Showing posts with label Set Ibu Menyusu / Banyakkan Susu. Show all posts
Showing posts with label Set Ibu Menyusu / Banyakkan Susu. Show all posts

PUNCA SINDROM MEROYAN DI KALANGAN WANITA BERPANTANG & CARA MENYELESAIKANNYA

Tahukah anda bahawa purata 40-80% wanita yg baru melahirkan bayi menghadapi sindrom 'baby blues'? Antara simptom baby blues ni adalah perasaan yg terganggu, berasa sedih, hilang keyakinan diri, sentiasa risau & keletihan. Biasanya sindrom baby blues ni akan berlaku selama beberapa hari pada minggu pertama selepas melahirkan.

Baby blues adalah agak normal berlaku di kalangan ibu yg baru melahirkan. Namun, apa yg membahayakan adalah, sindrom baby blues ini boleh bertukar menjadi Postpartum Depression (PPD) ataupun apa yg orang Melayu panggil sebagai MEROYAN.

Ada banyak faktor sebenarnya yg boleh menjadikan seorang ibu baru bersalin itu mengalami PPD atau meroyan. Antaranya:

😣 Stress atau kemurungan sejak kehamilan lagi. Kemungkinan disebabkan oleh masalah atau tekanan perasaan yg dihadapi atau kandungan yg bermasalah.
😣 Kehamilan yg sukar - mungkin kesunyian atau tidak mendapat sokongan orang sekeliling.
😣 Masalah atau komplikasi sewaktu melahirkan.
😣 Melahirkan bayi pra-matang atau sebelum waktu yg dijangkakan.
😣 Mempunyai sejarah pernah menghadapi masalah depresi sebelumnya.
😣 Masalah penyusuan bayi.
😣 Bayi banyak meragam - colic, alergik, mempunyai masalah kesihatan atau kerap menangis.
😣 Mempunyai masalah peribadi.
😣 Merasa diri tidak layak menjadi ibu.
😣 Kelahiran/kandungan yg tidak diingini.
😣 Mendapat tekanan dari keluarga atau orang sekeliling.
😣 Tidak mendapat sokongan atau bantuan dari pasangan, ahli keluarga & rakan terdekat.
😣 Pemakanan yg tidak menentu serta kurang nutrisi.

Bukan semua wanita yg menghadapi faktor-faktor di atas berisiko untuk menghadapi PPD. Tetapi, apabila keadaan berlarutan serta ibu tersebut tidak mempunyai kekuatan yg utuh, maka risiko untuk mengalami sindrom PPD atau meroyan ini akan semakin meningkat.

Apakah tanda-tanda ibu yg mengalami PPD atau meroyan? Antaranya:

😓 Kerap menangis secara tiba-tiba.
😓 Lebih banyak menyendiri & tidak bercakap/bergaul dengan orang sekeliling.
😓 Sukar untuk tidur.
😓 Tidak mempedulikan bayinya.
😓 Mudah marah atau melenting.
😓 Hilang selera makan.
😓 Berat badan susut secara mendadak.

Bagaimanakah kita sebagai ahli keluarga, rakan atau masyarakat sekeliling boleh membantu ibu PPD atau meroyan?

✔ Sentiasa cuba dekati mereka. Pujuk mereka untuk meluahkan perasaan yg terpendam.
✔ Jangan biarkan mereka bersendirian. Ajak mereka berbual-bual.
✔ Bantu sediakan makanan yg berkhasiat.
✔ Bantu mereka menjaga bayi atau apa-apa yg memudahkan urusan mereka.
✔ Elakkan memberi pendapat atau pandangan yg boleh menambahkan lagi masalah/kesedihan mereka.
✔ Berikan kata-kata semangat & sentiasa mengingatkan mereka bahawa Yg Maha Esa sentiasa ada bersama mereka untuk mengurangkan tekanan atau masalah yg dihadapi.
✔ Cadangkan kepada mereka atau berikan mereka supplemen yg boleh membantu memberikan tenaga agar tidak kelesuan, boleh membantu menghasilkan susu yg secukupnya untuk bayi serta boleh menceriakan semula mood mereka. Contohnya, Set Berpantang Shaklee yg lengkap untuk keperluan nutrisi ibu & bayi yg sedang berpantang & menyusukan bayi.

Bagaimana Set Berpantang Shaklee boleh membantu ibu berpantang & sekaligu mengelakkan masalah PPD atau meroyan?

Set Berpantang Shaklee mengandungi nutrisi lengkap yg diperlukan oleh ibu yg baru sahaja melahirkan bayi. Ia sekaligus membantu ibu menjayakan penyusuan bayi dengan lebih mudah. Antara yg terkandung dalam Set Berpantang Shaklee:

👉 VITALEA WITH IRON
Vitalea adalah multivitamin lengkap yg membantu badan ibu jadi cergas & bertenaga. Juga untuk mengelakkan ibu berasa letih & lesu akibat jadual tidur yg tidak menentu.

👉ESP (PROTEIN SHAKE)
Shake protein ini sangat-sangat membantu untuk memberikan tenaga kepada ibu, membantu mengenyangkan perut ibu yg sering lapar tanpa menggemukkan serta menjadi milkbooster supaya susu ibu menjadi lebih pekat & bayi pun akan lebih cepat kenyang & tidur lena.

👉VITA C PLUS
Ibu berpantang DILARANG untuk jatuh sakit. Antibodi & sistem imun ibu haruslah kuat supaya tidak mudah jatuh sakit. Ibu yg demam & mudah sakit akan mudah juga 'menyalurkan' virus kepada bayi serta mengurangkan nutrisi susu badan yg diberikan kepada bayi. Jatuh sakit juga boleh menjadikan ibu lebih mudah lesu & tertekan. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun ibu berpantang agar tidak mudah jatuh sakit. Malah, ia juga membantu mempercpatkan pemulihan luka bersalin sama ada secara normal mahupun czer.

👉 OSTEMATRIX
Pil kalsium + Vitamin D + Magnesium ini sangat-sangat penting bagi ibu; khususnya untuk melegakan sakit-sakit badan akibat posisi penyusuan. Ia juga membantu ibu mendapatkan tidur yg berkualiti walaupun tidak cukup. Yg paling utama, ia membantu mengelakkan risiko osteoperosis bagi si ibu yg telah banyak kehilangan kalsium dalam tulang akibat haid, kehamilan & penyusuan bayi.

👉ZINC COMPLEX
Zinc amat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga membantu mengembalikan semula kestabilan hormon, mengurangkan masalah rambut gugur serta kuku rapuh selepas bersalin.

Saya dulu pun mula jatuh chenta dengan Shaklee tau. Memang berbeza kesannya pada kecergasan badan, mood & penyusuan. 😉

Nak pengalaman berpantang yg berbeza? Meh ambil Set Berpantang Shaklee dengan saya. Pasti berbeza!

IRDA
014-984 0240
Pengedar Shaklee Pro Anda.

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU SUPAYA TAK LEMBIK & SUSU BERKURANGAN

Ibu menyusu sememangnya diberikan rukhsah ataupun kelonggaran dalam berpuasa di bulan Ramadhan. Ini sama ada bagi yg risaukan kesihatan diri ibu itu sendiri ataupun ada yg risau tentang kesihatan bayi yg masih kecil; terutamanya yg berpuasa penuh. Ramai yg risau takut si ibu pengsan akibat kurang tenaga kerana tidak makan, ataupun ramai ibu yg risau kuantiti & kualiti susu merudum akibat si ibu yg kurang makan jika berpuasa. Tapi, di sini saya kongsikan beberapa tips khas untuk ibu menyusu di luar sana agar boleh berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tanpa rasa lesu dan tanpa menjejaskan kualiti susu yg dihasilkan untuk bayi.

cara tambah susu di bulan puasa



Merbahayakah Jika Saya Terus Berpuasa Sambil Menyusukan Bayi?

TIDAK. Berpuasa sebenarnya tidak menjejaskan keselamatan ibu & bayi yg normal. Malah, jika ibu berpuasa selama 24jam sekalipun, badan ibu masih boleh menghasilkan susu yg mencukupi untuk bayi.

Namun, ramai ibu menyusu; terutamanya yg menyusukan bayi secara penuh (full breastfeed) beranggapan bahawa berpuasa boleh menjejaskan proses penyusuan bayi. Ini kerana sebenarnya kebanyakan ibu:


  • Mempunyai mindset yg 'terjejas' dengan memikirkan bahawa jika dia berpuasa, maka susu akan berkurangan kerana kurang makan.
  • Merasakan susu akan berkurangan jika mengepam susu dengan kerap sewaktu masa bekerja.
  • Berasa mudah lapar & 'tak larat' kerana kononnya banyak kalori & lemak diperlukan untuk menghasilkan susu yg cukup.
  • Menganggap bayi yg menangis & meragam di bulan puasa adalah disebabkan oleh 'tak cukup susu'. Sedangkan banyak lagi faktor lain yg boleh menjadi penyebabnya.
  • Beranggapan bayi tak kenyang bila menyusu di bulan puasa jika dia berpuasa kerana susu menjadi 'cair' kerana ibu kurang makan.


Hakikatnya, berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk semua itu. Berpuasa seharusnya menjadikan seorang umat Islam menjadi lebih kuat; bukan semakin lemah.


Apa yg Perlu Saya Lakukan Untuk Mengelakkan Kerisauan?

Anda perlu tahu fakta ini - susu ibu tidak terjejas hanya kerana anda berpuasa. Ya, anda mungkin akan berasa sangat haus ketika berpuasa. Namun, itu juga sepatutnya tidak menjejaskan kualiti & kuantiti susu anda.

Apa yg paling penting adalah sebenarnya MINDSET anda. Anda perlu yakin bahawa berpuasa tidak sekali-kali menjejaskan anda & bayi anda. DENGAN SYARAT; anda perlu ambil berat apa yg anda makan & mengambil kuantiti air yg secukupnya terutamanya di antara waktu berbuka sehingga sahur. Jika anda bekerja, jadual mengepam anda juga sepatutnya diteruskan seperti biasa. Kerana semakin kerap kita menyusukan (feeding) anak kita, atau semakin kerap kita mengepam, otak kita akan terus-menerus menghantar signal kepada kelenjar susu kita untuk menghasilkan susu.


Adakah Tips Lain yg Boleh Membantu?

Pn. Salwa Saleh, seorang ibu yg sudah 7 tahun berpengalaman hamil, atau menyusukan bayi atau kedua-duanya sekali tanpa henti, tidak pernah sesekali pun menjadikan bulan puasa sebagai alasan yg menjejaskan proses penyusuan & kehamilannya.

Dalam video pendek ini, beliau kongsikan 4 tips paling penting tentang bagaimana beliau berjaya menjalani ibadah puasa dengan lancar sambil hamil & menyusukan bayi. Memang tak lembik langsung! Dan bayi beliau pun kenyang & tidur lena sahaja tak meragam!





Set Ibu Menyusu Lengkap Shaklee atau dikenali sebagai Set 3M telah berjaya membantu ramai ibu menyusu berpuasa dengan lancar & bertenaga sepanjang Ramadhan. Memang tak lagi rasa lemah, lembik atau tak larat menunggu waktu berbuka. Malah, bayi pun tak meragam & tidur lena di waktu malam.

Jika anda adalah ibu menyusu yg sering merasakan berpuasa adalah meletihkan sehingga menjejaskan penyusuan bayi, SMS/Whatsapp saya di 014-984 0240 sekarang! Masih belum terlambat. Konsultasi & tips-tips terperinci juga akan saya kongsikan bersama anda setiap masa!

Irda
Mentor Penyusuan Dengan Shaklee.


BAYI LAHIR PRAMATANG - APA YG PERLU IBU TAHU?

Memiliki bayi pramatang adalah satu cabaran yg amat besar bagi para ibu; terutamanya yg pertama kali menjadi ibu. Banyak perkara yg biasanya ibu tidak bersedia; sama ada secara fizikal, mental, emosi mahupun sistem badan ibu itu sendiri. Dan salah satu cabaran terbesar bagi ibu yg melahirkan bayi secara pramatang adalah "susu badan tak keluar". Sedangkan, bayi pramatang AMAT-AMAT MEMERLUKAN susu ibu untuk memastikan perkembangan tumbesarannya yg sihat & menguatkan sistem organ dalamnya.


vitamin menyusu untuk bayi pramatang
Bayi yg lahir pramatang akan dijaga rapi di unit NICU hospital. Ia akan diletakkan di dalam inkubator serta melalui beberapa rawatan bagi membantu menguatkan organ dalamannya untuk meneruskan kehidupan


APAKAH PUNCA BAYI LAHIR PRAMATANG?

Sebenarnya, belum ada kajian ataupun penemuan yg sahih yg menjelaskan apakah punca seseorang bayi itu akan dilahirkan secara pramatang. Tetapi, terdapat beberapa faktor yg dikatakan boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang terjadi. Antaranya adalah:


  • Mempunyai sejarah pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Kehamilan kembar, triplets ataupun lebih.
  • Jarak antara kehamilan yg terlalu rapat (kurang dari 6 bulan).
  • Kehamilan melalui kaedah IVF.
  • Menghadapi masalah berkaitan rahim, serviks atau uri.
  • Ibu hamil merokok, mengambil alkohol atau menggunakan dadah terlarang.
  • Ibu & bayi yg kekurangan nutirisi.
  • Jangkitan kuman terutamanya ke atas air ketuban atau salur kencing.
  • Ibu menghadapi masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi atau diabetes.
  • Berat badan ibu yg berlebihan atau terlalu kurus.
  • Ibu sering stress.
  • Pernah mengalami keguguran ataupun sengaja menggugurkan kandungan beberapa kali.
  • Kecederaan fizikal yg teruk pada ibu ataupun trauma.
  • Bentuk/keadaan rahim yg tidak normal.

APA YG AKAN BERLAKU SETERUSNYA JIKA ANDA MELAHIRKAN BAYI PRAMATANG?


Bayi yg dilahirkan pramatang akan dijaga rapi oleh unit NICU di hospital di mana anda melahirkannya. Antara langkah yg akan diambil oleh mereka adalah:

  • Meletakkan bayi anda di dalam inkubator - ia bertujuan supaya bayi menerima suhu persekitaran yg hangat secara stabil yg diperlukan olehnya. Dari semasa ke semasa, staff NICU akan memberikan peluang untuk ibu memegang & bersama dengan bayi bagi proses yg dipanggil "kangaroo care" - di mana ibu membuat teknik sentuhan & pelukan 'skin-to-skin'. Teknik ini dipercayai amat merangsang kesihatan & tumbesaran bayi pramatang.
  • Mengawalselia tanda-tanda serta keperluan penting bayi - beberapa pin/pita pengesan akan dilekatkan pada bayi anda. Ia bertujuan untuk memastikan perkembangan degup jantung, tekanan darah,pernafasan serta suhu bayi adalah semakin baik.
  • Menyalurkan makanan (susu) melalui tiub - DI SINILAH PENTINGNYA SUSU IBU UNTUK BAYI PRAMATANG. Kerana susu yg TERBAIK untuk bayi anda adalah susu ibunya sendiri. Bayi yg lahir pramatang masih belum pandai untuk menyusu terus dari si ibu. Tetapi, ia tetap memerlukan susu ibunya sebagai UBAT TERBAIK bagi dirinya menjadi semakin sihat & normal seperti bayi cukup bulan yg lain. Masalah 'tak ada susu' atau 'susu tak keluar' seringkali berlaku kepada ibu bayi pramatang. Ini kerana apabila buah dada tidak dihisap secara terus (stimulasi) oleh bayi, ia tidak akan dirangsang sepenuhnya sepertimana buah dada yg telah dihisap oleh bayi. Tambahan pula dengan keletihan akibat berulang-alik dari hospital ke rumah dan ke hospital kembali sehingga bayi dibenarkan keluar; ibu akan menjadi terlalu kepenatan dan boleh stress. Akibatnya, susu semakin berkurangan. Jadi, ibu PERLU BERUSAHA & BERIKHTIAR bagi memastikan susu ibu dapat dihasilkan & dibekalkan kepada bayi pramatang untuk memastikan pertumbuhannya semakin positif.
  • Memeriksa kadar kecukupan cecair bayi - jika anda gagal memberikan susu anda kepada bayi, staf NICU akan memberikan susu formula kepada bayi pramatang anda kerana ia memerlukan jumlah cecair yg secukupnya untuk berkembang secara normal.
  • Meletakkan bayi anda di bawah lampu bilirubin (lampu biru) - ia bagi mengelakkan bayi anda menghidapi jaundice. Hati bayi pramatang masih belum kuat sepenuhnya. Jika jumlah bilirubin berlebihan & bayi diserang jaundice, kemungkinan besar bayi tidak dapat diselamatkan.
  • Membuat pemindahan darah - ini adalah bagi kes bayi yg terlalu muda (sebelum 32 minggu) dan mempunyai masalah komplikasi walaupun setelah melalui proses penjagaan biasa bagi bagi pramatang. Kes ini agak jarang berlaku.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee boleh diambil oleh semua ibu selepas bersalin; tidak kiralah sama ada secara normal, cesarean mahupun kelahiran bayi pramatang. Ia membantu ibu menjadi cergas, tidak lesu ataupun stress. Kesannya, IBU AKAN MAMPU MENGHASILKAN SUSU BADAN YG AMAT DIPERLUKAN OLEH SI BAYI PRAMATANG.

Jom kita saksikan Video ini!


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Untuk sebarang pertanyaan atau ORDER SEKARANG, hubungi saya:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda - yg juga merupakan seorang bayi pramatang. (^_^)

(VIDEO) KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Post ini adalah khas untuk anda yg nak tahu tentang kebaikan Omega Guard Shaklee; yg tengah promo hangat bulan November 2014 ni, tapi tak suka nak baca banyak-banyak. Video ini ditujukan khas untuk anda!

Nanti, selepas anda menonton video ni, boleh TERUS ORDER Omega Guard dari saya tau.. HARGA PROMO BERBALOI-BALOI sepanjang November 2014 ni.

Ambillah Shaklee; vitamin berasaskan 100% bahan semulajadi yg dijamin halal, selamat & berkesan. Bebaskan keluarga anda dari 'cengkaman' dadah yg terkandung di dalam ubat-ubatan. Cegah sebelum terkena!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Terunggul di Johor Bahru, Skudai, Nusajaya & Kulaijaya.


Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.

SET BERPANTANG SHAKLEE YG MULA BUAT SAYA JATUH CINTA

Dulu saya adalah seorang yg tidak percayakan supplemen. Bagi saya, badan kita akan menerima 'overdose' vitamin apabila mengambil supplemen dan buah pinggang kita akan terjejas. Tetapi semua itu berubah apabila saya mula hamil anak kedua. Nekad dan keinginan saya untuk menyusukan anak saya secara eksklusif dan penuh sehingga berusia 2 tahun, mengubah pendirian saya. Saya mula menggali segala ilmu berkaitan kehamilan & penyusuan. Dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjadi ibu yg sihat; bermula dengan Set Berpantang Shaklee ni. Penyudahnya, sampai sekarang saya 'keep on falling' for Shaklee each & every day! Hehehehe...


set bersalin shaklee
Set Berpantang Shaklee lengkap yg membuatkan saya mula 'jatuh cinta' dengan Sahklee (^_^)

BAGAIMANA IA BUAT SAYA JATUH CINTA?

Saya bersalin anak pertama secara cesarean. So, jamu-jamu tradisional yg parents saya sediakan semuanya sia-sia sahaja. Lepas sebulan macam tu, baru boleh mula ambil. Masa tu, semangat berpantang dah kurang dah.. sebab banyak benda dah boleh makan.. hehehe...

Masa tu, saya sangat kurang ilmu penyusuan bayi. Saya sangkakan penyusuan bayi ni sesuatu yg semulajadi dan mudah. Rupanya Allah Maha Besar. Dia kurniakan saya anak yg 'cranky'. Tak mahu menyusu badan, refuse untuk latching, kuat meragam, colic dan sukar tidur malam. Saya jadi stress. Susu pun merudum sangat-sangat. Dalam usianya sebulan, saya dah beri susu formula. Pulak tu, dia lactose-intolerance. Dahhh kena cuba macam-macam susu sebelum tau yg dia cuma boleh minum susu soya!

Bila hamil anak kedua, saya nekad nak menyusukan dia sampai dia berumur 2 tahun. Nak buat stok EBM banyak-banyak. Plus, saya risau saya kena cesar lagi sekali. So, rugi la kalau beli jamu lagi kan.. So, saya beli Trial Pack Set Berpantang ni. Satu set trial tu tahan untuk 40 hari berpantang. Orang tak percaya supplemen la katakan... tu yg beli trial pack je.. hehehe... Dan alhamdulillah, rezeki saya kena cesar lagi.. huhu.. So, memang kena ambil vitamin la jawabnya kan...

Hari pertama lepas sedar dari pembedahan, saya terus ambil set ni. Anak saya pula Paed tahan sebab bacaan jaundicenya 8. Sepatutnya kalau bawah 10 boleh balik.. tapi kenapa ntah Paed tu tahan juga. So, 3 hari jugalah saya duduk kat wad VVIP tu dengan layanan yg macam tuan puteri.. hehehe...

Sepanjang tempoh itu sahaja pun saya boleh rasa kesan Set Berpantang ni. Walaupun baby saya meragam setiap malam sebab tak suka duduk bawah lampu biru tu, saya tabah & cergas je menemankan & menyusukan dia dengan kerap. Setiap jam dia menyusu. Sampai husband saya yg risau tengok saya tak tidur siang malam. Hehehe... tapi, guess what?? Saya ok je! Dan susu badan saya pun makin banyak!


MAKIN JATUH CINTA!


Hari demi hari saya berpantang di rumah parents tanpa pembantu. Parents saya masih bekerja. Anak yg sulung parents saya hantarkan ke rumah pengasuh sementara. Saya mandi sendiri, mandikan baby sendiri, masak nasik sendiri (lauk mak saya masakkan awal pagi), kemas bilik, kemas rumah sikit-sikit & pam susu. And again, guess what?? Saya rasa sihat & cergas je tau! Fuhhh.. dahsyat 'penangan' Shaklee ni!

Anak saya jenis berjaga tiap jam setiap malam. Masuk pukul 8.30 pagi baru dia nak lena. Huhu.. tapi saya rasa sangat happy dan tak lesu pun melayan jadual dia. Tambah pula dengan si sulung yg pulang ke rumah sekitar jam 2 petang. Laaagi macam-macam perangai budak baru dapat adik nih... hehehe...


TERUS JATUH CINTA!

Lepas berpantang 60 hari, saya mula bekerja. Masa ni saya mula ambil Set Menyusu pula. Haa.. ni citer kat entry lain ek.. hehehe...

Tapi yg penting, sekarang ni, SELEPAS 2 TAHUN lebih, saya masih mengamalkan supplemen Shaklee! Macam-macam saya ambil. Terutamanya untuk kecergasan & kecantikan kulit. Dannnnnn... anak saya masih menyusu secara kasual tau! Saya pulak, dah jadi WAHM sepenuh masa yg menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sambil menguruskan anak-anak! Dahsyat kan 'kisah cinta' & 'penangan' Shaklee pada saya!! Hehehe... Dan saya ingin berkongsikan rasa itu dengan anda semua! Dan jika anda berisiko untuk bersalin secara cesarean atau mempunyai sejarah anak terdahulu mendapat jaundice/kuning, buatlah persediaan awal. Hubungi saya di 014-984 0240 (SMS/Whatsapp), dan ambillah Set Berpantang Shaklee ini juga. Ia sememangnya amat-amat membantu anda menjadi cergas demi menguruskan bayi & anak-anak dalam tempoh berpantang.

JOM SIHAT DENGAN SHAKLEE!

Irda
Mentor Berpantang Secara Cesarean.


TIPS PERSEDIAAN UNTUK PENYUSUAN BAYI BAGI IBU HAMIL

Jika anda merancang untuk menyusukan bayi anda sebaik sahaja dia dilahirkan sehingga usianya mencecah 2 tahun, anda seharusnya membuat persediaan sedari awal lagi; iaitu sebaiknya seawal apabila anda disahkan hamil. Persediaan awal bagi ibu yg ingin menyusukan bayi ini SANGAT PENTING bagi memastikan si ibu; khususnya yg kali pertama menjadi ibu benar-benar bersedia untuk menghadapi segala cabaran yg bakal mendatang dalam proses penyusuan bayi.

set berpatang shaklee


Apa persediaan yg perlu dibuat? Jom semak senarai ni:

1. Persediaan mental; hati & akal bahawa anda benar-benar bernekad ingin menyusukan bayi anda secara penuh; walau apa pun dugaan yg bakal mendatang.

2. Cari & 'bookmark' di komputer/laptop/tablet/telefon anda website-website atau blog-blog yg memberi panduan berkaitan penyusuan susu ibu supaya mudah untuk anda merujuk dari semasa ke semasa.

buku penyusuan bayi


3. Cari & baca buku-buku panduan & kisah inspirasi tentang penyusuan susu ibu supaya anda bersedia & sentiasa bersemangat untuk melaksanakannya kelak.

4. Menyertai (join) kumpulan (group) yg menggalakkan penyusuan susu ibu di laman-laman sosial seperti FB. Ahli di dalam kumpulan sebegini biasanya boleh membantu anda berdasarkan pengalaman mereka sekiranya anda mengalami sebarang masalah.

5. Bergaul dengan rakan-rakan sepejabat yg turut melaksanakan penyusuan susu ibu. Ini penting untuk mendapatkan dorongan, semangat serta tips-tips yg berfaedah kelak. Rakan seperjuangan ini juga penting sebagai pendorong agar kita tidak mudah 'down' sekiranya masalah melanda seperti susu merudum dan sebagainya.

Minda yg positif adalah kunci utama penyusuan ibu yg berjaya!

Jika anda ingin mendapatkan Set Penyusuan yg boleh membantu untuk mencergaskan tubuh badan si ibu serta menambahkan kuantiti susu anda, anda boleh klik di sini: Set Penyusuan Terbaik!

Berilah bayi anda yg TERBAIK. Berusahalah. Demi generasi masa depan yg lebih bijak & cemerlang!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda

PROMOSI BERGANDA HARGA MURAH ESP SHAKLEE & MEALSHAKES SHAKLEE

PROMOSI ESP SHAKLEE DATANG LAGI!! Bulan ni special sungguh sebab, untuk pertama kalinya Shaklee buat promosi DUA KALI DALAM SETAHUN BAGI PRODUK YG SAMA! Dan yg paling best lagi, kali ni promosi ESP ni sekaligus dengan promosi MELASHAKES Shaklee tau!! Kira Double Promo Shaklee la ni! (^_^)

promosi shaklee
DOUBLE PROMOTION OCTOBER 2014!
PROMOSI 1:

PROMOSI ESP SHAKLEE BERLANGSUNG SEPANJANG OKTOBER 2014!

BELI 6 PERCUMA 1 CANISTER (bernilai RM150)!!
Plus: KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA seumur hidup!
Plus: Cash bonus pada pertengahan November 2014!
Plus: Pembelian dengan HARGA AHLI pada pembelian kali pertama serta-merta!
*Kos penghantaran HANYA RM10 ke Semenanjung Malaysia / RM20 ke Sabah & Sarawak.

Antara kebaikan ESP Shaklee adalah:

 ‘MILK BOOSTER’ bagi ibu yang menyusukan anak
 ‘ENERGY BOOSTER’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan
 Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
 Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
 Membantu ibu yang ingin re-laktasi
 Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin
 Menjadikan kulit gebu & licin
 Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
 Memelihara kestabilan hormon wanita
 Menegang & menganjalkan payudara




PROMOSI 2:

PROMOSI MEALSHAKES SHAKLEE BERLANGSUNG SEPANJANG OKTOBER 2014!

BELI 3 PERCUMA 1 CANISTER (bernilai RM113!!
Plus: Pos PERCUMA ke seluruh Malaysia!


Antara kebaikan Mealshakes Shaklee adalah:

1. Index glisemik yg rendah - untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
2. Lengkap dengan 9 asid amino - penting untuk pertumbuhan & pembaikan tisu badan.
3. Antioksidan - mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan.
4. Kaya dengan serat - membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit
5. Kaya dengan Vitamin B - meningkatkan daya fokus & perhatian serta memelihara kesihatan saraf.
6. Lengkap dengan sodium & magnesium - penting untuk keseimbangan cecair dalam badan & mengelakkan cepat letih.
7. Mengandungi Vitamin C - menyihatkan gusi, gigi & kulit serta menguatkan sistem imun badan supaya tidak mudah diserang demam, batuk & selsema atau jangkitan kuman.
8. Mengandungi Vitamin A - vitamin yg diperlukan untuk kesihatan mata & mengelakkan rabun.
9. Mengandungi kalsium & Vitamin D - penting untuk perkembangan tulang yg kuat serta mengelakkan tumbesaran yg terbantut.
10. Dilengkapi dengan zat besi & vitamin B 12 - amat penting untuk pembinaan sel-sel darah merah serta mengelakkan anemia atau tekanan darah rendah.


ORDER SEKARANG!

Konsultasi eksklusif diberikan kepada setiap pelanggan. Anda PASTI berpuas hati dengan perkhidmatan saya!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN UNTUK BAYI YANG SIHAT

Dalam kita mengharungi zaman moden ni, jangan sesekali kita lupakan petua orang-orang dahulu tau.. apatah lagi bab-bab penjagaan diri wanita semasa mengandung, semasa di dalam berpantang serta penjagaan dalaman wanita selepas melahirkan anak.

Kali ni saya nak share beberapa petua banyakkan susu badan secara tradisional. Semoga makanan-makanan yang disenaraikan ni dapat membantu anda untuk menjayakan penyusuan bayi anda selama 2 tahun.. (^_^)

Antara makanan / petua untuk banyakkan susu badan adalah:

 Lobak Putih—Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah.
 Sawi—Masak goreng atau rebus.
 Kobis bulat—Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast.
 Minum susu—Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
 Air masak—Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
 Longan—Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Kering atau basah. Yang kering direbus dulu dengan gula batu, kemudian ditapis dan diminum airnya.
 Halba—rendam dan minum airnya.
 Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang—dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
 Ayat 60 surah Al-Baqarah
 Oat—minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
 Soya—minum secawan sehari.
 Madu—sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
 Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.


Ini pula adalah antara petua-petua lain untuk banyakkan susu badan:

 Baca surah Al-Baqarah ayat 60. Sambil baca letakkan tangan pada breast.

Doa tambah susu badan


    Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.    Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.   Tuam tuala suam ke atas payudara    Urut belakang    Urut payudara    Urut breast pakai sikat—mcm sikat rambut    Sentiasa berfikiran positif   Invest pada pam susu yg berkualiti    Kerap menyusukan bayi    Kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati    Doa & tawakkal

Risau susu badan anda merudum atau tidak mencukupi? Nak cuba cara moden yang dah berjaya membantu ramai ibu berkerjaya di luar sana? Jom Dapatkan Set Menyusu Ekstravaganza (SET 3M) daripada saya! Klik di sini!



Hubungi saya untuk pesanan & pertanyaan:

Irda (909714)
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)


VITAMIN SHAKLEE: VITAMIN IBU MENYUSU SHAKLEE

Berikut adalah set-set vitamin ibu menyusu Shaklee yang boleh dipilih mengikut budjet anda:



SET 3M (PENYUSUAN EXTRAVAGANZA)
Items: Energizing Soy Protein, Vita-Lea, Alfalfa Complex, B Complex, Vitamin C, Ostematrix
Full Pack Retail Price: RM444.75
*Untuk pesanan & konsultasi percuma selepas pembelian SMS/Whatsapp ke 014-984 0240




SET PENYUSUAN OPTIMUM
Items: Vita-Lea, Alfalfa Complex, B Complex, Vitamin C, Ostematrix
Full Pack Retail Price: RM294.75
*Untuk pesanan & konsultasi percuma selepas pembelian SMS/Whatsapp ke 014-984 0240




SET PENYUSUAN BASIC
Items: Vita-Lea, Alfalfa Complex, B Complex, Vitamin C
Full Pack Retail Price: RM233.75
*Untuk pesanan & konsultasi percuma selepas pembelian SMS/Whatsapp ke 014-984 0240




SET DOUBLE MILKBOOSTER
Items: Energizing Soy Protein & Alfalfa Complex
Full Pack Retail Price: RM203.75
*Untuk pesanan & konsultasi percuma selepas pembelian SMS/Whatsapp ke 014-984 0240

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...