APA ITU PROTEIN?

Assalamualaikum semua! Hari ni nak cerita pasal sesuatu yg semuaaa orang tahu ia penting.. Terutamanya bagi mereka yg nak menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan sihat.. Tapi ramaaaaai yg tak tahu bahawa kita memerlukannya dengan banyak setiap hari untuk pelbagai kepentingan tubuh kita.. Apa tu ye? Ia adalah PROTEIN.

Apa itu PROTEIN?

Protein diperlukan oleh setiap sel hidup dalam badan mereka. Selain daripada air, protein membentuk sebahagian terbesar berat badan kita. Dalam tubuh manusia, protein membentuk otot, ligamen, tendon, organ, kelenjar, kuku, rambut dan tulang. Enzim dan hormon yang menjadi pemangkin dan mengawal selia semua proses badan adalah protein. Selain itu, protein juga membantu untuk mengawal keseimbangan air dalam tubuh dan mengekalkan pH dalaman yang sepatutnya.

Kenapa kita memerlukan protein setiap hari?

Hakikatnya, protein boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Badan kita memerlukan protein utk tumbesaran yang sihat. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel, ia membentuk tisu. Dari tisu pula ia membentuk organ. Daripada organ, ia membentuk sistem. Dan yg penting, protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (yang berkualiti), sel yang sihat akan mudah terbentuk untuk menggantikan sel-sel yang lama. Segala penyakit pada zaman moden ini sebenarnya adalah disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat.

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 25% daripada badan kita berasal (diperbuat) daripada protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Apakah risiko kekurangan protein?

» Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
» Kidney disease (penyakit buah pinggang)
» Liver (penyakit hati)
» High Cholesterol (kolesterol tinggi)
» Low blood pressure (tekanan darah rendah)
» Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
» Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
» Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
» Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
» Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
» Poor vision (Penglihatan kurang baik)
» Irritability (Badan menggeletar)
» Fatigue (Letih lesu)
» Weakness (Lemah)
» Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
» Prolonged period of time mental retardation (Terencat akal)
» Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Umumnya, protein yang membentuk tubuh manusia tidak diperolehi secara langsung daripada diet harian. Sebaliknya, protein makanan akan dipecahkan kepada asid amino yang diperlukan badan dan kemudian digunakan untuk membina protein tertentu yang diperlukan. Kesimpulannya, protein ialah rantaian asid amino yang dihubungkan bersama. Jadi, kita sebenarnya memerlukan asid amino, yang kemudiannya barulah digunakan untuk membina protein yang diperlukan badan. (^_^) Credit: sihatcantikcergas.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...