Showing posts with label Tips Kesihatan Umum. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan Umum. Show all posts

RESEPI HOT CHOCOLATE SEDAP UNTUK ORANG DIET

Orang tengah diet ni kadang-kadang teringin juga nak minum air berperisa kan? Lagi-lagi kalau yg jenis suka minum air coklat macam Milo ke, Vico ke, Cadbury ke Oligo etc tu. Ada sesetengah ibu menyusu pula, air coklat ni boleh jadi milkbooster sebab hormon badan teruja & happy bila dapat coklat tu.

Tapi tapi tapi...

Serbuk minuman coklat yg biasanya ada di pasaran tu dah dicampur dengan gula tambahan untuk menjadikan rasanya sedap. In fact, fresh milk perisa coklat macam Farm Fresh ke Summerfield ke HL etc tu pun mengandungi gula untuk menjadikan rasanya sedap. Tu yg jadi nak minum berulang-ulang tu! Haha..

Meh saya share resepi hot chocolate sedap & very low sugar dari sifu eat clean saya ni. Bahan-bahannya mudah sahaja:

1. 200ml fresh milk
2. 1 sudu kecil serbuk dark chocolate (yg biasa orang buat kek tu)

Caranya:

a. Panaskan fresh milk dalam periuk atas dapur.
b. Campurkan serbuk dark chocolate.
c. Kacau sampai sebati.




Boleh minum macam tu je atau nak tambah oat atau nak cicah biskut pun boleh. Selamat mencuba! 😉

Nak order Shaklee? Boleh klik sini untuk Whatsapp saya ye:

CARA KECUTKAN CYST DENGAN CEPAT & BERKESAN

JANGAN ABAIKAN JIKA ANDA ADA CYST! Cyst ni ada pelbagai jenis. Mungkin bagi sesetengah kes, ia bersaiz kecil & tidak membahayakan sewaktu pemeriksaan dibuat. Namun, ia tetap tak boleh diabaikan.

Ada sesetengah cyst pula ia cepat membesar & kedudukannya terletak di bahagian yg boleh mengganggu tahap kesuburan; malah menghalang pemiliknya dari menjadi hamil. Contohnya cyst yg terletak di ovari, tiub faloppio atau di sekitar rahim. Cyst jenis ini wajib dinyahkan bagi membolehkan pemiliknya hamil.




Ada cyst yg memerlukan pembedahan untuk membuangnya. Malah, ada jenis cyst yg boleh membesar & pecah di dalam tubuh sehingga menjadi tumor atau kanser.







BAGAIMANA CARA NAK KECUTKAN CYST?

Pemilik cyst perlu terus menjaga pemakanan yg sihat & sebaiknya mengambil supplemen yg bersesuaian. Antara supplemen yg amat membantu adalah jenis antioksida & omega-6.




Vivix & GLA Complex adalah 2 supplemen Shaklee yg telah berjaya membantu ramai pesakit cyst untuk mengecutkannya. Bukan sahaja kecut, malah mereka juga berjaya hamil akhirnya!

BERAPA HARGA 2 PRODUK INI?

Sebotol Vivix (150ml) berharga RM475. Manakala sebotol GLA Complex (60 biji) berharga RM91.25 sahaja. Kedua-dua produk ini untuk kegunaan sebulan. Anda boleh juga order secara berasingan.

Nak terus order set ini secara online? Klik sahaja di sini:



Atau anda mahukan HARGA PROMO HEBAT dari saya? Klik di sini untuk Whatsapp saya ye:

ADAKAH KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?

Bila cakap tentang supplemen ni, ada bermacam-macam pendapat. Ada yg kata supplemen ni kita perlu ambil untuk jaga kesihatan diri sebelum jatuh sakit. Tapi, ada juga yg tak setuju & merasakan promo tentang supplemen ni berlebih-lebihan sahaja. Kebanyakannya cuma nak lariskan produk sahaja. Allah SWT dikatakan telah mengurniakan sistem badan yg 'perfect' sehingga kita tak perlu risaukan apa-apa lagi.

Betul ke? Anda setuju yg mana satu? Anda rasa kita ni memang tak perlukan supplemen ke?

Ok. Cuba jawab soalan ni:

❓ Apa menu sarapan pagi kita ambil setiap pagi? Nasi lemak? Roti canai? Mee/mihun goreng?
❓ Adakah waktu makan kita tetap pada setiap waktu pagi, tengahari & malam?
❓ Adakah kita mengambil menu yg benar-benar seimbang nisbah karbo, protein, kalsium & mineral dalam setiap hidangan?
❓ Berapa cawan/mangkuk sayur & buah kita makan setiap hari?
❓ Adakah anda memilih pemakanan anda dari sumber yg diyakini tidak tercemar oleh racun serangga perosak & baja kimia?
❓ Adakah rutin bekerja & kehidupan seharian anda langsung tidak menyebabkan sebarang tekanan fizikal/emosi?
❓ Adakah anda merokok? Atau ada mengambil alkohol?
❓ Adakah anda langsung tidak mengamalkan minuman yg mengandungi gula?
❓ Adakah anda melakukan pemeriksaan kesihatan/darah secara berkala & mendapat keputusan yg paling optimum setiap kali?

Jika anda menjawab kesemua soalan di atas dengan jawapan yg sepatutnya tepat, maka anda mungkin boleh mengatakan bahawa anda tak perlukan supplemen.

Namun, jika ada 'yay or nay' di mana yg tidak sepatutnya, maka supplemen amat membantu untuk memenuhi lohong-lohong nutrisi yg kekurangan & diperlukan oleh tubuh anda.

Dua punca utama mengapa kita mudah jatuh sakit:

1. Sistem imun yg lemah.
2. Kekurangan nutrisi penting dalam badan.

Semak semula tubuh kita. Jatuh sakit bukan sekadar 'takdir, nasib malang atau kifarah'. Diri kita sendiri bertanggungjawab atas tubuh yg diamanahkan oleh Allah SWT untuk kita menjaganya.

"We have only one body to live in."

Nak supplemen yg tubuh anda perlukan? Meh wasap: 014-984 0240 (Irda).



TIPS BANTU PESAKIT ALZHEIMER'S & MENGELAKKAN ALZHEIMER'S

Apakah punca Alzheimer's? Alzheimer's ataupun yg sering dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai 'nyanyuk' ni disebabkan oleh berkurangnya aktiviti antara neurons di dalam otak manusia. Bagaimanakah kita boleh membantu sekiranya terdapat ahli keluarga kita yg mula menunjukkan simptom mereka mengalami Alzheimer's?

tips untuk pesakit nyanyuk


MERBAHAYAKAH ALZHEIMER'S/NYANYUK?

Alzheimer's merupakan salah satu penyakit di dalam kategori neurodegenerative diseases. Di mana, neurodegenerative diseases ini berkait rapat dengan masalah berkurangnya fungsi neurons di dalam otak.

cara atasi masalah nyanyuk

Di dalam otak manusia, hasil tindak balas antara neurons (sel otak) menghasilkan sejenis protein yg dikenali sebagai beta amyloids. Beta amyloids ini secara asasnya tiada fungsi yg penting kepada sistem tubuh kita.

cara atasi nyanyuk

Dalam otak manusia normal, beta amyloids ini akan terhapus atau dinyahkan begitu sahaja. Namun, bagi individu yg mula menghadapi simptom Alzheimer's, beta amyloids ini akan mula berkumpul dan akhirnya membentuk plak-plak yg 'menduduki' ruang-ruang di antara neurons. Pertambahan plak beta amyloids ini akhirnya akan mengganggu 'perhubungan' ataupun aktiviti sesama neurons.

Ditambah dengan oxidative stress yg menambahkan pembebasan radikal bebas ke dalam otak, maka keadaan pesakit Alzheimer's akan bertambah teruk dengan kadar yg cepat sekiranya tidak dibendung.


APAKAH YG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN ALZHEIMER'S?

Bagaimana cara menghalang, melambatkan serta membendung Alzheimer's dengan berkesan serta tanpa melibatkan penggunaan dadah?

Ada 2 perkara yg boleh dilakukan:

1. Untuk mengelakkan Alzheimer's, kita perlu sentiasa merangsang sel-sel otak untuk terus berhubung dengan aktif. Caranya? Banyakkan membaca & berfikir supaya sel-sel otak sentiasa terangsang & terstimulasi. Bagi yg beragama Islam, cara paling mudah untuk merangsang sel otak adalah dengan membaca Al-Quran setiap hari.
Amalkan juga pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat (bersenam) supaya oxidative stress tidak membebankan sel tubuh. Elakkan stress agar radikal bebas tidak banyak terhasil.

2. Amalkan pengambilan antioksida. Rajinkan diri mengambil buah-buahan yg mengandungi kadar antioksida yg tinggi seperti cranberry, elderberry, anggur, tomato dan seumpamanya. Ini bagi mengelakkan pembentukan radikal bebas yg tinggi.
Apabila pengambilan antioksida mencukupi untuk membantu menghalang oxidative stress, maka neurons akan dapat kekal berfungsi seperti yg sepatutnya. Sekaligus, plak beta amyloids juga tidak akan mempunyai ruang untuk terbentuk.


SIAPA YG BERISIKO MENGHIDAP ALZHEIMER'S ATAU MENJADI NYANYUK?

Apa yg PALING PENTING anda tahu adalah, neurodegenerative diseases seperti Alzheimer's berisiko tinggi untuk DIWARISI MELALUI KETURUNAN. Justeru, jika kita mempunyai sejarah nenek moyang yg menghidapi salah satu neurodegenerative diseases ini, maka kita sewajibnya mengambil langkah pencegahan secara lebih intensif bagi mengelakkan keturunan anak cucu kita bakal berhadapan dengan risiko yg sama.

Alzheimer's juga lebih mudah terjadi kepada mereka yg sering stress dalam kehidupan seharian. Mereka yg sering bersikap malas atau tidak melakukan aktiviti yg melibatkan stimulasi otak juga berisiko tinggi untuk menghidap Alzheimer's atau menjadi nyanyuk.


ADAKAH SUPPLEMEN TERBAIK YG BOLEH MEMBANTU MENGELAKKAN & MENGURANGKAN KESAN ALZHEIMER'S?

Ada ahli keluarga anda yg menghidap Alzheimer's atau sudah mula menunjukkan tanda-tanda pelupa atau bersikap kebudak-budakan? Try Vivix. Vivix merupakan minuman botani yg tinggi antioksidan. Ia mampu mengurangkan simptom tersebut dari menjadi semakin melarat.


Whatsapp saya di: 014-984 0240 (Irda). Konsultasi eksklusif akan saya berikan kepada setiap pelanggan saya.



PRODUK BAYI ORGANIK UNTUK MASALAH KULIT SENSITIF, ALERGIK & ECZEMA

Orang dulu-dulu kata, sayang anak tangan-tangankan. Sekarang kita ubah sikit. Sayang anak kita belai-belaikan guna tangan. Hehehe.. Justeru, Shaklee Malaysia telah melancarkan jualan secara rasmi produk untuk kegunaan harian untuk si comel yg tersayang. Bila kata sayang anak, mestilah kita nak sediakan produk yg terbaik untuk anak kita kan?

produk organik untuk baby


Kecoh haritu tentang satu jenama barangan bayi yg terkemuka; 'J&J' tu yg mana mereka sendiri mengakui bahawa terdapat bahan kimia berbahaya yg boleh menyebabkan kanser kepada bayi. Mulai saat saya membaca tentang isu itu, keraguan saya pada produk jenama lain yg dijual secara komersil juga semakin meningkat. Bayangkan, satu jenama gah yg telah berpuluh tahun berada di pasaran & telah digunakan oleh beberapa generasi pengguna akhirnya mengakui bahawa ia mengandungi bahan kimia yg boleh menyebabkan KANSER -penyakit yg paling ditakuti oleh semua golongan!

Bagi ibu bapa yg pernah mempunyai pengalaman menjaga anak yg mengalami kulit sensitif, mudah alergik pada sesuatu atau mungkin mengalami eczema, semestinya produk penjagaan bayi yg dijual secara komersil telah lama dijauhi. Ini kerana sememamngnya hampir kesemua jenama yg bukan berasaskan bahan organik, pasti akan mengandungi bahan kimia atau sintetik yg boleh memberi kesan buruk kepada kulit bayi.


Apa yg best tentang produk ShakleeBaby ni?

✔ Bebas dari paraben, alkohol serta bahan kimia berbahaya.
✔ Berasaskan 85% bahan semulajadi & organik (kadar tertinggi bahan asas semulajadi mampu disediakan di dalam satu-satu produk).
✔ Telah diuji secara klinikal tahap keselamatan & keberkesanan penggunaannya.
✔ Sangat sesuai untuk bayi & kanak-kanak yg mempunyai masalah kulit sensitif, alergik & eczema.
✔ Kuantiti yg berbaloi dengan harga & kualiti - penggunaan tahan lama.








Berapa harga 1 set ShakleeBaby ni?

Harga retail untuk bukan ahli: RM381 untuk 1 set. Set promo launching didatangkan bersama beg & tuala edisi terhad & eksklusif.

Nak jimat? Boleh daftar terus sebagai ahli & dapatkan terus set ni dengan harga ahli. Daftar sekali, jimat seumur hidup.

Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan set ini ye. Stok terhad.

KESAN DIET TANPA NASI DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Nasi sudah menjadi makanan rutin kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Dari kecil pun majoriti kita dididik dengan corak pemakanan/diet yg melibatkan nasi. Sampaikan, ada yg merasakan, kalau sehari tak makan nasi, rasa tak puas atau tak kenyang betul. Ibu kita pun selalu je berpesan supaya kita makan nasi setiap hari, supaya tak kelaparan. Namun, yg tak bestnya, terdapat segelintir golongan yg nak menurunkan berat badan dengan terdesak lalu membuat keputusan untuk mengamalkan 'diet tanpa nasi'. Adakah corak diet tanpa nasi ini selamat & berkesan?

diet atkins

KESAN KURANG MENGAMBIL NASI

Apabila semenjak kecil kita sudah terbiasa dengan sesuatu corak (pattern) diet itu, badan akan menjadi terkejut jika kita menghentikan corak tersebut secara tiba-tiba. Contohnya, kita dah terbiasa makan nasi 2 kali sehari pada waktu tengahari & malam. Tiba-tiba, bila kita rasa nak menurunkan berat badan dengan kadar segera, kita terus tidak mengambil langsung nasi. Alasannya, sebab nasi tinggi kandungan karbohidrat. Dan karbohidrat akan membuatkan kita gemuk. Apatah lagi jika ada rakan-rakan yg asyik menegur seolah-olah badan kita dah nampak 'naik', berisi atau gemuk.

Style ini dikenali sebagai 'crash diet'. Crash diet terlalu banyak kesan sampingan buruknya. Antaranya:

  • Permulaannya kita berasa ok, tetapi selepas 2-3 hari kebiasaannya kita akan menjadi terlalu lapar. Pada waktu itu, kita yg merasakan berat badan telah berjaya turun sebanyak 2-3kg, lantas dengan tanpa rasa bersalah kita akan 'terlebih makan' pula. Alasannya "takpe, dah 3 hari aku tak makan." Akibatnya, kita akan cenderung untuk makan melebihi dari kuantiti yg sepatutnya!
  • Mengalami fasa 'bounce back' yg lebih dahsyat dari sebelum diet. Apabila kita mula nak 'cover makan' bagi beberapa hari yg kita telah kurangkan makan, ia sebenarnya memberikan kesan bounce back pada berat badan yg lebih dahsyat & mendadak. Malah, berat badan anda akan menjadi bertambah lebih banyak lagi berbanding sebelum anda berdiet! Apabila berat meningkat semula, maka semangat kita pun jadi pudar & hilang.
  • Badan menjadi lemah akibat kekurangan nutrisi secara tiba-tiba. Bayangkan sebatang pokok yg asalnya setiap hari menerima cahaya matahari & air hujan, tiba-tiba kita halang ia dari mendapat bekalan tersebut selama beberapa hari. Apa jadi? Tentu pokok akan mejadi layu bukan? Begitu juga badan kita. Malah, lebih teruk lagi, kita mungkin akan diserang gastrik & mudah jatuh sakit seperti demam, batuk & selsema akibat sistem imun yg semakin lemah.
  • Keinginan meningkat pada makanan tinggi gula. Apabila kurang karbohidrat, kita berisiko untuk mendapat hypoglycemia; iaitu bacaan paras gula yg rendah dalam badan. Apabila terlalu rendah, selain menjadi lemah, kita juga akan mula jadi mengidam (craving) kepada makanan yg tinggi gula seperti coklat, kek, biskut, minuman berkarbonat & sebagainya. Mengapa? Kerana badan kita kekurangan tenaga & sel badan kita telah menjadi tidak sihat.
  • Risiko penyakit kwashiorkor. Ia adalah penyakit rentetan dari kekurangan nutrisi dalam badan. Kesan penyakit ini termasuklah terlalu kurus, penurunan berat secara mendadak, lemah badan, rambut gugur, hilang selera makan & lebih teruk lagi pembengkakan hati.



BOLEHKAH GANTIKAN NASI DENGAN MAKANAN LAIN?

Ada pula sesetengah kita yg cuba menggantikan nasi dengan sumber makanan mengenyangkan yg lain seperti mihun, pasta, mee kuning, oat, granola & sebagainya. Namun hakikatnya, kebanyakan makanan pengganti nasi mengandungi kalori yg jauh lebih tinggi daripada nasi! Akibatnya, ia sebenarnya semakin menggemukkan!

Lihat perbandingan berikut antara nasi dengan penggantinya yg popular dalam kalangan kita:




bahaya diet tak seimbang
Contoh pengganti nasi yg lebih selamat



NASI TAK BERSALAH

Hakikatnya sebenarnya, nasi tidak bersalah pun sekiranya berat badan kita semakin bertambah. Makan nasi setiap hari bukannya satu kesalahan ataupun PUNCA berat badan kita meningkat. Yg bersalah adalah KUANTITI NASI yg kita ambil serta nisbahnya dengan lauk-pauk yg kita ambil bersamanya.

Sedangkan, jika kita ambil nasi 3 senduk dengan nasi 1 senduk pun sudah jauh beza jumlah kalorinya; inikan pula jika kita bertambah-tambah makan nasi sehingga berpinggan-pinggan jadinya! Itu belum kira lagi kalori kuah masalemak cili api, atau asam pedas, atau rendang pajeri yg dicurah ke atas nasi! Ikan atau ayam pula kita lebih suka yg bergoreng berbanding yg dibakar/panggang. Sayur pula, biasanya kuantiti yg diambil sekadar 'cukup syarat' bersayur di pinggan sahaja. Itupun sudah lunyai dimasak!

Tak salah sebenarnya makan nasi setiap hari walaupun kita sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Cuma yg perlu kita jaga adalah KUANTITI, NISBAH & JENIS MASAKAN yg diambil.

Dari segi kuantiti, setiap kali makan, kita seharusnya mengamalkan nisbah "suku-suku-separuh" di dalam setiap hidangan. Di mana,
-Suku 1: Karbohidrat (nasi)
-Suku 2: Protein (ayam, ikan, telur atau daging)
-Separuh: Sayur-sayuran (yg tidak lunyai dimasak)

nisbah pemakanan sihat

rajah pinggan sihat


Dari segi jenis masakan, seeloknya:
  • Pilihlah beras perang berbanding beras putih kerana beras perang mengandungi serat yg lebih tinggi tetapi kanji yg kurang.
  • Pilih lauk ayam/ikan/telur/daging yg direbus atau dibakar atau dipanggang berbanding yg digoreng atau dimasak dalam kuah berlemak.
  • Elakkan kuah 'banjir'. Siramkan sedikit sahaja sekadar untuk memberi rasa kepada nasi. Elakkan juga kuah yg berlemak & berperasa tinggi seperti masak lemak cili api, asam pedas, rendang, pajeri & kicap/sos. Selain tinggi lemak, gula & garam, kuah-kuah seperti ini merangsang selera kita untuk makan lebih banyak.
  • Kurangkan garam, gula & bahan perasa dalam makanan. Paling penting, elakkan perisa tambahan seperti monosodium glutamate ataupun ajinomoto.
  • Lebihkan sayuran segar seperti ulam-ulaman berbanding yg telah dimasak. Masakan hanya menyebabkan nutrisi sayuran menjadi berkurang ataupun hilang terus!


pemakanan sihat

Sebagai tambahan, pastikan kita elakkan kudap-kudapan kurang sihat seperti makanan ringan, keropok, biskut, cekodok, goreng pisang, kek & sebagainya. Sebagai ganti di waktu senggang antara hidangan utama, ambil buah-buahan yg tinggi serat ataupun kekacang yg dipanggang tanpa garam.

Paling penting, jangan lupa untuk pastikan pengambilan air kosong yg mencukupi sesuai dengan berat badan kita. Setiap 25kg berat badan kita, memerlukan 1liter air kosong. Serta, pastikan kita elakkan minuman manis seperti minuman dalam tin, minuman dalam kotak, minuman bersusu pekat manis serta jus buah yg tinggi gula.

Ambil juga sedikit masa antara 10-15 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, senaman aerobik, zumba atau berjalan 10,000 langkah.

Jangan sekali-kali bergantung harap pada supplemen atau sembarangan 'ubat kurus' semata-mata. Pengambilan supplemen yg betul hanya membantu menggalakkan penurunan berat badan yg sihat serta cara untuk badan kita kekal menerima jumlah nutrisi yg secukupnya sewaktu berdiet. Namun bukanlah kunci utama penurunan berat badan anda.

P/s: Jika anda perlukan Set Slimming Shaklee yg membantu mempercepatkan pembakaran lemak, pembuangan toksin & menjadikan bentuk badan lebih cantik tanpa menggeleber, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda). Saya akan beri konsultasi eksklusif tentang penurunan berat badan secara sihat kepada anda.

*Kedit ilmu, info & sebahagian gambar kepada Instagram Coach Syuhada Amran & Coach Fridajeb.



KENAPA VIVIX SHAKLEE PALING SESUAI UNTUK ORANG YANG SIBUK?

Dalam zaman ekonomi yg sangat mencabar; terutamanya di Malaysia ni, biasa kan kita dengar "Aku sibuk la.. sampai nak makan pun tak sempat". Biasa kan? Apatah lagi yg bekerja di pejabat di tengah-tengah kotaraya yg sangat sibuk macam Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. Waktu 'lunch hour' selama 1 jam yg diperuntukkan tu selalunya tak sempat pun nak keluar pegi makan kan? Dan bukan semua orang berpeluang untuk membawa bekal makanan dari rumah. Malah, sarapan pagi pun ramai yg tak sempat ambil biasanya kan?


orang yg sibuk


Dalam kesibukan mengejar kemewahan hidup, generasi sekarang sangat mudah melupakan kepentingan faktor kesihatan. Bukan sahaja kebanyakan kita suka 'skip' waktu makan; tetapi kita juga 'malas' nak top up keperluan nutirisi harian kita dengan pengambilan supplemen. Pada kebanyakan orang, supplemen hanya untuk orang yg sudah ad penyakit ataupun yg dah mula menunjukkan simptom awal penyakit. Apatah lagi kalau baru berusia lewat 20an ataupun awal 30an. Kita rasa kita masih muda, sihat & bertenaga lagi. So, buat apa ambil supplemen kan?


ADAKAH KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?

Ramai yg salah tafsir dengan mengatakan supplemen adalah alternatif bagi mereka yg telah mempunyai penyakit untuk merawat penyakit mereka. Ataupun, supplemen hanyalah untuk orang yg telah mula menunjukkan simptom penyakit; dan supplemen diperlukan untuk mengelakkan penyakit tersebut menjadi bertambah serius.

Tahukah anda bahawa ini adalah PENDAPAT YG SALAH!
Supplemen sebenarnya adalah untuk orang yg sihat. Supplemen seharusnya diambil untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan badan sedia ada. Supplemen seharusnya diambil terutamanya apabila kita tak pernah kira pun sama ada adakah mencukupi jumlah nutrisi yg kita ambil dari pemakanan setiap hari. Adakah cukup jumlah sayuran & buah-buahan yg kita ambil setiap hari? Maka, atas sebab itulah orang yg sibuk setiap hari sebenarnya adalah orang yg paling memerlukan supplemen.


KENAPA ORANG SIBUK PERLUKAN SUPPLEMEN?

Ada beberapa sebab kenapa orang yg selalu sibuk setiap hari adalah golongan yg paling memerlukan supplemen:

  • Orang sibuk selalu tak sempat makan. Sarapan yg paling penting pun selalu tak sempat nak ambil. Kekerapan takmengambil sarapan pagi boleh mengganggu tahap metabolisme badan & meningkatkan risiko pelbagai masalah seperti mudah gemuk & gastrik. Lunch pun orang sibuk tak sempat nak ambil kadang-kadang. Lagi-lagi bila ada meeting la, discussion la, jumpa client la.. Kadang-kadang siap ambil minuman tenaga yg tinggi gula atau kopi je. Itupun sebab risau mengantuk untuk meneruskan kerja di waktu petang. Malah, makan malam pun ada yg tak sempat nak makan! Lagi-lagi kalau yg kena kerja overtime ataupun terperangkap dalam kesesakan jalan raya sampai lewat malam. Sudahnya, ada yg minum minuman bijirin 3in1 je sebelum tidur buat alas perut.
  • Orang sibuk tak sempat nak jaga jumlah nutrisi dari pemakanan yg diambil. Bila sibuk, ramai yg cenderung untuk pilih makanan segera seperti Mekdonel lah, KeyEfSi la, donut Setabak la, mi Megi la, bijirin 3in1 la, ataupun biskut-biskut oat yg kononnya berkhasiat tetapi sebenarnya tinggi gula. Makanan-makanan segera ini semua sebenarnya langsung tidak memenuhi keperluan nutrisi harian kita walaupun kita berasa kenyang memakannya. Daging berproses, bahan pengawet, garam & gula yg tinggi serta kurangnya sayur-sayuran dalam hidangan tersebut hanya 'merosakkan' sistem penghadaman & fungsi organ kita secara keseluruhannya untuk jangka masa panjang terutamanya.
  • Orang sibuk sangat cenderung untuk STRESS. Tak kiralah sama ada stress secara sedar; yg melibatkan perubahan emosi ataupun 'oxidative stress'; iaitu stress dalaman yg kita tak sedar tetapi amat bahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman & neuron otak.
  • Orang sibuk lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik pada umur yg muda. Antara penyakit kronik yg mudah melanda orang sibuk adalah tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, migrain, gastrik, sakit jantung, kanser serta tekanan perasaan.
  • Orang sibuk 'lambat sedar' tentang penyakit yg mereka hidapi. Kenapa lambat sedar? Sebab terlalu sibuk sehingga tak sedar pun simptom awal penyakit tu sewaktu ia 'datang'. Malah, ada juga yg bersikap 'in denial' walaupun dah mula merasakan ada yg tak kena pada badan mereka.

Sudahlah sibuk sampai tak sempat nak jaga pemakanan; tak mahu pula ambil supplemen untuk memastikan diri sentiasa sihat luaran & dalaman. Sedangkan badan kita ni 'nak pakai lama' kan? Kalau tak sayang nyawa sendiri pun, fikirkanlah ahli keluarga serta anak-anak yg menjadi tanggungan kita tu. Nanti kalau kita sakit sampai tak mampu bekerja, siapa yg kita nak harapkan untuk menyara mereka?


KENAPA VIVIX ADALAH SUPPLEMEN YG PALING SESUAI UNTUK ORANG YG SIBUK?

Orang yg sibuk & nak kekal sihat memerlukan nutrisi lengkap setiap hari. Walau apa jenama supplemen sekalipun, TIDAK ADA SATU PUN PIL SUPPLEMEN YG MENGANDUNGI KESEMUA NUTRISI YG BADAN KITA PERLUKAN SETIAP HARI. So, kalau nak ambil supplemen lain dalam bentuk pil ataupun minuman, orang yg sibuk ni perlu ambil berjenis-jenis pil & minuman dari pagi sehinggalah ke malam. Itu pun kalau cuma nak tambah nutrisi baru. Sedangkan, sel-sel otak & badan yg sedia ada juga sebenarnya perlu diperbaiki kerana telahpun mula merosak akibat pelbagai faktor pencemaran, tekanan & penyakit tanpa sedar yg saya sebutkan tadi.

So, Vivix Shaklee yg merupakan minuman botani dengan fungsi antioksida yg tinggi adalah supplemen yg paling sesuai untuk orang yg sibuk. Kenapa:
  • Sebab Vivix membantu memperbaiki sel & DNA badan yg telah merosak akibat faktor pencemaran, tekanan, penyakit & pemakanan yg tidak seimbang.
  • Sebab Vivix ni mampu meningkatkan sistem imun badan. So, kita takkan mudah diserang atau dijangkiti penyakit.
  • Sebab Vivix ni melambatkan pengumpulan protein AGE yg menyebabkan penuaan. Orang sibuk tak sempat nak jaga kecantikan sangat kan? Dan perlukan tenaga yg banyak. So, kenalah jadi awet muda.
  • Paling utama, sebab Vivix ni MUDAH DIAMBIL. Cuma perlu ambil 1 sudu kecil sahaja setiap hari; seeloknya pada awal pagi waktu perut kosong. Kalau tak sempat pun, boleh je nak ambil pada bila-bila masa yg sempat. Mudah sangat kan?
keistimewaan vivix shaklee

Kebetulan; sepanjang bulan November 2017 ini adalah bulan yg sangat-sangat special untuk orang yg sibuk. Sebab? Sebab Vivix tengah promo dengan HARGA TERENDAH tau sepanjang bulan ni! Haaaa... rugiiii sangat kalau tak grab!

promosi vivix shaklee

Tahap kesihatan kita sebenarnya bergantung tinggi kepada sebanyak mana kita menyayangi & mengambil berat tentang diri kita sendiri. Setinggi mana pun orang lain ambil berat tentang kita serta menasihatkan kita, badan kita akan tetap merosak sekiranya kita tak berbuat apa-apa untuk menjaganya.

Sibuk & kuat macam mana sekalipun kita berusaha demi memenuhi keperluan diri serta keluarga tersayang, apalah maknanya duit berkepuk yg dicari kalau kita tak menghargai nilai kesihatan diri sendiri. Bila nanti dah mula sakit & tak 'fit enough' lagi untuk bekerja mencari rezeki, siapa pula yg nak menanggung orang-orang tersayang yg kita tanggung selama ni tu? Betul tak? So, lebih baik kita beringat sebelum apa-apa yg buruk menimpa diri kita.

Jika anda sayangkan diri anda yg perlu selalu sibuk, boleh luangkan sedikit masa anda untuk Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk order Vivix barang sebotol dua untuk diri anda sendiri. Atau mungkin anda adalah isteri mithali yg terbaca artikel ini & sayangkan suami anda yg terlalu sibuk mencari nafkah demi menyara anda & anak-anak setiap hari. Saya sedia untuk memberi konsultasi terbaik kepada anda.








TIPS ELAKKAN DEMAM & MUDAH JATUH SAKIT

Perasan tak cuaca kat Malaysia sekarang ni macam pelik-pelik je? Kejap panas sangat, kejap hujan lebat tak berhenti berhari-hari. Sampaikan kita dah tak tau dah nak kata sekarang ni musim kering ke, musim tengkujuh ke kan? Dan bila cuaca berubah-ubah macam ni, perasan tak semakin ramai ahli keluarga & sahabat handai kita yg jatuh sakit - demam la, selsema la, batuk tak berhenti la, kan? Tapi, perasan tak, ada juga kawan-kawan kita atau kawan anak-anak kita yg tak demam pun. Elok je diorang datang kerja & sekolah. Kebal ke diorang ni?

Apa punca sebenarnya kita demam atau jatuh sakit? Kebiasannya sebab:

🤒 Serangan virus atau bakteria macam flu, denggi, chickenpox dsb.
🤒 Terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama atau terlalu panas.
🤒 Heat stroke (strok haba).
🤒 Masalah auto-immune seperti rheumatoid arthritis.
🤒 Pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Tapi kenapa, dalam situasi 'serangan' virus atau faktor cuaca yg sama, ada orang yg mudah jatuh sakit & ada yg sukar jatuh sakit?

Jawapannya, ia bergantung kepada tahap kekuatan sistem immune & antibodi kita. Demam adalah suatu reaksi badan yg normal apabila sesuatu virus atau bakteria menyerang tubuh badan kita. Tetapi, tubuh yg mempunyai sistem immune yg kuat akan mampu melawan semula serangan virus/bakteria dan seterusnya kembali sihat seperti biasa. Manakala tubuh yg mempunyai sistem immune yg rendah akan terkalah dengan serangan virus/bakteria yg datang.

So, kalau nak elakkan mudah jatuh sakit, kita perlu tingkatkan kekuatan immune & antibodi tubuh kita. Macam mana nak tingkatkan sistem immune & antibodi badan?

✔ Amalkan pemakanan yg seimbang & lengkap nutrisinya.
✔ Kerap bersenam.
✔ Tidur secukupnya.
✔ Hentikan merokok & pengambilan alkohol.
✔ Kekalkan berat badan yg ideal.
✔ Ambil supplemen yg mampu meningkatkan kekuatan sistem immune badan.

Ada ke supplemen Shaklee yg boleh bantu kuatkan sistem immune ni? Adaaaaa.. meh saya listkan:

🌿NUTRIFERON - Ini ramai yg masih belum tau ni. Sebelum nak kuatkan sistem immune, adalah lebih afdhal untuk kita kuatkan interferon kita terlebih dahulu. Kalau interferon tak kuat ni, sama macam, kita beriya bina/beli & duduk di rumah banglo mewah tapi tak pasang sistem alarm untuk beriamaran kalau pencuri oecah masuk rumah. Nutriferon mengaktifkan interferon dalam badan kita supaya badan dapat bertindak untuk berjaga-jaga SEBELUM serangan virus/bakteria terjadi. Bila interferon aktif, kalau ada virus/bakteria yg cuba untuk menyerang, interferon akan memberi 'amaran' kepada sistem immune untuk berjaga-jaga & bersedia untuk melawan serangan yg mungkin bakal berlaku.

🌿VIVIX - Ini adalah supplemen antioksida terbaik di dunia yg mampu menyahkan radikal bebas dalam badan & sekaligus menungkatkan tahap sensitiviti sistem immune badan terhadap serangan virus/bakteria. Apabila radikal bebas berkurangan, maka sel badan kita akan menjadi lebih sihat. Sel yg sihat akan menjadikan tubuh yg sihat & lebih 'kebal' dari sebarang serangan penyakit.

🌿SR VITA C PLUS & CHEWABLE VITA C PLUS - SR Vita C untuk dewasa, manakala yg Chewable pula untuk kanak-kanak. Vitamin C membantu menguatkan sistem immune badan supaya ia mampu untuk melawan apa sahaja jenis serangan virus/bakteria yg melanda badan.

🌿VITALEA WITH IRON FORMULA & CHEWABLE VITALEA FOR KIDS - Vitalea membekalkan kesemua nutrisi asas kepada badan kita. Tubuh yg mempunyai kadar nutrisi yg mencukupi adalah lebih sihat dan lebih sukar untuk diserang oleh virus/bakteria. Bagi anak-anak yg kurang gemarkan tablet chewable, boleh juga ambil Mealshakes yg lazat rasa vanilla tu.

🌿OMEGA GUARD - Omega 3 mampu meningkatkan kekuatan sistem immune tubuh kita. Apatah lagi bagi mereka yg mempunyai masalah hormon, asthma ataupun auto-immune.

Percayalah, apabila anda mula meningkatkan kekuatan sistem immune tubuh anda & seluruh keluarga anda, secara tak langsung, anda juga nanti akan dapat mengurangkan jumlah 'lawatan' ke klinik mahupun hospital. Cuti tahunan pun anda tak perlu bazirkan untuk menjaga anak-anak sakit tau. MC pun silap-silap tak perlu ambil lagi. Boleh la jimat & akhir tahun ambil cuti banyak-banyak untuk pergi holiday! Kan? 😘

Nak jimat kos perubatan keluarga? Meh hubungi saya:

IRDA
014-984 0240
Pengedar Shaklee Pro Anda

BUAT APA MAKAN SUPPLEMEN? MAKAN SAYUR JE KAN DAH CUKUP

SAYA SUKA MAKAN SAYUR, SO TAK PERLULAH MAKAN VITAMIN KAN? Ramai prospek/customer saya yg saya cadangkan untuk ambil 3-4 jenis vitamin Shaklee dalam 1 set untuk tujuan tertentu akan mula cakap "banyaknya saya kena ambil. Takpe ke? Tak berlebihan ke? Multivitamin ni nak buat apa suruh saya ambil? Saya cuma nak hamil je. Lagipun saya dah makan sayur & buah setiap hari. Buat apa nak makan vitamin banyak-banyak ni."

Tahukah anda apa fungsi supplemen Shaklee?

BUKAN untuk menggantikan sayur, buah atau makanan dari sumber semulajadi tau. Supplemen membantu untuk mengisi/menutup lohong-lohong nutrisi (vitamin & mineral) yg kurang kita perolehi dari pemakanan seharian. Walaupun setiap hari kita makan ikan, ayam, daging, nasi, sayur-sayuran & buah-buahan, tapi bagaimana kita PASTI bahawa apa yg kita makan itu mencukupi untuk memelihara kesihatan antibodi, sel tubuh & keseluruhan badan kita? Apa penanda aras kecukupan kita? Sedangkan, untuk mendapat jumlah Vitamin C yg mencukupi sahaja pun kita sepatutnya mengambil 7 setengah biji oren setiap hari! Itu baru Vitamin C tau. Bagaimana pula dengan vitamin & mineral asas yg lain seperti iron, zat besi, kalsium, protein, karbohidrat, omega-3, omega-6 & sebagainya? Termampukah kita nak 'menelan' semua sumber semulajadi yg membekalkan semua nutrisi yg diperlukan oleh badan kita tu? Sukar kan?

So, di sinilah fungsi supplemen Shaklee. Ia BUKAN dicipta untuk menggantikan ataupun menjadi lebih baik berbanding sumber semulajadi. Tetapi, ia adalah PILIHAN TERBAIK untuk mempercukupkan bekalan nutrisi yg diperlukan oleh badan kita.

Cakap pasal sayur ni, saya sebenarnya suka sangat makan sayur ulam macam pegaga, daun selom & pucuk gajus tau. Tapi, ahli isi rumah saya yg lain tak minat. So, kalau beli, jenuh nak menghabiskan! Hahaha.. Yg diorang minat kebanyakannya sayur tak berdaun. Nasib baik ada jugak yg tak berdaun tapi hijau -BROKOLI. 😂😂

Brokoli ni kaya dengan Vitamin A & K tau. Ia membantu menseimbangkan kadar Vitamin D dalam badan kita. Vitamin D ni pulak membantu badan kita menyerap kalsium dengan lebih optimum. Selain tu, brokoli membantu merendahkan paras kolesterol & membantu badan kita untuk detoks atau membuang toksin dalam badan. Tapi, DENGAN SYARAT - semua nutrisi asal dalam brokoli hanya akan kekal apabila ia dimakan mentah begitu sahaja ataupun hanya dengan memasak secara stim selama 5 minit sahaja! Jika brokoli terlebih masak; terutamanya apabila dah jadi lembik, hampir kesemua khasiat borkoli ini hilang! Huhuhu..

So, sebab tu la saya tetap ambil supplemen Shaklee walaupun suka makan sayur hijau tau. Sebab tak larat laaa saya nak telan sayur & buah berbakul-bakul setiap hari demi mencukupkan nutrisi untuk badan & kulit saya kekal awet muda. Ahaks! 😎

Nak tambah nutrisi dalam badan & jadi awet muda? Meh Whatsapp saya:

Irda
014-984 0240
Pengedar Shaklee Sah Anda.

APA ITU DETOKS? PERLUKAH SAYA BUAT DETOKS?

BADAN SAYA ADA TOKSIN TAK? Adakah anda rasa anda mengalami mana-mana tanda yg menunjukkan badan anda mengandungi paras toksin yg tinggi? Cuba semak, adakah anda mengalami satu atau lebih dari simptom-simptom berikut:

⚠Kulit kering
⚠Jerawat teruk di muka & badan
⚠Sering lesu
⚠Fikiran tak fokus
⚠'Blurr'
⚠Emosi mudah terganggu (mood swing)
⚠Mudah stress
⚠Mudah berdebar/nervous
⚠Eczema
⚠Alergik
⚠Mudah jatuh sakit
⚠Rambut rapuh
⚠Insomnia/sukar tidur malam
⚠Pelupa
⚠Refleks lambat
⚠Gangguan tidur waktu malam
⚠Sembelit
⚠Masalah pernafasan
⚠Bau badan

Jika ada, badan anda mungkin mengandungi paras toksin yg tinggi. Kandungan toksin yg tinggi dalam badan juga menyebabkan supplemen yg kita ambil tidak mampu menyerap & berfungsi dengan betul terhadap badan kita.

Apa itu toksin?

Toksin adalah seolah-olah 'racun' dalam badan kita yg mengganggu sistem & fungsi organ badan secara keseluruhannya. Toksin berpunca dari pelbagai faktor. Antaranya asap rokok, makanan berproses, bahan sintetik dalam makanan, penggunaan produk berbahan kimia, air yg tercemar, udara yg tidak bersih serta gaya kehidupan yg stress.

Tidak bolehkah badan kita menyingkirkan toksin secara semulajadi?
Boleh. Allah S.W.T telah menciptakan manusia dengan cukup sempurna. Kita ada HATI sebagai organ yg berfungsi untuk menyingkirkan toksin secara semulajadi dari badan kita. Namun, dalam dunia yg semakin mendesak & tercemar ni, hati kita semakin tidak mampu untuk menyahkan jumlah toksin yg semakin terkumpul di dalam badan kita.

Atas sebab itulah kita perlu buat DETOKS ataupun detoksifikasi. Detoks boleh dilakukan melalui beberapa cara:

1. Berpuasa selama beberapa hari. Puasa akan merendahkan paras gula, minyak & sumber makanan yg meningkatkan jumlah toksin dalam badan.
2. Mengambil & makanan semulajadi seperti sayur-sayuran & buah-buahan yg membantu menyahkan toksin seperti dedaun hijau, lemon, tomato, berries dan sebagainya. Terdapat banyak resepi minuman & menu detoks yg boleh membantu.
3. Mengambil supplemen yg membantu mengurangkan paras toksin dalam badan kita seperti Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herbalax & Garlic Complex.

Bagi yg selama ni ada mengambil mana-mana supplemen Shaklee tapi nampak macam tak berkesan pun macam kebanyakan pengguna yg lain tu, saya amat cadangkan untuk anda buat detoks terlebih dahulu. Sebab toksin ni kita tak nampak dari luaran tau. Orang kurus tak semestinya takde toksin. 😉

Nak DETOX supaya lebih sihat, slim & cantik?
Whatsapp saya SEGERA!

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

TIPS SEMBUHKAN DEMAM CEPAT & HILANGKAN KAHAK PEKAT

Dulu, asal anak demam je saya bagi ubat. Nak senang kerja. Sebab, bila bagi ubat ikut time, panas badan pun hilang kan? Bila sendiri demam, kira habiskan antibiotik dari doktor tu kira okey dah la. Masa tu tak pernah terfikir & tak pernah tau pun yg ubat berdadah ni akan beri keasan buruk pada organ & sistem badan untuk jangka masa panjang. Yg saya tau, nak cepat baik demam je.

Tapi sejak kenak Shaklee, banyak sangat benda berubah. Bukan sebab taksub dengan vitamin Shaklee. NO. Tapi pengambilan Shaklee ni dah buka mata saya pada perkara asas dalam menjaga kesihatan keluarga. Saya mula faham kenapa kita mudah jatuh sakit. Saya mula faham kepentingan nutrisi untuk kuatkan sistem badan. Dan paling penting, saya mula faham bahawa ubat BUKAN penyelesai masalah sebenar. Ubat biasanya hanya merawat simptom; dan bukannya menyelesaikan punca sebenar masalah. Ouch!

Demam ni sangat penting & bagus sebenarnya untuk kita; terutamanya kanak-kanak. Demam adalah reaksi badan untuk melawan virus yg menyerang. Tapi, kalau dah kerap sangat demam, batuk & selsema sampai tiap-tiap bulan WAJIB ke klinik/hospital, itu sudah TIDAK BAGUS. Itu menunjukkan bahawa sistem imun badan kita lemah. Itu menunjukkan interferon badan kita tak sensitif.

Anak sulung saya pun dulu kerap jatuh sakit. Malah, ada asthma pun. Orang ada asthma ni memang sistem imun mereka agak lemah. Sebab tu sikit-sikit bersin, selsema & melarat ke batuk. Salur paru-paru mereka sensitif. Mudah mengecut bila terkena alergen. So, penyelesaiannya yg saya dapat, bila anak-anak saya mula menunjukkan tanda macam nak demam, saya bagi mereka minum air suam MADU + LEMON + NUTRIFERON. Lemon kaya dengan antioksida & vitamin C. Orang panggil lemon ni "immune booster". Ia sangat bagus untuk meningkatkan kekuatan sistem imun untuk melawan penyakit. Madu pun boleh meningkatkan sistem imun sambil memberi tenaga kepada kita untuk kekal cergas bergerak supaya berpeluh & mengeluarkan haba dari badan.

NUTRIFERON pula menguatkan interferon kita supaya lebih sensitif. Interferon ni macam sistem alarm kat rumah. Bila ada pencuri masuk rumah, alarm akan berbunyi untuk bagi tuan rumah bertindak ke atas pencuri atau kejadian tu. So, sama macam Nutriferon. Bila interferon (alarm) kita bagus & sensitif, bila ada kuman/virus (pencuri) nak menyerang badan (rumah) kita, maka sistem imun kita akan alert/peka untuk bertindak melawan virus tu. Sebab tu la demam pun tak jadi menyerang. Anak-anak memang sukaaa sangat pulak tu rasa Nutriferon ni tau. Kalau dibiarkan, sepeket tu lajuuu je depa boleh telan macam tu je! 😂😂

Madu yg digunakan pula sebaiknya madu asli. Bukan yg dah dicampur dengan gula ye. Camana nak tau mana madu yg asli? Meh saya share tips sket; khusus untuk para suami yg nak tolong carikan untuk isteri. Ada 3 cara untuk memastikan madu tersebut adalah asli (untuk memastikan anda tidak kena bebel akibat membawa jenis madu yg salah).

🔴Cara 1: Letakkan madu di dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Biarkan selama 2 jam. Jika ia tidak beku, maka ia adalah madu asli.

🔴Cara 2: Tuangkan sedikit madu ke atas piring dan letakkan di atas lantai. Biarkan selama beberapa minit. Jika tiada semut yg datang menghurung, maka ia adalah madu asli.

🔴Cara 3: Beritahu & perkenalkan madu tersebut kepada isteri anda sebaik pulang ke rumah. Dalam masa tak sampai seminit, jika ada periuk belanga atau pinggan mangkuk yg terbang melayang, maka SAH ia adalah madu yg benar-benar ASLI.


Nak order NUTRIFERON yg POWER tu? Meh Whatsapp saya: 014-984 0240 (Irda).

Kesiannn kat anak yg asyik telan ubat tu. 😌

PENGAJARAN CINTA DARI KISAH HIDUP PENGASAS SHAKLEE - DR. FORREST C. SHAKLEE

Seharian saya study tentang Dr. Forrest C. Shaklee ni. Satu per satu kronologi hidup beliau saya baca, fahami & hadam sehingga saya benar-benar cuba dalami apa yg sebenarnya beliau cuba sampaikan sepanjang perjalanan hidup beliau.

Kalau sekadar nak baca biodata & kisah hidup beliau yg sangat menakjubkan tu, saya rasa banyak sumber dari Google yg boleh anda perolehi. Tapi apa yg saya nak share adalah apa yg saya perolehi hasil dari semua kisah beliau yg boleh kita jadikan panduan bersama untuk saya; selaku pengedar Shaklee, anda selaku pengguna produk Shaklee dan juga untuk kita semua yg bakal meneruskan kehidupan seharian yg bakal penuh pancaroba ini.

Terlalu banyak 'kisah cinta' yg saya temui dalam kisah hidup Dr. Forrest C. Shaklee:

🌹 Apabila beliau dilahirkan dalam keadaan tidak menangis dan hanya punya harapan 50% sahaja untuk hidup, cinta ibunyalah yg menghidupkan beliau kembali.

🌹 Apabila beliau disahkan menghidap turboculosis sewaktu kecil, cinta ibunyalah yg meneruskan hayatnya dengan pemberian herba & nutrisi semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran yg banyak kepada beliau. Ibunya tidak pernah kenal erti putus asa & mengalah dalam membesarkan beliau menjadi insan yg semakin sihat.

🌹 Apabila beliau memilih untuk menjadi seorang chiropractor & doktor perubatan yg mementingkan nutrisi; bukannya pemulihan melalui ubat-ubatan, kerana cinta beliau yg terlalu mendalam dalam kaedah penyembuhan secala alamilah beliau memilih kerjaya tersebut. Juga kerana itulah tertubuhnya Shaklee Clinic yg memberi perkhidmatan nasihat ke atas penjagaan diet yg betul & seimbang adalah apa yg amat penting dalam menjaga kesihatan manusia seharian.

🌹 Apabila beliau didiagnos menghidap KANSER pada usia 27 tahun, ketika beliau komited dalam kajian tentang x-ray, kerana cintalah beliau kembali bersemangat untuk pulih tanpa setuju untuk memotong kaki & tangannya untuk mengelakkan sel kanser merebak. Kerana cinta kepada isterinya, beliau meyakinkan isterinya bahawa dia PASTI akan sembuh & PASTI akan mampu terus hidup sihat melalui kaedah alami yg selama ini menjadi kecintaannya. Beliau amat percaya, dengan langkah penjagaan nutrisi semulajadi setiap hari, pemantauan ke atas analisis darah serta berpuasa akan mampu mengembalikan kesihatan beliau. Dan beliau BERJAYA MEMBUKTIKANNYA walaupun ada pihak yg tak mempercayai beliau. Semangat beliau untuk mahu pulih semakin kuat setelah kelahiran anak kedua beliau pada masa yg sama.

🌹Apabila Shaklee Clinic terbakar & semua hasil kajian beliau hangus terbakar, beliau tetap tidak putus asa. Kecintaan beliau untuk membantu lebih ramai menjadi semakin sihat melalui nutrisi mengembalikan semangat beliau untuk terus berkhidmat.

🌹Lumrah hidup tidak selalu indah. Apabila isteri tercinta beliau meninggal dunia akibat kemalangan ketika beliau berusia 47 tahun, semangat meneruskan kehidupan tetap membara demi 2 orang anak kesayangannya serta dunia perubatan berasaskan nutrisi diteruskan. Beliau mula menyebarkan ilmu berkaitan nutrisi melalui corong-corong radio serta majlis umum (public talk). Rasa cinta & semangat yg kuat terhadap bidang nutrisi sentiasa membuatkan beliau teruja untuk berkongsi segalanya dengan dunia.

🌹Sewaktu ramai orang sudah mahu berehat & bersara pada usia 62 tahun, Dr. Forrest Shaklee tidak begitu. Di usia itulah beliau mula menubuhkan syarikat Shaklee Product bersama 2 orang anaknya. Beliau tidak mahu cinta beliau terhenti di kalangan rakyat Amerika sahaja. Beliau mahu seantero dunia merasakan hasil cintanya. Beliau mahu ideologi berasaskan kemanusiaan "Thoughtsmanship" itu tersebar ke seluruh dunia. Kerana beliau percaya, rasa cinta & kemanusiaan sesama manusia inilah yg sebenarnya membawa kesejahteraan & keharmonian dalam kehidupan manusia.

🌹Apabila beliau memperkenalkan sistem jualan secara MLM; bukannya secara komersial, beliau percaya bahawa cinta beliau akan disebarkan secara berkesinambungan oleh ahli-ahli penjual (pengedar) yg juga benar-benar cintakan bidang nutrisi kepada pelbagai pelusuk masyarakat; bukan penjualan berasaskan keuntungan semata-mata.

Allahuakbar.
Selama ini saya sendiri sebenarnya sekadar melihat Shaklee sebagai suatu produk/jenama yg hebat dari segi statistik & klinikalnya sahaja. Hebat kerana setiap bahan asas & hasil akhirnya bukan sekadar satu jenama yg 'ditampal' pada botol-botol yg dikilangkan di kilang umum. Rupa-rupanya produk Shaklee ini adalah sehebat penciptanya. Kisah cinta yg hebat di sebalik kewujudan jenama Shaklee ini adalah apa yg sebenarnya benar-benar berharga. Pencipta produk Shaklee bukan sekadar seorang guru pencen yg minat berniaga; bukan juga seorang anak jutawan yg mahu legasi keluarganya berkesinambungan; bukan juga seorang artis terkenal yg gilakan penjenamaan diri; bukan juga seorang ahli perniagaan yg mahu menguasai kuasa dunia; bukan juga ahli yg bertopengkan agama yg mahu memanipulasi ideologi dunia. Tetapi cinta ikhlas beliau pada dunia nutrisilah yg sebenarnya telah membawa kebaikan ke seantero dunia. Malah, semangat yg tidak kenal erti putus asa itulah yg seharusnya dicontohi terutamanya oleh kami pada pengedar Shaklee; serta umumnya oleh setiap peringkat usia manusia dalam kehidupan harian.

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

KENAPA SUPPLEMEN SHAKLEE MACAM TAK BERKESAN JE?

TAK BERKESAN PUN SHAKLEE NI?

Ada yg kata, bila start ambil apa-apa produk Shaklee ni 'tak rasa apa pun?'. 'Tak kurus pun?'. 'Tak terus cantik pun?'.

SUPPLEMEN BUKAN UBAT

Cik kak, cik adik..
Kena tau; supplemen bukan ubat macam yg doktor bagi tu. Ubat tu yg cepat rasa kesannya tu ada dadah. Tengah selsema, makan ubat, tiba-tiba hilang dah hingus. Tengah demam, makan ubat, hilang pamas badan. Tengah sakit kepala, makan ubat, hilang sakitnya. NO. Itu ubat. Supplemen tidak berfungsi seperti ubat. Supplemen tidak bertujuan untuk merawat.

Supplemen; terutamanya yg memang terbukti berkesan macam Shaklee ni berfungsi secara semulajadi. Apa yg kita makan tu akan diserasikan dengan sistem badan sedia ada kita. So, kalau banyak yg dah 'rosak' atau perlu 'repair', supplement akan bantu perbetulkan semula sedikit demi sedikit apa yg rosak tu.

Contohnya, ada orang yg sihat, bila ambil Vivix memang akan terus nampak kulit jadi glowing, bersih, flawless & awet muda. Tapi, kalau orang yg ada masalah hormon tak seimbang ke, kencing manis ke, fungsi utama bahan dalam Vivix tu dia akan 'pergi' dulu ke masalah utama yg perlu diselesaikan tu. So, bila masalah nak berkurangan, barulah Vivix tu akan memberi nilai tambah yg lain kepada badan kita.

Sebab tu, minum Vivix atau makan mana-mana supplemen Shaklee ni tak boleh 'treat' dia macam ubat. Bila sakit ambil. Bila dah sihat berhenti. NO. Kita kena tau bahawa supplemen ni sebenarnya membantu kita untuk sentiasa jadi lebih sihat & tak mudah diserang oleh penyakit atau virus.

KESAN AMBIL SUPPLEMEN SHAKLEE

Beza tau orang yg rajin ambil supplemen Shaklee dengan yg tak rajin. Tak caya, tengok Cik Puan ni. Dah 19 tahun beliau amalkan supplemen Shaklee; terutamanya Vivix. Memang aura di wajah beliau pun dah menampakkan betapa sihatnya sel dalaman badan beliau. I adore u lah akak! 😍😍

Irda
Konsultant Shaklee Anda
014-984 0240

6 CARA MUDAH KAWAL DIABETES

APA ITU DIABETES/KENCING MANIS?

Diabetes atau kencing manis adalah sejenis penyakit yg menjejaskan kemampuan badan untuk menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul. Insulin adalah sejenis hormon yg berfungsi untuk menukarkan glukos dalam badan kita menjadi tenaga.

KESAN DIABETES

Kesan nyata diabetes yg biasa dapat dilihat pada mata kasar adalah berat badan yg terlalu berlebihan ataupun terlalu kurang. Pesakit diabetes biasanya akan kelihatan obesiti (terutamanya perut buncit) ataupun terlalu kurus/cengkung. Namun, ramai juga penghidap diabetes yg mempunyai bentuk badan yg kelihatan normal.

Apa yg lebih bahaya adalah kesan dalaman yg tidak kelihatan pada mata kasar tetapi mampu mengancam nyawa. Diabetes yg tidak dikawal boleh menyebabkan:

 penglihatan mata yg kabur;
 kerosakan pada saraf;
 kerosakan buah pinggang;
 kerosakan salur darah yg akhirnya boleh mengakibatkan STROKE.


cara mengubati kencing manis

Bayangkan, jika semuda usia 20an atau 30an kita telah menghidap diabetes, apakah risiko yg bakal kita tanggung kelak?

6 TIPS MENGAWAL DIABETES


Bagi mengelakkan risiko kesan diabetes yg lebih teruk seperti gangguan penglihatan, kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang, stroke & 'potong kaki', amalkan 6 tips ini bagi mengurangkan bacaan paras gula dalam darah kita serta sekaligus mengurangkan risiko & kesan diabetes dalam hidup kita.

1. KERAP BUAT 'SPOT CHECK'

Kerapkan pemeriksaan bacaan paras gula dalam darah kita. Jangan tunggu waktu janji temu dengan doktor sahaja. Sebaiknya, belilah alat ujian bacaan paras gula untuk kegunaan di rumah. Periksa bacaan gula setiap kali waktu makan seperti sarapan, makam tengahari, minum petang & makan malam. Makin kerap kita dapatkan bacaan, maka kita akan jadi lebih berhati-hati dalam pemakanan/diet harian.

2. KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
1 cawan nasi putih atau pasta bersamaan dengan 35-45g karbohidrat. Berapa kali kita makan nasi dalam sehari? Berapa banyak yg kita ambil dalam sekali hidangan?

Karbohidrat adalah 'pembekal' gula yg paling tinggi dalam badan kita. Ia cepat bertukar menjadi tenaga dan tenaga itu dengan cepat akan meninggalkan badan kita. Akibatnya, kita akan berasa cepat lapar & cenderung untuk makan lebih banyak. Sebagai alternatif, tingkatkan pengambilan serat (fiber) & protein bersama-sama karbohidrat yg diambil. Serat boleh diperolehi lebih banyak jika kita menukar sumber karbohidrat kita seperti nasi putih kepada beras perang, roti putih kepada roti wholemeal atau biskut krim kepada biskut hi-fiber. Protein pula perlu dilebihkan sekali ganda dari sumber karbohidrat.

Contohnya, lebihkan daging ayam tanpa lemak, ikan putih atau kekacang seperti minuman soya non-GMO. Berhati-hati dengan label makanan 'bebas gula' (sugar free); sebab ia mungkin bebas gula, tapi tinggi karbohidrat!

3. BERSENAM
Bersenam boleh 'menyalurkan' tenaga dari sumber makanan kita dengan cara yg betul. Tak perlulah sehingga kita menjadi ahli gimnasium pula. Cukup sekadar berjalan, berjogging atau buat home workout seperti planking, crunches, squat, star jumping, skipping atau mengayuh basikal di rumah selama 150 minit seminggu. Bahagikan kepada sesi harian seperti 30 minit x 5 kali seminggu.

4. KETAHUI 'BACAAN' DIRI ANDA
Selain bacaan paras gula, sebaiknya ketahuilah juga bacaan-bacaan penting lain bagi diri anda. Contohnya bacaan tekanan darah, paras kolesterol serta berat badan anda. Keprihatinan anda untuk mendapat bacaan yg normal bagi semua itu akan sekaligus mengawal bacaan paras gula dalam darah anda.

5. LAKUKAN BERSAMA-SAMA
Jangan sihat sorang-sorang. Mengawal & menjaga kesihatan secara berseorangan boleh mengundang masalah lain pula tau - STRESS. Ya. Ajaklah ahli keluarga atau rakan sekerja anda untuk sama-sama berubah bagi menjaga kesihatan. Kongsikan masalah anda serta bahaya yg mungkin dihadapi. Siapa tahu, mereka juga sebenarnya sedang menghadapi masalah yg sama! Masaklah menu yg sihat di rumah. Kurangkan kudap-kudapan yg kurang sihat sewaktu bersantai. Gantikan dengan buah-buahan yg lebih lazat & sedap!

6. AMALKAN RESVERATROL & ANTIOKSIDAN
Sumber asli resveratrol & antioksidan yg baik adalah agak mahal. Dan anda pula memerlukan kuantiti yg banyak setiap hari untuk menurunkan paras gula dalam darah dengan cepat. Jadi, VIVIX adalah apa yg anda perlukan. Dengan kebaikan 10x ganda berbanding resveratrol itu sendiri, 1 sudu kecil Vivix setiap hari sangat-sangat berkesan membantu menurunkan bacaan paras gula dalam darah dengan pantas. Seawal 2 minggu sahaja pun anda PASTI nampak kesannya! Bukan sekadar itu, malah Vivix juga akan membantu untuk memperbaiki mitokondria sel badan yg telah merodak akinat pertambahan usia. Sekaligus; mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik lain seperti kerosakan buah pinggang, darah tinggi, kolesterol tinggi & stroke.

cara merawat kencing manis

cara ubati kencing manis

vitamin untuk kencing manis




HARGA SEBOTOL: RM475 SAHAJA!
*Untuk kegunaan 30-40 hari

 Beli Vivix DI SINI!


Irda
Konsultant Shaklee bagi Diabetes Anda.
014-984 0240




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...