Ramai yg tak tahu, sebelum terlibat dengan bisnes Shaklee, saya dah pernah terlibat dengan macam-macam bisnes kecil. Saya pernah jual baju baby, saya pernah jual tudung, saya pernah jual insurans, saya pernah jual rempeyek, saya pernah jual sambal pecal dan saya pernah join beberapa MLM lain di Malaysia ni. Ibu bapa saya sendiri juga, walaupun bekerja tetap sebagai guru, macam-macam bisnes part time pernah mereka buat. Buka kedai runcit, kedai makan, buat kuih & jadi peraih/pemborong hasil pertanian kampung pun pernah. Saya pernah buat bisnes freelance editing & town planning projects.
Maknanya, saya dah pernah lalui pelbagai pengalaman 'bisnes tak menjadi'. Tapi itu tak bermakna saya tak ditakdirkan untuk jadi businesswoman. Saya tetap berimpian untuk berjaya dalam bisnes. Cuma Allah belum temukan saya dengan bisnes yg benar-benar memenuhi jiwa saya barangkali. Tapi, sampai bila nak mencari yg sesuai kalau semuanya hanya separuh jalan, kan?
Dulu saya anti supplemen. Bagi saya supplemen ni satu pembaziran duit & nutrisi. Sebab, kita boleh dapat macam-macam nutrisi dari pemakanan kita seharian. TAPI SEBENARNYA IA TAK CUKUP. Sedang kita semakin sibuk dengan urusan dunia, pemakanan seharian kita pun lama-lama jadi semakin 'segera' dan kurang berkhasiat. Yg penting bagi kita, perut kenyang. Natijahnya, bermacam-macam penyakit biasa & luar biasa semakin melanda negara kita akhir-akhir ini, kan?
Bila saya mula berjinak-jinak dengan set vitamin Shaklee, saya mula rasa perubahan diri. Saya makin cergas, bertenaga, susah jatuh sakit & anak-anak saya juga semakin sihat & bijak. Lantas, saya berkeputusan untuk berkongsi khasiat & kebaikan yg saya rasai ni dengan ahli keluarga, rakan-rakan & dengan dunia luar. Lama-lama, semakin ramai yg saya berjaya bantu, saya dapati itulah kegembiraan sebenar yg saya cari - iaitu dengan membahagiakan orang lain. Malah, secara tak langsung saya membahagiakan juga anak-anak & keluarga saya dengan hasil pendapatan yg diperolehi.
So, KENAPA SHAKLEE? Sebab Shaklee ada pelbagai range produk. MACAM-MACAM. Saya rasa, supplemen untuk penyakit malas, jodoh & ajal je yg takde dalam Shaklee ni. Hehe..
Maknanya, macam-macam jenis orang jugalah yg dapat kita bantu dengan produk Shaklee ni. 1001 jenis penyakit & masalah kesihatan rasanya ada supplemennya dengan Shaklee. Dan yg PALING ISTIMEWA, semuanya 100% berasaskan bahan semulajadi, selamat, halal & berkesan. Bukan omongan kosong. Tapi dah terbukti dek kajian oleh saintis dalaman & luaran syarikat. Bukan calang-calang produk tau yg bagi pihak luar untuk buat ujian keberkesanan ke atasnya. Bermaksud, Shaklee memang sangat-sangat serius dalam membuktikan keberkesanan produknya. Itu antara kayu pengukur utama. Apatah lagi bila ditambah dengan testimoni-testimoni oleh pengguna yg telah berjaya mencapai apa yg mereka mahukan dengan menggunakan produk Shaklee.
Lagipun, kalau tak bagus, takkan dah hampir 60 tahun produk yg sama berada di pasaran, kan? Selain tu, meh tengok video ni.. Video ni MENJAWAB PERSOALAN PENTING kenapa saya bersungguh-sungguh buat bisnes Shaklee ni! (^_^)
Irda
SMS/Whatsapp: 014-984 0240
SID Pro Anda.