Pages

5 TEMPAT MENARIK TERSEMBUNYI DI CAMERON HIGHLAND (HIDDEN GEMS) YG MUNGKIN BELUM ANDA LAWATI

Sebut sahaja Cameron Highlands, mesti ramai yg mengenali destinasi percutian tanah tinggi yg sangat terkenal di Negeri Pahang, Malaysia ni. Rasanya, bagi pasangan yg baru berkahwin, kalau sebut je nak pergi honeymoon dalam negara, Cameron Highlands ni lah destinasi yg paling terkenal nak dituju. Apatah lagi dengan cuacanya yg sejuk; sesuai sangat dengan mood honeymoon tu kannn. Bagi keluarga yg nak bawa anak-anak merasai cuaca yg lebih sejuk berbanding tempat lain di dalam negara, Cameron Highlands pun biasanya menjadi pilihan utama selain Bukit Tinggi, Fraser's Hill ataupun Genting Highland.

Siapa yg pernah ke Cameron Highlands, pasti tahu tentang kebanyakan tarikan utama di sana seperti ladang teh, ladang bunga-bungaan, ladang sayuran & buah-buahan, taman serangga seperti lebah & rama-rama serta pasar malam atau harian yg menjual hasil tanaman yg segar dari sana. Sama ada anda 'memanjat naik' dari arah Simpang Pulai mahupun Tapah, banyak kawasan tarikan yg boleh disinggahi; termasuklah pekan-pekan tumpuannya iaitu Kg. Raja, Brinchang, Tanah Rata & Ringlet. Ladang-ladang strawberi, bunga-bungaan, sayuran serta taman serangga hampir kesemuanya terletak di sepanjang jalan utama yg sangat mudah untuk disinggahi. Hotel, apartment serta homestay untuk penginapan juga mudah untuk ditemui di sepanjang jalan utama.

Tetapi, tahukah anda bahawa selain tarikan di sepanjang jajaran jalan utama, terdapat beberapa kawasan menarik yg boleh dikategorikan sebagai 'permata Cameron Highlands'; yg mana kedudukannya agak tersembunyi sedikit dari laluan utama? Kawasan-kawasan ini mungkin sukar untuk anda temui sekiranya anda hanya berpandukan kepada papan tanda yg kelihatan di tepi jalan utama sahaja. Sebaliknya, anda perlu 'study' dahulu dari laman web, blog atau saranan tertentu dari mereka yg telah berpengalaman 'menjelajahi' Cameron Highlands untuk menemui kawasan-kawasan tarikan tersembunyi ini.

Nak tau apa antara kawasan menarik tersembunyi tersebut? Jom saya senaraikan!


5 TEMPAT MENARIK TERSEMBUNYI (HIDDEN GEMS) DI CAMERON HIGHLANDS


1. BOH Secret Plantation di Sungai Palas

Ladang teh Boh di Sungai Palas ni sebenarnya memang sangat terkenal. Kalau siapa yg rajin tengok drama atau filem Melayu, banyak je yg mengambil ladang teh ni sebagai lokasi penggambaran. Antaranya filem Ombak Rindu, drama Bila Hati Berbicara, Dendam Aurora & banyak lagi.

ladang teh boh cameron highland


Namun, kedudukan ladang ini adalah tersorok dari pandangan dari jajaran jalan utama. Simpang masuk utama ke ladang ini juga agak tersorok. Ditambah pula dengan projek pembinaan bangunan penginapan di pangkal simpang masuk serta sebuah mall pusat membeli-belah yg bertentangan dengan simpang masuknya, ramai yg mudah terlepas pandang laluan menujunya. Papan tanda 'Ladang Teh BOH' di pangkal simpang ini juga sudah agak lusuh & tersembunyi dek lalang yg agak tinggi di sekitarnya.

Namun hakikatnya, terdapat banyak 'spot' menarik di sekitar ladang teh yg luas ini. Cafe cantik yg terletak di atas bukit juga sangat menarik. Sambil menikmati secawan teh & sepotong kek, pelawat boleh menikmati udara segar di samping pemandangan ladang yg indah berbukit-bukau. Pelawat perlu berjalan memanjat bukit sepanjang 200meter untuk sampai ke cafe ini.

Di bangunan cafe ini juga terdapat muzium teh yg menceritakan tentang asal-usul empayar Teh BOH. Terdapat juga dewan kecil yg menyediakan tayangan tentang sejarah BOH. Selain itu, pelawat juga berpeluang untuk menziarahi kilang pemperosesan teh sambil ditemani 'tour guide' yg akan membawa kita menjelajahi kawasan dalam kilang & melihat sendiri bagaimana teh diproses.


2. Bala's Chalet

Terletak berhampiran Tanah Rata, kedudukan Bala's Chalet di atas bukit adalah agak tersorok. Simpang untuk masuk ke kawasan ini juga agak tersembunyi & mudah terlepas pandang.

Apa yg menarik di Bala's Chalet?
Ia merupakan sebuah tempat penginapan yg agak privacy & berkonsepkan ala-inggeris. Dengan rupa fasad bangunan dari luarannya, elemen landskap kejur & lembut di taman sekitarnya seperti ala British, sehinggalah kepada perincian dalam bilik penginapan yg kesemuanya bercirikan ala-inggeris.



Paling istimewa di Bala's Chalet, jika anda ingin merasa hidangan 'tea & scones' yg paling menghampiri ciri inggeris yg sebenar, di sinilah tempatnya. Set 'tea & scones' ini boleh dipesan dia kaunter cafe berhampiran kaunter lobi chalet.


Dengan harga sekitar RM30 bagi 1 set, anda akan diberikan secawan teh panas; lengkap dengan iringan gula & susu segar untuk dicampurkan sendiri; berserta 2 biji scones rapuh-lembut dengan iringan krim & jem strawberi untuk anda sapukan sendiri padanya. Tekstur scones di sini sangat istimewa. Ia rapuh di luar & lembut di dalam sehingga ia mampu cair sebaik anda memasukkannya ke dalam mulut. Berbeza dengan kebanyakan tempat lain yg menyediakan scones dengan tekstur yg agak keras kebiasaannya.


3. KHM Farm di Kg. Taman Sedia

Lumrah orang melancong ke Cameron Highlands, pastinya akan mencari buah segar serta produk berasaskan strawberi. Kata orang, strawberi di tanah tinggi seperti Cameron Highland ni akan terasa lebih sedap jika dimakan di situ juga. Kalau dibawa turun ke tempat kita, masam jadinya. Hehehe..

ladang strawberi cameron highlands

Produk berasaskan strawberi seperti aiskrim, jem, halwa/jeruk serta coklat perisa strawberi adalah antara ole-ole yg terkenal dari Cameron Highlands. Tetapi tahukah anda bahawa KHM Farm ada menyediakan produk strawberi homemade yg paling sedap di seluruh Cameron Highland?

ladang strawberi cameron highlands

produk strawberi cameron highlands

Ya. Walaupun KHM Farm hanyalah sebuah cafe dengan ladang yg kecil bersebelahannya, ia menyediakan produk berasaskan strawberi yg paling enak & berkualiti di Cameron Highland. Ia adalah sebuah perniagaan keluarga secara turun-temurun. Jangan nilai dari segi luaran & saiznya.

scones di cameron highlands
Set scones di KHM Farm

Cubalah aiskrim KHM sama ada dalam bentuk 'aiskrim Malaysia'nya mahupun yg di dalam cup. Anda PASTI sukar nak 'move on' dari kelazatannya. Cuba juga beli jem strawberinya. Ia tak terlalu manis seperti jem komersil yg biasa dijual di pasaran luar. Masih terasa masam manis asal buah strawberi pada jemnya. Tambahan pula ia juga mengandungi ketul-ketul buah strawberi asli di dalamnya. Cair air liur dibuatnya!
Terdapat juga beberapa produk homemade lain di sini seperti scones, pavlova, kek strawberi & sebagainya. Cafe KHM Farm memang sangat berbaloi disinggahi untuk bersantai setelah penat berjalan.


4. Perkampungan Orang Asli

Jika anda memanjat naik Cameron Highlands dari Tapah, anda pasti akan melalui perkampungan orang asli sebelum anda tiba di Ringlet. Terutama bagi anak-anak kita yg dah terbiasa dengan kehidupan di bandar, ini boleh menjadi satu pemandangan & pembelajaran yg baru bagi mereka.

Kita boleh lihat sendiri bagaimana rumah orang asli yg kecil, dibina dari bahan sumber hutan semulajadi serta tidak mempunyai bekalan elektrik & air yg lengkap. Kita juga dengan mudahnya dapat melihat orang asli berjalan di sekitaran petempatan mereka dengan gaya pakaian yg amat sederhana. Sesetengah mereka dapat dilihat membawa keluar hasil hutan yg diperolehi hasil dari buruan atau usaha mereka.


Di sepanjang jalan juga terdapat beberapa gerai tempat mereka berniaga hasil hutan mereka seperti orkid hutan, rebung buluh, cendawan hutan, jagung hasil tanaman mereka serta madu lebah.


Jangan risau, mereka ini bertamadun orangnya. Mereka berpakaian lengkap seperti kita & turut pergi ke sekolah. Hehehe..


5. Air Terjun Lata Iskandar

Air terjun ini PASTI akan mencuri tumpuan & kekaguman anda; terutamanya bagi yg memanjat naik dari Tapah. Selepas melalui kawasan Hutan Rekreasi Kuala Woh & sebelum menemui perkampungan orang asli, anda PASTI akan menjumpai Air Terjun Lata Iskandar ini. Ia terletak betul-betul di sebelah jalan utama. Terdapat sebuah jambatan di selekoh yg menyeberangi anak sungai aliran dari air terjun ini.



Terdapat juga tempat letak kereta yg terhad sekiranya anda mahu berhenti & singgah berkelah di sekitar kawasan air terjun. Beberapa gerai jualan juga terdapat di kiri kana jalan utama yg menjual pelampung, kudapan serta beberapa hasil kampung.


Nahhh.. siapa kata Cameron Highlands cuma tempat peranginan untuk makan steamboat serta beli sayur, buah & bunga sahaja? Jika anda sudi menjadi 'pengembara'; dan bukan sekadar pelancong biasa, pasti banyak lagi yg anda mampu terokai & temui di tempat seistimewa seperti Cameron Highlands ini!













9 comments:

  1. Dah pegi 4 drpd 5 tmpt tersorok tu :)

    ReplyDelete
  2. ada 4 tempat best ni yang saya mesti pegi,
    kawasan perkampungan orang asli tuyang bagusnya ada sekolah.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ais krim tu... Lama xpegi cameron. Kena mengajak husband pegi la gini..

    ReplyDelete
  4. Stay kat Bala's chalet masa honeymoon dulu

    ReplyDelete
  5. tergoda tengok scones kat KHM farm tu.

    ReplyDelete
  6. tergoda tengok scones kat KHM farm tu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...semua dah pergi kak irda. Best!

    ReplyDelete
  8. Aiskrim stoberi khm mmg the best in town!! Haha. Balik kg mesti nak singgah makan aiskrim je.

    ReplyDelete