OMEGA GUARD SHAKLEE: SUMBER OMEGA-3 UNTUK ANAK YG BIJAK & KELUARGA YG SIHAT

Omega-3 adalah asid lemak yg diperlukan oleh badan manusia tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Ia PERLU diperolehi daripada sumber makanan seharian. Malangnya, pemakanan biasa seharian kita tidak cukup untuk membekalkan Omega-3 yg diperlukan oleh badan, jantung & otak kita untuk kekal sihat sehingga ke usia emas.

vitamin untuk kanak-kanak

Omega Guard Shaklee adalah salah satu pilihan minyak ikan TERBAIK di dunia yg terbukti boleh membantu:

  • Kanak-kanak menjadi lebih fokus & bijak.
  • Dewasa menjadi lebih fokus sewaktu bekerja.
  • Mengurangkan risiko & simptom asthma pada kanak-kanak.
  • Membentuk perkembangan otak janin di dalam kandungan.
  • Mengawal paras kolesterol jahat.
  • Mengurangkan risiko salur darah tersumbat.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Melegakan kesakitan oleh pesakit arthritis & rheumatoid arthritis.
  • Mengurangkan paras asid uric pada pesakit gout.
  • Mempercepatkan pembakaran lemak berlebihan.
  • Menstabilkan hormon & mencantikkan kulit.

omega guard shaklee


Jom pilih Set Omega Guard anda HARI INI! Hubungi saya untuk penjelasan lanjut tentang Set Omega yg anda perlukan berdasarkan keadaan & keperluan kesihatan anda! Konsultasi & follow up eksklusif umtuk semua customer Yourhealthshoppe!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

Pengedar Shaklee Keluarga Anda.

RAHSIA & TIPS KULIT CANTIK & AWET MUDA YG MEMBUATKAN SUAMI TAK MAHU KELUAR RUMAH

Saya lahir pada tahun 1981. So, tahun 2014 ni umur saya 33 tahun. Kalau kita lihat sekeliling; tak perlu tengok jauh-jauh, tengok di kalangan kawan-kawan kita pun kita boleh nampak perbezaan 'rupa' antara kita; terutamanya bila dah masuk umur 30-an ni kan.. Ada kawan kita yg jenis maintain je dari segi saiz; selim-melim, tapi kulitnya kelihatan kusam, tak glowing ataupun mula kelihatan jeragat ataupun bintik penuaan. Ada pula yg menjadi sedikit berisi; mungkin disebabkan oleh proses kehamilan & bersalin, tetapi kulitnya glowing, berseri-seri dan seolah-olah sama je licin & tegang macam masa baru habis sekolah dulu. Kan?

Haritu, ada salah seorang rakan sekolah saya tanya soalan ni kat group Whatsapp sekolah kami:

"Korang yg awet muda dalam ni semua makan Shaklee ye? Meh la share tips sket.."

Saya jawab, "Tak semua.. tapi majoriti memang ambil Shaklee.."

Lepas tu, dia terus Whatsapp saya personally. Dia tanya, apa rahsianya sampai kitorang yg 'makan Shaklee' ni maintain awet muda & comel je walaupun dah 30-an? Muka licin takde jerawat, kulit tegang, nampak berseri-seri & cergas je walaupun dah beranak-pinak! hehehe...

Inilah rahsianya - ye... VIVIX SHAKLEE!

tips awet muda

Tak percaya? Anda boleh Google mana-mana blog Pengedar Shaklee yg ada di Malaysia ni, yg memaparkan gambar profile mereka. Ataupun, boleh Whatsapp saya terus sebab nanti boleh tengok gambar profile saya dengan lebih jelas.. hehehe... awww!

So, macam mana sebenarnya Vivix Shaklee ni boleh membantu kita menjadi sehingga 25 tahun lebih muda & bertenaga? Apa fungsi Vivix ni sebenarnya ye?

Vivix bertindak dalam 4 cara iaitu:
1. Mempertahankan sel (cell defense).
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy).
3. Memperbaiki sel (cell repair).
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance).

Untuk lebih jelas lagi, jom tengok video ni. Penjelasan yg jelas oleh Dr. Bruce Daggy; Chief Science Officer & Senior Vice President of Research & Development, Shaklee Corporation; USA.



Jom order sebotol Vivix untuk menjadi awet muda seperti kami Pengedar Shaklee ni! Cuma 1 sudu teh sehari; kecantikan hasilnya nanti pasti akan membuat suami anda melekat di rumah walau anak anda dah masuk universiti!



p/s: Jangan biarkan suami anda jadi seperti suami 'Kak Mah'! Oooopsss.. Hehehehe...

Jom ORDER SEKARANG! Jangan tunggu lagi!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

OMEGA-3 MEMBANTU MASALAH TULISAN 'CAKAR AYAM' DI KALANGAN KANAK-KANAK

Suatu kajian telah dibuat ke atas seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Ia disuruh menulis 2 potong ayat seperti di dalam gambar berikut. Hasil di awalnya mendapati bahawa kanak-kanak ini mempunyai tulisan 'cakar ayam' yg agak sukar dibaca dan tidak begitu menepati rupa sebenar satu-satu huruf tersebut.
omega guard shaklee
Perbezaan tulisan sebelum dan selepas pengambilan supplemen Omega-3

Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan supplemen Omega-3 iaitu dari sumber minyak ikan selama 3 bulan berturut-turut setiap hari. Hasilnya, TULISAN BELIAU BERUBAH MENJADI SANGAT KEMAS & MUDAH DIBACA OLEH SESIAPA SAHAJA!


Mengapa ini boleh berlaku? Apa kaitan Omega-3 dengan otak kanak-kanak sebenarnya?

Menulis bukanlah sesuatu yg mudah sebenarnya. Ia memerlukan 4 perkara berlaku secara serentak iaitu:
  • Tangan yg memegang pen/pensil serta menulis dengan betul.
  • Mata yg mengikut gerakan tangan yg betul.
  • Otak yg berfikir tentang apa yg hendak dan sedang ditulis.
  • Koordinasi otak, tangan & mata yg fokus.

vitamin untuk kanak-kanak
Cara memegang pen/pensil yg betul - kanan & kiri

Tanpa koordinasi & fokus yg baik, tulisan seseorang akan menjadi 'cakar ayam' dan tunggang-langgang. Apatah lagi bagi seorang kanak-kanak yg mempunyai kebolehan untuk fokus dalam jangka masa yg lebih singkat berbanding dewasa. Mereka juga lebih mudah terganggu dengan perkara lain yg lebih menyoronokkan bagi mereka; contohnya bermain atau menonton televisyen.

Justeru, DHA & EPA di dalam asid lemak Omega-3 membantu otak kanak-kanak agar lebih fokus terhadap:
  • Bentuk huruf yg betul.
  • Cara menulis & memegang pen/pensil yg betul sewaktu menulis.
  • Perkara yg hendak ditulis.
  • Menyelesaikan tugasan yg sedang dibuat sehingga selesai tanpa cepat rasa bosan.

Menarik bukan? Kalau anda tak percaya, cubalah sebotol Omega Guard Shaklee mulai hari ini. Berikannya 1 biji setiap hari kepada anak anda. Sebaik habis sebotol (90biji) Omega Guard tersebut, anda lihat sendiri perbezaan tulisannya!

*Promosi Beli 6 Percuma 1 Omega Guard Shaklee sepanjang November 2014! Berserta 1 keahlian percuma!

Hubungi saya SEKARANG untuk pembelian & konsultasi eksklusif selepas pembelian:

Irda
014-984 0240 (SMS?Whatsapp)

Pengedar Shaklee Keluarga Anda.

APA YG BEST SANGAT JADI WAHM? PART 1 - JANA INCOME DARI RUMAH TANPA STRESS SEBAB MASALAH PEJABAT!

WAHM - singkatan bagi Working At Home Mother; iaitu istilah bagi ibu yg bekerja dari rumah, tanpa perlu pergi ke pejabat. Sebenarnya saya rasa, ramai wanita; khususnya para ibu di luar sana yg teringiiin sangat nak jadi surirumah sepenuh masa kan? Nak duduk rumah sepenuh masa sambil uruskan anak-anak & rumah tangga sendiri i.e masak sendiri makanan kegemaran suami & anak-anak setiap hari, sidai & lipat baju dengan tenang setiap hari, vacuum atau mop lantai selalu, siapkan anak-anak untuk ke sekolah dalam keadaan tenang & senyummm aje dan seboleh-bolehnya tak nak marah langsung kat anak-anak terutamanya bila diorang buat perangan dok lambat-lambat bersiap time kita sibuk nak cepat pegi ofis ke kan? Tapi apakan daya, zaman sekarang semuanya terlalu mencabar dan memerlukan wang ringgit untuk menampung kehidupan. So, menjadi WAHM bagi saya adalah pilihan yg sangat-sangat tepat bagi ibu-ibu moden & hebat pada masa kini.

working at home mother
Kannnn?? hehehehe...

KELULUSAN & CITA-CITA TINGGI

Saya juga seorang ibu yg bekerja sepenuh masa di pejabat suatu masa dahulu. Kelulusan saya tinggi. Dan dengan kelulusan saya itu, saya hampir diterima bekerja sebagai pensyarah di sebuah IPTA ternama di selatan Malaysia. Tapi, permohonan saya ditolak atas satu alasan yg sangat-sangat remeh; sampaikan semua yg dengar alasan tu pun macam tak percaya je yg saya ditolak kerana alasan tersebut. Sedih sangat; tak terkata. Sebab itu adalah kerjaya impian saya sejak kecil. Tapi, saya cuma anggap ia bukan rezeki terbaik buat saya dari Allah s.w.t.

Saya teruskan perjalanan hidup dengan bekerja di firma konsultant dalam bidang pengajian dengan menggunakan kelulusan yg lebih rendah. So, bila guna kelulusan rendah, faham-faham la kan.. Gaji pun rendah la dari yg sepatutnya. Tapi saya bersyukur.. sebab sekurang-kurangnya saya ada pekerjaan & dapat pula bekerja satu ofis dengan suami terchenta.. hehehe... gataii.. awww!


MULA BOSAN

Saya seorang yg sukakan cabaran. Saya mudah bosan dengan kerja yg sama saban hari & saban projek. Saya bosan bila banyak terlibat yg ada due date jangka masa panjang. Tumpuan saya akan pudar. Saya mudah bosan bila idea-idea yg saya fikir dengan bersungguh-sungguh ditolak mentah-mentah oleh orang. Saya berfikir kottt.. bukan main sebut je.. Sebab saya memang serius pasal kerja. Tapi saya tetap teruskan sebab nak bantu suami menjana ekonomi keluarga.. ewahhh.. ye la.. Dah belajar tinggi-tinggi takkan nak biar suami berhempas-pulas sorang-sorang pulak tanggung keluarga kan.. huhu..

Stress wooo kerja pejabat.. Lagi-lagi jadi konsultant.. Tak kira projek gomen ke projek swasta, semedang kena ikut kehendak client. Kadang-kadang macam idea kita ni takde makna pulak.. padahal kita yg sepatutnya consult depa.. Tambah stress bila saya kena overtime atau outstation! "Double O" memang saya & suami cukup tak suka, tapi tak boleh menolak. Sebab apa?? Sebab, bila overtime saya perlu angkut anak-anak ke ofis sampai lewat malam. Lumrah anak-anak kan.. garang macam mana pun maknye ni, depa nak juga cium ketiak kita.. hehe.. Yg kedua, bila kena outstation saya terpaksa tinggalkan anak-anak dengan suami sahaja. Masalah jadi makin serius bila saya fully breastfeed anak kedua. Sebab susu saya bukan jenis yg meriah sangat; just alhamdulillah cukup-cukup untuk bekalan setiap hari untuk baby. So, bila kena outstation, saya dah kalut nak kena siapkan stok EBM untuk anak di rumah & di taska. Suami pun pening nak uruskan EBM. Tambah pulak, bila outstation saya naik flight & jadual meeting padat! Selalu sangat tak sempat pam & urusan nak bawak balik EBM tu leceh sangat-sangat. Frust tau kadang-kadang... ;(

Saya mula cuba berniaga secara kecil-kecilan.. Saya jual hasil tangan orang kampung pada kawan-kawan saya.. Saya jual sambal pecal kering, jual rempeyek bilis dan apa-apa yg orang kampung saya buat yg saya rasa sedap & special. Saya orang Jawa Selangor; tinggal di Johor Bahru. So, banyak juga makanan unik Jawa Selangor yg orang Johor tak pernah jumpa.. hehe..

Saya bisnes pulak pakaian baby secara online.. Dan jual juga pada kawan-kawan sekeliling.. Tapi tak semangat sangat sebab nak kena keluar modal besar & kena sentiasa ada stok yg up-to-date.. sedangkan stok lama ada yg masih belum terjual.. Gaji saya tak besar mana pun nak buat modal.. Dengan nak tanggung bayaran taska anak-anak lagi..

produk shaklee


MULA JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Hamil anak kedua, saya mula kenal Shaklee. Masa tu minat sebab nak ambil Set Berpantang & Menyusu je. Sebab saya nekad nak susukan anak kedua saya secara penuh selama 2 tahun. Mula-mula jatuh cinta untuk makan sendiri. Tapi bila saya sendiri dapat rasa kesan positifnya, dan makin ramai surirumah yg boleh berjaya dengan bisnes Shaklee ni, saya jadi tercabar! Lantasssss.. Saya pun mengambil keputusan nak jadi ahli & join bisnes Shaklee! Weee!! Keahlian saya dapat percuma sebab ambil full set Menyusu & vitamin untuk anak & mak saya. Stok takyah beli lagi masa awal-awal.. tunggu ada orang order baru kita ambil stok.. syok kan? Tak payah modal besar-besar..

Saya mula buat secara part time. Saya jadi syok! Hehe.. mana taknya, bulan pertama saya buat bisnes je income saya dah suku daripada gaji bulanan saya! Haaaa... Eh, underpaid-underpaid saya pun gaji saya 4 angka la juga tau... so, suku dari 4 angka, 3 angka la juga kan?? hehehe...

Lepas 2 bulan saya buat bisnes Shaklee secara part time, saya bagitau suami saya yg saya ada cita-cita baru - nak jadi WAHM dengan bisnes Shaklee! Saya nekad; bila bonus Shaklee saya SAMA DENGAN GAJI BULANAN masa tu, saya nekad nak berhenti kerja pejabat. Saya tau tak mudah dan akan sangat mencabar, tapi saya PERLU bernekad macam tu. Demi anak-anak & keluarga saya. Alhamdulillah, suami saya sangat-sangat menyokong cita-cita baru saya ni ATAS 2 SEBAB:

1 - Dia dah kaji bisnes model MLM Shaklee - tiada yg meragukan & memang sah memenuhi garis panduan syarak.

2 - Dia dah takmo saya stress dengan kerja pejabat lagi - balik lewat, underpaid & kena outstation. Lagipun, kalau saya stress, DIA PUN STRESS! hahahahaha...

wahm


JADI WAHM YG STRESS-FREE AKHIRNYA!

Akhirnya, lepas setahun saya buat bisnes Shaklee secara part time, bonus saya dah menyamai gaji bulanan saya kerja di pejabat. Saya nekad nak berhenti. Suami pun sokong sangat-sangat. So, dengan confidentnya pada Mac 2014 yg lalu saya bersemuka dengan bos sebab nak 'pecat dia' dari jadi majikan saya. Hahaha!

Masa tu perjanjian saya nak selsesaikan projek yg dalam tangan. So, drag juga la dalam 3 bulan. Dan saya mula jadi WAHM sepenuhnya pada Julai 2014. Weeeee!! Aku bebas!! hehe.. Dan bermulalah kehidupan mencabar-tapi-tak-stress saya sebagai WAHM. Kenapa mencabar? Sebab saya masih perlu jana income untuk sama-sama tanggung keperluan keluarga & anak-anak. Dan saya ada target yg saya nak capai dalam bisnes & hidup saya. Kenapa tak stress walaupun mencabar? Sebab semuanya saya lakukan demi kepuasan diri & demi suami serta anak-anak yg akan sama-sama ke syurga dengan saya kelak. Amiiiin...

So, siapa nak jadi syokk macam saya? Jadi WAHM yg stress-free? hehehe...
Jom sertai rangkaian Warrior, Supermom & Jutawan saya! Anda PASTI lebih puas & gembira!

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Mentor Shaklee Prihatin Anda.

BAYI LAHIR PRAMATANG - APA YG PERLU IBU TAHU?

Memiliki bayi pramatang adalah satu cabaran yg amat besar bagi para ibu; terutamanya yg pertama kali menjadi ibu. Banyak perkara yg biasanya ibu tidak bersedia; sama ada secara fizikal, mental, emosi mahupun sistem badan ibu itu sendiri. Dan salah satu cabaran terbesar bagi ibu yg melahirkan bayi secara pramatang adalah "susu badan tak keluar". Sedangkan, bayi pramatang AMAT-AMAT MEMERLUKAN susu ibu untuk memastikan perkembangan tumbesarannya yg sihat & menguatkan sistem organ dalamnya.


vitamin menyusu untuk bayi pramatang
Bayi yg lahir pramatang akan dijaga rapi di unit NICU hospital. Ia akan diletakkan di dalam inkubator serta melalui beberapa rawatan bagi membantu menguatkan organ dalamannya untuk meneruskan kehidupan


APAKAH PUNCA BAYI LAHIR PRAMATANG?

Sebenarnya, belum ada kajian ataupun penemuan yg sahih yg menjelaskan apakah punca seseorang bayi itu akan dilahirkan secara pramatang. Tetapi, terdapat beberapa faktor yg dikatakan boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang terjadi. Antaranya adalah:


  • Mempunyai sejarah pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Kehamilan kembar, triplets ataupun lebih.
  • Jarak antara kehamilan yg terlalu rapat (kurang dari 6 bulan).
  • Kehamilan melalui kaedah IVF.
  • Menghadapi masalah berkaitan rahim, serviks atau uri.
  • Ibu hamil merokok, mengambil alkohol atau menggunakan dadah terlarang.
  • Ibu & bayi yg kekurangan nutirisi.
  • Jangkitan kuman terutamanya ke atas air ketuban atau salur kencing.
  • Ibu menghadapi masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi atau diabetes.
  • Berat badan ibu yg berlebihan atau terlalu kurus.
  • Ibu sering stress.
  • Pernah mengalami keguguran ataupun sengaja menggugurkan kandungan beberapa kali.
  • Kecederaan fizikal yg teruk pada ibu ataupun trauma.
  • Bentuk/keadaan rahim yg tidak normal.

APA YG AKAN BERLAKU SETERUSNYA JIKA ANDA MELAHIRKAN BAYI PRAMATANG?


Bayi yg dilahirkan pramatang akan dijaga rapi oleh unit NICU di hospital di mana anda melahirkannya. Antara langkah yg akan diambil oleh mereka adalah:

  • Meletakkan bayi anda di dalam inkubator - ia bertujuan supaya bayi menerima suhu persekitaran yg hangat secara stabil yg diperlukan olehnya. Dari semasa ke semasa, staff NICU akan memberikan peluang untuk ibu memegang & bersama dengan bayi bagi proses yg dipanggil "kangaroo care" - di mana ibu membuat teknik sentuhan & pelukan 'skin-to-skin'. Teknik ini dipercayai amat merangsang kesihatan & tumbesaran bayi pramatang.
  • Mengawalselia tanda-tanda serta keperluan penting bayi - beberapa pin/pita pengesan akan dilekatkan pada bayi anda. Ia bertujuan untuk memastikan perkembangan degup jantung, tekanan darah,pernafasan serta suhu bayi adalah semakin baik.
  • Menyalurkan makanan (susu) melalui tiub - DI SINILAH PENTINGNYA SUSU IBU UNTUK BAYI PRAMATANG. Kerana susu yg TERBAIK untuk bayi anda adalah susu ibunya sendiri. Bayi yg lahir pramatang masih belum pandai untuk menyusu terus dari si ibu. Tetapi, ia tetap memerlukan susu ibunya sebagai UBAT TERBAIK bagi dirinya menjadi semakin sihat & normal seperti bayi cukup bulan yg lain. Masalah 'tak ada susu' atau 'susu tak keluar' seringkali berlaku kepada ibu bayi pramatang. Ini kerana apabila buah dada tidak dihisap secara terus (stimulasi) oleh bayi, ia tidak akan dirangsang sepenuhnya sepertimana buah dada yg telah dihisap oleh bayi. Tambahan pula dengan keletihan akibat berulang-alik dari hospital ke rumah dan ke hospital kembali sehingga bayi dibenarkan keluar; ibu akan menjadi terlalu kepenatan dan boleh stress. Akibatnya, susu semakin berkurangan. Jadi, ibu PERLU BERUSAHA & BERIKHTIAR bagi memastikan susu ibu dapat dihasilkan & dibekalkan kepada bayi pramatang untuk memastikan pertumbuhannya semakin positif.
  • Memeriksa kadar kecukupan cecair bayi - jika anda gagal memberikan susu anda kepada bayi, staf NICU akan memberikan susu formula kepada bayi pramatang anda kerana ia memerlukan jumlah cecair yg secukupnya untuk berkembang secara normal.
  • Meletakkan bayi anda di bawah lampu bilirubin (lampu biru) - ia bagi mengelakkan bayi anda menghidapi jaundice. Hati bayi pramatang masih belum kuat sepenuhnya. Jika jumlah bilirubin berlebihan & bayi diserang jaundice, kemungkinan besar bayi tidak dapat diselamatkan.
  • Membuat pemindahan darah - ini adalah bagi kes bayi yg terlalu muda (sebelum 32 minggu) dan mempunyai masalah komplikasi walaupun setelah melalui proses penjagaan biasa bagi bagi pramatang. Kes ini agak jarang berlaku.


Set Berpantang & Menyusu Shaklee boleh diambil oleh semua ibu selepas bersalin; tidak kiralah sama ada secara normal, cesarean mahupun kelahiran bayi pramatang. Ia membantu ibu menjadi cergas, tidak lesu ataupun stress. Kesannya, IBU AKAN MAMPU MENGHASILKAN SUSU BADAN YG AMAT DIPERLUKAN OLEH SI BAYI PRAMATANG.

Jom kita saksikan Video ini!


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Untuk sebarang pertanyaan atau ORDER SEKARANG, hubungi saya:

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Prihatin Anda - yg juga merupakan seorang bayi pramatang. (^_^)

ELAKKAN PENGAMBILAN 'DADAH TAK SENGAJA' OLEH KELUARGA ANDA!

Dalam Bahasa Melayu, bila kita demam, selsema atau ada penyakit kronik, kita akan pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan UBAT. Tapi, kalau dalam Bahasa Inggeris, UBAT sebenarnya bermaksud apa-apa sediaan yg majoritinya mengandungi DADAH DALAM KUANTITI YG DIBERNARKAN. In English, we normally call them as 'DRUG' iaitu DADAH. Kalau tak percaya, cuba search kat Google Image => "DRUGS". Hasilnya mesti penuh dengan gambar ubat-ubatan.

kempen shaklee

Dan group iReach kami di dalam Shaklee sekarang sedang melancarkan kempen "SIHAT TANPA DADAH BERSAMA SHAKLEE". Haa... so, tujuan sharing saya kali ini adalah untuk menjelaskan pada para pembaca yg budiman sekalian; tentang apakah maksud Kempen Sihat Tanpa Dadah kami ni.

So, apa maksudnya kempen ni?

~Adakah maknanya kita kena makan Shaklee je lepas tu boleh jadi sihat?~

~Adakah kalau kita jatuh sakit kita tak perlu pergi klinik atau hospital untuk mendapatkan ubat daripada doktor?~

~Adakah maknanya kalau dah makan Shaklee tak perlu makan ubat?~

NO NO NO NO NO. Bukan begitu maksud kempen ni.


Maksud kempen ni macam ni:
  • Anda sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkan mana-mana set vitamin Shaklee untuk memelihara tahap kesihatan anda yg masih baik. Kerana apa? Kerana kesemua vitamin Shaklee telah dibuktikan secara klinikal bahawa ia berasaskan 100% bahan semulajadi serta dijamin halal, selamat & berkesan jika diamalkan secara berterusan. Buktinya? Lihat sahaja kesemua SID Shaklee yg telah mengamalkan pelbagai vitamin Shaklee sejak bertahun-tahun lamanya.
  • Bukan kami tak pernah jatuh sakit; tetapi alhamdulillah kami berjaya memelihara tahap kesihatan yg optimum terutamanya dari aspek kulit yg awet muda, tekanan darah & paras kolesterol yg normal, paras gula dalam badan yg optimum, penyusuan bayi yg lengkap selama 2 tahun serta anak-anak yg bijak & cukup bekalan nutrisi mereka. Demam setahun sekali adalah normal; kerana badan manusia perlu diuji sekali-sekala untuk 'up-to-date' dengan virus-virus 'terbaru di pasaran'.
  • Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan secara berkala akibat penyakit kronik, pengambilan vitamin Shaklee boleh membantu badan anda untuk semakin sihat & cergas serta berkurangan dari segi simptom penyakit yg dihidapi. Contohnya pesakit diabetes yg perlu mengambil insulin & ubatan lain selama bertahun-tahun lamanya, boleh mengambil Vivix untuk membantu memperbaiki sel & mengurangkan paras gula dalam darah secara berperingkat. Dalam tempoh beberapa bulan, pesakit tersebut mungkin tidak perlu lagi mengambil insulin kerana paras gula yg telah menjadi optimum & neutral disebabkan pengambilan resveratrol.
  • Anda digalakkan untuk mengamalkan multivitamin Vitalea & Vitamin C untuk mengoptimum sistem imun badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit 'common' seperti demam, batuk atau selsema. Tetapi jika anda telah dijangkiti & berlarutan pula, anda masih perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat. Namun, kebarangkalian jatuh sakit dengan teruk itu pasti akan berkurangan jika anda mengamalkan supplemen yg mencukupi.
  • Anda perlu kuatkan diri anda dengan bersenam, pertingkatkan amalan rohani serta makan secara seimbang & sihat dengan dibantu oleh supplemen Shaklee (untuk mengisi lohong-lohong kekurangan nutrisi dari makanan seharian) agar anda tidak mudah jatuh sakit sehingga perlu mengambil ubat yg mengandungi dadah.
sihat tanpa ubat


Maksudnya, KAMI BUKAN ANTI UBAT. Sebab ada masanya kami juga mengambil ubat. Tapi pengambilan itu dapat diminimumkan dengan menjaga kesihatan dari dalaman SEBELUM KAMI JATUH SAKIT. Kan MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI? (^_^)

Apa yg PALING PENTING anda WAJIB TAHU adalah; ubat yg mengandungi dadah sangat tidak digalakkan diambil/diamalkan untuk jangka masa panjang. Ia mungkin dapat melegakan kesakitan anda pada jang pendek. Tetapi jika terlalu kerap diambil atau berterusan dalam tempoh yg lama, ia meninggalkan kesan kerosakan dalaman yg lain pula. Contoh yg banyak berlaku: pengambilan pil Ponstan yg melegakan kesakitan migraine sebenarnya boleh menjadikan usus anda menjadi semakin nipis dan akhirnya mudah terkena ulser ataupun luka.

Jadi, jom elakkan keluarga kita dari jadi 'penagih dadah' secara tak sengaja ini. Cegah sebelum terkena. Pilihlah gaya hidup sihat yg tentunya jauh lebih selamat & menjamin masa depan yg cerah.


JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!


Untuk mendapatkan Set Vitamin Shaklee untuk keluarga anda, hubungi saya SEKARANG! Dan konsultasi eksklusif diberikan secara PERCUMA untuk anda sekeluarga! (^_^)

Irda
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)
Pengedar Shaklee Keluarga Anda.

(VIDEO) ISTERI & IBU KERAP MEMBEBEL PUNCA LELAKI STRESS!

Dulu, saya tak faham kenapa orang kata, jangan membebel pada suami & anak.. Sebab takde faedahnya pun.. Bebelan kita tu akan 'free-free' je masuk telinga kanan keluar telinga kiri pada mereka; khususnya pada suami.. hehehe...

Sekarang, bila saya dah 10 tahun berkahwin, dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun; yg dah mula berakal sendiri dan banyak idea nak buat macam-macam 'eksperimen' dalam kehidupan seharian dia, baaaru saya faham! haiiiahhhh... Ditambah pulak saya pun dah ada seorang anak perempuan yg berusia 2 tahun 4 bulan yg saya rasakan lebih matang & memahami kehendak saya sebagai seorang ibu.. Baru saya tau, sebenarnya lelaki mempunyai 'perangai' yg sama tanpa mengira usia; iaitu TAK MAKAN BEBEL.


tips bercakap dengan lelaki

Kebetulan, bila saya study & mencari pelbagai maklumat tentang cara terbaik menangani karenah suami & anak lelaki ni, saya terjumpa satu sharing (video) ni yg memberikan 3 tips penting tentang lelaki; khususnya suami & anak lelaki kita.



3 TIPS PENTING UNTUK BERCAKAP DENGAN LELAKI:

1. Beri arahan satu persatu (1 by 1) - Jangan membebel 3-4 perkara sekaligus dalam satu masa. SEBAB, otak lelaki memperoses data yg berbeza ibarat di dalam 'kotak' yg berbeza. Otak lelaki berfungsi sama ada kiri atau kanan sahaja dalam satu masa. Mereka hanya boleh menerima 1 perkara sahaja dalam satu masa. Sebab tu selalunya, kalau kita (isteri) ni bercakap dengan dia (suami) sewaktu dia menonton tv ke, baca surat khabar ke, dia akan buat dunno (dekkk) je.. Seolah-olah takde apa-apa berlaku pun di sekelilingnya kan? Hehehe.. Sebab, pada waktu itu hanya ada 'kotak' menonton tv atau membaca surat khabar sahaja di dalam otaknya.

2. Beri masa antara 1 arahan dengan arahan yg lain - Kajian menunjukkan bahawa lelaki memerlukan sela masa selama 10 minit untuk berubah dari 1 'kotak' di dalam pemikirannya kepada 'kotak' yg lain. Jika dipaksa juga; terutamanya dengan kerap, ini akan menjadikannya STRESS! Dan akhirnya kita (isteri) juga yg akan dimarahi semula.. hehehe..

3. Bertanyakan soalan objektif & bukannya subjektif - sebab lelaki tidak akan terus 'alert' dengan apa yg berlaku di sekitarnya; terutamanya jika keadaan itu tidak penting baginya. Contohnya, jika ingin bertanya "Abang nak makan apa malam ni?" Untuk mengelakkan stress & pergaduhan di akhirnya, adalah lebih baik si isteri siap-siap memberikan pilihan jawapan kepada soalan tersebut. Contohnya, "Abang, malam ni nak makan spaghetti ke nasi goreng ye?". Percayalah, dengan pantas suami anda akan menjawab dengan pilihannya. Hehehehe...

Tak percaya? Cubalah pada suami & anak lelaki anda. Nak lebih penjelasan lagi, jom tengok & dengar dengan penuh perhatian ye. (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...