Menjadi seorang suami sememangnya besar tanggungjawab yg perlu digalas. Apatah lagi apabila isteri telah mula hamil dengan cahaya mata pengikat kasih antara suami & isteri. Tempoh kehamilan boleh jadi suatu tempoh yg indah tetapi mencabar bagi seorang isteri. Maka, seorang suami yg baik seharusnya bersama-sama memahami & membantu isteri menghadapi tempoh tersebut supaya ia menjadi kenangan yg indah bagi anda berdua.
Berikut adalah 10 tips tentang apa yg boleh suami lakukan untuk isteri tercinta sepanjang tempoh kehamilan:
1. Luangkan masa bersama isteri.
Sememangnya menjadi tanggungjawab suami untuk bekerja mencari nafkah bagi menyara keperluan keluarga. Namun, dalam kesibukan kerja di pejabat, jangan pula sampai terabaikan isteri yg sedang hamil di rumah. Apatah lagi jika isteri anda seorang surirumah. Seboleh-bolehnya elakkan bekerja lebih masa serta pulang lewat dari pejabat. Ketahuilah bahawa isteri anda telah seharian menunggu anda di rumah. Pastinya ada pelbagai cerita yg ingin dikongsikan bersama anda. Jika perlu pergi bekerja di luar kawasan, sebolehnya cari peluang untuk bawa isteri bersama. Ataupun jika tidak boleh, janganlah meninggalkan isteri anda untuk tempoh yg lama.
2. Menyediakan pemakanan & nutrisi yg mencukupi.
Pemakanan yg sihat & seimbang adalah amat penting; bukan sahaja untuk kesihatan ibu yg sedang hamil, tetapi juga untuk bayi yg sedang membesar di dalam rahim. Pemakanan ibu hamil seharusnya terdiri daripada sumber semulajadi yg terbaik. Bantulah isteri untuk membeli bahan masakan & makanan yg berkhasiat. Sediakan bekalan buah-buahan sebagai kudapan isteri di waktu senggangnya. Carikan juga bekalan supplemen tambahan yg penting untuk kesihatan ibu & bayi.
3. Bergerak dengan lebih perlahan.
Semakin besar kandungan isteri, maka pergerakan isteri juga akan semakin perlahan. Maka, jika anda menemankan isteri sewaktu beriadah di taman atau berjalan-jalan di shopping mall, jangan sesekali bergerak dengan terlalu laju sehingga menyebabkan isteri anda tercungap-cungap ataupun terus tertinggal di belakang. Sebaiknya, peganglah tangan isteri & ikutlah rentaknya; sekaligus bagi menunjukkan anda prihatin serta sayang kepadanya. Tidak mustahil sifat romantik & prihatin itu nanti akan 'turun' kepada anak anda juga.
4. Membantu kerja-kerja di rumah.
Walaupun isteri anda seorang surirumah & anda perlu bekerja setiap hari, itu tidak bermakna isteri anda perlu dibiarkan berseorangan menguruskan kerja-kerja di rumah. Apatah lagi jika isteri anda seorang yg bekerja. Sebaik pulang dari pejabat, cuba bantu mana-mana kerja yg boleh seperti menyediakan hidangan makan malam, mencuci pinggan mangkuj selepas makan, melipat pakaian yg telah dicuci ataupun mengemop lantai seeaktu hujung minggu. Isteri anda pasti akan sangat menghargai setiap usaha yg anda lakukan.
5. Memahami perubahan isteri.
Perubahan hormon sewaktu hamil mungkin akan menyebabkan isteri andaa berperangai sedikit pelik. Ada kalanya emosinya menjadi tidak menentu sehingga boleh bersedih atas perkara yg remeh-temeh seperti tidak fokus sewaktu dia sedang bercakap; walaupun cuma topik remeh yg dibualkannya. Justeru, suami harus cuba untuk memahami perubahan isteri terutamanya dari aspek emosi tersebut. Elakkan memarahinya jika isteri anda tiba-tiba menjadi terlebih emosi tentang sesuatu perkara seperti menjadi seorang yg terlalu cemburu.
6. Memanjakan & menyelesakan isteri.
Isteri mana yg tidak suka dibelai & dimanjakan oleh suaminya; apatah lagi sewaktu hamil. Ketidakselesaan seperti lenguh pinggang, sakit belakang & bengkak kaki boleh menjejaskan kegembiraan seorang isteri yg hamil. Sebagai suami yg prihatin, apa salahnya anda menawarkan 'khidmat' urutan ringan atau menggosok-gosok badan isteri sebelum tidur tanpa perlu diminta oleh isteri. Percayalah, bantuan semudah menggosok badan atau mengusap dengan tapak tangan itu sahaja pun sudah mampu mengalirkan aura selesa & gembira buat isteri anda, sekaligus menjadikannya bertbah sayang kepada anda.
7. Bantu jaga anak yg lain.
Kehamilan sulung sahaja pun sudah memenatkan; inikan pula jika isteri anda hamil anak kedua, ketiga & seterusnya. Selain keletihan akibat kandungan yg dibawa, isteri anda juga pastinya letih menguruskan keperluan anak-anak sedia ada. Anda mungkin boleh membantu melayan anak-anak bermain, memandikan anak yg masih kecil, menyediakan pakaian serta menidurkan mereka.
8. Bawa isteri ke mana mahunya.
Ada kalanya isteri akan teringin untuk bersiar-siar atau bercuti ke tempat tertentu. Mungkin dia mahu ke shopping mall untuk makan-makan atau sengaja menghabiskan masa bersama anda. Mungkin juga dia teringin untuk bercuti ke satu-satu destinasi impiannya berdua-duaan dengan anda sebelum anda menyambut 'orang ketiga'. Sediakan tabungan khas bersama-sama, luangkan masa & pergilah bersamanya. Ia pasti akan menjadi kenangan yg manis untuk anda berdua.
9. Bertolak ansur dalam aktiviti seks.
Seks adalah selamat sepanjang kehamilan bagi kehamilan yg normal. Melainkan terdapat komplikasi tertentu, tidak ada masalah untuk isteri anda yg sedang hamil untuk melakukan hubungan intim bersama anda. Namun, anda perlu memahami ketidakselesaan yg dialami isteri; terutamanya apabila kandungan menjadi semakin sarat. Posisi seks yg biasa anda lakukan mungkin tidak lagi memberikan keselesaan kepada isteri anda. Berbincang & bertolak ansurlah tentang posisi yg sesuai & memberi kegembiraan kepada anda berdua.
10. Bantu membuat persiapan kehadiran bayi.
Keterujaan isteri biasanya melebihi keterujaan suami terutamanya apabila mengandungkan anak sulung. Pelbagai barangan bayi biasanya akan ingin dibeli bagi menyambut kehadiran si comel yg amat dinanti. Bantulah isteri anda menyediakan senarai barangan yg ingin disediakan. Sebaiknya temankan isteri anda sewaktu pergi membeli-belah barangan keperluan tersebut. Bantunya memilih & membawa barangan yg ingin dibeli. Jangan lupa, peganglah tangannya ketika berjalan!
11. Banyak bersabar.
Selain perubahan emosi, isteri anda juga mungkin akan menghadapi beberapa kesukaran dan cabaran lain seperti alahan (morning sickness), loya, muntah, hilang selera makan & ada waktunya mengidamkan sesuatu yg mungkin sukar dicari. Kesemua ini memerlukan tahap kesabaran yg lebih tinggi berbanding waktu sebelum isteri anda hamil. Layanlah isteri anda dengan sebaik & sesabarnya kerana yg berada di dalam rahim isteri anda itu bukanlah 'benda' lain; sebaliknya itulah si comel lambang cinta & keberkatan rumah tangga anda berdua.
*Jika anda mencari supplemen Set Kehamilan yg terbaik untuk isteri & bayi anda, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Konsultasi eksklusif juga akan diberikan kepada setiap pelanggan saya.
No comments:
Post a Comment