Showing posts with label Tips Mengatasi Keletihan dan Mood. Show all posts
Showing posts with label Tips Mengatasi Keletihan dan Mood. Show all posts

8 MINIT 'SIMPLE YOGA' UNTUK TIDUR YG LENA & BERKUALITI SEPERTI BAYI

Bila kali terakhir anda tidur lena selena-lenanya seperti seorang bayi? Adakah kebiasaannya anda akan terus terlena sewaktu badan anda masih berada dalam keadaan kepenatan atau terlalu letih akibat aktiviti seharian? Tahukah anda bahawa TERTIDUR atau TERLENA akibat terlalu kepenatan TIDAK AKAN MEMBERIKAN ANDA REHAT YG BERKUALITI pada waktu malam. Malah, anda akan dapati keesokan paginya anda bangun dengan saki-baki keletihan & stress pada hari sebelumnya di seluruh tubuh anda. Jom, saya kongsi 5 gerakan yoga yg amat mudah ataupun 'simple yoga' untuk membantu anda mendapatkan tidur yg lena & berkualiti. Dan ia hanya mengambil masa 8 minit sahaja sebelum anda melelapkan mata! (^_^)


LANGKAH 1 (Minit 0.00 - 2.00)
========================
relaxing yoga

Cara melakukannya:

  • Dekatkan punggung anda ke dinding sehingga jarak sekitar 5 inci.
  • Tegak & luruskan kaki anda ke atas dalam keadaan rapat ke dinding.
  • Rasakan regangan pada sekitar pangkal peha, peha & betis.
  • Jika kurang rasa atau kaki kurang selesa, rapatkan lagi punggung anda ke dinding.


LANGKAH 2 (Minit 2.00 hingga 3.00)
=============================
relaxing yoga

Cara melakukannya:

  • Duduk bersila dalam keadaan selesa.
  • Letakkan tapak tanga kanan pada lutut kiri dan tangan kiri di belakang tulang pinggul anda.
  • Perlahan-lahan pusingkan badan anda ke kiri. Begitu juga dengan kepala & arah pandangan anda.
  • Kekal di posisi ini untuk 20-30 saat dan bernafaslah dengan relaks.
  • Perlahan-lahan ulang gerakan yg sama ke arah kanan pula.


LANGKAH 3 (Minit 3.00 hingga 5.00)
=============================
pengedar shaklee jb

Cara melakukannya:

  • Baring secara terlentang & relaks.
  • Bengkokkan kedua-dua lutut serta kepakkan kaki anda ke kanan & ke kiri sehingga kedua-dua tapak kaki anda bertemu rapat.
  • Letakkan lengan anda secara mendepa di sisi kanan & kiri.
  • Bernafas dengan relaks & rasakan regangan di pangkal peha serta peha anda.
  • Jika bukaan kaki menyebabkan anda berasa sakit, letakkan bantal di bawah kedua-dua peha untuk menampung.


LANGKAH 4 (Minit 5.00 hingga 7.00)
=============================
yourhealthshoppe

Cara melakukannya:

  • Bengkokkan kaki anda dan duduk di atas tapak kaki anda (seperti posisi duduk antara 2 sujud).
  • Perlahan-lahan tundukkan badan & kepala anda ke depan sehingga dada anda mencecah lutut serta dahi anda menyentuh tilam.
  • Luruskan tangan anda ke hadapan & letakkan di atas tilam secara relaks.
  • Bernafas dengan perlahan & relaks dalam posisi ini.


LANGKAH 5 (Minit 7.00 hingga 8.00)
=============================
shaklee utm skudai

Cara melakukannya:

  • Baring secara terlentang.
  • Angkat kaki, bengkokkan lutut & peluk kaki anda sehingga rapat ke perut. Silangkan kedua-dua tapak kaki di pergelangannya.
  • Cuba angkat badan & kepala anda seolah-olah anda ingin bangun dari perbaringan ke posisi duduk. Gunakan tangan anda untuk menarik berat badan anda merapat ke kaki.
  • Sewaktu badan ditarik & kepala menghampiri lutut, tarik nafas. Apabila anda kembali ke posisi berbaring, lepaskan nafas.
  • Ulang beberapa kali secara perlahan dalam tempoh 1-2 minit.


Mudah kan? Tak perlu hadir ke mana-mana kelas yoga pun. Dan tak perlu upah mana-mana trainer yoga pun anda boleh melakukan simple yoga ni kan? Boleh diamalkan seberapa kerap yg anda mahu demi mendapatkan tidur yg lena & berkualiti di waktu malam.

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT TIDUR LENA! <3 b="">


Irda - 909714
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.

MULTIVITAMIN UNTUK ELAKKAN KELETIHAN & SERANGAN JANTUNG

Tahukah anda? Kajian menunjukkan bahawa mereka yg mengambil 1 biji Vitalea Shaklee setiap pagi selama setahun boleh mengurangkan sebanyak 65% risiko daripada mendapat serangan jantung. Ini kerana Vitalea Shaklee merupakan multivitamin yg membekalkan vitamin & mineral yg secukupnya untuk badan kita agar sentiasa berada pada tahap kesihatan & kecergasan yg optimum setiap hari.

vitamin untuk letih



"A multivitamin a day keeps the doctor away".

But make sure it comes from natural sources, okay. Macam Vitalea Shaklee! (^_^)

*Nota:

  • Vitalea Shaklee merupakan multi-vitamin dan mineral pertama dicipta di dunia.
  • Pada asalnya ia dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada sebutan "Vita-min". Jadi, perkataan "vitamin" yg digunakan pada hari ini adalah berasal daripada Shaklee tau..
  • Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yg diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sepertimana yg disarankan oleh RDA USA.
  • Vitalea amat membantu mereka yg mempunyai masalah anemia ataupun kekurangan sel darah merah. Ini kerana ia mengandungi iron yg membantumembentuk haemoglobin & mengelakkan keletihan.
  • Vitalea mengandungi medigo sativa; justeru ia tidak sesuai diambil oleh penghidap SLE & Thalassemia.

multivitamin shaklee


So, sesiapa yg selalu rasa mudah penat atau terlalu letih & lesu selepas seharian bekerja tu, ambillah 1 biji Vitalea setiap pagi.

Hubungi saya untuk memesan Vitalea anda!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

Tips Mengatasi Keletihan dan Kelesuan.


     Terima kasih kerana menyokong blog ini dan saya banyak menerima email dan pm di Facebook bertanyakan supplemen yang sesuai untuk kehidupan di era millenium yang serba pantas dan mencabar ini. Saya ingin kongsikan satu isu kesihatan yang paling biasa tapi tak boleh di ambil remeh.

Email yang saya terima berbunyi begini:

Soalan:  Saya seorang lelaki yang berusia lewat 30-an. Saya ingin bertanya  mengapa saya selalu berasa letih dan lesu, sering merasa keletihan melampau dan tak bermaya.Apakah puncanya sedangkan saya makan  seperti biasa dan aktiviti yang saya lalui adalah rutin sehari-hari. Boleh saya tahu supplemen Shaklee yang mana  boleh saya ambil supaya saya dapat perbaiki keadaan ini.
Ini adalah gambar hiasan, bukan gambar pengirim email. 

Jawapan: 

       Encik yang di hormati, " Fatigue" atau rasa penat yang selalu di alami oleh sebahagian daripada kita telah di anggap sebagai salah satu fenomena yang biasa. Keadaan letih lesu yang sudah mencapai tahap kronik selalunya diikuti dengan sakit kepala,sakit tulang belakang,makanan yang kurang hadam,dan selsema. Ia juga faktor penyebab yang membuat kita cepat marah dan sensitif.

Penyebab badan lemah dan lesu:

  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan
Anemia atau kekurangan sel darah merah dalam darah merupakan satu sebab kenapa kita cepat letih. Anemia berpunca daripada keadaan di mana darah kekurangan  sel darah merah yang sihat yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.Setiap kelompok usia memiliki nilai normal hemoglobin dalam tubuh. Menurut WHO, anak usia kurang dari enam tahun lelaki 13g/dL.


Punca Anemia
1. Kekurangan Zat Besi
2. Kekurangan Vitamin B12
3. Kekurangan Zat Mineral yang lain seperti asid folik,Vitamin B6 dan lain-lain
4. Ketidakseimbangan Hormon
5  Sakit Kronik
6. Kehilangan darah

      No 1 hingga 3 merupakan punca yang paling lazim dan sebab paling UTAMA yang menjadi penyumbang pada keadaan letih lesu ini.


Adakah Vitamin Shaklee dapat memperbaiki keadaan keletihan  ini?

Jika mengalami masalah ini, saya mencadangkan supplemen Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP .

Vita-Lea Iron Formula

Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas. 
Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. 
Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren

B Complex

Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. 
Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12. 
Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.


ESP


  • ESP atau nama penuhnya ialah Energizing Soy Protien adalah protien yang dibuat dari soya yang berkualiti. Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.

  • APA yg BEST tentang ESP ? Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

  • Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

  • Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .Senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP (reason : baca point nombor satu tu semula)



  • Tips Untuk Mengatasi Keletihan dan Mood Swings.

    Meeting di pejabat, mengharungi kesesakan lalulintas,Stress kerja, bebanan emosi, macam-macam masalah yang di alami seharian kadang- kadang membuat kita tiada mood untuk mengharungi hidup. Huh, ( macam berat sangat je penyataan tu) :) okay, senang cerita hidup kita tak lari dari masalah dan kadangkala situasi membuatkan kita jadi kurang bersemangat dan tak ceria. Ia buat kita LETIH dan TAK BERMAYA. Balik rumah tengok rumah bersepah, anak-anak menjerit-jerit, kain baju bertimbun dalam bakul belum berlipat. Nak masak dinner lagi. Buat ibu bekerja keadaan sungguh tertekan sekali. Buat ibu- ibu yang tak bekerja, kerja rumah memang tak pernah habis.Kaum lelaki apa kurangnya, sakit pinggang, sakit lutut..Aduh, umur makin meningkat sakit mula hinggap sana sini. Alangkah bagusnya kalau ada pembantu. Mungkin tak mampu nak hire maid sampai RM 600 sebulan. Tapi berkirakah kita untuk berbelanja kurang dari RM100 demi kesihatan diri sendiri dan pasangan?

    1. Pastikan badan cukup Vitamin B6 dan Asid Folik untuk diri sentiasa bersemangat dan Cergas!

    Jika anda kekurangan Vitamin B6, anda mungkin sentiasa dalam keadaan yang berangin dan marah-marah.Kekurangan Vitamin B6 menjemput gejala "fatigue & Malaise" Rasa lemah fizikal dan mental dan sentiasa rasa tak sihat dan tak bermaya. 50% wanita kekurangan vitamin b6 dan 15% daripada kita hanya mengambil 25% daripada keperluan B6 mereka. Sumber vitamin B6, Tuna Sirip kuning, Flaxseed, Salmon, Cendawan Crimini Kering. Yang paling senang jumpa ikan Salmon. Saya sukakan Salmon tapi Salmon kalau saya beli di pasar mahalnya mak aihh. Sepotong RM 10. Kalau makan satu family at least dua slice or more. Sekali hidangan dah RM 30, just to get 1.5 mg of Vitamin B6 sekali makan. Jadi saya beli vitamin B Complex Shaklee Rm 53.75, ada 120 Tabs dan ada 13.5 mg of vitamin B6. Boleh supply my B6 untuk 4 bulan.Bonus kulit cantik, mood ceria ;)

    Folic Asid ada terdapat dalam kacang dhal, semangkuk kacang dhal cukup untuk bekalkan 358 mcg ( microgram). Orang dewasa perlukan 400mcg dan wanita mengandung perlukan 600mcg sehari untuk mengelakkan risiko keguguran dan risiko kecacatan bayi. Jika makan semangkuk kacang Dhal tidak mencukupi, boleh cukupkan supply folik asid dengan memakan Vitamin B Complex Shaklee, ada 200mcg Folic Acid.

    2. Jangan Lupakan saya: Zinc Complex.

    Pengkaji Itali membuat kajian, mereka yang mengalami depressi dan keletihan melampau kekurangan nutrien Zinc dalam darah mereka. Dengan mengambil sarapan pagi bijirin cereal dan memakan kacang gajus akan menyumbang sebanyak 25% keperluan Zinc harian dan selebihnya boleh di cukupkan dengan mengambil Zinc Complex Shaklee terdapat 15 mg untuk setiap tablet.Di samping mood yang stabil, ia juga menguat sistem imun,sukar mendapat selsema dan rambut yang cantik.


    3. Omega 3 untuk Mood yang baik.
    Researcher menemui omega 3 membaiki mood dengan mempengaruhi sel otak yang menjana neurotransmitter "perasaan gembira" dan mengurangkan inflamasi yang merosakkan sel otak. Omega 3 yang terbaik di dunia ada dalam OmegaGuard Shaklee, mengandungi 7 rangkaian asid lemak semulajadi. Sangat baik untuk mood, fungsi otak dan jantung.

    *info sourse: Readers Digest health.

    Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
    SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
    Email: irda2104@yahoo.com
    Call/SMS/Whatsapp: 014-784 0240

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...