SET VITAMIN SHAKLEE UNTUK MASALAH SEMBELIT, SUSAH BUANG AIR & MELANCARKAN PENGHADAMAN

Masalah sembelit boleh menjadi suatu masalah yg serius. Ia bukan sahaja melibatkan ketidaksihatan dalaman iaitu usus kita, tetapi juga ia boleh mendatangkan masalah rentetan yg lain seperti sakit perut, gastrik, perut buncit, kanser usus, lemah sistem imun, najis mengeras, luka di sekitar tempat keluar najis (rektum) dan akhirnya mungkin mengakibatkan jangkitan kuman yg teruk di kemaluan akibat luka yg berpanjangan. Set supplemen Shaklee sentiasa ada yg bersesuaian untuk membantu anda!

vitamin untuk sembelit

Jangan ‘siksa’ usus & organ anda. Set supplemen Shaklee untuk Sembelit bukan sekadar membantu melawaskan penghadaman dan memudahkan pembuangan najis, malah set ini boleh membantu anda mengempiskan perut dan menurunkan berat badan tau! Haaaaa... best kan?

So, apa yg ada dalam Set Supplemen untuk sembelit ni? Bagaimana ia berfungsi?

vitamin shaklee untuk angin


1. PEPPERMINT GINGER PLUS
(Harga Retail: RM45 – 90 biji)
Fungsi: Membantu penghadaman, mencuci usus & perut, melegakan pedih ulu hati & gastrik serta membantu mengurangkan angin di dalam perut & badan.

set vitamin shaklee untuk sembelit


2. HERB-LAX
(Harga Retail: RM52.50 – 120 biji)
Fungsi: Melawaskan penghadaman, membantu melancarkan pergerakan di dalam usus, memudahkan membuang najis, mengempiskan perut buncit & mengurangkan berat badan.

set vitamin untuk sembelit


3. ALFALFA COMPLEX
(Harga Retail (Small): RM53.75 – 330 biji / (Large): RM97.50 – 700 biji)
Fungsi : Memudahkan membuang najis, membantu usus & perut berasa selesa, melawaskan penghadaman, membuang toksin di dalam badan, mengekalkan tekanan darah & bacaan gula dalam darah yg normal serta menurunkan berat badan.

vitamin shaklee untuk sembelit


4. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
(Harga Retail: RM150 – 950gram)
Fungsi: Shake berasaskan non-GMO soya yg tinggi protein untuk membantu penghadaman, melembutkan najis, memberikan tenaga, melegakan sembelit & gastrik, melapik perut agar tidak pedih serta menurunkan berat badan.


Jika anda mempunyai masalah sembelit atau sukar membuang najis, hubungi saya untuk mendapatkan Set Sembelit & Kesihatan Penghadaman ini:


Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ berfungsi untuk mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air sebagai kencing.

vitamin shaklee untuk sakit buah pinggang


=> Minuman; terutamanya air kosong yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

=> Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti Twisties, Chikadees, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

=> Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

=> Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

=> Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Jika anda ingin mendapatkan supplemen semulajadi yg boleh membantu mengurangkan kesan penyakit buah pinggang ataupun penyakit batu karang, sila hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

DETOKS – BAGAIMANA NAK BUANG TOKSIN DALAM BADAN?

Detoks adalah nama glamer bagi “detoxification” ataupun detoksifikasi. Ia bermaksud proses untuk menyahkan/membuang toksin di dalam badan kita.


kebaikan detox


DARI MANA DATANGNYA TOKSIN DALAM BADAN KITA?

Ia berpunca dari pelbagai sumber. Toksin boleh terkumpul disebabkan dari udara. Contohnya jika kita sering menghidu asap rokok, pewangi udara, asap, cat, gam dan sebagainya.

Toksin boleh berpunca dari pengambilan makanan dan ubat-ubatan sintetik atau vaksin. Makanan ringan ataupun ‘junk food’ yg kaya dengan perisa tambahan serta makanan berproses seperti burger, sosej, nugget dan sebagainya adalah antara peyumbang utama pengumpulan toksin dalam badan. Minuman berkafein seperti kopi, teh atau kola juga boleh menyumbangkan toksin.

supplemen berhenti merokok

Gaya hidup tidak sihat seperti merokok serta stress juga boleh menyebabkan badan kita lebih mudah menyerap dan mengumpulkan toksin di dalam badan.


KENAPA PERLU BUANG TOKSIN DALAM BADAN?

Toksin adalah bendasing yg perlu dinyahkan atau dibuang. Ia boleh mengganggu sistem badan serta kesihatan kita secara keseluruhannya. Toksin yg banyak di dalam badan boleh menyebabkan masalah-masalah seperti berikut:

· Masalah penghadaman
· Sembelit
· Sakit kepala
· Jerawat di muka & seluruh badan
· Berat badan berlebihan
· Masalah kulit
· Sistem imun badan yg lemah
· Insomnia (sukar untuk tidur)
· Haid tidak teratur
· Penuaan sebelum masanya
· Badan tidak mampu menyerap nutrisi dengan baik


BAGAIMANA NAK BUANG TOKSIN DARI DALAM BADAN?

Ada beberapa cara semulajadi untuk membuang toksin dalam badan iaitu:

· Berpuasa – puasa membantu kita merehatkan sistem badan secara keseluruhannya.
· Mengambil makanan tinggi serat (fiber) – ia membantu untuk membuang toksin di dalam usus serta sistem penghadaman kita. Contoh makanan tinggi serat adalah seperti sayur-sayuran, berries, jus lemon/limau, gandum & oat.
· Mengawal pemakanan – ambil lebih banyak makanan yg menyihatkan dan berasaskan bahan semujadi. Elakkan makanan berproses seperti sosej, burger, nugget dan sebagainya. Kurangkan juga pengambilan minuman yg tinggi kafein seperti kopi, teh dan kola.
· Mengambil air masak/kosong yg cukup – minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari ataupun lebih.

vitamin shaklee untuk toksin

Namun, cara semulajadi akan mengambil sedikit masa untuk kesannya dapat dilihat dengan jelas. Tambahan pula, apabila jumlah toksin di dalam badan anda telah menyebabkan anda mengalami kesan yg amat mengganggu kehidupan anda seperti masalah jerawat yg teruk, berat badan berlebihan, sering diserang demam, batuk atau selsema, sakit kepala ataupun stress yg teruk.


Jom detoks dengan Shaklee!


Set Detoks Shaklee dapat membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan dari dalam badan kita; sekaligus menjadikan kita lebih sihat. Set Detoks Shaklee mengandungi:

buang toksin untuk kurus

1. ALFALFA COMPLEX

Alfalfa membantu membuang toksin di dalam usus serta seluruh badan. Selain itu, ia juga boleh membantu melancarkan penghadaman, melawaskan pembuangan najis serta menurunkan berat badan. Alfalfa juga boleh membantu mengekalkan tekanan darah normal serta membantu pesakit kencing manis.

2. DTX COMPLEX

DTX Complex amat membantu dalam menyahkan toksin d dalam hati. Ia sangat bagus untuk para perokok & mereka yg gemar mengambil minuman beralkohol. DTX Complex membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detoks hati, melindungi hati dari toksin kembali serta merawat masalah hati.

3. GARLIC COMPLEX

Bawang putih adalah sejenis tumbuhan yg kaya dengan antibiotik semulajadi yg boleh membantu meningkatkan sistem imun badan. Ia penting bagi memastikan kita tidak mudah diserang penyakit seperti sakit kepala, demam, batuk dan selsema.


Nota:
Jika anda mengambil beberapa supplemen untuk tujuan lain seperti mencantikkan kulit atau menurunkan berat badan namun ia tidak menampakkan hasil yg jelas selepas beberapa ketika, ia mungkin salah satu petanda bahawa anda perlu melakukan proses detoks terlebih dahulu. Toksin yg banyak di dalam anda sebenarnya menghalang badan anda daripada menyerap vitamin & mineral daripada supplemen yg anda ambil secara optimum.


Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, dan ingin mengambil Set Detoks Shaklee, hubungi saya SEGERA!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

PENGEDAR SHAKLEE DI JOHOR BAHRU, SKUDAI & NUSAJAYA YANG KOMITED

Saya adalah Pengedar Shaklee di Johor Bahru, Skudai, Nusajaya serta kawasan sekitarannya. (ID 909714). Saya beroperasi sepenuhnya secara online & offline.

vitamin shaklee johor

produk shaklee


Penghantaran (COD) dibuat sekitar Skudai, Johor Bahru & Nusajaya. Juga untuk penduduk Singapura yg boleh bertemu di Johor Bahru. Penghantaran ke seluruh kawasan lain di  Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak melalui Pos Laju.

Saya adalah pengedar Shaklee yg sangat komited. Saya menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa HANYA DARI RUMAH. Dapatkan pelbagai Set Supplemen ready stock dari saya:

★ Set Kulit Cantik
★ Set Jerawat & Parut
★ Set Ibu Menyusu
★ Set Slimming
★ Set Darah Tinggi
★ Set Kolesterol
★ Set Diabetes/Kencing Manis
★ Set Ibu Hamil
★ Set Berpantang (Normal/Cesear)
★ Set Resdung & Alergik
★ Set Anak Bijak
★ Set Anak Asthma
★ Set Menaikkan Berat Badan
★ Set Gout
★ Set Stroke
★ Set Anti Kanser

Konsultasi, panduan pengambilan serta follow up akan diberikan secara percuma kepada setiap pelanggan.


Malah, jika anda berminat untuk menyertai bisnes Shaklee di bawah rangkaian saya, bimbingan & panduan akan diberikan sehingga anda berjaya!

Hubungi saya SEKARANG! Pengedar Shaklee anda di Johor Bahru, Skudai & Nusajaya.

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

TIPS ANAK TERLALU KURUS: NAIKKAN BERAT BADAN DENGAN MEALSHAKES SHAKLEE!

Anak saya yg umur 5 tahun sekarang memang tengah umur yg sangat aktif. Tambahan pulak lelaki. Pukul 11 malam pun boleh ajak Daddy dia main bola sepak dalam rumah.. phewwww... Macam-macam usaha kami buat supaya dia tak terlalu kurus & kami memang betul-betul nak naikkan berat badan anak kami sorang nih..


vitamin anak kurus

Bila pagi hantar ke taska sebelum ke tadika, bila nampak je kelibat kawan-kawan dia, terus meluru berlari dan bermain. Sebelum balik di taska, segala tanah & rumput dikoreknya. Macam-macam 'eksperimen' dibuatnya.

Sangat aktif sampaikan waktu makan pun biasanya sibuk nak bermain. Kita sebagai ibu bapa tak boleh halang anak-anak dari bermain. Sebab dari bermain ni lah mereka belajar macam-macam skill.

naikkan berat badan anak

Cuma, bila asyik bermain dan tak mahu makan, badan pun jadi makin kurus. Anak saya masa 4 tahun setengah beratnya 17kg. Bulan lepas beratnya turun sampai 15.5kg. Saya tak puas hati.

Bulan ni dia genap 5 tahun. Awal bulan haritu bila saya dapat tau bulan ni promosi Mealshakes Shaklee, saya nekad nak bagi dia minum setiap hari. Saya pulak nak buat eksperimen. Betul ke Mealshakes Shaklee ni boleh tambah selera makan & naikkan berat kanak-kanak?

Alhamdulillah.. dah masuk 3 minggu saya bagi Mealshakes + Milo suam padanya setiap pagi sebelum ke taska & tadika. Cuma 1 sudu je Mealshakes Shaklee setiap pagi. Seleranya memang berubah! Balik sekolah saya MESTI kena belikan air Milo sekotak & roti krim atau apa-apa roti/bun. Pukul 8 malam saya beri dia makan nasi atau pasta. Pukul 10 malam dia akan minta biskut cicah dgn air Milo 1 mug. Alhamdulillahhhh.. Seronok sangat rasanya! Dan yg paling best, beratnya dah naik jadi 16.6kg!! Weeee!!

vitamin untuk kanak-kanak

So, wahai ibu-ibu sekalian.. Kalau anak-anak anda terlalu kurus atau sering leka bermain sehingga mengabaikan waktu makan, saya sangat sarankan untuk mencuba Mealshakes Shaklee ni. Sangat-sangat disarankan. It works wonders tu our kids. Seriously. Apatah lagi time promo ni kan.. (^_^)

P/s: anak saya buang air besar lawas je tau setiap malam. Takde 'keras' pun.. hehe..

Jom Mealshakes!


Harga Retail Setiap Canister: RM113.75

PROMOSI SEPTEMBER 2014: BELI 3 PERCUMA 1!
*Dapatkan diskaun 20% dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee!

Psssttt: Set promo ni lebih berbaloi-baloi daripada promosi beli 6 percuma 1 sebelum ni tau!! Rugi tak grab 1 set terus untuk anak anda ni!


Hubungi saya SEKARANG!


Irda


014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

BILA SAYA LEWAT DAPAT ZURIAT : CAKAP SENANG LAAA..

Sejak saya buat bisnes Shaklee setahun setengah yg lalu, alhamdulillah saya dah berjaya bantu banyak pasangan berjaya mendapatkan anak dengan Set Kesuburan Shaklee. Ada yg ambil untuk isteri sahaja, ada yg ambil untuk suami sahaja dan tak kurang juga yg ambil Set Kesuburan lengkap untuk suami isteri.


Saya bantu setiap customer saya dengan sepenuh hati. Bukan sebab saya pernah berjaya hamil dengan Set Kesuburan ni. Tapi sebab saya sendiri pernah lewat mendapat zuriat. 5 TAHUN lamanya saya menunggu untuk mendapat zuriat saya yg sulung; Muhammad Ihsan. Waktu itu saya belum kenal Shaklee. Shaklee pun belum terkenal kat Malaysia pada waktu itu. Jadi, bila ada prospek yg bertanyakan tentang Set Kesuburan atau Set Ingin Hamil Shaklee, saya AMAT FAHAM perasaan mereka. Saya boleh agak apa yg ada di dalam hati mereka. Dan dengan seikhlas hati saya akan berusaha untuk membantu mereka dengan kebaikan Shaklee agar mereka juga dapat merasai kegembiraan menimang cahaya mata.

Saya berkahwin di usia agak muda; 23 tahun. Usai pengajian Sarjana Muda, saya terus bertunang. 6 bulan kemudian saya berkahwin dengan boifren (sekarang suami la) saya yg merupakan rakan sekelas saya di universiti. Cinta kampus la ni.. hehehe.. Pada waktu itu suami saya sudah mula bekerja di satu syarikat konsultan (masih di syarikat yg sama hingga kini). Manakala saya pula menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Kami memang sengaja merancang untuk melewatkan kehamilan selama setahun. Kononnya sebab masih muda & saya masih belum ada pendapatan.

Selepas setahun,kami mula berusaha seperti pasangan lain untuk mendapatkan zuriat. Macam-macam yg kami lakukan. Mana tanah tinggi Malaysia yg kami tak jejak? Semuanya sebab ikutkan tips orang.. Hotel berbintang-bintang dah macam-macam kami pergi. ‘Ambil berkat’ tempat sejuk orang kata.. Tapi selepas 2 tahun mencuba; dengan usaha berurut dan pengambilan makanan-makanan yg dikatakan boleh ‘menghamilkan’ seperti habbatussauda, buah delima dan sebagainya; usaha maki masih belum membuahkan hasil. Sedangkan, kitaran haid saya adalah tetap & normal sejak saya berusia 12 tahun. APA YG TAK KENA??

Lantas, pada tahun ke-3 perkahwinan kami, saya dan suami mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar obstetrik & gynaecology. Jawapan yg tepat diperlukan. Apa punca kami masih tak memperolehi zuriat? Berat sungguh langkah waktu tu. Debarannya tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. Risau, takut, berdebar semua bercampur menjadi satu. Sehingga saya sanggup berjanji dengan suami:

“Abang.. Kalau memang disahkan I tak boleh mengandung dan tak ada peluang langsung untuk mengandung & melahirkan zuriat You, dan U pula disahkan boleh menjadikan wanita mengandung, I izinkan U berkahwin lain.”

Jangan anggap saya bergurau. Dan jangan anggap IA MUDAH bagi saya melafazkannya. Perempuan mana yg sanggup berkongsi kasih suami yg dicintainya? Tapi apa hak saya untuk menafikan hak suami saya untuk mempunyai zuriat? Lelaki mana yg tak mahu zuriat?

Saya dan suami menjalankan pemeriksaan kesihatan. Dan hanya dengan satu ujian sahaja, suami saya disahkan normal & mampu menjadikan wanita hamil! Saya pula? Perlu melalui beberapa proses pemeriksaan lagi untuk membuktikan saya boleh hamil! Allahuakbar..


Ovari & rahim saya diperiksa. Doktor mengesahkan saya menghidap PCOS (Polisystic Ovarian Syndrom); di mana pintu ovari saya sempit dan itu menyebabkan ovum saya tidak keluar dalam bentuk yg sempurna setiap bulan. Haid yg datang setiap bulan hanyalah terdiri daripada serpihan ovum yg tidak sempurna yg tidak boleh disenyawakan oleh sperma. Secara teorinya saya boleh hamil, tetapi ovari yg sumbat perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu. Dan ovum yg keluar selepas itu nanti perlu distimulasikan agar ia berbentuk sempurna untuk disenyawakan.

Tapi ada 1 lagi ujian yg perlu saya jalani. Ujian untuk menentukan sama ada tiub falopio saya tersumbat ataupun tidak. Jika tersumbat, maka sperma sememangnya tidak boleh bertemu ovum dan yg pastinya, SAYA TIDAK AKAN BOLEH HAMIL! Siapa yg tahu bagaimana ujian ni perlu dijalankan, pasti tahu betapa malunya yg perlu ditanggung; apatah lagi jika doktor yg memeriksa itu adalah lelaki! Sebab pemeriksaan yg satu ini dilakukan oleh pakar x-ray. Dan agak sukar untuk kita memilih pakar x-ray lelaki atau perempuan. Jika ada pun, memerlukan masa lain untuk menempah temujanji.

Alhamdulillah.. tiub falopio saya tidak tersumbat. Dan saya disahkan BOLEH HAMIL oleh pakar O&G saya. Satu kegembiraan yg memang tak tergambar! Dan yg paling penting, suami saya tak perlu berkahwin lain!! Hehehehehe..

Saya seterusnya menjalani rawatan untuk membersihkan ovari. Serpihan ovum yg tersumbat di sekitar pintu ovari perlu dibersihkan. Dan pada bulan itu kami tidak dibenarkan mencuba untuk hamil kerana bimbang risiko sperma suami mungkin akan mensenyawakan beberapa ovum serentak. Jika iai berlaku, tiub faloppio boleh pecah dan saya tidak akan boleh hamil lagi.

Bulan seterusnya, pada hari ke-10 kitaran haid, ovum saya diperiksa. Ia bagi memastikan ovum saya bersifat sempurna untuk disenyawakan. Bulan depannya, tanggal 3/8/2008 saya sepatutnya datang haid. Tetapi saya telah lewat. Dan dek kerana ketidaksabaran yg menggunung, setelah hanya 5 hari lewat datang haid, pada 8/8/2008 saya telah membuat UPT sendiri di rumah. Dan keputusannya adalah POSITIF!! Alhamdulillah... kegembiraannya hanya Allah yg Maha Mengetahui. Suami saya pun tercengang-cengang bila saya menunjukkan keputusan UPT tu sebelum kami menunaikan solat Subuh pagi itu. Hehehehe..


Dan akhirnya, pada bulan ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5; iaitu Mei 2009, kami dikurniakan zuriat sulung lelaki kami yg amat dinantikan terutamanya oleh suami saya yg terlalu inginkan seorang anak lelaki. Kami namakannya MUHAMMAD IHSAN. Nama yg simple. Tidak moden. Tetapi cukup memberikan 1001 kegembiraan & kebaikan kepada kami; seiring maksudnya: IHSAN – KEBAIKAN & KESUNGGUHAN SEOLAH-OLAH MELIHAT ALLAH DI DEPAN MATA.

Semoga Ihsan menjadi insan & khalifah dari keturunan menunaikan solat, soleh, bijaksana serta berjaya di dunia & akhirat. Mummy & Daddy sayang Ihsan hingga ke syurga. Amiiin... <3 br="">

Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.


Irda
Shaklee Independent Distributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

MENGAPA SAYA LEWAT DAPAT ANAK? ADAKAH SAYA MANDUL?

Kemandulan adalah suatu perkara yg agak sukar untuk dibicarakan dalam kalangan umum. Sesetengah orang beranggapan bahawa isu ini merupakan suatu perkara yg amat sensitif dan kurang enak untuk dibincangkan; terutamanya di kalangan mereka yg sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil sahaja sebenarnya yg tidak mampu untuk mendapat zuriat disebabkan oleh kemandulan. Manakala majoritinya pula hanya mengalami beberapa masalah berkaitan kesuburan yg boleh dirawat.


Kebiasaannya, 84% pasangan yg tinggal bersama akan mendapat cahaya mata dalam masa setahun perkahwinan mereka. Peratusan ini akan berkurangan untuk jangka masa yg seterusnya. Manakala bagi pasangan yg sudah lebih 2 tahun berkahwin, dan tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan kehamilan, tetapi masih belum mendapat zuriat, mereka dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan sesi akunseling ataupun rawatan bersama doktor. Sebaiknya pemeriksaan dan rawatan ini dilakukan bersama doktor pakar gynaecology & obstetrik (pakar sakit puan). Pemeriksaan bersama doktor pakar ini akan lebih terperinci dan lebih bertepatan dengan tujuan utama anda untuk mendapatkan cahaya mata. Anda juga tidak perlu membazirkan masa & wang untuk ke sana ke mari mendapatkan nasihat & rawatan daripada beberapa doktor yg tidak pakar dalam bidang ini.


Apakah antara punca lewat mendapat anak atau zuriat?
Ada beberapa persoalan yg perlu diketahui oleh setiap pasangan suami isteri; khususnya yg sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat iaitu:

1. Adakah si isteri menghasilkan ovum? Tahukah anda bahawa tiadanya penghasilan ovum (anovulation) menyumbangkan 21% kepada faktor kelewatan hamil atau kemandulan!

2. Adakah si suami menghasilkan sperma yg cukup, sihat & berkualiti? Tahukah anda bahawa 24% punca kelewatan mendapat zuriat adalah disebabkan oleh faktor kelamahan suami!


3. Adakah ovum & sperma bersenyawa? Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan ovum & sperma tidak bersenyawa. Contohnya salur tiub falopio yg sempit, cecair mukus dalam rahim yg terlalu pekat, hubungan intim yg tidak dilakukan pada hari subur dan sebagainya. Adalah digalakkan bagi setiap pasangan untuk melakukan hubungan intim kira-kira tiga kali seminggu (terutamanya pada hari subur) untuk memastikan kesuburan pasangan berkekalan.

4. Adalah janin (embrio) berjaya melekat di dinding rahim selepas bersenyawa? Kegagalan embrio melekat di dinding rahim juga menyebabkan kegagalan kehamilan normal untuk berlaku.


Jadi, apa yg perlu anda (suami isteri) perlu lakukan?
1. Jika anda seorang perokok, berusahalah untuk berhenti. Tabiat merokok boleh menjadikan sperma lelaki tidak berkualiti & gagal mensenyawakan ovum. Manakala jika wanita merokok, ia mampu menjadikan wanita itu mandul dan tidak boleh hamil.

2. Periksa Body Mass Index (BMI) setiap pasangan. Kedua-dua pasangan perlu memastikan bahawa berat badan mereka adalah normal. Obesiti atau berat badan berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan serta kestabilan hormon lelaki & wanita. Lelaki yg obes menghasilkan cecair semen 60% berbanding mereka yg mempunyai BMI normal. Mereka juga memiliki kira-kira 40% bilangan sperma yg tidak sihat dalam semen mereka. Manakala wanita obes pula amat cenderung untuk mengalami gangguan hormon dan seterusnya mempunyai kitaran haid yg tidak teratur. Kitaran haid yg tidak teratur menunjukkan ovum tidak dihasilkan secara teratur oleh ovari.


3. Adakah suami atau isteri sering mengalami stress? Perkara ini hampir sememangnya tidak dapat dielakkan. Apatah lagi jika anda sudah bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum berhasil. Apa yg anda perlu lakukan adalah berbincang dengan tenang bersama pasangan. Ambil masa untuk meredakan stress yg dihadapi. Pergilah bercuti ataupun berehat untuk menenangkan fikiran di tempat-tempat yg menggembirakan seperti di tepi pantai, pulau dan sebagainya. Pulanglah dan mengadulah kepada Yg Maha Pencipta. Berdoalah dan minta dengan bersungguh-sungguh semoga diberikan petunjuk yg benar untuk menyelesaikan segala kebuntuan anda. Bagi yg beragama Islam, mengerjakan umrah boleh menjadi salah satu ikhtiar yg baik. Allah mungkin akan lebih mendengar doa kita ketika berada di Kota Suci Mekah.

4. Periksa kitaran haid isteri. Adakah haid isteri teratur ataupun ‘tunggang-langgang’? Kitaran haid normal seorang wanita adalah di antara 28-32 hari. Atau adakah si isteri menghadapi kesakitan atau PMS yg terlalu menyakitkan ketika haid? Kitaran haid yg normal dan tidak menyakitkan perlu dimiliki oleh setiap isteri. Ia menunjukkan bahawa tiada gangguan hormon atau risiko ketidaksuburan berlaku kepada si isteri.

5. Berapa kerap anda melakukan hubungan intim? Adalah menjadi lumrah jika kekerapan hubungan intim menjadi berkurangan apabila tahun-tahun perkahwinan bertambah. Namun, dalam usaha mendapatkan zuriat, pasangan suami isteri perlu sentiasa mempunyai semangat & kesungguhan seperti ‘pengantin baru’. Sikap romantik & mesra itulah yg mewujudkan keterujaan apabila suami isteri bersama. Dan keterujaan ini amat penting sebenarnya dalam usaha untuk menjadikan ovum & sperma tersenyawa.

Nota:
Set Kesuburan suami isteri telah berjaya membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat yg diingini dengan izin Allah S.W.T. Jika anda juga ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee, sila KLIK DI SINI.

Irda
Shaklee Independent Dsitributor
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...