AWAS! CIRI-CIRI PRODUK KOSMETIK YG MENGANDUNGI MERKURI BERBAHAYA!

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Pantang ada produk kecantikan terkini yg menjadi fenomena di pasaran, memang lajuuu je ramai yg nak mencuba. Apatah lagi bila disertakan testimoni-testimoni 'menggoda' yg menjanjikan kesan yg pantas seperti "Cerah dalam 3 Hari Sahaja!" atau "Jerawat & parut hilang dalam 2 Hari!" ataupun "Kulit Tegang & Flawless dalam 4 Hari!". Haaaa.. memang makin lajuuulah orang perempuan beli. TANPA MEMIKIRKAN apakah 'bahan rahsia' dalam kosmetik/krim tersebut yg kononnya boleh menjadikan kesannya begitu 'hebat' sekali dalam masa yg singkat. AWAS YE!! Kerana produk-produk yg menjanjikan 'kesan hebat segera' seperti ini biasanya PASTI mengandungi bahan terlarang yg dikenali sebagai MERKURI. Dan, merkuri dalam produk kosmetik atau krim kecantikan ini adalah AMAT BERBAHAYA ke atas kulit kita untuk kesan jangka panjang!


bahaya produk ada merkuri


APAKAH KELEBIHAN MERKURI?

Merkuri adalah sejenis bahan logam (raksa) yg boleh ditemui secara semulajadi di dalam batu-batuan serta beberapa sumber semulajadi yg lain. Sifat semulajadi merkuri adalah berwarna kekelabuan, tidak berbau, tidak larut dalam air serta mempunyai ciri alkohol.

Pada asalnya, pada zaman dahulu kala, merkuri digunakan untuk memutihkan kulit dari sejak zaman Mesir kuno lagi. Namun, lama-kelamaan industri kecantikan telah mula menyalahgunakan fungsi merkuri ini dengan memasukkan jumlah merkuri yg berlebihan dalam produk kosmetik bagi menjadikan produk yg dijual kononnya lebih cepat menampakkan kesan dan sekaligus meningkatkan jualan! Ketamakan & salah guna inilah yg akhirnya menjadikan wanita yg terlalu terdesak ingin menjadi cantik 'kelabu mata' lantas terpengaruh dengan kempen/promosi 'hebat' produk seumpama ini.


KESAN MENGGUNAKAN PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI

Produk kosmetik seperti krim siang/malam yg mengandungi merkuri sememangnya diakui akan memberikan kesan yg amat memuaskan dalam jangka waktu yg singkat. Namun sebenarnya, penggunaan merkuri berlebihan terutamanya yg terkandung di dalam produk kosmetik adalah amat berbahaya; terutamanya bagi jangka masa panjang. Kesan buruk akibat penggunaan merkuri ini dipanggil sebagai 'keracunan merkuri'. Antara kesan buruk penggunaan kosmetik yg mengandungi merkuri adalah:


  • Kulit menjadi semakin rosak (gatal-gatal atau timbul bintik-bintik) jika anda berhenti menggunakan produk tersebut.
  • Kulit menjadi kusam dan kehitam-hitaman seperti lebam; lebih teruk dari sebelumnya jika berhenti menggunakan produk.
  • Menyebabkan kanser kulit.
  • Kegagalan buah pinggang - kerana walaupun bukan dimakan, namun merkuri mudah meresap ke dalam kulit dan masuk ke dalam sistem aliran darah manusia.
  • Meningkatkan potensi hilang daya ingatan.
  • Merencatkan pertumbuhan janin bagi ibu mengandung.
  • Emosi yg tidak stabil.
  • Mengakibatkan kerosakan saraf.
  • Perpeluhan luar biasa, degupan jantung semakin laju & tekanan darah tinggi.



APAKAH CIRI-CIRI PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI?

Secara asasnya, anda sepatutnya membaca & memeriksa terlebih dahulu setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.

Selain dari membaca & mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:


  1. Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
  2. Tidak homogen. Bila ia dibiarkanlama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
  3. Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam - seakan pucat.
  4. Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
  5. Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
  6. Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
  7. Berkilau/'bling-bling' bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
  8. Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
  9. Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.



kesan merkuri dalam produk kecantikan
Krim mengandungi merkuri akan kelihatan berkilau/bling-bling bila disapu pada kulit

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jangan terpengaruh dengan 'janji-janji manis' yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli.


Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila.

Bagi saya pula, saya lebih selesa menjaga kecantikan dari dalam dengan mengambil supplemen yg baik untuk kulit & kesihatan keseluruhan. Untuk penjagaan luaran pula, Nutriwhite SkinCare adalah set TERBAIK untuk kulit normal/kombinasi seperti saya. Kesemua yg saya gunakan dijamin halal, selamat & berkesan tanpa kesan sampingan. Malah ia telah diuji & disahkan secara klinikal oleh pakar nutrisi & pakar kulit. Dan anda boleh tiru macam saya dengan mendapatkan semua yg terbaik untuk kecantikan kulit anda di sini. Atau ceritakan terus kepada saya masalah kulit anda melalui SMS/Whatsapp ke: 014-984 0240 (Irda). Dan saya akan bantu anda sebaiknya!

Irda
Mentor Masalah Kulit Anda.

TERBUKTI! VITAMIN E COMPLEX BOLEH MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Menimang cahaya mata adalah sesuatu yang amat diinginkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Cuma, ada yang ingin terus mendapatkan cahaya mata, tetapi ada pula yang merancang untuk melewatkannya atas sebab masing-masing. Namun, bagi pasangan yang terus menginginkan cahaya mata, tetapi masih belum memperolehinya selepas setahun berkahwin, pelbagai kerisauan akan mula melanda fikiran sama ada suami mahupun isteri.. Dan tahukah anda bahawa salah satu punca kelewatan mendapat zuriat bagi sesetengah pasangan adalah disebabkan oleh masalah ketidaksuburan lelaki?

cara mudah hamil



Tahukah anda, bahawa hampir 40% daripada kes kesukaran mendapat cahaya mata adalah disebabkan oleh lelaki? Ia terjadi akibat ketidaksuburan lelaki yang berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk 'berusaha' menembusi dinding ovum wanita. Titisan air mani yang sihat HARUS mengandungi 40juta sperma yang sihat untuk mampu menjadikan seorang wanita itu mengandung.

Antara punca yang merosakkan kualiti sperma lelaki adalah:

  • Merokok
  • Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang & sihat
  • Tidak rajin bersenam
  • Gemar meminum arak
  • Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Amat jarang melakukan hubungan intim dengan isteri

Terdapat 6 cara yang disarankan bagi mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki ini iaitu:

  • Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.


Vitamin E Complex Shaklee merupakan salah satu supplement vitamin Shaklee yang disarankan untuk diambil oleh para suami yang telah sekian lama mencuba untuk memperolehi zuriat. Ini kerana Vitamin E Complex ini mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki; dari aspek meningkatkan kualiti serta bilangan sperma. Antara kandungan Vitamin E Complex ini adalah:

  1. Vitamin E semulajadi - Vitamin E merupakan sumber yang kuat untuk imuniti dan kulit & mata yang sihat. Ia juga bertindak sebagai anti oksidant bagi badan manusia. Ia mampu melindungi sel-sel badan manusia daripada rosak.
  2. Selenium - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin.
  3. Ekstrak biji anggur - Ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya. Ia amat berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant. Ia juga dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser.

Justeru, kepada mereka yang telah sekian lama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, pengambilan Vitamin E Complex ini boleh menjadi satu lagi ikhtiar untuk mendapatkan si comel yang amat diidamkan selama ini! Insya Allah, dengan iringan doa & tawakkal, ia akan membuahkan hasil suatu hari nanti.. (^_^)


Suami anda merokok? Risau dengan kualiti sperma suami sebab dah lama sangat tak dapat anak? Jom ikhtiar dengan cara yg sihat! Saya consult anda.


Harga retail sebotol (120biji): RM149
*Sebotol untuk kegunaan/pengambilan 4 bulan.

Beli SEKARANG! Hanya klik button ini.


SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

MANDI AIR SEJUK UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Tahukah anda? Jika tuan puan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, mandi air dingin adalah salah satu cara yang boleh dicuba oleh pihak suami. Memang kebanyakan kita lebih suka berendam dalam sauna, mandi air panas, namun air yang dingin sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri terhadap kesihatan dan mampu meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki. Malah, mandi air panas sebenarnya tidak elok untuk organ pembiakan lelaki kerana ia boleh menurunkan kadar bilangan sperma.

masalah kesuburan lelaki

Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya ingin mandi dengan menggunakan air suam sekali-sekala. Namun, sebaiknya ia tidak dijadikan amalan harian; malah mungkin sehingga 2-3 kali sehari untuk mandi dengan air suam.


BAGAIMANA JIKA SAYA TELAH MENGAMALKANNYA SEBELUM INI? ADAKAH CARA UNTUK MENINGKATKAN KEMBALI KESUBURAN SAYA/SUAMI?

Anda tak perlu terlalu risau jika anda telah sekian lama mengamalkan mandi air suam sebelum ini. Ini keran masih terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tahap kesuburan anda kembali. Antara yg boleh dilakukan adaah:


  • Menukar tabiat mandi air suam dengan menggunakan air sejuk.
  • Melebihkan pengambilan air kosong & meminimumkan pengambilan air manis atau berkarbonat. Ambil sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari; terutamanya pada waktu siang.
  • Melakukan senaman berkala sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi.
  • Tidak merokok atau mengambil minuman keras.
  • Mengamalkan pemakanan yg sihat, seimbang, kurang berlemak serta mengelakkan pengambilan makanan segera atau berproses.
  • Mengambil supplemen untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhannya dan supplemen khas yg boleh meningkatkan kualiti & kuantiti sperma.



ADAKAH SUPPLEMEN SHAKLEE YG BOLEH MEMBANTU?

Insya Allah adaaaaa...
Boleh amalkan supplemen dari Shaklee yang di cadangkan.


  • Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif lelaki, meningkatkan kuantiti & kualiti sperma supaya lebih sempurna sifatnya & lebih mudah mensenyawakan ovum.
  • Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki. 
  • Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma & mengawal DNA yg dibawa oleh sperma supaya ia sempurna. DNA dalam sperma yg rosak akan menyebabkan janin mudah gugur ataupun bayi yg dilahirkan mengalami kecacatan akibat masalah kromosom.
  • Omega Guard - Asid lemak Omega-3 amat penting untuk kesihatan fungsi hormon, kaya dengan prstaglandins untuk sperma yg sihat. Kekurangan prostaglandins dalam air mani lelaki boleh menyebabkan kualiti sperma yg teruk, sperma tidak normal sifat & bentuknya, kuantiti sperma yg sedikit serta kegagalan sperma untuk berenang & menembusi ovum.


Di samping itu, para lelaki juga amat digalakkan untuk kurangkan minum dan makan dari sumber kafein. Anda juga digalakkan untuk berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Jika anda ingin meningkatkan kesuburan & inginkan cahaya mata dengan kadar segera, hubungi saya untuk memesan supplemen yg sepatutnya anda ambil demi usaha & ikhtiar anda itu. Konsultasi sepenuhnya saya sediakan untuk setiap pelanggan saya. TAK PERLU SEGAN ATAU MALU. Saya hanya membantu, demi kebahagiaan anda suami isteri. SMS/Whatsapp saya di: 014-984 0240. Segala perbualan kita adalah sulit. (^_^)

Irda
Mentor Kesuburan Suami & Isteri

KHAS UNTUK PENGEDAR SHAKLEE - TEKNIK BISNES COACHING DOWNLINE YG PALING MUDAH, SANTAI & BERKESAN!

Artikel kali ni KHAS UNTUK PENGEDAR SHAKLEE seluruh Malaysia. Tak kira anda di bawah susur galur siapa pun, anda layak untuk terus membaca dan mendapat faedah daripada artikel ini. Sama ada anda pengedar Shaklee yg baru nak mula menapak dalam bisnes ini, mahupun yg telah mencapai ranking leader yg hebat; saya yakin, teknik yg akan saya kongsikan ini pasti BELUM PERNAH anda lakukannya. Mengapa? Sebab ini adalah teknik fun learning yg terulung & pertama seumpanya dicipta dalam dunia bisnes Shaklee. Malah, ini adalah teknik coaching downline yg PALING SANTAI & BERKESAN untuk membimbing downline anda memahami & merasai sendiri membangunkan bisnes Shaklee mereka.


keistimewaan shaklee


BOSAN DENGAN TEKNIK LAMA YG KURANG BERKESAN?

Jika anda seorang leader dalam bisnes Shaklee, anda PASTI pernah melalui situasi ini dalam proses coaching downlines & susur galur anda:


  • Downlines sukar datang ke kelas yg dianjurkan.
  • Downlines sering takde masa atau terlalu sibuk untuk mendengar webinar secara komited di rumah kerana gangguan anak-anak & tugasan di rumah.
  • Downlines sukar memahami apa yg diajarkan di dalam kelas.
  • Downlines masih 'tidak nampak' hala tuju mereka walaupun sudah beberapa lama menyertai bisnes Shaklee - menyebabkan mereka semakin 'lemau' dan tidak bersemangat.
  • Downlines tidak mempunyai momentum yg kuat untuk terus mendaki rank leadership akibat telah berada di 'Zon Selesa' - selesa dengan situasi & income sedia ada.
  • Downline tak tahu apakah langkah seterusnya yg perlu dilakukan setelah mencapai satu-satu target dalam jangka masa tertentu. Akibatnya, mereka kekal berada di takuk/rank yg sama untuk jangka masa yg terlalu lama.

Dan pelbagai lagi masalah/isu yg biasa dihadapi oleh seorang SID; terutamanya leader dalam bisnes Shaklee kan?


NAK JALAN PENYELESAIAN YG BERKESAN & MENYERONOKKAN?

Menurut Edgar Dale; seorang pakar pendidikan di Amerika Syarikat, manusia sebenarnya lebih banyak belajar dengan berkesan apabila seseorang itu membuat praktikal ataupun mengaplikasikan terus apa sahaja ilmu yg dipelajarinya. Sebaliknya, jika seseorang itu hanya memperolehi sesebuah pengetahuan itu melalui pembacaan mahupun hadir ke kelas, peratus penerimaan ilmu itu sebenarnya adalah terlalu rendah dan ia amat mudah dilupakan oleh si penerima ilmu. Teori ni dizahirkan di dalam 'Cone of Learning' yg diformulasikan oleh beliau.


cara coaching bisnes berkesan


MASTERIA! - PENYELESAIAN CARA BISNES COACHING YG MUDAH, SANTAI & BERKESAN!

Justeru, buat pertama kalinya dalam dunia bisnes Shaklee, Presidential Master Hadhatina & Mohd Kamarul Baharin telah mencipta satu GAME BOARD KHAS untuk para pengedar Shaklee seluruh Malaysia untuk menjalankan bisnes coaching dengan cara yg palin mudah, santai & berkesan - iaitu melalui MASTERIA!

Apa itu MASTERIA? Ok, nak mudah faham, ia adalah satu game board yg menyerupai konsep permainan Monopoly. Namun, dalam MASTERIA ini, fokus permainan lebih tertumpu untuk membimbing para SID yg bermain 'melalui' sendiri perjalanan seorang SID untuk menjadi Master Coordinator. Malah, Master Hadhatina & Mohd Kamarul Baharin sememangnya mencipta permainan ini berdasarkan pengalaman & perjalanan mereka sendiri selama 4 tahun di dalam dunia bisnes Shaklee sehingga bergelar Master Coordinator.




BAGAIMANA CARA PERMAINAN MASTERIA INI BOLEH MEMBANTU?

Dalam kotak set MASTERIA ini ada dijelaskan secara terperinci arahan dan cara permainannya. Namun, sebagai gambaran awal, saya jelaskan di dalam video ini:




APA KATA PARA MASTER TENTANG MASTERIA INI?

Masteria bukan sahaja telah melalui proses 'test drive' oleh ahli kumpulan kami sahaja; malah 2 orang Master Coordinator terhebat dalam dunia bisnes Shaklee juga telah mencuba & mengakui kehebatan & keberkesanan MASTERIA INI!


pengedar shaklee johor bahru


"Ini adalah permainan/game yg cukup bermanfaat, yg terulung dalan dunia Shaklee. Satu usaha yg kreatif yg dapat memberi ilmu & keseronokan dalam masa yg sama untuk para leader bersama dengan downlines."
-Master Datuk Hj Roslan-


pengedar shaklee johor bahru


"Masteria bukan sekadar sebuah game. Tetapi ia adalah perjalanan pahit maung seorang SID untuk menjadi Master Coordinator."
-Presidential Master Lyna Noh-

"Best Masteria ni, sebab dia refleks situasi sebenar!"
-Presidential Master Zainul Anuar-


BAGAIMANA NAK DAPATKAN MASTERIA YG SEDANG MENJADI FENOMENA DALAM GROUP KAMI NI?


cara jadi pengedar shaklee
Set MASTERIA

Mudah sahaja!


Anda boleh menghubungi saya untuk order berapa sahaja jumlah set MASTERIA yg anda kehendaki. Selain untuk sesi coaching anda bersama dengan downlines dalam organisasi anda, anda juga boleh menjadikan MASTERIA ini sebagai:


  • Hadiah untuk downlines yg mendapat pencapaian cemerlang pada bulan-bulan tertentu. Ini akan membantu mereka untuk menjalankan lebih banyak coaching berkesan lagi pada masa hadapan dan meluaskan empayar bisnes mereka.
  • Bekalan untuk aktiviti anak-anak bermain sewaktu anda sedang mengadakan/menjalani kelas atau bengkel bersama downlines anda. MASTERIA sesuai dimainkan oleh anak-anak seawal usia 8 tahun; yg telah mengenal nilai wang ringgit.
HARGA:
1 set MASTERIA hanya berharga RM100 sahaja.
*Tidak termasuk caj pos.

Dan harga ini adalah amat berpatutan; sejajar dengan fungsi serta berbanding dengan permainan yg seumpamanya di pasaran luar.

Usah pening lagi dengan teknik coaching lama yg kurang berkesan! Jom MOVE ON! Kita lakukannya secara santai & berkesan supaya downlines kita menjadi seronok menjalani bisnes coaching bersama kita. Malah, mereka akan lebih 'cepat tangkap' tentang apa yg kita ajarkan!

MASTERIA ADALAH TEKNIK BISNES COACHING YG ANDA SANGAT PERLUKAN!


Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
Ejen MASTERIA Anda.



CARA BERKESAN UNTUK BANTU MENGUBATI KENCING MANIS, STROKE & THYROID

Tahukah anda bahawa 3 jenis penyakit ini iaitu kencing manis, stroke & thyroid lebih mudah untuk diubati dengan pengambilan supplemen? YA. Kerana ketiga-tiga penyakit ini adalah antara penyakit yg memerlukan pesakit untuk memperbaiki sel-sel sedia ada serta sel-sel yg telah rosak teruk akan digantikan dengan pertumbuhan sel baru yg elok & sihat. Hasilnya, supplemen ini amat membantu untuk mengubati pesakit kencing manis, stroke & thyroid. Meh, saya nak share dengan anda 3 TESTIMONI PENGGUNA VIVIX yang melibatkan 3 jenis penyakit berbeza iaitu KENCING MANIS (DIABETES), STROKE & THYROID. Kita tengok sendiri macam mana Vivix ni, dengan hanya 1 sudu kecil sehari boleh mengubah seluruh kehidupan pesakit-pesakit yg hampir tiada harapan ni.


ubat untuk thyroid


TESTIMONI 1:
===========
Lelaki berusia awal 30-an yang menghidap diabetes serta seorang ibu yang juga menghidap diabetes, berserta beberapa komplikasi lain iaitu sakit lutut,darah tinggi, jantung bengkak & sakit badan. Beransur sembuh selepas hanya 2 minggu sahaja tau. Yg penting, kita yakin dengan apa yg kita ambil.


vitamin untuk kencing manis


TESTIMONI 2:
==========
Ibu yg telah diserang minor stroke mampu sihat & berjalan semula selepas mengambil Vivix HANYA SELEPAS 3 HARI SAHAJA! Jika anda tahu nilai 'keajaiban' yg boleh Vivix bawa ke dalam hidup anda, wang bukanlah lagi ukuran. Malah anda PASTI dapat melihat pembelian Vivix ini adalah pelaburan yg amat berbaloi-baloi.


cara mengubati stroke


TESTIMONI 3
==========
VIVIX berjaya menghilangkan tiroid dalam masa 14 hari sahaja. Semuanya dengan ikhtiar & kuasa Allah S.W.T.. Alhamdulillah.. (^_^)




BAGAIMANAKAH VIVIX BERTINDAK UNTUK MEMBANTU DIABETES, STROKE & THYROID?

1. Mempertahankan sel (cell defense).
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy).
3. Memperbaiki sel (cell repair).
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance).


SIAPAKAH LAGI YANG SEPATUTNYA MENGAMBIL VIVIX?

1. Warga emas.
2. Mereka yang mempunyai risiko kanser.
3. Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser.
4. Mereka yang menghidap diabetes Jenis 1.
5. Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit.
6. Mereka yang tua sebelum masanya.
7. Mereka yang tinggi kolesterol dalam darah.
8. Mereka yang berisiko sakit jantung.
9. Warga emas yg menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit lutut, tulang dan sebagainya dalam satu masa. Jadi, mereka tidak perlu menelan banyak jenis pil dalam satu masa.

*Nota:

» Jangan ambil Vivix sekiranya anda sedang menjalani rawatan kimoterapi.
» Ibu mengandung tidak boleh mengambil Vivix.
» Ibu menyusu tidak digalakkan mengambil Vivix.

========================================================================


HARGA RETAIL NORMAL VIVIX: RM475

*Dapatkan keahlian percuma seumur hidup (bernilai RM69) dengan pembelian 2 botol Vivix!
*Dapatkan DISKAUN 20% dan mata terkumpul apabila mendaftar sebagai Ahli Shaklee! Dan beli produk Shaklee dengan Harga Ahli terus semasa pendaftaran dibuat!
*Pendaftaran HANYA RM69 untuk seumur hidup!

========================================================================


Jika ada di antara ahli keluarga anda yg menghidap kencing manis, stroke ataupun thyroid, jangan lepaskan peluang untuk menghubungi saya & mencuba Vivix. Belum pernah ada yg menyesal selepas merasai sendiri kesan hebat Vivix ini. Ia mampu mengubah hidup seseorang yg hampir putus harapan. Ia sememangnya BERKESAN.


Irda


014-984 0240 (SMS/Whatsapp)


SID Pro Anda.

CARA MUDAH MENURUNKAN BACAAN KENCING MANIS SUPAYA TAK PERLU POTONG KAKI

Tahukah anda bahawa 1 daripada 7 rakyat Malaysia kini menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes? Ya. Dan apa yg lebih menggerunkan adalah, semakin ramai rakyat Malaysia yg menghidap penyakit kencing manis pada masa kini terdiri daripada golongan muda yg masih aktif bekerja. Mengapa? Kerana majoriti rakyat Malaysia semakin tidak mengamalkan gaya hidup & pemakanan yg sihat. Kita terlalu banyak meminum air kotak, jus, air berkarbonat dalam tin, kuih-muih, teh tarik, nasi tinggi kanji, merokok serta kurang minum air kosong & malas bersenam. Sebelum terlambat, kita perlu mengambil langkah untuk menurunkan bacaan kencing manis kita. Jika tidak, anda harus menanggung akibatnya, malah mungkin boleh kehilangan kedua-dua belah kaki anda!


kencing manis


Berapakah bacaan paras gula yg normal?

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad (rujuk artikel berkaitan di sini), bacaan paras gula yg normal bagi seseorang yg tidak hamil adalah di bawah 5.5mmol/L apabila seseorang itu berpuasa. Jika diuji 2 jam selepas makan, bacaan paras gula normal adalah kurang daripada 7.0mmol/L. Dan selepas 3 jam, bacaan tersebut sepatutnya menurun sehingga kurang daripada 6.0mmol/L.

Kebiasaannya, untuk menguji sama ada seseorang itu benar-benar mempunyai kencing manis ataupun tidak, adalah dengan mengambil ujian Oral Glucose Tolerance Test (OGTT). Dalam ujian ini, pesakit akan diminta untuk meminum air gula. Bacaan paras gula akan diambil sebelum dan selepas pesakit meminum air gula tersebut. Jadual berikut menunjukkan indikator hasil bagi bacaan bagi ujian OGTT tersebut.


bacaan kencing manis

Jika anda mempunyai bacaan paras gula yg melebihi normal, maka ujian OGTT ini perlu diulang dalam tempoh masa tertentu mengikut konsultasi doktor anda.

Apakah risiko yg anda hadapi apabila menghidap kencing manis?

Ada 9 risiko merbahaya yg mungkin akan anda hadapi apabila anda menghidap kencing manis, iaitu:


  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Pandangan mata yg semakin kabur - boleh menjadi buta akhirnya
  • Komplikasi/serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Koma
  • Angin ahmar/stroke
  • Penyakit saraf (neuropati)
  • Gangrene (sebahagian tubuh menjadi hitam & mati)
  • Anggota badan dipotong (kebiasaannya akibat luka yg dijangkiti kuman dan sukar sembuh).

merawat kencing manis
Luka yg amat mudah dijangkiti kuman dan merebak sering terjadi kepada pesakit kencing manis. Luka ini amat sukar untuk sembuh. Akhirnya, anggota badan yg terlibat biasanya harus dipotong untuk mengelakkan jangkitan yg lebih teruk lagi.


Bagaimanakah cara mudah untuk menurunkan bacaan kencing manis supaya tidak lagi berhadapan risiko berbahaya tersebut?

Terdapat beberapa petua tradisional & tips moden untuk menurunkan bacaan kencing manis dengan mudah. Hampir kesemuanya melibatkan pemakanan dan perubahan gaya hidup yg lebih sihat.

1. Kurangkan mengambil makanan tinggi kandungan gula - seperti kuih-muih, air tin/kotak, gula-gula, susu pekat manis, serta minuman di restoran.


punca kencing manis
Perbandingan kandungan gula dalam beberapa jenis air minuman di pasaran


2. Perbanyakkan minum air kosong - sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan seharusnya lebih apabila anda mempunyai berat badan berlebihan.
3. Kurangkan makan di restoran atau di kedai makan. Perbanyakkanlah memasak sendiri makanan di rumah - ini membolehkan anda mengawal sendiri jumlah gula yg dimasukkan ke dalam makanan & minuman anda.
4. Menukar beras biasa anda kepada beras perang atau beras basmathi yg lebih rendah kandungan kanjinya. Tukar juga gula pasir anda kepada gula perang.
5. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran yg membantu mengurangkan paras gula seperti brokoli, peria katak, bayam & kekacang hijau.
6. Perbanyakkan mengambil 'Superfood' yg boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah seperti yogurt, roti bijirin penuh, minyak zaitun mentah, oat serta buah-buahan sitrus seperti lemon & limau.


superfoods


7. Mengamalkan mengambil bawang putih (petua tradisional Cina). Tetapi, jika nak mujarab, haruslah mengambil 4-5 biji bawang putih dalam sehari.
8. Mengambil sirap Vivix Shaklee. Kajian klinikal membuktikan bahawa Vivix Shaklee adalah antioksidan yg sangat kuat dan amat membantu menurunkan bacaan kencing manis dengan mudah serta dalam masa yg singkat. Vivix juga membantu untuk memperbaiki sel-sel yg telah rosak serta membantu pertumbuhan sel baru yg lebih elok & sihat.

Telah banyak testimoni yg menunjukkan keberjayaan menurunkan bacaan kencing manis dengan berkesan dengan pengambilan Vivix. Dan 99% pesakit kencing manis yg telah mencuba Vivix merasakan ini adalah pilihan yg paling mudah untuk diamalkan iaitu dengan hanya pengambilan 1 sudu kecil sahaja setiap hari. Manakala kesannya pula dapat dilihat seawal 1-2 minggu.


Testimoni Vivix Shaklee membantu menurunkan bacaan kencing manis


ubat kencing manis


ubat kencing manis
ubat kencing manis

Jom amalkan gaya hidup yg lebih sihat. Cegah kencing manis sebelum ia 'menghantui' hidup anda. Jika anda atau ahli keluarga anda sudah pun mempunyai masalah kencing manis, masih belum terlambat untuk mengamalkan cara mudah menurunkan bacaan kencing manis yg telah saya sarankan tadi. Malah, telah ramai sebenarnya yg memilih untuk mengamalkan Vivix yg berasaskan bahan semulajadi untuk mengurangkan bacaan kencing manis dengan cepat & mudah. Hanya 1 sudu kecil sahaja setiap hari dan anda akan menjadi semkin sihat & bebas dari belenggu kencing manis.

Jika anda ingin membuat pilihan bijak mencegah kencing manis secara mudah dengan Vivix, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya SEGERA melalu SMS/Whatsapp di 014-984 0240 (Irda). Kerana semakin anda bertangguh, semakin tinggi risiko anda untuk merana seumur hidup & mungkin anda akan kehilangan salah satu anggota anda kelak!

Irda
Mentor Risiko Kencing Manis Anda.

SABUN CUCI BAJU UNTUK BAYI & SEISI KELUARGA - TAK PERLU ASINGKAN BAJU LAGI!

Pernah tak khususnya ibu-ibu di luar sana terfikir untuk memiliki sejenis sabun pencuci baju yg boleh digunakan untuk mencuci pakaian seluruh isi rumah? Kerana kebiasaannya, sabun pencuci yg dijual secara komersil tidak sesuai untuk digunakan bagi mencuci pakaian bayi & kanak-kanak. Ia akan menyebabkan sesetengah fabrik seperti cotton (kain kapas) menjadi kasar dan ini akan menimbulkan kerengsaan & reaksi tidak baik oleh kulit kanak-kanak; apatah lagi bayi.


tips mencuci pakaian bayi

Dan sememangnya, kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam. Bukan sahaja pada kanak-kanak, malah pada dewasa juga.


sabun cuci baju shaklee


Get Clean Fresh Laundry Concentrate dari Shaklee adalah sabun berasaskan bahan semulajadi yg selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga; malah ia selamat kepada alam sejagat juga. Haaaa.. inilah tips mencuci pakaian bayi & anak-anak yg PALING BEST tau. Get Clean Fresh Laundry Concentrate juga disahkan:

  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Berkesan
  • Berkepekatan tinggi - hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri
  • Mesra Alam - rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Jom TUKAR SABUN PENCUCI ANDA hari ini! Supaya pakaian lebih selesa dan pembelian lebih berbaloi untuk seisi keluarga. Eh, saya guna sekotak ni untuk hampir 6 bulan tau; dengan bilangan ahli keluarga 2 dewasa & 2 kanak-kanak yg sedang aktif membesar (sehari 4-5 pasang baju bertukar!). Bukan sekadar jimat, inilah saya rasa tips mencuci pakaian bayi & anak-anak yg paling berbaloi-baloi bagi saya seisi keluarga!

ORDER SEKARANG!

Irda
SID Pro Anda.
SMS/Whatsapp: 014-984 0240

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...