PENAWAR SAKIT BUAH PINGGANG YG DICARI SELAMA INI - VIVIX SHAKLEE. BENARKAH?

Pernah suatu ketika di FB haritu kecoh mengatakan yg Vivix Shaklee ni berkesan untuk merawat penyakit atau masalah buah pinggang. Sampaikan ada pihak yg marah sebab pandai-pandai je Shaklee claim kata yg Vivix Shaklee ni boleh merawat penyakit buah pinggang. Bijak mengalahkan doktor katanya penjual-penjual Shaklee ni. Habis viral satu Malaya kononnya Shaklee overclaim! Biasalah MLM kan.. sembang mesti kencang! Hahaha..

ubat sakit buah pinggang


Yg sebenarnya tak pernah pun pihak Shaklee Corporation mahupun Shaklee Malaysia mengeluarkan kenyataan atau claim yg sampai macam tu sekali. Malah, setiap kali pihak Shaklee mengeluarkan kenyataan tentang fungsi setiap produknya, MESTI akan ada nota kecil yg tertulis; "Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit."

Sebab apa?
Sebab Shaklee adalah syarikat pengeluar nutrisi yg established. Syarikat sekukuh Shaklee tidak akan sekali-kali membuat kenyataan overclaim; iaitu yg melampaui fungsi sebenar sesuatu produknya tanpa dibuktikan secara klinikal. Tapi, itu tak bermakna Vivix Shakle tidak memberi kebaikan langsung kepada pesakit buah pinggang. Sebaliknya, banyak kesan positif yg telah dirasai oleh mereka (pesakit buah pinggang) yg telah mengamalkan Vivix Shaklee ni.


JADI, BETULLAH PESAKIT BUAH PINGGANG BOLEH PULIH DENGAN VIVIX SHAKLEE?

Tidak.
Apa yg perlu anda tahu, sekali buah pinggang kita rosak, ia TIDAK BOLEH PULIH SEMULA. Apabila buah pinggang kita mula bermasalah, ia tidak akan mampu berfungsi 100% lagi untuk menapis darah sepertimana sedia kala. Maka, risiko untuk darah kotor mengalir di seluruh organ & sistem tubuh kita tetap akan berlaku.

Kesan pengaliran darah kotor ini jika tidak ditangani akan menyebabkan organ-organ lain dalam sistem badan kita turut merosak. Ye lah, bayangkan kalau paip di rumah kita tu hari-hati dilalui oleh air yg berkarat & berkeladak. Apa jadi? Sudahlah air itu tidak boleh digunakan; malah lama-kelamaan paip juga akan menjadi karat & tersumbat dek kotoran yg sering melaluinya, kan?


JADI, BAGAIMANA SEBENARNYA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG?

Ada 7 cara bagaimana Vivix Shaklee boleh membantu pesakit buah pinggang untuk jadi lebih sihat:
  • Vivix merupakan antioksida yg mengurangkan tekanan oksidatif (oxidative stress) kepada sel nephron buah pinggang & mengelakkan kerosakan yg lebih teruk kepada saraf buah pinggang.
  • Meningkatkan struktur & bentuk buah pinggang normal.
  • Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang.
  • Mengembangkan salur darah pada buah pinggang, maka darah akan mengalir lancar.
  • Mengurangkan proses lipid peroksida.
  • Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.
  • Apabila keadaan pesakit semakin pulih, maka kekerapan dialisis pesakit juga dapat dikurangkan.



ADA TESTIMONI MEREKA YG TELAH MERASAI KESANNYA?

Adaaaa... ini di antaranya:




Jika anda, atau ibu bapa anda, atau ada ahli keluarga anda yg menghadapi masalah buah pinggang, bolehlah ikhtiar dengan Vivix ni sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi. Ini kerana, jika masalah buah pinggang pesakit tidak ditangani, ia pasti akan melarat sehingga menyebabkan pesakit menjadi semakit lemah & tidak sihat. Boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan Vivix dengan HARGA TERBAIK serta konsultasi eksklusif ye.

7 KEBAIKAN MINYAK IKAN UNTUK IBU HAMIL

Masa saya pregnant anak pertama & kedua dulu, bila masuk je minggu ke-13 kehamilan tu, mesti doktor pakar gynaecology saya akan bekalkan saya dengan satu supplemen minyak ikan. Sebelum tu, beliau cuma bagi asid folik sahaja. Mulai bulan ke-4 kehamilan tu beliau mesti bagi multivitamin & minyak ikan tu setiap bulan. Bila saya baca tentang supplemen minyak ikan tu, rupanya ia sangat bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Oooo.. patutlah. Sebab otak janin kan bermula perkembangannya sejak berusia 13 minggu dalam kandungan.

kebaikan omega 3


Bila saya mula terjebak dengan bisnes Shaklee, makin banyak ilmu tentang supplemen yg saya pelajari; rupanya ada banyak lagi kelebihan lain minyak ikan tu untuk ibu hamil. Ia bukan sekadar untuk pertumbuhan otak janin sahaja! Malah untuk ibu hamil itu sendiri pun banyak fungsinya.


7 KELEBIHAN MINYAK IKAN UNTUK IBU HAMIL

Sebenarnya minyak ikan ni sangat bagus kerana ia kaya dengan asid lemak Omega-3 di dalamnya. Omega-3 ni adalah asid lemak baik yg sangat diperlukan oleh tubuh kita; tetapi badan kita TAK BOLEH nak menghasilkannya sendiri. So, kita memang perlu mendapatkan bekalan Omega-3 ni dari sumber luaran; iaitu melalui pemakanan.

Ada 7 sebab utama kenapa minyak ikan yg kaya dengan Omega-3 ni sangat penting untuk ibu hamil, iaitu:

✔ Mengawal tekanan darah normal. Jika ibu hamil yg mengalami tekanan darah tinggi memang amat digalakkan untuk amalkan minyak ikan ni. Ia boleh membantu menurunkan & menstabilkan kembali tekanan darah ibu hamil.
✔ Menstabilkan bacaan gula dalam darah. Ini terutamanya bagi ibu hamil yg menghadapi masalah kencing manis (GDM) semasa kehamilan. Omega-3 membantu menstabilkan perembesan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah si ibu.
✔ Mengurangkan inflamasi atau kesakitan sendi akibat pertambahan berat badan & keletihan sepanjang kehamilan. Paling best, apabila diambil sebelum tidur malam. Memang boleh membantu ibu hamil untuk tidur lebih lena.
✔ Merangsang pertumbuhan sel otak (neuron) serta motor skill bayi dalam kandungan. Semua ibu mengimpikan anak yg bijak kan? So, kena la mulakan sejak dari dalam kandungan lagi.
✔ Menguatkan sistem imun ibu supaya tidak mudah jatuh sakit; terutamanya common diseases seperti demam, batuk & selsema. Omega-3 juga boelh mengurangkan kesan eczema atau alahan pada ibu seperti ruam, gatal-gatal & kulit kering.
✔ Mengurangkan visceral fat sekaligus menguatkan jantung ibu. Ibu hamil memang mudah berasa mengah & letih bukan? Omega-3 mampu menguatkan jantung ibu supaya tidak mudah termengah-mengah ataupun berasa terlalu letih setelah melakukan aktiviti harian.
✔ Menstabilkan hormon ibu, sekaligus mengurangkan kesan ketidakstabilan emosi (mood swing) ketika hamil.


DARI MANA NAK PEROLEHI SUMBER OMEGA-3 YG BAIK?

Ada beberapa jenis makanan semulajadi yg boleh membekalkan Omega-3 iaitu:
  • Ikan salmon
  • Flaxseed oil
  • Chia seed
  • Kacang walnut
  • Telur ikan
  • Ikan makerel
  • Tiram (oyster)
  • Kacang soya
  • Sayur bayam


Namun, anda boleh juga mendapatkan bekalan Omega-3 yg mencukupi dengan menambah pengambilan supplemen minyak ikan yg dijual di pasaran. Tapi, kalau nak dapatkan supplemen minyak ikan yg TERBAIK DI DUNIA, anda boleh mendapatkan Omega Guard Shaklee yg diperbuat daripada ikan laut dalam sejuk dari Jepun.

kebaikan omega guard shaklee

kelebihan omega 3


Sebotol Omega Guard mengandungi 90 biji kapsul gel lembut yg mudah ditelan. Ia hanya berharga RM136 sahaja (belum termasuk pos). Kalau nak order, boleh Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) ye. 

KENAPA VIVIX SHAKLEE PALING SESUAI UNTUK ORANG YANG SIBUK?

Dalam zaman ekonomi yg sangat mencabar; terutamanya di Malaysia ni, biasa kan kita dengar "Aku sibuk la.. sampai nak makan pun tak sempat". Biasa kan? Apatah lagi yg bekerja di pejabat di tengah-tengah kotaraya yg sangat sibuk macam Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya. Waktu 'lunch hour' selama 1 jam yg diperuntukkan tu selalunya tak sempat pun nak keluar pegi makan kan? Dan bukan semua orang berpeluang untuk membawa bekal makanan dari rumah. Malah, sarapan pagi pun ramai yg tak sempat ambil biasanya kan?


orang yg sibuk


Dalam kesibukan mengejar kemewahan hidup, generasi sekarang sangat mudah melupakan kepentingan faktor kesihatan. Bukan sahaja kebanyakan kita suka 'skip' waktu makan; tetapi kita juga 'malas' nak top up keperluan nutirisi harian kita dengan pengambilan supplemen. Pada kebanyakan orang, supplemen hanya untuk orang yg sudah ad penyakit ataupun yg dah mula menunjukkan simptom awal penyakit. Apatah lagi kalau baru berusia lewat 20an ataupun awal 30an. Kita rasa kita masih muda, sihat & bertenaga lagi. So, buat apa ambil supplemen kan?


ADAKAH KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?

Ramai yg salah tafsir dengan mengatakan supplemen adalah alternatif bagi mereka yg telah mempunyai penyakit untuk merawat penyakit mereka. Ataupun, supplemen hanyalah untuk orang yg telah mula menunjukkan simptom penyakit; dan supplemen diperlukan untuk mengelakkan penyakit tersebut menjadi bertambah serius.

Tahukah anda bahawa ini adalah PENDAPAT YG SALAH!
Supplemen sebenarnya adalah untuk orang yg sihat. Supplemen seharusnya diambil untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan badan sedia ada. Supplemen seharusnya diambil terutamanya apabila kita tak pernah kira pun sama ada adakah mencukupi jumlah nutrisi yg kita ambil dari pemakanan setiap hari. Adakah cukup jumlah sayuran & buah-buahan yg kita ambil setiap hari? Maka, atas sebab itulah orang yg sibuk setiap hari sebenarnya adalah orang yg paling memerlukan supplemen.


KENAPA ORANG SIBUK PERLUKAN SUPPLEMEN?

Ada beberapa sebab kenapa orang yg selalu sibuk setiap hari adalah golongan yg paling memerlukan supplemen:

  • Orang sibuk selalu tak sempat makan. Sarapan yg paling penting pun selalu tak sempat nak ambil. Kekerapan takmengambil sarapan pagi boleh mengganggu tahap metabolisme badan & meningkatkan risiko pelbagai masalah seperti mudah gemuk & gastrik. Lunch pun orang sibuk tak sempat nak ambil kadang-kadang. Lagi-lagi bila ada meeting la, discussion la, jumpa client la.. Kadang-kadang siap ambil minuman tenaga yg tinggi gula atau kopi je. Itupun sebab risau mengantuk untuk meneruskan kerja di waktu petang. Malah, makan malam pun ada yg tak sempat nak makan! Lagi-lagi kalau yg kena kerja overtime ataupun terperangkap dalam kesesakan jalan raya sampai lewat malam. Sudahnya, ada yg minum minuman bijirin 3in1 je sebelum tidur buat alas perut.
  • Orang sibuk tak sempat nak jaga jumlah nutrisi dari pemakanan yg diambil. Bila sibuk, ramai yg cenderung untuk pilih makanan segera seperti Mekdonel lah, KeyEfSi la, donut Setabak la, mi Megi la, bijirin 3in1 la, ataupun biskut-biskut oat yg kononnya berkhasiat tetapi sebenarnya tinggi gula. Makanan-makanan segera ini semua sebenarnya langsung tidak memenuhi keperluan nutrisi harian kita walaupun kita berasa kenyang memakannya. Daging berproses, bahan pengawet, garam & gula yg tinggi serta kurangnya sayur-sayuran dalam hidangan tersebut hanya 'merosakkan' sistem penghadaman & fungsi organ kita secara keseluruhannya untuk jangka masa panjang terutamanya.
  • Orang sibuk sangat cenderung untuk STRESS. Tak kiralah sama ada stress secara sedar; yg melibatkan perubahan emosi ataupun 'oxidative stress'; iaitu stress dalaman yg kita tak sedar tetapi amat bahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman & neuron otak.
  • Orang sibuk lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik pada umur yg muda. Antara penyakit kronik yg mudah melanda orang sibuk adalah tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, migrain, gastrik, sakit jantung, kanser serta tekanan perasaan.
  • Orang sibuk 'lambat sedar' tentang penyakit yg mereka hidapi. Kenapa lambat sedar? Sebab terlalu sibuk sehingga tak sedar pun simptom awal penyakit tu sewaktu ia 'datang'. Malah, ada juga yg bersikap 'in denial' walaupun dah mula merasakan ada yg tak kena pada badan mereka.

Sudahlah sibuk sampai tak sempat nak jaga pemakanan; tak mahu pula ambil supplemen untuk memastikan diri sentiasa sihat luaran & dalaman. Sedangkan badan kita ni 'nak pakai lama' kan? Kalau tak sayang nyawa sendiri pun, fikirkanlah ahli keluarga serta anak-anak yg menjadi tanggungan kita tu. Nanti kalau kita sakit sampai tak mampu bekerja, siapa yg kita nak harapkan untuk menyara mereka?


KENAPA VIVIX ADALAH SUPPLEMEN YG PALING SESUAI UNTUK ORANG YG SIBUK?

Orang yg sibuk & nak kekal sihat memerlukan nutrisi lengkap setiap hari. Walau apa jenama supplemen sekalipun, TIDAK ADA SATU PUN PIL SUPPLEMEN YG MENGANDUNGI KESEMUA NUTRISI YG BADAN KITA PERLUKAN SETIAP HARI. So, kalau nak ambil supplemen lain dalam bentuk pil ataupun minuman, orang yg sibuk ni perlu ambil berjenis-jenis pil & minuman dari pagi sehinggalah ke malam. Itu pun kalau cuma nak tambah nutrisi baru. Sedangkan, sel-sel otak & badan yg sedia ada juga sebenarnya perlu diperbaiki kerana telahpun mula merosak akibat pelbagai faktor pencemaran, tekanan & penyakit tanpa sedar yg saya sebutkan tadi.

So, Vivix Shaklee yg merupakan minuman botani dengan fungsi antioksida yg tinggi adalah supplemen yg paling sesuai untuk orang yg sibuk. Kenapa:
  • Sebab Vivix membantu memperbaiki sel & DNA badan yg telah merosak akibat faktor pencemaran, tekanan, penyakit & pemakanan yg tidak seimbang.
  • Sebab Vivix ni mampu meningkatkan sistem imun badan. So, kita takkan mudah diserang atau dijangkiti penyakit.
  • Sebab Vivix ni melambatkan pengumpulan protein AGE yg menyebabkan penuaan. Orang sibuk tak sempat nak jaga kecantikan sangat kan? Dan perlukan tenaga yg banyak. So, kenalah jadi awet muda.
  • Paling utama, sebab Vivix ni MUDAH DIAMBIL. Cuma perlu ambil 1 sudu kecil sahaja setiap hari; seeloknya pada awal pagi waktu perut kosong. Kalau tak sempat pun, boleh je nak ambil pada bila-bila masa yg sempat. Mudah sangat kan?
keistimewaan vivix shaklee

Kebetulan; sepanjang bulan November 2017 ini adalah bulan yg sangat-sangat special untuk orang yg sibuk. Sebab? Sebab Vivix tengah promo dengan HARGA TERENDAH tau sepanjang bulan ni! Haaaa... rugiiii sangat kalau tak grab!

promosi vivix shaklee

Tahap kesihatan kita sebenarnya bergantung tinggi kepada sebanyak mana kita menyayangi & mengambil berat tentang diri kita sendiri. Setinggi mana pun orang lain ambil berat tentang kita serta menasihatkan kita, badan kita akan tetap merosak sekiranya kita tak berbuat apa-apa untuk menjaganya.

Sibuk & kuat macam mana sekalipun kita berusaha demi memenuhi keperluan diri serta keluarga tersayang, apalah maknanya duit berkepuk yg dicari kalau kita tak menghargai nilai kesihatan diri sendiri. Bila nanti dah mula sakit & tak 'fit enough' lagi untuk bekerja mencari rezeki, siapa pula yg nak menanggung orang-orang tersayang yg kita tanggung selama ni tu? Betul tak? So, lebih baik kita beringat sebelum apa-apa yg buruk menimpa diri kita.

Jika anda sayangkan diri anda yg perlu selalu sibuk, boleh luangkan sedikit masa anda untuk Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk order Vivix barang sebotol dua untuk diri anda sendiri. Atau mungkin anda adalah isteri mithali yg terbaca artikel ini & sayangkan suami anda yg terlalu sibuk mencari nafkah demi menyara anda & anak-anak setiap hari. Saya sedia untuk memberi konsultasi terbaik kepada anda.








5 TEMPAT MENARIK TERSEMBUNYI DI CAMERON HIGHLAND (HIDDEN GEMS) YG MUNGKIN BELUM ANDA LAWATI

Sebut sahaja Cameron Highlands, mesti ramai yg mengenali destinasi percutian tanah tinggi yg sangat terkenal di Negeri Pahang, Malaysia ni. Rasanya, bagi pasangan yg baru berkahwin, kalau sebut je nak pergi honeymoon dalam negara, Cameron Highlands ni lah destinasi yg paling terkenal nak dituju. Apatah lagi dengan cuacanya yg sejuk; sesuai sangat dengan mood honeymoon tu kannn. Bagi keluarga yg nak bawa anak-anak merasai cuaca yg lebih sejuk berbanding tempat lain di dalam negara, Cameron Highlands pun biasanya menjadi pilihan utama selain Bukit Tinggi, Fraser's Hill ataupun Genting Highland.

Siapa yg pernah ke Cameron Highlands, pasti tahu tentang kebanyakan tarikan utama di sana seperti ladang teh, ladang bunga-bungaan, ladang sayuran & buah-buahan, taman serangga seperti lebah & rama-rama serta pasar malam atau harian yg menjual hasil tanaman yg segar dari sana. Sama ada anda 'memanjat naik' dari arah Simpang Pulai mahupun Tapah, banyak kawasan tarikan yg boleh disinggahi; termasuklah pekan-pekan tumpuannya iaitu Kg. Raja, Brinchang, Tanah Rata & Ringlet. Ladang-ladang strawberi, bunga-bungaan, sayuran serta taman serangga hampir kesemuanya terletak di sepanjang jalan utama yg sangat mudah untuk disinggahi. Hotel, apartment serta homestay untuk penginapan juga mudah untuk ditemui di sepanjang jalan utama.

Tetapi, tahukah anda bahawa selain tarikan di sepanjang jajaran jalan utama, terdapat beberapa kawasan menarik yg boleh dikategorikan sebagai 'permata Cameron Highlands'; yg mana kedudukannya agak tersembunyi sedikit dari laluan utama? Kawasan-kawasan ini mungkin sukar untuk anda temui sekiranya anda hanya berpandukan kepada papan tanda yg kelihatan di tepi jalan utama sahaja. Sebaliknya, anda perlu 'study' dahulu dari laman web, blog atau saranan tertentu dari mereka yg telah berpengalaman 'menjelajahi' Cameron Highlands untuk menemui kawasan-kawasan tarikan tersembunyi ini.

Nak tau apa antara kawasan menarik tersembunyi tersebut? Jom saya senaraikan!


5 TEMPAT MENARIK TERSEMBUNYI (HIDDEN GEMS) DI CAMERON HIGHLANDS


1. BOH Secret Plantation di Sungai Palas

Ladang teh Boh di Sungai Palas ni sebenarnya memang sangat terkenal. Kalau siapa yg rajin tengok drama atau filem Melayu, banyak je yg mengambil ladang teh ni sebagai lokasi penggambaran. Antaranya filem Ombak Rindu, drama Bila Hati Berbicara, Dendam Aurora & banyak lagi.

ladang teh boh cameron highland


Namun, kedudukan ladang ini adalah tersorok dari pandangan dari jajaran jalan utama. Simpang masuk utama ke ladang ini juga agak tersorok. Ditambah pula dengan projek pembinaan bangunan penginapan di pangkal simpang masuk serta sebuah mall pusat membeli-belah yg bertentangan dengan simpang masuknya, ramai yg mudah terlepas pandang laluan menujunya. Papan tanda 'Ladang Teh BOH' di pangkal simpang ini juga sudah agak lusuh & tersembunyi dek lalang yg agak tinggi di sekitarnya.

Namun hakikatnya, terdapat banyak 'spot' menarik di sekitar ladang teh yg luas ini. Cafe cantik yg terletak di atas bukit juga sangat menarik. Sambil menikmati secawan teh & sepotong kek, pelawat boleh menikmati udara segar di samping pemandangan ladang yg indah berbukit-bukau. Pelawat perlu berjalan memanjat bukit sepanjang 200meter untuk sampai ke cafe ini.

Di bangunan cafe ini juga terdapat muzium teh yg menceritakan tentang asal-usul empayar Teh BOH. Terdapat juga dewan kecil yg menyediakan tayangan tentang sejarah BOH. Selain itu, pelawat juga berpeluang untuk menziarahi kilang pemperosesan teh sambil ditemani 'tour guide' yg akan membawa kita menjelajahi kawasan dalam kilang & melihat sendiri bagaimana teh diproses.


2. Bala's Chalet

Terletak berhampiran Tanah Rata, kedudukan Bala's Chalet di atas bukit adalah agak tersorok. Simpang untuk masuk ke kawasan ini juga agak tersembunyi & mudah terlepas pandang.

Apa yg menarik di Bala's Chalet?
Ia merupakan sebuah tempat penginapan yg agak privacy & berkonsepkan ala-inggeris. Dengan rupa fasad bangunan dari luarannya, elemen landskap kejur & lembut di taman sekitarnya seperti ala British, sehinggalah kepada perincian dalam bilik penginapan yg kesemuanya bercirikan ala-inggeris.



Paling istimewa di Bala's Chalet, jika anda ingin merasa hidangan 'tea & scones' yg paling menghampiri ciri inggeris yg sebenar, di sinilah tempatnya. Set 'tea & scones' ini boleh dipesan dia kaunter cafe berhampiran kaunter lobi chalet.


Dengan harga sekitar RM30 bagi 1 set, anda akan diberikan secawan teh panas; lengkap dengan iringan gula & susu segar untuk dicampurkan sendiri; berserta 2 biji scones rapuh-lembut dengan iringan krim & jem strawberi untuk anda sapukan sendiri padanya. Tekstur scones di sini sangat istimewa. Ia rapuh di luar & lembut di dalam sehingga ia mampu cair sebaik anda memasukkannya ke dalam mulut. Berbeza dengan kebanyakan tempat lain yg menyediakan scones dengan tekstur yg agak keras kebiasaannya.


3. KHM Farm di Kg. Taman Sedia

Lumrah orang melancong ke Cameron Highlands, pastinya akan mencari buah segar serta produk berasaskan strawberi. Kata orang, strawberi di tanah tinggi seperti Cameron Highland ni akan terasa lebih sedap jika dimakan di situ juga. Kalau dibawa turun ke tempat kita, masam jadinya. Hehehe..

ladang strawberi cameron highlands

Produk berasaskan strawberi seperti aiskrim, jem, halwa/jeruk serta coklat perisa strawberi adalah antara ole-ole yg terkenal dari Cameron Highlands. Tetapi tahukah anda bahawa KHM Farm ada menyediakan produk strawberi homemade yg paling sedap di seluruh Cameron Highland?

ladang strawberi cameron highlands

produk strawberi cameron highlands

Ya. Walaupun KHM Farm hanyalah sebuah cafe dengan ladang yg kecil bersebelahannya, ia menyediakan produk berasaskan strawberi yg paling enak & berkualiti di Cameron Highland. Ia adalah sebuah perniagaan keluarga secara turun-temurun. Jangan nilai dari segi luaran & saiznya.

scones di cameron highlands
Set scones di KHM Farm

Cubalah aiskrim KHM sama ada dalam bentuk 'aiskrim Malaysia'nya mahupun yg di dalam cup. Anda PASTI sukar nak 'move on' dari kelazatannya. Cuba juga beli jem strawberinya. Ia tak terlalu manis seperti jem komersil yg biasa dijual di pasaran luar. Masih terasa masam manis asal buah strawberi pada jemnya. Tambahan pula ia juga mengandungi ketul-ketul buah strawberi asli di dalamnya. Cair air liur dibuatnya!
Terdapat juga beberapa produk homemade lain di sini seperti scones, pavlova, kek strawberi & sebagainya. Cafe KHM Farm memang sangat berbaloi disinggahi untuk bersantai setelah penat berjalan.


4. Perkampungan Orang Asli

Jika anda memanjat naik Cameron Highlands dari Tapah, anda pasti akan melalui perkampungan orang asli sebelum anda tiba di Ringlet. Terutama bagi anak-anak kita yg dah terbiasa dengan kehidupan di bandar, ini boleh menjadi satu pemandangan & pembelajaran yg baru bagi mereka.

Kita boleh lihat sendiri bagaimana rumah orang asli yg kecil, dibina dari bahan sumber hutan semulajadi serta tidak mempunyai bekalan elektrik & air yg lengkap. Kita juga dengan mudahnya dapat melihat orang asli berjalan di sekitaran petempatan mereka dengan gaya pakaian yg amat sederhana. Sesetengah mereka dapat dilihat membawa keluar hasil hutan yg diperolehi hasil dari buruan atau usaha mereka.


Di sepanjang jalan juga terdapat beberapa gerai tempat mereka berniaga hasil hutan mereka seperti orkid hutan, rebung buluh, cendawan hutan, jagung hasil tanaman mereka serta madu lebah.


Jangan risau, mereka ini bertamadun orangnya. Mereka berpakaian lengkap seperti kita & turut pergi ke sekolah. Hehehe..


5. Air Terjun Lata Iskandar

Air terjun ini PASTI akan mencuri tumpuan & kekaguman anda; terutamanya bagi yg memanjat naik dari Tapah. Selepas melalui kawasan Hutan Rekreasi Kuala Woh & sebelum menemui perkampungan orang asli, anda PASTI akan menjumpai Air Terjun Lata Iskandar ini. Ia terletak betul-betul di sebelah jalan utama. Terdapat sebuah jambatan di selekoh yg menyeberangi anak sungai aliran dari air terjun ini.



Terdapat juga tempat letak kereta yg terhad sekiranya anda mahu berhenti & singgah berkelah di sekitar kawasan air terjun. Beberapa gerai jualan juga terdapat di kiri kana jalan utama yg menjual pelampung, kudapan serta beberapa hasil kampung.


Nahhh.. siapa kata Cameron Highlands cuma tempat peranginan untuk makan steamboat serta beli sayur, buah & bunga sahaja? Jika anda sudi menjadi 'pengembara'; dan bukan sekadar pelancong biasa, pasti banyak lagi yg anda mampu terokai & temui di tempat seistimewa seperti Cameron Highlands ini!













TIPS PENJAGAAN KULIT CANTIK & SIHAT PALING ASAS

Ramai yg ingat sebenarnya bila nak kulit cantik ni penjagaan yg paling penting adalah penjagaan dari luar. Tapi ramai yg tak tahu, rahsia sebenar kulit yg cantik & sihat berkualiti ni bermula dari penjagaan dalaman yg sebaiknya. Caranya? Mudah je.. Ambil nutrisi yg secukupnya untuk badan kita. Sebab? Bila kita sihat dalaman, maka ia akan terbawa sekali ke luaran; iaitu pada kulit kita tau.


RAHSIA PENJAGAAN KULIT BERKUALITI DARI SAYA

So, memandangkan saya dah jadi pengguna setia Shaklee ni selama hampir 6 tahun, meh saya share sikit 'rahsia' macam mana saya maintain kulit yg elok, gebu, sihat, glowing & nampak awet muda ni. Sampai orang tak percaya yg umur saya dah menghampiri 40an tau!

Sebenarnya, kalau nak citer apa set/produk Shaklee yg saya ambil, memang hampir semua saya ambil. Almaklumlah, tamak nak cantik & sihat. Hahaha.. Tapi kang ramai pulak yg kecam; "ambil banyak-banyak, kenyang supplemen je la hari-hari ye.." Hahahaha.. Baik kenyang supplemen dari kenyang ubat ke kenyang burger ke jajan ke.. ye dak? 

So, ni saya nak share 3 produk kesayangan saya yg memang dah bertahun-tahun saya amalkan. 2 daripadanya memang wajib setiap hari saya ambil. Yg 1 dalam kotak tu kadang-kadang saya selang-seli juga ambilnya. Sebab? Takut tegang sangat kulit karang. Ahahahaha.. 

ESP tu memang shake protein yg favourite sangat-sangat. Hari-hari MESTI mau shake. Kadang dengan fresh milk, kadang dengan jus buah. Ini bukan sahaja sumber tenaga tau, tapi protein dalam ESP ni la yg buat sel-sel kulit jadi sentiasa baru & elok. Sebab tu la kulit boleh gebu & glowing sokmo.. ewahhhh! Hahaha..

Vita C Plus tu pulak pada saya basic yg paling penting untuk dapatkan kulit yg moist; tak kering. Dia jugaklah yg bagi kulit jadi cerah sekata sokmo. Ni, habis malas seorang perempuan kalau nak jaga kulit, inilah vitamin paling asas yg WAJIB diambil sebenarnya. Ambil Vita C Plus ni sahaja selama 2 minggu pun, CONFIRM korang akan dapat lihat & rasa perubahan positif pada kulit korang.

Last one, ni produk yg paling eksklusif. Ini orang kata 'benchmark' tahap kecantikan macam mana yg kita nak amalkan. Sebab? Kolagen ni ada pelbagai kelas/jenis. Kalau sekadar nak ada je kolagen, kaki/cakar ayam pun ada kolagen. Rumpai di laut pun ada kolagen. Oren & jagung pun ada kolagen. Tapi semua tu tak eksklusif. Alang-alang nak cantik, biarlah eksklusif. Biarlah ia bersumberkan bahan yg paling berkualiti dalam kelas/jenisnya. Gittewwww.. Macam Shaklee Collagen Powder (SCP) ni; ia dibuat dari sisik ikan merah laut dalam tau. Struktur kolagennya adalah yg paling hampir sama dengan struktur kolagen semulajadi dalam badan manusia. Barulah kelassss! 

Kulit yg cantik BUKAN yg nipis, putih melepak macam mayat (oooppsss) tu tau.. tapi kulit sihat adalah yg transparent, tidak nipis, tidak melepuh, kurang kedutan & mengikut warna asal kulit secara semulajadi. 

Nak juga SET KULIT CANTIK, SIHAT & GLOWING ni? Harga retail set ni cuma RM556.75 sahaja tau. Boleh tahan untuk pengambilan sehingga 6 bulan. Nak jimat lagi? Meh daftar jadi ahli sekali. Dapat jimat sehingga 15-20% dari harga retail.

Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pertanyaan atau nak order terus ye. Konsultasi eksklusif untuk semua pelanggan saya. 

PELUANG BELI VIVIX SHAKLEE DENGAN HARGA MURAH!

Sebenarnya, ramai je yg dah jatuh hati pada produk terbaik Shaklee - VIVIX tu. Lagi-lagi bila dah ramai yg tahu keberkesanannya dalam mengekalkan tahap kesihatan & membantu proses penyembuhan macam-macam jenis penyakit macam stroke, kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang dan sebagainya. Tapi, ramai yg akan 'terdiam' bila dapat tahu harga retail sebotol Vivix yg mencapai RM503 setelah dicampur GST tu. Mahal kan?

promosi vivix shaklee


KENAPA VIVIX MAHAL?

Ada yg menuduh; kata harga Vivix tu 'overrated' semata-mata sebab ia produk MLM. Kalau dijual secara komersil di kedai atau toko jamu, mesti lebih murah.

Hakikatnya BUKAN BEGITU. Vivix adalah produk yg sangat eksklusif. Tiada supplemen lain seumpamanya di pasaran. Buktinya? Vivix telah pun dipatentkan tau. Produk yg dah dipatentkan ni maksudnya TIDAK ADA lagi produk lain yg menyerupainya. Haaa... bukan senang-senang tau satu-satu produk tu nak dipatentkan.

Vivix ni bukan sekadar supplemen 'jus' buah ke atau jus sunnah ke tau. Penyediaanya TIDAK melibatkan campuran gula, air, bahan pengawet atau apa-apa bahan tiruan. Kesemua bahan botani utamanya diproses secara 'cold pressing' bagi memastikan 100% khasiat asal dari bahannya dapat diperolehi ke dalam setiap botolnya.

Selain itu, Vivix juga mempunyai pelbagai fungsi yg hebat di peringkat selular (sel) & DNA sehingga ia mampu membantu untuk:
  • Melambatkan penuaan di peringkat selular, melambatkan pengumpuan protein AGE & menjadikan anda kelihatan 25 tahun lebih muda & bertenaga.
  • Sebagai antioksida terbaik untuk menyahkan radikal bebas yg mengganggu kelancaran sistem tubuh.
  • Memperbaiki sel & DNA yg rosak akibat penyakit, penuaan & pencemaran harian.
  • Memberikan tenaga kepada sel-sel badan agar aktif & tidak melemahkan badan.
  • Mengecutkan & menghalang perebakan sel kanser.
  • Mengawal paras gula dalam darah.
  • Menggalakkan pertumbuhan sel baru yg lebih sihat & elok.
  • Menjadikan warga emas lebih bertenaga & cergas.
  • Mengurangkan kesakitan pada otot, sendi & tulang warga emas.
  • Membantu pesakit stroke pulih & berjalan semula.
  • Mengurangkan kesakitan arthritis & rheumatoid arthritis.
  • Mengurangkan kesan serangan auto-immune pesakit SLE.
  • Mengurangkan kesan & menstabilkan rembesan hormon pesakit thyroid.


Vivix ni BUKAN UBAT tau. Ia bukan bertujuan untuk merawat atau mendiagnosis apa-apa penyakit. Kesan pengambilan pada setiap individu mungkin berbeza; bergantung pada sistem badan masing-masing.


BOLEH KE NAK DAPAT VIVIX HARGA MURAH?

Harga retail asal yg disarankan oleh pihak Shaklee adalah RM503.50 sebotol (150ml).
Tapi, boleh je kalau anda nak dapat harga yg lebih murah daripada saya. Caranya? Ada 2 cara.


CARA 1:
=======
Kalau nak beli sebotol sahaja, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan modal hanya serendah RM68.90 sahaja. Kemudian, anda boleh terusss membeli sebotol Vivix dengan harga RM4xx.xx sahaja. Jumlah yg perlu anda bayar hanya sebanyak RM47x.xx sahaja.

Penjimatan dalam RM100 tau.
Dengan cara 1 ini, anda bolehlah lepas ni membeli Vivix lagi atau mana-mana produk Shaklee dengan harga ahli terus. Jimat 15-20% dari harga retail tau.


CARA 2:
=======
Anda boleh terus beli 2 botol Vivix dengan harga RM805.60 sahaja. Dan sekaligus dengan itu, anda akan terusss dapat 4 'bonus' ini:

✔Keahlian Shaklee percuma
✔Pos percuma
✔Jimat RM280
✔CASH BONUS RM36
✔Konsultasi eksklusif dari saya.
✔Peluang membeli lagi Vivix & mana-mana produk Shaklee dengan harga ahli (jimat 15-20% dari harga retail)


Nak LAGI MURAH?

Jommm beli Vivix ni sepanjang bulan November 2017 ni. Ada tambahan diskaun 5% tau! Haaaa.. 2 botol Vivix harganya CUMA RM7xx.xx SAHAJA! Dan anda akan dapat bonus berikut:

✔Keahlian Shaklee percuma
✔Pos percuma
✔Jimat RM320
✔CASH BONUS RM36
✔Konsultasi eksklusif dari saya.
✔Peluang membeli lagi Vivix & mana-mana produk Shaklee dengan harga ahli (jimat 15-20% dari harga retail)

beli vivix shaklee


Best ke best? Rugi woooo tak grab.
Meh Whatsapp saya SEKARANG di 014-984 0240 (Irda) untuk rebut promo diskaun ni. Dah ramai berebut nak Vivix ni tau. Rugiii sangat-sangat kalau anda tak cuba. Lagi-lagi kalau ada ahli keluarga anda yg dah lama mencari supplemen atau rawatan alternatif untuk masalah kesihatan mereka.

SET IBU HAMIL SHAKLEE: VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU MENGANDUNG

Tahukah anda bahawa keperluan nutrisi seorang wanita meningkat sebaik sahaj disahkan hamil? Ya. Sebab itulah sebenarnya mengapa orang kata bila seorang wanita itu hamil, dia perlu 'makan untuk 2 orang'. Yg sebenarnya, BUKAN bermaksud si ibu perlu makan dalam kuantiti 2 kali ganda berbanding kuantiti makanan sebelum ia hamil. Tetapi, maksud ayat tersebut adalah; pengambilan makanan bagi tujuan mendapatkan nutrisi yg secukupnya perlu ditingkatkan bagi memenuhi keperluan ibu itu sendiri serta janin yg sedang membesar di dalam rahim si ibu.




Mengapakah nutrisi yg mencukupi amat penting untuk diambil oleh ibu hamil?

Bayi/janin yg sedang membesar di dalam perut si ibu amat-amat memerlukan nutrisi yg secukupnya untuk menyokong perkembangan tumbesaran mereka dari sehari ke sehari. Jika kita mengikuti mana-mana laman web kehamilan yg menjelaskan perkembangan janin setiap minggu, kita akan dapati bahawa setiap minggu itu pasti akan menjadi jangka waktu khas bagi perkembangan fizikal & otak yg tertentu pada janin.

Sebagai contoh, di peringkat awal, bayi memerlukan bekalan asid folik yg secukupnya bagi pembentukan saraf yg kuat serta otak yg cukup sifatnya. Tanpa bekalan yg mencukupi, proses pembentukan ini pasti akan terganggu. Selain itu, apabila memasuki bulan ketiga kehamilan, bayi memerlukan bekalan Omega-3 bagi pembentukan otak & motor skill bayi. Seterusnya, bekalan kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang & asas gigi yg kuat pada bayi. Bayi juga memerlukan bekalan protein & lemak baik yg mencukupi untuk membina daging serta otot bagi seluruh tubuhnya.

Sememangnya bayi tidak akan menyerap secara terus dari pemakanan si ibu. Tetapi, bayi akan menyerap segala nutrisi yg diperlukan daripada si ibu melalui tali pusatnya & urinya. Jadi, bayangkan jika si ibu adalah merupakan ibu yg kurang bekalan nutrisi. Sudahlah nutrisi sedia diserap oleh si bayi; tubuhnya sendiri pula akan menjadi semakin lemah & mudah jatuh sakit akibat kurangnya bekalan nutrisi untuk dirinya sendiri.


Apakah kesan kekurangan nutrisi pada ibu & bayi?

Ada beberapa kesan utama yg dapat dilihat sama ada sejak ibu masih dalam kehamilan lagi & ada juga kesan yg hanya dapat dilihat setelah bayi dilahirkan. Antaranya;

KESAN PADA IBU:

  • Badan berasa lemah & kurang bertenaga
  • Mudah jatuh sakit akibat sistem imun yg lemah
  • Alahan yg teruk & berpanjangan
  • Dehidrasi
  • Kurang selera makan
  • Kelihatan cengkung & tidak bermaya
  • Kulit kusam
  • Emosi tidak stabil & mudah stress
  • Mudah terkena simpul biawak/mengkarung pada betis
  • Sakit lutut, pinggang, belakang & kaki akibat postur & pertambahan berat
  • Berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis sewaktu hamil (GDM) serta tekanan darah tinggi
  • Berisiko tinggi untuk mendapat 'kencing kotor' atau Urine Tract Infection (UTI)
  • Berisiko untuk jangkitan kuman pada vagina (GBS)

KESAN PADA BAYI:
  • Mengalami spina bifida atau kecacatan otak & saraf akibat kekurangan asid folik.
  • Perkembangan yg tidak setara dengan jumlah minggu kehamilan (bayi kecil dari saiz yg sepatutnya)
  • Pertumbuhan tulang yg tidak kukuh
  • Asas pembentukan gigi yg kurang sihat (akibatnya gigi mudah rapuh setelah besar)
  • Risiko jangkitan kuman terutamanya jika si ibu mempunyai GBS atau UTI
  • Sistem imun yg lemah & mudah jatuh sakit setelah lahir
  • Berat badan yg berkurangan
  • Motor skill & perkembangan otak bayi yg lambat akibat sel-sel otak (neuron) yg kurang dirangsang atau berkurangan


Apakah nutrisi yg diperlukan oleh ibu hamil & bayi?

Hampir kesemua nutrisi harian yg penting dalam kehidupan seharian kita adalah sangat penting untuk diambil oleh ibu hamil bagi keperluan dirinya serta bayi di dalam kandungan. Antaranya adalah:

  • KALORI
Kalori dari sumber yg sihat seperti dari karbohidrat, protein & buah-buahan diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada ibu hamil. Ibu hamil memerlukan hampir 300kcal lebih berbanding wanita dewasa yg tidak hamil.

  • ASID FOLIK
Penting untuk pertumbuhan saraf & otak janin. Asid folik diperlukan sebanyak 600-800mg oleh ibu hamil & sebaiknya mula diambil dalam tempoh 3-6 bulan sebelum seorang wanita hamil.

  • KALSIUM
Janin/bayi di dalam kandungan menyerap kalsium sedia ada yg terdapat di dalam tulang ibu. Maka, ibu hamil perlu menambah jumlah kalsium di dalam badannya agar tidak berisiko untuk mendapat masalah osteoporosis atau tulang reput di kemudian hari. Jumlah kalsium harian yg disarankan diambil adalah sebanyak 1,200mg sehari. Kalsium juga amat membantu ibu mengurangkan rasa sakit pinggang, sendi, tulang & badan akibat postur mengandung serta pertambahan berat badan. Kalsium juga mampu membantu melembutkan najis serta mengelakkan sembelit sepanjang kehamilan. Kalsium sebaiknya diambil bersama-sama vitamin D untuk mengoptimumkan penyerapannya oleh badan kita.

  • IRON
Iron ataupun zat besi amat penting bagi memastikan bacaan HB yg stabil sepanjang kehamilan. Walaupun sesetengah ibu hamil akan berasa loya apabila mengambil iron, namun ia tetap wajib diambil. Bacaan HB yg rendah menunjukkan paras oksigen yg rendah dalam darah ibu untuk dibekalkan kepada janin/bayi. Janin yg tidak menerima bekalan oksigen secukupnya berisiko untuk mati di dalam kandungan.

  • VITAMIN C & ANTIOKSIDA
Kedua-keduanya penting terutamanya untuk memastikan sistem imun yg 'kebal' sepanjang kehamilan & selepas kehamilan. Ibu hamil yg mudah jatuh sakit akan lebih berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yg lebih serius sama ada sewaktu hamil mahupun selepas melahirkan. Bukan itu sahaja, malah jangkitan kuman pada ibu yg mempunyai sistem imun yg lemah juga berisiko tinggi untuk 'diwairisi' kepada bayi yg bakal lahir.

  • FIBER/SERAT
Serat amat penting untuk membantu sistem penghadaman yg lancar sepanjang kehamilan. Perubahan hormon sewaktu hamil itu sendiri akan menyebabkan ibu hamil sangat mudah mengalami masalah sembelit. Sekiranya ditambah lagi dengan kurangnya pengambilan serat dari sumber yg sihat seperti sayuran, buah-buahan serta bijirin, maka masalah sembelit adalah berisiko tinggi untuk dihadapi oleh ibu hamil.

  • ASID LEMAK OMEGA-3
Omega-3 mempunyai fungsi 2 dalam 1 bagi ibu hamil. Pertamanya, ia boleh membantu mengukuhkan sistem imun si ibu agar tidak jatuh sakit. Kaduanya, ia amat penting untuk membantu pertumbuhan otak bayi; terutamanya dari aspek merangsang pertumbuhan sel-sel otak (neurons) serta membantu merangsang motor skill bayi sejak dalam kandungan lagi.

omega guard shaklee


  • PROTEIN
Protein adalah amat penting sebenarnya untuk ibu & bayi. Protein adalah 'makanan asas' kepada sel badan kita. Maka, jika sel badan kita mendapat bekalan makanan yg sihat & secukupnya, maka secara keseluruhan badan kita akan menjadi sihat. Selain itu, protein juga memberikan tenaga yg lebih berpanjangan berbanding sumber yg lain. Ini kerana nilai glisemik index (GI) yg rendah menyebabkan ia akan lebih lambat diuraikan atau 'dihabiskan' oleh badan. Protein juga membantu pertumbuhan sel kulit baru yg lebih elok. Justeru, ibu hamil akan kelihatan lebih glowing & berseri sepanjang kehamilan. Bagi janin/bayi di dalam kandungan pula, protein membantu pembentukan daging, otot serta lemak yg sihat.


Cukupkah bekalan nutrisi hanya dari pemakanan seharian sahaja?

Boleh jadi mencukupi. Terutamanya apabila kita benar-benar mengira jumlah nutrisi yg diperolehi dari setiap sesi pemakanan kita. Untuk itu, ibu hamil WAJIB mengambil jumlah nasi, daging, bijirin, sayuran serta buah-buahan dalam kuantiti yg memenuhi keperluan nutrisi yg diperlukan. Sebagai tambahan, sumber setiap makan tersebut haruslah TIDAK DICEMARI oleh bahan kimi lain seperti racun serangga, baja kimia atau apa-apa bahan sewaktu dalam proses penanaman & penyediaan yg boleh menggangu gugat jumlah nutrisi sebenar yg boleh diperolehi daripada satu-satu sumber semulajadi tersebut.


Adakah pilihan lain sekiranya pemakanan harian tidak membekalkan nutrisi yg sepatutnya?

ADAAA.
Anda boleh mengambil supplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian yg diperolehi daripada pemakanan semulajadi. Namun, anda perlu PASTIKAN bahawa supplemen yg diambil adalah terdiri daripada bahan semulajadi; bukannya supplemen sintetik. Ini kerana, walaupun supplemen sintetik juga membekalkan nutrisi kepada kita, namun hakikatnya ia mampu memberi kesan sampingan lain yg membahayakan di kemudian hari seperti kerosakan buah pinggang & sebagainya.

vitamin ibu mengandung shaklee

SET IBU HAMIL SHAKLEE menyediakan supplemen vitamin yg lengkap untuk ibu hamil. Walaupun kita telah sedaya upaya menjaga pemakanan seimbang sewaktu hamil, namun, adalah amat penting untuk kita memastikan bekalan nutriisi yg diterima oleh tubuh badan kita mahupun bayi di dalam kandungan yg tersayang adalah mencukupi.



Nak order terus set ini? Boleh terus klik DI SINI.
Hubungi saya melalui Whatsapp di 014-984 0240 (Irda) untuk mendapatkan konsultasi eksklusif selepas anda menerima order anda ye.



Atau anda boleh hubungi saya trlebih dahulu untuk sebarang pertanyaan atau pembelian secara personal dari saya. (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...