Pages

KELEBIHAN BELI PRODUK SHAKLEE DARI PENGEDAR BERBANDING PORTAL ONLINE E-COMMERCE

Sekarang ni, sangat popular trend online shopping dari portal-portal e-commerce seperti Lazada, Shoppee, 11 Street & sebagainya. Rasa macam urusan pembelian barang jadi mudah sangat sebab tak perlu nak bersusah-susah start kereta, jalan kaki & beratur panjang di kaunter untuk beli barang yg kita mahukan.



Apa yg sedihnya, produk Shaklee pun tak terlepas daripada menjadi salah satu barang yg orang beli secara online melalui portal-portal online ni; dengan alasan harga yg ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga yg diberikan oleh pengedar. Tapi, tahukah/sedarkah anda tentang beberapa isu ini apabila anda membeli produk Shaklee dari portal berbanding dari pengedar?


1. ISU TARIKH LUPUT


PORTAL: Telah banyak berlaku kes di mana barang yg dipesan dari portal online adalah barang yg telah sampai tarikh luputnya. Kenapa? Sebab vendor di portal kebiasaannya memborong stok sewaktu promo sesuatu produk dijalankan. Namun, stok tidak laris dalam jangka terdekat. Maka vendor tersebut mengambil jalan mudah untuk menjual stok pada harga murah secara 'desperate' dengan tujuan 'janji balik modal' ataupun 'janji barang jalan/let go' walaupun terpaksa rugi sedikit. Dalam kes sebegini, pembeli yg asalnya nak 'jimat sedikit' sudahnya jadi 'rugi sepenuhnya'.


PENGEDAR: Semua pengedar Shaklee tidak dibenarkan membuat lambakan stok mengikut P&R rasmi syarikat. Jika ada pun, cuma sedikit stok in hand bagi tujuan COD di kawasan berhampiran. Pengedar akan kerap memesan stok terkini sama ada dari portal khas terus dari HQ ataupun membeli stok terkini dari mana-mana cawangan Shaklee yg berdekatannya. Ataupun, jika pelanggan membuat pesanan secara online, Pengedar akan memesan terus barang melalui portal khas tersebut & barang akan diposkan oleh pihak Shaklee sendiri terus kepada alamat pelanggan. Stok di HQ & seluruh cawangan Shaklee adalah sentiasa terkini.


2. ISU KONSULTASI CARA PENGAMBILAN


PORTAL: Tiada konsultasi tentang cara pengambilan produk yg akan diberikan. Mungkin ada yg berpendapat cara pemakanan/pengambilan boleh didapati dari label pada botol atau 'google sahaja di internet'. Tapi, tahukah anda bahawa tindak balas badan setiap kita berbeza-beza? Ini terutamanya bagi beberapa produk yg agak 'kuat' kesannya kepada badan seperti Vivix, Alfalfa, GLA Complex ataupun skincare YOUTH. Jika ada apa-apa perubahan (body adjustment/healing crisis) yg anda rasakan selepas mula mengamalkan produk yg dibeli, pada siapa anda mahu bertanya? Siapa yg mahu bertanggungjawab atas isu yg anda hadapi?


PENGEDAR: Shaklee Malaysia menetapkan bahawa semua Pengedar perlu bertanggungjawab ke atas setiap produk yg dijual kepada pelanggan. Maka, setiap pembelian haruslah disertakan dengan konsultasi cara pengambilan yg betul mengikut situasi kesihatan pelanggan; dan kemudiannya disertai dengan follow up untuk memastikan pelanggan benar-benar memperolehi kesan yg paling optimum hasil pengambilan produk Shaklee. Jika pelanggan ada apa-apa soalan tentang produk atau cara pengambilan juga, mereka boleh menghubungi Pengedar mereka pada bila-bila masa.


3. ISU KEJUJURAN


PORTAL: Asasnya, penjualan produk Shaklee melalui portal e-commerce adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ahli yg dikesan/didapati menjadi vendor di mana-mana portal e-commerce akan dikenakan tindakan pembatalan ahli oleh pihak Shaklee Malaysia. Mereka takkan boleh lagi menjadi ahli selamanya. Justeru, jika anda membeli dari portal e-commerce, anda sebenarnya 'bersubahat' dengan mereka yg tidak jujur dalam berniaga!


PENGEDAR: Ramai juga yg menganggap Pengedar 'menipu' kerana menjual produk pada harga yg lebih tinggi berbanding portal e-commerce. Hakikatnya, Shaklee Malaysia telah menyediakan jadual garis panduan harga retail jualan untuk setiap produk & setiap Pengedar perlu mematuhinya. Termasuk juga kos pos/penghantaran. Maka, tiada istilah 'Pengedar sengaja nak untung lebih' sebenarnya. Sebaliknya Pengedar hanya bersikap jujur sejujur-jujurnya dalam menjalankan perniagaan yg menjadi hasil pendapatan mereka.


Buatlah pilihan yg bijak. Jangan hanya mengharap peniaga sahaja menjadi pihak yg jujur dalam berurusniaga. Kita sebagai pelanggan/pembeli juga perlu jujur & bijak dalam membuat pilihan.


Irda Bay

Pengedar Shaklee Anda.

ID: 909714

www.wasap.my/60149840240