Semalam saya share tips-tips berpuasa untuk ibu menyusu.. hari ni nak share pulak tips-tips berpuasa untuk ibu hamil... kebetulan jugak nih, ramai ahli keluarga & kenalan rapat saya yg sedang hamil sekarang nih.. ada yg baru 3 bulan dan masih loya-loya, ada yg sedang selesa di trimester kedua, dan ada jugak yg dah sarat nak 'tunggu hari' je.. hehehe.. apa-apa pun, saya sendiri pernah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan sewaktu mengandungkan anak sulung saya dahulu... Ternyata, MEMANG KENA JAGA PEMAKANAN tau untuk memastikan kita kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka! (^_^)
Ok, jom kita tengok wahai mak buyung-mak buyung sekalian ye... ^_^
Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:- Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
- Susu atau yogurt rendah lemak;
- Sup jernih.
- Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
- Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
- Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh; dan, banyak sayur-sayuran.
- Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
- Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
- Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
- Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
- Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadhan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:- Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
- Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
- Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
Adakah supplement Shaklee yang boleh membantu saya bertenaga sepanjang hari saya berpuasa?
Adaaaa! Ini dia... gabungan Triple Mighty Gem! Boleh dicampur ketiga-tiganya untuk dijadikan hidangan ENERGY SHAKE anda sepanjang Ramadhan!
MEALSHAKES >> dengan rasa French Vanilla yg lazat, ia akan meambahkan perasa yg lazat pada Energy Shake anda! Dengan 19 vitamin & mineral yg lengkap, ia akan memastikan badan anda mendapat bekalan yg secukupnya untuk bertahan sehingga waktu berbuka!
ESP >> Energy Booster berasaskan non-GMO soya & kaya dengan protein ini, akan menjadikan akan berasa kenyang untuk jangka masa yg lama..
PERFORMANCE DRINK >> Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi. Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul). Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
SELAMAT BERPUASA IBU-IBU HAMIL SEKALIAN!
Untuk pesanan
vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent
Distributor (Irda - ID 909714)
Email:
irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp:
014-984 0240
COD: Sekitar Johor
Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.
* Produk ini
bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang
penyakit.
Set might gem ni memang ramai yang amalkan time berpuasakan.. memang best set ni..
ReplyDelete