Pages

APA YG BISNES SHAKLEE DAH UBAH PADA SAYA?

Bila dah 5 tahun saya setia dengan bisnes Shaklee ni, ada yg tertanya-tanya; 'apa laa yg dia tu taksub sangat dengan Shaklee tu? Nak jual barang, jual je la.. tak payah sampai taksub sangat. Sampai hari-hari nak cakap pasal Shaklee.' Huhu.. Agak berlebihan perkataan taksub tu sebenarnya. Takde taksub pun. Cuma kami bangga dah menjadikan Shaklee ni sebahagian besar dari hidup kami. Sebab? Banyak yg Shaklee dah buat dalam pelbagai sudut dalam hidup saya & keluarga.


1. BUKAN PRODUK SUPPLEMEN SEMBARANGAN

Dulu, memang saya tak percaya pada supplemen. Pada saya semua produk supplemen sama je. Pengedar nak jual barang sebab nak cari duit. So, pada saya Shaklee ni sama je dengan mana-mana produk yg keluar kat iklan televisyen ke, majalah ke, surat khabar ke atau pamplet yg diedarkan dari rumah ke rumah.

Perspektif saya mula berubah sikit untuk mencuba Shaklee bila saya tengok kawan-kawan sekolah yg sebaya saya mula amalkan Shaklee. Makin lama makin ramai. Dan yg penting, saya tengok diorang makin lama makin sihat & cantik. Eh eh eh.. perempuan kan.. mana boleh kawan lagi cantik! Hahaha..

So saya mula study pasal jenama Shaklee. Katanya produk Shaklee ni 100% dibuat dari bahan semulajadi, terbukti secara saintifik & dijamin berkesan. Wow! Berani ek claim macam tu sekali. So, why not i give a try. Kebetulan memang nak berpantang & menyusukan anak kedua masa tu. Kalau betul, produk ni hebat, MESTI akan rasa berbeza dari pengalaman berpantang anak pertama.

Allahuakbar. Ternyata MEMANG BERBEZA! Badan saya rasa lebih cergas, takde rasa lemau, takde rasa stress, muka tak pucat lesi & yg penting susu badan saya cukup sangat untuk baby. Malah, saya berjaya susukan anak kedua saya secara penuh sehingga hampir 2 tahun! Sebab? Sebab walaupun letih bekerja & dah mula haid setiap bulan, tapi badan tetap rasa cergas & mampu untuk menghasilkan susu secukupnya.


2. MENGAJAR ERTI GAYA HIDUP SIHAT

Dari masa ke masa, makin banyak produk Shaklee saya amalkan. Bermula dari menyusu, saya mula nak cantikkan kulit & bentuk badan pula. Eh, macam ketagih pulak. Ye la, sebab dah berkesan kan.. hehehe..

So bila dah berkesan, kita akan makin sayang diri kita tau. Dari makan produk untuk pecahkan lemak & kawal kolesterol, kita mula pula elakkan makanan berproses, elakkan makanan berminyak, elakkan gula berlebihan, kurangkan garam dalam makanan & mula sukakan sayur-sayuran & buah-buahan.

Sebab, kalau kita betul-betul kenal Shaklee, syarikat Shaklee itu sendiri pun bukan sekadar menggalakkan pengambilan supplemennya yg berasaskan bahan semulajadi; tetapi juga turut menggalakkan kita mengamalkan gaya hidup sihat. Ini termasuklah mengawal pemakanan & mengamalkan senaman. Free motivation. Best kan?


3. KELUARGA LEBIH SIHAT

Dari mengamalkan untuk diri sendiri sahaja, saya ajak pula suami, anak-anak & ibu bapa saya amalkan produk Shaklee. Saya belikan produk yg sesuai untuk mereka. Ye la, kata sayang kan?

Hasilnya? Kami jarang jatuh sakit & jadi 'pelawat setia' klinik/hospital. Dan, kami dah tak jadi 'penagih Panadol' dah. Kalau dulu, mudah sangat demam. Pastu makan Panadol. Tak berkesan juga, pergi la klinik. Ambil ubatan berdadah.

Bukan anti ubat; tapi kesian badan kita kalau setiap bulan nak kena makan ubat berdadah kan? Semua tu ada effect pada sistem imun badan & fungsi organ tau. Bila dah terbiasa makan ubat, badan jadi 'lali' dengan keberkesanan ubat tu. So, makin lama makin kena up lagi dosage ubat tu. Ish...


4. DAPAT JANA INCOME SAMBIL BANTU ORANG JADI MAKIN SIHAT

Orang kata, kalau nak berniaga, biarlah berniaga barang yg memberi manfaat kepada orang dengan cara yg betul. Bukan sekadar 'nak cari duit poket sendiri' semata-mata. Betul kan? Takkan kita nak jual produk yg membahayakan nyawa orang. Berkat ke duit hasil usaha sebegitu?

Shaklee beri saya peluang ini dengan sangat luas. Keseronokan sebenar dalam bisnes ni adalah bila kita dapat bantu orang jadi lebih sihat hasil dari produk yg kita sarankan pada mereka.

Ada yg susah hamil, jadi beranak-pinak. Ada yg berjerawat teruk, jadi cantik berseri. Ada yg gemuk, jadi slim disayangi suami. Ada suami perokok, jadi hensem & wangi. Ada yg terbaring lemah, jadi mampu berjalan.
Tak seronok ke?


5. DAPAT CAPAI ONE OF MY ULTIMATE DREAMS

Apa impian teragung saya tu?
Saya nak duduk rumah melihat anak-anak membesar. Saya nak mereka makan minum dari air tangan saya setiap hari. Saya nak mereka lihat saya ada bersama mereka setiap hari ketika mereka membesar. Saya nak jadi ibu dalam erti kata sebenar. Tapi dalam masa yg sama saya mahu ada pendapatan sendiri. Bukan kerana suami tak mampu; tapi kerana saya MAHU.

Shaklee beri saya peluang ini. Dari seorang ibu bekerja yg sangat kurang masa bersama anak, menjadi seorang surirumah berpendapatan (WAHM) yg sentiasa ada di sisi anak saya. Malah, suami juga sangat-sangat gembira dengan 'jawatan' saya sekarang.
Allahuakbar.

Maka, nikmat Allah yg mana lagi yg mahu saya dustakan?


Irda
014-984 0240
Shaklee Independent Distributor yg sedia menbantu anda.

No comments:

Post a Comment