Mengapakah nutrisi yg mencukupi amat penting untuk diambil oleh ibu hamil?
Bayi/janin yg sedang membesar di dalam perut si ibu amat-amat memerlukan nutrisi yg secukupnya untuk menyokong perkembangan tumbesaran mereka dari sehari ke sehari. Jika kita mengikuti mana-mana laman web kehamilan yg menjelaskan perkembangan janin setiap minggu, kita akan dapati bahawa setiap minggu itu pasti akan menjadi jangka waktu khas bagi perkembangan fizikal & otak yg tertentu pada janin.
Sebagai contoh, di peringkat awal, bayi memerlukan bekalan asid folik yg secukupnya bagi pembentukan saraf yg kuat serta otak yg cukup sifatnya. Tanpa bekalan yg mencukupi, proses pembentukan ini pasti akan terganggu. Selain itu, apabila memasuki bulan ketiga kehamilan, bayi memerlukan bekalan Omega-3 bagi pembentukan otak & motor skill bayi. Seterusnya, bekalan kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang & asas gigi yg kuat pada bayi. Bayi juga memerlukan bekalan protein & lemak baik yg mencukupi untuk membina daging serta otot bagi seluruh tubuhnya.
Sememangnya bayi tidak akan menyerap secara terus dari pemakanan si ibu. Tetapi, bayi akan menyerap segala nutrisi yg diperlukan daripada si ibu melalui tali pusatnya & urinya. Jadi, bayangkan jika si ibu adalah merupakan ibu yg kurang bekalan nutrisi. Sudahlah nutrisi sedia diserap oleh si bayi; tubuhnya sendiri pula akan menjadi semakin lemah & mudah jatuh sakit akibat kurangnya bekalan nutrisi untuk dirinya sendiri.
Apakah kesan kekurangan nutrisi pada ibu & bayi?
Ada beberapa kesan utama yg dapat dilihat sama ada sejak ibu masih dalam kehamilan lagi & ada juga kesan yg hanya dapat dilihat setelah bayi dilahirkan. Antaranya;
KESAN PADA IBU:
- Badan berasa lemah & kurang bertenaga
- Mudah jatuh sakit akibat sistem imun yg lemah
- Alahan yg teruk & berpanjangan
- Dehidrasi
- Kurang selera makan
- Kelihatan cengkung & tidak bermaya
- Kulit kusam
- Emosi tidak stabil & mudah stress
- Mudah terkena simpul biawak/mengkarung pada betis
- Sakit lutut, pinggang, belakang & kaki akibat postur & pertambahan berat
- Berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis sewaktu hamil (GDM) serta tekanan darah tinggi
- Berisiko tinggi untuk mendapat 'kencing kotor' atau Urine Tract Infection (UTI)
- Berisiko untuk jangkitan kuman pada vagina (GBS)
KESAN PADA BAYI:
- Mengalami spina bifida atau kecacatan otak & saraf akibat kekurangan asid folik.
- Perkembangan yg tidak setara dengan jumlah minggu kehamilan (bayi kecil dari saiz yg sepatutnya)
- Pertumbuhan tulang yg tidak kukuh
- Asas pembentukan gigi yg kurang sihat (akibatnya gigi mudah rapuh setelah besar)
- Risiko jangkitan kuman terutamanya jika si ibu mempunyai GBS atau UTI
- Sistem imun yg lemah & mudah jatuh sakit setelah lahir
- Berat badan yg berkurangan
- Motor skill & perkembangan otak bayi yg lambat akibat sel-sel otak (neuron) yg kurang dirangsang atau berkurangan
Apakah nutrisi yg diperlukan oleh ibu hamil & bayi?
Hampir kesemua nutrisi harian yg penting dalam kehidupan seharian kita adalah sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil bagi keperluan dirinya serta bayi di dalam kandungan. Antaranya adalah:
- KALORI
Kalori dari sumber yg sihat seperti dari karbohidrat, protein & buah-buahan diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada ibu hamil. Ibu hamil memerlukan hampir 300kcal lebih berbanding wanita dewasa yg tidak hamil.
- ASID FOLIK
Penting untuk pertumbuhan saraf & otak janin. Asid folik diperlukan sebanyak 600-800mg oleh ibu hamil & sebaiknya mula diambil dalam tempoh 3-6 bulan sebelum seorang wanita hamil.
- KALSIUM
Janin/bayi di dalam kandungan menyerap kalsium sedia ada yg terdapat di dalam tulang ibu. Maka, ibu hamil perlu menambah jumlah kalsium di dalam badannya agar tidak berisiko untuk mendapat masalah osteoporosis atau tulang reput di kemudian hari. Jumlah kalsium harian yg disarankan diambil adalah sebanyak 1,200mg sehari. Kalsium juga amat membantu ibu mengurangkan rasa sakit pinggang, sendi, tulang & badan akibat postur mengandung serta pertambahan berat badan. Kalsium juga mampu membantu melembutkan najis serta mengelakkan sembelit sepanjang kehamilan. Kalsium sebaiknya diambil bersama-sama vitamin D untuk mengoptimumkan penyerapannya oleh badan kita.
- IRON
Iron ataupun zat besi amat penting bagi memastikan bacaan HB yg stabil sepanjang kehamilan. Walaupun sesetengah ibu hamil akan berasa loya apabila mengambil iron, namun ia tetap wajib diambil. Bacaan HB yg rendah menunjukkan paras oksigen yg rendah dalam darah ibu untuk dibekalkan kepada janin/bayi. Janin yg tidak menerima bekalan oksigen secukupnya berisiko untuk mati di dalam kandungan.
- VITAMIN C & ANTIOKSIDA
Kedua-keduanya penting terutamanya untuk memastikan sistem imun yg 'kebal' sepanjang kehamilan & selepas kehamilan. Ibu hamil yg mudah jatuh sakit akan lebih berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yg lebih serius sama ada sewaktu hamil mahupun selepas melahirkan. Bukan itu sahaja, malah jangkitan kuman pada ibu yg mempunyai sistem imun yg lemah juga berisiko tinggi untuk 'diwairisi' kepada bayi yg bakal lahir.
- FIBER/SERAT
Serat amat penting untuk membantu sistem penghadaman yg lancar sepanjang kehamilan. Perubahan hormon sewaktu hamil itu sendiri akan menyebabkan ibu hamil sangat mudah mengalami masalah sembelit. Sekiranya ditambah lagi dengan kurangnya pengambilan serat dari sumber yg sihat seperti sayuran, buah-buahan serta bijirin, maka masalah sembelit adalah berisiko tinggi untuk dihadapi oleh ibu hamil.
- ASID LEMAK OMEGA-3
Omega-3 mempunyai fungsi 2 dalam 1 bagi ibu hamil. Pertamanya, ia boleh membantu mengukuhkan sistem imun si ibu agar tidak jatuh sakit. Kaduanya, ia amat penting untuk membantu pertumbuhan otak bayi; terutamanya dari aspek merangsang pertumbuhan sel-sel otak (neurons) serta membantu merangsang motor skill bayi sejak dalam kandungan lagi.
- PROTEIN
Protein adalah amat penting sebenarnya untuk ibu & bayi. Protein adalah 'makanan asas' kepada sel badan kita. Maka, jika sel badan kita mendapat bekalan makanan yg sihat & secukupnya, maka secara keseluruhan badan kita akan menjadi sihat. Selain itu, protein juga memberikan tenaga yg lebih berpanjangan berbanding sumber yg lain. Ini kerana nilai glisemik index (GI) yg rendah menyebabkan ia akan lebih lambat diuraikan atau 'dihabiskan' oleh badan. Protein juga membantu pertumbuhan sel kulit baru yg lebih elok. Justeru, ibu hamil akan kelihatan lebih glowing & berseri sepanjang kehamilan. Bagi janin/bayi di dalam kandungan pula, protein membantu pembentukan daging, otot serta lemak yg sihat.
Cukupkah bekalan nutrisi hanya dari pemakanan seharian sahaja?
Boleh jadi mencukupi. Terutamanya apabila kita benar-benar mengira jumlah nutrisi yg diperolehi dari setiap sesi pemakanan kita. Untuk itu, ibu hamil WAJIB mengambil jumlah nasi, daging, bijirin, sayuran serta buah-buahan dalam kuantiti yg memenuhi keperluan nutrisi yg diperlukan. Sebagai tambahan, sumber setiap makan tersebut haruslah TIDAK DICEMARI oleh bahan kimi lain seperti racun serangga, baja kimia atau apa-apa bahan sewaktu dalam proses penanaman & penyediaan yg boleh menggangu gugat jumlah nutrisi sebenar yg boleh diperolehi daripada satu-satu sumber semulajadi tersebut.
Adakah pilihan lain sekiranya pemakanan harian tidak membekalkan nutrisi yg sepatutnya?
ADAAA.
Anda boleh mengambil supplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian yg diperolehi daripada pemakanan semulajadi. Namun, anda perlu PASTIKAN bahawa supplemen yg diambil adalah terdiri daripada bahan semulajadi; bukannya supplemen sintetik. Ini kerana, walaupun supplemen sintetik juga membekalkan nutrisi kepada kita, namun hakikatnya ia mampu memberi kesan sampingan lain yg membahayakan di kemudian hari seperti kerosakan buah pinggang & sebagainya.
SET IBU HAMIL SHAKLEE menyediakan supplemen vitamin yg lengkap untuk ibu hamil. Walaupun kita telah sedaya upaya menjaga pemakanan seimbang sewaktu hamil, namun, adalah amat penting untuk kita memastikan bekalan nutriisi yg diterima oleh tubuh badan kita mahupun bayi di dalam kandungan yg tersayang adalah mencukupi.
Nak order terus set ini? Boleh terus klik DI SINI.
Hubungi saya melalui Whatsapp di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan konsultasi eksklusif selepas anda menerima order anda ye.
Atau anda boleh hubungi saya trlebih dahulu untuk sebarang pertanyaan atau pembelian secara personal dari saya. (^_^)
No comments:
Post a Comment