Pages

TIPS ELAKKAN ANAK SUKA MAKANAN SEGERA & RAPU

Seringkali bila waktu petang membawa anak-anak beriadah di taman bandar, saya lihat anak sekecil belum 2 tahun pun sudah diberi makanan seperti nugget, sosej, daging burger & air berperisa yg dijual di gerai-gerai di sekitar kawasan taman. Kebanyakannya memakan dengan lahap & sungguh berselera. Ada sekali tu, anak tu masih terkedek-kedek lagi langkahnya (mungkin agak baru pandai berlari), sudah diberi minuman berkarbonat oleh bapanya! Allahuakbar..


Ada juga sebenarnya segelintir ibu bapa yg seawal umur anak setahun pun sudah mula memberikan isi nugget ataupun sosej kepada anak mereka. Alasannya, kononnya sebab daging yg telah diperoses itu lembut sahaja teksturnya. Jadi ia tidak akan menimbulkan masalah untuk dikunyah oleh anak kecil. Allahu..


LEMBUT TAPI 'BERACUN'!

Lembut memang lembut.. tapi, apa khasiat yg diperolehi oleh anak-anak dengan mengambil makanan sebegitu? Tahu tak bahawa makanan tu semua sebenarnya merosakkan perut, diri & otak anak kita sendiri? Kenapa? Sebab makanan tu semua:

❌ Telah diproses. Bukan semulajadi  & tidak segar.
❌ Kebiasaannya tidak mengandungi khasiat sayuran & buah-buahan sebenar. Hanya perisa sahaja; dan ada kalanya parisa itu direka hasil dari campuran bahan kimia.
❌ Tinggi sodium ataupun garam.
❌ Tinggi gula.
❌ Mengandungi perasa seperti monosodium glutamate yg banyak.
❌ Mengandungi pewarna, perisa & pengawet tiruan.


APA KESAN PENGAMBILAN MAKANAN TIDAK SIHAT INI DENGAN KERAP ATAU TERLALU BANYAK?

Kita mungkin rasa gembira bila melihat sekurang-kurangnya anak kita 'mahu makan' bila diberikan makanan seumpama ini. Sekurang-kurangnya mereka kenyang dan tidak meragam. Kita pun tak perlu susah-susah hati atau nak kena paksa mereka untuk makan. Tapi hakikatnya, apa khasiat yg mereka perolehi? Tahu tak bahawa kita sebenarnya secara tak langsung telah menjadi 'silent killer' kepada anak kita sendiri?

Anak-anak yg terlalu kerap atau banyak diberi makanan tidak sihat ini akan berisiko untuk:

  • Menjadi obesiti akibat diet yg tidak seimbang; tinggi garam & gula.
  • Mendapat penyakit kronik di usia muda. Bayangkan, jika seawal usia 1-2 tahun sudah banyak mengambil lemak tepu hasil dari makanan berproses & bergoreng, berapa banyak kolesterol yg terkumpul di sekeliling organ mereka? 
  • Mudah jatuh sakit kerana sistem imun yg lemah. Sudahlah tak dapat khasiat sayuran, makan pula banyak perisa, pewarna & pengawet. Semua itu boleh menjejaskan sistem imun mereka. Maka tidak hairanlah jika anak anda mudah diserang demam, batuk atau selsema.
  • Lambat atau lembab dalam pelajaran. Perisa & pengawet dalam makanan berproses mampu mengganggu perkembangan sel otak (neuron) anak-anak. Pernah dengan orang tua-tua kata; "jangan banyak makan mee segera atau jajan.. nanti jadi BODOH." Pernah kan? Itulah realititinya. Bukan auta.
  • Semakin tidak minat untuk memakan makanan yg segar dari bahan semulajadi seperti ayam sebenar, daging, ikan apatah lagi sayuran & buah-buahan.
  • Tak suka minum air kosong/masak. Mana tidaknya, bila lidah sudah biasa dijamu dengan pelbagai rasa, alamatnya air kosong takkan rasa menarik langsunglah kan!



APA NAK BUAT SUPAYA ANAK-ANAK KURANG SUKA PADA MAKANAN SEGERA/RAPU?

Nak galakkan anak-anak supaya mengambil pemakanan yg sihat & berkhasiat, WAJIB bermula dari ibu bapanya. Kalau ibu bapa pun suka makan makanan yg tak sihat & merapu, takkanlah nak jadi ketam yg mengajar anaknya berjalan lurus pula kan?

So, kita boleh mulakan dengan mengamalkan teknik-teknik ini dalam keluarga kita:

✔ Ibu bapa sendiri perlu memulakan amalan pemakanan yg sihat. Pastikan terdapat variasi karbohidrat, protein, sayuran & buah-buahan dalam portion yg betul setiap kali waktu makan.
✔ Amalkan penyediaan makanan berasaskan sumber yg fresh seperti daging ayam/lembu sebenar, ikan atau makanan laut yg segar berbanding daging yg telah diproses.
✔ Pastikan ada hidangan sayuran pada setiap kali waktu makan.
✔ Biasakan kudapan buah-buahan ataupun kekacang berbanding fries, keropok atau makanan ringan berperisa.
✔ Sejak anak berusia 7 bulan lagi, sebaik sahaja mereka boleh diberi makanan selain susu ibu, biasakan mereka dengan puri buah-buahan & sayuran berbanding nestum segera. Masakkan juga mereka bubur nasi dari beras yg asli.
✔ Biasakan mereka meminum air kosong pada setiap masa berbanding air manis.
✔ Elakkan menjadikan makanan segera seperti burger, sosej, pizza, fries & seumpanya sebagai 'makanan penyelamat' jika anda tak sempat memasak sendiri di rumah.
✔ Hadkan pengambilan makanan rapu (jajan) seperti keropok, chips, coklat & gula-gula terutamanya ketika beriadah atau travel.


Yg PALING PENTING sebenarnya, ibu bapa perla banyak bersabar dalam melayan karenah anak-anak dalam penyediaan pemakanan mereka. Memberi & menyediakan makanan lengkap & seimbang kepada anak-anak boleh jadi suatu proses yg sangat mencabar. Namun, ia sangat penting demi memastikan kesihatan anak-anak yg berpanjangan.



No comments:

Post a Comment