MENYESAL DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE! PENGEDAR SHAKLEE PENIPU!


Sejak kebelakangan ini, Shaklee dah semakin tegas dalam menjaga exclusivity jenamanya sebagai pengeluar supplemen kesihatan berasaskan 100% bahan semulajadi. Salah satunya adalah dengan memastikan semua Pengedar Bebas ataupun lebih dikenali sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) menjual setiap produk Shaklee dengan HARGA RETAIL kepada mana-mana pengguna yg tidak berdaftar sebagai Ahli Shaklee.


Sebenarnya bukan apa, puncanya kerana sebelum ni terdapat SID yg menjual produk Shaklee dengan ‘harga tak masuk akal’ iaitu harga di bawah Harga Ahli! Lepas tu, main ‘touch n go’ pulak tu dengan pelanggan. Lepas jual, diorang biarkan pelanggan terkontang-kanting tanpa konsultasi cara pengambilan vitamin-vitamin yg dah dibeli tu. Sudahnya, pelanggan makan supplemen dengan tatacara yg tak betul, lepas tu timbullah isu tak berkesan la.. kesan sampingan buruk la.. produk Shaklee tak bagus la.. itu la.. ini la…


Inilah juga antara punca kenapa sesetengah pihak sangat menyesal mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sebab SID yg tak bertanggung jawab ni la! Mana tidaknya, sebelum daftar bukan main lagi beri janji manis itu ini.. kata nak bagi panduan la, nak bagi free gift la, nak follow up selalu la… tapi bila kita dah daftar jadi downline dia, boleh pulak dia biarkan kita terkontang-kanting! Yang lebih teruk lagi, bila kita nak buat bisnes Shaklee, satu benda pun dia tak guide kita! Semua kena belajar sendiri! Memang betul-betul menyesal daftar jadi ahli Shaklee bawah SID macam ni!

Sabar… Sabar.. hehe.. Hakikatnya, ramai lagi SID yg benar-benar jujur & komited dalam menjalankan perniagaan & tanggungjawab mereka kepada pelanggan & juga downlines mereka.. Contohnya macam saya ni lah.. awwww! Hehehe…

Meh saya bagi panduan sikit macam mana anda nak kenal atau tahu sama ada SID yg anda nak berurusan dengan tu adalah SID yg ok ke atau tak ok:

  • Periksa nombor ID pengedar tersebut sama ada di blog, website ataupun laman FBnya. Kebiasaannya, pengedar yg jujur akan memaparkan nombor IDnya di mana-mana sahaja. Nombor ID ini adalah identiti yg ‘mengikat’ pengedar dengan syarikat Shaklee.
  • Periksa sama ada pengedar tersebut ada memaparkan alamat email ataupun nombor telefon yg membolehkan kita untuk berhubung terus dengannya. ‘Si penipu’ biasanya akan mengelakkan pelanggan ataupun orang yg tidak dikenali dari berhubungan terus dengannya. Jika dia berani memaparkan nombor telefonnya, bermakna dia boleh dihubungi pada bila-bila masa dan ini agak menyukarkan untuk dia ‘lari’ daripada anda.
  • Periksa blog, laman web atau laman Facebooknya. Lihat bilakah tarikh terkini dia mengemas kini (update) post? Pengedar yg komited selalunya akan sentiasa aktif di mana-mana ruangan internet. Ini kerana internet adalah kaedah pemasaran (marketing) terkini untuknya memperolehi prospek pelanggan yg luas.
  • Jika pengedar mempunyai blog, periksa sama ada blognya tersenarai di 5-10 halaman pertama apabila anda membuat carian di search engine Google. Ini kerana, Google akan mengutamakan blog-blog yg aktif dan sentiasa dikemas kini. Blog-blog yg berada di halaman utama hasil carian adalah blog pengedar yg aktif & boleh dipercayai.
  • Berhubunglah secara terus dengan pengedar tersebut melalui telefon/SMS/Whatsapp. Pengedar yg komited biasanya akan menanyakan anda beberapa soalan berkaitan masalah kesihatan yg anda hadapi terlebih dahulu sebelum memberikan anda senarai harga secara melulu sahaja. Jika pengedar tersebut tidak langsung menanyakan apakah keadaan ataupun masalah anda secara terperinci, maka kelihatannya seolah-olah dia sekadar mahu ‘jual barang’ semata-mata; dan bukannya berniat untuk membantu anda menyelesaikan masalah kesihatan anda.

So, PILIHLAH PENGEDAR YG BETUL terutamanya jika anda ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee. Ini kerana, jika anda ‘tersilap pilih penaja’ ataupun upline anda, anda TAK BOLEH MENDAFTAR SEMULA sehingga tempoh setahun setengah selepas pendaftaran yg telah dibuat. Sudahnya, maka kekal lah anda menjadi downline kepada pengedar yg tak bertanggungjawab dan anda takkan nampak apa-apa kebaikan Shaklee selain daripada produk yg anda ambil.


Saya adalah PENGEDAR YG SANGAT KOMITED! JOM HUBUNGI SAYA! (^_^)

IRDA - 909714
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...