Showing posts with label Tips Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Tips Bersalin. Show all posts

PENGALAMAN BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN CESAREAN

Naluri semulajadi wanita kebiasaannya pasti ingin melahirkan bayi secara normal. Walaupun sakitnya pasti, tetapi itulah impian setiap wanita; iaitu melhirkan zuriatnya sendiri secara normal atau semulajadi sepertimana sepatutnya. Namun, tidak semua wanita bertuah. Sesetengah wanita perlu melalui proses bersalin secara pembedahan cesarean; sama ada secara elektif ataupun 'pembedahan kecemasan' (emergency cesarean). Dan saya dalah salah seorang wanita yg telah 2 kali terpaksa melalui proses pembedahan cesarean secara kecemasan itu. (^_^)

bersalin secara pembedahan cesarean
Situasi sewaktu pembedahan cesarean dilakukan

Apakah punca seseorang ibu itu perlu melahirkan bayi secara pembedahan cesarean?

Ada 2 jenis pembedahan cesarean iaitu secara pilihan (elective cesarean) ataupun secara kecemasan (emergency cesarean).

a)  Antara sebab pembedahan pilihan (elective cesarean) adalah:
  • Bayi dalam keadaan songsang (kaki di bawah) ataupun melintang.
  • Placenta Previa - rahim berada di kedudukan bawah bayi sehingga menghalang laluan bayi keluar.
  • Kandungan kembar.
  • Bayi terlalu besar dan ibu bersaiz kecil.
  • Ibu mengalami darah tinggi yg serius - dikhuatiri kontraksi akan menyebabkan rahim pecah.
  • Mempunyai sejarah komplikasi sewaktu kelahiran sebelumnya.
  • Telah melalui proses melahirkan secara pembedahan cesarean beberapa kali.
  • Ibu mempunyai saiz pinggul yg kecil - ada ujian tertentu yg boleh dilakukan.

b)  Antara sebab ibu perlu melalui pembedahan secara kecemasan (emergency cesarean):
  • Bukaan serviks tidak memadai (tidak sampai 9-10cm) ataupun terlalu lambat; setelah berjam-jam kontraksi - ini kes saya bagi kedua-dua kelahiran.. huhu..
  • Baby distress - degupan jantung bayi semakin perlahan kerana tidak tahan tekanan akibat kontraksi.
  • Bayi telah buang air besar di dalam amniotic sac.
  • Kedudukan bayi berpusing sehingga menyebabkan tali pusat melingkari bayi & membahayakan nyawa bayi - contohnya menjerut leher bayi.

PENGALAMAN SAYA DENGAN 2 KALI EMERGENCY CESAREAN

Kandungan pertama
Kandungan saya normal di sepanjang tempoh kehamilan. Namun, setelah genap 40 minggu, masih belum ada tanda-tanda baby saya nak 'keluar'. Bukaan serviks hanya 1cm; tapi ada satu masalah iaitu tekanan darah saya berada pada paras 'border line'. Saya memilih untuk bersalin di hospital pakar swasta. Jadi, pakar O&G yg bertanggungjawab ke atas saya memberi pilihan sekiranya saya ingin melahirkan secara pembedahan terus tanpa mengambil risiko menunggu lama.

Tapi saya berkeras nak cuba kelahiran normal. Doktor bersetuju. Tapi, saya diberi masa selama 3 hari sahaja. Jika sampai hari ketiga saya di situ pun saya masih belum bersalin secara semulajadi, maka doktor akan 'paksa' saya bersalin. Wuuuuuuu.. takut tak? Huhu..

So, doktor pun mengarahkan jururawat bidan 'masukkan' sejenis ubat ke dalam vagina saya. Katanya itu adalah 'ubat bukak jalan'. Saya dijangka bersalin keesokan harinya. Malangnya, sehingga lewat petang, kontraksi saya semakin kerap. Tapi, bukaan serviks masih terlalu kecil iaitu sekitar 2.5cm. Lantas saya diberi pain killer untuk mengurangkan kesakitan.

Keesokan harinya, sekali lagi saya diberikan ubat induce untuk 'bukak jalan'. Kali ini secara suntikan pula. Selang beberapa jam bukaan serviks saya diperiksa. Tapi masih terlalu kecil. Tengahari itu, saya dah mula 'turun tanda'. Mucus plug rahim saya dah keluar. Saya sangat happy waktu tu. Terasa semakin cerah harapan saya untuk bersalin secara normal.

Hari ketiga, seawal jam 6 pagi saya dikejutkan untuk bersarapan pagi. Kata jururawat, doktor mengarahkan saya masuk ke labor room pada jam 7 pagi. Seriously, saya sangat teruja pada waktu tu! Yeay! Nak beranak normal dah.. hehehe...

Tapi, rezeki tak berpihak pada saya.
Doktor memasukkan ubat induce untuk 'memaksa' baby keluar seawal jam 8.00pagi. Air ketuban saya telah pecah dengan sendirinya pada jam 11pagi. Waktu itu bukaan serviks saya adalah 4 cm. Namun, waktu berlalu jam demi jam, jururawat pun sampai bertukar syif.. Sehingga jam 3.30pm bukaan serviks saya hanya 6cm sahaja. Jika sebelum itu hanya bidan yg memeriksa bukaan serviks saya, tapi kali ini doktor sendiri yg memeriksa saya. Lepas pemeriksaan, doktor dengan lemah datang ke sisi saya & suami & berkata:

"Minta maaf dik, kita tak boleh tunggu dah.. jalan tak bukak.. dah lebih 8 jam tunggu.. awak pun dah kehabisan tenaga.. so, kita terpaksa cesar ye.."

ALLAHUAKBAR! Hancur luluh perasaan saya waktu tu. Masa tu memang fikiran dah tak rasional. Sedih, perit & kesal bercampur-baur dalam hati. Terasa saya tak setaraf dengan wanita lain yg mampu bersaiz normal. Malah mereka berbadan jauh lebih kecil dari saya.

Maka lewat petang itu, tepat jam 5.02petang, bayi lelaki saya telah berjaya dikeluarkan. Bayi yg saya & suami tunggu selama 5 tahun lamanya. Setelah pelbagai ikhtiar kami lakukan. -yg ni saya cerita kat entry lain ek.. 


Kandungan Kedua (selepas 2 tahun 6 bulan)
Setelah ujian UPT yg saya buat sendiri di rumah menunjukkan tanda positif, saya terus berjumpa dengan doktor pakar yg sama dengan kehamilan pertama. Antara soalan awal yg saya tanyakan pada beliau:

"Doktor, kali ni saya boleh try untuk bersalin normal tak?"

Kata beliau: "Boleh. Sebab you takde apa-apa komplikasi masa pembedahan yg terdahulu. Luka cesar awak pun dah pulih sepenuhnya. Tapi, kalau ada kes darah tinggi atau baby terlalu besar, kita kena cesar".

Haaa... nampak tak degilnya saya? Hehehe... Kalau ikut suami saya, dia nak suruh cesar terus je.. Sebab katanya tak sanggup tengok saya sakit berhari-hari lagi.. -dia pulak trauma lebih..

So, saya bernekad untuk menjaga kesihatan bersungguh-sungguh sepanjang kehamilan supaya tekanan darah saya normal sehingga ke akhirnya & supaya saiz baby saya tak terlalu besar. Saya disiplin ambil vitamin. Saya tak makan ikut nafsu. Dan alhamdulillah saya bukan jenis yg mengidam macam-macam benda..

Alhamdulillah, kehamilan saya sihat sehingga ke akhirnya. Sehingga doktor izinkan saya sedikit overdue dari EDD. Tapi, sehari lepas EDD saya dah mula rasa kontraksi yg kuat. Bermula dari malam sebelumnya, saya sakit setiap 2 jam. Kemudian setiap 1 jam. Saya sempat lipat 2 bakul kain pagi tu. Sehingga saya mula sakit setiap 30 minit waktu selepas Zohor. Saya beritahu suami minta alert. Lepas Asar perlu gerak ke hospital. Anak yg sulung perlu dihantar ke rumah mertua yg terletak berhampiran.

Sampai di hospital lewat petang, saya terus dimasukkan ke labor room. Bukaan serviks saya baru 2cm waktu tu. Kontraksi dah setiap 10 minit. Jam 8.30malam doktor sampai. Bukaan serviks 3cm. Katanya kelihatan progress yg baik. So, dia izinkan & ajarkan saya apa persediaan yg perlu untuk bersalin secara normal.

Lepas solat Isya' saya diminta menukar pakaian ke sut bersalin. Waktu tu saya terasa seperti nak ke tandas. Alhamdulillah, mucus plug saya keluar pada waktu tu. Dan air ketuban saya pecah pada jam 11malam. Waktu tu, bukaan serviks saya 4 cm. Kontraksi pun semakin kuat & kerap.

Jam 12 tengah malam bukaan serviks saya 6cm. Saya telefon ibu saya yg dalam perjalanan dari Selangor. Katanya, kalau macam tu, insya Allah dalam pukul 4pagi mesti saya akan selamat bersalin. Positif sungguh ibu saya! (^_^)

Jam 2.30pagi ibu bapa saya sampai. Bukaan serviks saya masih 6cm. Jururawat dah menggelisah. Apatah lagi suami saya yg sentiasa di sisi. Traumanya datang kembali melihatkan saya semakin mengerang dan asyik 'diseluk' oleh jururawat.

Jam 4.30pagi bukaan serviks saya tetap 6cm. Saya dengar sayup-sayup jururawat yg ada bercakap sesama mereka. Dan kemudiannya saya dengar dengan jelas ketua jururawat di situ menelefon doktor saya. Katanya: "patient doktor ni bad progress. Still 6cm until now." Selebihnya saya tak menumpukan perhatian. Suami saya hanya mampu senyum tawar. Seolah faham kekecewaan yg bakal saya lalui sekali lagi.

Dan seperti yg dijangka, sekali lagi saya perlu melalui kelahiran melalui pembedahan cesarean. Tapi kali ini saya perlu menunggu sehingga jam 8pagi; iaitu apabila doktor mula masuk bertugas. Emergency yg tak berapa emergency la kiranya.. Sebab saya tak mengalami apa-apa komplikasi. Sakitnya hanya Allah yg tahu..

Keesokan harinya, tepat jam 8.40pagi, bayi perempuan saya selamat dikeluarkan. Tapi kali ini kesedihan saya tidak seteruk dulu. Saya lebih redha. Saya tahu, inilah apa YG TERBAIK yg telah Allah tentukan untuk saya. Dan saya tak mahu bersedih lagi waktu tu, sebab saya ada MISI YG LEBIH BESAR LAGI iaitu MENYUSUKAN BAYI SAYA!



Kesimpulannya; bersalin secara pembedahan cesarean tidak mengurangkan sedikit pun sifat & ciri keibuan seorang wanita. Kalau orang kata pahala ibu bersalin normal tu lebih sebab perlu merasai kesakitan sewaktu bersalin normal, apalah kurangnya si ibu yg dipotong/dibelah perut & rahimnya demi mengeluarkan zuriat yg suci di dalamnya. Tidak kurang sedikit pun pahala bagi keduanya. Malah, risiko kematian tetap perlu dihadapi oleh kedua-duanya walau apa cara kelahiran sekalipun. 

So, jangan takut kalau kena cesarean tau wahai ibu-ibu sekalian. Yakinlah bahawa itulah apa YG TERBAIK dari Allah untuk kita. (^_^)

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.

9 TIPS MUDAH BERSALIN

Setiap wanita hamil pasti mengimpikan proses bersalin yang mudah dan cepat. Ada juga yang terlalu risau tentang kesakitan yang bakal dialami sewaktu proses bersalin. Relaks... hehe..



Sesungguhnya sakit bersalin itu pasti.. sebaiknya tak perlu untuk kita fikirkan bagaimanakah agaknya rasa kesakitan tu nanti.. Ia akan membuatkan kita berasa takut dan berdebar sehingga membayangkan pelbagai kemungkinan buruk yang boleh terjadi.. huhuhu...

Meh saya share sket 9 tips mudah bersalin yang boleh membantu anda untuk menghadapi proses bersalin yang pastinya menyakitkan. Jom tengok!

1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.

Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

6. Teman Kuat Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.

Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8. Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.

9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.


Anda mencari SET BERPANTANG MODEN YANG TERBAIK? Set Berpantang Shaklee ini DIJAMIN HALAL & SELAMAT walaupun untuk ibu yang bersalin secara cesearean mahupun mereka yang mempunyai bayi yg mempunyai masalah jaundice/kuning. Ia boleh diambil sejurus selepas anda bersalin.

Hubungi:
Irda (909714)
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...