Pages

TIPS BERPUASA IBU MENYUSU

Assalamualaikum semua...

Sedar tak sedar, kita dah melangkah masuk ke bulan Syaaban.. dalam erti kata lain, tak sampai sebulan sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan a.k.a bulan puasa... So, ramai laa sekarang ni yg tengah 'berlumba-lumba' nak ganti puasa kan... hehehe... saya sendiri pun belum habis mengganti puasa yg ditinggalkan sebanyak 29hari pada tahun lepas dek kerana berpantang! >_<

Jadi, sempena bulan Syaaban yg sedang berlangsung & Ramadhan yg bakal menjelang tiba, jom kita tengok 13 TIPS BERPUASA UNTUK IBU YG MENYUSUKAN BAYI (macam saya).. (^_^)

Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita untuk terus berpuasa penuh sebulan. (jika tak datang bulan la..hehe)

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.



2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.


4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.


7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)



9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.

10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samadakurang menyusu terus bayi atau memerah susu.


13) Jika anda rasa anda 
menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiatuntuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

credit: Pa&Ma Julai '12 

1 comment:

  1. Salam, minta izin untuk kongsi tips ni kat blog saya di http://keluargazaim.blogspot.com. TQVM

    ReplyDelete