LECITHIN YANG HOT STUFF! ^^

Salam.

Memang memeranjatkan. Lecithin memang kegemaran semua orang. Kesannya yang Hebat Stok Shaklee Malaysia utk 4 bulan = 8000 botol habis dalam masa 2 Bulan! Memang di Redcomelmall Lecithin hot stuff sangat. Saya sentiasa pastikan stok Lecithin cukup dalam inventory supaya pelanggan saya tak kecewa bila Lecithin habis di HQ.Jadi customer saya, jangan risau, masih boleh order dengan saya stok Lecithin anda, tapi kena cepat, sebab stok TERHAD!

Lecithin bagus di amalkan oleh student, meningkat fungsi neurotransmitter otak yang membantu meninkatkan konsentrasi dalam pelajaran.

Lecithin amat digemari oleh mereka yang sedang berusaha mendapatkan bentuk badan idaman dan mereka yang mengalami simptom kolesterol tinggi.
[ credit ]
Kepentingan Lecithin

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.Lecithin Shaklee di hasilkan menggunakan soya yang terbaik!


Kandungan Lecithin
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .

Kolin – satu komponen neurotransmitter
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Kegunaan Lecithin PALING UTAMA


  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu kawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol



PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin.Cholin mudah diperolehi dari lecitin
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.



UNTUK WARGA EMAS


Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh warga emas.

Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

UNTUK PENGHADAMAN
Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita


UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.
Hubungi saya untuk konsultasi ya!


I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Keuzuran Yang Sering Di alami oleh Anak Kecil

salam,

Hi all.. Hari ni saya nak kongsikan penyakit yang sering di alami oleh anak kecil.

1. Demam
2. Selsema
3. Cirit Birit.
4. Jaundice
5. Kembung Perut/ Colic
6. Ruam Susu
7. Ruam Lampin
8. Nanah Telinga
9. Sawan Demam
10.Lelah/Asthma
11.Alahan, elergy pada makanan
12. Bisul
13. Sakit Gigi dan Gusi
14. Penyakit Cacing

Saya akan jelaskan serba sedikit dalam entry seterusnya. Stay Tune!


I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Vivix Yang Marvelous!!

Salam. 

Hari ini  ingin memperkenalkan Vivix, yang glamer sampai masuk keluar masuk majalah. Jeles I tau..I pun nak masuk majalah jugak. 

Ini yang paling latest, cik adik Vivix ni masuk majalah Aniqah. Takpe, I tumpang gembira untuk you Vivix yang cantik manis.

I tahu kenapa you ni asyik keluar masuk majalah. Sebab you memang best. Rasa you sedap. Patutlah Ayu Raudhah pun ambil you as supplemen. Nasib baik I breastfeed tau. Kalau tak memang you la pilihan I no satu. ^^

Vivix sangat bagus untuk
  • Kesihatan jantung
  • Awet muda ( My auntie makan Vivix ni daripada muda, umur dia almost 50, rupa dia macam tiga puluhan je^^)
  • Optimum Health
  • Supplemen untuk parents yang dah berumur dan mereka yang tak suka telan pil
  • anti-Kanser
Jika ada sesiapa yang nak order, mesti call I okay! ^^


So take care all. ^^



Irda (ID 909714)
014-984 0240 (SMS/Whatsapp)

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Ala...Janganla Takut Nak Makan Vitamin.

Salam...^^

Saya seronok buat bisnes online dengan Shaklee...saya ada ramai kawan, semua kawan2 sayangkan saya, they call me the expert tentang vitamin.Yang ikhlas pun ada, yang sarcastik pun ada..tak kisahla, bak kata Along Nurazlina bila ada orang yang tak suka dan memburukkan kita, kita harus gembira untuk dia.

"kenapa saya harus marah, kalau memburukkan saya menggembirakan beliau.. bila kawan saya gembira, saya pun gembira juga"

Cute kan? haha.^^

Jelas, ada yang positif ada yang negatif bila saya bercerita atau sharing tentang Shaklee. Saya tak kisah, sebab saya tak condemn product lain, in fact saya juga consume product lain contohnya kolagen. Tapi janganla bila kita makan satu- satu product dan bila tak works for us kita marahkan produk tu. Kena sabar, kena konsisten, kena displin.


Lebih- lebih lagi ibu yan menyusukan anaknya..tahukah anda bahawa ibu menyusu memerlukan kebanyakan nutrien yang lebih tinggi dari ibu hamil? iye benar. Saya pernah berjumpa dengan seorang ibu yang mempunyai 6 anak, tidak pernah mengambil sebarang supplemen tambahan. Katanya tiap kali dia melahirkan seorang anak,( rapat2 anaknya selang setahun atau 2 tahun) tiap itu dia akan kehilangan sebatang gigi. Kini sudah kehilangan 6 batang gigi. Umur baru 38 tahun. Jadi jangan amil mudah kesan kekurangan kalsium dalam badan.

Basicly selepas 1-2 bulan makan supplemen, kita akan rasa beberapa perubahan. Macam saya ada masalah sembeli, bila makan supplemen, digestive sistem saya berkerja dengan lebih baik. Tak
cepat letih dan lebih bertenaga menguruskan kehidupan seharian bersama suami dan empat anak lelaki yang aktif dan bijak^^

Tetapi jika anda tak dapat merasakan apa2 perubahan setelah makan supplemen, mungkin disebabkan faktor-faktor dibawah:

1. Ngelat makan vitamin ( ada sesiapa terasa tak?) ^^

2. Tak ikut dos yang di syorkan( Makan vitalea sehari sekali, bukan sekali seminggu.^^)

3. Takut mengalami healing crisis, jadi terus berenti makan.( ala, janganla camtu,:-( macam mana nak sihat ni? )

4. Cara hidup dan diet yang tak betul ( Mc D, Pizza, KFC, cikedis, jajan, air gas, tak makan sayur, buah)

5. Ada penyakit kronik, mengambil masa yang lama untuk pulih.


Jadi, apa juga yang kita nak capai, kena sabar, disiplin dan konsisten. Kalau ada sebarang
pertanyaan just hubungi saya ya. Ingat, Kesihatan dan kecantikan untuk semua^^.


I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Bahaya Glaukoma: Hilang Penglihatan.

Salam.

Saya seorang yang rabun sedari kecil. Saya dah pun memakai cermin mata sejak saya darjah 5. Percaya atau tak masa kecil saya selalu curi-curi pakai cermin mata ibu dan tersangat la suka membaca sebelum tidur dalam keadaan gelap. Ni kes bila ibu dah suruh tidur tapi saya jadi burung hantu, ;-P Satu ketika dulu saya merasakan pakai cermin mata itu sangat kool dan comel, dan saya suka pakai cermin mata( dulu la..) Mungkin itu yang Tufah, anak saya; rasa bila saya memarahi dia cuba-cuba memakai cermin mata saya. Katanya dia nak jadi macam Harry Potter. Aduh! memang sifat anak kecil kuat berangankan? ^^ tetapi penjagaan mata amat penting buat anak-anak kecil jadi saya terpaksa berkeras,kerana tak mahu mereka rabun seperti saya.Kerana rabun yang tinggi boleh mendedahkan kita pada risiko penyakit Glaukoma.


 .Eye

Pernahkah anda dengar dengan Glaukoma? Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang disebabkan tekanan cecair yang tinggi di dalam bola mata seseorang.Statistik di Malaysia menunjukkan satu daripada 7 individu yang buta adalah mereka yang mengalami masalah Glaukoma. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan menjadi sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Faktor yang membuat tekanan tinggi di bahagian mata adalah:

1.Penggunaan mata yang tinggi ketika bekerja
2.Penggunaan komputer yang keterlaluan
3.Gemar menonton televisyen pada masa yang lama
4.Tidak pernah membuat pemeriksaan mata

Antara golongan yang beriko tinggi adalah individu yang berusia 40 tahun keatas , penghidap
rabun jauh dengan kuasa penglihatan melebihi 300, faktor keturunan, penghidap Diabetes dan darah tinggi, dan juga penggunaan steroid dalam jangkamasa yang panjang di kalangan penghidap
eczema.

Penjagaan mata amatlah penting. Kerana itu, saya yang rabun ini mengamalkan Carotomax untuk kesihatan mata.Carotomax ialah antioksidan keluaran Shaklee yang menguatkan sistem imun, dan membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dan menjaga kesihatan mata, jantung, kulit, peparu, prostat serviks.

Pemeriksaan mata yang kerap perlu jika anda berumur 40-an ke atas dan mempunyai rabun  jauh yang tinggi. Sila tidur awal, minimumkan penggunaan komputer dan bersenam agar kesihatan mata terjaga.Banyakkan makan sayur-sayuran dan amalkan Carotomax buat mereka yang mengidap rabun, agar kita dapat mengelakkan penyakit Glaukoma yang boleh mencuri penglihatan kita untuk selamanya.


I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Penawar Gout: Alfalfa

Salam.


Mendengar perkataan gout pun dah boleh mereka yang mengidapnya gusar. Kata orang ia penyakit orang kaya, kerana berpunca jika pengidap itu seorang yang suka makan daging, udang, kerang kerangan, & makanan laut. 


Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. 


Sakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.


Elakkan makanan yang mengandungi tinggi purin untuk mengurangkan  derita kesakitan gout.




Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.




Paras asid urik yang tinggi yang menyebabkan seseorang itu mengalami gout. Langkah menyingkirkan asid urik harus dilakukan bermula dalam diet harian kita.


Penawar Gout

Ramai yang tak tahu yang Alfalfa sangat membantu mereka yang ada sakit Gout.Memang Alfalfa tak glamour macam supplemen lain, tapi sangat berkesan dan effektif. Cuba tanya pada mereka yang dah cuba.


Alfalfa  ialah sejenis herba yang kaya dengan mineral dan zat. Ia telah lama di gunakan di negara Cina dan arab sebagai penawar kepada banyak penyakit.


Ibu saya, bonda Sapiah, pengidap sakit Gout. saya berikan Alfalfa untuk pengambilan harian.
Pengambilan  Alfalfa dalam diet untuk mengurangkan tahap asid urik dalam darah.Ia juga bertindak sebagai agen anti bengkak.Bagaimana ia bertindak? Ia bertindak dengan meningkatkan pengumpulan asid urik dalam air kencing supaya ia dapat dikumuhkan sebagai bahan buangan. Apabila asid urik dalam darah berkurangan, ia tidak akan berubah menjadi kristal yang berkumpul di bahagian-bahagian sendi yang menyebabkan sendi membengkak dan meyebabkan kesakitan.
Alfalfa yang Best!




Tips untuk mereka yang mengidap Gout:



1.  Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis




Saya berharap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat pada mereka yang memerlukan maklumat tentang penyakit Gout. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik. 




I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Asthma

Salam.

Kebelakangan ini ramai pula kawan-kawan saya yang mengadu yang anak mereka mengidap asthma.Saya sendiri pernah mengidap lelah masa saya di UPM dulu  sampaikan kakak senior kena bawa saya ke klinik tengah malam untuk ambil gas. Tapi alhamdulillah, dah lama tak kena. Jadi saya nak kongsikan info tentang penyakit asma, jadi kita sama-sama manfaat daripadanya.

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.


Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asthma di kalangan kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.


Simptom-simptom
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.

Simptom-simptom asthma boleh dikawal. Pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan diserang asthma.

PUNCA-PUNCA ASTHMA


  • alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.

  • jangkitan pernafasan sperti selsema

  • aktiviti fizikal

  • pencemaran udara seperti asap rokok

  • sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)

  • cuaca yang sejuk

  • gangguan emosi dan stress

  • bahan ber'sulfite', bahan pengawet

  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)

  • putaran haid bagi sesetengah perempuan

  • alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.

  • FAKTA TENTANG PERUT





    FAKTA MENARIK TENTANG PERUT:

    1- Perut kosong mempunyai saiz 1.5 oz atau 3 sudu makan.

    2- Kapasiti perut meningkat kepada 1 Liter apabila kita makan dan minum.

    3- Makan melebihi 1 Liter menyebabkan perut berasa tidak selesa.

    4- Perut menjalankan 3 tugas pencernaan: menyimpan makanan untuk proses berikutnya membentuk campuran makanan dengan jus gastrik dan mengawal kemasukan 'chyme' ke usus kecil untuk penyerapan yang berkesan.


    5- Makanan berada di dalam perut kira2 4 jam.

    6- Cecair lebih cepat meninggalkan perut berbanding pepejal.


    7- Karbohidrat lebih dahulu meninggalkan perut diikuti protein dan lemak.


    Sabda Nabi SAW bahawa "perut punca segala penyakit" jadi kawallah apa yang masuk ke dalam
    perut. Jaga pemakanan kita. Makanlah yang baik2 & halal serta tingkatkan nutrisi dalam pemakanan harian dengan pengamalan supplemen.




    credit here

    Resipi Menyediakan Bancuhan ESP yang Sedap! ^^



    Enegizing Soy Protien ni my favourite. Memang setiap pagi saya akan minum ESP ni. saya bancuh ikut selera saya. Hari ni dengan hot chocolate, esok dengan susu strawberi, rasanya walllahh! sedap tau. ^^

    So hari ni saya nak kongsikan resipi bancuhan esp.

    • ESP + susu fresh + OreoYummeyyy!^^
    • ESP + Mealshake + Milo
    • ESP + hot chocolate
    • ESP + susu strawberi
    • ESP + Fresh Milk
    • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
    • ESP + susu tepung (any brand)
    • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
    • ESP + Nesvita 3in1
    • ESP + jus twister tropicana
    • ESP + Yogurt drink
    • ESP + Ribena
    • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
    • ESP + Milo/Horlicks
    • ESP + sirap bandung
    • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
    • ESP + susu strawberi+ buah strawbery yang di potong kecil
    So, boleh cuba lepas ni. ^^ Memang Sedap. Terbaik!



    Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
    SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
    Email: irda2104@yahoo.com
    Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...