3 LANGKAH MUDAH TINGGALKAN LINK BLOG ANDA DI RUANGAN KOMEN

Kalau anda seorang blogger yg sentiasa inginkan rating serta bilangan pelawat yg tinggi setiap hari; terutamanya jika anda menjalankan perniagaan secara online, aktiviti BLOGWALKING adalah apa yg anda perlu lakukan dengan kerap mengikut logarithm Google yg terkini. Semakin banyak blog anda blogwalk & tinggalkan jejak di bahagian komen blog atau website lain, maka semakin tinggi kebarangkalian anda untuk menerima lebih ramai pelawat setiap hari.


pengedar shaklee jb
Majoriti blogger amat mengharapkan agar blogger lain membuat blogwalk ke blognya untuk meningkatkan rating serta bilangan pelawat setiap hari. Blog yg aktif dan sering menerima ramai pelawat setiap hari mempunyai peluang yg tinggi untuk tersenarai di dalam muka pertama carian di Google.


Kebiasaannya, kebanyakan blog atau laman web yg aktif akan mempunyai ruang untuk anda meninggalkan Nama anda dan juga URL/alamat blog atau website anda. Link ke URL anda ini penting bagi memastikan pemilik blog ataupun pembaca blog yg sampai di blog tersebut boleh mendapat pautan ke blog anda pula untuk blogwalk. Blogger yg membuat blogwalk untuk meningkatkan jumlah pelawat ke blog mereka akan merasa gembira/teruja jika ruang komen ada menyediakan kolum untuk pautan backlink ke URL blog/website mereka.


Contoh ruang komen di blog yg mempunyai kolum untuk diisi Nama & URL/address ke blog/website kita semula. Pengkomen yg inginkan pembaca untuk pergi ke blog mereka akan teruja memilih pilihan "Name/URL". Sesetengah blog/website menggunakan plug-ins luar seperti Commentluv, Intense Debate dan sebagainya untuk membolehkan pembaca meninggalkan backlink di ruangan komen blognya.

Walau bagaimanapun, tak semua blog atau website mempunyai ruang khas untuk anda letakkan pautan (link) ke blog anda. Jadi, bagaimana caranya untuk anda nak memudahkan pembaca atau pengkomen di blog tersebut boleh pergi ke blog anda dengan mudah hanya melalui ruang komen tersebut? Jom ikut 3 langkah mudah ni:

LANGKAH 1:

Klik pada ruangan "comment" pada post yg anda baca. Dan tulislah komen berhemah anda seperti biasa.


LANGKAH 2:

Di akhir komen anda, masukkan kod html berikut:

<a href=“www.google.com”>Home</a> - contoh original kod HTML

TETAPI, gantikan www.google.com dalam kod tersebut dengan link ke blog anda atau mana-mana blogpost yg ingin anda letakkan di komen tersebut. Dan gantikan Home dengan nama blog atau tajuk link kepada post yg anda ingin paparkan.

Contoh:

Untuk link ke blog anda:

<a href=yourhealthshoppe.blogspot.com“>Yourhealthshoppe.blogspot.com</a>

Untuk link ke salah satu blogpost anda:

<a href=yourhealthshoppe.blogspot.com/vitamin-untuk-sakit-otot/“>Vitamin Untuk Sakit Lutut</a>


LANGKAH 3:

Tekan butang "Post Comment".
Tadaaaa! Link ke blog atau blogpost anda akan keluar di akhir komen anda. Jika pemilik blog perlu meluluskan terlebih dahulu komen anda di blognya, komen & link anda akan dipaparkan sebaik sahaja ia diluluskan.


SELAMAT MENCUBA!
Kalau dah cuba, boleh komen kat sini ye sama ada jadi ke tidak.. sebab saya sendiri dah cuba tips ni dan memang menjadi!

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua! Dan jangan lupa singgah lagi ke blog saya ye! (^_^)

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...