Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

SABUN & SET UNTUK BAYI KULIT SENSITIF ATAU ECZEMA

Bagi ibu bapa yg pernah mempunyai pengalaman menjaga anak yg mengalami kulit sensitif, mudah alergik pada sesuatu atau mungkin mengalami eczema, semestinya memilih produk penjagaan bayi yg dijual secara komersil menjadi satu kesulitan. Ini kerana hampir kesemua jenama yg bukan berasaskan bahan organik, pasti akan mengandungi bahan kimia atau sintetik yg boleh memberi kesan buruk kepada kulit bayi.




APA YG BEST TENTANG PRODUK SHAKLEEBABY NI?

✔ Bebas dari paraben, alkohol serta bahan kimia berbahaya.
✔ Berasaskan 85% bahan semulajadi & organik (kadar tertinggi bahan asas semulajadi mampu disediakan di dalam satu-satu produk).




✔ Telah diuji secara klinikal tahap keselamatan & keberkesanan penggunaannya.
✔ Sangat sesuai untuk bayi & kanak-kanak yg mempunyai masalah kulit sensitif, alergik & eczema.
✔ Kuantiti yg berbaloi dengan harga & kualiti - penggunaan tahan lama.




BERAPA HARGA 1 SET SHAKLEEBABY NI?

Harga retail: RM381.
Harga ahli? Of course lagi murah!

Lagi best untuk bulan November 2018 ini dapat DISCOUNT 30%! Dan ia boleh beli secara berasingan.










Nak tau bestnya shakleebaby ni jom baca testimoni daripada ibu-ibu yang sudah menggunakan shakleebaby buat si manja mereka.










Nak order 1 full set Shakleebaby ni? Boleh klik di sini terus:



Atau kalau nak order satu-persatu item di dalam set Shakleebaby ni, boleh klik di sini untuk menghubungi saya melalui Whatsapp:




PUNCA SUSU MERUDUM : IBU KELETIHAN & LESU

Penyusuan bayi ni sebenarnya satu proses yg memenatkan. Mana tidaknya, kena konsisten jaga pemakanan & jadual untuk penuhi supply & demand untuk pastikan susu yg secukupnya untuk baby. Tanpa sedar; keletihan & kelesuan ibu itu sendiri menjadi salah satu punca kenapa susu badan merudum.


PERLU KE SUPPLEMEN UNTUK IBU MENYUSU?

Ada orang kata,
"Saya tak payah makan supplemen pun. Susu banyak je. Jaga makan je."

Tahniah. Anda ibu yg bernasib baik jika pengeluaran susu anda sentiasa memenuhi keperluan bayi anda. Mungkin tanpa supplemen pun anda mampu buat stok EBM penuh satu peti ais. Tapi, bukan semua ibu bertuah seperti anda.

Ini bukan soal malas. Ini soal sistem badan kita berbeza. Respons badan kita pada demand susu oleh bayi kita boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Contohnya pemakanan, stress, jumlah pengambilan air, hormon, haid yg sudah kembali, kesibukan jadual bekerja & sebagainya.

Apa pun, badan ibu menyusu amat-amat perlukan nutrisi yg mencukupi sewaktu menyusukan bayi. Bukan sekadar nak banyakkan susu untuk bayi; tapi juga untuk bekalan diri sendiri.

Apa guna bayi kenyang jika tulang kita mereput kurang kalsium. Apa guna kita mampu turutkan kemahuan anak menyusu tapi kita cengkung, stress & keletihan akibat tak cukup tidur atau rehat. Apa guna ada bayi yg sihat jika kita sendiri jadi seperti 'zombie'.

Sebab tu nutrisi amat penting untuk tenaga & keperluan sistem badan ibu. Ambillah supplemen untuk menyokong kesihatan diri. Sekurang-kurangnya yg basic seperti ESP yg tinggi protein & Alfalfa Complex yg menggalakka  pengeluaran susu oleh kelenjar susu & membantu kesihatan dalaman wanita ni. ESP juga sangat membantu untuk memekatkan susu badan supaya bayi lebih kenyang & puas menyusu.


Bila nutrisi badan cukup; ibu cergas, baby kenyang & dua-dua happy.

Nak cuba 2 milkbooster basic ni? Harganya cuma RM218.75 sahaja (plus kos pos RM10).

Meh kita sembang-sembang lagi kalau nak order atau nak tahu maklumat lanjut ye. Whatsapp ni ye: 014-984 0240 (Irda)

11 FAKTOR KENAPA PERLU BERSALIN SECARA CESAREAN (C-SECTION)

Setiap wanita mengimpikan proses kehamilan & kelahiran yg normal tanpa sebarang masalah atau komplikasi. Namun, tidak semua wanita dapat merasakannya. Beberapa perkara yg tidak terduga boleh terjadi sama ada sebelum atau semasa saat kehamilan/kelahiran yg menyebabkan proses bersalin secara normal tidak dapat dilalui. Ada sesetengah ibu hamil yg akhirnya terpaksa melalui kaedah kelahiran melalui pembedahan cesarean; sama ada secara terancang ataupun tidak terancang.

APAKAH PUNCA YG MENJADIKAN SEORANG IBU BERISIKO UNTUK MELAHIRKAN BAYI SECARA CESAREAN?

Ada 2 jenis kaedah kelahiran melalui pembedahan cesarean; iaitu sama ada secara terancang ataupun tidak terancang.

Pembedahan cesarean secara tidak terancang biasanya lebih dikenali sebagai 'emergency cesarean'. Ia biasanya berlaku disebabkan 3 faktor berikut:

1. Serviks tidak lagi menunjukkan perkembangan/pertambahan bukaan seperti yg sepatutnya. Ada sesetengah ibu yg serviksnya hanya mampu terbuka sehingga 1cm, 4cm atau 6cm sahaja. Bukaan ini tidak mampu memuatkan bayi untuk diteran keluar. Kes sebegini dikenali sebagai 'bad progress'.
2. Bayi berhenti dari 'menujahkan' dirinya keluar dari rahim melalui serviks ibu.
3. Bayi stress & degupan jantung bayi menjadi perlahan akibat kontraksi yg kuat & terlalu lama atau proses kelahiran yg terlalu panjang.

Seorang ibu yg melahirkan bayi pertama kali melalui kaedah cesarean tidak terancang tanpa sebarang komplikasi merbahaya sewaktu kelahiran, kebiasaannya dibenarkan untuk mencuba kelahiran secara normal pada kelahiran seterusnya. Ia dikenali sebagai Vaginal Birth After Cesarean (VBAC); tentunya  dengan nasihat & pemantauan oleh doktor O&G anda.

Bagi kelahiran melalui kaedah cesarean secara terancang (scheduled cesarean), ada 8 faktor yg boleh menyebabkan ia berlaku iaitu:

1. Pernah melalui pembedahan 'classic cesarean' dengan pemotongan secara menegak di perut. Ataupun pernah melalui kelahiran secara cesarean pada kelahiran terdahulu.
2. Pernah melalui pembedahan lain di kawasan rahim seperti membuang fibroid atau cyst.
3. Hamil bayi kembar yg tidak boleh dilahirkan secara normal atas sebab tertentu.
4. Saiz bayi terlalu besar (macrosomia).
5. Bayi berkedudukan songsang.
6. Ibu menghadapi masalah 'placenta previa' iaitu kedudukan uri di bahagian bawah rahim sehingga 'menutupi' laluan serviks.
7. Bayi mempunyai masalah kesihatan yg tidak membolehkannya dilahirkan secara normal.
8. Ibu disahkan menghidap HIV atau sebarang jangkitan kuman yg menyebabkan risiko bayi dijangkiti sekiranya dilahirkan secara normal melalui serviks.

Dalam keseluruhan kes kehamilan, biasanya hanya sekitar 30% sahaja yg memerlukan ibu melalui kelahiran secara cesarean. Sekiranya anda merupakan salah seorang ibu yg perlu melalui proses kelahiran secara cesarean, jangan rasa rendah diri. Hakikatnya, ada tetap masih seorang ibu yg baik & dan sama darjatnya dengan mereka yg melahirkan secara normal. 😊

PRODUK BAYI ORGANIK UNTUK MASALAH KULIT SENSITIF, ALERGIK & ECZEMA

Orang dulu-dulu kata, sayang anak tangan-tangankan. Sekarang kita ubah sikit. Sayang anak kita belai-belaikan guna tangan. Hehehe.. Justeru, Shaklee Malaysia telah melancarkan jualan secara rasmi produk untuk kegunaan harian untuk si comel yg tersayang. Bila kata sayang anak, mestilah kita nak sediakan produk yg terbaik untuk anak kita kan?

produk organik untuk baby


Kecoh haritu tentang satu jenama barangan bayi yg terkemuka; 'J&J' tu yg mana mereka sendiri mengakui bahawa terdapat bahan kimia berbahaya yg boleh menyebabkan kanser kepada bayi. Mulai saat saya membaca tentang isu itu, keraguan saya pada produk jenama lain yg dijual secara komersil juga semakin meningkat. Bayangkan, satu jenama gah yg telah berpuluh tahun berada di pasaran & telah digunakan oleh beberapa generasi pengguna akhirnya mengakui bahawa ia mengandungi bahan kimia yg boleh menyebabkan KANSER -penyakit yg paling ditakuti oleh semua golongan!

Bagi ibu bapa yg pernah mempunyai pengalaman menjaga anak yg mengalami kulit sensitif, mudah alergik pada sesuatu atau mungkin mengalami eczema, semestinya produk penjagaan bayi yg dijual secara komersil telah lama dijauhi. Ini kerana sememamngnya hampir kesemua jenama yg bukan berasaskan bahan organik, pasti akan mengandungi bahan kimia atau sintetik yg boleh memberi kesan buruk kepada kulit bayi.


Apa yg best tentang produk ShakleeBaby ni?

✔ Bebas dari paraben, alkohol serta bahan kimia berbahaya.
✔ Berasaskan 85% bahan semulajadi & organik (kadar tertinggi bahan asas semulajadi mampu disediakan di dalam satu-satu produk).
✔ Telah diuji secara klinikal tahap keselamatan & keberkesanan penggunaannya.
✔ Sangat sesuai untuk bayi & kanak-kanak yg mempunyai masalah kulit sensitif, alergik & eczema.
✔ Kuantiti yg berbaloi dengan harga & kualiti - penggunaan tahan lama.








Berapa harga 1 set ShakleeBaby ni?

Harga retail untuk bukan ahli: RM381 untuk 1 set. Set promo launching didatangkan bersama beg & tuala edisi terhad & eksklusif.

Nak jimat? Boleh daftar terus sebagai ahli & dapatkan terus set ni dengan harga ahli. Daftar sekali, jimat seumur hidup.

Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan set ini ye. Stok terhad.

APA ITU JAUNDIS? MENGAPA JAUNDIS TERJADI? ADAKAH JAUNDIS MERBAHAYA?

Jaundis; ataupun 'kuning' di kalangan bayi yg baru lahir seolah-olah semakin kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir sejak akhir-akhir ini. Apa itu Jaundis sebenarnya? Jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolisis ataupun pemecahan sel-sel darah merah yg telah matang. Jaundis sebenarnya adalah normal dan selalunya berlaku dalam jangka masa tiga hingga empat bulan pertama bayi; mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia.



Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati akan dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan dalam sistem pencernaan. Bagi bayi yg baru lahir, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari kedua selepas kelahiran kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisien. Dianggarkan 60% daripada bayi yg lahir cukup bulan & 80% daripada bayi pramatang yg mengalami jaundis.

Selain itu, bayi yg baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yg lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel-sel tersebut adalah lebih pendek. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah bilirubin yg dihasilkan oleh bayi sewaktu baru dilahirkan adalah lebih banyak daripada biasa.


Apakah simptom bayi yg mengalami jaundis?

Ada beberapa simptom yg ketara untuk menunjukkan bayi yg baru dilahirkan mengalami jaundis iaitu:


  • Kulit & mata bayi kelihatan berwarna kekuningan. Ia akan mula kelihatan selepas 1-4 hari kelahiran bayi.
  • Bayi lebih cenderung untuk tidur.
  • Bayi kerap meragam seolah-olah tidak selesa.
  • Dalam kes yg lebih serius, bayi akan mengalami demam panas.

Siapa yg berisiko untuk mendapat jaundis?

Sebenarnya, punca utama secara tepat mengapa & bagaimana jaundis boleh berlaku tidak dapat dikenal pasti. Namun, ada beberapa faktor yg boleh dipertimbangkan sebagai langkah berhati-hati seperti:


  • Bayi yg lahir sebelum usia 37 minggu.
  • Bayi yg lahir dengan berat kurang dari 2.5kg.
  • Adik-beradik bayi yg lahir sebelumnya mempunyai sejarah jaundis.
  • Darah bayi yg berlainan jenis dari ibunya.

Bayi yg menyusu ibu sepenuhnya kebiasaannya lebih berisiko untuk mendapat jaundis. Malah, sesetengah bayi akan mengalami 'prolonged jaundice'; iaitu jaundis yg agak panjang sehingga tempoh 2-4 bulan selepas kelahiran. Namun, itu tidak bermakna penyusuan susu ibu adalah faktor penyebab jaundis.


Adakah jaundis merbahaya? Apakah risiko jika jaundis tidak diatasi/dirawat?

Jaundis secara normalnya adalah tidak merbahaya. Namun, jika ia tidak dipantau & diatasi, ia boleh menyebabkan risiko berikut:


  • Bayi susut berat badan.
  • Bayi mengalami dehidrasi.
  • Bayi hilang keinginan untuk menyusu.
  • Jika bacaan bilirubin tidak dipantau sehingga menjadi terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah yg lebih serius seperti sawan, masalah pendengaran serta kerosakan pada saraf otak yg dikenali sebagai cerebral palsy.

Dalam kes yg lebih serius, jaundis juga merupakan simptom kegagalan fungsi hati pada bayi. Oleh sebab itu, pemantauan, pemeriksaan & rawatan amat penting untuk mengatasi jaundis.


Bagaimanakah cara mengatasi jaundis?

Jika bayi yg telah dilahirkan didapati mempunyai jaundis, ada beberapa kaedah yg perlu dilakukan untuk mengawal, mengatasi & merawat jaundis iaitu:


  • Mengambil sampel darah secara berkala untuk memantau bacaan bilirubin bayi.
  • Meletakkan bayi di bawah lampu fototerapi.
  • Meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
  • Ibu berusaha untuk memastikan jumlah pengeluaran susu mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu memastikan susu badannya kaya dengan nutrisi lengkap agar bayi juga mendapat nutrisi yg sepatutnya.

Apakah beza antara 'breast milk jaundice' dengan 'breastfeeding jaundice'?

Breast Milk Jaundice:
=================
  • Jumlah susu ibu yg dihasilkan cukup untuk keperluan bayi.
  • Ia berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu unsur di dalam susu ibu (kemungkinan besar akibat pemakanan ibu) yg menyebabkan jumlah bilirubin bayi meningkat. Contohnya jika ibu mengambil jamu sewaktu berpantang. Jamu boleh menyebabkan bacaan bilirubin bayi meningkat. Atau mungkin bayi sensitif kepada sesetengah makanan yg diambil oleh ibu.
  • Bayi kerap membuang air besar seperti normal & air kencing bayi berwarna kejernihan.
  • Ada kalanya boleh terjadi berlarutan sehingga bayi berusi 2-4 bulan.
  • Tidak merbahaya walaupun bayi perlu diletakkan di bawah lampu fototerapi untuk jangka yg lama.
  • Penyusuan susu ibu TIDAK sepatutnya dihentikan. Malah ia seharusnya diteruskan tanpa perlu memberi bayi tambahan susu formula.


Breastfeeding Jaundice:
====================

  • Berlaku disebabkan antara 3 faktor ini:
        => Jumlah pengeluaran susu ibu tidak mencukupi untuk bayi. Bayi menjadi dehidrasi.
        => Bayi lambat mula diberikan susu ibu sebaik selepas dilahirkan. Bayi sepatutnya 
terus disusukan oleh ibu dalam tempoh 1 jam selepas kelahirannya.
        => Bayi telah mula diberi susu formula, air kosong atau glukos sebelum diberi susu ibu sebaik selepas kelahirannya.
  • Ibu seharusnya berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran susu badan supaya mencukupi dengan keperluan bayi.
  • Ibu juga perlu meningkatkan pengambilan nutrisi pemakanan supaya susu yg dihasilkan dapat mengurangkan bacaan jaundis bayi.
  • Ibu perlu terus berusaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Bagi kedua-dua kes jaundis, sesetengah doktor mungkin akan menyarankan pemberian susu formula sebagai penyelesaian segera jaundice. Namun, susu ibu tetap merupakan MAKANAN TERBAIK yg diciptakan untuk bayi yg baru dilahirkan. Susu ibu adalah hak bayi yg perlu diberikan oleh si ibu. Penyusuan penuh selama sekurang-kurangnya selama 6 bulan adalah amat penting dalam memastikan keberlangsungan hidup bayi yg lebih sihat di masa hadapan.

Secara keseluruhannya, ibu tidak perlu berasa terlalu panik, risau ataupun stress sekiranya bayi comel yg diharapkan membawa kegembiraan bertukar menjadi kerisauan akibat mengalami jaundis. Jaundis adalah normal. Ia boleh dikatakan suatu fasa peralihan yg perlu dilalui oleh bayi dari dunia di dalam rahim ke alam dunia sebenar.

Ibu perlu sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi selepas kelahiran bayi terutamanya bagi memastikan pengeluaran susu badan yg amat diperlukan oleh si comel tidak terjejas. Gali ilmu yg secukupnya tentang jaundis, kelahiran bayi serta penyusuan susu ibu sejak dari fasa kehamilan lagi agar lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

6 BARANG YANG TIDAK PERLU DIBELI UNTUK PERSEDIAAN BAYI BARU LAHIR

Dalam keterujaan untuk menyambut si comel yg bakal dilahirkan ke dunia, kebanyakan ibu bapa; terutamanya yg bakal menyambut kelahiran anak pertama, akan mula membeli & menyediakan keperluan yg lengkap & terbaik untuk si comel. Kadang kala, dengan hanya melayari laman media sosial artis terkenal, mereka akan mula menginginkan persediaan yg sama sepertimana yg dilihat. Sedangkan hakikatnya, tidak semua barangan yg disediakan oleh ibu bapa lain itu akan berguna untuk bayi yg baru lahir.

senarai keperluan bayi baru lahir


Terdapat 6 barangan yg sebenarnya kita tak perlu sediakan di peringkat awal kelahiran bayi iaitu:

1. AKSESORI KATIL BAYI YG BERLEBIHAN

katil bayi


American Academy of Pediatrics (AAP) di dalam garis panduannya menyatakan bahawa apa-apa jua jenis aksesori tidak sepatutnya diletakkan di dalam katil bayi. Tidak kiralah sama ada bantal, selimut mahupun alatan permainan lembut atau keras. Cadangan ini dibuat bagi memastikan bayi tidur dengan selamat serta dapat mengelak risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS). Ia sebenarnya dikhuatiri jika aksesori-aksesori tersebut jatuh menghempap fizikal bayi yg masih belum kuat; terutamanya pada waktu yg tidak disedari oleh orang dewasa.


2. PELBAGAI JENIS BANTAL

aksesori katil bayi


Sudah menjadi amalan dalam masyarakat kita untuk meletakkan 'bantal golek' di kiri & kanan bayi supaya kononnya untuk menghangatkan & menjadikan bayi selesa; seolah-olah ada seseorang yg sedang menemani tidur di sebelahnya. Namun, pakar kanak-kanak di barat sebenarnya mengesyorkan agar ibu bapa tidak meletakkan apa-apa bantal di sekitar berhampiran bayi berusia satu tahun ke bawah terutamanya ketika ia tidur. Ini bagi mengelakkan kemungkinan bayi dihempap bantal atau tertoleh/tergolek sehingga bantal menutupi hidung & mulut bayi sehingga menyebabkan ia tidak boleh bernafas. Keadaan itu boleh meningkatkan risiko kematian bayi.


3. MAINAN LEMBUT

permainan bayi

Bayi seawal usia 6 bulan ke bawah masih belum dapat melihat dengan jelas serta belum pandai bermain dengan apa jua jenis permainan. Ia lebih memerlukan ransangan dalam bentuk sentuhan daripada ibu, bapa & orang di sekelilingnya. Maka, apa jua bentuk mainan; walaupun dari jenis yg lembut, tidak dapat digunakan oleh bayi. Tambahan pula jika mainan lembut tersebut dari jenis yg berbulu. Bulu dari mainan tersebut mungkin boleh merangsang alergik pada bayi anda.


4. BIB

senarai keperluan bayi


Bayi anda belum bersedia untuk makan makanan pejal selagi ia belum mencapai usia 6 bulan. Jadi, anda tak perlu tergesa-gesa untuk membeli bib sebagai alas makanannya di peringkat awal kelahiran atau sebelum kelahirannya. Namun, jika anda merasakan ia diperlukan sewaktu proses penyusuan, pastikan bib tersebut diperbuat daripada kain kapas (cotton) yg lembut.


5. KASUT BAYI

kasut bayi


Pakar podopediatrik percaya bahawa memakai kasut pada usia yg terlalu muda boleh menjejaskan perkembangan kaki si comel. Malah, dengan berjalan berkaki ayam, ia akan dapat menguatkan otot & ligamen kaki, meningkatkan kekuatan kaki serta memperbaiki postur tubuh yg lebih baik.


6. WALKER BAYI

walker baby


Ramai ibu bapa yg tersalah anggap tentang penggunaan baby walker. Ramai menyangka bahawa penggunaan walker boleh merangsang bayi agar dapat cepat berjalan. Hakikatnya, penggunaan walker sebenarnya adalah amat tidak digalakkan oleh para doktor pakar. Ia meningkatkan risiko kemalangan & kecederaan ke atas bayi. Ini kerana ia mampu memberi kelajuan & ketinggian tambahan kepada bayi sehingga bayi gagal mengawalnya serta mampu mencapai barangan pada ketinggian yg tidak sepatutnya seperti lapik meja, periuk, pinggan mangkuk, suis elektrik & sebagainya. Penggunaan walker juga sebenarnya semakin melambatkan kemampuan anak untuk berjalan kerana ia 'mengajar' bayi untuk bergantung harap pada walker untuk berdiri & bergerak; bukannya atas kemampuan kaki sendiri.


Irda
Shaklee Independent Distributor.

7 KEBAIKAN MINYAK IKAN UNTUK IBU HAMIL

Masa saya pregnant anak pertama & kedua dulu, bila masuk je minggu ke-13 kehamilan tu, mesti doktor pakar gynaecology saya akan bekalkan saya dengan satu supplemen minyak ikan. Sebelum tu, beliau cuma bagi asid folik sahaja. Mulai bulan ke-4 kehamilan tu beliau mesti bagi multivitamin & minyak ikan tu setiap bulan. Bila saya baca tentang supplemen minyak ikan tu, rupanya ia sangat bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Oooo.. patutlah. Sebab otak janin kan bermula perkembangannya sejak berusia 13 minggu dalam kandungan.

kebaikan omega 3


Bila saya mula terjebak dengan bisnes Shaklee, makin banyak ilmu tentang supplemen yg saya pelajari; rupanya ada banyak lagi kelebihan lain minyak ikan tu untuk ibu hamil. Ia bukan sekadar untuk pertumbuhan otak janin sahaja! Malah untuk ibu hamil itu sendiri pun banyak fungsinya.


7 KELEBIHAN MINYAK IKAN UNTUK IBU HAMIL

Sebenarnya minyak ikan ni sangat bagus kerana ia kaya dengan asid lemak Omega-3 di dalamnya. Omega-3 ni adalah asid lemak baik yg sangat diperlukan oleh tubuh kita; tetapi badan kita TAK BOLEH nak menghasilkannya sendiri. So, kita memang perlu mendapatkan bekalan Omega-3 ni dari sumber luaran; iaitu melalui pemakanan.

Ada 7 sebab utama kenapa minyak ikan yg kaya dengan Omega-3 ni sangat penting untuk ibu hamil, iaitu:

✔ Mengawal tekanan darah normal. Jika ibu hamil yg mengalami tekanan darah tinggi memang amat digalakkan untuk amalkan minyak ikan ni. Ia boleh membantu menurunkan & menstabilkan kembali tekanan darah ibu hamil.
✔ Menstabilkan bacaan gula dalam darah. Ini terutamanya bagi ibu hamil yg menghadapi masalah kencing manis (GDM) semasa kehamilan. Omega-3 membantu menstabilkan perembesan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah si ibu.
✔ Mengurangkan inflamasi atau kesakitan sendi akibat pertambahan berat badan & keletihan sepanjang kehamilan. Paling best, apabila diambil sebelum tidur malam. Memang boleh membantu ibu hamil untuk tidur lebih lena.
✔ Merangsang pertumbuhan sel otak (neuron) serta motor skill bayi dalam kandungan. Semua ibu mengimpikan anak yg bijak kan? So, kena la mulakan sejak dari dalam kandungan lagi.
✔ Menguatkan sistem imun ibu supaya tidak mudah jatuh sakit; terutamanya common diseases seperti demam, batuk & selsema. Omega-3 juga boelh mengurangkan kesan eczema atau alahan pada ibu seperti ruam, gatal-gatal & kulit kering.
✔ Mengurangkan visceral fat sekaligus menguatkan jantung ibu. Ibu hamil memang mudah berasa mengah & letih bukan? Omega-3 mampu menguatkan jantung ibu supaya tidak mudah termengah-mengah ataupun berasa terlalu letih setelah melakukan aktiviti harian.
✔ Menstabilkan hormon ibu, sekaligus mengurangkan kesan ketidakstabilan emosi (mood swing) ketika hamil.


DARI MANA NAK PEROLEHI SUMBER OMEGA-3 YG BAIK?

Ada beberapa jenis makanan semulajadi yg boleh membekalkan Omega-3 iaitu:
  • Ikan salmon
  • Flaxseed oil
  • Chia seed
  • Kacang walnut
  • Telur ikan
  • Ikan makerel
  • Tiram (oyster)
  • Kacang soya
  • Sayur bayam


Namun, anda boleh juga mendapatkan bekalan Omega-3 yg mencukupi dengan menambah pengambilan supplemen minyak ikan yg dijual di pasaran. Tapi, kalau nak dapatkan supplemen minyak ikan yg TERBAIK DI DUNIA, anda boleh mendapatkan Omega Guard Shaklee yg diperbuat daripada ikan laut dalam sejuk dari Jepun.

kebaikan omega guard shaklee

kelebihan omega 3


Sebotol Omega Guard mengandungi 90 biji kapsul gel lembut yg mudah ditelan. Ia hanya berharga RM136 sahaja (belum termasuk pos). Kalau nak order, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) ye. 

SET IBU HAMIL SHAKLEE: VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU MENGANDUNG

Tahukah anda bahawa keperluan nutrisi seorang wanita meningkat sebaik sahaj disahkan hamil? Ya. Sebab itulah sebenarnya mengapa orang kata bila seorang wanita itu hamil, dia perlu 'makan untuk 2 orang'. Yg sebenarnya, BUKAN bermaksud si ibu perlu makan dalam kuantiti 2 kali ganda berbanding kuantiti makanan sebelum ia hamil. Tetapi, maksud ayat tersebut adalah; pengambilan makanan bagi tujuan mendapatkan nutrisi yg secukupnya perlu ditingkatkan bagi memenuhi keperluan ibu itu sendiri serta janin yg sedang membesar di dalam rahim si ibu.




Mengapakah nutrisi yg mencukupi amat penting untuk diambil oleh ibu hamil?

Bayi/janin yg sedang membesar di dalam perut si ibu amat-amat memerlukan nutrisi yg secukupnya untuk menyokong perkembangan tumbesaran mereka dari sehari ke sehari. Jika kita mengikuti mana-mana laman web kehamilan yg menjelaskan perkembangan janin setiap minggu, kita akan dapati bahawa setiap minggu itu pasti akan menjadi jangka waktu khas bagi perkembangan fizikal & otak yg tertentu pada janin.

Sebagai contoh, di peringkat awal, bayi memerlukan bekalan asid folik yg secukupnya bagi pembentukan saraf yg kuat serta otak yg cukup sifatnya. Tanpa bekalan yg mencukupi, proses pembentukan ini pasti akan terganggu. Selain itu, apabila memasuki bulan ketiga kehamilan, bayi memerlukan bekalan Omega-3 bagi pembentukan otak & motor skill bayi. Seterusnya, bekalan kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang & asas gigi yg kuat pada bayi. Bayi juga memerlukan bekalan protein & lemak baik yg mencukupi untuk membina daging serta otot bagi seluruh tubuhnya.

Sememangnya bayi tidak akan menyerap secara terus dari pemakanan si ibu. Tetapi, bayi akan menyerap segala nutrisi yg diperlukan daripada si ibu melalui tali pusatnya & urinya. Jadi, bayangkan jika si ibu adalah merupakan ibu yg kurang bekalan nutrisi. Sudahlah nutrisi sedia diserap oleh si bayi; tubuhnya sendiri pula akan menjadi semakin lemah & mudah jatuh sakit akibat kurangnya bekalan nutrisi untuk dirinya sendiri.


Apakah kesan kekurangan nutrisi pada ibu & bayi?

Ada beberapa kesan utama yg dapat dilihat sama ada sejak ibu masih dalam kehamilan lagi & ada juga kesan yg hanya dapat dilihat setelah bayi dilahirkan. Antaranya;

KESAN PADA IBU:

  • Badan berasa lemah & kurang bertenaga
  • Mudah jatuh sakit akibat sistem imun yg lemah
  • Alahan yg teruk & berpanjangan
  • Dehidrasi
  • Kurang selera makan
  • Kelihatan cengkung & tidak bermaya
  • Kulit kusam
  • Emosi tidak stabil & mudah stress
  • Mudah terkena simpul biawak/mengkarung pada betis
  • Sakit lutut, pinggang, belakang & kaki akibat postur & pertambahan berat
  • Berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis sewaktu hamil (GDM) serta tekanan darah tinggi
  • Berisiko tinggi untuk mendapat 'kencing kotor' atau Urine Tract Infection (UTI)
  • Berisiko untuk jangkitan kuman pada vagina (GBS)

KESAN PADA BAYI:
  • Mengalami spina bifida atau kecacatan otak & saraf akibat kekurangan asid folik.
  • Perkembangan yg tidak setara dengan jumlah minggu kehamilan (bayi kecil dari saiz yg sepatutnya)
  • Pertumbuhan tulang yg tidak kukuh
  • Asas pembentukan gigi yg kurang sihat (akibatnya gigi mudah rapuh setelah besar)
  • Risiko jangkitan kuman terutamanya jika si ibu mempunyai GBS atau UTI
  • Sistem imun yg lemah & mudah jatuh sakit setelah lahir
  • Berat badan yg berkurangan
  • Motor skill & perkembangan otak bayi yg lambat akibat sel-sel otak (neuron) yg kurang dirangsang atau berkurangan


Apakah nutrisi yg diperlukan oleh ibu hamil & bayi?

Hampir kesemua nutrisi harian yg penting dalam kehidupan seharian kita adalah sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil bagi keperluan dirinya serta bayi di dalam kandungan. Antaranya adalah:

  • KALORI
Kalori dari sumber yg sihat seperti dari karbohidrat, protein & buah-buahan diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada ibu hamil. Ibu hamil memerlukan hampir 300kcal lebih berbanding wanita dewasa yg tidak hamil.

  • ASID FOLIK
Penting untuk pertumbuhan saraf & otak janin. Asid folik diperlukan sebanyak 600-800mg oleh ibu hamil & sebaiknya mula diambil dalam tempoh 3-6 bulan sebelum seorang wanita hamil.

  • KALSIUM
Janin/bayi di dalam kandungan menyerap kalsium sedia ada yg terdapat di dalam tulang ibu. Maka, ibu hamil perlu menambah jumlah kalsium di dalam badannya agar tidak berisiko untuk mendapat masalah osteoporosis atau tulang reput di kemudian hari. Jumlah kalsium harian yg disarankan diambil adalah sebanyak 1,200mg sehari. Kalsium juga amat membantu ibu mengurangkan rasa sakit pinggang, sendi, tulang & badan akibat postur mengandung serta pertambahan berat badan. Kalsium juga mampu membantu melembutkan najis serta mengelakkan sembelit sepanjang kehamilan. Kalsium sebaiknya diambil bersama-sama vitamin D untuk mengoptimumkan penyerapannya oleh badan kita.

  • IRON
Iron ataupun zat besi amat penting bagi memastikan bacaan HB yg stabil sepanjang kehamilan. Walaupun sesetengah ibu hamil akan berasa loya apabila mengambil iron, namun ia tetap wajib diambil. Bacaan HB yg rendah menunjukkan paras oksigen yg rendah dalam darah ibu untuk dibekalkan kepada janin/bayi. Janin yg tidak menerima bekalan oksigen secukupnya berisiko untuk mati di dalam kandungan.

  • VITAMIN C & ANTIOKSIDA
Kedua-keduanya penting terutamanya untuk memastikan sistem imun yg 'kebal' sepanjang kehamilan & selepas kehamilan. Ibu hamil yg mudah jatuh sakit akan lebih berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yg lebih serius sama ada sewaktu hamil mahupun selepas melahirkan. Bukan itu sahaja, malah jangkitan kuman pada ibu yg mempunyai sistem imun yg lemah juga berisiko tinggi untuk 'diwairisi' kepada bayi yg bakal lahir.

  • FIBER/SERAT
Serat amat penting untuk membantu sistem penghadaman yg lancar sepanjang kehamilan. Perubahan hormon sewaktu hamil itu sendiri akan menyebabkan ibu hamil sangat mudah mengalami masalah sembelit. Sekiranya ditambah lagi dengan kurangnya pengambilan serat dari sumber yg sihat seperti sayuran, buah-buahan serta bijirin, maka masalah sembelit adalah berisiko tinggi untuk dihadapi oleh ibu hamil.

  • ASID LEMAK OMEGA-3
Omega-3 mempunyai fungsi 2 dalam 1 bagi ibu hamil. Pertamanya, ia boleh membantu mengukuhkan sistem imun si ibu agar tidak jatuh sakit. Kaduanya, ia amat penting untuk membantu pertumbuhan otak bayi; terutamanya dari aspek merangsang pertumbuhan sel-sel otak (neurons) serta membantu merangsang motor skill bayi sejak dalam kandungan lagi.

omega guard shaklee


  • PROTEIN
Protein adalah amat penting sebenarnya untuk ibu & bayi. Protein adalah 'makanan asas' kepada sel badan kita. Maka, jika sel badan kita mendapat bekalan makanan yg sihat & secukupnya, maka secara keseluruhan badan kita akan menjadi sihat. Selain itu, protein juga memberikan tenaga yg lebih berpanjangan berbanding sumber yg lain. Ini kerana nilai glisemik index (GI) yg rendah menyebabkan ia akan lebih lambat diuraikan atau 'dihabiskan' oleh badan. Protein juga membantu pertumbuhan sel kulit baru yg lebih elok. Justeru, ibu hamil akan kelihatan lebih glowing & berseri sepanjang kehamilan. Bagi janin/bayi di dalam kandungan pula, protein membantu pembentukan daging, otot serta lemak yg sihat.


Cukupkah bekalan nutrisi hanya dari pemakanan seharian sahaja?

Boleh jadi mencukupi. Terutamanya apabila kita benar-benar mengira jumlah nutrisi yg diperolehi dari setiap sesi pemakanan kita. Untuk itu, ibu hamil WAJIB mengambil jumlah nasi, daging, bijirin, sayuran serta buah-buahan dalam kuantiti yg memenuhi keperluan nutrisi yg diperlukan. Sebagai tambahan, sumber setiap makan tersebut haruslah TIDAK DICEMARI oleh bahan kimi lain seperti racun serangga, baja kimia atau apa-apa bahan sewaktu dalam proses penanaman & penyediaan yg boleh menggangu gugat jumlah nutrisi sebenar yg boleh diperolehi daripada satu-satu sumber semulajadi tersebut.


Adakah pilihan lain sekiranya pemakanan harian tidak membekalkan nutrisi yg sepatutnya?

ADAAA.
Anda boleh mengambil supplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian yg diperolehi daripada pemakanan semulajadi. Namun, anda perlu PASTIKAN bahawa supplemen yg diambil adalah terdiri daripada bahan semulajadi; bukannya supplemen sintetik. Ini kerana, walaupun supplemen sintetik juga membekalkan nutrisi kepada kita, namun hakikatnya ia mampu memberi kesan sampingan lain yg membahayakan di kemudian hari seperti kerosakan buah pinggang & sebagainya.

vitamin ibu mengandung shaklee

SET IBU HAMIL SHAKLEE menyediakan supplemen vitamin yg lengkap untuk ibu hamil. Walaupun kita telah sedaya upaya menjaga pemakanan seimbang sewaktu hamil, namun, adalah amat penting untuk kita memastikan bekalan nutriisi yg diterima oleh tubuh badan kita mahupun bayi di dalam kandungan yg tersayang adalah mencukupi.



Nak order terus set ini? Boleh terus klik DI SINI.
Hubungi saya melalui Whatsapp di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan konsultasi eksklusif selepas anda menerima order anda ye.



Atau anda boleh hubungi saya trlebih dahulu untuk sebarang pertanyaan atau pembelian secara personal dari saya. (^_^)

Tips Penyusuan Susu Ibu Berjaya

Assalamualaikum semua!!

Dulu masa saya bersalin anak first; Ihsan, saya tak berjaya melaksanakan penyusuan susu ibu.. Sebab? kurang ilmu.. ditambah pulak saya dapat baby yang refuse/menolak habis untuk dilekapkan pada breast (cik B ye.. ala-ala sopan sikit gitu kannn... hehe ^^)..

Masa tu saya bingung, Mama saya yang tolong saya jaga pantang pun bingung.. Mama saya pulak tak pernah berhadapan dengan mana-mana anaknya yang tak mahu langsung menyusu badan.. sudahnya, baru 2 minggu sahaja saya dah campurkan susu Ihsan dengan susu formula.. waaaaaa... kalau laa dapat saya ulang semula saat mengandung dan melahirkan Ihsan... pasti saya akan gali ilmu penyusuan badan ni dalam-dalam... Masa tu saya ingat penyusuan susu ibu ni adalah sesuatu yang natural/semulajadi.. so, benda semula jadi, tak payah la nak kaji dalam-dalam kan? rupanya saya silap... baaaaanyak sebenarnya perkara & persediaan yang perlu kita buat dari aspek mental & fizikal untuk melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya ni...

So, mengandung anak yang kedua; Iman, saya dah pasang niat, nekad, azam & semangat! walau apa pun yang terjadi, saya tetap akan melaksanakan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk Iman! seboleh-bolehnya untuk 2 tahun! Tak kiralah kalau kali ni saya kena cesear lagi pun, saya akan mintak bayi saya dalam masa sejam lepas operation! (owh, saya melahirkan Ihsan melalui pembedahan cesear ye... Iman juga! hehe..)

Alhamdulillah, dengan nekad & azam yang kuat, saya berjaya memulakan penyusuan selepas 1jam 1/2 selepas pembedahan.. itu pun sebab takde staf yang nak tolak stretcher saya dari operating theater ke wad.. huhu.. dan alhamdulillah, Iman sangat pandai melekapkan mulut pada cik B...

Dan sehingga kini, alhamdulillah sudah lebih 8 bulan saya melaksanakan penyusuan susu ibu secara penuh untuk Iman.. walaupun stok perahan saya cuma kais-kais sahaja (pam hari ni untuk esok/lusa), tapi alhamdulillah ia masih mencukupi untuk bekalan harian Iman ke taska..

So, meh saya share sket tips yang ringkas dan padat; ikhlas dari saya tentang macam mana nak melaksanakan penyusuan susu ibu yang berjaya:



© NIAT
- Sewaktu mula-mula mengandung lagi, sentiasa memasang niat untuk menjayakan penyusuan ibu sepenuhnya seboleh-bolehnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

© ILMU
- Gunakan segala kemudahan yang ada khususnya internet & pelbagai buku di pasaran untuk ‘menggali’ ilmu tentang penyusuan ibu. Pelajarilah teknik penyusuan yang betul, kaedah memulakan penyusuan seawall selepas kelahiran serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi serta kaedah menanganinya.

© AZAM, NEKAD & SEMANGAT
- Tanamkan azam yang kuat di dalam hati, bernekad dengan penuh semangat untuk tetap akan cuba melaksanakan penyusuan ibu walau apa pun cabaran mendatang.

© SOKONGAN ORANG TERSAYANG
- Sokongan yang paling diperlukan adalah daripada suami. Seboleh-bolehnya minta suami sentiasa memberikan kata-kata pendorong/perangsang untuk meneruskan penyusuan ibu khususnya jika ada yang menentang.

© YAKIN
- Yakinlah dengan diri sendiri bahawa anda boleh melakukannya! Yakinlah bahawa ALLAH S.W.T telah menetapkan rezeki (susu) yang mencukupi dengan keperluan bayi.

© TIDAK MUDAH PUTUS ASA
- Jangan mudah putus asa sekiranya kuantiti susu anda tidak sebanyak ibu-ibu lain. Jangan mudah mengalah dan terus memberikan bayi anda susu formula sekiranya ia terus menangis walaupun selepas penyusuan. Jangan panik. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif orang di sekeliling anda. Anda sebagai ibu adalah orang yang paling tahu apa yang terbaik untuk bayi anda.

© ISTIQAMAH
- Berterusanlah dalam apa jua usaha yang anda lakukan sama ada untuk menambah kuantiti susu, membuat stok EBM mahupun dalam menyusukan bayi anda hamper setiap jam. Pastikan penyusuan terus (direct feeding) sentiasa dilakukan, serta sesi mengepam dibuat mengikut jadual dan sela masa yang sepatutnya.

© DOA YANG BERTERUSAN
- Sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya dikurniakan kuantiti susu yang mencukupi untuk bayi anda, supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anda sehingga tempoh 2 tahun serta supaya anda sentiasa kuat semangat & tidak putus asa untuk menjayakan penyusuan ibu untuk tempoh yang maksimum!

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...