Pages

APA ITU JAUNDIS? MENGAPA JAUNDIS TERJADI? ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?

Jaundis; ataupun 'kuning' di kalangan bayi yg baru lahir seolah-olah semakin kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir sejak akhir-akhir ini. Apa itu Jaundis sebenarnya? Jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolisis ataupun pemecahan sel-sel darah merah yg telah matang. Jaundis sebenarnya adalah normal dan selalunya berlaku dalam jangka masa tiga hingga empat bulan pertama bayi; mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia.



Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati akan dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan dalam sistem pencernaan. Bagi bayi yg baru lahir, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari kedua selepas kelahiran kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisien. Dianggarkan 60% daripada bayi yg lahir cukup bulan & 80% daripada bayi pramatang yg mengalami jaundis.

Selain itu, bayi yg baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yg lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel-sel tersebut adalah lebih pendek. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah bilirubin yg dihasilkan oleh bayi sewaktu baru dilahirkan adalah lebih banyak daripada biasa.


Apakah simptom bayi yg mengalami jaundis?

Ada beberapa simptom yg ketara untuk menunjukkan bayi yg baru dilahirkan mengalami jaundis iaitu:


  • Kulit & mata bayi kelihatan berwarna kekuningan. Ia akan mula kelihatan selepas 1-4 hari kelahiran bayi.
  • Bayi lebih cenderung untuk tidur.
  • Bayi kerap meragam seolah-olah tidak selesa.
  • Dalam kes yg lebih serius, bayi akan mengalami demam panas.

Siapa yg berisiko untuk mendapat jaundis?

Sebenarnya, punca utama secara tepat mengapa & bagaimana jaundis boleh berlaku tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada beberapa faktor yg boleh dipertimbangkan sebagai langkah berhati-hati seperti:


  • Bayi yg lahir sebelum usia 37 minggu.
  • Bayi yg lahir dengan berat kurang dari 2.5kg.
  • Adik-beradik bayi yg lahir sebelumnya mempunyai sejarah jaundis.
  • Darah bayi yg berlainan jenis dari ibunya.

Bayi yg menyusu ibu sepenuhnya kebiasaannya lebih berisiko untuk mendapat jaundis. Malah, sesetengah bayi akan mengalami 'prolonged jaundice'; iaitu jaundis yg agak panjang sehingga tempoh 2-4 bulan selepas kelahiran. Namun, itu tidak bermakna penyusuan susu ibu adalah faktor penyebab jaundis.


Adakah jaundis merbahaya? Apakah risiko jika jaundis tidak diatasi/dirawat?

Jaundis secara normalnya adalah tidak merbahaya. Namun, jika ia tidak dipantau & diatasi, ia boleh menyebabkan risiko berikut:


  • Bayi susut berat badan.
  • Bayi mengalami dehidrasi.
  • Bayi hilang keinginan untuk menyusu.
  • Jika bacaan bilirubin tidak dipantau sehingga menjadi terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah yg lebih serius seperti sawan, masalah pendengaran serta kerosakan pada saraf otak yg dikenali sebagai cerebral palsy.

Dalam kes yg lebih serius, jaundis juga merupakan simptom kegagalan fungsi hati pada bayi. Oleh sebab itu, pemantauan, pemeriksaan & rawatan amat penting untuk mengatasi jaundis.


Bagaimanakah cara mengatasi jaundis?

Jika bayi yg telah dilahirkan didapati mempunyai jaundis, ada beberapa kaedah yg perlu dilakukan untuk mengawal, mengatasi & merawat jaundis iaitu:


  • Mengambil sampel darah secara berkala untuk memantau bacaan bilirubin bayi.
  • Meletakkan bayi di bawah lampu fototerapi.
  • Meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  • Ibu berusaha untuk memastikan jumlah pengeluaran susu mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu memastikan susu badannya kaya dengan nutrisi lengkap agar bayi juga mendapat nutrisi yg sepatutnya.

Apakah beza antara 'breast milk jaundice' dengan 'breastfeeding jaundice'?

Breast Milk Jaundice:
=================
  • Jumlah susu ibu yg dihasilkan cukup untuk keperluan bayi.
  • Ia berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu unsur di dalam susu ibu (kemungkinan besar akibat pemakanan ibu) yg menyebabkan jumlah bilirubin bayi meningkat. Contohnya jika ibu mengambil jamu sewaktu berpantang. Jamu boleh menyebabkan bacaan bilirubin bayi meningkat. Atau mungkin bayi sensitif kepada sesetengah makanan yg diambil oleh ibu.
  • Bayi kerap membuang air besar seperti normal & air kencing bayi berwarna kejernihan.
  • Ada kalanya boleh terjadi berlarutan sehingga bayi berusi 2-4 bulan.
  • Tidak merbahaya walaupun bayi perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi untuk jangka yg lama.
  • Penyusuan susu ibu TIDAK sepatutnya dihentikan. Malah ia seharusnya diteruskan tanpa perlu memberi bayi tambahan susu formula.


Breastfeeding Jaundice:
====================

  • Berlaku disebabkan antara 3 faktor ini:
        => Jumlah pengeluaran susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Bayi menjadi dehidrasi.
        => Bayi lambat mula diberikan susu ibu sebaik selepas dilahirkan. Bayi sepatutnya 
terus disusukan oleh ibu dalam tempoh 1 jam selepas kelahirannya.
        => Bayi telah mula diberi susu formula, air kosong atau glukos sebelum diberi susu ibu sebaik selepas kelahirannya.
  • Ibu seharusnya berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan supaya mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu juga perlu meningkatkan pengambilan nutrisi pemakanan supaya susu yg dihasilkan dapat mengurangkan bacaan jaundis bayi.
  • Ibu perlu terus berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Bagi kedua-dua kes jaundis, sesetengah doktor mungkin akan menyarankan pemberian susu formula sebagai penyelesaian segera jaundice. Namun, susu ibu tetap merupakan MAKANAN TERBAIK yg diciptakan untuk bayi yg baru dilahirkan. Susu ibu adalah hak bayi yg perlu diberikan oleh si ibu. Penyusuan penuh selama sekurang-kurangnya selama 6 bulan adalah amat penting dalam memastikan keberlangsungan hidup bayi yg lebih sihat di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, ibu tidak perlu berasa terlalu panik, risau ataupun stress sekiranya bayi comel yg diharapkan membawa kegembiraan bertukar menjadi kerisauan akibat mengalami jaundis. Jaundis adalah normal. Ia boleh dikatakan suatu fasa peralihan yg perlu dilalui oleh bayi dari dunia di dalam rahim ke alam dunia sebenar.

Ibu perlu sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi selepas kelahiran bayi terutamanya bagi memastikan pengeluaran susu badan yg amat diperlukan oleh si comel tidak terjejas. Gali ilmu yg secukupnya tentang jaundis, kelahiran bayi serta penyusuan susu ibu sejak dari fasa kehamilan lagi agar lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

No comments:

Post a Comment