CARA BERKESAN UNTUK BANTU MENGUBATI KENCING MANIS, STROKE & THYROID

Tahukah anda bahawa 3 jenis penyakit ini iaitu kencing manis, stroke & thyroid lebih mudah untuk diubati dengan pengambilan supplemen? YA. Kerana ketiga-tiga penyakit ini adalah antara penyakit yg memerlukan pesakit untuk memperbaiki sel-sel sedia ada serta sel-sel yg telah rosak teruk akan digantikan dengan pertumbuhan sel baru yg elok & sihat. Hasilnya, supplemen ini amat membantu untuk mengubati pesakit kencing manis, stroke & thyroid. Meh, saya nak share dengan anda 3 TESTIMONI PENGGUNA VIVIX yang melibatkan 3 jenis penyakit berbeza iaitu KENCING MANIS (DIABETES), STROKE & THYROID. Kita tengok sendiri macam mana Vivix ni, dengan hanya 1 sudu kecil sehari boleh mengubah seluruh kehidupan pesakit-pesakit yg hampir tiada harapan ni.


ubat untuk thyroid


TESTIMONI 1:
===========
Lelaki berusia awal 30-an yang menghidap diabetes serta seorang ibu yang juga menghidap diabetes, berserta beberapa komplikasi lain iaitu sakit lutut,darah tinggi, jantung bengkak & sakit badan. Beransur sembuh selepas hanya 2 minggu sahaja tau. Yg penting, kita yakin dengan apa yg kita ambil.


vitamin untuk kencing manis


TESTIMONI 2:
==========
Ibu yg telah diserang minor stroke mampu sihat & berjalan semula selepas mengambil Vivix HANYA SELEPAS 3 HARI SAHAJA! Jika anda tahu nilai 'keajaiban' yg boleh Vivix bawa ke dalam hidup anda, wang bukanlah lagi ukuran. Malah anda PASTI dapat melihat pembelian Vivix ini adalah pelaburan yg amat berbaloi-baloi.


cara mengubati stroke


TESTIMONI 3
==========
VIVIX berjaya menghilangkan tiroid dalam masa 14 hari sahaja. Semuanya dengan ikhtiar & kuasa Allah S.W.T.. Alhamdulillah.. (^_^)




BAGAIMANAKAH VIVIX BERTINDAK UNTUK MEMBANTU DIABETES, STROKE & THYROID?

1. Mempertahankan sel (cell defense).
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy).
3. Memperbaiki sel (cell repair).
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance).


SIAPAKAH LAGI YANG SEPATUTNYA MENGAMBIL VIVIX?

1. Warga emas.
2. Mereka yang mempunyai risiko kanser.
3. Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser.
4. Mereka yang menghidap diabetes Jenis 1.
5. Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit.
6. Mereka yang tua sebelum masanya.
7. Mereka yang tinggi kolesterol dalam darah.
8. Mereka yang berisiko sakit jantung.
9. Warga emas yg menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit lutut, tulang dan sebagainya dalam satu masa. Jadi, mereka tidak perlu menelan banyak jenis pil dalam satu masa.

*Nota:

» Jangan ambil Vivix sekiranya anda sedang menjalani rawatan kimoterapi.
» Ibu mengandung tidak boleh mengambil Vivix.
» Ibu menyusu tidak digalakkan mengambil Vivix.

========================================================================


HARGA RETAIL NORMAL VIVIX: RM475

*Dapatkan keahlian percuma seumur hidup (bernilai RM69) dengan pembelian 2 botol Vivix!
*Dapatkan DISKAUN 20% dan mata terkumpul apabila mendaftar sebagai Ahli Shaklee! Dan beli produk Shaklee dengan Harga Ahli terus semasa pendaftaran dibuat!
*Pendaftaran HANYA RM69 untuk seumur hidup!

========================================================================


Jika ada di antara ahli keluarga anda yg menghidap kencing manis, stroke ataupun thyroid, jangan lepaskan peluang untuk menghubungi saya & mencuba Vivix. Belum pernah ada yg menyesal selepas merasai sendiri kesan hebat Vivix ini. Ia mampu mengubah hidup seseorang yg hampir putus harapan. Ia sememangnya BERKESAN.


Irda


014-984 0240 (SMS/Whatsapp)


SID Pro Anda.

CARA MUDAH MENURUNKAN BACAAN KENCING MANIS SUPAYA TAK PERLU POTONG KAKI

Tahukah anda bahawa 1 daripada 7 rakyat Malaysia kini menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes? Ya. Dan apa yg lebih menggerunkan adalah, semakin ramai rakyat Malaysia yg menghidap penyakit kencing manis pada masa kini terdiri daripada golongan muda yg masih aktif bekerja. Mengapa? Kerana majoriti rakyat Malaysia semakin tidak mengamalkan gaya hidup & pemakanan yg sihat. Kita terlalu banyak meminum air kotak, jus, air berkarbonat dalam tin, kuih-muih, teh tarik, nasi tinggi kanji, merokok serta kurang minum air kosong & malas bersenam. Sebelum terlambat, kita perlu mengambil langkah untuk menurunkan bacaan kencing manis kita. Jika tidak, anda harus menanggung akibatnya, malah mungkin boleh kehilangan kedua-dua belah kaki anda!


kencing manis


Berapakah bacaan paras gula yg normal?

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad (rujuk artikel berkaitan di sini), bacaan paras gula yg normal bagi seseorang yg tidak hamil adalah di bawah 5.5mmol/L apabila seseorang itu berpuasa. Jika diuji 2 jam selepas makan, bacaan paras gula normal adalah kurang daripada 7.0mmol/L. Dan selepas 3 jam, bacaan tersebut sepatutnya menurun sehingga kurang daripada 6.0mmol/L.

Kebiasaannya, untuk menguji sama ada seseorang itu benar-benar mempunyai kencing manis ataupun tidak, adalah dengan mengambil ujian Oral Glucose Tolerance Test (OGTT). Dalam ujian ini, pesakit akan diminta untuk meminum air gula. Bacaan paras gula akan diambil sebelum dan selepas pesakit meminum air gula tersebut. Jadual berikut menunjukkan indikator hasil bagi bacaan bagi ujian OGTT tersebut.


bacaan kencing manis

Jika anda mempunyai bacaan paras gula yg melebihi normal, maka ujian OGTT ini perlu diulang dalam tempoh masa tertentu mengikut konsultasi doktor anda.

Apakah risiko yg anda hadapi apabila menghidap kencing manis?

Ada 9 risiko merbahaya yg mungkin akan anda hadapi apabila anda menghidap kencing manis, iaitu:


  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Pandangan mata yg semakin kabur - boleh menjadi buta akhirnya
  • Komplikasi/serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Koma
  • Angin ahmar/stroke
  • Penyakit saraf (neuropati)
  • Gangrene (sebahagian tubuh menjadi hitam & mati)
  • Anggota badan dipotong (kebiasaannya akibat luka yg dijangkiti kuman dan sukar sembuh).

merawat kencing manis
Luka yg amat mudah dijangkiti kuman dan merebak sering terjadi kepada pesakit kencing manis. Luka ini amat sukar untuk sembuh. Akhirnya, anggota badan yg terlibat biasanya harus dipotong untuk mengelakkan jangkitan yg lebih teruk lagi.


Bagaimanakah cara mudah untuk menurunkan bacaan kencing manis supaya tidak lagi berhadapan risiko berbahaya tersebut?

Terdapat beberapa petua tradisional & tips moden untuk menurunkan bacaan kencing manis dengan mudah. Hampir kesemuanya melibatkan pemakanan dan perubahan gaya hidup yg lebih sihat.

1. Kurangkan mengambil makanan tinggi kandungan gula - seperti kuih-muih, air tin/kotak, gula-gula, susu pekat manis, serta minuman di restoran.


punca kencing manis
Perbandingan kandungan gula dalam beberapa jenis air minuman di pasaran


2. Perbanyakkan minum air kosong - sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan seharusnya lebih apabila anda mempunyai berat badan berlebihan.
3. Kurangkan makan di restoran atau di kedai makan. Perbanyakkanlah memasak sendiri makanan di rumah - ini membolehkan anda mengawal sendiri jumlah gula yg dimasukkan ke dalam makanan & minuman anda.
4. Menukar beras biasa anda kepada beras perang atau beras basmathi yg lebih rendah kandungan kanjinya. Tukar juga gula pasir anda kepada gula perang.
5. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran yg membantu mengurangkan paras gula seperti brokoli, peria katak, bayam & kekacang hijau.
6. Perbanyakkan mengambil 'Superfood' yg boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah seperti yogurt, roti bijirin penuh, minyak zaitun mentah, oat serta buah-buahan sitrus seperti lemon & limau.


superfoods


7. Mengamalkan mengambil bawang putih (petua tradisional Cina). Tetapi, jika nak mujarab, haruslah mengambil 4-5 biji bawang putih dalam sehari.
8. Mengambil sirap Vivix Shaklee. Kajian klinikal membuktikan bahawa Vivix Shaklee adalah antioksidan yg sangat kuat dan amat membantu menurunkan bacaan kencing manis dengan mudah serta dalam masa yg singkat. Vivix juga membantu untuk memperbaiki sel-sel yg telah rosak serta membantu pertumbuhan sel baru yg lebih elok & sihat.

Telah banyak testimoni yg menunjukkan keberjayaan menurunkan bacaan kencing manis dengan berkesan dengan pengambilan Vivix. Dan 99% pesakit kencing manis yg telah mencuba Vivix merasakan ini adalah pilihan yg paling mudah untuk diamalkan iaitu dengan hanya pengambilan 1 sudu kecil sahaja setiap hari. Manakala kesannya pula dapat dilihat seawal 1-2 minggu.


Testimoni Vivix Shaklee membantu menurunkan bacaan kencing manis


ubat kencing manis


ubat kencing manis
ubat kencing manis

Jom amalkan gaya hidup yg lebih sihat. Cegah kencing manis sebelum ia 'menghantui' hidup anda. Jika anda atau ahli keluarga anda sudah pun mempunyai masalah kencing manis, masih belum terlambat untuk mengamalkan cara mudah menurunkan bacaan kencing manis yg telah saya sarankan tadi. Malah, telah ramai sebenarnya yg memilih untuk mengamalkan Vivix yg berasaskan bahan semulajadi untuk mengurangkan bacaan kencing manis dengan cepat & mudah. Hanya 1 sudu kecil sahaja setiap hari dan anda akan menjadi semkin sihat & bebas dari belenggu kencing manis.

Jika anda ingin membuat pilihan bijak mencegah kencing manis secara mudah dengan Vivix, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya SEGERA melalu SMS/Whatsapp di 014-984 0240 (Irda). Kerana semakin anda bertangguh, semakin tinggi risiko anda untuk merana seumur hidup & mungkin anda akan kehilangan salah satu anggota anda kelak!

Irda
Mentor Risiko Kencing Manis Anda.

SABUN CUCI BAJU UNTUK BAYI & SEISI KELUARGA - TAK PERLU ASINGKAN BAJU LAGI!

Pernah tak khususnya ibu-ibu di luar sana terfikir untuk memiliki sejenis sabun pencuci baju yg boleh digunakan untuk mencuci pakaian seluruh isi rumah? Kerana kebiasaannya, sabun pencuci yg dijual secara komersil tidak sesuai untuk digunakan bagi mencuci pakaian bayi & kanak-kanak. Ia akan menyebabkan sesetengah fabrik seperti cotton (kain kapas) menjadi kasar dan ini akan menimbulkan kerengsaan & reaksi tidak baik oleh kulit kanak-kanak; apatah lagi bayi.


tips mencuci pakaian bayi

Dan sememangnya, kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam. Bukan sahaja pada kanak-kanak, malah pada dewasa juga.


sabun cuci baju shaklee


Get Clean Fresh Laundry Concentrate dari Shaklee adalah sabun berasaskan bahan semulajadi yg selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga; malah ia selamat kepada alam sejagat juga. Haaaa.. inilah tips mencuci pakaian bayi & anak-anak yg PALING BEST tau. Get Clean Fresh Laundry Concentrate juga disahkan:

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Berkesan
  • Berkepekatan tinggi - hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
  • Mesra Alam - rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Jom TUKAR SABUN PENCUCI ANDA hari ini! Supaya pakaian lebih selesa dan pembelian lebih berbaloi untuk seisi keluarga. Eh, saya guna sekotak ni untuk hampir 6 bulan tau; dengan bilangan ahli keluarga 2 dewasa & 2 kanak-kanak yg sedang aktif membesar (sehari 4-5 pasang baju bertukar!). Bukan sekadar jimat, inilah saya rasa tips mencuci pakaian bayi & anak-anak yg paling berbaloi-baloi bagi saya seisi keluarga!

ORDER SEKARANG!

Irda
SID Pro Anda.
SMS/Whatsapp: 014-984 0240

10 TIPS MUDAH UNTUK BANTU KANAK-KANAK GEMUK/OBESITI

Kanak-kanak montel sering dikatakan comel. Tapi, kalau dah sampai terlebih berat badan yg terlampau sehingga masuk ke kategori obesiti, ia adalah sesuatu yg sangat patut dirisaukan oleh ibu bapa! Ibu bapa seharusnya tidak boleh mengikut 100% apa sahaja selera makan anak-anak. Ini kerana, semestinya kanak-kanak akan lebih memilih rasa yg sedap berbanding khasiat yg ada pada makanan tersebut. "Ikut rasa binasa". Itulah pepatah yg tepat. Nak turutkan selera anak, akhirnya mereka menjadi kanak-kanak yg gemuk atau lebih teruk lagi kanak-kanak obesiti!


vitamin untuk anak gemuk

Kanak-kanak yg obesiti menghadapi pelbagai risiko merbahaya dalam hidup mereka terutamanya dalam aspek kesihatan. Namun yg paling merbahaya adalah; kanak-kanak obesiti amat cenderung untuk menjadi dewasa yg juga mempunyai masalah kesihatan yg berat seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, asthma, lemah jantung & obesiti yg semakin teruk!

Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk mengelakkan anak-anak kita daripada menjadi terlebih berat ataupun obesiti. Tetapi, jika anak anda telahpun mempunyai seorang anak yg mula menunjukkan tanda-tanda kegemukan atau obesiti, JANGAN RISAU. Masih ada cara untuk anda memperbetulkan keadaan tersebut.

10 tips berikut boleh membantu ibu bapa yg mempunyai anak yg gemuk ataupun obesiti.


1. SEDIAKAN SARAPAN YG BERKHASIAT SETIAP PAGI

Sarapan yg berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan anak kita mendapat bekalan tenaga yg mencukupi untuknya menghadapi hari yg panjang. Sarapan anak-anak tidak seharusnya mengandungi lemak dan kalori yg berlebihan. Lemak & kalori yg berlebihan hanya akan memberikan tenaga untuk jangka pendek sahaja. Belum sampai waktu makan tengahari pun nanti, mereka sudah berasa amat lapar kembali!

Antara sarapan yg disarankan untuk kanak-kanak adalah:

  • Makanan berprotein tinggi seperti daging ayam, makanan laut seperti ikan, putih telur hancur, keju rendah lemak dan susu.
  • Makanan yg mengandungi karbohidrat mudah seperti wholemeal pasta, buah-buahan, kentang, roti bijirin penuh, keledek serta kekacang.
  • Makanan yg mengandungi lemak yg rendah seperti keju rendah lemak, minyak zaitun, kekacang serta mentega kacang.


2. ELAKKAN MINUMAN BERKALORI TINGGI

Kalori kebiasaannya mudah diperolehi daripada gula. Jadi, elakkan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi seperti minuman dalam kotak, jus buah dalam kotak/botol ataupun minuman berkarbonat. Anak-anak yg obesiti juga amat digalakkan untuk mengambil susu dari jenis rendah lemak.


3. BERIKAN MEREKA SNEK

Cara pemakanan yg sihat adalah makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Malah, snek mereka juga haruslah terdiri daripada snek yg sihat. Contoh snek sihat yg boleh diberi adalah bijirin penuh & rendah lemak, roti bijirin penuh, buah-buahan serta stick keju rendah lemak.


4. SEDIAKAN BUAH-BUAHAN BEKU SEBAGAI SNEK


aiskrim buah-buahan beku


Jika anak anda gemarkan snek beku seperti aiskrim, apa kata jadikan buah-buahan sebagai snek beku mereka! Anda boleh membekukan anggur, berries, pisang, tembikai susu dan sebagainya untuk mereka. Mungkin buah-buahan tersebut boleh dipotong mengikut saiz-saiz kecil yg comel ataupun mengikut bentuk-bentuk menarik bagi 'menggoda' anak anda. Anda juga boleh mencelup & membekukan buah-buahan tersebut bersama beberapa bahan lain yg menarik seperti dark chocolate yg kurang manis, jeli rendah lemak ataupun puding coklat rendah lemak.


5. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Seboleh-bolehnya jangan simpan apa-apa stok makanan ringan (ataupun orang Melayu panggil jajan) di rumah. Sebaiknya sediakan snek yg berkhasiat seperti buah-buahan pada tempat yg mudah dilihat & dicapai oleh anak-anak anda. Contohnya, di atas meja makan ataupun di kabinet dapur yg mudah dicapai oleh mereka.


6. LETAKKAN MAKANAN BERKHASIAT DI BAHAGIAN HADAPAN

Sama seperti di kebanyakan pasaraya; letaklah makanan yg berkhasiat di bahagian hadapan susunan stok makanan anda. Contohnya di dalam peti sejuk. Letakkan buah-buahan sejuk beku di bahagian hadapan berhampiran pintu berbanding aiskrim yg lain. Jika di dalam rak dapur pula, letakkan bijirin sarapan yg berkhasiat di bahagian hadapan berbanding stok makanan lain yg kurang berkhasiat. Jadi, anak-anak anda akan lebih cenderung untuk mencapai makanan atau snek yg lebih berkhasiat.


7. BUAH-BUAHAN DALAM BEKAS MUDAH CAPAI

Letaklah buah-buahan yg telah sedia sipotong kecil di dalam mangkuk ataupun bekas yg mudah diambil dan dipegang oleh anak-anak anda. mereka mungkin mahu membawanya ke ruang tamu untuk dikunyah sewaktu menonton televisyen.


8. MAKAN DI RUMAH

Makanan terbaik adalah yg disediakan sendiri di rumah oleh si ibu. Makanan yg dimasak di restoran ataupun di gerai kebiasaannya mengandungi bahan penambah perisa, garam & gula yg banyak. Ini adalah penyumbang utama kegemukan! Masakan yg dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat & lebih teliti penyediaannya. Malah, kita mempunyai pilihan sendiri untuk memasukkan apa-apa bahan ke dalamnya.


9. JANGAN PAKSA MEREKA MELICINKAN PINGGAN!

Jangan biasakan memaksa anak-anak menghabiskan kesemua makanan yg ada di atas pinggan mereka. Jika mereka mahu berhenti disebabkan mereka telah berasa kenyang, maka jangan paksa mereka untuk terus makan. Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh mula dengan meletakkan makanan dalam kuantiti yg tidak terlalu banyak di dalam pinggan mereka.


10. BERMAINLAH DI LUAR


vitamin untuk anak


Jangan biarkan anak anda kerap terperap di dalam rumah. Hadkan masa mereka bermain permainan video, melayari internet dan menonton televisyen. Terutamanya pada waktu siang serta waktu cuti sekolah, galakkan mereka bermain di luar. Lebih elok lagi jika anda turut bermain bersama mereka. Antara aktiviti yg boleh ibu bapa lakukan bersama anak-anak adalah seperti bermain bola sepak, bermain layang-layang, berbasikal, berjongging, jungle tracking dan sebagainya.


Sebagai tambahan, jika anak anda gemuk atau obesiti, anda boleh memberikannya Chewable Vitalea for Kids iaitu multivitamin terbaik yg amat membantu memenuhi lohong-lohong nutrisi anak anda dan sekaligus menjadikannya lebih sihat. Selain itu, anda juga boleh memberikan mereka Omega Guard; iaitu minyak ikan terbaik yg kaya dengan EPA & DHA untuk kesihatan jantung & otak yg bijak.

Jom berikan yg terbaik untuk anak kita! Kerana mereka adalah amanah terbesar yg dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk kita sebagai ibu bapa. Elakkan obesiti & kegemukan pada kanak-kanak; kerana dewasa yg sakit akibat zaman kanak-kanak yg teruk adalah disebabkan ibu bapa yg kurang prihatin terhadap tanggungjawab kita.

Hubungi saya SEGERA jika anda mengalami apa-apa masalah berkaitan kesihatan anak-anak anda. Saya bantu anda selesaikannya sebelum melarat; dengan cara semulajadi yg sihat tanpa dadah.

Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

7 KEBURUKAN IPAD & TABLET KEPADA ANAK ANDA

Sudah menjadi trend masa kini kebanyakan ibu bapa menyediakan sekurang-kurangnya sebuah iPad ataupun tablet untuk anak-anak mereka. Malah, lebih hebat lagi, setiap anak mempunyai sorang satu iPad atau tablet mereka sendiri! Alasannya, supaya anak-anak tidak bergaduh sesama sendiri untuk menggunakan gajet-gajet tersebut. Tetapi, tahukah anda bahawa, penyediaan iPad atau tablet oleh anda itu sendirilah yg menjadi punca pergaduhan sesama anak-anak anda? YA. Telah banyak kes yg dapat dilihat. Penyediaan iPad & tablet lebih banyak membawa keburukan kepada anak-anak sebenarnya; terutamanya bagi mereka yg masih berusia 12 tahun ke bawah!

kesan buruk ipad dan tablet

Perkara ini juga pernah dihuraikan oleh Dr. Hajjah Azlina Rozy; Pakar Psikologi Klinikal di Hospital Pakar Annur dalam satu seminar beliau yg bertajuk "Bahasa Dosa, Bahasa Cinta" di Johor Bahru baru-baru ini. Berdasarkan banyak kes yg beliau terima, punca kebanyakan masalah sosial, mental & psikologi kanak-kanak serta remaja pada masakini berpunca daripada pendedahan yg terlalu meluas kepada gadjet, permainan digital (games) dan juga internet. Masalah yg melanda bukan sahaja melibatkan kemarahan & kemurungan, malah lebih teruk lagi, semakin ramai kanak-kanak & remaja yg terdorong untuk berkelakuan lucah terutamanya di kalangan rakan-rakan!

Saya sendiri pun pernah membuat kesilapan ini. Sehingga saya buntu untuk menyelesaikan akibat-akibat yg berlaku kesan pemberian iPad kepada anak-anak saya. Tetapi, mungkin Allah sayangkan saya & mendengar kata hati saya sebagai ibu yg buntu, maka ditakdirkan iPad tersebut telah hilang dicuri orang. Huhu.. Sedih memanglah sedih sebab itulah gadjet paling canggih pernah saya beli sendiri dalam hidup dengan duit bonus saya. Tapi, saya lebih memandang kepada hikmah yg besar di sebaliknya berbanding mengeluh. (^_^)

Jom kita lihat 7 Keburukan iPad & Tablet kepada anak-anak kita:


1. TIADA 'MOTOR SKILL' DAN 'SENSOR SKILL' YG SEBENAR


Jika dulu, kita hendak memperkenalkan pasir dan lautan kepada anak, kita pasti akan membawa mereka ke pantai peranginan. Dari situ, mereka akan belajar merasai & memegang sendiri tektur pasir itu. Malah, mereka akan dapat merasa sendiri bahawa air laut itu masin rasanya. Tetapi kini tidak! Jika nak tahu tentang laut & pantai, ibu bapa hanya perlu search sahaja di internet dan tunjukkan gambarnya kepada anak-anak! Fakta-fakta lain berkenaan laut & pantai, hanya mereka ketahui secara teks atau lisan sahaja di iPad/tablet. Sama juga untuk memasang Lego ataupun membentuk Play-A-Doh. Kanak-kanak masa kini akhirnya lebih cenderung untuk sekadar menontonnya di iPad/tablet sahaja berbanding melakukannya sendiri di luar. Mana nak kreatif, kan?


2. MENJADI KETAGIH


Pada mulanya mungkin kita akan membuat jadual untuk mengawal dan menghadkan penggunaan iPad/tablet di kalangan anak-anak kita. Namun, ada kalanya apabila kita terlalu sibuk dengan urusan kerja & rumahtangga, kita cenderung untuk memberikan iPad/tablet kepada anak-anak kita sebagai satu 'medium memujuk' agar mereka tidak mengganggu kita dengan urusan kita yg perlu diselesaikan. Akhirnya, dari semasa ke semasa, akan semakin keraplah 'kaedah memujuk' ini berlaku dan akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk bermain iPad/tablet sehinggalah ke bilik tidur! Maka, akan hilanglah juga akhirnya disiplin yg sepatutnya diajarkan dan dimiliki oleh anak-anak kita dalam penggunaan iPad/tablet.

Tambah menyedihkan, ada pula ibu bapa yg memuat turun bedtime stories untuk anak-anak mereka untuk dibacakan di bilik tidur! Itu macam bukan nak suruh tidur; itu macam makin nak suruh bangun & cergas je.. hehehe...


3. KANAK-KANAK MENJADI PEMARAH & TIDAK SABAR


Secara jujurnya, ini juga berlaku kepada anak saya suatu ketika dulu. Dia akan mengamuk sehingga menghempaskan iPad yg dipegangnya setiap kali dia kalah dalam permainan (games). Malah, dia akan menyalahkan si Ayah kerana memuat turun games yg terlalu sukar untuknya menang. Dia juga akan memarahi sesiapa sahaja yg cuba memujuknya apabila dia kalah dalam games yg dimainkannya. Teruk bukan?

Bukan itu sahaja, sikap pemarah & tidak sabar ini lama-kelamaan semakin terbawa-bawa ke pelbagai aspek kehidupan anak-anak kita. Mereka akan jadi mudah tidak sabar apabila permintaan mereka lambat dipenuhi, marah apabila apa yg diberi idak sama dengan apa yg diminta, malah mudah bergaduh sesama adik-beradik dan rakan di sekolah!


4. RISIKO MENJADI RABUN


Kalau dah asyik mengadap skrin bercahaya tu hampir 24 jam sehari, manalah mata tidak rosak, kan? Sedangkan golongan dewasa yg mengadap skrin komputer di pejabat hanya beberapa jam sehari pun mata mudah menjadi rabun dan rosak. Inikan pula mata kanak-kanak yg masih sensitif lagi kepada jumlah cahaya yg diterima dari skrin iPad/tablet. Natijahnya, ada kanak-kanak yg belum pun mencecah usia sekolah rendah, sudah pun terpaksa memakai kaca mata setiap masa.


5. HILANG SKIL BERSOSIAL DALAM ERTI KATA SEBENAR


Bayangkan, kita merancang sebuah Family Day besar-besaran bersama adik-beradik dan beberapa ahli keluarga terdekat. Perancangan rapi dibuat dengan sebaiknya untuk memastikan program tersebut berjalan dengan lancar & meriah dengan pelbagai aktiviti. Tetapi kita seakan-akan terlupa merancang aktiviti untuk anak-anak kita. Ataupun, perancangan yg telah dibuat untuk mereka mungkin tidak akan berjaya. Mengapa? Kerana mereka 'sibuk' dengan iPad/tablet masing-masing! Masing-masing khusyuk & sibuk dengan aplikasi dan games kegemaran mereka di skrin tanpa mempedulikan individu di sekeliling mereka. Nama saja berkumpul bersama-sama, tetapi buat hal masing-masing!

Begitu juga di sekolah mahupun di padang dan sebagainya. Kanak-kanak yg banyak menghabiskan masa bersama iPad/tablet akan cenderung untuk bersendirian di dalm kelompok sosial yg besar. Mengapa? Kerana hakikatnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan/percakapan bersama orang sebenar. Yg mereka tahu hanya komunikasi sehala bersama skrin iPad/tablet sahaja!


6. TERDEDAH KEPADA VIDEO BERUNSUR NEGATIF, KEGANASAN, LUCAH DAN YG TIDAK SEPATUTNYA


Menurut Dr. Hajjah Azlina Rozy, salah satu punca utama ramai remaja 'melancap' pada masa kini adalah disebabkan oleh pendedahan yg terlalu meluas kepada internet sejak usia kecil lagi. Walaupun anak-anak kita menggunakan/menonton internet di iPad/tablet di dalam bilik kita, itu tidak bermakna mereka tidak berani untuk menonton sesuatu yg tidak sepatutnya! Ada kanak-kanak yg terlebih berani & bijak, akan memadamkan tetingkap ataupun skrin sebaik sahaja ibu bapa mereka datang menghampiri. Sedangkan, mereka sebenarnya sebelum itu menonton video ataupun bermain permainan (games) yg berunsur keganasan & lucah! Apatah lagi jika kita 'melepaskan' anak-anak untuk menggunakan iPad/tablet di bilik/ruang mereka sendiri!


7. MENGHILANGKAN SIKAP & FITRAH MANUSIA YG SEBENAR


Dunia moden sebenarnya semakin mengikis nilai kemanusiaan sebenar dalam diri manusia. Fitrah kejadian manusia itu sepatutnya mempelajari setiap aspek kehidupan menggunakan 5 pancaindera yg telah dikurniakan oleh Maha Pencipta - mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, lidah untuk bercakap & merasa, telinga untuk mendengar serta kulit untuk sentuhan. Dengan teknologi canggih oleh iPad dan tablet, manusia tidak menggunakan kesemua pancaindera ini dengan cara yg sepatutnya. Di mana tangan hanya digunakan untuk menyentuh skrin, mata hanya untuk menonton cahaya yg merosakkan mata di skrin & telingan untuk mendengar bunyi yg tiruan.

Komunikasi & sosial seharusnya berlaku dua hala dan melibatkan rangsangan setiap pancaindera manusia. Tangan seharusnya digunakan untuk mengusap anak-anak ataupun haiwan peliharaan; mata seharusnya digunakan untuk menatap wajah ahli keluarga tercinta; telinga seharusnya untuk mendengar perbualan & kata-kata yg baik di kalangan ahli keluarga; hidung untuk menghidu bau masakan ibu & menghirup udara segar di luar & lidah digunakan untuk menyatakan puji-pujian sesama ahli keluatga.

Sebagai ibu bapa, ayuh kita fikirkan kembali - adakah betul langkah kita menyediakan semua gajet canggih ini untuk anak-anak kita? Benarkah ianya lebih banyak memberi kebaikan kepada anak-anak kita atau sebaliknya?

Irda
SID Pro Anda.
Shaklee Bisnes Mentor Anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...