JADI SURIRUMAH PUN KENA CANTIK SUPAYA SUAMI TAK CARI LAIN

Hari ni belek-belek album lama; zaman sekolah & zaman universiti dulu. Siap ada 1 album gambar tu semuanya gambar saya & Incik Husband masa zaman bercinta dulu. Hehehe.. Ala, bukan gambar dating pun, hampir semuanya gambar masa pegi site visit & program jabatan kat FAB UTM. Ada kat JB, Penang, Melaka, Sarawak & kat studio/fakulti. Rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada. Sebab? Masa dulu tu rasa dah confident diri tu dah comel habis dah. Rupanya bila tengok balik, comot je. Ditimpa perasaan sungguh!! 😂😂

Lepas kawen muda, kami hidup berdua lama. Lepas 5 tahun kawen baru dapat anak sulung. Masa tu lah badan naik bagai di pam pam. Waktu makan & kerja tak menentu. Pastu suka snacking. Bila keluar makan, makan ikut suka je. Tengok wayang atau nonton drama kat rumah, macam-macam kudapan ada. Pastu yg paling sadis masa tu, kulit muka saya memang berbelak-belak tau. Terutamanya kat area pelipis yg terpisah antara bahagian bertudung dengan yg terdedah kepada cahaya matahari. Kulit saya memang SANGAT MUDAH SUNBURN & LAMBAT PULIH. 😭😭 Dah la selalu kena pegi site & travel sana-sini. Kadang tak sanggup nak tengok 'line' kat tepi muka tu tau.

Saya pulak cerewet pasal skincare. Kalau orang selalu excited dengan macam-macam skincare kat iklan tv ke majalah tu, saya pulak jenis skeptik. Saya paaaaling takut kulit rosak. Sebab tu jugak seumur hidup ni saya tak pernah pegi facial spa! Sebab takut! 🙈🙈

Sampailah saya mula kenal Shaklee masa bersalin anak kedua (Iman.) Masa tu, rasa sangat perbezaan dengan masa berpantang Ihsan. Badan memang rasa cergas, tak lesu, tak stress, luka czer cepat pulih, susu badan banyak & paling best, kulit muka tu tak pasal-pasal jadi berseri! Tak pucat pun sepanjang berpantang tau. Tambah pulak bila sambung dengan set menyusu masa dah masuk kerja balik tu, berat badan senang je turun sampai 9kg!! Waaaa... tak tergambar happy dia bila baju-baju semua jadi makin longgar! 💃💃

Tak lama lepas tu, saya beranikan diri cuba skincare dari Shaklee Jepun - Nutriwhite. Masa tu ramai cakap Nutriwhite ni boleh hilangkan pigmentasi & sunburn. Woww! Ini adalah 2 masalah utama saya! Dan kebanyakan wanita Asia berkulit cerah pun kerap ada masalah ni tau. Memang tak kawan dengan uv matahari ni. Hahaha..

Allahuakbar. Tak tergambar rasanya bila kulit mula nampak perubahan. Bila pegi site atau aktiviti luar, dah TAK MUDAH 'TERBAKAR' atau sunburn lagi. Kalau kena sekalipun sebab baru lepas survey kat site lama-lama ke, mesti KEJAP JE DAH PULIH sunburn tu. Bonus pointnya lagi bila guna Nutriwhite ni, muka saya dah tak jadi berminyak sangat dah. Rasa moist kat kulit tu seimbang je. Pegang pun lembutttt je. Haha.. Vavavavaaaa.. memang sangat happy!

Sampai hari ni, walaupun saya cuma seorang surirumah, saya masih maintain guna Nutriwhite punya Gentle Makeup Remover, Gentle Deep Cleanser, Soothing Radiance Softener & Ultimate Whitening Protection Lotion. Kulit memang terlindung dari uv matahari yg semakin bahaya sekarang ni. Dan siapa kata surirumah TAK PERLU CANTIK? WAJIB woooo... Suami kita kat luar tu bekerja & berjumpa dengan macam-macam wanita yg bergaya & melawa. Takkan balik rumah dia nak tengok isteri selebet & kusam tak bermaya je kan? Dah la bau bawang pulak tu. Sedihhhhh.. hahaha. So, kena la melawa juga walaupun kerja duduk rumah je. Dan sebab tu juga kena ada income sendiri. Supaya boleh spend untuk melawa! 😘

Setuju ke setuju??

IRDA
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

PENGAMBILAN VITAMIN/SUPPLEMEN SEBENARNYA MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

BENARKAH MAKAN BANYAK SUPPLEMEN BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG? Ramai sangat yg tanya soalan ni pada Pengedar Shaklee mereka. Ada yg boleh jawab, ada yg tak mampu jawab. Mungkin, pada yg baharu sahaja mula buat bisnes masih belum arif tentang bagaimana nak buktikan bahawa supplemen Shaklee ni adalah istimewa, semulajadi & 100% selamat diambil oleh kita dengan dos yg telah ditetapkan. Sebenarnya, persoalan tentang supplemen boleh mengganggu buah pinggang ni, kita kena jawab dgn ujikaji peleburan Vitalea/Ostematrix yg cepat dalam segelas air. Memang betul, pengambilan supplemen yg banyak boleh mengganggu buah pinggang. Sebab tu kena pilih Shaklee; bukan brand lain. Kenapa?

side effect produk shaklee


1. Vitamin lain ada yg mengandungi bahan sintetik. Bahan sintetik inilah yg akan 'tertinggal' sebab tak mampu diuraikan oleh badan & usus. Justeru, ia akan sekaligus mengganggu fungsi penapisan oleh buah pinggang.

2. Vitamin brand lain kebanyakannya tak terurai sepenuhnya dalam badan dalam tempoh masa yg sepatutnya.

Setiap vitamin/supplemen sepatutnya terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. Ini tempoh masa 'perjalanan' yg diperlukan untuk satu2 makanan yg diambil dari mulut untuk sampai ke usus & seterusnya ke buah pinggang. Apabila satu-satu vitamin itu tak boleh terurai sepenuhnya dalam tempoh masa ni, itulah jadinya yg 'membebankan usus & buah pinggang'.


So, macam mana nak buktikan vitamin/supplemen Shaklee ni terurai sepenuhnya dalam masa yg sepatutnya? Ada 2 jenis ujikaji boleh dibuat.

1. Ujian ke atas Vitalea.
===================
Kenapa Vitalea? Sebab kebanyakan jenama multivitamin di dunia mengandungi pelbagai mineral. Sesetengah mineral tak boleh terurai dengan mudah berbanding yg lain. Dan kebanyakan jenama lain mengandungi bahan sintetik yg takkan terurai. Contohnya pewarna. So, macam mana nak buktikan? Ambil sebiji Vitalea, masukkan ke dalam segelas air. Hasilnya nanti, Vitalea akan terurai sepenuhnya dalam masa 8-10 minit (tak perlu godek/kacau pun). Warna air pun hanya akan berubah menjadi kuning kerana dalam Vitalea terdapat Vitamin B yg bersifat semulajadi berwarna kuning. Di mana, kalau multivitamin yg ada pewarna, air tu sah-sah akan berubah warna. Contoh multivitamin yg ada pewarna & bahan sintetik yg paling meluas penggunaannya adalah yg biasa diperolehi oleh ibu-ibu hamil di klinik. #IfYouKnowWhatIMean


2. Kajian ke atas Ostematrix.
=======================
Kenapa?
Kajian Dr. Ralph F. Shangraw menyatakan bahawa kalsium adalah bahan mineral yg paling keras di dunia. 80% daripada jenama supplemen kalsium di dunia GAGAL utk menghasilkan supplemen kalsium yg boleh terurai sepenuhnya dalam badan manusia dalam tempoh 30 minit. But NOT OSTEMATRIX. So, ambil 1bj Ostematrix, letak dalam segelas air. Tanpa digodek/dikacau, Oste akan terurai sepenuhnya dalam masa 2-4 minit sahaja!

70% badan manusia adalah air. So, ujikaji ni menunjukkan/membuktikan bahawa vitamin Shaklee akan terurai sepenuhnya dalam badan kita TANPA membebankan usus & buah pinggang. Bukan setakat tak membebankan buah pinggang, malah kami ada produk hebat yg boleh memelihara kesihatan buah pinggang tau - VIVIX!Dan dah ramai pun pesakit buah pinggang yg menjadi semakin sihat sejak amalkan Vivix. Sebab tu saya bangga jadi Pengedar Shaklee tau! 

Irda
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

BUAT APA MAKAN SUPPLEMEN? MAKAN SAYUR JE KAN DAH CUKUP

SAYA SUKA MAKAN SAYUR, SO TAK PERLULAH MAKAN VITAMIN KAN? Ramai prospek/customer saya yg saya cadangkan untuk ambil 3-4 jenis vitamin Shaklee dalam 1 set untuk tujuan tertentu akan mula cakap "banyaknya saya kena ambil. Takpe ke? Tak berlebihan ke? Multivitamin ni nak buat apa suruh saya ambil? Saya cuma nak hamil je. Lagipun saya dah makan sayur & buah setiap hari. Buat apa nak makan vitamin banyak-banyak ni."

Tahukah anda apa fungsi supplemen Shaklee?

BUKAN untuk menggantikan sayur, buah atau makanan dari sumber semulajadi tau. Supplemen membantu untuk mengisi/menutup lohong-lohong nutrisi (vitamin & mineral) yg kurang kita perolehi dari pemakanan seharian. Walaupun setiap hari kita makan ikan, ayam, daging, nasi, sayur-sayuran & buah-buahan, tapi bagaimana kita PASTI bahawa apa yg kita makan itu mencukupi untuk memelihara kesihatan antibodi, sel tubuh & keseluruhan badan kita? Apa penanda aras kecukupan kita? Sedangkan, untuk mendapat jumlah Vitamin C yg mencukupi sahaja pun kita sepatutnya mengambil 7 setengah biji oren setiap hari! Itu baru Vitamin C tau. Bagaimana pula dengan vitamin & mineral asas yg lain seperti iron, zat besi, kalsium, protein, karbohidrat, omega-3, omega-6 & sebagainya? Termampukah kita nak 'menelan' semua sumber semulajadi yg membekalkan semua nutrisi yg diperlukan oleh badan kita tu? Sukar kan?

So, di sinilah fungsi supplemen Shaklee. Ia BUKAN dicipta untuk menggantikan ataupun menjadi lebih baik berbanding sumber semulajadi. Tetapi, ia adalah PILIHAN TERBAIK untuk mempercukupkan bekalan nutrisi yg diperlukan oleh badan kita.

Cakap pasal sayur ni, saya sebenarnya suka sangat makan sayur ulam macam pegaga, daun selom & pucuk gajus tau. Tapi, ahli isi rumah saya yg lain tak minat. So, kalau beli, jenuh nak menghabiskan! Hahaha.. Yg diorang minat kebanyakannya sayur tak berdaun. Nasib baik ada jugak yg tak berdaun tapi hijau -BROKOLI. 😂😂

Brokoli ni kaya dengan Vitamin A & K tau. Ia membantu menseimbangkan kadar Vitamin D dalam badan kita. Vitamin D ni pulak membantu badan kita menyerap kalsium dengan lebih optimum. Selain tu, brokoli membantu merendahkan paras kolesterol & membantu badan kita untuk detoks atau membuang toksin dalam badan. Tapi, DENGAN SYARAT - semua nutrisi asal dalam brokoli hanya akan kekal apabila ia dimakan mentah begitu sahaja ataupun hanya dengan memasak secara stim selama 5 minit sahaja! Jika brokoli terlebih masak; terutamanya apabila dah jadi lembik, hampir kesemua khasiat borkoli ini hilang! Huhuhu..

So, sebab tu la saya tetap ambil supplemen Shaklee walaupun suka makan sayur hijau tau. Sebab tak larat laaa saya nak telan sayur & buah berbakul-bakul setiap hari demi mencukupkan nutrisi untuk badan & kulit saya kekal awet muda. Ahaks! 😎

Nak tambah nutrisi dalam badan & jadi awet muda? Meh Whatsapp saya:

Irda
014-984 0240
Pengedar Shaklee Sah Anda.

TERBEBAN DENGAN HUTANG PTPTN SELEPAS GRADUATE? INI PELUANG ANDA UNTUK MELANGSAIKANNYA!

Ramai generasi muda masa kini sangat sukakan cabaran. Malah ada student IPT yg belum habis belajar pun dah mula buat bisnes. Seronok kan bila sebaik usai sahaja pengajian tak perlu pening kepala pun nak fikir bayar hutang PTPTN lah, bayar sewa rumah la, nak beli kereta idaman la kan? Justeru, saya ingin membuka jalan untuk para pelajar IPT & fresh graduates untuk menjalankan bisnes online yg PASTI berbaloi & menguntungkan!

Ramai yg memilih untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan terutamanya secara online. Ini kerana ia mudah & mempunyai potensi capaian prospek & pelanggan yg sangat luas dari seluruh pelusuk dunia. Namun, ramai yg kecundang di tengah jalan. Mengapa? Mungkin akibat kekurangan ilmu ataupun akibat tersalah memilih produk yg didagangkan. Justeru, bersama-sama Program 'THE WARRIORS APPRENTICE' yg akan saya lancarkan menjelang tahun 2017 ini, saya membuka seluas-luasnya peluang perniagaan untuk generasi muda yg sangat berminat untuk menceburi bidang perniagaan untuk bersama-sama membina kerjaya bersama Shaklee di bawah naungan The Warriors Empire saya.

Saya mencari 30 orang pelajar IPT & fresh graduates yg berminat untuk membina empayar bisnes jangka panjang bersama produk Shaklee. Ini bukan 'skim cepat kaya' ataupun bisnes berbentuk 'head-hunting'. Pendapatan yg bakal diperolehi 100% berdasarkan jualan produk yg dibuat serta bonus kepimpinan berdasarkan rank anda. Bimbingan, modul marketing & alat bantu niaga asas disediakan. Coaching boleh dijalankan secara online & offline; mengikut kesesuaian anda.

Apakah Syarat-syarat Menyertai Projek Apprentice Ini?

■ Mempunyai impian hidup yg jelas.
■ Sabar.
■ Berjiwa kental.
■ Bersedia untuk mempelajari ilmu baru tentang nutrisi.
■ Rajin & bersungguh-sungguh.
■ Boleh berhubung melalui Whatsapp.
■ Sukakan bonus yg lumayan.

Apa Yg Akan Anda Perolehi dari Bisnes Ini?

Menjana income bulanan 3, 4, 5 malah 6 angka; mengikut seberapa banyak yg anda impikan. Harus diingatkan; pendapatan diperolehi berdasarkan jualan produk serta bonus kepimpinan (mengikut rank) hasil pembangunan empayar bisnes anda.
Car Bonus (dalam bentuk tunai) yg boleh anda gunakan untuk membeli/membayar kereta idaman anda setiap bulan. Semakin tinggi rank anda, semakin besar empayar bisnes anda, maka semakin tinggi jumlah bonus yg bakal diterima.
Percutian bertaraf 6 bintang yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee ke negara-negara maju seluruh dunia. Bagi yg beragama Islam, juga boleh mendapat tajaan pakej umrah bertaraf 6 bintang untuk anda & ahli keluarga. Juga peluang untuk menyertai Shaklee International Conference di USA setiap 2 tahun sekali.
Anugerah Star Achiever Awards atas kecemerlangan usaha anda di National Conference Shaklee setiap tahun.
Kebebasan masa & kewangan! Anda boleh menjana pendapatan di mana-mana sahaja walaupun sedang bercuti! Tidak mustahil, kerana bisnes anda boleh dijalankan secara online.
Masa yg lebih banyak & berkualiti bersama keluarga & orang tersayang - kerana tak perlu bekerja mengikut hari & masa yg tetap.

Jika anda berusia antara 18-45 tahun dan memenuhi syarat-syarat dinyatakan, hubungi saya melalui Whatsapp di: 014-984 0240 (Irda). Peserta yg berjaya akan saya masukkan ke dalam group Whatsapp khas untuk projek ini.

WOW! WANITA INI BERJAYA TURUN 10KG DALAM 10 MINGGU!

Menjadi gemuk bukanlah sesuatu yg menggembirakan bagi setiap wanita. Saiz badan wanita biasanya amat berkait rapat dengan tahap keyakinan diri seseorang itu. Kebiasannya, wanita yg mempunyai bentuk badan langsing akan tampil dengan lebih yakin di khalayak ramai. Malah, ramai sebenarnya wanita bersaiz montel, 'gebu' ataupun gemuk yg memilih untuk menjadi anti-sosial akibat rasa keyakinan diri yg amat rendah. Mereka malu untuk berkawan. Mereka takut diejek sama ada secara terang-terangan mahupun sekadar melalui pandangan mata yg menjengkelkan. Kebiasaannya wanita akan melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan ataupun 'nak kurus'. Tetapi kebanyakannya kecundang di tengah jalan akibat tak sabar menantikan keputusan yg dimahukan.

Namun, berbeza dengan wanita ini. Beliau nekad merubah cara pemakanan & gaya hidup demi untuk tidak kelihatan gemuk lagi.

Jom kita ikuti kisah penuh inspirasi oleh NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA ini tentang 'kehilangan' berat badannya dalam masa yg agak singkat ini!

[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu.

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

"GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE."

Anda juga 'dah penat gemuk'?
Dah puas mencuba pelbagai produk & cara tapi tidak berjaya? Jom Whatsapp "SAYA NAK KURUS" ke 014-984 0240 sekarang! Saya akan bantu anda menjadi seperti wanita hebat ini!

KENAPA BISNES ONLINE LEBIH BAIK BERBANDING BISNES KONVENSIONAL?

Siapa pernah baca tentang kejayaan si cantik manis Neelofa dengan bisnes Naelofar Hijabnya yg berjaya membuat keuntungan sehingga RM50juta pada tahun 2015? Berbekalkan 'hati yg terluka', beliau telah memulakan perniagaan Naelofar Hijab (NH) pada sekitar 2014 melalui kaedah online sahaja. Satu demi satu design dikeluarkan oleh NH sejak itu. Kebanyakannya menjadi kegilaan ramai; mungkin kerana jenama atau mungkin juga kerana design hijabnya yg mudah untuk disarungkan serta materialnya yg selesa; sesuai dengan harga yg berpatutan. Namun, tak kurang juga ada design yg gagal mendapat sambutan akui Lofa. Kutukan, sindiran & tohmahan juga tak kurang diterima oleh beliau. Tapi, itu semua tak pernah melunturkan semangat juang wanita yg terkenal dengan jolokan "beauty with brain" ni. Hebat sangatkah Neelofa? Atau dia sekadar bertuah kerana dia punya kecantikan, nama yg gah serta kemampuan dari segi modal untuk memulakan perniagaan?

Jawapannya TIDAK. Mungkin kecantikan & populariti itu sedikit sebanyak menjadi 'good luck' yg menyebelahi Lofa. Tapi, yakinlah bahawa usaha gigih, komitmen, kesungguhan & kecekalan wanita muda ini yg menjadi tunjang keberjayaannya. Dan, medium 'bisnes online' yg dipilih olehnya adalah satu langkah bijak yg telah diambilnya untuk memulakan platform perniagaannya.

Kenapa perlu pilih bisnes online berbanding bisnes konvensional? Ini pandangan saya:

MODAL PERMULAAN YG LEBIH RENDAH
====================================
Tak perlu cari lot kedai/booth untuk dibeli atau disewa. Nak sewa lot kedai bukannya murah. Tambahan pula, bila baru mula nak sewa, mesti pemilik lot akan meminta sejumlah deposit yg banyak; biasanya 1-3 bulan sewa ke hadapan. Ye lah, pemilik lot nak 'secure' bisnes sewaan dia juga kan? Nak beli lot sendiri? 1 lot rumah kedai sahaja pun di kawasan bandar dah mencecah harga jutaan ringgit. Mana nak cari modal nak bayar deposit kalau perniagaan kita belum bermula pun? Itu pun kalau lokasi biasa-biasa sahaja. Agak-agaknya kalau di pusat perniagaan terkenal macam di Bandar Baru Bangi, Setia Alam, Shah Alam atau Kota Damansara tu, berapalah agaknya minimum modal yg diperlukan ye? Itu belum kira kos pengubahsuaian hiasan dalaman kedai lagi.

Bisnes online mudah. Tak perlu nak cari lot perniagaan bagai. Malah, dari ruang tamu atau meja makan rumah sendiri pun kita boleh memulakan perniagaan. Yg penting, perlu ada smartphone atau laptop serta talian internet sahaja. Tak payah keluar modal ribuan ringgit.

TAK PERLU MODAL BULANAN YG TINGGI
====================================
Bila dah ada lot kedai, mestilah kena bayar installment/sewa bulanan kan? Mana ada bayaran bulanan yg cuma puluhan/ratusan ringgit zaman sekarang ni. Semuanya mencecah ribuan ringgit. Itu belum termasuk kos bil-bil berkaitan seperti bil elektrik, bil air, bil telefon, bil pembentungan & kos bayaran gaji pekerja. Tak lupa juga kos-kos kontigensi untuk masa-masa kecemasan. Contohnya aircond rosak ke, mentol lampu chandelier meletup ke, pintu kedai dipecah perompak ke dan sebagainya. Nak sewa lori angkut stok, khemah & pembesar suara untuk waktu jualan murah, pembelian mesin cashier & lain-lain lagi.

Bila buat bisnes online; khususnya dari rumah, modal bulanan yg perlu dikeluarkan tentunya amat minimum. Kos bil-bil adalah hanya untuk yg perlu (compulsory) untuk meneruskan kehidupan seharian di rumah sahaja. Sewa internet pun paling mahal cuma sekitar RM200+ sebulan. Dah laju sangat dah tu khidmat internet yg diperolehi.

TAK PERLU BERDEPAN DENGAN RISIKO CUACA
=====================================
Pernah tengok makcik jual nasi lemak di gerai pinggir jalan? Atau penjaja yg berniaga ni pasar malam? Saya pernah terbaca luahan seorang peniaga yg berniaga Kimbab di pasar mingguan. Pada suatu hari, hujan lebat & angin kuat melanda kawasan jualannya. Waktu itu, dia telah menyediakan 200 pack Kimbab untuk jualan. Baru sahaja jual 10 pack, hujan lebat mula turun. Dari petang sampai ke maghrib. Sudahnya, terpaksa tutup gerai sebab cuaca sangat tak mengizinkan. Ye lah, hujan & ribut, mana ada pelanggan nak pergi pasar pun kan? Dalam pada dia sedang kesedihan, datang seorang makcik dari gerai bersebelahan. Makcik tersebut mengatakan, hasil jualannya pada hari itu baru 2 ringgit sahaja! Dahh hujan lebat pula. Allahuakbar.. Runtun hati saya membacanya.

Bisnes online dari rumah tak perlu kisah panas, hujan & ribut. Selagi ada line internet, selagi itu promosi & sharing produk boleh dibuat. Selagi itu juga pelanggan boleh menghubungi kita untuk membuat urusan jual beli. Nak pos barang/order pun mudah sebab sekarang dah ada macam-macam syarikat perkhidmatan courier. Nak yg datang pickup di rumah pun boleh.

CAPAIAN PROSPEK YG MELUAS
============================
Bila kita buka kedai, kebarangkalian prospek pelanggan yg singgah hanyalah yg berada di sekitar kawasan tersebut sahaja. Jika bernasib baik & jenama kita dah terkenal, barulah ada pengunjung yg datang dari kawasan jauh sedikit. Itu pun, dalam 10 orang yg masuk kedai, belum tentu lebih dari 5 orang yg membeli. Silap-silap, seorang sahaja beli. Yg lain sekadar 'window shopping'. Lagi-lagi kalau kedai kita terletak di dalam mall macam PKNS Shah Alam tu kan?

Melalui online, pelbagai medium kita boleh gunakan untuk mencapai prospek pelanggan di seluruh negara; malah dunia. Kita boleh guna website, blog, Instagram, Facebook, Twitter, WeChat, Whatsapp & macam-macam lagi media sosial yg tumbuh bagai cendawan pada masa kini. Segalanya hanya di hujung jari. Orang kata, 'klik klik je dah untung'.

Persoalannya, KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SEKARANG?

Zaman sekarang orang berlumba-lumba menjana pendapatan. Sehinggakan ada yg berpendapat 'ijazah universiti tu sekadar buat cukup syarat ada kelulusan sahaja. Hakikatnya, dah tak laku dah di pasaran pekerjaan'. Begitu sekali persaingan dalam bidang pekerjaan sekarang. Itu yg punya kelulusan. Bagaimana yg kurang bernasib baik di zaman persekolahan? Adakah tiada langsung peluang untuk mereka memajukan diri? Belum kira lagi golongan para ibu bekerja yg tertekan dengan rutin harian yg mendesak. Keluar pergi kerja waktu matahari belum timbul, balik selepas matahari terbenam. Bila masanya nak bersama anak-anak? Bila pulak nak memasak, mengemas rumah & sebagainya? Perlukah hanya pihak suami yg terus tertekan menjana pendapatan untuk keluarga sekiranya si isteri mahu berhenti kerja & menjadi surirumah sepenuh masa?

Zaman ini nilai wang itu terlalu kecil. Tetapi tuntutan harian yg memerlukan wang itu semakin tinggi. Gaji bulanan sahaja TIDAK CUKUP untuk menampung keperluan perbelanjaan harian keluarga. Itu baru keluarga sendiri. Bagaimana dengan ibu bapa kita di kampung? Bagaimana dengan adik-adik kita yg masih perlu menyambung pelajaran? Bagaimana dengan kemahuan anak-anak untuk pergi bercuti & berseronok? Jika gaji bulanan pun tak mencukupi, bagaimana kita nak kumpul modal untuk memulakan bisnes konvensional? Nak buat pinjaman bank? Menambah beban bayaran bulanan lagi ada lah.

Maka, bisnes online adalah alternatif pilihan yg TERBAIK. Mulakanlah secara part time tanpa menjejaskan kerja hakiki. Bisnes online tiada had sempadan masa, lokasi & taraf pendidikan. Sesiapa sahaja boleh memulakan pada bila-bila masa. Apa yg penting adalah KEMAHUAN untuk memajukan diri, KOMITMEN yg tinggi, KECEKALAN HATI serta PERANCANGAN yg jelas tentang arah tuju & impian hidup yg mahu digapai.

Nak bisnes online TAK PERLU ADA PRODUK JENAMA SENDIRI macam Neelofa pun. Banyak produk lain yg boleh kita pasarkan secara dropship ataupun stokis. Tinggal kita nak pilih. Macam saya? Saya pilih Shaklee. Satu jenama produk supplemen kesihatan yg sudah 60 tahun berada di muka bumi ini. Malah, kesemua produknya disahkan selamat & berkesan oleh para saintis serta mempunyai jurnal saintifik sokongan. Dan bisnes Shaklee jugalah yg telah mengubah saya dari seorang ibu yg bekerja pejabat kepada seorang surirumah sepenuh masa yg menjalankan perniagaan online hanya dari rumah. Insya Allah, ada beberapa lagi perniagaan online yg masih dalam perancangan masa hadapan saya & suami. 😊

Irda
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

SERONOKNYA BUAT BISNES ONLINE DARI RUMAH DENGAN SHAKLEE

APA YG BEST SANGAT DAPAT BONUS SHAKLEE TU? Kalau korang dapat bonus yg setahun sekali tu best tak rasa? Of course best kan? Sedangkan dapat gaji pun best; inikan pulak dapat bonus SETIAP BULAN. Confirm la terlebih BEST kannn..

Ada orang cakap, kalau dah namanya dapat tiap bulan tu, sama la nama dia dengan gaji. Kira gaji la jugak tu kan? NOOOOO. Lainnnn... Tau kenapa lain? Sebab yg namanya GAJI tu, kerja malas ke, rajin sampai tak balik rumah ke, bayaran yg diterima sama je setiap bulan. Tapi BONUS ni lain. Makin rajin, makin banyak la kita dapat bayaran/ganjaran tu. Kalau malas, time orang dapat bonus, nganga mulut melopong je la tengok orang lain menuai hasilnya. Hehehe..

Shaklee TAK PERNAH gagal tau bayar bonus semua SID setiap bulan. Masuk je 14hb setiap bulan, 'mengaumlah' sang harimau berwarna kuning hitam itu. Hehehe.. Dan selaku surirumah a.k.a WAHM, hari itulah hari yg saya akan sengih sampai ke telinga. Hehehe.. Nak tau apa saya buat dengan duit bonus 4 angka saya tu?

1. First in mind nak belanja Incik Husband & anak-anak makan menu best yg diorg request. Saya ikutkan je apa yg diorang request. Kami memang suka makan. Hehehe.. Tak semestinya kat tempat/restoran mewah pun kalau nak special ni. Dim sum atau sate kat gerai tepi jalan pun boleh jadi special. Pada saya, yg penting adalah kegembiraan diorang. Kenapa belanja diorang 1st? Sebab husband & anak-anak saya ni lah tunjang utama kekuatan saya dalam bisnes ni. Dioranglah BIG WHY saya dalam setiap langkah yg diambil. Tanpa mereka, hampir 80% tujuan hidup saya hilang.

2. Main kutu. Hahaha.. Ye... Suka main kutu sebab dia macam simpan duit gak. Pastu boleh pilih bulan yg kita nak guna duit lebih tu. Contohnya nak bayar roadtax & insurans kereta ke, nak pegi holiday ke.. Tapi main kutu ni kena dengan geng yg betul & jujur. Nilai setiap kepala pun kena banyak. Baru syiok! Hehehe..

3. Salam kaut pada Mama saya. Ni biasanya buat bila balik kampung. Walaupun parents saya berkemampuan, dan kalau difikirkan apalah sangat nilai yg saya bagi tu, tapi yg penting tanggungjawab saya telah dilunaskan.

4. Beli stok vitamin sendiri & bisnes. Bila ada lebih banyak sket, beli yg mahal sket macam Collagen ke, Vivix ke, Nutriwhite ke. Ni termasuklah vitamin untuk husband & anak-anak. Ready stok untuk business tu tak banyak pun saya buat. Cukuplah sekadar vitamin-vitamin basic yg selalu laku keras macam ESP, Vita C Plus, Ostematrix, Alfalfa etc. Ni khususnya untuk customer yg selalu nak COD kat sekitar Skudai, Johor Bahru & Nusajaya ni.

5. Pergi jalan-jalan/short vacay. Banyak juga tempat dah pegi dengan duit bonus ni. Ki memang sukaaa part jalan-jalan ni. Melaka, Port Dickson, Desaru, Genting Highland, Mersing etc. Duit bonus saya biasanya saya guna untuk bayar duit hotel. Haaa.. bila bonus masyukk, apa la sangat nak bayar duit hotel sebilik RM200-RM300 tu kan...

6. Shopping! Yg ni jarang buat sebenarnya. Sebab sejak jadi WAHM ni saya kedekut duit sket. Almaklumlah dah tau susahnya nak cari duit! 😂😂. Tapi macam haritu, terpengaruh juga dengan tudung Warda! Berhelai-helai saya beli. Hahahaha..

Bonus saya takde bayar komitmen keluarga ke? Takde. Sebab Incik Husband dah kata, "duit u, duit u lah. Sukahati la nak buat apa." Tapi, selaku isteri yg nak membantu juga ekonomi keluarga, ada la juga tolong beli barang dapur sikit-sikif. Sapa tak sayang laki ooooiiii.. 😜

Nak buat bisnes sambil duduk rumah jaga anak macam saya? Meh Whatsapp:

IRDA
014-984 0240
Shaklee Business Leader & Mentor

KELEBIHAN BUAT BISNES ONLINE

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali sebenarnya bila orang yg ambil nombor saya kat blog ke, FB page ke Instagram ke, tanya saya "Kedai awak kat mana ye? Hari ni bukak tak?". Hehehe.. Tiap kali tu jugalah saya akan explain bahawa perniagaan saya ni TIADA KEDAI NYATA. Saya bisnes melalui online sahaja bagi kawasan selain daripada Johor Bahru, Skudai & Nusajaya. Kalau yg nak berurusan direct dengan saya, di 3 kawasan tu bolehlah. Sangat dialu-alukan. Memang saya buat delivery ke hadapan pintu rumah/pejabat anda. Dan saya juga selalu kena explain bahawa produk Shaklee ni memang TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA KAUNTER KEDAI ataupun farmasi. Ia menyalahi P&R kami. So, kalau anda terrrjumpa kat mana-mana toko jamu ke, farmasi ke, kedai sinseh ke atau booth kat Jusco/Giant ke, tu boleh report ke Shaklee tu tau. Boleh ditarik balik keahlian dia.

Yg saya ada selama 3 tahun berbisnes Shaklee ni hanyalah 'kedai-kedai maya' sahaja. Saya gunakan pelbagai media sosial di internet untuk mencapai prospek/pelanggan di seluruh pelusuk Malaysia khususnya & dunia amnya. Haaa.. lagi canggih dari kedai nyata kan? Hehehe..

KEDAI UTAMA - BLOG.
===================
Masa mula-mula saya nak buat bisnes Shaklee ni tahun 2013 dulu, upline cantik saya Khairani Bahaudin terus suruh saya buat blog. Kebetulan, sebelum buat bisnes pun saya memang ada blog personal. So, takde masalah pun untuk saya bina sebuah lagi blog khas untuk bisnes Shaklee ni. Masa tu, upline saya kata "buatlah blog Irda.. Sebab kat Malaysia ni kekurangan sumber rujukan online tentang kesihatan dalam Bahasa Malaysia. English berlambak. Tapi ramai orang kita malas nak baca bila dalam English." Ooopppssss.. memang betul pun kan kan kan? Hehehe.. so, saya binalah blog ni!

Alhamdulillah, sehingga kini kedai maya saya yg satu ini telah menjadi 'pokok duit ajaib' saya. Setiap hari beratus-ratus pelawat yg mengunjungi kedai saya. Dan setiap hari ada sahaja prospek baru yg menghubungi saya hasil mengambil nombor telefon saya di blog ini. Beberapa artikel blog saya pun dah tersenarai di 1st page Google Search untuk beberapa kata kunci carian. Alhamdulillah. 😍😍

KEDAI FACEBOOK - PAGE
=====================
Selain FB personal (Irda Bay) saya juga ada beberapa FB Page tau. Tujuan FB Page ni adalah untuk capaian prospek yg lebih luas lagi. Dan ada masanya saya run FB Ads untuk mencari prospek. Alhamdulillah setakat ni, ramai juga pelanggan saya yg PM melalui pages ni. Sekarang, saya dah ada 3 FB Page tau yg untuk tujuan bisnes & sharing! 😍😍
.
1. Page Pengedar Shaklee Johor Bahru 014-9840240 (khas untuk prospek sekitar Johor Bahru, Skudai & Nusajaya yg nakkan perkhidmatan COD)

2. Page Yourhealthshoppe (Page pertama bersama FB untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee)

3. Page Tips Kulit Cantik Setiap Hari (khas untuk perkongsian tips-tips kecantikan serta produk Shaklee yg bertujuan untuk penjagaan kecantikan)

KEDAI INSTAGRAM
================
Kedai yg ini saya buka khas untuk generasi & golongan yg suka terpengaruh untuk search & membeli berdasarkan gambar. Kalau siapa yg biasa 'window' atau online shopping di Instagram mesti faham maksud saya ni. Saya sendiri pun kalau nak belek-belek barang nak shopping, saya suka belek Instagram. Sebab saya suka tengok gambar. Di Instagram ni biasanya proses jual beli lebih simple. Share gambar - explain sikit je - bagi harga - bagi no contact. Kemudian prospek akan DM kita atau Whatsapp terus ke nombor kita. Haa.. ni kedai Instagram saya:

tokey.vitamin.johor

Dah ramai juga customers saya dari Instagram ni tau. Alhamdulillah.

Semua kedai saya dah sertakan link. So, jemput datang, like, follow, baca & shopping ye. Dah ada yg berkenan di hati? Whatsapp je saya di: 014-984 0240 tau.

SMARTPHONE SMARTPEOPLE vs SMARTPHONE STUPIDPEOPLE

Semalam Ihsan cakap dengan saya,
"Mummy, kan best kalau ada robot yg ada macam tangan kanan kiri tu. Nanti dia boleh berlatih badminton dengan saya. Pastu dia boleh tolong kutip bola. Pastu dia boleh tolong kemas rumah sekali. Tak payah saya susah-susah nak kena kemas."

Amboihhh.. Senang la hidup camtu. So, saya jawab,
"Kalau ada robot macam tu, manusia ni jadi makin gemuk & pemalas la. Macam cerita Wall-E tu."

Manusia ni macam tu la kan hakikatnya. Tak pernah puas dengan apa yg ada. Samalah dengan 'kegilaan' ke atas smartphone sekarang ni. Lagi-lagi untuk yg buat bisnes online yg 90% bergantung kepada smartphone macam saya ni. Rasa macam kecanggihan setiap apps yg ada dalam smartphone ni tak pernah cukup untuk memudahkan kerja-kerja bisnes saya. Kalau apps poster maker atau video editor tu, ada saje kekurangan satu-satu apps tu yg perlu ditampung oleh apps lain. Nak siapkan 1 poster yg diidamkan tu kadang-kadang sampai perlukan 3-4 apps! Kalau ada apps yg boleh translate terus jadi loster lepas kita 'conteng-conteng' sket guna smartpen atas skrin kan senang. Pastu dia terus generate design & colour blend apa bagai. Pastu terus post ke semua media sosial & senarai customer.

Itu belum masuk bab storage. Dulu memory 1Gb tak cukup. Beli smartphone yg 8Gb tak cukup. Pastu 16Gb punnn tak cukup. Now dah ada yg 32/64Gb punnn tak cukup juga! Nak kena juga ada SD card yg support. Bukan takde Evernote, iCloud ke Google Drive. Tapi leceh nak sort, nak retrieve bagai. Nak kena pandai susun folder elok-elok.

Belum cerita bab messaging. Bukan takde yg boleh hantar audio message; ada je. Tapi nak kena hold button bagai bila nak bercakap. Microphone internal tu kena bagus. Speaker yg pihak mendengar pun kena bagus. Dibuatnya skrin retak & jadi tak sensitif macam smartphone saya sebelum ni, dahhh tak boleh hold button untuk rekod suara. Kena laaaa gigih menaip jugak. Menaip ni sah-sah risiko typo. Ada autocorrect pun bukannya 100% dia tau apa exact word yg kita nak guna. Bukannya smartphone tau bahasa pasar kita. Pastu kalau urgent nak reply message sambil drive, leceh la nak taip-taip ni kan. Bahaya.

Pastu, bila customer/prospek mesej tanya harga barang & mintak explain kelebihan produk, lagi la leceh. Bila yg tanya 4-5 produk sekaligus yg bukan 'standard set' tu, dahhhh nak kena list kan nama & harga satu-satu, pastu calculate total harga, pastu nak explain fungsi setiap satu tu semua. Kan best kalau smartphone tu smart enough untuk tolong buat semua tu. Kita tinggal send je. Dah la harga produk pun nak kena hafal sendiri. Nak calculate tu nak kena bukak apps Calculator bagai. Nak check harga kat Gallery/Google Office bagai. Fuhh..

Tu belum cerita bab internet. Yg namanya wi-fi yg modemnya dok diam kat rumah ni pun baru awan mendung sikit dahhh hilang line. Yg data guna line telefon ni lagilahh. Provider ni pun tak adil. Ada line yg 'kuat' kat bandar, tapi kat kampung hauppp. Bila balik kampung, menggagau cari line. Cubalah kalau internet ni macam udara kita bernafas ni. Ada je kat mana-mana. Kan senang. Anak-anak pun tak mengamuk bila line tiba-tiba 'hilang' masa nak nonton Youtube. Bak kata Incik Husband saya, "ada smartphone canggih tapi takde internet buat apa?"

Tapi, itulah hakikat manusia. Tak pernah puas dengan apa yg ada. Betullah macam cerita Wall-E tu. Banyak kebenaran yg pagit di sebalik cerita tu. Sama juga macam cerita I, Robot. Manusia ni tamak. Tapi, marah pulak bila robot tu boleh evolve jadi lebih bijak.

Kecanggihan smartphone sekarang ni pun dah banyak menjadikan manusia semakin alpa. Tak ramai yg mampu betul-betul mengeksploitasi kecanggihan smartphone ni menjadi sesuatu yg bermanfaat untuk diri sendiri, keluarga & ummah. Contohnya, buat bisnes online ataupun bergerak aktif menyebarkan dakwah & kebaikan. Soalnya, benarkah smartphone wujud untuk menjadikan manusia lebih smart? Atau phone sahaja yg semakin SMART, manusia? Siapa yg jadi jadi hamba siapa sebenarnya? 😓

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...