secara normal.
8. Ibu disahkan menghidap HIV atau sebarang jangkitan kuman yg menyebabkan risiko bayi dijangkiti sekiranya dilahirkan secara normal melalui serviks.
Dalam keseluruhan kes kehamilan, biasanya hanya sekitar 30% sahaja yg memerlukan ibu melalui kelahiran secara cesarean. Sekiranya anda merupakan salah seorang ibu yg perlu melalui proses kelahiran secara cesarean, jangan rasa rendah diri. Hakikatnya, ada tetap masih seorang ibu yg baik & dan sama darjatnya dengan mereka yg melahirkan secara normal. 😊
No comments:
Post a Comment