Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

CEPATKAN TULANG RETAK BERCANTUM

Ostematrix Shaklee terbukti membantu untuk cepatkan tulang retak bercantum. Ini kerana ia adalah pil kalsium dengan Vitamin D & magnesium yg lengkap untuk menggalakkan pertumbuhan semula tulang.




APA YG BAGUS TENTANG OSTEMATRIX SHAKLEE NI?













TESTIMONI MEREKA YG BERJAYA

Tulang lutut yang retak akibat jatuh bercantum dan kurang sakit... Asbab pengambilan ostematrix. Lihat sahaja testimoni daripada mereka yg telah mengalaminya sendiri ini:







Kalau ada dikalangan anda yang mengalami masalah yang sama, sangat digalakkkan mencuba.. Dah ada testimoni berhasil lagi... Sanggup ke menahan rasa bendenyut sakit akibat tulang retak..

Sebotol Ostematrix (120 biji) berharga hanya RM61.25 sahaja. (Belum termasuk kos pos RM10 ke seluruh Malaysia). Sebotol tahan untuk penggunaan sebulan.

Nak order terus secara online? Klik sahaja di sini:



Atau ada sebarang pertanyaan? Atau nak order melalui saya? Klik sahaja di sini untuk menghubungi saya melalui Whatsapp:



JIKA ANDA MENGALAMI SIMPTOM INI, BERMAKSUD...

JIKA ANDA SERING MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM BERIKUT:

😣 Kejang/cramp kaki
😣 Simpul mengkarung terutamanya kepada ibu mengandung
😣 Sakit gigi dan gusi
😣 Migrain
😣 Gastrik
😣 Cramp perut terutamanya semasa datang bulan
😣 Sakit lutut
😣 Sembelit terutama bagi ibu mengandung dan sedang dalam pantang
😣 Sukar tidur malam


KEMUNGKINAN BESAR ANDA KEKURANGAN KALSIUM! 😱😱😱


Mahu cari supplement kalsium premium dengan 99% penyerapan kalsium dalam badan? Pilihlah OSTEMATRIX Shaklee.


OSTEMATRIX - SUMBER KALSIUM PREMIUM WAJIB ANDA MILIKI

Ostematrix lebih dikenali sebagai supplement kalsium bagi penggemarnya. Supplement ini mengandungi kalsium dan diperkukuhkan dengan mineral lain seperti magnesium, vitamin D, baron, zink, kuprum dan vitamin K.

Semua nutrien ini penting dan perlu ada dalam tablet kalsium bagi memastikan penyerapan 99% di dalam badan.


KALSIUM SAHAJA TAK CUKUPKAH UNTUK MENJAMIN KESIHATAN TULANG DAN GIGI KITA? MENGAPA PERLU ADA NUTRIENT SAMPINGAN INI PULA? 🤔

Mari kita baca setiap fungsi nutrient ini dan dari sini baru kita faham mengapa Ostematrix direka sebegini hebat dan details oleh para saintis Shaklee.

👉 Kalsium
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi ia turut membantu menetapkan ritma/degupan jantung.Kalsium juga sangat penting dalam membantu mempertahankan fungsi sistem saraf dan otot serta buah pinggang. Selain itu juga Kalsium amat  membantu untuk mengurangkan kolestrol dalam darah.

👉 Vitamin D
Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.

👉 Magnesium
Secara umumnya magnesium membantu atasi kekejangan dan keletihan otot. Magnesium dapat mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang di percayai menjadi punca sakit kepala dan migrain. Melegakan masalah sindrom pra haid. Dengan adanya magnesium ia dapat membantu vitamin D dalam penyerapan kalsium di dalam badan dengan lebih baik.

👉 Boron, Zinc, Kuprum dan Vitamin K
Vitamin K akan mengikat mineral dan membentuk tulang. Boron pula membantu vitamin K bagi memelihara metabolisma tulang dan pertumbuhan otot. Zink dan kuprum membantu mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.


INI ADALAH MANFAAT UTAMA YANG KITA PEROLEHI BILA CONSUME OSTEMATRIX SHAKLEE

✅Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis (reput tulang), menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Mampu merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan otot, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

✅Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh memperbaiki kebas-kebas, kekejangan otot dan sakit sendi.

✅Meringankan Stress - Membantu dalam mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

✅Memperbaiki masalah haid - kajian ada menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak boleh meringankan sakit sewaktu datang haid.

✅Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah bersifat alkali jadi ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh.

✅Memperbaiki hiperaktif perut dan sakit gastrik

✅ Vitamin D - bantu merawat penyakit rickets, membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan menguatkan kerangka. Vegetarian yang kurang terdedah pada cahaya matahari pagi, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu ambil supplement vitamin D.

✅Magnesium - menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, menstabilkan denyutan tidak sekata bagi pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa daripada perut dan usus. Menghalang endapan kalsium, melarutkan dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.

✅Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum - memelihara metabolism kerangka san pertumbuhan otot, menyusun enzim yg diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


Mahu miliki supplement kalsium premium ini? Boleh wasap saya untuk konsultasi dan tempahan. Klik terus link wasap ni >> www.wasap.my/60149840240


Ostematrix Shaklee - supplemen kalsium TERBAIK!


TESTIMONI HILANG SAKIT SENDI & LUTUT

Testimoni sakit lutut dengan Shaklee

TESTIMONI: SAKIT SENDI DAN LUTUT BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE. Jom kita ikuti kisah Puan Rozita yg asalnya mengalamu sakit sendi & lutut akibat terseliuh; akhirnya berjaya hilang selepas mengamalkan vitamin Shaklee yg ohsem!


Apa perasaan anda bila terseliuh,  kemudian jatuh terduduk dalam bilik air. Pasti rasa terkejut dan takut. Betul tak..?


Begitu lah yang terjadi pada saya. Dua kejadian lain hari. Lain masa tetapi pada bulan yang sama. Bulan lepas kan musim hujan. Jadi kerap ulang alik ke dapur. Yelah kan seharian hujan. anak-anak pula kejap-kejap nak susu..kejap2 masuk bilik air, pastu lapar balik.


Tak senang duduk melayan 3 beradik ni.  Husna pulak baru belajar tak gunakan pampers. Jadi tumpu pada dia lebih. Huzaifah pula ada permainan baru. Suka buka tutup peti ais. Habis berkecah dia main air. Apa lagi.. tengah terkedek-kedek Kak Ita jalan ke dapur, terpelecok lah, tak perasan ada air. Nasib baik tak jatuh gedebuk. Selawat banyak-banyak. Nak marahkan Huzai dia apa tau kan.


Terkejut sebab kaki terpelecot. Cepat-cepat saya sapu krim Herbal Blend. Risaunya hati hanya Allah sahaja yang tahu. Kejap-kejap tengok kaki ada kesan bengkak atau biru. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Cepat-cepat saya ambil Vivix dan terus bancuh dengan kolagen. Alhamdulillah. Bangun pagi esoknya tak ada bengkak dan sakit kaki.


Selang beberapa hari saya jatuh terduduk pulak dalam bilik air. Licin sebab air dari basuhan mesin basuh. Entah macam mana fikiran melayang masa tu. Agaknya lupa nak baca doa masuk tandas pun iyer juga.


Dipendekkan cerita, pinggang dan perut saya sakit akibat kesan terjatuh tu, saya sapu minyak panas di bahagian yang sakit dan minum Vivix campur kolagen. Setiap hari saya minum 2 kali . Pagi dan malam. Dan sebelum tidur, saya makan Ostematrix 5 biji setiap hari.


Alhamdulillah sakit pinggang dah hilang, tiada apa-apa yang saya takutkan terjadi. Tetapi haid saya pula keluar terlampau banyak. Bila ke klinik doktor kata takde apa-apa , mungkin sebab hormon. Dalam masa sama saya pergi berurut . Mak bidan kata peranakkan saya turun sikit,  Lagipun memang setiap 3 bulan saya akan berurut badan di kampung. Alhamdulillah semua nya baik-baik dan tiada apa yang perlu saya risaukan.


Dalam masa yang sama tekanan darah tinggi saya pun stabil. Maklumlah bila dah masuk umur 40-an ni semua nak kena jaga. Lebih-lebih lagi bab kesihatan ni. Mungkin ramai tak tahu bahawa kolagen Shaklee sangat bagus untuk sendi juga. Bukan hanya untuk cantik semata mata tau.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut atau sendi boleh cuba amal minum kolagen Shaklee dan Ostematrix,  rasakan perbezaannya.


Mengapa dan bagaimana Kolagen Shaklee untuk sendi?

Kolagen Shaklee mempunyai unsur ekstrak kerangan laut yang mana ia mengandungi glucosamine yg bantu membuat bendalir sebagai pelincir sendi.


Manakala Vivix pula membantu memperbaiki sel-sel badan kita. Memang terbaik lah setiap suplemen Shaklee . Pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai khasiatnya tersendiri. 


Kita usaha untuk ke arah yang lebih sihat. Shaklee sahaja satu-satunya supplement brand yang terbukti berkesan melalui Landmark Study.



Order & konsultasi
www.wasap.my/60149840240


SET IBU HAMIL SHAKLEE: VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU MENGANDUNG

Tahukah anda bahawa keperluan nutrisi seorang wanita meningkat sebaik sahaj disahkan hamil? Ya. Sebab itulah sebenarnya mengapa orang kata bila seorang wanita itu hamil, dia perlu 'makan untuk 2 orang'. Yg sebenarnya, BUKAN bermaksud si ibu perlu makan dalam kuantiti 2 kali ganda berbanding kuantiti makanan sebelum ia hamil. Tetapi, maksud ayat tersebut adalah; pengambilan makanan bagi tujuan mendapatkan nutrisi yg secukupnya perlu ditingkatkan bagi memenuhi keperluan ibu itu sendiri serta janin yg sedang membesar di dalam rahim si ibu.




Mengapakah nutrisi yg mencukupi amat penting untuk diambil oleh ibu hamil?

Bayi/janin yg sedang membesar di dalam perut si ibu amat-amat memerlukan nutrisi yg secukupnya untuk menyokong perkembangan tumbesaran mereka dari sehari ke sehari. Jika kita mengikuti mana-mana laman web kehamilan yg menjelaskan perkembangan janin setiap minggu, kita akan dapati bahawa setiap minggu itu pasti akan menjadi jangka waktu khas bagi perkembangan fizikal & otak yg tertentu pada janin.

Sebagai contoh, di peringkat awal, bayi memerlukan bekalan asid folik yg secukupnya bagi pembentukan saraf yg kuat serta otak yg cukup sifatnya. Tanpa bekalan yg mencukupi, proses pembentukan ini pasti akan terganggu. Selain itu, apabila memasuki bulan ketiga kehamilan, bayi memerlukan bekalan Omega-3 bagi pembentukan otak & motor skill bayi. Seterusnya, bekalan kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang & asas gigi yg kuat pada bayi. Bayi juga memerlukan bekalan protein & lemak baik yg mencukupi untuk membina daging serta otot bagi seluruh tubuhnya.

Sememangnya bayi tidak akan menyerap secara terus dari pemakanan si ibu. Tetapi, bayi akan menyerap segala nutrisi yg diperlukan daripada si ibu melalui tali pusatnya & urinya. Jadi, bayangkan jika si ibu adalah merupakan ibu yg kurang bekalan nutrisi. Sudahlah nutrisi sedia diserap oleh si bayi; tubuhnya sendiri pula akan menjadi semakin lemah & mudah jatuh sakit akibat kurangnya bekalan nutrisi untuk dirinya sendiri.


Apakah kesan kekurangan nutrisi pada ibu & bayi?

Ada beberapa kesan utama yg dapat dilihat sama ada sejak ibu masih dalam kehamilan lagi & ada juga kesan yg hanya dapat dilihat setelah bayi dilahirkan. Antaranya;

KESAN PADA IBU:

  • Badan berasa lemah & kurang bertenaga
  • Mudah jatuh sakit akibat sistem imun yg lemah
  • Alahan yg teruk & berpanjangan
  • Dehidrasi
  • Kurang selera makan
  • Kelihatan cengkung & tidak bermaya
  • Kulit kusam
  • Emosi tidak stabil & mudah stress
  • Mudah terkena simpul biawak/mengkarung pada betis
  • Sakit lutut, pinggang, belakang & kaki akibat postur & pertambahan berat
  • Berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis sewaktu hamil (GDM) serta tekanan darah tinggi
  • Berisiko tinggi untuk mendapat 'kencing kotor' atau Urine Tract Infection (UTI)
  • Berisiko untuk jangkitan kuman pada vagina (GBS)

KESAN PADA BAYI:
  • Mengalami spina bifida atau kecacatan otak & saraf akibat kekurangan asid folik.
  • Perkembangan yg tidak setara dengan jumlah minggu kehamilan (bayi kecil dari saiz yg sepatutnya)
  • Pertumbuhan tulang yg tidak kukuh
  • Asas pembentukan gigi yg kurang sihat (akibatnya gigi mudah rapuh setelah besar)
  • Risiko jangkitan kuman terutamanya jika si ibu mempunyai GBS atau UTI
  • Sistem imun yg lemah & mudah jatuh sakit setelah lahir
  • Berat badan yg berkurangan
  • Motor skill & perkembangan otak bayi yg lambat akibat sel-sel otak (neuron) yg kurang dirangsang atau berkurangan


Apakah nutrisi yg diperlukan oleh ibu hamil & bayi?

Hampir kesemua nutrisi harian yg penting dalam kehidupan seharian kita adalah sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil bagi keperluan dirinya serta bayi di dalam kandungan. Antaranya adalah:

  • KALORI
Kalori dari sumber yg sihat seperti dari karbohidrat, protein & buah-buahan diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada ibu hamil. Ibu hamil memerlukan hampir 300kcal lebih berbanding wanita dewasa yg tidak hamil.

  • ASID FOLIK
Penting untuk pertumbuhan saraf & otak janin. Asid folik diperlukan sebanyak 600-800mg oleh ibu hamil & sebaiknya mula diambil dalam tempoh 3-6 bulan sebelum seorang wanita hamil.

  • KALSIUM
Janin/bayi di dalam kandungan menyerap kalsium sedia ada yg terdapat di dalam tulang ibu. Maka, ibu hamil perlu menambah jumlah kalsium di dalam badannya agar tidak berisiko untuk mendapat masalah osteoporosis atau tulang reput di kemudian hari. Jumlah kalsium harian yg disarankan diambil adalah sebanyak 1,200mg sehari. Kalsium juga amat membantu ibu mengurangkan rasa sakit pinggang, sendi, tulang & badan akibat postur mengandung serta pertambahan berat badan. Kalsium juga mampu membantu melembutkan najis serta mengelakkan sembelit sepanjang kehamilan. Kalsium sebaiknya diambil bersama-sama vitamin D untuk mengoptimumkan penyerapannya oleh badan kita.

  • IRON
Iron ataupun zat besi amat penting bagi memastikan bacaan HB yg stabil sepanjang kehamilan. Walaupun sesetengah ibu hamil akan berasa loya apabila mengambil iron, namun ia tetap wajib diambil. Bacaan HB yg rendah menunjukkan paras oksigen yg rendah dalam darah ibu untuk dibekalkan kepada janin/bayi. Janin yg tidak menerima bekalan oksigen secukupnya berisiko untuk mati di dalam kandungan.

  • VITAMIN C & ANTIOKSIDA
Kedua-keduanya penting terutamanya untuk memastikan sistem imun yg 'kebal' sepanjang kehamilan & selepas kehamilan. Ibu hamil yg mudah jatuh sakit akan lebih berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yg lebih serius sama ada sewaktu hamil mahupun selepas melahirkan. Bukan itu sahaja, malah jangkitan kuman pada ibu yg mempunyai sistem imun yg lemah juga berisiko tinggi untuk 'diwairisi' kepada bayi yg bakal lahir.

  • FIBER/SERAT
Serat amat penting untuk membantu sistem penghadaman yg lancar sepanjang kehamilan. Perubahan hormon sewaktu hamil itu sendiri akan menyebabkan ibu hamil sangat mudah mengalami masalah sembelit. Sekiranya ditambah lagi dengan kurangnya pengambilan serat dari sumber yg sihat seperti sayuran, buah-buahan serta bijirin, maka masalah sembelit adalah berisiko tinggi untuk dihadapi oleh ibu hamil.

  • ASID LEMAK OMEGA-3
Omega-3 mempunyai fungsi 2 dalam 1 bagi ibu hamil. Pertamanya, ia boleh membantu mengukuhkan sistem imun si ibu agar tidak jatuh sakit. Kaduanya, ia amat penting untuk membantu pertumbuhan otak bayi; terutamanya dari aspek merangsang pertumbuhan sel-sel otak (neurons) serta membantu merangsang motor skill bayi sejak dalam kandungan lagi.

omega guard shaklee


  • PROTEIN
Protein adalah amat penting sebenarnya untuk ibu & bayi. Protein adalah 'makanan asas' kepada sel badan kita. Maka, jika sel badan kita mendapat bekalan makanan yg sihat & secukupnya, maka secara keseluruhan badan kita akan menjadi sihat. Selain itu, protein juga memberikan tenaga yg lebih berpanjangan berbanding sumber yg lain. Ini kerana nilai glisemik index (GI) yg rendah menyebabkan ia akan lebih lambat diuraikan atau 'dihabiskan' oleh badan. Protein juga membantu pertumbuhan sel kulit baru yg lebih elok. Justeru, ibu hamil akan kelihatan lebih glowing & berseri sepanjang kehamilan. Bagi janin/bayi di dalam kandungan pula, protein membantu pembentukan daging, otot serta lemak yg sihat.


Cukupkah bekalan nutrisi hanya dari pemakanan seharian sahaja?

Boleh jadi mencukupi. Terutamanya apabila kita benar-benar mengira jumlah nutrisi yg diperolehi dari setiap sesi pemakanan kita. Untuk itu, ibu hamil WAJIB mengambil jumlah nasi, daging, bijirin, sayuran serta buah-buahan dalam kuantiti yg memenuhi keperluan nutrisi yg diperlukan. Sebagai tambahan, sumber setiap makan tersebut haruslah TIDAK DICEMARI oleh bahan kimi lain seperti racun serangga, baja kimia atau apa-apa bahan sewaktu dalam proses penanaman & penyediaan yg boleh menggangu gugat jumlah nutrisi sebenar yg boleh diperolehi daripada satu-satu sumber semulajadi tersebut.


Adakah pilihan lain sekiranya pemakanan harian tidak membekalkan nutrisi yg sepatutnya?

ADAAA.
Anda boleh mengambil supplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian yg diperolehi daripada pemakanan semulajadi. Namun, anda perlu PASTIKAN bahawa supplemen yg diambil adalah terdiri daripada bahan semulajadi; bukannya supplemen sintetik. Ini kerana, walaupun supplemen sintetik juga membekalkan nutrisi kepada kita, namun hakikatnya ia mampu memberi kesan sampingan lain yg membahayakan di kemudian hari seperti kerosakan buah pinggang & sebagainya.

vitamin ibu mengandung shaklee

SET IBU HAMIL SHAKLEE menyediakan supplemen vitamin yg lengkap untuk ibu hamil. Walaupun kita telah sedaya upaya menjaga pemakanan seimbang sewaktu hamil, namun, adalah amat penting untuk kita memastikan bekalan nutriisi yg diterima oleh tubuh badan kita mahupun bayi di dalam kandungan yg tersayang adalah mencukupi.



Nak order terus set ini? Boleh terus klik DI SINI.
Hubungi saya melalui Whatsapp di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan konsultasi eksklusif selepas anda menerima order anda ye.



Atau anda boleh hubungi saya trlebih dahulu untuk sebarang pertanyaan atau pembelian secara personal dari saya. (^_^)

PUNCA SINDROM MEROYAN DI KALANGAN WANITA BERPANTANG & CARA MENYELESAIKANNYA

Tahukah anda bahawa purata 40-80% wanita yg baru melahirkan bayi menghadapi sindrom 'baby blues'? Antara simptom baby blues ni adalah perasaan yg terganggu, berasa sedih, hilang keyakinan diri, sentiasa risau & keletihan. Biasanya sindrom baby blues ni akan berlaku selama beberapa hari pada minggu pertama selepas melahirkan.

Baby blues adalah agak normal berlaku di kalangan ibu yg baru melahirkan. Namun, apa yg membahayakan adalah, sindrom baby blues ini boleh bertukar menjadi Postpartum Depression (PPD) ataupun apa yg orang Melayu panggil sebagai MEROYAN.

Ada banyak faktor sebenarnya yg boleh menjadikan seorang ibu baru bersalin itu mengalami PPD atau meroyan. Antaranya:

😣 Stress atau kemurungan sejak kehamilan lagi. Kemungkinan disebabkan oleh masalah atau tekanan perasaan yg dihadapi atau kandungan yg bermasalah.
😣 Kehamilan yg sukar - mungkin kesunyian atau tidak mendapat sokongan orang sekeliling.
😣 Masalah atau komplikasi sewaktu melahirkan.
😣 Melahirkan bayi pra-matang atau sebelum waktu yg dijangkakan.
😣 Mempunyai sejarah pernah menghadapi masalah depresi sebelumnya.
😣 Masalah penyusuan bayi.
😣 Bayi banyak meragam - colic, alergik, mempunyai masalah kesihatan atau kerap menangis.
😣 Mempunyai masalah peribadi.
😣 Merasa diri tidak layak menjadi ibu.
😣 Kelahiran/kandungan yg tidak diingini.
😣 Mendapat tekanan dari keluarga atau orang sekeliling.
😣 Tidak mendapat sokongan atau bantuan dari pasangan, ahli keluarga & rakan terdekat.
😣 Pemakanan yg tidak menentu serta kurang nutrisi.

Bukan semua wanita yg menghadapi faktor-faktor di atas berisiko untuk menghadapi PPD. Tetapi, apabila keadaan berlarutan serta ibu tersebut tidak mempunyai kekuatan yg utuh, maka risiko untuk mengalami sindrom PPD atau meroyan ini akan semakin meningkat.

Apakah tanda-tanda ibu yg mengalami PPD atau meroyan? Antaranya:

😓 Kerap menangis secara tiba-tiba.
😓 Lebih banyak menyendiri & tidak bercakap/bergaul dengan orang sekeliling.
😓 Sukar untuk tidur.
😓 Tidak mempedulikan bayinya.
😓 Mudah marah atau melenting.
😓 Hilang selera makan.
😓 Berat badan susut secara mendadak.

Bagaimanakah kita sebagai ahli keluarga, rakan atau masyarakat sekeliling boleh membantu ibu PPD atau meroyan?

✔ Sentiasa cuba dekati mereka. Pujuk mereka untuk meluahkan perasaan yg terpendam.
✔ Jangan biarkan mereka bersendirian. Ajak mereka berbual-bual.
✔ Bantu sediakan makanan yg berkhasiat.
✔ Bantu mereka menjaga bayi atau apa-apa yg memudahkan urusan mereka.
✔ Elakkan memberi pendapat atau pandangan yg boleh menambahkan lagi masalah/kesedihan mereka.
✔ Berikan kata-kata semangat & sentiasa mengingatkan mereka bahawa Yg Maha Esa sentiasa ada bersama mereka untuk mengurangkan tekanan atau masalah yg dihadapi.
✔ Cadangkan kepada mereka atau berikan mereka supplemen yg boleh membantu memberikan tenaga agar tidak kelesuan, boleh membantu menghasilkan susu yg secukupnya untuk bayi serta boleh menceriakan semula mood mereka. Contohnya, Set Berpantang Shaklee yg lengkap untuk keperluan nutrisi ibu & bayi yg sedang berpantang & menyusukan bayi.

Bagaimana Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu berpantang & sekaligu mengelakkan masalah PPD atau meroyan?

Set Berpantang Shaklee mengandungi nutrisi lengkap yg diperlukan oleh ibu yg baru sahaja melahirkan bayi. Ia sekaligus membantu ibu menjayakan penyusuan bayi dengan lebih mudah. Antara yg terkandung dalam Set Berpantang Shaklee:

👉 VITALEA WITH IRON
Vitalea adalah multivitamin lengkap yg membantu badan ibu jadi cergas & bertenaga. Juga untuk mengelakkan ibu berasa letih & lesu akibat jadual tidur yg tidak menentu.

👉ESP (PROTEIN SHAKE)
Shake protein ini sangat-sangat membantu untuk memberikan tenaga kepada ibu, membantu mengenyangkan perut ibu yg sering lapar tanpa menggemukkan serta menjadi milkbooster supaya susu ibu menjadi lebih pekat & bayi pun akan lebih cepat kenyang & tidur lena.

👉VITA C PLUS
Ibu berpantang DILARANG untuk jatuh sakit. Antibodi & sistem imun ibu haruslah kuat supaya tidak mudah jatuh sakit. Ibu yg demam & mudah sakit akan mudah juga 'menyalurkan' virus kepada bayi serta mengurangkan nutrisi susu badan yg diberikan kepada bayi. Jatuh sakit juga boleh menjadikan ibu lebih mudah lesu & tertekan. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun ibu berpantang agar tidak mudah jatuh sakit. Malah, ia juga membantu mempercpatkan pemulihan luka bersalin sama ada secara normal mahupun czer.

👉 OSTEMATRIX
Pil kalsium + Vitamin D + Magnesium ini sangat-sangat penting bagi ibu; khususnya untuk melegakan sakit-sakit badan akibat posisi penyusuan. Ia juga membantu ibu mendapatkan tidur yg berkualiti walaupun tidak cukup. Yg paling utama, ia membantu mengelakkan risiko osteoperosis bagi si ibu yg telah banyak kehilangan kalsium dalam tulang akibat haid, kehamilan & penyusuan bayi.

👉ZINC COMPLEX
Zinc amat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga membantu mengembalikan semula kestabilan hormon, mengurangkan masalah rambut gugur serta kuku rapuh selepas bersalin.

Saya dulu pun mula jatuh chenta dengan Shaklee tau. Memang berbeza kesannya pada kecergasan badan, mood & penyusuan. 😉

Nak pengalaman berpantang yg berbeza? Meh ambil Set Berpantang Shaklee dengan saya. Pasti berbeza!

IRDA
014-984 0240
Pengedar Shaklee Pro Anda.

PENGAMBILAN VITAMIN/SUPPLEMEN SEBENARNYA MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

BENARKAH MAKAN BANYAK SUPPLEMEN BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG? Ramai sangat yg tanya soalan ni pada Pengedar Shaklee mereka. Ada yg boleh jawab, ada yg tak mampu jawab. Mungkin, pada yg baharu sahaja mula buat bisnes masih belum arif tentang bagaimana nak buktikan bahawa supplemen Shaklee ni adalah istimewa, semulajadi & 100% selamat diambil oleh kita dengan dos yg telah ditetapkan. Sebenarnya, persoalan tentang supplemen boleh mengganggu buah pinggang ni, kita kena jawab dgn ujikaji peleburan Vitalea/Ostematrix yg cepat dalam segelas air. Memang betul, pengambilan supplemen yg banyak boleh mengganggu buah pinggang. Sebab tu kena pilih Shaklee; bukan brand lain. Kenapa?

side effect produk shaklee


1. Vitamin lain ada yg mengandungi bahan sintetik. Bahan sintetik inilah yg akan 'tertinggal' sebab tak mampu diuraikan oleh badan & usus. Justeru, ia akan sekaligus mengganggu fungsi penapisan oleh buah pinggang.

2. Vitamin brand lain kebanyakannya tak terurai sepenuhnya dalam badan dalam tempoh masa yg sepatutnya.

Setiap vitamin/supplemen sepatutnya terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. Ini tempoh masa 'perjalanan' yg diperlukan untuk satu2 makanan yg diambil dari mulut untuk sampai ke usus & seterusnya ke buah pinggang. Apabila satu-satu vitamin itu tak boleh terurai sepenuhnya dalam tempoh masa ni, itulah jadinya yg 'membebankan usus & buah pinggang'.


So, macam mana nak buktikan vitamin/supplemen Shaklee ni terurai sepenuhnya dalam masa yg sepatutnya? Ada 2 jenis ujikaji boleh dibuat.

1. Ujian ke atas Vitalea.
===================
Kenapa Vitalea? Sebab kebanyakan jenama multivitamin di dunia mengandungi pelbagai mineral. Sesetengah mineral tak boleh terurai dengan mudah berbanding yg lain. Dan kebanyakan jenama lain mengandungi bahan sintetik yg takkan terurai. Contohnya pewarna. So, macam mana nak buktikan? Ambil sebiji Vitalea, masukkan ke dalam segelas air. Hasilnya nanti, Vitalea akan terurai sepenuhnya dalam masa 8-10 minit (tak perlu godek/kacau pun). Warna air pun hanya akan berubah menjadi kuning kerana dalam Vitalea terdapat Vitamin B yg bersifat semulajadi berwarna kuning. Di mana, kalau multivitamin yg ada pewarna, air tu sah-sah akan berubah warna. Contoh multivitamin yg ada pewarna & bahan sintetik yg paling meluas penggunaannya adalah yg biasa diperolehi oleh ibu-ibu hamil di klinik. #IfYouKnowWhatIMean


2. Kajian ke atas Ostematrix.
=======================
Kenapa?
Kajian Dr. Ralph F. Shangraw menyatakan bahawa kalsium adalah bahan mineral yg paling keras di dunia. 80% daripada jenama supplemen kalsium di dunia GAGAL utk menghasilkan supplemen kalsium yg boleh terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. But NOT OSTEMATRIX. So, ambil 1bj Ostematrix, letak dalam segelas air. Tanpa digodek/dikacau, Oste akan terurai sepenuhnya dalam masa 2-4 minit sahaja!

70% badan manusia adalah air. So, ujikaji ni menunjukkan/membuktikan bahawa vitamin Shaklee akan terurai sepenuhnya dalam badan kita TANPA membebankan usus & buah pinggang. Bukan setakat tak membebankan buah pinggang, malah kami ada produk hebat yg boleh memelihara kesihatan buah pinggang tau - VIVIX!Dan dah ramai pun pesakit buah pinggang yg menjadi semakin sihat sejak amalkan Vivix. Sebab tu saya bangga jadi Pengedar Shaklee tau! 

Irda
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

VIDEO PANAS TESTIMONI PENGGUNA PRODUK SHAKLEE YG BERKESAN & BERPUAS HATI-PART 1

Sebenarnya, kalau kita search je kat Google ke Yahoo ke atau apa-apa search engine kat internet ni tentang testimoni keberkesanan produk Shaklee, memang beribu-ribu testimoni yg boleh kita jumpa. Tak kisahlah sama ada testimoni Shaklee dalam bentuk cerita ataupun gambar. Tapi yg ni SPECIAL! Saya listkan dalam bentuk video. Haaa.. kiranya ini adalah LIVE TESTIMONI daripada para pengguna produk Shaklee sendiri. Bukan edit, bukan paksaan. Ini memang adalah realiti keberkesanan produk Shaklee yg telah mereka rasakan sendiri.

Untuk part 1 ni, saya nak share pengalaman beberapa orang ibu yg pernah hamil berkongsi tentang bagaimana vitamin Shaklee dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yg letih, lemah, lesu & mempunyai masalah HB yg rendah. Enjoy! Dan jangan lupa HUBUNGI SAYA UNTUK ORDER ye.. (^_^)


VIDEO TESTIMONI 1: BERPUASA DENGAN BERTENAGA WALAUPUN HAMIL
=========================================================
Ibu ini hamil pada usia 34 tahun, dan berasa amat bertenaga sewaktu berpuasa sepanjang Ramadhan setelah mengamalkan supplemen Shaklee! Jauh berbeza dengan pengalaman hamilnya sebelum ini!

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 2: BOLEH MENDAKI WALAUPUN HAMIL!
=============================================
Lihat bagaimana ibu hamil ini masih larat & bertenaga untuk naik flight dan juga mendaki candi Borobodur walaupun perutnya sudah mulai sarat! Malah dia mendaki lebih laju daripada rakan-rakannya yg lain yg tidak hamil tau..

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 3: MASALAH HB RENDAH TIADA LAGI!
============================================
Masalah bacaan HB rendah sewaktu hamil ni bukan setakat menjadikan ibu lemah & lesu tau. Yg lebih merbahaya adalah ia boleh menyebabkan kematian bayi akibat ketidakcukupan oksigen yg disalurkan di dalam darah! Jom kita lihat bagaimana Set Hamil Shaklee berjaya membantu ibu ini tidak lagi mengalami masalah bacaan HB rendah ketika hamil.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


VIDEO TESTIMONI 4: KEKURANGAN KALSIUM BUAT IBU SAKIT BADAN!
=======================================================
Hamil & menyusukan adalah 2 situasi yg boleh menyebabkan ibu sering mengalami sakit belakang & tulang. Ia berpunca daripada kekurangan kalsium dalam tubuh ibu. Lebih teruk lagi, kekurangan kalsium ini menyebabkan bayi juga mengalami kesannya seperti kerosakan gigi seawal usia bayi serta pertumbuhan tulang yg tidak kuat. Jom kita tengok bagaimana ibu ini mengatasi masalah kekurangan kalsiumnya!

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.


Anda juga seorang ibu yg pernah, sedang atau ingin hamil?
Set Hamil Shaklee amat-amat membantu anda untuk menjalani kehamilan yg kurang meletihkan atau menyakitkan.

ORDER SEKARANG!
Jadikan pengalaman hamil and sesuatu tempoh yg penuh dengan kemanisan; BUKAN KELUHAN!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
SID Pro Anda.


KENAPA IBU HAMIL SANGAT-SANGAT PERLUKAN OSTEMATRIX SHAKLEE?

Ramai yg cakap, ibu hamil ni perlukan kalsium lebih. Makan minum pun kena lebih, sebab 'makan untuk 2 orang', kan? Lepas tu, kena banyak minum susu.. Sebaiknya susu untuk ibu hamil tu. Kalau taknak, susu biasa tu pun boleh. Nanti barulah tak sakit badan & boleh tidur lena malam-malam. Tapi hakikatnya, ramai ibu di luar sana yg TAK BOLEH NAK MINUM SUSU! Ada yg memang tak minum susu sejak sebelum hamil lagi.. Ada pulak yg tiba-tiba je waktu hamil jadi muak sangat-sangat bila minum susu.. Ada tu, cium bau susu pun boleh muntah! So, camana nak minum susu banyak-banyak kan?

kebaikan kalsium

So, kenapa agaknya ibu hamil kena minum susu banyak-banyak sebenarnya?

Ya. Sebenarnya kerana KALSIUM yg terkandung di dalam susu tersebut AMAT PENTING untuk ibu yg sedang hamil dan juga bayi yg sedang dikandung.

So, kenapa pula kalsium ni penting sebenarnya untuk ibu hamil & bayi yg dikandung?

Sebab ada banyaaaakk kebaikan & kepentingan kalsium ni untuk ibu & bayi tau. Di mana, kalsium ni penting untuk:

  • Menguatkan tulang ibu dengan mengekalkan kepadatan tulang. Wanita yg kekurangan kalsium menghadapi risiko yg sangat tinggi untuk menghidap osteoperosis apabila usia meningkat.
  • Mengelakkan masalah kuku rapuh, gigi rapuh, gusi berdarah, kebas-kebas & kekejangan.
  • Melegakan sakit pinggang, belakang & kaki terutamanya apabila perut semakin membesar/memboyot.
  • Melembutkan najis dan mengelakkan sembelit sepanjang waktu hamil.
  • Bekalan untuk pertumbuhan tulang & gigi bayi yg kuat & sihat.


Walau bagaimanapun, kebanyakan susu yg dijual dipasaran telah diproses dan ditambah dengan bahan pengawet agar tahan lama serta dicampur dengan gula tambahan supaya rasanya lebih enak. Ini menjadikan meminum susu dalam kuantiti yg banyak sewaktu hamil meningkatkan risiko kencing manis pula! So, apakah penyelesaian yg terbaik??

Ya. OSTEMATRIX SHAKLEE lah jawapannya. Mengapa?

pil kalsium shaklee

Sebab Ostematrix Shaklee mempunyai manfaat yg jauh melebihi susu yg dijual di pasaran!


  • 1 biji Ostematrix Shaklee adalah bersamaan dengan 1 gelas susu berkalsium tinggi. Juga bersamaan dengan 80 biji badam.
  • Pengambilan 4 biji Ostematrix Shaklee dapat memenuhi 1000mg keperluan kalsium harian seorang manusia dewasa.
  • Ostematrix Shaklee mengandungi Vitamin D yg menjadikan kalsium di dalamnya lebih mudah diserap oleh badan kita.
  • Ostematrix Shaklee mengandungi Magnesium yg turut membantu menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, menghasilkan tenaga, menstabilkan denyutan nadi serta memberikan kesan relaks kepada saraf & otot.
  • Justeru, Ostematrix Shaklee amat membantu ibu hamil untuk berehat & tidur lebih lena & berkualiti pada waktu malam. Hasilnya, ibu hamil akan bangun dengan lebih cergas keesokan paginya!


kebaikan ostematrix shaklee

So, daripada nak minum 1 tin susu tepung ataupun berkotak-kotak susu UHT setiap hari sepanjang 9 bulan anda hamil, lebih baik ambil Ostematrix Shaklee ni kan? Mudah je. Cuma 4 biji sebelum tidur malam; dan anda telah memenuhi keperluan minimum kalsium bagi anda & bayi! Tapi, masih perlu minum susu juga tau.. Sebab ibu hamil perlukan 4 kali ganda jumlah kalsium berbanding orang dewasa normal! hehehehe... Tapi, at least tak perlulah minum berkotak-kotak susu bila dah ambil Ostematrix kan? (^_^)

Harga retail normal sebotol (120biji) Ostematrix Shaklee: RM61 (belum termasuk pos).
Sebotol tahan untuk sebulan pengambilan.

Nak harga special? HUBUNGI SAYA SEKARANG!

*Nak jimat lagi sepanjang Februari 2015 ni? Jom beli 1 set Beli 6 Percuma 1 Ostematrix ni. Sekali beli; dengan harga promo, dah boleh tahan untuk 7 bulan penggunaan! (^_^)

ORDER SEKARANG!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
SID Pro Anda.

PROMOSI GANDA EMPAT SHAKLEE YG SANGAT BERBALOI-BALOI

Semakin lama semakin 'menggoda' nampaknya promo-promo daripada Shaklee ni. Kalau dulu-dulu, setiap bulan ada 1 jenis promo je. Lepas tu jadi 2, bulan lepas jadi 3.. Haaaa, bulan ni jadi 4 promo sekaligus nyahhhh! Memang rugiiii sangat-sangat kalau anda tak grab tau... lagi-lagi yg selalu asyik tanya nak harga murah la, nak harga diskaun la, nak harga ahli la bagai... haaa, inilah masanya nak beli apa supplemen Shaklee yg berkenan di hati! hehehehe... So, apa promo Shaklee harga murah yg ada bulan ni? Meh tengok!

vitamin shaklee

PROMO 1:
========
★ Vitalea with Iron Formula (multivitamin):
Beli 6 Percuma 1.
Beli 2 diskaun 5%.

*Nak beli sebotol dua pun ada Special Price!


PROMO 2:
========
★ Ostematrix (kalsium, vitamin D & magnesium):

Beli 6 Percuma 1.
Beli 2 diskaun 5%.

*Nak beli sebotol dua pun ada Special Price!

promosi vitalea shaklee

promosi vitalea shaklee

PROMO 3:
========
★ Advanced Joint Health Tablet (AJHT- untuk sakit sendi):
Beli 3 Percuma 1.

*Nak beli sebotol dua pun ada Special Price!


PROMO 4:
========
★ Chewable Vita-Lea for Kids (multivitamin):
Beli 3 Percuma 1.
*Nak beli sebotol dua pun ada Special Price!

vitamin kanak-kanak shaklee

So, siapa yg ada masalah sakit lutut, sakit tulang, sakit pinggang, sakit belakang atau sakit sendi; memang sangat-sangat digalakkan untuk ambil Set AJHT + Ostematrix tu ye. PASTI anda atau ibu bapa anda akan rasa bezanya dalm masa 5-7 hari sahaja.

Yang nak mengekalkan tahap kecergasan badan setiap hari, ataupun nak elakkan masalah kesihatan dari kerap berulang, sangat dialu-alukan untuk amalkan 1-2 biji Vitalea setiap pagi ye. Dan, jangan tak tahu... 1 biji Vitalea setiap hari boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 65% tau! Haaa... fakta ni...

Manakala untuk membantu anak-anak kita yg sedang membesar & 'membijak' pula, berilah mereka multivitamin yg terbaik dari ladang iaitu Chewable Vitalea for Kids setiap hari kepada mereka. Mereka akan menjadi semakin kuat, sihat & cergas serta sukar jatuh sakit. Malah, mereka akan menjadi lebih bijak belajar ketika di sekolah! (^_^)

JOM JOM ORDER SEKARANG!

Bulan Februari ada 28 hari je.. So, offer ni akan habis awal tau!

Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

SET BERPANTANG SHAKLEE YG MULA BUAT SAYA JATUH CINTA

Dulu saya adalah seorang yg tidak percayakan supplemen. Bagi saya, badan kita akan menerima 'overdose' vitamin apabila mengambil supplemen dan buah pinggang kita akan terjejas. Tetapi semua itu berubah apabila saya mula hamil anak kedua. Nekad dan keinginan saya untuk menyusukan anak saya secara eksklusif dan penuh sehingga berusia 2 tahun, mengubah pendirian saya. Saya mula menggali segala ilmu berkaitan kehamilan & penyusuan. Dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjadi ibu yg sihat; bermula dengan Set Berpantang Shaklee ni. Penyudahnya, sampai sekarang saya 'keep on falling' for Shaklee each & every day! Hehehehe...


set bersalin shaklee
Set Berpantang Shaklee lengkap yg membuatkan saya mula 'jatuh cinta' dengan Sahklee (^_^)

BAGAIMANA IA BUAT SAYA JATUH CINTA?

Saya bersalin anak pertama secara cesarean. So, jamu-jamu tradisional yg parents saya sediakan semuanya sia-sia sahaja. Lepas sebulan macam tu, baru boleh mula ambil. Masa tu, semangat berpantang dah kurang dah.. sebab banyak benda dah boleh makan.. hehehe...

Masa tu, saya sangat kurang ilmu penyusuan bayi. Saya sangkakan penyusuan bayi ni sesuatu yg semulajadi dan mudah. Rupanya Allah Maha Besar. Dia kurniakan saya anak yg 'cranky'. Tak mahu menyusu badan, refuse untuk latching, kuat meragam, colic dan sukar tidur malam. Saya jadi stress. Susu pun merudum sangat-sangat. Dalam usianya sebulan, saya dah beri susu formula. Pulak tu, dia lactose-intolerance. Dahhh kena cuba macam-macam susu sebelum tau yg dia cuma boleh minum susu soya!

Bila hamil anak kedua, saya nekad nak menyusukan dia sampai dia berumur 2 tahun. Nak buat stok EBM banyak-banyak. Plus, saya risau saya kena cesar lagi sekali. So, rugi la kalau beli jamu lagi kan.. So, saya beli Trial Pack Set Berpantang ni. Satu set trial tu tahan untuk 40 hari berpantang. Orang tak percaya supplemen la katakan... tu yg beli trial pack je.. hehehe... Dan alhamdulillah, rezeki saya kena cesar lagi.. huhu.. So, memang kena ambil vitamin la jawabnya kan...

Hari pertama lepas sedar dari pembedahan, saya terus ambil set ni. Anak saya pula Paed tahan sebab bacaan jaundicenya 8. Sepatutnya kalau bawah 10 boleh balik.. tapi kenapa ntah Paed tu tahan juga. So, 3 hari jugalah saya duduk kat wad VVIP tu dengan layanan yg macam tuan puteri.. hehehe...

Sepanjang tempoh itu sahaja pun saya boleh rasa kesan Set Berpantang ni. Walaupun baby saya meragam setiap malam sebab tak suka duduk bawah lampu biru tu, saya tabah & cergas je menemankan & menyusukan dia dengan kerap. Setiap jam dia menyusu. Sampai husband saya yg risau tengok saya tak tidur siang malam. Hehehe... tapi, guess what?? Saya ok je! Dan susu badan saya pun makin banyak!


MAKIN JATUH CINTA!


Hari demi hari saya berpantang di rumah parents tanpa pembantu. Parents saya masih bekerja. Anak yg sulung parents saya hantarkan ke rumah pengasuh sementara. Saya mandi sendiri, mandikan baby sendiri, masak nasik sendiri (lauk mak saya masakkan awal pagi), kemas bilik, kemas rumah sikit-sikit & pam susu. And again, guess what?? Saya rasa sihat & cergas je tau! Fuhhh.. dahsyat 'penangan' Shaklee ni!

Anak saya jenis berjaga tiap jam setiap malam. Masuk pukul 8.30 pagi baru dia nak lena. Huhu.. tapi saya rasa sangat happy dan tak lesu pun melayan jadual dia. Tambah pula dengan si sulung yg pulang ke rumah sekitar jam 2 petang. Laaagi macam-macam perangai budak baru dapat adik nih... hehehe...


TERUS JATUH CINTA!

Lepas berpantang 60 hari, saya mula bekerja. Masa ni saya mula ambil Set Menyusu pula. Haa.. ni citer kat entry lain ek.. hehehe...

Tapi yg penting, sekarang ni, SELEPAS 2 TAHUN lebih, saya masih mengamalkan supplemen Shaklee! Macam-macam saya ambil. Terutamanya untuk kecergasan & kecantikan kulit. Dannnnnn... anak saya masih menyusu secara kasual tau! Saya pulak, dah jadi WAHM sepenuh masa yg menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sambil menguruskan anak-anak! Dahsyat kan 'kisah cinta' & 'penangan' Shaklee pada saya!! Hehehe... Dan saya ingin berkongsikan rasa itu dengan anda semua! Dan jika anda berisiko untuk bersalin secara cesarean atau mempunyai sejarah anak terdahulu mendapat jaundice/kuning, buatlah persediaan awal. Hubungi saya di 014-984 0240 (SMS/Whatsapp), dan ambillah Set Berpantang Shaklee ini juga. Ia sememangnya amat-amat membantu anda menjadi cergas demi menguruskan bayi & anak-anak dalam tempoh berpantang.

JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE!

Irda
Mentor Berpantang Secara Cesarean.


VITAMIN SHAKLEE UNTUK SAKIT OTOT

Sakit otot boleh terjadi dengan mudah ke atas golongan dewasa & warga emas. Bergantung kepada tabiat pemakanan, faktor usia & juga tahap keaktifan seseorang dalam bersukan, terdapat beberapa faktor yg boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit otot.


vitamin untuk sakit otot
Sakit otot biasanya berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba ataupun menerima tekanan secara mengejut serta beban berat yg terpaksa ditanggung melebihi kemampuannya. Sakit otot biasanya amat mudah terjadi ke atas kawasan sekitar bahu, tengkuk, tulang belakang, pinggang, peha & betis.


vitamin untuk sakit otot


Antara punca utama berlakunya sakit otot adalah:
  • Mengangkat barang atau benda berat dengan posisi yg tidak betul atau tidak stabil.
  • Aktiviti sukan yg berat, lasak atau dalam jangkama yg terlalu lama.
  • Posisi atau postur duduk yg tidak betul atau terlalu lama.
  • Kekuatan otot & tulang yg semakin lemah - terutamanya bagi warga emas.
  • Tidur di atas tilam yg tidak lembut atau tidur di atas lantai.
  • Berdiri terlalu lama.
  • Kurang pengambilan kalsium, magnesium & Vitamin D.


Sekiranya anda mengalami sakit otot, terdapat beberapa langkah yg boleh anda ambil bagi mengurangkan kesakitan yg dialami. Antaranya adalah:
  • Berehat seketika dengan melunjurkan kaki (jika kesakitan di kawasan kaki).
  • berbaring secara lurus dan bernafas secara relaks (jika kesakitan di kawasan belakang badan)
  • Menyapu minyak panas pada bahagian yg sakit.
  • Meletakkan bungkusan ketulan ais pada bahagian yg sakit.
  • Menukar posisi duduk/berdiri dengan kerap.
  • Jika sakit akibat duduk terlalu lama, bergeraklah dalam tempoh sela masa tertentu contohnya setiap 30 minit.
  • Memperbanyakkan pengambilan kalsium.
  • mengambil supplemen yg boleh membantu mengurangkan kesakitan (jika terlalu kerap mengalaminya) serta memelihara agar kesakitan tidak mudah berulang kembali.


Jika anda terlalu kerap mengalami sakit otot, anda boleh mengurangkannya serta mengelakkan ia daipada berulang kembali dengan pengambilan Set Vitamin Sakit Otot daripada Shaklee ini.


vitamin shaklee untuk otot


Set Vitamin Sakit Otot Shaklee ini terdiri daripada:

ESP (Energizing Soy Protein) - Ia merupakan shake tinggi protein yg membantu memelihara kekuatan & kepejalan otot. Otot yg sihat tidak akan mudah tercedera ataupun merasa sakit akibat aktiviti seharian yg berterusan.

Advanced Joint Health Tablet - AJHT berfungsi terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti & fungsi sendi & otot, meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari serta meningkatkan kemampuan sendi & otot untuk melakukan aktiviti seharian.

B Complex - Membantu memastikan kesihatan fungsi saraf, mengurangkan tekanan serta mengelakkan tubuh dari mudah berasa penat.

Ostematrix - Sediaan unik yg turut mengandungi Magnesium & Vitamin D ini membantu menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan atau kebas-kebas otot serta Magnesium memberikan kesan relaks kepada otot, sendi & tulang.



Set Vitamin Sakit Otot ini amat sesuai diambil oleh mana-mana golongan dewasa & warga emas yg sering mengalami sakit otot, keradangan otot, sendi & tulang serta mereka yg sering mengalami 'rasa mencucuk' di kawasan-kawasan sendi seperti pergelangan kaki, lutut & bahu. Ia dijamin berkesan seawal 5 hari sahaja untuk menghilangkan kesakitan sedia ada & amalan pengambilannya boleh membantu mengelakkan kesakitan tersebut daripada berulang semula.

ORDER SEKARANG!
Untuk anda atau ibu bapa tersayang!
Dan dapatkan HARGA ISTIMEWA hanya dari saya!

Hubungi:
Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.


MASALAH SENGGUGUT KETIKA HAID

Masalah senggugut ketika haid adalah masalah yg kerap kita dengar di kalangan wanita sewaktu dalam umur produktif. Kesakitan yg dialamami ada kalanya boleh mengganggu aktiviti seharian seseotrang wnaita yg mengalaminya.


Kesakitan senggugut bukan sekadar rasa sakit atau cramp di sekitar perut sahaja; malah ada sesetengahnya sehingga mengalami rasa pening kepala, mual dan muntah-muntah.


Apakah punca senggugut ketika haid?

Senggugut berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim yg berlebihan sewaktu haid. Intensiti pengecutan rahim ini disebabkan oleh hormon yg dikenali sebagai prostaglandin. Namun, sebenarnya ia bukanlah suatu keadaan yg buruk. Ini kerana kontraksi yg dipacu oleh prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel mati; iaitu ovum-ovum yg tidak disenyawakan sebelum haid terjadi.

Adakah supplement yg boleh membantu meredakan senggugut ketika haid?

ADAAAAA.. GLA Complex & Ostematrix Shaklee boleh membantu melegakan masalah senggugut ketika haid ini.


GLA Complex yg mengandungi Gamma Linelonik Acid yg tinggi daripada ekstrak Bunga Borage, Vitamin E dan minyak biji bunga matahari mampu mengawal selia hormon wanita terutamanya ketika haid. GLA Complex juga mampu mengurangkan simptom PMS terutamanya seperti senggugut dan mood swing serta sakit di sekitar payudara.

Ostematrix Shaklee pula yg mengandungi kalsium, magnesium & vitamin D boleh mambantu melegakan rasa kejang/cramp yg dirasai di sekitar perut sewaktu senggugut. Malah, magnesium di dalam pil ini juga mampu memberikan sensasi relaks kepada sesiapa yg mengambilnya.

Anda mengalami masalah senggugut ketika haid? Jom legakannya! Dah ramai yg berjaya mengatasinya dengan GLA Complex & Ostematrix Shaklee di luar sana! Hubungi saya SEKARANG!


Irda (909714)
SMS/Whatsapp: 014-984 0240

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...